Top Banner
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR SKUDAI AZUAN BIN ARSAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
23

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

Feb 04, 2018

Download

Documents

phungcong
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM

PROSES PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU DI ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR SKUDAI

AZUAN BIN ARSAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu
Page 3: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu
Page 4: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

i

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM

PROSES PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU DI ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR SKUDAI

AZUAN BIN ARSAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu
Page 6: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

iii

DEDIKASI

Ingatan kasih sayang buat ayahanda Arsat Samsudin dan bondaku

Salmah Mohammad yang dikasihi. Semoga doa dan restu kalian menjadi

pendorong dan tulang belakang buat anakmu meneruskan perjuangan untuk

mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kelak. Buat kawan-kawan

seperjuangan yang telah banyak membantu jutaan terima kasih kerana

sokongan dan doa kalian. Doaku moga kita semua dicucuri rahmat illahi

dan sentiasa mendapat keredhaan-NYA Amin Ya Rabbalalamin....

Page 7: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

pensyarah pembimbing En. Jamaludin Ramli di atas bimbingan, nasihat, dorongan dan

perbincangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang sentiasa

membantu dan memberi dorongan sepanjang kajian ini berjaya disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Johor, yang telah menberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada semua

pengetua dan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup . Tanpa sokongan dan bantuan

mereka kajian ini tidak mungkin akan dapat dijalankan.

Akhir sekali penulis turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan

seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan ini.

Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah

diberikan kepada penulis .

Terima kasih, wassalam.

Page 8: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

v

ABSTRAK

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran guru bagi mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah sekitar Skudai. Objektif kajian ini adalah untuk

melihat sejauh mana penggunaan kemahiran berfikir sewaktu set induksi, penyampian

isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Responden yang dikaji seramai 41

orang yang melibatkan 6 buah sekolah. Instrumen kajian untuk hasil dapatan adalah soal

selidik dan skala likert 5 (lima) mata telah digunakan untuk mengukur jawapan

responden. Segala data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS

10.0 berdasarkan peratus min dan sisihan piawai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sewaktu set induksi, penyampaian isi,

melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran berada pada

tahap yang tinggi. Di akhir kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa

cadangan kepada pihak tertentu seperti guru, pentadbiran dan Institusi pengajian tinggi

untuk kebaikan bersama di masa hadapan.

Page 9: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

vi

ABSTRACT

This research is accomplished to recognize the creative and critical thinking in

teacher's teaching towards Living Skill learning subject in secondary schools in district

of Skudai. The objective of this research is to observe how far thinking skills in set

induksi, while contents being imparted, implementing experiments, teaching

conclusion and earring out teaching assessment while the teaching-learning process are

conducted in class. All 41 respondents were examined which involved 6 schools.

Questionnaires and 5 point scales were used as the research instruments to measure the

respondents' feedback. All the data that had been collected are being processed with

SPSS 10.0 software which based on percentage, min and stand deviation. The obtained

data shows that thinking skills in set induksi, while content being imparted,

implementing experiments, teaching conclusion and earring out teaching assessment

while the teaching-learning process are conducted in class were in good hand. In the end

of this research, the researcher claims some suggestion to the teachers and particular

party for our own educational good.

Page 10: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 11: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

viii

1.6.1 Guru 6

1.6.2 Pentadbiran 7

1.6.3 Pelajar 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Terminologi 8

1.8.1 Kemahiran Berfikir 8

1.8.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 9

1.8.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 9

1.8.2 Proses Pengajaran 10

1.8.3 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Konsep Berfikir 12

2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 12

2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 13

2.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis 14

2.3.1 Penguasaan Peringkat 14

Rendah (kanak-kanak)

2.3.2 Penguasaan Peringkat Tinggi 15

2.3.3 Contoh-contoh Kemahiran Dalam 16

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

2.3.3.1 Kemahiran Membanding 16

dan Membeza

2.3.3.2 Membuat Kategori/Klasifikasi 17

2.3.3.3 Meneliti Bahagian-Bahagian 17

Kecil

2.3.3.4 Menerangkan Sebab-Sebab 18

2.3.3.5 Menyusun Mengikut Turutan 19

2.3.3.6 Menyusul Periksa Andaian 20

Page 12: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

ix

2.3.3.7 Membuat Inferens 21

2.3.3.8 Membuat Ramalan 22

2.4 Pengusaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 22

2.4.1 Contoh-contoh Kemahiran Berfikir 23

2.4.1.1 Menjana dan Menghasilkan 23

Idea

2.4.1.2 Mencipta Metafora 24

2.4.1.3 Mencipta Analogi 24

2.4.1.4 Mencipta Definisi 25

2.5 Alat-alat Berfikir Dalam Pengajaran 26

2.5.1 Alat CoRT 26

2.5.2 Pengurusan Grafik 27

2.5.3 Peta Minda 28

2.5.4 Soalan dan Penyoalan 28

2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir 29

Dalam Pengajaran

2.7 Proses Pengajaran Guru 30

2.7.1 Set Induksi 31

2.7.2 Penyanpaian Isi 32

2.7.3 Amali 33

2.7.4 Penutup Pengajaran 34

2.7.5 Membuat Penilaian 35

2.8 Penutup 36

BAB III METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi 39

3.5 Instrumen Kajian 39

Page 13: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

x

3.5.1 Kajian Rintis 42

3.5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 43

3.5.3 Kesahan Soal Selidik 44

3.6 Prosedur Kajian 44

3.7 Analisis Data 45

3.8 Penutup 46

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Latang Belakang Responden 48

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf 50

Pendidikan

4.2.4 Taburan Responden Mengikut 51

Pengalaman Mengajar

4.2.5 Taburan Responden Mengikut 52

Jawatan yang DiPegang

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Status 52

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Mengikuti 52

Kursus Kemahiran Berfikir

4.3 Analisis Bahagian B 53

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 53

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 56

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 59

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 62

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 65

4.4 Analisi Keseluruhan 69

Page 14: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

xi

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Rumusan kajian 72

5.3 Perbincangan 74

5.3.1 Perbincangan Demografi Responden 74

5.3.2 Perbincangan Keseluruhan Persoalan 75

Kajian

5.3.3 Kemahiran Berfikir secara Kritif Dan 79

Kreatif Dalam Proses Pengajaran Guru

5.4 Cadangan 82

5.4.1 Kepada Guru 82

5.4.2 Pentadbiran 83

5.4.3 Institusi Pengajian Tinggi 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Penutup 84

BIBLIOGRAFI 85

LAMPIRAN 90

LAMPIRAN A - C 91-100

Page 15: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Populasi Kajian 39

Yang Digunakan

3.2 Kandungan Jenis-jenis Kemahiran Berfikir 41

3.3 Kandungan Kemahiran Berfikir 42

Dalam Proses Pengajaran Guru

3.4 Tahap penggunaan Kemahiran Berfikir 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 50

4.4 Taburan Responden Mengikut 50

Pengalaman Mengajar

Page 16: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

xiii

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan 51

Yang DiPegang

4.6 Taburan Responden Mengikut Status 52

4.7 Taburan Responden Mengikuti 52

Kemahiran Berfikir

4.8 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 53

Piawai Bagi KBKK Semasa Set Induksi

4.9 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 56

Piawai Bagi KBKK Semasa Isi Pelajaran.

4.10 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 59

Piawai Bagi KBKK Semasa Amali

4.11 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai 62

Bagi KBKK semasa Penutup Pengajaran

4.12 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 65

Piawai Bagi Penggunaan KBKK Semasa Penilaian

4.13 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan 69

Nilai Min Keseluruhan

Page 17: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 91

B Surat Perancangan dan Penyelidikan 98

Dasar Pendidikan Kementerian pendidikan

Malaysia (EPRD)

C Surat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 100

Page 18: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Demi mencapai hasrat Wawasan 2020, segala urusan dalam pendidikan

semestinya menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi,

intelek dan jasmani seperti yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang bergantung kepada

kebijaksanaan dan penggunaan kuasa minda yang terdapat oleh rakyatnya (Som dan

Mohd Dahalan, 1998).

Bekas perdana menteri Malaysia,Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu

melancarkan wawasan 2020,iaitu pada Februari 1991, menyatakan bahawa untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju, apa yang penting ialah semua

warganegaranya menggunakan sepenuhnya apa yang terdapat di antara dua telinga yakni

minda, dan bukan di antara dua bahu iaitu kekuatan atau apa jua yang berada di antara

dua tapak kaki iaitu sumber semulajadi.

Page 19: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

2

Pernyataan yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu merupakan

amanat yang penting bagi semua masyarakat Malaysia khususnya bagi generasi baru

yang dianggap sebagai tulang belakang negara pada masa akan datang.

Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohamad Noor yang menjawat

jawatan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1994, telah

mengumumkan bahawa pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada soalan-soalan

peperiksaan yang lebih bercorak analitis yang memerlukan pembacaan dan pemikiran

secara kritis dan kreatif. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud pada masa yang sama pula

mengumumkan bahawa Piagam Pelanggan Kementerian termaktub bahawa menjelang

tahun 2000 semua soalan- soalan peperiksaan perlu ke arah menggalakkan pemikiran

pelajar secara kritis dan kreatif (Som & Mohd Dahalan, 1998).

1.2 Latar Belakang Masalah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan perkembangan daya intelek.

Begitu juga dengan kemahiran berfikir yang sudah lama diperkenalkan tetapi

penggunaannya dalan konteks pengajaran dan pembelajaran mula serius pada hujung

tahun 1980(Samsu Yaacob,1996)

Para pelajar akan menjadi seorang pemikir yang baik sekiranya dapat mengusai

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sepenuhnya. Justeru itu, mereka perlulah

dilatih dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menjurus untuk melahirkan seorang pemikir

yang tinggi daya intelek dan mindanya. Menurut Edward De Bono, (1976) menyatakan:

Page 20: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

3

‘Penyoalan yang dirancang dengan baik merupakan teknik yang paling asas

digunakan oleh guru untuk meransang pelajar berfikir. Aras soalan yang digunakan

oleh guru akan mendorong pelajar berfikir pada tahap pemikiran aras rendah atau aras

tinggi yang sepadan. Penggunaan soalan aras tinggi akan mendorong pelajar berfikir

secara kritis dan kreatif manakala penggunaan soalan aras rendah akan menggalakkan

pelajar mengingat sahaja’.

Dapat dilihat dari kenyataan Edward De Bono (1976) ini, guru-guru merupakan

watak yang penting dalam usaha memperkembangkan daya intelek pelajar, maka dengan

itu, kemahiran berfikir yang telah dirancang di dalam pengajaran perlu diaplikasi dan

dijalankan dengan sempurna.

Kajian yang telah dilakukan oleh (Chen Cheu Fong,1999) ke atas pelajar-pelajar

tahun 6 (enam) dalam mata pelajaran Sains mendapati ramai pelajar yang masih belum

menguasai KBKK dengan baik. Perkara ini adalah disebabkan oleh kelemahan guru

untuk mengetahui pengetahuan asas terhadap komponen-komponen KBKK.

Kajian yang beliau jalankan jelas menunjukkan bahawa penggunaan KBKK di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru kurang memberikan penekanan

terhadap komponen-komponen KBKK.

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas

sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah Hadis Nabi, ‘Berfikir sesaat itu

lebih baik daripada sembahyang sepanjang malam’. Manakala di dalam kitab suci Al-

Qur’an perkataan yang merujuk kepada kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah

S.W.T. juga menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila Allah S.W.T.

memberitahu manusia, ‘lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan’.

Page 21: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

4

Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan seharusnya

dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun

begitu, tidak ramai di antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir

yang sewajarnya.(Tafsir Al-Qur’an,)

Persoalannya sekarang sejauh manakah guru-guru mendapat ilmu pengetahuan

yang secukupnya dalam kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Jika tiada pengetahuan

dalam kemahiran berfikir, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan di dalam pengajaran dan

pembelajaran seperti mana yang telah disarankan oleh kerajaan. Selain itu, sejauh

manakah kurikulum kita menggalakkan aktiviti yang membawa ke arah tersebut dan

sejauh manakah tanggungjawab para pendidik kita yang mendidik ke arah tersebut?.

Untuk menghasilkan pemikiran yang baik adalah dari proses pemikiran yang baik.

Merujuk kepada permasalahan ini, apakah kesemua guru telah diberikan atau

menerima latihan yang secukupnya dan segi penerapan unsur Kemahiran Berfikir Secara

Kritis dan Kreatif dalam pengajaran serta dalam pembinaan soalan. Persoalannya

sekarang, apakah guru-guru tidak menggunakan dengan sempurna Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?.

1.3 Pernyataan Masalah

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif( KBKK ), berperanan melahirkan

generasi yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam membina idea-idea yang

bernas. Guru-guru dan bakal guru perlulah mempersiapkan diri mereka dengan

menguasai KBKK sepenuhnya. Justeru itu, kajian ni perlu dilakukan untuk melihat

Page 22: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

5

sejauh manakah proses pengajaran guru dalam kemahiran berfikir bagi matapelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu peringkat Menengah sekitar Skudai.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

semasa set induksi.

1.4.2 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

semasa penyampaian isi pelajaran

1.4.3 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

semasa melakukan amali

1.4.4 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

semasa guru-guru menutup pengajaran

1.4.5 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

semasa membuat penilaian.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian telah dibina seperti berikut:

1.5.1 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa set induksi dalam

pengajaran mereka ?

Page 23: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF · PDF filei kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (kbkk) dalam proses pengajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu

6

1.5.2 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa penyampaian isi pelajaran ?

1.5.3 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa melakukan amali dalam

pengajaran mereka ?

1.5.4 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa menutup pengajaran

mereka?

1.5.5 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa membuat penilaian?