[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 PENGENALAN Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Tiga faktor yang mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman ialah sediakan suasana pembelajaran yang bermakna, galakkan murid untuk membuat keputusan dan berikan kesempatan untuk mereka menghalusi pemikiran dengan cara saling bertukar pendapat. Guru berperanan juga untuk merangsang tindakan mental kanak-kanak semasa kanak-kanak sendiri bertindak ke atas sesuatu objek. Dengan itu, mereka boleh membina idea-idea sendiri. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.. Unsur konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
PENGENALAN
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang
wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui
pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu
pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui
pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
Tiga faktor yang mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman ialah
sediakan suasana pembelajaran yang bermakna, galakkan murid untuk membuat
keputusan dan berikan kesempatan untuk mereka menghalusi pemikiran dengan cara
saling bertukar pendapat. Guru berperanan juga untuk merangsang tindakan mental kanak-
kanak semasa kanak-kanak sendiri bertindak ke atas sesuatu objek. Dengan itu, mereka
boleh membina idea-idea sendiri.
Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru.
Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui
proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru..
Unsur konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina
pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru
dengan pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang
perselisihan idea atau miskonsepsi demi mencapai pemahaman baru.
Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak
dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami
apa yang berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam bilik
darjah.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 1
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
Walaubagaimanapun, bukan semua idea atau pengalaman mereka boleh
memberikan gambaran yang jelas kepada pemerhati kerana konsep yang terlibat dalam
fenomena alam susah difahami malah sangat sukar diterangkan secara saintifik.
Penyesuaian dan gabungan idea daripada pemerhatian fenomena seharian dengan konsep
yang dipelajari di dalam bilik darjah selalunya menghasilkan miskonsepsi.
Tujuan pendidikan Sains adalah memberi penerangan yang selanjutnya supaya
idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih bermakna. Konsep yang silap perlu
diperbaiki supaya miskonsepsi murid terhadap pembelajaran sains tidak berterusan.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 2
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
MAKSUD MISKONSEPSI
Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu
fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al 2000). Manakala
Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu
interpretasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima.
Disebabkan penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang
diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi.
Hancock (1940) mentakrifkan miskonsepsi ialah ‘apa-apa kepercayaan yang tidak
berasas yang tidak mengandungi unsur ketakutan, nasib yang baik, iman, atau campur
tangan ghaib' (halaman 208). Barrass (1984) pula mentafsirkan miskonsepsi sebagai
'kesilapan' atau kesilapan, 'salah faham' atau idea-idea yang mengelirukan, dan 'salah
faham' atau misinterpretations fakta. Beliau mengatakan bahawa guru-guru dan pelajar-
pelajar yang lebih cerdik boleh membetulkan kesilapan.
Miskonsepsi juga mungkin dirujuk sebagai tanggapan prasangka, kepercayaan
bukan saintifik, teori naif, konsep bercampur, atau salah faham konsep. Pada dasarnya,
dalam bidang sains, ini adalah kes-kes di mana sesuatu yang kanak-kanak tahu dan
percaya tidak sama dengan konsep saintifik . Kebanyakan kanak-kanak yang berpegang
teguh kepada konsep yang salahTIDAK menyedari bahawa idea-idea mereka adalah salah.
Apabila mereka diberitahu konsep mereka itu salah, mereka sukar untuk mengaku
kesalahan mereka lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai miskonsepsi untuk masa yang
lama. Memiliki miskonsepsi boleh mempunyai kesan yang serius kepada pembelajaran
kanak-kanak.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 3
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
MISKONSEPSI PELAJAR DALAM SAINS
Maksud miskonsepsi
Kanak-kanak belajar dan memahami dunia sekeliling mereka melalui proses yang
dilakukan oleh seorang ahli sains. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang
objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Daripada pemerhatian dan jawapan yang
mereka terima, mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.
Teori yang mereka bina adalah logic dan rasoinal sebab ianya berdasarkan bukti dan
pengalaman mereka. Pengalaman mereka yang terhad dan tahap pemikiran mereka juga
belum mantap. Apabila mereka mempelajari sains, mereka sudah punyai idea atau
kefahaman mereka sendiri tentang konsep dan fenomena yang akan diajar oleh guru.
Konsep awal yang dimiliki kanak-kanak disebut konsepsi. Konsep awal atau konsepsi yang
tidak sesuai dengan konsep ilmiah dipanggil miskonsepsi.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 4
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
CARA-CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI DALAM SAINS.
TEMUBUAL
Guru boleh memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh
kanak-kanak. Kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka
mengenai konsep-konsep yang telah dipilih oleh guru. Guru akan dapat mengerti
latar belakang munculnya miskonsepsi yang ada sekaligus dinyatakan dari mana
mereka memperolehi miskonsepsi tersebut.
Dua kaedah temu bual:
Interviews about instances (Osborne and Gilbert, 1980)
Interviews about events (Osborne and Freyberg, 1987)
Temubual dijalankan selama lebih kurang 40 minit dan dirakam perbualannya.
Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis.
PENYOALAN.
Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta
kanak-kanak menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada
mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred.
Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan:
Soalan objektif
Ujian objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi
yang biasa wujud di kalangan kanak-kanak.
Soalan esei
Bentuk soalan ini sesuai jika guru ingin meneroka untuk memahami cara
pemikiran kanak-kanak. Guru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan
dengan ini guru dapat mencari jalan yang terbaik untuk menangani
miskonsepsi kanak-kanak.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 5
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
PEMERHATIAN
Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa
mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan
eksperimen. Dari perbincangan itu guru dapat mengenalpasti idea kanak-
kanak tersebut tepat atau tidak. Guru juga dapat mngerti konsep-konsep
alternative yang ada pada kanak-kanak.
RAMALAN
Miskonsepsi kanak-kanak juga boleh dikenalpasti melalui meramal,
memerhati dan menerang. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang
sesuatu kejadian yang berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada kanak-
kanak.
Langkah 1 : Meramal
Secara individu, murid diminta untuk menulis ramalan mereka.
Guru meminta murid untuk meneragkan sebab ramalan yang
diberikan.
Langkah 2 : Memerhati
Murid melakukan eksperimen
Guru meminta murid membuat pemerhatian dan merekodkan hasil
pemerhatian mereka.
Langkah 3 : Menerang
Murid diminta betulkan sebab yang mereka telah tulis di awal
eksperimen
Murid diminta berbincang dengan rakan-rakan di dalam kumpulan
mereka.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 6
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
PETA KONSEP
Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan guru,
guru dapat mengenalpasti miskonsepsi yang wujud pada kanak-kanak. Guru
perlu melatih murid-murid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu.
Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan.
Pilih satu konsep utama
Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan
Susun konsep-konsep ikut hierarki daripada yang am kepada yang
spesifik
Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan
Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai
CARA MENGATASI MISKONSEPSI PELAJAR
Salah satu masalah besar yang sukar diatasi dalam pengajaran konsep sains
adalah memisahkan atau mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada satu
konsep kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains.
Cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi:
1. Guru perlu menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomena-
fenomena sains yang menarik.
2. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa konsep asas
yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan
sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan
fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 7
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
3. Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada ‘penyampai maklumat’
kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti
pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu
membimbing agar murid dapatmempelajari sesuatu dengan bermakna (Bahagian
Pendidikan Guru 1995).
STRATEGI-STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MENGATASI
MASALAH MISKONSEPSI.
1. Guru perlu memahami kerangka berfikir kanak-kanak.
Dengan memahami apa yang difikirkan kanak-kanak dan cara mereka berfikir
guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan cara-
cara mengatasi masalah tersebut. Guru boleh :
a) Memberi kesempatan pada kanak-kanak untuk menceritakan idea dan
pemikirannya mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara lisan
atau bertulis
b) Bertanya kepada kanak-kanak tentang konsep yang biasanya membuat
kanak-kanak keliru dan kanak-kanak diminta menjawab secara jujur
c) Mengajak kanak-kanak untuk berbincang tentang bahan tertentu yang
biasanya mengandungi miskonsepsi dan guru membiarkan murid
berbincang secara bebas
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 8
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
2. Guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan
memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep yang kurang
atau belum lengkap.
Pemahaman konsep memerlukan proses yang terus menerus dan waktu
yang lama bagi kanak-kanak untuk memahaminya, maka kanak-kanak yang
kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar sesuai dengan daya
kefahamannya. Guru juga perlu memberikan waktu tambahan atau khusus
untuk membantu kanak-kanak yang kemampuannya kurang sesuai dengan
keadaan mereka.
3. Guru perlu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Minat kanak-kanak untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep kanak-
kanak. Kanak-kanak yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan
dan juga cenderung mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak
berminat cenderung mengabaikan apa yang diajar oleh guru.
4. Cara penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran oleh guru perlu mantap.
Guru perlu mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
sehingga kanak-kanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran.
Guru perlu menjelaskan kegunaan konsep dalam kehidupan seharian,
terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak.
Guru perlu berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak untuk menjadikan
kanak-kanak suka belajar.
Guru menunjukkan pada kanak-kanak bahawa sesungguhnya kanak-kanak
suka belajar.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 9
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
Guru perlu bersabar dlam menghadapi kanak-kanak terutama yang memiliki
kemampuan yang kurang dalam pembelajaran.
5. Guru yang tidak menguasai konsep secara benar perlu belajar lagi, baik belajar
secara sendiri mahupun belajar bersama dengan guru lain. Guru juga perlu
menyedari bahawa ilmu yang dimilikinya harus selalu dipertingkatkan.
6. Selain itu juga guru boleh menggunakan strategi – strategi yang berikut
Strategi inkuiri penemuan
Strategi inkuiri penemuan membuatkan murid berusaha untuk menemui sesuatu
yang baru dalam dirinya,walaupun apa yang ditemui bukan semestinya baru dalam dunia
ini.Takrif lain bagi inkuiri ialah proses menyelesaikan masalah atau pengesanan kebenaran
atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis,menjalankan
pemerhatian,mengemukakan soalan,melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan.
Murid-murid berupaya menjalankan inkuiri apabila mereka diberi kesempatan
pembelajaran hands on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasikan, masalah yang
mengagumkan , bantuan dan bimbingan,kebebasan yang mencukupi untuk mereka
membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri.
Berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau penyelesaian masalah
merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri. Apabila murid berjaya memperoleh
fakta,konsep,prinsip,atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai
suatu penemuan.Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan pembelajaran
sains,proses sains dan sikap terhadap sains.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,
lawatan dan kajian masa depan.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 10
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
Dalam kurikulum cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai
objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti
pembelajaran.
Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran
jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat
murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar.
Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan
aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan.
Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal
matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri,
perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.
Eksperimen :
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran
sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains
yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan
kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah
seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 11
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen
yang dibimbing oleh guru ,murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka
sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh
diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil
eksperimen mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil
atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka
untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum
sesuatu aktiviti.
Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu
tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran
yang formal.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 12
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang
dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam
bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar
lain.
Lawatan
Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains
melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya
bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan
bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi
dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan.
Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan
dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.
Kajian masa depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini
berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral,
pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk
melalui kaedah ini.
Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk
membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian
masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara
umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 13
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian
Simulasi
. Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana
mereka perlu mengandaikan diri sebagai watak (manusia atau bukan manusia) dan
memainkan peranan dan kelakuan watak itu.kanak-kanak cuba bertindak,berasa dan
bergerak balas seperti watak berkenaan.
Sebagai contoh,murid-murid menjalankan simulasi melancong ke bulan untuk
menjelaskan keadaan di bulan seperti kawah,gunung,tanah dan batuan(bumi dan dunia
teknologi,tahun 4).untuk membantu murid membuat persediaan,kad tugasan diberikan
kepada tiga kumpulan kecil yang akan membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan.
(sila rujuk PuLSaR Modul 5,PPK,1994,halaman 26-28).
Permainan memerlukan aplikasi pengetahuaan sains dan strategi sains untuk
menang sebagai contoh,40 keping kad gambar haiwan disediakan.Empat orang pemain
perlu mengelaskan gambar yang dipegangnya mengikut cara pengelasan haiwan bergilir-
gilir.Markah diberi untuk pengelasan yang dilakukan dengan betul .Pemain yang mendapat
markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenag.(sila rujuk PuLSaR Modul 5 halaman 25-
26).
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 14
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
Model merupakan bahan gentian yang dapat mewakili bahan sebenar.Terdapat tiga
jenis model yang utama.Pertama,model pepejal boleh dibina untuk membesarkan realia
yang terlalu kecil atau mengecilkan realia yang terlalu besar.Model begini dapat
diperhatikan dan dipegang dengan mudah.Pelajar akan dapat mengenali dan memahami
struktur luar dan ciri fizikal realia yang diwakili oleh model.Contohnya,model glob digunakan
untuk mewakili bumi dan permukaanya.
Kedua,model keratin yang dibina untuk menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek
atau sistem.Dengan itu,struktur dan fungsi dalaman yang dilindungi dapat
diperjelaskan.Contohnya,model keratin gigi yang menunjukkan lapisan-lapisan dalam gigi
yang memainkan peranan masing-masing.
Akhirnya,model pergerakan yang menunjukkan cara sesuatu sistem bergerak dan
beroperasi.Contohnya,model enjin dua-jelang dan enjin empat-jelang boleh digunakan untuk
mendemonstrasikan cara pembakaran bahan api dan bagaimana enjin menggerakkan
motor.
KESAN – KESAN MISKONSEPSI TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS KANAK -
KANAK
Gilbert, Osborne dan Fensham ( 1982) memberi beberapa akibat yang mungkin
timbul daripada keadaan itu;
1. Pelajar mungkin tidak akan mengubah konsep sedia ada ataupun
mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang berguna
dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada.
2. Kemungkinan juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan
ataupun konsep awal pelajar dan kerapkali juga pengajaran guru akan hanya
menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar
tidak mampu menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya dengan
pengetahuan sedia ada yang dipegangnya.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 15
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
3. Hasil yang paling ideal yang diharapkan adalah pengajaran guru yang
berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik.
Perkara ini adalah hasilan atau matlamat akhir yang ideal bagi pengajaran sains.
4. Kepelbagaian dalam personaliti pelajar membuatkan sesetengah
pelajar lebih terbuka kepada idea-idea baru berbanding pelajar lain. Sebahagian
daripada pelajar mungkin tidak akan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan
konflik kognitif ataupun ketidakseimbangan kognitif yang dihadapinya. Tambahan
pula, jika idea ataupun pengetahuan sedia ada terbukti mencukupi berdasarkan
pengalaman lampau. Maka pelajar tidak berasa perlu menggantikan pengetahuan
sedia dengan pengetahuan baru. Bagi memastikan perubahan konseptual berlaku,
Posner, Strike, Hewson, dan Gertzog ( 1982) menyatakan idea baru mesti difahami,
memberi makna kepada pelajar, dapat diterima masuk akal, berguna serta relevan
kepada pelajar.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 16
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
MISKONSEPSI PELAJAR BERDASARAKAN HURAIAN SUKATAN SAINS TAHUN 5
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima, dalam Tema Menyiasat
Bumi dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami miskonsepsi bagi Hasil
Pembelajaran 2.3 iaitu memahami fasa-fasa bulan.
Fenomena fasa-fasa bulan berlaku kerana bulan memantulkan cahaya matahari dan
bulan beredar mengelilingi bumi. Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang diperhatikan dari
bumi kelihatan berubah-ubah bergantung kepada kedudukan bulan di antara bumi dan
matahari (Verdet 1995).
Fenomena ini sangat sukar difahami oleh murid saya. Murid saya menyangkakan
bahawa bulan mempunyai cahaya yang sangat terang sepertimana yang dilihat semasa
fasa bulan purnama. Lantaran peribahasa ada menyebut bahawa ‘ rupamu cantik ibarat
bulan purnama’.
Fasa bulan dikatakan terjadi apabila cahaya bulan semakin kurang sedikit demi
sedikit apabila bulan mengelilingi bumi. Ini dikatakan terbukti semasa bulan penuh, cahaya
bulan lebih terang atau lebih banyak berbanding cahaya bulan semasa bulan separa apatah
lagi sewaktu bulan sabit.
Ada murid berpendapat fenomena ini disebabkan bulan dilindungi oleh awan dan
bayang-bayang matahari melindungi bulan. Awan yang tebal menyebabkan bulan kelihatan
seperti sabit dan jika bulan berputar mendekati matahari maka bentuknya bulat terang
berbanding jika bulan menjauhi matahari.
Malah , ada yang berpendapat fenomena ini berlaku disebabkan matahari dilindungi
oleh bumi, oleh itu bayang-bayang bumi jatuh ke atas bulan. Sebenarnya konsep ini
menerangkan fenomena gerhana bulan. Hal ini menyebabkan murid-murid saya keliru dan
kerapkali menulis jawapan yang salah ketika membuat inferens, hipotesis dan kesimpulan.
Miskonsepsi ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan .
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 17
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI PELAJAR
Strategi pilihan : Strategi Inkuiri Penemuan Kaedah : Simulasi
Berbagai takrif diberikan terhadap inkuiri. Antaranya ialah suatu proses penyiasatan
sesuatu masalah , pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran
kritis, menjalankan pemerhatian, mengemukakan soalan, melakukan eksperimen dan
menyatakan kesimpulan, berfikir secara kretif dan menggunakan intuisi. Takrif yang paling
popular ialah memberi kesempatan pembelajaran hands-on, bahan yang sesuai untuk
dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, kebebasan yang
mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan
pembelajaran dirinya sendiri.
Ciri utama kaedah inkuiri ialah berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru
atau menyelesai masalah. Apabila seseorang memperoleh fakta, konsep, prinsip atau
penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan.oleh itu,
proses-proses kognitif, afektif dan psikomotor yang digunakan oleh kanak-kanak merupakan
inkuiri manakala hasil proses-proses ini dinamakan penemuan iaitu perkara yang dipelajari
dan dibina dalam mindanya.
Simulasi merupakan salah satu kaedah dalam strategi inkuiri penemuan
selain daripada eksperimen, projek dan kajian lapangan. Kaedah ini menyerupai atau
meniru keadaan yang sebenar. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan,
permainan dan penggunaan model.
Contoh simulasi yang dipilih ialah main peranan. Main peranan ialah aktiviti
yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri
sebagai watak ( manusia atau bukan manusia) dan memainkan peranan dan kelakuan
watak itu. Kanak-kanak cuba bertindak, berasa dan bergerakbalas seperti watak berkenaan.
kad tugasan boleh diberikan kepada mereka untuk membincangkan dialog dan lakonan
yang diperlukan.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 18
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
REFLEKSI SESI P&P
Semua murid berjaya dipulihkan daripada miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan
setelah menonton video dan membuat simulasi. Murid teruja semasa menonton video
seolah-olah mereka berada di alam angkasa lepas. Kemudian, murid sendiri mengalami
fenomena fasa bulan semasa aktiviti simulasi. Aktiviti ini akan mengukuhkan lagi fahaman
dan ingatan mereka dan sedikit demi sedikit, miskonsepsi mereka tentang fasa bulan akan
terhapus dan digantikan dengan ilmu saintifik yang sebenar.
Guru yang bertindak sebagai pemudahcara hanya memerhati dan membimbing
murid tatkala murid-murid sendiri yang mengendalikan peralatan ICT.
Kepelbagaian teknik menyoal yang telah kami kemukakan nampaknya telah
menunjukkan keberhasilan apabila murid-murid dapat menukar salahkonsep mereka kepada
pengetahuan saintifik yang kami ajar. Contohnya, murid sendiri sedar bahawa sebenarnya
bulan tidak mempunyai cahaya sendiri. Bulan hanya memantulkan cahaya matahari . oleh
sebab itulah berlaku fasa bulan apabila bulan mengelilingi bumi.
Kata-kata pujian yang telah diberikan beserta sedikit cenderahati apabila mereka
berjata menjawab soalan menimbulkan rasa seronok di kalangan murid-murid sekaligus
mengurangkan malah menghapuskan tekanan yang ada dalam diri mereka. Dengan cara
itu, masalah miskonsepsi dapat diatasi.
Aktiviti kuiz yang diadakan sebagai penutup mendapat sambutan yang
memberangsangkan apatah lagi apabila murid sendiri yang mengendalikannya.
Kami gembira dengan maklumbalas murid pada pagi ini dan kami telah susuli
mereka dengan aktiviti pengayaan mereka di rumah.
Pendek kata, pengajaran dan pembelajaran yang diadakan ini benar-benar berhasil
dan diharapkan miskonsepsi yang mereka hadapi sebelum ini tidak akan berulang lagi.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 19
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan boleh dilaksanakan.
Pelbagaikan kaedah bagi tajuk ini seperti kajian lapangan, eksplores dan sebagainya bagi
menarik minat murid untuk mempelajari ilmu sains.
Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian
agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu
hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai fasa-fasa bulan
dari pelbagai sumber media elektronik seperti internet boleh dipaparkan semasa sesi P&P.
Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan murid secara menyeluruh. Dengan
membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki
merekabentuk model fasa bulan dengan menggunakan kad manila, plastesin, pensel,
pemadam, gunting dan benang . Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki menggantung
hasil kerja mereka di belakang kelas atau bilik sains.
Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini
dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa
membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak
menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan.
Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai
topik .
Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 20
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
PENUTUP
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah miskonsepsi murid kerana kajian
telah menunjukkan bahawa murid berpegang teguh dengan miskonsepsi mereka (Mestre
2002). Miskonsepsi ini akan diubah oleh murid sekiranya ada kelainan dalam pengajaran
guru di bilik darjah. Walau bagaimanapun, kajian ada menyatakan, hanya sebahagian
miskonsepsi mampu diubah manakala sebahagiannya masih kekal (Dunlop 1999).
Jika miskonsepsi diabaikan, murid mungkin akan keliru dan tidak dapat menerima
pengajaran guru (Mestre 2002). Murid mungkin akan menghafal fakta untuk lulus
peperiksaan. Oleh sebab fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid,
fakta ini hanya akan dapat diingat dalam jangkamasa yang singkat(Dunlop 1999). Ini
bermakna, walaupun murid lulus cemerlang, miskonsepsi murid tidak berubah.
Untuk membantu murid mengubah dan membina semula konsep sedia ada mereka,
guru perlu memberi galakan kepada mereka membuat penyiasatan ke atas fenomena-
fenomena sains yang menarik.
Dunlop 1999 mencadangkan guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang
dikemukakan oleh saintis pada masa kini adalah lebih tepat untuk menerangkan sesuatu
fenomena semulajadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan
pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.
Guru perlu mengenalpasti miskonsepsi murid, merancang strategi untuk menangani
miskonsepsi ini dan membina teknik penilaian yang mengambil kira sejauh mana murid
dapat menyerap konsep sains yang diajar(Trumper 1991).
Guru juga perlu mengubah peranannya daripada ‘penyampai maklumat’ kepada
‘penyelidik’ dan ‘pemudahcara’.sebagai penyelidik, guru mengenalpasti pengetahuan sedia
ada murid. Sebagai pemudahcara, guru membimbing murid agar dapat mempelajari sesuatu
yang bermakna( Bahagian Pendidikan Guru 1995).
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 21
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
Guru tidak boleh dianggap sebagai pakar yang cuba menyumbatkan pengetahuan ke
dalam minda murid sebaliknya peranan guru adalah sebagai perangsang sifat ingin tahu
murid, pencabar konsep sedia ada murid, sumber maklumat dan rakan penyiasat (Roslijah
A. Samad 2004). Maksudnya, murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti
pembelajaran.zol Azlan (2000) berpendapat, perubahan peranan guru sebegini akan
memberi peluang kepada murid membina potensi diri dan kreativiti dalam segala aspek.
PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 22
[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
BIBLIOGRAFI
1. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun Lima ( 2005).
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia
2. National Academy Press, (1997). SCIENCE TEACHING RECONSIDERED :
A HANDBOOK by Committee on Undergraduate Science Education