Tajuk : Membuat Jam Matahari
Tujuan : Untuk Membina Jam Matahari bagi Mengukur Masa.
Pengenalan:
Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan
kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untuk
memanfaatkan bayang-bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan
jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu
yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari
dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang-bayang yang
akan dapat tentukan kedudukannya.Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu
matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu
piawai serta waktu musim panas.
Pada zaman dahulu, manusia tidak mengenali jam. Mereka hanya tahu bangun
ketika matahari terbit, dan tidur saat bintang-bintang menghiasi langit. Untuk mengira
hari, mereka mengira berapa kali matahari terbit. Kemudiannya orang Mesir kuno
memerhatikan bayangan matahari. Jika posisi matahari tegak lurus, bayangan yang
terbentuk pendek. Sebaliknya, ketika matahari mulai naik atau turun, bayangannya
panjang. Pada waktu pagi ketika matahari di timur, bayangan terbentuk di barat dan
begitulah sebaliknya yang terjadi pada waktu petang.
Berdasarkan bayangan matahari, mereka membuat jam matahari yang dibentuk
daripada batu berbentuk T yang berdiri tegak lurus. Alat ini diletakkan di tempat yang
terbuka iaitu yang menerima sinaran matahari dari pagi hingga petang. Berdasarkan
bayangan, yang terbentuk, mereka mengira waktu. Alat ini menjadi alat pengukur waktu
yang pertama. Jam matahari tidak tepat bila matahari tertutup oleh awan. Namun cara
ini dipakai selama berabad-abad untuk mengukur waktu. Apabila peradaban manusia
semakin maju, manusia mula menggunakan jam mekanik.
AMALI 3: JAM MATAHARI Page 1
AMALI 3
Antara contoh jam matahari yang terawal digunakan
Bahan-bahan :
Kertas A3, Gunting, Pembaris, Pen atau Pensel, Gam, Kompas, Jam, Polisterina.
Prosedur :
1. Polisterina dan kertas A3 dipotong dalam bentuk bulatan yang berdiameter
20 cm.
2. Kertas A3 digam di atas permukaan polisterina bulat. Ini akan menjadi
asas jam matahari.
AMALI 3: JAM MATAHARI Page 2
3. Segi tiga bersudut tegak dipotong daripada polisterina yang tinggal.
Hipotenus segitiga mestilah 5cm.
4. Segitiga bersudut tegak digam ke pangkal jam matahari.
5. Jam matahari diletakkan di bawah cahaya matahari.
6. Segitiga bersudut tegak diletakkan menghala ke utara dengan bantuan kompas.
7. Kedudukan bayang-bayang segitiga bersudut tegak dipangkal jam matahari
setiap jam ditandakan.
AMALI 3: JAM MATAHARI Page 3
8. Masa yang ditanda dicatat.
9. Jam matahari digunakan untuk memberitahu masa.
10. Gambar bayang-bayang matahari diambil setiap jam dari jam 9.00 pagi hingga
6.00 petang.
Keputusan :
Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian :
MasaGambar Bayang-
Bayang
Panjang
Bayang-bayang(cm)
Arah
Bayang-bayang
9.00 pg 7.2 cm Barat
10.00 pg 4.3 cm Barat
11.00 pg 2.1 cm Barat
AMALI 3: JAM MATAHARI Page 4
12.00 tgh 1.5 cm Barat
1.00 ptg 0.8 cm Barat
2.00 ptg 0.8 cm Timur
3.00 ptg 1.5 cm Timur
4.00 ptg 2.7 cm Timur
AMALI 3: JAM MATAHARI Page 5
5.00 ptg 4.6 cm Timur
Perbincangan :
Putaran Bumi pada paksinya dari barat ke timur menyebabkan panjang dan arah
bayang-bayang berubah dari waktu pagi ke waktu petang. Perubahan bayang-bayang
dari pagi hingga petang dapat dilihat dengan jelas berubah dari dari arah barat ke arah
timur. Pada waktu pagi, bayang-bayang akan menghala ke arah barat manakala pada
waktu petang, bayang-bayang akan menghala ke arah timur. Kedudukan matahari pula
adalah lebih rendah pada awal pagi dan lewat petang tetapi berada di kedudukan yang
tinggi semasa tengahari. Fenomena ini menyebabkan bayang-bayang lebih panjang
pada awal pagi dan lewat petang berbanding waktu tengah hari. Bayang-bayang adalah
pendek pada waktu tengah hari kerana Matahari berada tegak di atas kepala. Panjang
dan arah bayang-bayang boleh digunakan untuk menganggarkan waktu tanpa melihat
jam.
Kesimpulan :
Matahari boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur masa.Bayang-bayang
akan berada di sebelah barat pada waktu pagi dan bergerak ke arah timur
pada waktu petang kerana Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di
sebelah barat.
AMALI 3: JAM MATAHARI Page 6
RUJUKAN
1. Pusat Teknologi Maklumat UKM, UKM Teaching and Learning Congress
2012. Dimuatturun pada 27 Februari 2014 daripada
http://www.ukm.my/confukm/index.php/kpp2012/k2012/paper/view/610
2. Perkembangan Jam Di DuniaDimuatturun pada 14 Februari 2014 daripada
http://labsky2012.blogspot.com/2012/09/tugas-5-perkembangan-jam-di-dunia.html
3. Haslan Manja, Benny Kong Tze Loong, Low Kkee ,Santana Rajan a/l
Perumale, Dr. Hj. Zainol Badli, Modul Sains SCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas.
Institut Pendidikan Guru KPM,Cyberjaya, 2012.
AMALI 3: JAM MATAHARI Page 7