NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR
LAPORAN MISKONSEPSI
SEBELUM PENGAJARAN.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains tahun 4 dalam Tema Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami miskonsepsi bagi hasil pembelajaran 4.1.1.3 iaitu memahami bahawa planet mengelilingi Matahari.
Fenomena kejadian siang dan malam adalah satu situasi dimana Bumi berputar di atas paksinya sambil mengelilingi Matahari.Dalam proses kejadian ini, sebahagian Bumi akan menerima cahaya matahari apabila bahagian Bumi tersebut menghadap Matahari.Kejadian Bayang-bayang juga berlaku apabila Bumi berputar di atas paksinya.Dalam kejadian ini Matahari seakan bergerak pada setiap hari bermula terbit fajar dan terbenam Matahari.
Fenomena ini sangat sukar di fahami oleh murid saya.Murid saya menyangkakan Matahari itu sendiri yang bergerak mengelilingi Bumi.
Tema Bumi dan Alam Semesta adalah satu tema yang agak meluas dan memerlukan tahap kefahaman yang tinggi bagi seseorang murid yang berumur 10 tahun.Persoalan mengenai mengapakah matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah Barat telah memberikan satu gambaran kepada murid bahawa Matahari itu boleh bergerak mengelilingi Bumi.
Persoalan yang saya ajukan kepada murid-murid kelas tahun 4 Exora,
mengapakah anda mengatakan Matahari itu bergerak.
Jawapan yang di terima dari pelbagai sudut.
Jawapan murid 1 : Saya lihat Matahari terbit kat bawah Gunung kemudian naik atas.
Jawapan murid 2 : Bila tengahari Matahari berada di atas dan apabila terbenam Matahari berada di
bawah pula.
Jawapan murid 3 : Apabila pagi Matahari berada di tepi dan apabila tengahari Matahari telah naik ke
atas pula dan akhir sekali berada di bawah semula.
Jawapan murid 4 : Matahari sangat terang apabila Matahari berada di atas dan gelap apabila Matahari
berada di bawah.
Jawapan murid 5 : Setiap masa saya Nampak Matahari berada di tempat yang berlainan.Mestilah
Matahari itu bergerak.
NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR
CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI PELAJAR
Strategi pilihan : Tayangan video tentang peredaran Bumi mengelilingi Matahari.
Kaedah : Perbincangan
Saya telah memilih untuk menayangkan video tentang proses keadaan sebenar di Angkasa Lepas , bagaimanakah situasi sebenar hubungannya di antara pergerakan Bumi dan kedudukan Matahari.
Murid-murid dapat melihat dengan jelas , orbit yang di gunakan oleh Bumi untuk mengelilingi Matahari.Matahari dapat di perhatikan bahawa sentiasa berada di tempat yang sama dan murid dapat memerhati hanya Bumi yang bergerak mengelilingi Matahari.
Di samping itu juga Murid-murid dapat melihat relative saiz Bumi dan Matahari dan bagaimanakah situasi sebenar keadaan permukaan Matahari yang mempunyai permukaan yang bercahaya.Tayangan video ini juga dapat mengukuhkan kefahaman murid tentang planet-planet lain yang mempunyai fungsi yang sama dengan planet Bumi iaitu sentiasa mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing dan dengan jelas dapat melihat Matahari berada static di tengah tengah .
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini di jalankan saya sentiasa memberi penerangan kepada murid dan pelbagai persoalan yang di ajukan oleh murid bagi mengukuhkan kefahaman mereka tentang konsep Matahari tidak bergarak dan hanya Bumi yang mengelilingi Matahari.
SELEPAS PENGAJARAN.
Selepas proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan, saya dapat melihat murid-murid telah menguasai konsep yang sebenarnya. Murid-murid telah mengetahui:
1. Bumi berputar mengelilingi Matahari.2. Matahari tidak bergerak .3. Kedudukan Matahari yang berubah pada setiap pagi tengahari dan petang di sebabkan oleh
Bumi berputar pada paksinya.4. Matahari di kelilingi oleh planet-planet lain yang mengelilingi matahari melalui orbit yang
tersendiri.
NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR
LAPORAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR.
KEKUATAN
1. Murid dapat melihat dengan lebih dekat peristiwa yang berlaku di angkasa lepas.
2. Murid dapat melihat orbit yang di gunakan oleh Bumi untuk mengelilingi Matahari.
3. Murid dapat melihat dengan jelas posisi matahari ketika Bumi beredar mengelilingi Matahari.
4. Murid dapat mengajukan persoalan ketika pengajaran dan pembelajaran di sampaikan.
5. Guru mengadakan kuiz ringkas bagi memantapkan kefahaman murid tentang miskonsepsi.
6. Murid dapat membuat perbandingan relative saiz Bumi dan matahari.
KELEMAHAN
1. Murid tidak terlibat secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1.Konsep dapat di perkukuhkan lagi jika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tambah dengan
aktiviti simulasi.
2.Penggunaan bahan maujud dan model Bumi dan Matahari akan dapat mengukuhkan kefahaman
konsep murid.
NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR
LAPORAN BERGAMBAR
GURU MEMBERI PENERANGANTENTANG KEDUDUKAN BUMI DAN MATAHARI
ORBIT-ORBIT YANG DI GUNAKAN OLEH PLANET UNTUK MENGELILINGI MATAHARI
BUMI BERGERAK
NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR
MENGELILINGI MATAHARI
MATAHARI MEMPUNYAI CAHAYA BUMI BERPUTAR DI ATAS PAKSINYA
MATAHARI TIDAK BERGERAK HANYA BUMI MENGELILINGI MATAHRI
NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI LAPORAN BERGAMBAR
MURID MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA TAYANGAN VIDEO
MURID MENGUKUHKAN KONSEPMELALUI TAYANGAN VIDEO YANG DI TUNJUKKAN