Top Banner
1 SEMESTER 3 / 2013 KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN TAJUK KUMPULAN : D1 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON TAN BEE BEE 810320-14-5378 012-2933527 TAN SOOK FUN 820806-14-508 016-2085377 TANG PHAIK HOON 650511-07-5608 012-2983459 TEOH CHING TEE PPG/BC/01/00625/2012/2/KIC 811029-08-5730 017-3075511 PEMARKAHAN ISI BAHASA KESELARASAN FORMAT JUMLAH KSSR mengekalkan konsep kesepaduan dalam DokumenStandard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran(DSP) seperti yang terdapat dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Bincangkan dokumen-dokumen KSSR berserta matlamat dan objektif
24

Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

Jan 02, 2016

Download

Documents

Balan Kamal
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

1

SEMESTER 3 / 2013

KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN

TAJUK

KUMPULAN : D1

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

TAN BEE BEE 810320-14-5378 012-2933527

TAN SOOK FUN 820806-14-508 016-2085377

TANG PHAIK HOON 650511-07-5608 012-2983459

TEOH CHING TEE

PPG/BC/01/00625/2012/2/KIC811029-08-5730 017-3075511

TEH SHIO WEI 810924-03-5786 012-5650013

THANABALAN SHANMUGAM 720508-08-5881 016-3634858

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.

PEMARKAHAN

ISI

BAHASA

KESELARASAN

FORMAT

JUMLAH

KSSR mengekalkan konsep kesepaduan dalam DokumenStandard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran(DSP) seperti yang terdapat dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Bincangkan dokumen-dokumen KSSR berserta matlamat dan objektif yang perlu dicapai oleh murid.

Page 2: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

2

TARIKH SERAH: 20.4.2013

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan

2.0 Tranformasi Kurikulum

2.1 Reka Bentuk Kurikulum Persekolahan

2.1.1 Tunjang Komunikasi

2.1.2 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

2.1.3 Tunjang Kemanusiaan

2.1.4 Tunjang Ketrampilan Diri

2.1.5 Tunjang Fizikal Dan Estetika

2.1.6 Tunjang Literasi Sains Dan Teknologi

3.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

3.1 Matlamat KSSR

3.2 Hasrat KSSR

3.3 Matlamat dan Objektif bagi mata pelajaran yang berikut:

3.3.1 Bahasa Melayu

3.3.2 Matematik

3.3.3 Dunia Sains dan Teknologi

3.3.4 Pendidikan Jasmani

3.3.5 Dunia Seni Visual

3.3.6 Pendidikan Moral

3.3.7 Dunia Muzik

3.4 Prinsip KSSR

3.4.1 Pendekatan Bersepadu

3.4.2 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

3.4.3 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

3.4.4 Pendidikan Seumur Hidup

3.5 Fokus KSSR

3.6 Organisasi Kurikulum

3.6.1 Organisasi Tahap I

3.6.2 Organisasi Tahap II

3.7 Kurikulum Berasaskan Standard

3.7.1 Standard Kandungan

Page 3: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

3

3.7.2 Standard Pembelajaran

3.8 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

3.9 Pendidikan Khas

4.0 KSSR Terap 1 Malaysia

5.0 Rumusan

6.0 Rujukan

Page 4: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

4

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan perlu mempunyai satu konsep organisasi yang menjadi panduan

dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut arus

dunia. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi

memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. Pembentukan kurikulum perlu

dirancang dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti serta

berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan.

"…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan

kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,

unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan

sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan." 1

Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu berasaskan keadaan

semasa sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidang

kurikulum merangkumi banyak ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan,

psikologi dan sosiologi.Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan dalam sistem

masyarakat supaya ilmu dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahap

permulaan iaitu kanak-kanak di sekolah rendah.Pendidikan dalam kalangan kanak-

kanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran sendiri, perhubungan sesama

serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat patriotik

yang tinggi.Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementerian

Pendidikan memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang

beranggapan kurikulum itu adalah sukatan pelajaran.Ishak, (2005) menjelaskan bahawa

kandungan kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran

yang akan diajar. Oleh itu, guru merupakan pemangkin perubahan untuk menyampaikan

kurikulum kepada para pelajar di sekolah.Ianya adalah penting bagi seseorang guru

tahu dengan lebih terperinci tentang segala aspek kurikulum yang digunapakai dalam

sistem pendidikan di negara kita.

1 Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)Pendidikan, 1997

Page 5: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

5

2.0 Transformasi Kurikulum

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bermula daripada keputusan Mesyuarat Susulan

Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23

Mei 2008. Satu usaha mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara terutamanya

di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan

memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan

untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan

penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah

untuk memastikan murid dibekalkan dengan ‘multitask’ yang relevan dengan keperluan

semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum

persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),

sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

  Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah

melakukan ‘benchmark’ dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan

kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan

global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan maklumat semasa daripada pelbagai

pihak seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa.

Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah

berasaskan standard dipertingkatkan .

  Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat

kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009.

KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-

prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum

Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan ini telah

dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

Page 6: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

6

Bagi institusi sekolah, perubahan ini perlu dikaji dan berasaskan sistem

pendidikan dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk

mengikut arus global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan

prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada

(KBSR) agak ketinggalan zaman, untuk menghasilkan insan cemerlang yang

berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa depan, mengikut panduan

yang diterapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya

mewujudkan suasana perpaduan yang harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang

kaum di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

digubal berpandukan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -

2010 yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri Tun  Abdullah Ahmad

Badawi. Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti yang digariskan dalam Teras 2

PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk

semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan

nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri

Pelajaran.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis

mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani

uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis

dalam mata pelajaran terpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan

satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1

2011.2 Kurikulum ini berobjektifkan dengan perkembangan dan permintaan semasa

yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju

dan canggih kini.

2.1 Reka Bentuk Kurikulum Persekolahan

2 Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010).

Page 7: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

7

Reka bentuk kurikulum transformasi dapat dilihat dalam enam tunjang yang

membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran

kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi.3 Setiap tunjang ini

mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan

dengan keperluan setiap tunjang.

2.1.1 Tunjang Komunikasi

Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada

proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang

dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa

pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di

bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran

berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah

kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang

pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses

pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

2.1.2 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek

kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang

dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya

mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang

menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang

pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan

nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam

dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.

2.1.3 Tunjang Kemanusiaan

Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan

Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan

hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran

dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global.

3 Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010)

Page 8: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

8

Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep

pembangunan berterusan(sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga

berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi

penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam

masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan

perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara.

Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari

peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,Tunjang Kemanusiaan memberi

ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada

perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.

2.1.4 Tunjang Ketrampilan Diri

Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda

pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian

berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti

mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti,

patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan

hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.

Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui

penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di

peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi

tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.

Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu

murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik

darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan kegiatan kokurikulum di luar sekolah.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid

memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat

dan negara.

2.1.5 Tunjang Fizikal dan Estetika

Page 9: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

9

Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,

rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi

murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari

dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang

pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras

ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika

murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan

kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.

Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang

ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

2.1.6 Tunjang Literasi Sains dan Teknologi

Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, Tunjang terakhir ialah

reka bentuk Tunjang Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi

keperluan menghadapi impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang

dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan

teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap

saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping

kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira.

Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian

secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains

menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk

menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh

diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan

maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan

dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan

keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur

lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam

kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum

supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

3.0Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Page 10: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

10

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha

menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid

dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi

keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR

menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan

Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa

Inggeris.

3.1 Matlamat KSSR

Matlamat pendidikan sekolah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid

secara menyuruh, seimbang, dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam

FPK.Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis, dan berakhlak mulia. Untuk mencapai

matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk

memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan

masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum

Standard Sekolah Rendah(KSSR) dilaksanakan ke atas murid tahun 1.

3.2 Hasrat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,

berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan

teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan

kerohanian, sikap dan nilai

  Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan  Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira cabaran abad

ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga

mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui

(learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama

(learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Page 11: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

11

 Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

- Warganegara yang bertanggungjawab

- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

- Pekerja berilmu

3.3 Matlamat dan Objektif bagi mata pelajaran yang berikut:

3.3.1 Bahasa Melayu

MATLAMAT

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan

murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi

keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea

serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa

Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:

, frasa dan ayat dengan betul; 

i. menulis imlak dengan tepat. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan

arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul; 

ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan,

frasa dan ayat dengan betul; 

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan

dan pertanyaan dengan betul;

iv.  bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara

dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila; 

Page 12: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

12

v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar

menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; 

vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila; 

vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber secara bertatasusila; 

viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan

dan intonasi yang betul; 

ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber

dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

x.  membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada

pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul; 

xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam

pelbagai bahan. 

xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat

untuk memupuk minat membaca; 

xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; 

xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; 

xv. membina dan menulis perkataan

3.3.2 Matematik

MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah

untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam

pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan

mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan

bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Page 13: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

13

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan

murid:

Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai

konteks.

Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan

bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri,

Perkaitan dan Statistik.

Mengenal pasti dan  menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara

bidang matematik dengan bidang lain dan kehidupan harian.

Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan

simbol dan istilah yang betul.

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan

membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.

Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan

seharian.

Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan

perkaitannya.

Menghargai dan menghayati keindahan matematik.

Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk

membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik. 

3.3.3 Dunia Sains Dan Teknologi

MATLAMAT

Untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan

penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta

sikap saintifik dan nilai murni.

OBJEKTIF

Page 14: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

14

Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di

sekeliling mereka

Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif

Meningkatkan daya kreativiti murid

Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains

Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis,

kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid

mengamalkannya.

Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

3.3.4 PENDIDIKAN JASMANI

MATLAMAT

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas malalui pembelajaran

aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah

Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-

1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut

    konsep pergerakan;

2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran

    motor;

3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa

    melakukan pergerakan;

4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;

5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;

6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti

    fizikal;

7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan

    persekitaran yang selamat;

Page 15: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

15

8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan

    semasa melakukan aktiviti fizikal; dan

9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

3.3.5 Dunia Seni Visual

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk

melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas

seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni

dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:

1. menghargai keindahan alam cipaan Tuhan

2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan

menyeronokkan

3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera

4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual

6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat

7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab

8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

9. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang

berfaedah.

4.3.6 Pendidikan Moral

Matlamat

Page 16: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

16

Membentuk insan berakhlak mulia,bertangungjawab dan boleh menyumbang ke arah

keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

Objektif

• memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia

• meningkatkan amalan budi pekerti mulia

• menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi

mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,

masyarakat, negara serta alam sekitar

Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan

moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-

nilai murni masyarakat Malaysia

3.3.7 Dunia Muzik

MATLAMAT

Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah

melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual

menerusi aktiviti muzikal.

OBJEKTIF

Kurikulum Dunia Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai

standard pembelajaran berikut:

1. Mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan

permainan alat muzik.

2. Mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal.

3. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan

bermain alat muzik

4. Membaca dan menulis notasi muzik.

5. Menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek

Page 17: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

17

muzikal karya muzik yang didengar.

6. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal

3.4 Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini

dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan

holistik.  Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

3.4.1 Pendekatan Bersepadu

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,

kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani,

emosi, jasmani dan sosial.

3.4.2 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi

keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.Setiap potensi murid dikembangkan

secara bersepadu.

3.4.3 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

 3.4.4 Pendidikan Seumur Hidup

KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid

sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang

hayat.

3.5 Fokus KSSR

Page 18: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

18

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi

penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan

menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I,pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.

Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai

kemahiran tersebut.  Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu

kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di

samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,

pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

3.6 Organisasi Kurikulum

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran

dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga

diorganisasikan secara modular  iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam

bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

3.6.1 Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema

dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

Modul Teras Asas

Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul

Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan

Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul

Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. 

Page 19: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

19

Modul Teras Tema

Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat

dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST).

Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula

menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat

& Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Elektif

Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti

Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,

Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan

murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa

dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru,

permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

3.6.2 Organisasi Tahap II

Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras

dan Mata Pelajaran Elektif. Semua kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk

modul. 

Modul Komunikasi

Modul Komunikasi merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul

Bahasa Malaysia, Modul Bahasa Inggeris, Modul Bahasa Cina, dan Modul Bahasa

Tamil.

Page 20: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

20

Modul Komunikasi Elektif

Modul Komunikasi Elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada

murid seperti Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,

Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk

membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

Modul Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Modul Kerohanian, Sikap Dan Nilai terdiri daripada Pendidikan Islam dan Pendidikan

Moral. Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala

Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. 

Modul Fizikal Dan Estetika

Modul Fizikal Dan Estetika merangkumi Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan,

Pendidikan Muzik dan Dunia Seni Visual. Modul tersebut mesti dipelajari oleh semua

murid.

Modul Sains Dan Teknologi

Modul Sains Dan Teknologi menggabungkan disiplin Matematik, Sains, Reka Bentuk

Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Sains Dan

Teknologi mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Kemanusiaan

Modul Kemanusiaan Merangkumi Sejarah atau Malaysia Negaraku.

3.7 Kurikulum Berasaskan Standard

Page 21: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

21

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pertanyaan standard terdiri daripada

standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu

tahap persekolahan.

3.7.1 Standard Kandungan

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui

dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

3.7.2 Standard Pembelajaran

Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti

pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3.8 Elemen Merentas Kurikulum Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan

modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa

hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan

Teknologi,Pendidikan Alam Sekitar,Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan

Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti

sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan

secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang

dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam

pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

Page 22: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

22

3.9 Pendidikan Khas

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama

untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumi

kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan

bermasalah pembelajaran.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah

Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh pun

begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaran

aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran)

selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah

Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut

diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)

dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMAL).

 

Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap

keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus

kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu

menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

disediakan mata pelajaran Asas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan

Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan

mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,

Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan

Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas,

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan.

 

Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara

fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Page 23: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

23

4.0 KSSR terap 1 Malaysia

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi

menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal

menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu

subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana

kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat

awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan

perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-

tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,

KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul

yang akan menggantikan buku teks, oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk

KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah

khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran

dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia

melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi

guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat

kerajaan.

5.0 RUMUSAN

Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan

kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis

generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan

dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan

negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan

dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

Page 24: Tugasan Kumpulan KRP 3013-1 Sem3

24

6.0 RUJUKAN

Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)Pendidikan, 1997

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010).

Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, (2010)