(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep Objektif Proses dan Bentuk Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: konsep objektif proses dan bentuk Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep Objektif Proses dan Bentuk
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
konsep
objektif
proses dan bentuk
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan
Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar
dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran
berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar
yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat
dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur
yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya
dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik
lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik
kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya
dalam proses membaca dan menulis.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2.mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
3.menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur;
4.menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur; dan
5.mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Menetapkan Matlamat
Menulis Objektif
Membentuk ujian
Membentuk aktiviti
pengajaran
Memilih Media Pengajaran
Melaksanakan Pengajaran
Meneliti Semula Teks
Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau
beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-
apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat
akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon
tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar
dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran
mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat.
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat
penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik
dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu
interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan
perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)
menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu
bertujuan:
(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;
(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa
yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain.
Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang
perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:
(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan
bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi
yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah
datangnya bunyi berkenaan.
(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa,
antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan
pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan
permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain;
(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan
ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;
(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi
tujuan memperoleh maklumat tertentu;
(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya
kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau
tidak;
(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan
melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri
dengan ringkas dan padat;
(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan
ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin
menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara
berkesan;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid
mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi
(pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada
yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan
penuh perasaan; dan
(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea
dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan,
menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.
Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan
menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan
para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau
bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental:
memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas
tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan
mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi
dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.
Konsep Pertuturan
(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang
(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat
mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman
kecerdasan otaknya;
(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian
kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi
yang lain.
Aspek-Aspek Pertuturan
(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan
membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat.
Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata
dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan
dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan
yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna
yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan
/sǝmak/ dan seumpamanya;
(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur
menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan
atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau
lembutnya sesuatu pengucapan;
(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar
(dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna
dalam bahasa Melayu;
(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian –
memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau
ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh
membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan
tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud
menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara
menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik,
menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat
tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata
mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.
(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau
menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya
terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada
mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih
jelas.
(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah
dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang
fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan
kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau
bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang
mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai
sebaik-baiknya;
(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid
bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini
banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh
bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh
membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas,
betul dan betul;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan
kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang
situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan
mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan alasan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.
Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c) Membina soalan berdasarkan bahan;
(d) Memberi arahan kepada rakan;
(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;
(f) Berbual melalui telefon;
(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan
menjawab soalan yang diajukan;
(i) Permainan komunikatif;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(j) Mengadakan perbahasan;
(k) Perbincangan forum;
(l) Memberi taklimat dan ceramah;
(m) Main peranan;
(n) Simulasi;
(o) Teater bercerita; dan
(p) Drama
Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang
serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan
pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan
perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau
bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau
bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi
bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi
dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari,
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada
orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba
dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya
yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting
pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-
kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar
yang baik mengikut standard tertentu.
Mengapa kemahiran mendengar perlu?
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan
memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam
perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses
pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);
untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat
(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan
apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).
Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara
proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa
dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian
oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat
peringkat proses mendengar:
(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan
terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna
berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan
mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi
bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan
sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.
Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang
pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya
secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran
bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses
yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya
dapat dilakukan.
Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau
propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama
orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.
Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling
asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.
Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,
dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir
apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.
Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih
berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini
tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal
pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh
dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara
lain proses mendengar:
(a) secara pasif;
(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;
(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g) secara kritikal.
Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat,
didengar dan dingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;
(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
berbanding daripada kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
seseorang;
(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan
bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik,
aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis
secara kritis terhadap bentuk dan isi.
Kesimpulannya:
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-
murid, pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap
bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-
bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat,
bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.
Latihan
1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran
bahasa lisan?
2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak
formal beserta dengan contohnya.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur,
Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid
terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan
bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis.
Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai
prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar
dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-
unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan
teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
Menetapkan Matlamat
Menulis Objektif
Membentuk ujian
Membentuk aktiviti
pengajaran
Memilih Media Pengajaran
Melaksanakan Pengajaran
Meneliti Semula Teks
Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)
Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi
kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-
murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk
pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan
penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan
murid-murid berkenaan.
(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)
Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas
secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti
intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan,
tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.
Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan
dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan
masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu
dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan
pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid
boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,
pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut
peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan
peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi;
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,
(a) Kecerdasan:
Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan
keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan
memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan bahasa;
(b) Kesihatan:
Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap
dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak
sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara
berkesan;
(c) Fizikal:
Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang
berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat
artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses
penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat
yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi
masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan
mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi
masalah kosa kata dalam proses pertuturan;
(d) Persekitaran:
Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan
ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi
petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status
sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-
kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan
masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding
dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan
masyarakat di bandar-bandar;
(e) Jantina:
Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-
kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian
kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan
berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan
(f) Dwibahasa:
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh
lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam
proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami
gangguan daripada bahasa ibundanya.
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa
bertutur, membaca dan menulis;
(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga
bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang
berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;
(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang
dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid
boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai
diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara
maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap
kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti
yang berkaitan;
(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara
yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan
seumpamanya.
(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar
sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa
melaksanakan proses berkenaan;
(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan
kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk
berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan
oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
Tajuk 3Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kaedah Teknik Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan:
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya
secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan
pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung
dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan
dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti
sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek
pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik
darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan
(kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan
menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai
kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih
aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh
menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
Menetapkan Matlamat
Menulis Objektif
Membentuk ujian
Membentuk aktiviti
pengajaran
Memilih Media Pengajaran
Melaksanakan Pengajaran
Meneliti Semula Teks
Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti
mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan
dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran
mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali
meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja,
pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis
pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah
(a) Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan
lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan
unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.
Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur
infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang
betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori
struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk
membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur),
terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih
dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat,
membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini
demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara
lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan
Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.
Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang
sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
Latih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi
bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang
akan ditiru dan dihafaz oleh murid.
Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan
minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.
Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu
bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi
bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan
menyebut fonem /p/
- Pandang pandan tepi pagar depan padang.
- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.
Bola.
Ali menendang bola.
Ali menendang bola di padang.
daki - laki tari - lari malu - balu
Murid-murid, ikut cikgu sebut.
Bola. Ali menendang bola. Ali ….
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Nyanyian
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-
murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak dan nada yang tertentu.
Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.
Makan kuih di pinggan.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk
menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks
latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.
Karangan Lisan
Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid
berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan
i. Pak Abu seorang petani.
ii. Dia bekerja di sawah.
iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi
tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.
Latihan bersoal jawab
Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun
senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Latihan Penghasilan
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.
Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan
bertulis.
Memproses Maklumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-
murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana
timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam
kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.
Contoh:Senarai barang yang diberi oleh guru.
Khemah Lampu picit Makanan kering Makanan basah Alat memasak Pakaian Baldi Alat menjahit Pisau Kapak Bantal Selimut Air Susu tin Cangkul Surat khabar Radio Mancis api
Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Interaksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks
sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,
perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari
peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.
Contoh: Lakonan Terkawal
Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa
penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik
kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa
malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh
meletakkan kereta anda.
Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal
dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik
kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang.
Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik
dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi
pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:(a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;(b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku(c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog
yang terdapat dalam gambar ini.
Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah
bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan
menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta
pembelajaran yang berkesan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti
Mendengar dan Bertutur Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan
Selepas Aktiviti Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran
Sinopsis
Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set
pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan
Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan
mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan
pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas
mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru
dapat dipertahankan.
Hasil Pembelajaran
1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan
Bertutur:
Komponan Persediaan Mengajar
Persediaan Penyampaian Penutup
Maklumat Am Set Induksi KesimpulanPengetahuan Sedia Ada Perkembangan PenilaianObjektif Pengajaran i. Kemahiran
PeneguhanTugasan
Isi Pelajaran ii. Kemahiran menerangkan Ilustrasi
Ulasan Kendiri
iii. Kemahiran
Menetapkan Matlamat
Menulis Objektif
Membentuk ujian
Membentuk aktiviti
pengajaran
Memilih Media Pengajaran
Melaksanakan Pengajaran
Meneliti Semula Teks
Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Menggunakan Papan Tulis
iv. Kemahiran Variasi Rangsangan
v. Kemahiran Menyoal
Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar
kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran
membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas
kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam
usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti
pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu
menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek
kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor
(menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:
(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga
perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi
contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru
menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan
stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan
dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan
yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh
digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat
atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan
memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan
secara individu sekiranya perlu.
(c) Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan
susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini
guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai
atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @
kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam
perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya.
Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid
melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk
murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid
yang berpotensi cemerlang).
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
(a) Bahan yang sesuai
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan
berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa
Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan
kecenderungan pembelajaran murid:
Kesesuaian dengan perkara
Penjelasan
Objektif dan matlamat pengajran
(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran;
(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.
Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan
(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;
Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid;
(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya
Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi
perhatian kepada perkara-perkara berikut:
(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses
pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam
hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.
Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu
memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong
minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip
berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada
yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan
yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada
bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa
kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat
duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!
(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang
hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai
potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P &
P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu.
Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan
itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu
teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii)
mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv)
kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk
buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi)
bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan
ulangkaji.
(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka
letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan
bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;
(e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan
kerana kewajaran kosnya (munasabah);
(f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan
secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata
pelajaran lainnya;
(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk
diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan
antara sekolah dan wilayah.
Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu
mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:
Aktiviti latih tubi untuk pertuturan
Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik
menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-
kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.
Aktiviti peniruan dan hafazan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh
guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya
adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.
Aktiviti kemahiran komunikatif
Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana
melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada,
intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu,
murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak
tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu
maksud. Misalnya:
(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara
kepada kelas;
(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;
(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang
diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang
telah dipersetujui bersama;
(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;
(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid
boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman;
dan
(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk
penulisan.
Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid.
Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat
tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan
melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar
dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga
membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.
Aktiviti pengumuman lisan
Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan
terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.
Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur
mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan
yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita
pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil
daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada
sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut
mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh
murid-murid.
Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan
beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat
bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.
Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Boneka
(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.
(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog
Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan
boneka.
(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan
boneka.
(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi
memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.
(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.
(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada
cerita tadi.
Bahan Kartun
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan
dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.
(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.
Video dan Bahan Sastera
(a) Murid menonton rakaman drama.
(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.
(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama
ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang
Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.
(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang
berkenaan dengan membuat tindakan sendiri.
Gambar Foto (potret)
(a) Murid diminta menerangkan keadaan
emosi seorang kanak-kanak yang terdapat
dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama
ada sedih, gembira, takut, marah dan
sebagainya.
(b) Murid kemudian meramalkan peristiwa
yang mencetuskan perasaan demikian.
(c) Murid diminta menyenaraikan beberapa
perkara yang menarik tentang pemuda itu
(d) Murid membuat karangan pendek tentang
kanak-kanak tersebut.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kesimpulannya
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai
mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang
penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang
dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan
untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,
keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria
seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan
pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu
adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan
bermakna.
Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 5Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen
Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Sinopsis
Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian
dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian
terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai
mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-
murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa
prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu
sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan
murid.
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan
bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur; dan
2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Pengenalan
Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh,
membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat:
bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan
berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna
keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan
menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit
makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal
dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek
kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata,
tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan
perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan
Menetapkan Matlamat
Menulis Objektif
Membentuk ujian
Membentuk aktiviti
pengajaran
Memilih Media Pengajaran
Melaksanakan Pengajaran
Meneliti Semula Teks
Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan
makna sesuatu ujaran yang diucapkan.
Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai
perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan
konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu,
dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi
makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu
dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk
binaannya yang berbeza pula.
Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan
berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa
Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke
rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.
Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang
khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan
itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.
Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan
betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya
dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan
pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua
aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.
Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur
Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:
Pertama: penilaian kemahiran menyebut
Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid
pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh
bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-
murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu
mengalami gangguan.
Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek
daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan
murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada
bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.
Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem,
suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur
tekanan, hentian dan intonasi.
Penilaian kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan
dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat,
kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan
menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang
hendak disampaikan.
Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam
kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus
kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu
diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut
bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan
konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan
ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin
petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan
itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama
ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan
pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Teknik menguji kemahiran bertutur
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bertutur dengan gerak balas terhad
TEKNIK MENGUJI
KEMAHIRAN MENYEBUT
Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.
Menyebut perkataan pasangan minimalMurid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut.
Membaca kuat.Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Dengan membaca kuat, murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada, intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu.
Pemarkatan.Untuk memudahkan pemarkatan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bertutur mengikut arahan
Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi
gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,
Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya
esok.
Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.
Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.
Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang
tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu
harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu
hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat
yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.
Bertutur berdasarkan gambar
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu
digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi
gerak balas kepada soalan-soalan itu.
Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar
di atas.
Misalnya:
(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?
(b) Apa yang sedang mereka lakukan?
(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang
bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid
berfikir dengan lebih kritis).
Membaca Kuat
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.
(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid
dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai
untuk membaca ialah 2-3 minit.
Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid
tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti
kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut
unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi,
dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi
yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu,
aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat
secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.
Bertutur Secara Berpandu
Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid
bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan
mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat
soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina
ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus
pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.
Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:
Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.
(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;
(b) Murid membaca senyap;
(c) Guru membaca kuat petikan;
(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan
dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan
dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat
dengan gaya bercerita yang betul.
Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:
Main peranan
Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu
memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan
tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid
melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara
individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:
Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan
peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai
seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut
yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta
kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara
spontan.
Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai
dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-
bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.
Murid diminta mengingat atau
mengimaginasikan sesuatu dan
menjelaskan sesuatu
mengenainya. Misalnya: percutian
semasa cuti sekolah.
Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Temu bual dan Temu duga
Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara
memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan
menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan
situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan
penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid
menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.
Pemarkatan Ujian Bertutur
Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji
kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara
holistik.
Pemarkatan Secara Objektif
Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat
rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum
boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item
yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan
menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-
soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan
kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan
markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan
pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang
mereka berikan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bahagian A
Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betuli. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolahii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.iii. Dengan siapa adik bermain bola tadiiv. Wah, besarnya rumah awak!
Bahagian BJawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.i. Apakah cita-cita kamu?ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?
Bahagian CTeliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.
Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan
berikut:
(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan
tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan
pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.
(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-
buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.
(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz,
warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan
menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.
Soalan:
i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu?
ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka?
iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya?
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi
tertentu dengan selamat;
(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll
(f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll
(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos,
pelaporan dll.
Senarai Semak untuk Pemarkatan.
Nama Murid: .....................................................................................................
Bahagian No: Gambar Nombor
Soalan
Markat
2
1 0
J =
J =
A
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Nilai Markat (cadangan)
2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa.
1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa.
0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.
Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian
dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan
semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.
Pemarkatan Secara Holistik
Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau
keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan
markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang
dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu
dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap
pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara
keseluruhan.
Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh
dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:
i. sebutan
ii. kefahaman
iii. ketatabahasan
iv. keluasan perbendaharaan kata, dan
v. kelancaran pertuturan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan
perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.
Rumusan
Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan
kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru
mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya.
Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-
prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu,
guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik
dan cara memberi markah. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman
kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan
baik dan berkesan.
(a) Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.
(b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 6 Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan
Scanning
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca.
Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan
teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan
intensif, ekstensif, skimming dan scanning.
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling
melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut
peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu
perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang
mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran
membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan
bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah,
pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat
pengajaran bacaan
1.2 Menghuraikan teknik bacaan.
Kerangka konsep
Matlamat dan Jenis Bacaan:MekanisMentalisIntensifEkstensif
Peringkat Pengajaran Bacaan:Kesediaan membacaPrabacaan MekanisBacaan dan Kefahaman
Prabacaan
Peringkat Pengajaran Bacaan:Kesediaan membacaPrabacaan MekanisBacaan dan Kefahaman
Prabacaan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Fikirkan:
Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di
sekolah rendah?
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di
sekolah.
Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila
fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham
tentang teori ini.
Matlamat
Teknik bacaan:IntensifEkstensifSkimmingScanning
Pengajara
n Kemahiran MembacaBAHASA MELAYU
Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan
Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya
mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk
tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan
pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.
Jenis Bacaan
Bacaan mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat
mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan
huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan
yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami
dan tidak membebankan fikiran.
Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan
dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan
bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.
Bacaan Intensif
Anda perlu tahu matlamat anda
mengajar kemahiran membaca
kepada pelajar-pelajar ! Kini,
fahami pula jenis-jenis bacaan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan
dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan
mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan
situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang
pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar
dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa;
memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta
kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.
Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini
menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan
meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan
pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca
dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza
dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.
Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN
Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat
perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang
menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini
dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan
bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga
merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan
berterusan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak
ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta
kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-
kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-
bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan
pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-
kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya
untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula,
kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang
telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya.
Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan
membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai
pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca
dengan lebih mudah.
Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.
Prabacaan
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan
penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan,
dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran
mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan
kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran .
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh
dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan
untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.
Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.
Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang
dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.
Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman
terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap
bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk
mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan
menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.
Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.
Teknik Bacaan
Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bacaan Intensif
Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan
dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci
sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang
pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi
umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang
digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira
bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah
membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi,
membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea
sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang
berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang
kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca
dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu
dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.
Konsep-konsep bacaan intensif
Banyak bahan yang perlu kita baca !
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;
(b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang
struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;
(c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata
dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar
dalam bacaannya;
(d) Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan
dan tulisan; dan
(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.
Tujuan:
(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi
sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan
dengan baik;
(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam
bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam
kamus;
(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;
(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang
dibaca;
(e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;
(f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan
(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.
Bacaan Ekstensif
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi
sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah
untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti
membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-
perkara berikut:
(a) membaca tinjauan
(b) membaca sekilas
(c) membaca dangkal
Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca
akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa,
meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab,
rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan
seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan
dapat dilakukan.
Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan
pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis
bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan
utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum
daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada
sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada
perpustakaan.
Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang
bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.
Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan
membaca karya-karya ilmiah.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek
pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi
bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-
pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang
menimba ilmu pengetahuan.
KONSEP BACAAN EKSTENSIF
(a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;
(b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;
(c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan
(d) Bahan-bahan yang berbeza.
Tujuan
Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:
(a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung
daripada orang lain;
(b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;
(c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur;
(d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan
sebagainya;
(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan
bacaan dan membina daya kreatif;
(f) Menambah minat membaca;
(g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;
(h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;
(i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;
(j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan
perpustakaan;
(k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
SKIMMING
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat
secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini
penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka
masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming
merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk
mendapatkan idea utama.
Prosedur Skimming
Langkah-langkah skimming:
(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah
maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;
(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis
penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya;
(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini
menjadi asas untuk ‘skim’;
(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan
konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan
perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa
teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh
membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya;
(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan
dapati idea yang penting dan fakta; dan
(f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur
penyimpulan dan rumusan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan
dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat
skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.
SCANNING
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat
secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat
secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita
mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan
cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.
Prosedur
Langkah-langkah untuk scanning:
(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak
dicari.
(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada
maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang
lain.
(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan
secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil,
perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.
(e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda
di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.
Tajuk 7 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan
Pengalaman Bahasa Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad Kaedah Fonik
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah
pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan,
komunikatif dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan
dimuatkan ialah kaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling
melengkapi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut
pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu
yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca mesti
diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan
satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu
dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan
dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran
kemahiran membaca
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Hasil Pembelajaran
1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa
Kerangka konsep
PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut
pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-
unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa :
BinaanCerakinanKomunikatifPengalaman bahasa
Kaedah Bacaan
Pandang SebutAbjadFonik
Kaedah Bacaan
Pandang SebutAbjadFonik
Pengajaran
Kemahiran
BAHASA
MELAYU:
Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas
Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.
Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar.
Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan
huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan
suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan
membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang
mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan
kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.
Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan
cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada
perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan
ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak)
dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu
yang bermakna dan menarik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.
Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana
bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan
komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran
yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan
cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja.
Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara
berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan
interpersonal yang positif.
Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita,
teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Prinsip pendekatan komunikatif:
(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;
(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;
(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;
(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.
Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau
pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah
memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya
sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang
menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan
mengenai bidang yang dibincangkan.
Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu
lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat,
murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk
memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh,
pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada
mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan
bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya.
Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras,
susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan
tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman
murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin
disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan
yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh,
jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang
pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman
murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.
Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;
(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk
membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh
terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;
(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu
sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;
(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan
maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;
(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu
dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan
(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam
pengajaran pembelajaran membaca.
Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.
Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran
kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan
tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan
dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah
ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah
memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan
diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan.
Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu
beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada
bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang
ditunjukkan.
Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf
atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh
perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya
murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu
lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca
suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAHPANDANG SEBUT
Menyebut Perkataan
Mencerakinkan perkataan dan
kata
Membina dan membaca ayat
Membaca ayat l
atihan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kaedah Abjad
Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad,
pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan
membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja
perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah
ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan
menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan
mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata
dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000),
biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil
diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985)
pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada
nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang
terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua
huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAHABJAD
Menyebut nama huruf abjad a – z; huruf besar dan kecil
Menyebut suku kata V dan KV
Mengeja suku kata, perkataan
dan frasa
Membaca ayat l
atihan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan
suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih
tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan
menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku
kata itu.
Kaedah Fonik
Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap
hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan
murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti
dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan
perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan
dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang
dibaca.
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH FONETIK
latihan
Membunyikan huruf
dan asosiasi dengan benda
Membatang suku kata dan
perkataan
Membaca frasa dan ayat
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!
Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain(b) Teknik Bercerita(c) Teater Pembaca
Sinopsis
Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik
yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater
pembaca. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu
sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan
teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta
berfikir kritis dan kreatif.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran
kemahiran-kemahiran bahasa.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kerangka konsep
Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)
1. SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal
kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan
tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;S (survey) - TinjauQ (question) - Soal/tanyaR (read) - BacaR (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisanR (review) - Baca semula
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACASurvey, Question, Read, Review,
Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R);
Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain
Lingkaran Soalan, TataceritaBimbingan Menjangka, Teater Pembaca
Lingkaran Soalan, TataceritaBimbingan Menjangka, Teater Pembaca
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini
dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan
terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya
menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks
tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut
menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari
bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar
akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-
soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar
mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan.
Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang
ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang
telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks
tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-
jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertingga.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Knowledge, What, Learn, How (KWLH)
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang
berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang
telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui,
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah
diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang
perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari
pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya
ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar
dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.
R (Read) - Membaca A (Analogize) - MenganalogiD(Discuss) - BerbincangA( Apply) - MengaplikasiR(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik
Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan
pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima
langkah RADAR ialah:
R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat
yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks
yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat
berhubungkait dan mempunyai persamaan.
D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea
atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta
menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau
tempat.
A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.
R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau
merumus semula apa yang telah dibincangkan.
RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya
dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang
untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau
pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.
Teater Pembaca
Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip
cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi
menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar
akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga
melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan
suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu
pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.
Langkah pelaksanaan
(a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;
(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;
(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut
dialog;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;
(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;
(f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;
(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan
(h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.
TEKNIK BERCERITA
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita
ialah:
(a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita;
(b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku
dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus
dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;
Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:
(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid;
(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;
(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;
(e) Lakukan latihan;
(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk
menguatkan penceritaan; dan
(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan bahasa yang hendak disampaikan.
Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 9Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca
Objektif Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar.
Tajuk 10Penilaian Kemahiran Membaca
Mengenal Pasti Idea Keseluruhan Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan Membuat Ramalan/Kesimpulan Pembinaan Instrumen Penilaian.
Penialaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru boleh
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajarannya . Dalam konteks
pengajaran kemahiran membaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap
kaedah,pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan. Dalam hal ini,
perbincangan meliputi persoalan tentang tujuan, aspek dan pentadbiran dalam
penilaian, bentuk-bentuk penilaian, dan criteria soalan-soalan kefahaman.
Tujuan ,Aspek dan pentadbiran penilaian
Penilaian ialah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan
sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti. Dalam konteks kemahiran
membaca, penilaian bertujuan untuk menguji sejauh mana pembaca
memahami bahan yang dibaca. Diperingkat rendah, penilaian juga dibuat
untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Dalam hal ini terdapat beberapa
bentuk penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian
kemahiran membaca.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bentuk Penilaian
Bentuk penilaian adalah seperti berikut :
a)Penilaian kendiri
Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau
pembaca itu sendiri,berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.
b) Penilaian rakan sebaya
Penilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam
penilaian ini,pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan
sesame sendiri.
c) Pemerhatian
Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam
bacaan. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak
yang mengandung criteria atau perkara-perkara yang akan diperhatikan.
d)Pengujian
Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap
bahan bacaan. Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan
dan ayat, ujian bacaan, penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian
kloz dan ujian aneka pilihan.
Instrumen Ujian
Instrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau bahan
yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar. Pada masa yang sama
dokumen seperti senarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai
instrument ujian, terutama yang melibatkan aspek afektif dan perlakuan dalam
kemahiran membaca seperti intonasi,nada, tekanan suara dan sebagainya.
Tujuan utama instrument adalah untuk mendapatkan ukuran atau data
berkaitan dengan apa yang diuji.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
a)Senarai semak
Dalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai semak yang mengandung
perkara dan criteria pemarkahan perlu disediakan. Senarai semak yang
mengandung criteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau
penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca.
b) Skala Kadar
Skala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan
tahap pencapaian dalam kemahiran membaca. Skala kadar kebiasaannya
menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan
dan kefahaman yang ditetapkan.
Tajuk 11 Kemahiran Menulis Matlamat dan Peringkat Tujuan Penulisan Jenis Penulisan Karangan
Matlamat Menulis.
Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa
sahaja perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu
tulisan. Dalam masa yang sama, pelajar juga dapat menggunakan kemahiran
berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata,
telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.
Matlamat mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah
untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat
berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk
karangan tertentu. Kemahiran ini juga dapat melatih para pelajar melahirkan
idea dan mengembangkan idea mereka sendiri. Kemahiran menulis juga
melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
pemerengganan yang betul.
Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk
penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
Kemahiran ini juga, melatih pelajar menggunakan format karangan yang betul.
Selain itu, pelajar boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke
dalam situasi sebenar sehari-hari. Kemahiran ini juga menyiapkan murid-murid
untuk menghadapi peperiksaan di masa akan datang.
Selain itu, kemahiran ini menyuburkan minat pelajar. Disamping itu, pelajar
berpeluang untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi
dengan orang lain. Selain itu, Kemahiran menulis memberikan kepuasan jiwa
kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan mereka menerusi
tulisan.
Peringkat Menulis.
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis, iaitu:
a)Peringkat pramenulis.
Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk
membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa
dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti
pergerakkan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasikan
kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh
dilaku untuk membentuk kemahiran ini ialah:
i.Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-
putus.
ii.Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
iii.Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.
iv.Latihan membentuk garisan lurus.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
b)Peringkat mekanis
Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah
peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk
lambing-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya,
pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan
seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan yang boleh digunakan pada
peringkat ini ialah:
i.Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.
ii.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
iii.Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.
c.Peringkat pelahiran
Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk
huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan
sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir
peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis
terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan
yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah:
i. Mengisi silang kata
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat
iii. Melengkapkan ayat
iv. Melengkapkan petikan atau cerita
v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar.
vi. Menulis jawapan kefahaman.
Jenis Penulisan.
Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh diekspoitasi
untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat
berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
dan pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis
penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri.
Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu,
separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan
tersebut dijelaskan seperti berikut:
a)Penulisan terkawal
Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuh oleh guru, sama ada
dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal,
pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru
atau menulis semula petikan, ayat-ayat atau karangan yang dianggap baik.
Penulisan terkawal ialah tahap pertama kea rah penulisan bebas, kerana
latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk
bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-
bentuk penulisan terkawal ialah:
i. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar
ii. Menulis surat
iii. Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.
b) Penulisan Separa Terkawal.
Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal
sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran
sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi.
Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar
dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan
tersebut. Bentuk-bentuk penulisan separa terkawal adalah:
i. Mengisi tempat kosong
ii. Menuliskan cerita daripada gambar
iii. Membuat ayat daripada perkataan
iv. Menjawab soalan berdasarkan tajuk.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
c) Penulisan Berpandu.
Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh
guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau
menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal
itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-
aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah:
i. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif
ii. Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.
d)Penulisan Separa Berpandu.
Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan
kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan
daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk
membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Dalam
penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kapada
tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan
dengan penulisan separa berpandu ialah:
i. Menyudahkan cerita
ii. Menulis karangan yang isinya disediakan guru.
e)Penulisan Bebas
Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan
tatabahasa yang baik, Penulisan jenis ini dijalankan setelah pelajar diminta
memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya pelajar
sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan
suatu tulisan yang baik dan bermakna.Dalam penulisan jenis ini,penglibatan
guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campurtangan jika
terdapat kesalahan-kesalahan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya
terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakaukan dalam penulisan
bebas; iaitu:
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Penulisan naratif
Penulisan deskriptif
Penulisan imaginatif
Penulisan argumentative
f) Penulisan Kreatif
Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam
penulisan bebas. Dalam penulisan ini,pelajar bukan sahaja telah mahir dalam
pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau
imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai
keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang
lain kerana jenis penulisan ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang
akan ditulis.tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan
mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik.
Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah :
Cerpen
Puisi
Drama
Novel
Tajuk 12 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis Proses LEA (Pengalaman Bahasa)
Menulis ialah sesuatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat
yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud
penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu,
kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
menyusun symbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja.
Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang
memerlukan penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Oleh itu
kemahiran mengarang ini boleh di capai melalui beberapa pendekatan iaitu:
1.Pendekatan Proses.
Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah
karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini
penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan
membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari
aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan
tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan
dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa
yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model
penulisan penulisan yang baik.
2.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa
kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang
berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan
struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.
Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna
dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses
penulisan karangan.
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 13 Kemahiran Mengarang. Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren, dan
pemerengganan Kemahiran kosa kata, gaya persembahan, mengedit dan
mengembangkan idea- peta minda
Objektif Mengarang
Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:
Melatih murid-murid melahirkan idea
Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea
Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul
Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian
Mencari isi menggunakan bahan rangsangan
Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu. Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah. Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.
Mengaitkan isi dengan tajuk, kohensi, koheren dan pemerenggananTerdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu tajuk,kohensi ,koheren dan pemerengganan. Keempat-empat ini saling
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
berkait antara satu sama lain. Ia merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik.
Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk. Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya. Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis.
Setiap perenggan isi mempunyai kohensi dan koheren nya yang tersendiri. Kohensi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan. Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohensi serta koheran antara isi-isi tersebut. Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingannya.
Kemahiran kosa kata, Gaya persembahan, mengedit dan mengembangkan idea- peta mindaPeta Minda dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri.Teknik peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kea rah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini. Guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.Contoh Peta Minda
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 14 Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Ejaan Imlak Karangan
Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-prinsip
pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang
dimaksudkan itu ialah :
Ketepatan maklumat kandungan
Ketepatan bahasa dan gaya
Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar
Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya
Sesuai dengan objektif pengajaran
Sesuai dengan masa pengajaran
Mudah diguna dan dikendalikan
Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar,petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.
Ejaan
Imlak Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau
diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja,
menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa,
kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas
Cara-cara pengajaran Imlak
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Berikan petikan teks dan minta murid baca
Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan
Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis
Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca
Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca
Karangan
Tajuk 15 Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis Mengenalpasti idea keseluruhan Mengesan idea utama dan idea sokongan Membuat ramalan/kesimpulan
Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam
kemahiran menulis adalah seperti berikut:
Penggunaan bahasa-aspek tatabahasa
Aspek mekanikal- pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya
Ketepatan dan kesinambungan isi – kesesuaian dan huraian isi
Gaya penulisan-penggunaan ungkapan/kosa kata menarik
Kemahiran mengolah- menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.
Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat melalui aktiviti-aktiviti
seperti mencatat nota,mengembangkan maklumat, mengisi borang. Menulis
(BMM 3043E PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
surat,menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.