Top Banner
KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF PANEL 1 NURHAFIZAH BINTI RAZALI D20121057997 SMK. GUNUNG RAPAT, IPOH, PERAK. KEPENTINGAN DAN IMPAK PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
19

kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Apr 15, 2017

Download

Education

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

KPR 3012SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA

KRITIS DAN KREATIF

PANEL 1NURHAFIZAH BINTI RAZALI

D20121057997SMK. GUNUNG RAPAT, IPOH,

PERAK.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR

SECARA KRITIS DAN KREATIF

Page 2: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Mengapakah kemahiran berfikir perlu diajar?

• Berfikir perlu diajar kerana manusia berfikir tidak sewajar yang mampukan.

• Hal ini dapat dilihat semasa kita membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

• Pemikiran yang baik bergantung kepada pengurusan pemikiran yang baik dan ini mampu dilatih dan dipupuk melalui pendidikan di sekolah.

Page 3: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Kepentingan kemahiran

berfikir

Mengelakkan kesilapan berfikir

Mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan

kreatif

Memupuk dan mewujudkan

pemikiran yang baik dan berkesan

Page 4: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Mengelakkan kesilapan berfikir

• Kita sering melakukan kesilapan semasa berfikir terutama ketika membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah.

• Kesilapan yang sering kita lakukan semasa berfikir adalah kerana berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru.

Page 5: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Fikiran yang terburu-buru

• Berlaku apabila kita bertindak secara tergesa-gesa untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah

Fikiran yang sempit

• Berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu dengan lebih luas

Fikiran yang kabur

• Berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan tidak jelas dan tidak menepati objektif yang ditetapkan

Fikiran yang bercelaru

• Berlaku apabila kita tidak merancang dan menyusun idea yang hendak disampaikan dengan sistematik

Page 6: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif

• Pemikiran kritis dan kreatif sangat diperlukan untuk tenaga kerja pada masa hadapan.

• Kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menjadi keperluan bagi kebanyakan pekerjaan.

• Oleh itu, semua pihak seharusnya terlibat dan memainkan peranan yang penting terutama guru sama ada yang sedang mengajar di sekolah ataupun yang masih dalam latihan.

Page 7: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan pelajar:

1)Mendapatkan latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

Page 8: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Page 9: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

2)Menghasilkan idea yang kreatif

Page 10: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Page 11: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Dalam kehidupan seharian kita mencarinsebab sesuatu berlaku.Contohnya:Pada suatu hari kakak anda yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur belum lagi pulang walaupun jan sudah 8.00 malam. Anda berasa gelisah dan memikirkan kemungkinan sebab keadaan itu berlaku.

3) Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktikal

Page 12: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan

• Pemikiran yang baik dapat dilihat dari segi hasilnya adalah seperti berikut:

Kesimpulan yang dibuat adalah lebih dipercayai

Keputusan yang dihasilkan adalah lebih bijak

Perkara yang dikaji dilihat dengan lebih mendalam

Page 13: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

• Pemikiran yang baik adalah hasil daripada proses pemikiran yang baik.

• Pelajar perlu dilatih dan mengalami proses yang pelbagai untuk menuju ke arah pemikiran yang baik, berkesan dan tajam.

• Prosesnya adalah seperti berikut:

Page 14: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

Page 15: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Pengetahuan• menguji kebolehan calon mengingat kembali

fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

Kefahaman• Menguji kebolehan calon menterjemah,

memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Page 16: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

• AplikasiPeringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Analisis• Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat

perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

Page 17: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Sintesis• Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan

atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

Penilaian• Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji

kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Page 18: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Kesimpulan Oleh itu, kemahiran berfikir merupakan kemahiran yang penting dalam sistem pendidikan. Melalui KBKK para pelajar akan sentiasa didedahkan dengan suasana dan situasi yang menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Secara tidak langsung kualiti pemikiran mereka juga akan meningkat.

Page 19: kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Bilbliografi

Mohd Nasarudin Basar dan Siti Halimah Md. Yassin (2012). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang (2000). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor: Longman Malay Sdn. Bhd.