ISI KANDUNGAN MUKASURAT
Prakata 2
Pendahuluan 3
1. Konsep Pengajaran Mikro 4
1.1 Kepentingan Pengajaran Mikro 5-6
1.2 Kemahiran-Kemahiran Yang Perlu Dikuasai 6-8
1.3 Isu-Isu Dalam Pengajaran Mikro 91.4 Cara-Cara Mengatasi Isu-Isu Dalam Pengajaran Mikro 9
2. Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran Dan Set Induksi 10
2.1 Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran 10-112.2 Contoh Aplikasi Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran 11-12
3. Konsep Kemahiran Set Induksi 12-13
3.1 Komponen-Komponen Kemahiran Set Induksi 13-14
3.2 Prinsip-Prinsip Kemahiran Set Induksi 14-15
3.3 Kepentingan Kemahiran Set Induksi 15-16
3.4 Kesan Kemahiran Set Induksi Ke atas Pengajaran DanPembelajaran 17
3.5 Contoh Menguasai Kemahiran Set Induksi 17-18
3.6 Isu Berbangkit Dalam Kemahiran Set Induksi 18-19
3.7 Cara-Cara Mengatasi Isu-Isu dalam Kemahiran Set Induksi 19-20
4. Kesimpulan 20
Rujukan 21
1
PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah
Subhanahu Wa Taala kerana limpah kurnia, taufik dan hidayat-
Nya, kami dapat menyempurnakan kerja kursus ini. Kerja kursus
ini bertajuk Kemahiran Pengajaran Mikro dan Kemahiran Memulakan Sesi
Pengajaran Dan Set Induksi. Besar harapan kami sekiranya kerja kursus
ini dijadikan bahan rujukan dan bahan bacaan asas kepada para
pelajar terlatih yang bakal menjadi guru di semua Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi dalam bidang perguruan.
Kerja kursus ini sangat penting kerana terkandung dalam mata
pelajaran Pedagogi dan Metodologi merupakan bidang atau kursus
yang wajib bagi pelajar terlatih di Institusi-Institusi
Perguruan terutamanya di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan. Kerja kursus ini diharapkan dapat memberi kesan yang
besar bukan sahaja dari segi penguasaan kemahiran-kemahiran
tetapi juga dalam membentuk saksiah pelajar terlatih ini.
Harapan kami agar para guru terlatih dan juga para pelajar
terlatih akan mendapat bimbingan, langkah dan juga strategi
untuk mempertingkatkan profesion perguruan sama ada dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah.
Dengan semua ilmu yang telah diberikan kepada kami, besarlah
harapan kami juga jika kerja kursus ini akan dapat membantu
para guru dan pelajar terlatih dalam mengaplikasikannya dengan
berkesan kepada situasi yang sebenar nanti.
2
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing kami atau
pensyarah kami iaitu Yang Mulia Ustazah Hajah Siti Zanah binti
Haji Besar kerana tidak jemu dalam memberi bimbingan, dorongan,
sokongan dan tunjuk ajar dalam membuat kerja kursus ini. Semoga
kemahiran-kemahiran dalam kerja kursus ini akan dapat
dimanfaatkan secara berterusan, Amin.
13SM078 Faridah Haji Puteh13SM084 Noorissa Fitria Saat13SM106 Siti Hatizah Haji Mohd. Salihen
PENDAHULUAN
Kerja kursus yang bertajuk Kemahiran Pengajaran Mikro dan
Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran Dan Set Induksi ini
mengandungi konsep, kepentingan, kemahiran-kemahiran yang
perlu dikuasai dalam pengajaran mikro, isu-isu yang
berbangkit dan cara-cara mengatasinya. Kerja kursus ini juga
menjelaskan tentang Kemahiran Memulakan Sesi Pengajaran Dan
Set Induksi dari segi konsep, komponen-komponen, prinsip-
prinsip, kepentingan, kesan-kesan ke atas pengajaran dan
pembelajaran, contoh mengaplikasikan Kemahiran Memulakan
Sesi Pengajaran Dan Set Induksi, isu-isu yang berbangkit dan
cara-cara mengatasinya.
Kerja kursus ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan
untuk kursus pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
atau di Institusi-Institusi dalam bidang perguruan
terutamanya bagi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan. Jadi amatlah penting bagi pelajar atau guru
3
terlatih untuk menguasainya dalam mengaplikasikannya pada
situasi yang sebenar nanti.
Dengan segala maklumat dan juga bahan-bahan yang terkandung
dalam kerja kursus ini adalah diharapkan para pelajar dan
guru terlatih akan dapat menggunakannya sebagai rujukan yang
bermanfaat, demi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran dengan mencapai ke tahap kecemerlangan serta akan
dapat membentuk generasi guru yang berkemahiran tinggi dalam
penguasaan bidang perguruan demi mencapai hasrat bangsa dan
juga negara.
1. KONSEP PENGAJARAN MIKRO
Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu
teknik pengajaran dalam masa lima hingga lima belas minit untuk
mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru
pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang
sahaja.
4
Pengajaran mikro adalah sama dengan penggunaan kaedah teknik
simulasi. Yang mana pengajaran mikro adalah seperti keaadan
yang sebenar. Pengajaran mikro melibatkan teknik-teknik
pengunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan,
penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau Bahan Bantu
Mengajar (BBM), penggunaan papan kapur, pengukuhan dan penutup.
Tujuan pengajaran mikro adalah untuk membina kemahiran guru-
guru berkaitan dengan segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dan memperlihatkan bagaimana
guru pelatih dapat menyampaikan satu-satu kemahiran yang
dipelajari secara praktik.
Pada kebiasaanya pengajaran mikro hanya menumpukan kepada satu
jenis kemahiran mengajar sahaja. Dan dapat juga memberi peluang
yang luas kepada pelatih mempraktikkan teori pengajaran dalam
situasi yang lebih terkawal.
Sebelum pengajaran mikro dimulakan di dalam bilik kuliah,
bahan-bahan seperti kamera atau barang elektronik untuk
mengambil video sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah
disediakan dengan awal sebelum bermulanya sesi mikro.
Semasa pengajaran mikro dijalankan guru-guru pelatih akan
dinilai dan diperhatikan oleh kawan-kawan sebagai murid dan
pensyarah adalah sebagai penyelia. Di samping itu juga aktiviti
mikro tersebut hendaklah dirakam di dalam video.
Selepas pengajaran mikro diadakan perbincangan tentang
kelemahan dan kekuatan akan berlangsung bersama dengan
pensyarah dan rakan sebaya. Dengan ini, guru pelatih dapat
5
membaiki kelemahannya dan memperkukuhkan lagi kekuatan dalam
pengajarannya serta menyelesaikan masalah dengan lebih efektif
dan berkesan.
Dengan mikro, kemahiran mengajar dapat dikuasai oleh guru
pelatih sebelum menjalankan latihan mengajar di sekolah.
1.1 KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran miko adalah sangat penting bagi seorang guru pelatih
yang akan mengajar di sekolah nanti. Ianya tidak boleh
dipandang ringan kerana ianya adalah latihan yang paling
berkesan untuk membantu guru-guru pelatih mengusai kemahiran-
kemahiran mengajar. Di antara kepentingan pengajaran mikro
adalah seperti berikut :
Kemahiran hasil dari pengajaran mikro akan dapat melatih
guru-guru pelatih didalam teknik mengajar, kaedah
mengajar, kawalan kelas dan lain-lainnya lagi. Bukan
sahaja dapat mengunakan satu kemahiran dengan mahir tapi
pelbagai kemahiran dan teknik. Mampu mencuba setiap
kemahiran adalah satu kelebihan yang akan dapat digunakan
di dalam pengajaran di sekolah.
Pengajaran mikro membenarkan kawalan yang lebih baik dari
segi manipulasi masa, murid-murid, isi pelajaran, maklum
balas dan sebagainya. Dengan masa yang diberikan, mereka
dapat melatih diri supaya peka dalam pengajaran mereka
dengan tidak banyak membuang masa kepada pengajaran yang
tidak bersesuaian.
6
Maklum balas dari rakan dan pensyarah selepas selesai sesi
pengajaran juga merupakan satu aspek yang sangat penting.
Segala kelemahan dapat diperelokkan dan segala kelebihan
dapat diperkukuhkan. Dengan komen yang tegas daripada
pensyarah juga dapat menolong guru pelatih dalam
pembetukan pengajaran mereka kerana dari itu mereka akan
dapat menggubah cara dan teknik dengan lebih berkesan dan
baik.
Guru pelatih juga dapat menjalan sesi pengajaran dengan
lebih tenang tanpa gangguan terhadap dirinya, tanpa rasa
gugup dan takut. Melihat rakan sebagai murid yang di
sekolah dapat mengatasi perasaan gugup dan takut apabila
berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah nanti.
Mengusai kemahiran-kemahiran mengajar secara beransur-
ansur berlandaskan peringkat kemahiran yang
dikuasai, adalah satu cara yang mana mereka dapat mengusai
satu-satu teknik atau kaedah dengan lebih mahir dari
mereka mencuba semua teknik dengan sekaligus dan
membuatkan pengajaran mikro itu akan menjadi kucar-kacir.
Tetapi cara yang berkesan adalah dengan menggunakan kaedah
atau teknik yang bersesuaian dengan tajuk atau pelajaran
yang akan mereka ajarkan.
Dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah daripada
pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. Yang mana
dengan adanya pengalaman, masalah yang akan timbul pada
7
masa depan akan dapat diatasi dengan bijak dan tenang
tanpa cemas dan tidak cekap.
Para pelatih akan sentiasa berusaha meningkatkan aras
keyakinan dirinya dalam situasi pengajaran yang sebenar.
Percaya pada diri yang mereka akan dapat melakukan
pengajaran akan berjalan lancar dan keyakinan yang tinggi
dapat membantu pengajaran berjalan dengan baik.
Perbincangan tiga hala antara pelatih, pensyarah dan rakan
sebaya dapat melahirkan input baharu yang sebelum ini
tidak mereka ketehui. Seperti kesilapan atau tabiat yang
dibuat di dalam pengajaran yang dibuat secara tidak
disedari dapat diketahui dari perbincangan yang dilakukan.
Melalui kepentingan-kepentingan ini dapat diketahui bahawa
pengajaran mikro ini merupakan sangat berguna kepada guru-guru
pelatih. Melaluinya, mereka dapat melatihkan dan mempraktikkan
segala teori yang mereka pelajari daripada pensyarah-pensyarah
di dalam kelas secara praktikal. Dan segala teori-teori ini
dapat dipraktikkan secara dengan lebih menyeeluruh. Hal ini
juga dapat membantu para pelatih dalam menangani setiap masalah
yang berkemungkinan timbul dalam pengajaran yang sebenarnya
apabila mereka mengikuti latihan mengajar di sekolah atau
apabila menghadapi situasi pengajaran selepasnya.
1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI
8
Pengajaran mikro merupakan suatu kaedah teknik simulasi yang
bertujuan untuk memberikan guru-guru pelatih pengalaman yang
hampir sama dengan situasi yang sebenar dengan aktiviti
pengajaran di bilik darjah. Kemahiran mengajar yang akan
dilaksanakan adalah dengan secara bersepadu dan lebih harmoni.
Membantu pembelajaran yang berlaku secara dengan lebih berkesan
dan dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran
hingga akhir.
Di antara kemahiran-kemahiran mengajar yang biasa dipilih untuk
pengajaran mikro adalah :
Kemahiran penyampaian set induksi.
Set induksi adalah bahagian permulaan suatu proses
pengajaran
Kemahiran pengunaan papan tulis.
Sering digunakan dalam bilik darjah yang mana penggunaan
papan tulis memerlukan kecekapan guru merancang dan
menyusun tulisan, nota, gambar dan sebagainya.
Kemahiran pengelolaan variasi ransangan.
Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik
penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat
pelajar terhadap aktiviti pengajaran.
Kemahiran pengunaan penyoalan.
Merupakan teknik yang sering digunakan dan hampir semua
proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan
teknik menyoal.
9
Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh/ilustrasi.
Kemahiran ini digunakan untuk menyampaikan maklumat,
konsep, atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar.
Kemahiran-kemahiran penggunaan sumber pengajaran-pembelajaran.
Bahan pengajaran-pembelajaran boleh dikategorikan kepada
dua bahan :
bahan pengajaran
- digunakan oleh guru seperti carta, graf, video, model dan
sebagainya.
bahan pembelajaran
- digunakan oleh murid seperti buku teks, computer,bahan
bercetak dan sebagainya.
Kemahiran pemudahcaraan.
Merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan atau
proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran
agar dapat dijalankan dengan lancar.
Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan.
merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila
pelajar memberi jawapan yang betul dan prestasi yang baik,
dalam keadaan ini guru memberi pujian kepada pelajar itu.
Kemahiran pelaksanaan penutup.
bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti
rumusan dan penilaian biasa nya dilakukan dan diadakan
dalam bahagian penutup ini.
10
1. Penutup kognitif
- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan
kemahiran yang telah dipelajari.
2. Penutup sosial
- Bertujuan untuk memberikan satu perasaan pencapaian
kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar.
3. Penutup kerja lanjutan
- Bertujuan untuk mengimbas kembali pembelajaran yang
telah dipelajari dan mengulangkaji.
1.3 ISU-ISU DI DALAM PENGAJARAN MIKRO
Tidak dapat memotivasikan diri:
Kurang peka.
Menyampaikan dengan sambil lewa sahaja.
Menganggapnya sebagai hiburan/lakonan.
Dan mengakibat pengajaran mikro mereka akan tidak dapat
dikuasai dan menjadi satu kelemahan pada diri mereka yang mana
ianya adalah sikap buruk dan perkara seperti itu adalah tidak
boleh berlaku dan perlu dihindari.
11
1.4 CARA-CARA MENGATASI ISU-ISU DI DALAM PENGAJARAN MIKRO
Guru pelatih perlu mengetahui konsep pengajaran mikro
dengan lebih mendalam dan memahaminya secara menyeluruh.
Guru pembimbing memberi penegasan yang kuat adalah salah
satu cara yang sangat berkesan kerana dari penegasan itu
mereka akan sedar dan tidak memandang rendah akan
pengajaran yang mereka sampaikan.
Guru pelatih perlu memberi komitmen yang serius dan
menanamkan didalam hati dan jiwa mereka bahawa pekerjaan
seorang guru adalah merupakan suatu pekerjaan yang sangat
mulia. Dan mempermainkan dan memperlekehkan sesuatu yang
mulia itu adalah satu sikap yang buruk yang perlu dijauhi.
Jadi guru perlukanlah mengatasi kelemahan yang ada pada dirinya
untuk mengukuhkan pendirian sebagai seorang guru yang
betanggungjawab, berwibawa dan berintegrasi untuk masa depan
nya dan juga masa depan pelajar-pelajar dalam membentuk
generasi yang berjaya.
2. KEMAHIRAN MEMULAKAN SESI PENGAJARAN DAN SET INDUKSI
Apabila seseorang guru atau pensyarah masuk ke dalam kelas,
mereka tidak terus mengajar tajuk atau kemahiran yang telah
ditetapkan. Sebaliknya, mereka perlu memperkenalkan tajuk itu
12
dahulu dengan baik dan teratur bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Lazimnya di mana sahaja kelas diadakan sama ada kelas biasa
(tutorial), makmal atau bilik kuliah, keadaan sebelum guru atau
pensyarah masuk sememangnya kurang teratur, bising dan pelajar
belum bersedia untuk belajar. Adakalanya guru telah masuk ke
dalam kelas, namun pelajar belum lagi boleh memberi tumpuan
atau bersedia untuk pembelajaran. Oleh itu, sebelum guru
memulakan sesi pembelajaran, guru itu perlulah menyediakan
pelajar-pelajarnya atau menguruskan bilik darjah itu terlebih
dahulu seperti memberi salam, membaca doa sebelum belajar
secara beramai-ramai, membersihkan bilik darjah dan
sebagainya.
Selepas itu, baharulah memulakan pengenalan mengenai sesuatu
pelajaran itu. Pengenalan tentang pelajaran ini perlu ada untuk
menarik perhatian semua pelajar kepada pengajaran yang akan
disampaikan oleh guru. Di samping itu, pengenalan ini berfungsi
untuk menimbulkan minat pelajar supaya akan lebih memberi
perhatian kepada perkara yang akan dipelajari dalam tempoh
pengajaran guru atau pensyarah berkenaan. Dengan ini pengenalan
dapat menjadi kerangka rujukan bagi pelajar tentang pelajaran
itu sebelum dan semasa pengajaran.
2.1 KEMAHIRAN MEMULAKAN SESI PENGAJARAN
Sebelum guru itu memulakan sesi pengajarannya, beberapa perkara
yang perlu dibuat seperti :
13
1) Selepas guru itu masuk ke dalam bilik darjah, beliau
mestilah terlebih dahulu memberi salam kepada semua murid
yang hadir pada hari itu.
2) Menyuruh murid untuk membaca doa sebelum belajar.
3) Bertanya akan kebersihan kelas. Jika terdapat sampah
kecil-kecilan atau besar, guru meminta murid untuk
membersihkannya atau membuangnya demi keselesaan
pengajaran dan pembelajaran bersama.
4) Bertanya khabar kepada murid, jika diperlukan. Bertanya
khabar ini selalunya dibuat apabila persekolahan dibuka
setelah cuti penggal.
5) Meminta murid untuk menyusun meja dengan teratur.
6) Guru menyiapkan keadaan murid untuk bersedia untuk
belajar.
7) Setelah itu, guru hendaklah menyediakan Alat Bantu
Mengajar (ABM) untuk membantu guru dalam menyampaikan isi
pelajaran atau memulakan pembelajaran. ABM itu termasuk
buku teks, projektor, manila kad, OHP dan sebagainya.
2.2 CONTOH APLIKASI KEMAHIRAN MEMULAKAN SESI PENGAJARAN
14
Gurumasuk kedalambilik
Semasa guru menguruskan bilik darjahBarulahguru
memulakanpengajarann
1. Memberi Salam
2. Membaca doa sebelum belajar beramai-ramai
3. Bertanya khabar kepada pelajar
4. Mencatit kedatangan atau kehadiran pelajar
5. Menagih kerja rumah yang sudah disiapkan oleh
pelajar
6. Membersihkan bilik darjah
7. Menyusun meja pelajar
8. Menyiapkan keadaan pelajar untuk bersedia untuk
belajar
9. Menyediakan Alat Bantu Mengajar
Ada juga guru atau pensyarah, sebelum memulakan sesi
pengajarannya, apabila setelah beliau memberi salam dan membaca
doa sebelum belajar beramai-ramai, beliau bertahmid dan
berselawat, ucapannya seperti :
( ، ن� ن�الحمد لل�ه رب العلمي� معي� ج ه ا� حب ل�ه وص� ن� وعلى ا لي� اء والمرس� ي�� ب, ن/. رف. الأ� ش�5 والص�لأة; والس�لأم على ا� )
Setelah itu barulah beliau menguruskan bilik darjah seperti
yang telah disebutkan di atas tadi, salah satu contohnya
seperti membersihkan bilik darjah dan sebagainya.
3. KONSEP KEMAHIRAN SET INDUKSI
15
Keadaanpelajaryangbelum
bersediauntuk
Gurumemulakan
pengajarannya dengan set
induksiiaitu
pengenalan /pembayang
Set induksi bermaksud suatu set bagi memulakan sesuatu
pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik,
proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar
supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu
merancang set induksi supaya ia ada kaitan dengan perkara yang
akan dipelajari selepas itu.
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses
terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja
untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang
berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar bagi mengikuti
sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian
permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di
mana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran
fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat
memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan
pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting
kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada pelajar dan
menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang
hendak disampaikannya.
Set induksi adalah pengenalan atau pembayang bagi sesuatu isi
pelajaran itu. Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah
16
untuk membina aliran fikiran (mewujudkan pemikiran terhadap
pelajaran) serta menimbulkan minat pelajar-pelajar supaya
mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran
yang hendak disampaikan.
Dalam menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran ini,
ada beberapa cara yang boleh digunakan di antaranya ialah
penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal,
mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing pelajar
mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun, masa peruntukan dalam pelaksanaan set
induksi ini haruslah ringkas dan padat, biasanya tidak melebihi
5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
3.1 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI
Ada empat komponen yang perlu ada dalam set induksi bagi guru
untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran iaitu :-
1. Menarik perhatian
Set induksi yang boleh menarik perhatian pelajar dengan
menggunakan nada suara yang berubah-rubah, mewujudkan kontak
mata kerana dengan kontak mata guru boleh menagur pelajar yang
belum lagi bersedia untuk pembelajaran itu, menggunakan gerak-
geri tangan atau kepala dan menggunakan ABM (Alat Bantu
Mengajar) seperti video, slaid, OHP dan sebagainya.
17
2. Menstruktur (Merangka)
Menstruktur bermaksud situasi guru yang menerangkan rancangan
atau aktiviti yang akan disampaikan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran. Guru itu juga boleh menerangkan tugasan yang
akan dilakukan oleh pelajar dan memberitahu cara-cara melakukan
tugasan itu. Ini kerana pelajar memerlukan hala tuju agar dapat
memahami apa yang sedang diajar oleh guru. Jadi, pentinglah
kalau aktiviti dan tugasan yang ingin dicapai dijelaskan
terlebih dahulu oleh guru.
3. Mewujudkan motivasi pelajar
Dalam pengajaran guru, pelajar berkemungkinan hilang tumpuan
sekejap, jadi guru perlu peka dengan keadaan pelajar dengan
mengemukan soalan-soalan yang boleh membuat pelajar itu
berfikir dan boleh menarik perhatian pelajar. Boleh juga
menggunakan teknik bercerita atau mengemukakan soalan teka-teki
supaya dapat mewujudkan semangat pelajar dan rasa ingin tahu.
4. Membuat perkaitan
Dalam guru menyampaikan set induksi itu hendaklah guru
menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar supaya senang bagi
pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan menarik minat pelajar.
3.2 PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN SET INDUKSI
18
Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru pelatih harus
memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :
1) Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Bagi menarik perhatian dengan cara
mengekalkannya, guru harus menggunakan suara dengan
intonasi yang sesuai iaitu dengan menggunakan suara yang
sekejap nyaring dan sekejap tidak nyaring bagi menarik
perhatian pelajar, gerak-geri atau gerak isyarat
terutamanya tangan dan kepala serta kontak mata. Keadaan
akan jadi lebih menarik dengan penggunaan alat audio-
visual atau lebih dikenali dengan alat bantu mengajar
seperti slaid, menayangkan video dan sebagainya.
2) Aktiviti set induksi ini hendaklah sesuai dengan
pengalaman, kebolehan dan umur pelajar. Pendekatan,
aktiviti, bahan bantu mengajar dan idea yang digunakan
oleh guru itu perlulah sesuai dengan peringkat umur,
kebolehan dan pengalaman hidup pelajar. Contohnya, jika
guru itu mengajar kanak-kanak di sekolah rendah, beliau
perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dengan peringkat
umur kanak-kanak itu. Begitu juga jika guru itu mengajar
di institusi tertinggi, sudah pasti pelajar yang diajarnya
itu adalah pelajar yang sudah matang. Jadi guru itu perlu
menggunakan bahasa yang tinggi (bahasa beku) kerana
mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar dan juga
kebolehan mereka.
19
3) Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan
objektif pelajaran dan isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Aktiviti dan isi kandungan yang disampaikan
yang menggunakan bahan perlulah berkait rapat dengan
objektif pelajaran dan isi pelajaran yang telah ditetapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
4) Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan
pengetahuan pelajar yang sedia ada. Kandungan set induksi
perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar,
misalnya dengan merujuk kepada peristiwa-peristiwa semasa
dan di sekeliling mereka dan isi pelajaran lepas.
Pendekatan yang digunakan ialah daripada diketahui kepada
belum diketahui.
5) Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara
yang berkesan, demi mencapai tujuannya dalam tempoh masa
yang singkat. Pelaksanaan aktiviti set induksi dalam
tempoh masa antara 3-5 minit sahaja.
3.3 KEPENTINGAN KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kepentingan set induksi antaranya bertujuan untuk mengaitkan
pelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik serta timbul
minat murid untuk mengetahui pelajaran yang akan disampaikan.
Terdapat beberapa kepentingan set induksi dilaksanakan oleh
guru ke atas pelajar-pelajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah.
20
Di antaranya adalah pentingnya di dalam pengajaran untuk
memulakan set induksi terlebih dahulu kerana set induksi ini
akan dapat membuat pelajar bersedia dalam mempelajari subjek
tersebut ataupun mengulang kembali pelajaran yang lalu. Set
induksi ini juga akan menjadikan pengajaran lebih menarik serta
rasa timbul minat murid untuk mengetahui pelajaran yang hendak
disampaikan. Kemudian dengan adanya set induksi ini guru dapat
mengetahui sejauh manakah pelajar tersebut memahami pelajaran
yang lepas atau sejauh mana pengetahuan sedia ada pada
pelajarnya.
Selain kepentingan set induksi untuk menarik perhatian pelajar
kepada pelajaran yang baru, ia juga mampu menarik minat dan
merangsang perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Ini bermakna
sesuatu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru, khususnya
pelajaran yang baru perlu menjalankan proses tersebut bagi
menimbulkan sikap ingin tahu dikalangan pelajar tehadap
pelajaran yang akan disampaikan agar dapat memberikan
keseronokkan serta menarik tumpuan kepada pelajaran yang akan
disampaikan juga memberi ruang kesediaan bagi pelajar
meneruskan pelajaran.
Set induksi turut berperanan mengubah tumpuan pelajar daripada
pelajaran yang sebelumnya kepada pelajaran yang hendak
dipelajari. Agar pelajar bersedia untuk menerima perubahan isi
atau kandungan pelajaran daripada yang sebelumnya kepada
pelajaran yang baru. Sekiranya set induksi tidak dilakukan,
kemungkinan tumpuan fikiran pelajar sedikit sebanyak akan
terganggu. Justeru, set induksi dilakukan bertujuan supaya
pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan pelajaran21
yang akan diterima mempunyai perkaitan dan ada hubung kaitnya
dengan tumpuan yang perlu diberikan oleh pelajar itu sendiri.
Set induksi memang penting dalam satu-satu pengajaran yang
dijalankan oleh guru di dalam kelas. Namun demikian, ada guru
yang seolah-olahnya sudah melupakan set induksi ini. Set
induksi ini akan membantu guru untuk menyediakan minda pelajar
bagi mengikuti pelajaran selanjutnya. Jadi, guru-guru tidak
harus memandang set induksi ini sebagai perkara yang tidak
penting jika hendak menarik minat pelajar untuk menyukai atau
meminati mata pelajaran. Jika pelajar belajar dalam keadaan
terpaksa dan tidak menyeronokkan, sudah pastilah kesannya tidak
lama. Selanjutnya, pengajaran yang tidak menyeronokkan juga
biasanya menyebabkan pengajaran guru menjadi kurang berkesan.
3.4 KESAN KEMAHIRAN SET INDUKSI KE ATAS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Ada beberapa kesan penggunaan set induksi iaitu :-
1. Motivasi pelajar meningkat tinggi. Mereka ingin belajar
dengan lebih tekun lagi.
2. Perhatian pelajar-pelajar terhadap pelajaran lebih baik
dan ini memudahkan mereka dalam meneruskan pembelajaran
yang baru.
3. Pelajar-pelajar akan lebih berusaha untuk meningkatkan
prestasi ke arah pencapaian yang memuaskan seperti
jangkaan seorang guru.
22
4. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokan kerana
perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan
sedia ada pelajar-pelajar.
5. Naluri ingin tahu dikalangan pelajar dapat dipenuhi.
6. Corak interaksi diantara guru dan pelajar akan berubah-
rubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan.
3.5 CONTOH MENGUASAI KEMAHIRAN SET INDUKSI
Guru Pelatih : Norazimah binti Haji Kahar
Masa : 2.00 – 3.00 petang (1 jam)
Darjah : 4 Ta
Mata Pelajaran : Zainuttalib (Solat dan Siam)
Tajuk Pelajaran : Puasa (Siam)
Langkah /
MasaIsi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran /
PembelajaranLangkah 1
Pendahulua
Salam dan Doa sebelum
belajar
1. Guru memberikan salam
2. Pelajar membaca doa
23
n
(2 minit)
Langkah 2
Set
Induksi
(4 minit)
Soal Jawab :
1. Bilakah kita
diwajibkan
berpuasa?
2. Adakah sesiapa
pernah berpuasa?
3. Apa perasaan
ketika berpuasa?
3. Guru mengajukan
beberapa soalan kepada
murid mengenai puasa
Langkah 3
Penerangan
Puasa di bulan
Ramadan
Erti berpuasa
menahan lapar dan
dahaga
4. Guru menerangkan
pengertian puasa
5. Pelajar memberi
perhatian
3.6 ISU BERBANGKIT DALAM KEMAHIRAN SET INDUKSI
Tidak semua guru terlatih yang cukup sempurna dalam pengajaran
dan pembelajarannya, ada juga diantara mereka yang belum pandai
menguasai kemahiran set induksi dalam sesuatu pelajaran itu,
diantaranya ialah :-
(i) Kurang penguasaan isi pelajaran
Dalam hal ini, guru yang kurang menguasai isi pelajaran akan
tergopoh-gapah dalam membuat contoh untuk membuat perkaitan
dalam sesuatu pelajaran yang diajarnya dan berkemungkinan
24
besar akan sukar baginya untuk memberikan penjelasan yang
mudah kepada pelajar-pelajarnya.
(ii) Kurang kreativiti dalam memulakan set induksi
Guru tidak menggunakan potensi, bakat dan kemudahan yang
semaksima mungkin dalam memulakan pengajaran seperti tidak
pandai memulakan pengajaran dengan mengemukan soalan berupa
teka-teki, tidak tahu sangat menggunakan alat bantu mengajar
yang berupa elektronik dan sebagainya, yang mana perkara ini
boleh menyebabkan pelajarnya merasa bosan dan malas untuk
mengikuti pembelajaran.
(iii) Kurang keberanian atau ketegasan dalam bidang
mengajar
Perkara ini boleh membuatkan pelajar-pelajar tidak hormat
kepada guru, tidak mementingkan pelajaran dan sebagainya
yang membawa kepada kemusnahan masa depan pelajar-pelajar
dan kerjaya guru itu.
3.7 CARA MENGATASI ISU-ISU DALAM KEMAHIRAN SET INDUKSI
Sebenarnya ada banyak cara bagi guru untuk mengatasi kekurangan
kemahiran memulakan set induksi. Di sini ada beberapa perkara
atau cara yang perlu diatasi oleh guru dalam kemahiran set
induksi seperti :-
25
(i) Guru perlu banyak menimba ilmu pengetahuan dan
pengalaman hidup kerana ianya sangat penting bagi
seorang guru yang ingin kerjayanya berjaya.
(ii) Guru itu mestilah banyak bertanya atau berbincang
dengan rakan-rakan ataupun guru yang berpengalaman
dalam bidang mendidik dan mengajar kanak-kanak.
(iii) Guru-guru perlu membuat banyak kajian melalui
pembacaan buku-buku pendidikan untuk diguna-pakai dalam
menyampai set induksi tentang sesuatu isi pelajaran
itu.
(iv) Mewujudkan keberanian dalam menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran kerana guru itulah yang akan menjadi
contoh kepada pelajar-pelajar yang lainnya.
4. KESIMPULAN
Pengajaran mikro digunakan bagi mempelbagaikan teknik-teknik
atau kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan guru pelatih
untuk menguasainya kemudian mempraktikkannya sehingga masuk ke
alam keadaan yang sebenar. Oleh itu setiap bakal guru yang
ingin mengajar perlu ada kemahiran-kemahiran yang telah
dibincangkan demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Kemahiran memulakan pengajaran sangat besar peranannya bagi
memastikan murid dalam keadaan yang selesa untuk meneruskan
pembelajaran, mendisiplinkan murid dan menyediakan murid dalam26
keadaan yang siap sedia untuk memulakan pembelajaran. Jadi,
daripada kemahiran ini, guru dapat menguruskan atau mengawal
suasana bilik darjah sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Manakala kemahiran set induksi juga berperanan penting kerana
ianya adalah sebagai pengenalan tentang sesuatu isi pelajaran
dan supaya menarik minat dan perhatian murid, dapat menerima
pengajaran yang akan disampaikan oleh guru serta dapat
membangkitkan motivasi dan rasa ingin tahu dikalangan murid.
Oleh itu, para guru dan juga bakal guru yang ingin mencapai
keinginannya sebagai seorang guru yang berjaya semaksima
mungkin, hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran yang telah
dibincangkan supaya menepati jangkaan dalam menghasilkan
pengajaran yang berkesan.
RUJUKAN
1. Ahmad Mohd Salleh, 2011, Kurikulum, Metodologi dan
pedagogi Pengajian Islam, Oxford Fajar Sdn. Bnd, Selangor
Darul Ehsan.
27
2. Mok Soon Sang, 2001, Pedagogi Untuk Kursus Diploma
Perguruan, Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bnd, Kuala
Lumpur.
3. Mok Soon Sang, 2009, Pedagogi Untuk Pengajaran Dan
Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bnd, Kuala
Lumpur.
4. Esah Sulaiman, 2003, Pengenalan Pedagogi, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Ta’zim, Kuala
Lumpur.
5. Zelzy Shahar Al Johary, 2014, Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran, Mata Pelajaran Melayu Islam Beraja,
Pelajaran Am, Sejarah Dan Sivik JILID 2, Jabatan Sastera
Dan Sains Kemasyarakatan (DASSE) Institut Pendidikan
Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam,
Negara Brunei Darussalam.
28