“Peneraju Pendidikan Negara”
PENGAJIAN MATEMATIK
BBR 23103 Asas UkuranDr. Azman bin Hasan
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
KUMPULAN 2ANANTHI A/P KADER KODICB120024CHANDRAMATHI A/P SUBROMONYAMCB120025NORHANIZA BINTI HAMDANCB120027SARITHA A/P BALASUBRAMANIAMCB120032SITI NORIATI BINTI ITHNIN
CB120010SUHANA BINTI IDRISCB120004
TUGASANRANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN TOPIK ASAS UKURAN ( UKURAN PANJANG) YANG DINYATAKAN DENGAN MENGGUNAKAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE)IAITU DENGAN MENYATAKAN TENTANG :
a)KEFAHAMANb)TRANSFORMASIc)PENGAJARANd)PENILAIANe)REFLEKSIf)KEFAHAMAN BARU
TAJUK : Ukuran
TOPIK : Ukuran Panjang
OBJEKTIF : Mengukur panjang menggunakan unit matriks
TEMPOH MASA : 1 Jam
HASIL PEMBELAJARAN: i) Membaca ukuran panjang menggunakan unit
milimeter (mm) dan centimeter (cm).
ii) Mengukur dan merekodkan ukuran panjang menggunakan unit milimeter (mm) dan centimeter (cm).
BAHAN BBM : Pembaris, pita mengukur, tali, kad perkataan
KEMAHIRAN BERFIKIR: Membanding beza, menyusun mengikut turutan
KAEDAH : Kumpulan, komunikasi dua hala
SET INDUKSI
1.Minta murid mengeluarkan pembaris masing-masing.
2.Meminta beberapa orang murid menyatakan kepada kelas mengapa mereka perlu ada pembaris.
3.Murid dipamerkan pelbagai jenis pembaris dan pita pengukur. Murid diberi penerangan tentang cara penggunaannya.
LANGKAH 1
1.Dalam kumpulan kecil, murid diminta mencari 3 objek di dalam bekas pensel dengan panjang yang berbeza.
2.Dengan menggunakan objek tersebut, murid dibimbang tentang cara menggunakan pembaris untuk mengukur dalam unit cm. Dapat murid direkodkan dalam sebuah jadual.
OBJEK (CM)GUNTINGPEMADAMPENSEL
LANGKAH 2
1.Beberapa orang dari beberapa kumpulan diminta tampil di hadapan kelas untuk menunjukkan dapatan mereka dengan mengukur semula objek di hadapan murid lain lalu merekodkan jawapan di papan tulis.
2.Buat perbandingan jawapan di antara kumpulan-kumpulan lain.
LANGKAH 31.Secara berpasangan, murid diminta mengukur beberapa utas tali yang berlainan panjang.
2. Dapatan direkodkan dalam jadual yang telah disediakan.
3.Berbincang dengan murid dapatan mereka.
Panjang tali A : ___________________Panjang tali B : ___________________Panjang tali C : ___________________
LANGKAH 4
1.Murid diagihkan dengan lembaran kerja berkaitan dengan ukuran panjang.
2.Setelah selesai, murid membuat perbandingan jawapan dengan rakan lain secara perbentangan jawapan di hadapan kelas.
3.Guru memberi maklum balas dengan jawapan murid.
PENUTUP
1.Soal beberapa murid mengenai dapatan mereka pada hari ini.
- Apakah alat yang digunakan untuk mengukur objek?
- Apakah unit sistem metrik yang digunakan untuk mengukur objek?
- Bagaimanakah teknik yang betul untuk mengukur objek menggunakan pembaris?
2. Membuat rumusan dan memberi kerja rumah.