This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Tugasan Nombor 2
- Pengenalan
- Definisi
- Keperluan Perubahan
– Konsep Kesepaduan
- Matlamat & Objektif
- Prinsip Kesepaduan
- Fokus KSSR
- Dokumen Dalam Kurikulum
- Kesimpulan
- Bibliografi
02
02 - 03
03 - 04
04
05
06
07
07 - 14
14
15
1
Soalan 2
KSSR mengekalkan konsep kesepaduan dalam Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan
Dokumen Standard Pembelajaran (DSP) seperti yang terdapat dalam KBSR. Bincangkan
dokumen-dokumen KSSR beserta matlamat dan objektif yang perlu dicapai oleh murid.
Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi
pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam
kehidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan
kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang
mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan
negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah
bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara
maju. Sebelum diperkenalkan KSSR, sistem pendidikan negara adalah berdasarkan
Kurikulum Baru / Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan pada tahun 1983, di samping
menegaskan matlamat mengembangkan kebolehan murid secara menyeluruh dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M), juga menekankan
perlunya memberi perhatian terhadap perbezaan diri murid kerana setiap murid berbeza di
antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, amalan tingkah laku kecenderungan,
bakat dan kebolehan. Untuk memenuhi keperluan-keperluan individu, maka KBSR
menitikberatkan beberapa prinsip pedagogi seperti dalam aspek pemulihan, pengayaan,
penilaian, penggabungjalinan dan penyerapan.
Definisi Kurikulum
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau
satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang diingini.
Menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk
panduan guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula
mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah
atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.
2
Manakala Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang
dapat diterima atau diiktiraf dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.
Keperluan Perubahan
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum
sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 menggunakan nama Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Kemudiannya ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) pada 1993 dan telah disemak semula pada 2003 dengan pengenalan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada
tahun 2011 pula, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal yang merupakan
satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad
ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat
penanda arasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan
kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka
bentuk,organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan
kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011
bermula dengan Tahun 1 disemua sekolah rendah seluruh negara. Menurut Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi
seiringan dengan KBSR. KSSR mempunyai empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR. Disamping itu,
KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran
(P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
3
Konsep Kesepaduan
Kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum atau bersama, bukan terpisah atau berasingan.
Pengertian kesepaduan ini membawa maksud sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah dijalankan secara bersama dan bersepadu agar proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut berlaku dengan lebih bermakna. Konsep asas bersepadu dalam pendidikan ialah
hubungan kesepaduan diantara unsur agama, emosi, intelek dan rohani amat diperlukan dalam
mendidik pelajar.
Konsep kesepaduan dalam KSSR adalah kesinambungan daripada KBSR. Dalam KBSR,
pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Unsur-
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya
terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam
proses pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam
bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori, amali dan nilai murni. KSSR turut
menyatupadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pembelajaran dan
pengajaran lebih menyeronokkan , bermakna dan berkesan.
Dasar Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas termasuk
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam konteks kesepaduan KBSR, pembangunan insan
dilihat secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya dapat kesepaduan dan
keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran
murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam bidang mata pelajaran
telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni.
KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR
juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan
Dokumen Standard Pembelajaran digunakan.
4
Matlamat dan Objektif
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sebagaimana kehendak FPK.
Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk itu, satu bentuk
pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasakan bagi memenuhi tuntutan pendidikan serta
menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
Matlamat KSSR pula adalah melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi: sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan
estetika; keterampilan diri; kemanusia; kerohanian, sikap dan nilai. Melalui KSSR adalah
diharapkan agar dapat menyediakan murid asas-asas menjadi insan yang seimbang dari segi
intelek,rohani, emosi, jasmani dan sosial serta dapat menjadi warganegara yang
bertanggungjawab, global player dan pekerti ilmu. Untuk itu, murid-murid dilatih supaya
mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk belajar. Murid-murid perlu
berusaha mencari sumber seperti daripada guru, rakan ataupun sumber-sumber di sekeliling
mereka. Setiap modul KSSR turut dinyatakan matlamat dan objektif mengikut setiap mata
pelajaran.
5
Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
i) Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.
ii) Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan
secara bersepadu.
iii) Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
iv) Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai
asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
6
Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran
menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal
atau logik.
Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan
diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran
tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan
inovasi, keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
Dokumen Dan Bahan Dalam Kurikulum
Bahan yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada 2 kategori iaitu;
A) Bahan Kurikulum Dokumen Standard Kurikulum
Dokumen Standard merupakan bahan kurikulum utama yang digunakan dalam
pembelajaran dan pengajaran. Ia merupakan pendekatan modular yang merujuk kepada
kedua-dua Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran KSSR digubal dalam bentuk
pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.
7
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau petunjuk
(indicator) kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan.
Matlamat utama kewujudan Standard adalah untuk memastikan semua murid melepasi
standard yang ditetapkan. Dengan adanya Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran,
guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran
dengan lebih berkesan. Ini juga secara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam
pembelajaran murid di sekolah. Selain itu, penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Perkara ini dapat dilakukan melalui pentaksiran
yang dibuat kepada murid. Strategi penambahbaikan (assessment for learning) dapat dikenal
pasti juga merupakan tujuan standard ini dibuat. Kesannya, guru dan murid akan
meningkatkan diri masing-masing untuk mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan.
Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran
mereka. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat
dalam Dokumen Standard. Contohnya dalam mata pelajaran Matematik, guru membimbing
pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang
merupakan standard kandungan bagi topik ini. Manakala Standard Pembelajaran yang perlu
dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.
Modul pengajaran dalam KSSR turut mengandungi cadangan aktiviti
pemulihan dan pengayaan kepada murid. Pemulihan adalah sesuatu usaha
untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang
tidak betul .Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid lemah
mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lalu
dan untuk membantu murid dalam mengembangkan diri dan
menunjukkan potensi mereka. Manakala pengayaan pula proses di mana
aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih
tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam
bilik darjah.Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-
8
kemahiran yang sedia ada pada murid di samping membekalkan peluang
tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin
tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai
bidang. Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk
memperkembangkan potensi ke tahap maksima. Ia dijalankan secara tidak
formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah.
Matlamat tema Dokumen Standard Kandungan Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk
menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan
bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin
dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir,
kemahiran manipulatif/psikomotor dan kemahiran TMK.
Rajah 1 : Dokumen Standard Kurikulum
B. Bahan Sokongan Kurikulum :
i) Penggunaan Modul atau Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran
KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi
Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan
kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung,
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang fleksibel dapat berlaku. Guru boleh membuat
pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang
sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid. Modul Pengajaran merupakan
dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran. Manakala modul
pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap
sesuatu isi pembelajaran. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan
menggantikan penggunaan buku teks. Modul-modul ini dapat menarik minat murid. Pelbagai
9
aktiviti yang seronok , mengembangkan minda dan menajamkan fikiran murid agar menjadi
lebih kreatif dan kritis. Ini amat bersesuaian dengan matlamat dan objektif KSSR, melahirkan
insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi: sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri;
kemanusia; kerohanian, sikap dan nilai.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Teras Asas
merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Modul Teras Tema terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi,
Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif
merupakan pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau
Bahasa Arab. Pelaksanaan KSSR ini adalah usaha untuk
mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai
disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
menyeronokkan dan bermakna. Penggabungan mata pelajaran ini secara
tidak langsung dapat memberi pendedahan lebih banyak kemahiran
seperti ICT, menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi serta
dapat memupuk semangat cintakan alam sekeliling.
Rajah 2 : Modul Pengajaran
ii) Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapanbagi melahirkan modal
insan yang kreatif, kritis dan inovatif, mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat
10
menguasai kemahiran TMK. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti
Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen
merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan
elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang
seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
Rajah 3 : EMK dalam Pembentukan Insan yang Seimbang
a) Elemen Kreativiti dan Inovasi
Seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum Standard. Sekolah
Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua (BPK, 2011), kreativiti
adalah kebolehan atau kemampuan murid untuk mencipta; menyelesai masalah; menggunakan
daya imaginasi dan idea kreatif untuk penghasilan idea tulen yang asli dan baharu. Manakala
inovasi ialah menjana dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan
inovatif saling berkait rapat dan perlu dibangunkan dalam kalangan murid bermatlamatkan
mampu menjadi modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan
ciptaan yang berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu
menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama. Sekolah ialah
tempat di mana proses sosialisasi dalam kalangan murid-murid berlangsung yang mampu
mendidik mereka untuk dapat berfungsi dalam masyarakat kelak. Dianggarkan seperempat
11
daripada masa harian murid-murid adalah di sekolah. Perkembangan pesat dalam bidang sains
dan teknologi telah merubah senario dunia sehingga proses mendidik sering dikaitkan dengan
persekolahan. Melalui penerapan nilai tambah Kreativiti dan Inovasi ini, dapat menghasilkan
idea kreatif dan inovatif menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus
kehidupan harian secara kreatif dan inovatif disamping menguasai kemahiran berkomunikasi
b) Elemen Keusahawanan
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi elemen keusahawanan pula guru
boleh memfokus kepada elemen-elemen keusahawanan dengan membentuk sikap
keusahawanan dalam diri murid; membentuk pemikiran keusahawanan; memberi
pengetahuan dan kemahiran keusahawanan; mendedahkan formulasi pengetahuan dan
kemahiran teknologi dan vokasional; dan menerapkan nilai moral dan etika keusahawanan.
Pelbagai idea secara kreatif boleh difikir oleh guru bagi mencapai tujuan tersebut melibatkan
aktiviti-aktiviti pembelajaran, bahan-bahan pengajaran serta bahan bantu belajar yang relevan.
Dalam Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR umpamanya, Tema ekonomi
dalam mata pelajaran tersebut mendedahkan murid perihal bidang peniagaan dan
keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai
diajarkan kerana dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan
membudayakan sikap keusahawanan dalam kalangan murid.
c) Elemen Kemahiran Menaakul
Kemahiran menaakul Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah(KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping kemahiran
membaca, menulis dan mengira (4M). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang
penting pada abad ke 21. Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan
akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya dapat
membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Objektif kemahiran menaakul ini, ia
dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami sebab dan
akibat disamping menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru serta bersedia
menghadapi risiko. Kemahiran menaakul juga membolehkan murid berfikir dengan fleksibel.
12
Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran menaakul kerana pada usia yang
muda minda mereka berkebolehan untuk menerima dan memproses maklumat.
d) Elemen Kemahiran Teknologi Maklumat (TMK)
Dizaman dunia sains dan teknologi ini penggunaan ICT menjadi satu kompenan
penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu elemen TMK ini akan membantu guru
dan murid mengusai dan memiliki kemahiran teknologi maklumat. Tujuan TMK ini
membolehkan murid menggunakan TMK secara bertanggungjawab & beretika, meningkatkan
produktiviti & pembelajaran disamping menggalakkan murid untuk mencari, mengumpul,
memproses & menggunakan maklumat. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan
menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar
oleh guru seperti menggunakan perisian aplikasi, CD-ROM atau muat turun. Murid boleh
mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan
mereka disamping mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah dikuasai. Matlamat TMK
adalah memastikan murid dapat mengaplikasikan dan mengukuhkan pengetahuan dan
kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan
pembelajaran yang menarik & menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis & kreatif,
berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran.
13
Rajah 2 : Buku-buku panduan EMK
iii) Buku teks
Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan
maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar. Ianya tidak hanya berfokus kepada
aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari itu. Penggunaaan bahasa yang ringkas dan padat, di
samping ilustrasi yang menarik diharap dapat merangsang minda pelajar menghayati matlamat dan
objektif pengajaran dan pembelajaran. Buku teks KSSR dibina berdasarkan semakan semula
KBSR . Ianya telah melalui proses pemerakuan yang tertentu di peringkat Kementerian
Pelajaran Malaysia. Isi kandungannya memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran Ciri-ciri semakan kepada buku teks ialah untuk menampilkan
buku teks sebagai agen perubahan yang berkemampuan untuk membantu memberikan
prospek baru dalam penerokaan, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik
dan seimbang yang dapat dinikmati oleh anak didik kita. Seterusnya dapat membantu dalam
menyediakan guna tenaga negara dan peningkatan kualiti pendidikan.
Objektif penggunaan buku teks ialah membantu murid-murid membuat persediaan
belajar, membangkitkan minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik dan
sebagai bahan rujukan murid-murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji. Buku
teks juga menjadi panduan awal kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
14
Rajah 3 : Contoh buku-buku teks
Kesimpulan
Pengenalan KSSR bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan
dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi
mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan
komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum,
ibu bapa serta pihak berkepentingan.
Bibliografi
http://www.moe.gov.my/bpk/
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008). Falsafah pendidikan dan kurikulum (edisi
Kedua). Tanjong Malim: Quantum Books
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.