Tugasan Sosioekonomi Kumpulan
Post on 02-Feb-2016
295 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KEDAH
08000 SUNGAI PETANI KEDAH
PROGRAM PERSEDIAAN
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2015
TAJUK TUGASAN:
EKONOMI ZAMAN TRADISIONAL
NAMA : CHING LEE PENG
MUHAMMAD HAMKA BIN ADNAN
NO.KP : 970922-38-5136
970225-03-5229
ANGKA GILIRAN : 2015252310066
2015252310073
KURSUS: PPISMP SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA
SEHINGGA 1970
KOD KURSUS: SJH1034
KUMPULAN UNIT : F1E-SEJARAH
NAMA PENSYARAH : DR. MALAR MUTHIAH
TARIKH HANTAR : 15 SEPTEMBER 2015
1
SENARAI KANDUNGAN
Bilangan Tajuk Muka Surat
1.0 PENGHARGAAN 1
2.0 PENGENALAN 2
3.0 KERAJAAN MARITIM 2-3
3.1 KERAJAAN SRIVIJAYA 4
3.2 KERAJAAN KEDAH TUA 5
3.3 KERAJAAN MELAKA 6
3.4 KERAJAAN JOHOR 7
4.0 KERAJAAN AGRARIA 7-8
4.1 KERAJAAN ANGKOR 8-9
4.2 KERAJAAN FUNAN 9-11
5.0 PERANAN ORANG LAUT/ORANG TEMPATAN
11-12
6.0 PERANAN PEMBESAR 12-13
7.0 PERANAN PEMERINTAH 13
8.0 PERANAN PEDAGANG NUSANTARA
8.1 PENYEBARAN AGAMA ISLAM 13-14
8.2 PENDIDIKAN DAN PENGEMBANGAN ILMU
14-15
8.3 PENGALIRAN MODAL YANG BANYAK
15-16
9.0 KESIMPULAN 16
10.0 BIBLIOGRAFI 17
11.0 LAMPIRAN 18-20
2
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah sejarah kelas F1E,
iaitu Dr. Malar Muthiah kerana beliau telah banyak menolong kelas kami dalam penyiapan
kerja kursus ini.Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kawan-kawan
sekelas saya yang juga banyak menolong saya apabila saya menghadapi masalah yang
berkaitan dengan kerja kursus ini.Bukan itu sahaja, saya ingin memberi penghargaan
kepada ibu bapa saya yang berada di Perak.Ibu bapa saya memberi sokongan yang banyak
kepada saya.Akhirnya, saya berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan yang memberi
peluang kepada saya untuk masuk ke IPGKSAH.
3
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ekonomi bermaksud pengagihan,
penggunaan barang-barang dan perkhidmatan. Ekonomi zaman tradisional terbahagi
kepada kerajaan maritim dan kerajaan agraria.Terdapat beberapa kerajaan dalam kerajaan
maritim, iaitu, Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Kedah Tua,Kerajaan Melaka dan Kerajaan
Johor.Bagi kerajaan agraria, iaitu Kerajaan Angkor dan Kerajaan Funan.Pada zaman
tradisional, pemerintah, pembesar-pembesar dan orang laut atau orang tempatan
memainkan watak yang amat mustahak.Kerajaan–kerajaan zaman tradisional terdapat
banyak ciri-ciri yang berlainan.Sebagai contohnya, kerajaan maritim mengutamakan
perdagangan manakala kerajaan agraria mengutamakan pertanian.
KERAJAAN MARITIM
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), maritim bermakna berkaitan dengan
perkapalan, pelayaran dan terletak di atau berdekatan dengan laut. Kerajaan maritim
terletak di sekitar persisiran pantai, muara lembah sungai dan juga kepulauan.Kerajaan
maritim berperanan sebagai pelabuhan dan kerajaan maritim juga menjalankan kegiatan
ekonomi berdasarkan perdagangan dan kelautan.Kerajaan maritim juga berperanan sebagai
pusat pengumpulan barang.Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan maritim dapat
mengumpulkan barangan dengan berdagang dengan pedagang-pedagang yang datang
untuk berdagang di kerajaan maritim.Kerajaan maritim mengamalkan sistem tukar
barang.Penduduk bagi kerajaan maritim ialah penduduk tempatan iaitu orang laut dan
pedagang luar.Kerajaan maritim menjalankan hubungan yang baik dengan negara China
dan India dan tercanailah pelabuhan entrepot.Kerajaan maritim memiliki pelabuhan yang
lengkap.Hal ini demikian kerana pelabuhan maritim mempunyai infrastruktur pelabuhan
seperti gudang, tempat penginapan, makanan dan minuman, kemahiran membaiki kapal
dan sebagainya.Penduduk maritim menggunakan pelbagai bahasa namun Bahasa Melayu
menjadi lingua franca bagi Asia Tenggara.Kerajaan maritim juga mempunyai kemahiran
untuk membaiki kapal dan barang dagangnya ialah damar, rempah ratus, beras dan lain-lain
lagi.
4
Rajah 1: Peta Kerajaan Maritim
5
Kerajaan Maritim
KERAJAAN SRIVIJAYA
Kerajaan Srivijaya terletak di Sungai Musi.Pelabuhan di Kerajaan Srivijaya dikatakan
strategik kerana terletak di tengah laluan Timur dan Barat.Hal ini ekoran Kerajaan Srivijaya
memiliki jalan sungai dominan dari pelabuhan ke pedalaman.Pelabuhan Srivijaya adalah di
bawah perlindungan negara China.Di samping itu, Kerajaan Srivijaya mempunyai bala
tentera laut yang banyak.Kesannya, para pedagang dapat berdagang di Srivijaya dengan
hati yang lega.Selanjutnya, pedagang dari India dan Arab juga datang ke Srivijaya untuk
berdagang.Kerajaan Srivijaya mendapat barangan dan bahan mentah di kawasan
pedalaman Sumatera dan Riau Lingga.Barang dagangan di Kerajaan Srivijaya tidak pernah
mengalami kekurangan, ini disebabkan Kerajaan Srivijaya mendapat bekalan daripada
kawasan pedalaman.Barang dagangan Srivijaya yang menarik perhatian para pedagang
ialah rempah ratus.Pelabuhan di Srivijaya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan-
kemudahan.Misalnya, mempunyai gudang, pembekalan makanan dan minuman, tempat
penginapan disediakan dan lain-lain lagi.Kerajaan Srivijaya juga berperanan sebagai pusat
penyebaran agama Buddha.Kerajaan Srivijaya juga menggunakan orang laut untuk menjaga
keselamatan para pedagang dan ketenteraman di laut.Syahbandar juga dilantik untuk
menjaga kesejahteraan di pelabuhan dan menguruskan pelabuhan.
PETA KERAJAAN SRIVIJAYA
6
KERAJAAN KEDAH TUA
Kerajaan Kedah Tua terletak di Sungai Emas.Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua
juga dikenali sebagai Cheh-Cha.Bukan itu sahaja, Kerajaan Srivijaya juga dikenali sebagai
Kataha.Sungai Mas merupakan pelabuhan utamanya, dan kemudiannya plabuhan utama
berpindah ke Lembah Bujang.Pelabuhan Kerajaan Kedah Tua menjadi tempat persinggahan
bagi pedagang-pedagang.Barang yang didagang di pelabuhan Kerajaan Kedah Tua ialah
beras, emas, damar, rotan, gading, bijih timah, lada hitam, dan tanduk.Tanah di Kerajaan
Kedah Tua lebih rata, kelebihan ini membolehkan Kerajaan Kedah Tua menjadikan
pengeluar padi utama.Pelabuhan di Kedah Tua adalah terlindung daripada angin monsun
Barat Daya dan Timur Laut.Kerajaan Kedah Tua memiliki pelabuhan entrepot.Sebagai
buktinya, tembikar China yang dibuat pada zaman dinasti Tang ditemui. Seterusnya,
Gunung Jerai berperanan sebagai panduan para pedagang ke Lembah Bujang, khususnya
pada malam, api akan dinyala supaya para pedagang dapat melihat kedudukan Lembah
Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan selepasnyadipengaruhi oleh
agama Hindu. Buktinya, terdapat candi yang terletak di Lembah Bujang.
KERAJAAN KEDAH TUA
GUNUNG JERAI
7
KERAJAAN MELAKA
Kerajaan Melaka terletak di Pulau Sumatera dan Semenanjung Malaya.Kerajaan
Melaka memiliki pelabuhan yang strategik yang terletak di Selat Melaka.Hal ini lantaran
pelabuhan di Melaka terlindung daripada angin monsun Timur Laut dan angin monsun Barat
Daya.Kerajaan Melaka memiliki sumber air tawar dan iklim yang selesa.Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan digunakan dalam perdagangan dan diplomatik.Hubungan sosial
masyarakat maritim lebih mengarah ke sifat-sifat individualisme.Kesannya, kewujudan
kelompok masyarakat misalnya golongan buruh dan majikan.Kerajaan Melaka juga memiliki
hubungan yang rapat dengan negara China.Hubungan ini membolehkan pelabuhan Melaka
menjadi pelabuhan entrepot.Kerajaan Melaka bertukar barang dengan China, barang yang
ditukar seperti gula, beras, rempah ratus dan sebagainya.Selain itu, Kerajaan Melaka kaya
dengan rempah ratus yang diperlukan oleh pedagang dari timur dan barat.Pada abad ke-15,
pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan yang signifikan menggantikan kerajaan
Srivijaya.Syahbandar di pelabuhan Melaka adalah untuk mengawasi kegiatan perdagangan
di pelabuhan.Peranan syahbandar juga adalah menjaga kebajikan pedagang.Syahbandar
menjaga kebajikan para pedagang dengan memerhati perlaksanaan kaedah timbang sukat
di pasar dan menjadi orang tengah bagi perhubungan orang pedagang dengan
pemerintah.Kerajaan Melaka merupakan sebuah kerajaan Islam.Akibatnya, para pedagang
Islam telah datang ke Melaka untuk berdagang.Di samping itu, orang Laut dilantik sebagai
tentera bagimengawasi laluan perdagangan di Selat Melaka daripada serangan lanun.Orang
laut dipilih sebab mereka masak dengan ilmu kelautan khasnya sepanjang perairan Selat
Melaka.Kesannya, para pedagang dapat berdagang di Melaka tanpa kerisauan.Undang-
undang Laut Melaka telah diamalkan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka.Para pedagang mendapat jaminan keselamatan stok, kapal dan keselamatan diri
melalui undang-undang tersebut.
PETA KERAJAAN MELAKA
8
KERAJAAN JOHOR
Kejatuhan Kerajaan Melaka telah menjadikan Kerajaan Johor sebagai satu kerajaan
maritim yang signifikan.Kerajaan Johor menjadi kerajaan maritim yang penting adalah pada
pertengahan abad ke-17.Kerajaan Johor menjalin hubungan yang baik dengan negara
China, India dan Makasar.Terdapat beberapa keistimewaan Kerajaan Johor yang menarik
perhatian pedagang asing.Barang dagangan Kerajaan Johor mempunyai banyak jenis
seperti rempah ratus, Selain itu, Kerajaan Johor mengutip cukai yang rendah.Di sampingitu,
terdapat kemudahan pelabuhan yang lengkap misalnya kewujudan gudang untuk
menyimpan barang dagangan dan mempunyai kemahiran untuk membaiki kapal.Para
pedagang suka berdagang di Kerajaan Johor kerana harga barangan yang didagang adalah
harga yang sesuai atau berpatutan.
PETA KERAJAAN JOHOR
KERAJAAN AGRARIA
Tamadun awal di Asia Tenggara terbentuk secara evolusi seperti tamadun awal lain
di dunia.Kemunculan tamadun ini bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan
yang subur seperti di lembah-lembah sungai.Petempatan yang wujud ini kemudiannya
berkembang menjadi bandar dan akhirnya terbentuklah sebuah kerajaan.Tanaman utama
yang diusahakan di lembah sungai ialah padi kerana kawasan tersebut mendapat bekalan
9
air yang mencukupi untuk mengairi kawasan padi sawah.Di kawasan bukit atau tanah tinggi
yang kurang mendapat air, dibuat teres dan relung untuk penanaman padi huma.
Tanaman lain yang ditanam sebagai tanaman sampingan ialah pisang, jagung,
keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada
hitam juga diusahakan oleh penduduk kerajaan agraria.Penduduk agraria khususnya yang
tinggal di kawasan pedalaman juga menjalankan kegiatan mengumpul hasil hutan seperti
damar, kayu cendana, kapur barus, kayu gaharu, tanduk, gading dan buah-buahan.Sarang
burung juga dikumpulkan dari kawasan gua untuk diperdagangkan.
Di kawasan sawah, paya dan sungai, kegiatan menangkap ikan dan kegiatan
mengumpul kulit kura-kura turut diusahakan.Penduduk agraria juga menternak binatang
seperti ayam, kambing, kerbau dan lembu.Pada peringkat awal, pertanian yang dijalankan
adalah untuk menyara diri sendiri sahaja. Apabila terdapat lebihan daripada hasil ternakan
dan tanaman, lebihan tersebut akan dipasarkan dan dibekalkan untuk memenuhi keperluan
penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian, khususnya masyarakat bandar atau penduduk
kerajaan maritim.
CONTOH EKONOMI KERAJAAN AGRARIA
KERAJAAN ANGKOR
Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-7.Pusat Kerajaan Angkor terletak di
kawasan hilir Sungai Mekong.Kawasan pertanian pula tertumpu di sekitar Tasik Tonle
Sap.Faktor utama yang menjadikan Kerajaan Angkor sebuah Kerajaan Agraria yang maju
adalah dengan pembinaan sistem pengaliran yang baik.Sistem pengaliran yang baik
sememangnya mempengaruhi perkembangan pertanian di suatu kawasan.
Raja Kerajaan Angkor sendiri terlibat secara langsung dengan pembinaan sistem
saliran dan bertanggungjawab terhadap pengurusannya.Contohnya, Raja Indravarman Satu
telah membina sistem pengairan dan baray, iaitu tempat takungan air buatan manusia yang
berbentuk tasik yang mampu mengairi kawasan seluas 12.5 juta ekar.Ini membolehkan
Kerajaan Angkor menghasilkan beras yang mencukupi untuk rakyatnya. Malahan sekiranya
terdapat lebihan hasil pertanian, ianya akan dieksport ke kerajaan maritim. Kerajaan Angkor
juga menjalankan aktiviti mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan dan kapur barus
10
PETA KERAJAAN ANGKOR
KEGEMILANGAN KERAJAAN ANGKOR
KERAJAAN FUNAN
Sama seperti Kerajaan Angkor, Kerajaan Funan juga menjalankan aktiviti pertanian
dan pengumpulan hasil hutan.Bagi Kerajaan Funan terdapat dua jenis aktiviti pertanian iaitu
pertanian tetap dan pertanian pindah. Pertanian pindah ialah kegiatan pertanian yang
dilakukan di kawasan hutan. Untuk menjalankan pertanian pindah, kawasan hutan diteroka
untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam. Apabila tanah tersebut sudah kurang subur, maka
aktiviti pertanian akan dijalankan di kawasan baru.
Bagi pertanian tetap pula ialah pertanian yang mengambil masa yang lama untuk
mendapatkan hasil dan dijalankan di satu kawasan yang sama mengikut jenis tanaman yang
ditanam. Contohnya aktiviti menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan
kambing.Selain itu tananam seperti padi sawah dan padi huma juga diusahakan sebagai
sumber makanan yang sangat penting.Penduduk bagi Kerajaan Funan turut mengumpul
hasil-hasil hutan seperti kayu cendana, tanduk, damar dan gading bagi tujuan eksport ke
luar negeri.Manakala bagi hasil hutan seperti buah-buahan tidak dieksport tetapi digunakan
untuk menyara diri dan ahli keluarga.
11
PETA KERAJAAN FUNAN
TASIK TONLE SAP
SUNGAI MEKONG
ANTARA TANAMAN YANG DIUSAHAKAN
12
PERANAN ORANG LAUT/ORANG TEMPATAN
Orang laut bertempat di Selatan Malaysia, Singapura dan Timur Pulau
Sumatera.Orang Laut tinggal di dalam sejenis rumah perahu yang dikenali sebagai 'sampan
panjang'.Orang Laut tidak suka menetap di satu kawasan, mereka lebih suka untuk
berpindah.Orang Laut terdapat banyak jenis kelompok suku peribumi.Dalam catatan
Sejarah, tiada catatan yang mencatat bahawa bilangan suku Orang laut yang tepat.Secara
umumnya, Orang Laut sudah tiada pada zaman sekarang.Namun begitu, sekelompok Orang
Laut yang masih wujud marcapada ini.Orang Laut merupakan penganut agama Islam.Hal ini
demikian kerana Orang Laut menjalankan perkahwinan dengan masyarakat Melayu.Orang
Laut kurang berkomunikasi dengan dunia luar, jadi sebab inilah yang mengekalkan suku
Orang Laut.Peranan bagi Orang Laut ialah menjaga keselamatan sekitar perairan
laut.Mereka juga menjaga keselamatan para pedagang daripada ancaman lanun-lanun dan
memimpin para pedagang ke pelabuhan yang diingini.Pada zaman Kerajaan Srivijaya,
Orang Laut dikenali sebagai Orang Lanun atau Orang Selat.Hal ini lantaran sebelum mereka
melafazkan kesetiaan kepada Kerajaan Srivijaya, mereka merupakan lanun-lanun yang
menguasai sekitar Perairan Selat Melaka.Sesetengah Orang Laut mempunyai tugasan khas
misalnya menjadi tentera kerajaan, tukang-tukang kayu, tukang-tukang senjata, pengayuh
kapal-kapal perang dan sebagainya.
ORANG LAUT TINGGAL DI ‘SAMPAN PANJANG’
PERANAN PEMBESAR
Pembesar berperanan penting dalam bidang politik. Pembesar akan membantu raja
dalam pentadbiran dan pemerintah. Pembesar juga bertanggungjawab dalam pengutipan
cukai.Pembesar juga harus memastikan bahawa perdagangan yang dijalani di kawasannya
berjalan dengan lancar.Selain itu, pembesar juga harus memastikan timbangan dan sukatan
13
yang betul.Sebagai seorang pembesar, apabila berlakunya perselisihan, pembesar harus
mengadili peristiwa tersebut selaku hakim.Pembesar juga patut menjaga kebajikan dan
keselamatan anak buahnya.Pembesar juga akan mengeluarkan modal untuk membuat
perdagangan. Selaku seorang pembesar akan menyediakan tempat bagi perletakan barang
dagangan para pedagang, tempat penyimpanan barang juga dipanggil sebagai gudang.
Pembesar Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan warisan daripada Kesultanan
Melayu Melaka.Sistem tersebut terbahagi kepada empat lapisan, iaitu, Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.Bendahara berperanan sebagai
penasihat bagi raja.Lazimnya, Bendahara mempunyai pertalian dengan raja ataupun
berketurunan raja. Apabila raja tiada dalam negara, Bendahara akan menjadi pemangku
raja. Selepas itu, Penghulu Bendahari bertanggungjawab untuk mengawal pembendaharaan
negara.Selain itu, Penghulu Bendahari memungut cukai dan bertanggungjawab dalam soal
adat istiadat serta semua perkara yang berkait dengan istana.Penghulu Bendahari juga
adalah ketua bagi semua syahbandar.Seterusnya, peranan bagi Temenggung ialah
pelaksana undang-undang ataupun ketua bagi undang-undang.Jadi, Temenggung juga
mempunyai gelaran yang lain, iaitu Ketua Polis Negara.Penghulu Bendahari merupakan
ketua protokol dalam soal adat istiadat.Sementelahan itu, Laksamana juga dikenali sebagai
Raja Di Laut.Hal ini ekoran Laksamana merupakan pahlawan dalam peperangan di
laut.Laksamana berperanan pengawal peribadi diraja.Laksamana merupakan pemimpin
bagi pahlawan-pahlawan.Laksamana juga memikul pedang kerajaan semasa upacara
rasmi.
SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN
14
Bendahara
Penghulu Bendahari
Temenggung
Laksamana
PERANAN PEMERINTAH
Pemerintah biasanya adalah berkuasa mutlak di kawasannya.Pemerintah menguasai
sumber ekonomi negerinya.Pemerintah merupakan ketua agama Islam dan adat istiadat
Melayu.Sumber ekonomi negeri adalah kepunyaan pemerintah.Sumber ekonomi seperti
hasil hutan, perdagangan, hasil cukai dan lain-lain lagi.Pemerintah kerajaan juga berkuasa
untuk menentukan sistem sukatan, ukuran dan timbangan. Selain itu, pemerintah boleh
membeli, menjual dan memajak cukai kepada pedagang dengan mengeluarkan surat
kebenaran.
PERANAN PEDAGANG NUSANTARA
PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Pedagang Nusantara di samping membawa barang dagangannya, mereka juga
memanfaatkan waktu senggang untuk menceritakan hal ehwal agama Islam kepada
masyarakat.Para pedagang mengajarkan kepada masyarakat tempatan mengenai agama
Islam.Kesannya ramai masyarakat tempatan yang berminat dengan agama Islam, lalu
mereka pun memeluk agama Islam.Tambahan pula sifat mahmudah, iaitu sifat berhemah,
lemah lembut, bersopan santun dan ikhlas yang ditunjukkan oleh pedagang Islam juga
dapat menarik minat penduduk tempatan untuk memeluk agama Islam. Buktinya, terdapat
pedagang Islam yang dilantik oleh sultan menjadi Syahbandar di pelabuhan.
Penyebaran agama Islam berlaku melalui melalui perkahwinan antara pedagang dan
gadis-gadis tempatan.Apabila pedagang Islam sudah mendirikan rumahtangga, maka agak
mudah untuk agama Islam terus berkembang dalam kalangan keluarga terdekat si
isteri.Usaha dakwah boleh dipergiatkan lagi dalam kalangan masyarakat yang tidak lagi
menganggap agama Islam sebagai agama yang asing bagi mereka.Akhirnya lahirlah
masyarakat Islam di negeri Nusantara yang kemudiannya terus bertambah dari semasa ke
semasa melalui perkahwinan.
PENDIDIKAN DAN PENGEMBANGAN ILMU
Sebelum kedatangan agama Islam, golongan awam tidak berpeluang mendapat
pendidikan.Kedatangan Islam telah menanam sikap mementingkan ilmu dalam jiwa semua
ahli masyarakat kerana Islam mewajibkan semua orang Islam menuntut Islam.Sikap
mementingkan ilmu ini membawa kepada berkembangnya pendidikan dan institusi
pendidkan formal seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau diwujudkan.Pusat
15
pendidikan Islam di Perlak, Sumatera Utara merupakan pendidikan formal yang terawal di
Asia Tenggara.Pusat pendidikan ini dikenali sebagai podok atau dayah.Dayah Bukit Che
Breek yang didirikan pada abad ke-9 masihi merupakan salah sebuah dayah yang terkenal
di Perlak.
Terdapat sebuah pusat penterjemahan karya agama muncul di Samudera-Pasai dan
ia juga merupakan tempat rujukan bagi kerajaan Islam yang lain seperti Kerajaan Melayu
Melaka. Pendidikan pondok yang bermula di Perlak kemudiannya berkembang dengan
meluas ke Pattani, Acheh dan Jawa. Di Pattani, pelajarnya terdiri daripada masyarakat
tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara. Di Melak pula, institusi pondok tidak
wujud dalam Kesultanan Melayu Melaka.Ketika itu istana merupakan pusat pendidikan
formal bagi golongan bangsawan Melaka.Manakala penduduk Melaka digalakkan menuntut
ilmu pengetahuan di rumah ulama, masjid dan surau.
Negeri Acheh mempunyai sistem pendidikan yang lebih sistematik berbanding
dengan kerajaan Perlak, Samudera-Pasai dan Kerajaan Melayu Melaka.Pendidikan di
Acheh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat rendah (rangkang), peringkat
menengah (muenasah) dan pengajian tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-Rahman).Pada
abad ke-16 masihi dan abad ke-17 masihi, ramai pelajar dari luar Acheh mendalami ilmu
agama di Acheh sehingga Acheh dikenali sebagai negeri Serambi Makkah.Wanita di Acheh
juga digalakkan belajar di dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.
PENGAJIAN INSTITUSI PONDOK
PENGALIRAN MODAL YANG BANYAK
16
Pengaliran modal yang banyak adalah disebabkan oleh kegiatan ekonomi dan
perdagangan berlaku dengan rancak dan maju di pelabuhan yang didorong oleh
kedatangan pedagang-pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan.Gugusan
Nusantara kaya dengan sumber-sumber asli seperti kayu wangi, damar dan
rotan.Barangan-barangan sebegini amat diperlukan oleh pedagang yang datang dari negeri
China dan India.Oleh itu, pedagang-pedagang di Nusantara telah mengambil keputusan
untuk menjual barangan-barangan tersebut kepada pedagang-pedagang dari negeri China
dan India.Sebagai tukarannya, pedagang Nusantara boleh mendapatkan barangan yang
diperlukan di gugusan Nusantara seperti tembikar, kapas dan teh.
Potensi perniagaan di gugusan Nusantara telah membantu para pedagang
Nusantara untuk menjalankan aktiviti perdagangan khususnya dengan pedagang India.
Kapal-kapal yang datang dari India terpaksa tinggal di gugusan Nusantara untuk berlindung
daripada angin monsun barat daya. Para pedagang Nusantara mengambil kesempatan
untuk menjalankan aktiviti perdagangan dengan pedagang India.Pedagang India juga
membeli barangan daripada pedagang Nusantara untuk dibawa pulang ke Negara asal
mereka.Para pedagang India juga memerlukan gudang untuk menyimpan lebihan
barangdagangan mereka.Dengan itu para pedagang Nusantara telah menyediakan gudang
bagi tujuan penyimpanan barang dagangan.
KEGEMILANGAN PELABUHAN
KESIMPULAN
17
Berdasarkan hujahan-hujahan di atas, dapatlah kita menyimpulkan bahawa kerajaan
maritim dan kerajaan agraria terdapat perbezaan yang ketara.Kerajaan maritim mempunyai
pelabuhan yang membolehkan para pedagang berdagang di kerajaan maritim.Kerajaan
agraria mempunyai kekayaan hasil bumi.Kerajaan agraria merupakan pengeluar beras yang
utama kerana tanahnya yang rata, subur dan luas serta sesuai untuk kegiatan pertanian.Di
samping itu, kerajaan agraria memiliki hasil hutan yang banyak kerana kerajaan agraria
biasanya di kawasan pedalaman.Berasaskan sebab-sebab itu, kerajaan maritim bertukar
barang dengan kerajaan agraria.Kerajaan maritim menggunakan barangan yang bermewah
untuk menukar beras, hasil hutan, gajah dan sebagainya.Pokok kata, kerajaan maritim
memerlukan kerajaan agraria dan kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim.
18
BIBLIOGRAFI
BUKU:
P.Sivarajan Phd dan S.Malar Arasi. (2012). Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
INTERNET:
http://saku30.tripod.com/bab3.htm
https://fastnote.wordpress.com/faktor-melaka-sebagai-pusat-perdagangan/
19
LAMPIRAN
BIJIH TIMAH
BERAS
REMPAH RATUS
20
ROTAN
POHON DAMAR
CANDI DI LEMBAH BUJANG
21
KAPUR BARUS
GAHARU
TANDUK RUSA
22
top related