JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA BATU PAHAT, JOHOR. SEMESTER 1 SESI 2012/2013 BBR 23203 (ASAS BENTUK DAN RUANG) NAMA PENSYARAH: CIK AZILA BINTI MD. SUDIN TAJUK TUGASAN KUMPULAN: KONSEP BIDANG BENTUK DAN RUANG (PCK) AHLI KUMPULAN: NORHAYATI BTE ABDULLAH (DB110766) AZIMAHWATI BTE ABD KADIR (DB110843) IRDAWATI BTE KAMARUZAMAN (DB110094) LUA SEW SING (DB110178) YAP RUEY CHEE (DB110727) HAIRULANUAR BIN YAACOB (DB110944) PROGRAM: SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JABATAN IKHTISAS PENDIDIKANFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIABATU PAHAT, JOHOR.
SEMESTER 1 SESI 2012/2013BBR 23203 (ASAS BENTUK DAN RUANG)
NAMA PENSYARAH:CIK AZILA BINTI MD. SUDIN
TAJUK TUGASAN KUMPULAN:KONSEP BIDANG BENTUK DAN RUANG (PCK)
AHLI KUMPULAN:NORHAYATI BTE ABDULLAH (DB110766)
AZIMAHWATI BTE ABD KADIR (DB110843)IRDAWATI BTE KAMARUZAMAN (DB110094)
LUA SEW SING (DB110178)YAP RUEY CHEE (DB110727)
HAIRULANUAR BIN YAACOB (DB110944)
PROGRAM:SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)
ELEKTIF MATEMATIK SEKSYEN 1
TARIKH HANTAR:22 DISEMBER 2012
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA / MAKLUMAT
1. Pengenalan
2. Miskonsepsi dan Cara Mengatasinya
3. Rancangan Persediaan Mengajar Harian.
4. Nota Pengajaran / Nota Edaran Murid
5. Soalan Latihan.
6. Skema Jawapan Soalan Latihan.
7. Rujukan
PENGENALAN
Matematik adalah salah satu bidang ilmu yang sangat menyeluruh sifatnya. Ia
merangkumi semua aspek kehidupan, seperti membuat perhitungan, membuat penilaian
dan seterusnya membuat keputusan. Melalui proses penyelesaian masalah seharian,
manusia dikerah untuk mengeluarkan pendapat seterusnya memberikan hujah terhadap
keputusan atau langkah penyelesaian yang diambil. Maka disinilah peranan berfikir
secara matematik dapat membantu manusia membuat pertimbangan yang wajar
sebelum memilih sesuatu jalan penyelesaian.
Bagi memperkembangkan potensi pemikiran matematik di dalam akal manusia, ia
seharusnya bermula dari peringkat kanak-kanak. Konsep matematik terhadap alam
sekeliling sebenarnya telah wujud di dalam akal kanak-kanak sejak dari peringkat bayi
lagi. Ini merujuk kepada sifat ingin tahu kanak-kanak terhadap objek, terutama melalui
deria sentuhan. Pendedahan awal kepada banyak bentuk konkrit di sekeliling kanak-
kanak sebenarnya mencetuskan pelbagai persepsi terhadap alam sekeliling. Pelbagai
konsep terbentuk di dalam minda kanak-kanak, yang boleh bersifat betul dari segi
konsepnya, ataupun yang bersifat miskonsepsi.
Konsep Geometri dan hubungannya dengan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan.
Seperti yang telah dijelaskan, penerokaan kanak-kanak terhadap bentuk, terutama
bentuk 3 dimensi telah berlaku sejak bayi. Mereka didedahkan dengan pelbagai objek
permainan yang mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan tekstur. Pendedahan awal
inilah yang membantu kanak-kanak membentuk pemikiran terhadap geometri. Apabila
kanak-kanak memasuki alam persekolahan, rancangan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran geometri mestilah berdasarkan prakonsep yang telah terbentuk di dalam
pemikiran kanak-kanak ini. Peranan guru adalah sangat kritikal supaya konsep-konsep
yang terbentuk dapat dikembang atau diperbetulkan bagi membolehkan kanak-kanak
memahami serta dapat menyelesaikan masalah yang berkait dengan geometri,
seterusnya menghargai keindahan yang terdapat di dalam unsur-unsur geometri.
APAKAH GEOMETRI
Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak dari zaman mesir purba,
walaupun ia lebih lama daripada itu. Pandangan cendikiawan hanya merujuk bermulanya
ilmu geometri pada zaman Tamadun Mesir, kerana bermula pada zaman inilah, ilmu
geometri direkodkan secara bertulis.
Unsur perkembangan geometri adalah disebabkan aktiviti menyukat semula
kawasan milik penduduk mesir yang sering di landa banjir akibat limpahan sungai Nil.
Geometri berasal daripada perkataan latin iaitu ‘Geo’ yang bermaksud tanah, dan ‘metri’
yang bermaksud ukur. Secara umumnya, ilmu geometri adalah cabang ilmu matematik
yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari
rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Permulaan
geometri terawal yang direkodkan boleh dijejak ke Mesopotamia purba, Mesir, dan
Lembah Indus dari sekitar 3000 SM. Geometri awal adalah koleksi dari empirikal yang
dijumpai yang mengambil berat jarak, sudut, luas, dan isipadu, yang telah berkembang
untuk menemukan sesetengah keperluan praktikal dalam tinjauan, pembinaan,
astronomi, dan berbagai kraf. Teks terawal yang dikenali pada geometri ialah Papirus
Papirus Mesir, dan Papirus Moscow, Batu bersurat tanah liat Babylonia, dan Shulba
Sutras India, manakala orang Cina mempunyai karya Mozi, Zhang Heng, dan Sembilan
Bab pada Seni Matematik, ditulis oleh Liu Hui.
Geometri Euclid merupakan sebuah sistem matematik yang disumbangkan oleh
seorang ahli matematik Yunani bernama Euclid dari Alexandria. Teks Euclid, Elements
merupakan sebuah kajian sistematik yang terawal mengenai geometri. Ia sudah menjadi
salah satu buku-buku yang paling berpengarh di dalam sejarah, sama banyaknya
dengan kaedahnya yang mempunyai isi kandungan matematik. Kaedah cara yang
mengandungi andaian satu set aksiom secara intuitif yang sangat menarik, dan
kemudiannya membuktikan banyak usul (teorem-teorem) daripada aksiom-aksiom
berkenaan. Walaupun banyak daripada keputusan-keputusan oleh Euclid sudah
dinyatakan oleh ahli-ahli matematik Yunani sebelumnya, Euclid merupakan orang yang
MASA ISI PELAJARANHASIL PEMBELAJARAN(Standard Pembelajaran)
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
CATATAN
5 minit Pengenalan/Pra Pengajaran
1. Murid memberi salam dan membaca doa.
2. Guru mengarahkan murid supaya membersihkan kelas .
3. Guru mengambil dan mencatat kehadiran murid ke dalam buku audit P&P.
4. Murid bersedia untuk memulakan dan menerima P&P dari guru.
Nilai murni : Menghormati guru, menjaga kebersihan.
5 minit Set Induksi / Persediaan
Memerhati dan menganalisisSoalan:Bentuk apa yang awak lihat?Bongkah apa yang cikgu pegang?Bagaimana caranya membezakan bongkah dengan bentuk?Jawapan: kaedah 2 demensi dengan 3 demensi.
1. Murid ditayangkan dengan video muzik lagu Bentuk dan Warna.
2. Murid diminta memberi dapatan masing-masing dengan panduan guru.
3. Murid diminta menyebut nama bentuk-bentuk yang mereka tahu.
4. Murid menamakan dengan baik.5. Murid diminta meneka bentuk
benda maujud yang dibawa oleh guru dan murid dapat meneka dengan betul.
6. Murid diberi peluang memegang bongkah yang di bawa oleh guru.
7. Murid diminta membandingkan antara bentuk dengan bongkah yang ditunjukkan oleh guru.
EMK :Kreatif dan Inovasi, TMK-Menghasilkan idea dari pemerhatian dan menilai idea secara kritis.
Nilai murni :Mendengar arahan,
BBM :Laptop (Lagu Bentuk dan Warna), projector LCD
Contoh :Guru menyebut bentuk segiempat sama manakala murid mengambil bongkah kiub
8. Murid menyebut alatan yang berada di dalam kelas berdasarkan arahan guru.
9. Guru mengaitkan benda dengan prisma yang ingin dipelajari murid.
10.Guru meminta murid menunjukkan bongkah berdasarkan bentuk yang disebut oleh guru.
11.Murid dapat menunjukkan bongkah dengan baik berdasarkan apa yang dimaksudkan oleh guru.
12.Murid dikenalkan dengan prisma oleh guru dengan betul.
13.Guru mengenalkan bentuk-bentuk prisma satu persatu kepada murid.
BBM :
-Benda maujud;Epal, oren, kotak, bekas pensil, tin susu dan almari
-Kad;Bentuk segitiga, segiempat sama dan segiempat tepat.
2. Murid diminta mengenal setiap bentuk dan kemudian murid menyebutnya bersama-sama.
3. Murid diminta memerhatikan ketiga-tiga prisma dengan baik.
4. Beberapa murid diminta memegang prisma kemudian menamakannya.
5. Murid dapat memilih dan menamakan jenis prisma dengan baik serta bimbingan dari guru.
EMK :Kreatif dan Inovasi-Membuat perkaitan dan analisis idea.
Nilai murni :Bersikap adil
Prisma segiempat sama
Prisma segiempat tepat
Prisma segitiga
6. Murid ditegaskan prisma terdapat tiga jenis sahaja iaitu prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga.
7. Beberapa murid dipanggil ke hadapan.
8. Murid disediakan beberapa bahan maujud yang berbentuk ketiga-tiga jenis prisma ke dalam sebuah kotak kepada setiap kumpulan oleh guru.
9. Murid diminta memerhatikan bentuk prisma di dalam kotak dengan baik.
10.Murid diminta mengasingkan mengikut jenis prisma.
11.Murid dapat melakukan dengan baik.
12.Permainan kecil, semua murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
13.Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu kotak berisi prisma.
14.Aktiviti 8 hingga 10 diulang dengan pemantauan guru.
15.Setiap kumpulan dapat melakukan dengan baik
16.Guru memberi pujian kepada semua murid.
BBM :
-Prisma;Segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga
-Benda maujud; bekas pensel, pemadam, kotak tisu, buku, coklat tobleron, bumbung rumah mainan
15 minit
Penyampaian isi / Imaginasi
(Standard Kandungan)
- Pemerhatian-Penjanaan idea dan Sintesis idea
Kad perkataan
17.Murid ditanyakan berapakah jenis prisma yang diasingkan dan apakah nama prisma tersebut.
18.Murid menjawab tiga jenis iaitu prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga..
19.Murid diterangkan bahawa prisma segiempat sama juga dipanggil kubus manakala prisma segiempat tepat dipanggil kuboid oleh guru.
20.Kemudian guru mengedarkan kad perkataan prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga kepada setiap kumpulan.
21.Murid mengambil kad perkataan dan dapat meletakkan kad perkataan pada jenis bahan yang telah diasingkan tadi dengan baik.
22.Murid menyebut bahan yang diasingkan mengikut jenis prisma.
23.Guru dan murid berbincang hasil dapatan mereka.
24.Guru memuji semua murid dan setiap kumpulan diberikan coklat tobleron sebagai token.
EMK :Membuat perkaitan dan analisis idea.
Nilai murni :Bersikap adil
BBM :Prisma, Kad Perkataan
Prisma Segiempat Sama
Prisma Segiempat Tepat
Prisma Segitiga
20 minit Perkembangan / Aplikasi Idea
- Penambahbaikan
Sebutkan bentuk prisma yang kamu perolehi.
Prisma segiempat sama
Prisma segiempat tepat
Prisma segitiga
1. Murid diedarkan dengan nota edaran dan diajak menyanyi bersama-sama guru dengan iringan video muzik.
2. Guru menayangkan video muzik lagu Mari Mengenal Prisma.
3. Sumbangsaran di antara murid dan guru berkaitan video.
4. Murid dipecahkan kepada enam kumpulan kecil.
5. Setiap kumpulan dibekalkan satu jenis model prisma dan satu sampul surat yang mengandungi nombor 1, 2, 3, 4.
6. Setiap dua kumpulan mendapat satu jenis prisma yang sama.
7. Semua murid diterangkan bahawa prisma mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu oleh guru.
8. Guru menerangkan maksud permukaan dengan baik.
9. Murid diminta melabelkan prisma dengan melekatkan simbol pada permukaan dengan nombor 1.
10.Murid dibimbing untuk melabelkan bahagian permukaan dengan betul.
11.Murid dapat memahami dan kenal bahagian permukaan.
EMK :Menghasilkan idea dari pemerhatian dan membuat penilaian.
Nilai murni :Mendengar arahan, teliti,cermat dan yakin, bekerjasama.
BBM :
Nota edaran.
Laptop (Lagu Mari Mengenal Prisma), projector LCD
-Benda maujud;Meja dan almari.Prisma
Sila labelkan bahagian berdasarkan nombor
Permukaan
Tapak
Bucu
Sisi
- Menilai
12.Aktiviti 8 hingga 10 diulang dengan guru mengenalkan tapak, bucu dan sisi dengan baik.
13.Guru dan murid mengulang aktiviti untuk melabelkan tapak (nombor 2), bucu (nombor 3) dan sisi (nombor 4).
14.Sumbangsaran di antara murid dan guru berkaitan bahagian pada prisma.
15.Tiga orang murid dipanggil ke hadapan.
16.Setiap murid diberikan prisma yang berbeza.
17.Guru menyebut bahagian secara rawak dan murid diminta melabelkan pada bahagian yang betul.
18.Murid dapat melabel dengan betul.19.Permainan kecil; pop kuiz siapa
cepat dia dapat20.Guru menyebut bahagian secara
rawak dan murid dikehendaki melabel dengan betul.
21.Beberapa murid dapat menjawab dengan betul.
22.Guru menghadiahkan kismis kepada semua murid yang mencuba sebagai token.
BBM :Sampul berisi Kad Nombor, pelekat
1
2
3
4
23.Lembaran kerja 1 diedarkan oleh guru kepada semua murid.
24.Murid-murid diminta untuk menjawab semua soalan.
25.Perbincangan hasil kerja murid dengan bimbingan guru dan rujukan Mari Mengenal Prisma.
26.Murid dapat menjawab dengan sehabis baik.
BBM :Lembaran kerja 1Nota edaran.
Laptop (Lagu Mari Mengenal Prisma), projector LCD
5 minit Penutup / Tindakan - Penilaian- Pelaksanaan- Amalan berterusan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 2 kepada semua murid.
2. Murid diminta menjawab dan menyatakan pilihan berdasarkan pemerhatian dengan bimbingan dan panduan dari guru.
3. Murid dapat memberi jawapan yang baik.
4. Dua orang murid merumus hasil pengajaran dan pembelajaran dengan baik
5. Guru merumuskan kemahiran yang telah dipelajari dengan betul.
6. Nyanyian lagu Mari Mengenal Prisma bersama-sama.
7. Murid diberitahu topik pengajaran dan pembelajaran akan datang sebagai persediaan.
Nilai murni : Bersungguh-sungguh, jujur
BBM :Lembaran kerja 2Laptop (Lagu Mari Mengenal Prisma), projector LCD
NOTA PENGAJARAN/EDARAN MURID
Prisma Bentuk Bukaan
Dalam geometri, prisma adalah bentuk ruang tiga dimensi yang dibatasi oleh tapak dan tutup identiti berbentuk segiempat atau segitiga dan sisi-sisi tegak berbentuk segiempat. Dengan kata lain prisma adalah bentuk ruang yang mempunyai penutup dan tapak yang selalu sama dalam bentuk dan ukuran.