PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK NEGERI PULAU PINANG.
ROSADAH BINTI HASSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK NEGERI PULAU PINANG.
ROSADAH BINTI HASSAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
iv
DEDIKASI
Untuk Ayahbonda
Haji Hassan bin Ibrahim
Hajjah Che Mas binti Ismail
Terima kasih atas doamu, restumu.
Semoga Allah s.w.t merahmati dunia dan akhiratmu.
Untuk Ibu dan Bapa Mertuaku,
Haji Ghazali bin Hamad & Hajjah Che Som bin Darus
Terima kasih di atas pengorbanan, sokongan dan kasih
sayang kalian. Semoga kehidupan kalian diberkatinya.
Untuk suamiku yang dicintai, Mohd. Fauzi bin Ghazali
Terima kasih diatas segala-galanya kasih sayang,
kesetiaan, kesabaran dan pengorbananmu
hanya Allah layak membalasnya.
Untuk putera-puteriku tersayang
Nor Aida Syuhada, Mohd. Aiman Arif, Mohd. Aiman Afif.
Nor Alia Aqilah dan Mohd Aiman Ammar.
Teruskanlah perjuangan semoga kejayaan ini
Pendorong buat kalian dalam memperjuangkan sebuah kejayaan.
Untuk saudara-saudaraku dan teman-temanku yang dikasihi,
Segala jasa, pertolongan, bantuan dan sokongan
kalian dalam membantu kejayaanku,
ribuan terima kasih ku ucapkan
dan akan ku kenang
untuk selamanya.
v
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W.
yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Penulis ingin merakamkan tulus ikhlas kepada suami, ibu dan ayah tersayang serta
keluarga yang sentiasa memberi dorongan, sokongan galakan dan kerjasama di dalam
membantu menyaipkan tugasan ini
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof. Madya Dr Shariff
bin Omar yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa
jemu dalam menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Teknik
Negeri Pulau Pinang serta guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian
ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang terlibat
secara langsung atau tidak lansung dalam menyiapkan kajian ini.
vi
ABSTRAK
Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek
individu telah diberi penekanan utama bersama dengan perkembangan rohani, emosi dan
jasmani. Selaras denga itu KBKK merupakan satu matlamat utama pendidikan di Malaysia
seperti yang ditekankan oleh maklamat KBSM. Oleh itu pengajaran guru yang berkesan
perlu disebatikan dengan kemahiran berfikir agar ianya dapat membantu dalam usaha
mempertingkatkan perkembangan intelek pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau
perlaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran guru
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik. Sejumlah 32
Responden orang yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan dipilih. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik yang
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I melibatkan
biodata responden dan bahagian II melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-
persoalan kajian. Data maklumbalas yang diterima kemudian diproses dengan
menggunakan perisian SPSS Release 10.0 for window. Hasil kajian menunjukkan bahawa
penyebatian KBKK dalam pengajaran guru Lukisan Kejuruteraan telah wujud dan berada
pada tahap yang tinggi walaupun pengetahuan KBKK guru Lukisan Kejuruteraan adalah
sederhana. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak guru, sekolah,
Jabatan Pendidikan Teknikal dan juga Jabatan Pendidikan Guru dalam usaha memantapkan
lagi pelaksanaan KBKK dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Akhir sekali beberapa
cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk kajian akan datang.
vii
ABSTRACT
In accodance with the National Education Philosophy, the growth of intellctual
ability has been given great emphasis together with one’s spiritual,emotional and physical
growth. In conjuntion with that matters, critical and creative thinking skills has been
proposed as a major aim in Malaysia education system as enhanced in KBSM. The
efficiency of the teachers should be mutually combined with the creative thinking in order
to upgrade the pupil’s intellectual growth. This study was carried out to identify the
implementation of critical and creative thinking in Technical Drawing lessons in Tecknical
School in Pulau Pinang of the teachers. Total of 32 respondents, which comprising teachers
whom teaching Technical Drawing subject were choosen. The research instrument consists
of a set of questionaire which divided into two(2) part, Part I and Part II. Part I which
includes a respondents biodata while the Part II includes a response to the questionaire
given. All the responses data received was then being processed by using of SPSS Release
10.0 for windows. The findings show that there is an existence of the critical and creative
thinking skill of the teachers was found approximately high although the knowledge of the
critical and creative thinking skill moderately. Hope to be, this study could become a
guidlines to the teachers, school, Technical Education Department and Teacher Education
Department in their effort to apply the critical and creative thinking skill in Technical
Drawing lessons. Lastly, some suggestions have been forwarded as an alternative for the
future research.
viii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definasi Terminologi 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Pelaksanaan KBKK dalam mata pelajaran 17
Lukisan Kejuruteraan
2.3 Pengetahuan Guru tentang Kemahiran berfikir 13
2.4 Kesediaan Pelajar 14
2.5 Iklim Sekolah 16
2.5 Bahan Rujukkan KBKK 18
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempak Kajian 32
3.4 Sampel Kajian 32
3.5 Instrumen kajian 33
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Prosedur Kajian 36
3.7 Analisis Data 36
3.8 Rumusan 38
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Profil Responden 40
4.3 Analisis Bahagian A 40
4.4 Analisis Bahagian B 44
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 44
4.4.2 Dapatan Persaoal Kajian 2 49
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 52
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 53
4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 54
4.5 Kesimpulan 59
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Tahap Penyebatian KBKK Dalam Pengajaran 60
Guru Lukisan Kejuruteraan
5.2.2 Tahap Pengetahuan Guru Lukisan 61
Kejuruteraan Tentang KBKK
5.2.3 Persepsi Guru Tentang Kesediaan Pelajar 63
Menerima Eleman KBKK
5.2.4 Persepsi guru Tentang Iklim Sekolah 64
Mereka Menggalakkan pelaksanaan KBKK
Dalam Pengajaran Mereka
5.2.5 Persepsi Guru Tentang Kesediaan Bahan Rujukan 65
KBKK Yang Sedia Ada. .
5.3 Rumusan 67
5.4 Cadangan 68
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 71
xii
RUJUKAN 73
LAMPIRAN 78
LAMPIRAN A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM
LAMPIRAN B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
LAMPIRAN C Surat Kebenaran Penyelidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
LAMPIRAN D Borang Soal Selidik
LAMPIRAN E Analisis Kajian Rintis (Alpha Croncbach)
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Skor bagi item 34
3.2 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan 37
Peratus.
3.3 JadualPengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Min 37
4.1 Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut 40
Sekolah Yang Terlibat
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 41
Jantina
4.3 Taburan Responden Mengikut Kelayakkan Akedemik 41
4.4 Taburan Responden Mata pelajaran Opsyen 42
4.5 Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut 43
Kehadiran Kursus KBKK
4.6 Taburan Responden mengikut Kekerapan, Peratus dan Min 45
xiv
Bagi Aspek Amalan Penyebatian Elemen-Elemen KBKK
Guru Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min 49
Bagi Aspek Pengetahuan KBKK Guru Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, peratus dan Min 53
Bagi Aspek kesediaan Pelajar Mengikut Persepsi Guru
Lukisan Kejuruteraan
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min 54
Bagi Aspek Iklim Sekolah Mengikut Persepsi Guru
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, peratus dan Min 56
Bagi Aspek Bahan Rujukan KBKK Mengikut Persepsi Guru
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
xv
SINGKATAN
SMT : Sekolah Menengah Teknik
KBKK : Kemahhiran Berfikir Kritis dan Kreatif
KBSR : Kurukulum Baru Sekolah Rendah
KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah
STP : Sarjana Muda Teknologi Serta pendididkan
BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BPG : Bahagian Pendidikan Guru
JPT : Bahagian Pendidikan Teknik
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
LK : Lukisan Kejuruteraan
xv
SINGKATAN
SMT : Sekolah Menengah Teknik
KBKK : Kemahhiran Berfikir Kritis dan Kreatif
KBSR : Kurukulum Baru Sekolah Rendah
KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah
STP : Sarjana Muda Teknologi Serta pendididkan
BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BPG : Bahagian Pendidikan Guru
JPT : Bahagian Pendidikan Teknik
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
LK : Lukisan Kejuruteraan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan kurikulum di Malaysia pada hari ini telah melalui beberapa fasa
perubahan. Antara matlamat kerajaan dan Kementerian Pendidikan khasnya adalah
untuk menyediakan generasi yang mampu dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi
alaf baru. Kementerian Pendididkan juga ingin menjadikan pendidikan di negara ini
“bertaraf dunia”.
Dilihat dari perspektif yang luas pendidikan bertaraf dunia bermaksud
kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor
pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis dalam pembangunan
tenaga manusia, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya
fikir dan intelektual dan pembangunan teknologi dan sains.
Pendidikan Bertaraf Dunia mempunyai konotasi yang luas dan merupakan satu
komitmen dan usaha kementerian pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan
negara supaya ianya dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu
menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat
dalam berbagai-bagai aspek pembangunan, sektor pembangunan di Malaysia perlu
2
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf
baru dalam segala aspek.
Langkah ini juga akan meningkatkan komitmen semua pihak negara ini yang
terlibat dengan kegiatan pendidikan supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan
meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendididkan yang
berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan
sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah
mencapai status negara maju.
Iltizam Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020, antara lain
memajukan pemikiran rakyatnya dengan jalan pendidikan. Abd. Rahim (1999),
menyatakan:
“Pendidikan perlu membangunkan minda rakyat sebagai asas
membentuk masyarakat berfikir. Menbina kemahiran berfikir
sebagai asas membangunkan minda perlu menjadi satu agenda
kritikal pendidikan supaya transfomasi sosial dapat dilakukan.
Minda lemah yang terbentuk daripada perkembngan pembangunan
yang rendah akan menyebabkan masyarakat Malaysia ketinggalan
dan tidak mampu menyiapkan diri untuk menghadapi arus
perubahan dan arus kemajuan informasi maklumat, sains dan
teknlogi”.
Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan peri pentingnya perkembangan potensi
manusia yang merupakan aset utama dalam mencapai maklamat pendidikan negara.
Bakat dan potensi manusia harus digerakkan dan digilapkan sebagai suatu usaha bagi
menyahut cabaran ini. Potensi manusia yang lahir dari akal yang sempurna dan
sejahtera akan memberikan rangsangan yang hebat terhadap pelaksanaan sistem
pendidikan yang diciptakan. Di dalam Al-Quran ada menyatakan tentang
kesempurnaan akal manusia seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Yusof (1995) bahawa
3
Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna. Kesempurnaan
penciptaan manusia ini kerana manusia dikurniakan akal.
Potensi akal yang kita miliki merupakan aset dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menggunakan potensi akal dengan berkesan akan membentuk
kemahiran berfikir yang amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir ini boleh meransangkan pekembangan intelek pelajar. Kemahiran
ini ialah kebolehan menggunakan minda memahami makna dan kefahaman terhadap
sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan
membuat pertimbangan yang wajar serta merenung kembali proses pemikiran yang
telah dialami. Secara amnya kemahiran berfikir terbahagi kepada dua bahagian berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK). KBKK dapat menjadi alat yang berkesan dalam
usaha mencapai objektif kurikulum baru sekolah menengah (KBSM) iaitu untuk
mempertimbangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional,kritis
dan kreatif.
Manakala Wan Zahid (1996), menyatakan menyatakan penekanan kepada
proses berfikir kepada guru semata-mata adalah tidak memadai kerana pelajar juga
perlu diberi pendedahan kepada proses berfikir ini. Oleh yang demikian, seluruh proses
pengajaran dan pembelajaran seharuskan mengalakkan pelajar-pelajar berfikir.
Pendekatan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan supaya
selaras dengan penilaian yang dilaksanakan di peringkat nasional dimana 25% daripada
soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
Abd. Rahim (1999), berpendapat bahawa agenda KBKK yang perlu
dibangunkan di sekolah-sekolah memerlukan reformasi kurikulumdan pedagogi.
Kurikulum mata pelajaran disekolah perlu dirangsang dengan kemahiran berfikir dan
membangunkan intelektual pelajar. Belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
semata-mata tidak mencukupi jika tidak dititik beratkan dengan kemahiran berfikir
kerana melalui kemahiran inilah kita boleh menimba lebih pengtahuan disamping
membina kefahaman.
Pendidikan yang bermutu juga akan melahirkan generasi yang sedar dan insaf terhadap
erti hidup dan tanggungjawab. Generasi yang berkualiti amat diperlukan untuk
mencapai hasrat kerajaan menuju wawasan 2020 seperti mana yang disarankan oleh
4
YAB Perdana Menteri Malaysia: “Negara kita mesti maju dari segi : ekonomi, politik ,
sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan” (Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad,
1991).
Untuk merealisasikan hasrat ini, bidang pendidikanlah menjadi nadi utama dan
pendidik perlu memainkan peranan penting. Pendidik bukan sahaja mencurahkan ilmu
dan memperkembangkan kemahiran pelajar malahan pembentuk akhlak dan contoh
teladan kepada pelajar-pelajar dan masyarakat. Sebagaimana kata Pythygoras (dalam
mustafa 1998) pembersihan jiwa di dalam membentuk etika dan moral adalah syarat
mutlak kepada kesempurnaan manusia. Jadi pendidik seharusnya menggunakan
peluang yang ada untuk memberi pendidikan yang sewajarnya kepada para pelajar.
Pendididk perlu sedar bahawa mereka menyediakan pelajar yang kritis, kreatif dan
inovatif.
Daripada penyataan di atas jelaslah menunjukkan bahawa guru-guru serta
pelajar-pelajar harus mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana hasrat wawasan 2020 dan melahirkan
insan yang seimbang dalam semua aspek seperti yang diwar-warkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Para guru harus sedar bahawa dalam membekalkan ilmu
pengetahuan guru-guru haruslah memiliki daya pemikiran yang kreatif dan kritis agar
berupaya melahirkan generasi yang cemerlang serta tinggi pemikiranya. Secara tidak
langsungnya akan dapat melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir bagi
menyumbang kepada pembangunan negara.
Diharapkan dengan adanya kajian ini dan cadangan seperti yang dikemukakan di
dalam penulisan ini dapat memberi sedikit idea dan panduan kepada pihak-pihak yang
berkenaan terutama para pendidik untuk melaksanakan semaksima mungkin kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif di dalam pengjaran Lukisan kejuruteraan.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam tempoh dua dekad yang lalu terdapat banyak usaha berterusan untuk
memperbaiki kurikulum sekolah dan pengajaran . Penyusunan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah misalnya adalah bertujuan untuk melengkapkan kanak-kanak dengan
kemahiran dan pengetahuan asas untuk membaca, menulis dan mengira. Dalam
kurikulum baru Sekolah Menengah (KBSM) aspek kemahiran berfikir telah mendapat
penekanan yang sewajarnya dan pada tahun 1995 aspek ini akan menjadi lebih penting
kerana ianya ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menggunakan “Staf Devopment Manual” Robert Swarts dan Sandra
Parks (1992), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan beberapa siri
progran tentang “infusion” atau penyebatian kepada semua peringkat yang terlibat di
dalam perancangan, pelaksanaan dan pengawalan mutu pendidikan.
Menurut Wan Zah budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat dari guru
telah sebati dengn diri pelajar kerana mereka beranggapan budaya ini lebih mudah dari
berfikir. Budaya ini bukan sahaja berlaku di sekolah malah juga berlanjutan di institusi
pengajian tinggi. Malahan para pelajar di institusi pengajian tinggi pun masih lagi gagal
dilatih untuk berfikir dengan berkesan. Mereka lebih terdorong untuk menguji kcekapan
menghafal. Maka, lahirlah pelajar kita yang dikatakan tidak produktif, tidak inovatif
serta tidak kreatif.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen
yang penting dalam sistem pendidikan negara kita sekarang terutamanya di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Walaupun KBKK ini bukan satu mata pelajaran, namun
unsur-unsurnya perlu disepadukan, dimana semua matapelajaran KBSR dan KBSM di
sekolah perlu diterapkan dengan KBKK tersebut. Dengan cara ini pelajar akan dapat
meningkatkan daya intelek mereka seiring dengan perkembangan rohani, emosi dan
jasmani seperti yang dihasratkan dalam FPK. Namun ianya juga agak sukar
dilaksanakan kerana terdapat pelbagai halangan dalam proses pelaksanaannya seperti
masalah kesediaan guru dari aspek keamahiran dan pengetahuan.
6
Walau bagaimana pun, apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah adakah KBKK
dilaksanakan dalam mata pelajaran tersebut secara berkesan dan disedari pelajar tentang
penerapan elemen-elemen KBKK dalam mata pelajaran ini. Sebenarnya kegiatan
pemikiran tidak boleh dipisahkan daripada penguasaan fakta kerana ia adalah satu cara
pembelajaran. Penguasaan dan pencapaian pelajar yang baik dalam sesuatu mata
pelajaran adalah bergantung kepada keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Manakala keberkesanan kaedah kaedah pengajaran bergantung pula
kepada kesediaan guru. Kaedah pengajaran dan persembahan yang baik dapat
memberikan keyakinan dan menarik minat pelajar (Nor Fadila, 1999). Jadi adalah
menjadi tanggungjawap guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya
ianya lebih berkesan.
Fenomena sekarang ialah kemahiran berfikir kurang diberi penekanan walaupun
para guru menyedari kepentingannya kepada pengajarannya. Sesetengah guru
berpendapat, pelajar hendaklah menguasai terlebih dahulu semua isi kandungan sesuatu
mata pelajaran sebelum mereka dapat berfikir dan mereka juga lebih mengutamakan
sukatan pelajaran supaya dapat diselesaikan dengan cepat. Malah sesetengah guru
menganggap pelajar mereka masih lagi tidak matang untuk melibatkan diri dalam
proses pemikiran atau memikir dengan mendalam tentang sesuatu topik atau pun
konsep.
Adalah diharapkan di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini, para guru
mempunyai kesedaran terhadap kepentingan kemahiran berfikir ini kepada pelajarnya.
Mereka perlu menyedari dan mengetahuan faktor-faktor yang dapat menjuruskan
kepada pelaksanaan KBKK dari aspek pengetahuan KBKK yang cukup, kesediaan
pelajar, penerimaan, suasana sekolah dan bahan-bahan rujukan yang dapat menbantu
mereka dalam penerapan KBKK supaya lebih jelas dan nyata.
7
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan kepada apa yang dibincangkan, kajian ini secara amnya bertujuan
untuk meninjau pelaksanaan KBKK dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian
ini akan memfokaskan kepada penyebatian KBKK dalam pengajaran guru dan faktor-
faktor yang mempengaruhi pelaksanaan KBKK dari aspek pengetahuan KBKK guru,
kesediaan pelajar, persekitaran sekolah dan bahan rujukan KBKK.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini akan meninjau pelaksanaan KBKK di dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan dari aspek berikut:
1.4.1 Mengenalpasti sejauh manakah tahap penyebatian KBKK guru mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan dalam proses pengajaran.
1.4.2 Mengenalpasti tahap pengetahuan KBKK guru mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
1.4.3 Mengenalpasti kesesuaiaan kesediaan pelajar untuk menerima unsur KBKK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.4.4 Mengenalpasti pengaruh iklim sekoalah terhadap pelaksanaan KBKK dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.4.5 Mengenalpasti adakah penggunaan bahan rujukan dapat memberikan
pendedahan KBKK kepada guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
8
1.4.6 Melihat korelasi antara penyerapan, penyebatian KBKK dalam proses
pengajaran dengan aspek kesediaan pelajar, aspek sekolah dan bahan rujukan
KBKK.
1.5 Persoalan Kajian
Didalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa aspek yang
perlu dikaji. Antara persoalan kajian ialah :
1.5.1 Apakah tahap penyebatian KBKK dalam pengajaran guru mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan?
1.5.2 Apakah tahap pengetahuan KBKK guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
1.5.3 Apakah wujud kesesuaian kesediaan pelajar untuk menerima penerapan KBKK
dalam pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
1.5.4 Apakah pengaruh iklim sekolah terhadap peningkatan KBKK dalam pengajaran
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
1.5.5 Apakah penggunaan bahan rujukan dapat memberikan pendedahan KBKK
kepada pengajaran guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
1.5.6 Apakah terdapat korelasi antara penerapan penyebatian KBKK dalam proses
pengajaran dengan aspek kesediaan pelajar, aspek iklim sekolah dan bahan
rujukan KBKK?