Amali 5: Fotosintesis Tujuan: Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi fotosintesis 1. Pengenalan: Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia yang disimpan di dalam makanan yang dibina. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis . Klorofil yang berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas. Elektron- elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan electron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis . Dalam fotofosforilasi cyclic , elektron-elektron balik ke klorofil. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis. Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan herbivor yang akan menjadi makanan kepada haiwan karnivor atau haiwan omnivor yang lain.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Amali 5: Fotosintesis
Tujuan: Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi fotosintesis
1. Pengenalan:
Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada
matahari kepada tenaga kimia yang disimpan di dalam makanan yang
dibina. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini
dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan
pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Klorofil yang
berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas.
Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan electron,
yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis . Dalam fotofosforilasi
cyclic , elektron-elektron balik ke klorofil. Oksigen akan dibebaskan sebagai
bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas
dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula
(glukosa), hasil akhir fotosintesis.
Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang
bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan
herbivor yang akan menjadi makanan kepada haiwan karnivor atau
haiwan omnivor yang lain.
2. Objektif : Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan hijau.
3. Hipotesis: Kanji yang terdapat pada daun akan menukarkan warna kuning
terhadap kehadiran kanji adalah positif, jika larutan iodin tetap berwarna
perang muda, ujian terhadap kehadiran kanji adalah negatif.
Antara langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menjalankan
eksperimen adalah memastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba
secara terus seperti api daripada penunu Bunsen kerana metanol mudah
terbakar. Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air
panas.
8. Kesimpulan
Daun-daun hijau mensistesis kanji hanya dengan kehadiran cahaya matahari.
Kanji terdapat hanya di bahagian-bahagian hijau daun.
Eksperimen (b)
1. Objektif: b) Untuk menunjukkan kepentingan cahaya matahari kepada proses fotosintesis
2. Hipotesis: Ketidakhadiran kanji pada daun untuk menukarkan warna kuning perang iodin
menjadi biru tua
3. Prosedur:
a. Letakkan sepasu tumbuhan di dalam bilik gelap selama 24 jam.
b. Petik sehelai daun.
c. Uji kehadiran kanji pada daun.
d. Ulang langkah 2-6 dalam kaedah a.
e. . Rekodkan pemerhatian anda.
Tumbuhan diletak dalam almari makmal Daun dididihkan dalam air Sains
Daun dididih dalam larutan Larutan iodine dititiskan. Etanol Tidak ada perubahan warna
berlaku pada daun
4. Keputusan:
Keadaan Daun Ujian Iodin Inferens
Disimpan dalam
gelap selama 24
jam
Warna kuning perang
iodin tidak berubah
Tidak terdapat kanji pada
daun untuk menukarkan
warna kuning perang
menjadi biru tua
Warna kuning perang iodin tidak berubah5. Perbincangan:
Eksperimen ini bertujuan untuk menguji cahaya matahari amat diperlukan dalam
proses fotosintesis. Cahaya matahari merupakan keperluan asas bagi
tumbuhan untuk menjalani proses fotosintesis. Daun telah diletakkan alam
bilik gelap selama satu hari. Setelah itu, proses untuk membunuh sel dan
memecahkan sel daun dilakukan seperti eksperimen (a). Titisan iodin
telah diletakkan pada permukaan daun. Tompok biru gelap tidak kelihatan pada
permukaan daun. Daun ini tidak dapat menjalani proses fotosintesis
disebabkan tidak mendapat cahaya matahari. Proses fotosintesis hanya
dilakukan oleh tumbuhan dengan hadirnya cahaya matahari, karbon
dioksida dan klorofil.
Antara langkah keselamatan yang boleh diambil untuk melakukan eksperimen ini
ialah dengan memastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara
terus seperti api daripada penunu Bunsen kerana metanol mudah terbakar serta
sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas
6. Kesimpulan:
Cahaya matahari diperlukan bagi proses fotosintesis. Tindak balas cahaya
matahari melibatkan pelibatkan pemecahan molekul air kepada hidrogen dan
oksigen dengan cahaya. Keamatan cahaya merupakan faktor yang
mempengaruhi kadar fotosintesis.
Eksperimen c:
1. Objektif : Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.
2. Hipotesis: Bahagian tompok hijau mempunyai klorofil. Bahagian tompok putih tidak
mempunyai klorofil
3. Prosedur:
a. Petik sehelai daun bervarigat yang telah terdedah kepada cahaya matahari
selama beberapa jam.
b. Lukis gambarajah menunjukkan taburan warna hijau pada daun.
c. Lakukan ujian kanji ke atas daun tersebut. Ulang langkah 2 hingga 6 pada
kaedah a.
d. Rekodkan pemerhatian anda
Daun bervarigat yang dididihkan dalam air panas
4. Keputusan:
Keadaan Daun Ujian Iodin Inferens
Daun bervariegasiBahagian daun yang
berwarna hijau
bertukar kepada biru tua.
Bahagian yang berwarna
putih tidak berubah
Bahagian tompok hijau
mempunyai klorofil. Bahagian
tompok putih tidak
mempunyai klorofil.
Bahagian daun yang berwarna hijau bertukar kepada biru tua. Bahagian yang berwarna putih tidak berubah
5. Perbincangan:
Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu
keperluan asas dalam proses fotosintesis. Untuk mengujinya daun varigasi
digunakan dalam eksperimen ini. Daun varigasi merupakan daun yang
mempunyai bahagian berwarna hijau dan bahagian bukan berwarna hijau.
Tambahan warna selain warna hijau ini dapat dilihat pada bahagian hujung daun,
urat daun, bintik-bintik atau jalur- jalur pada bahagian daun. Bahagian berwarna
hijau mengandungi klorofil yang membolehkan daun menjalani proses
fotosintesis. Manakala, bahagian yang bukan berwarna hijau tidak
mengandungi klorofil dan tidak boleh menjalani fotosintesis. Klorofil a dan klorofil
b merupakan pigmen dominan yang mengambil cahaya dan memantulkan
semula sebagai warna hijau. Tumbuhan yang mempunyai warna daun selain
warna hijau tidak mempunyai klorofil pada bahagian tertentu. Hal ini disebabkan
pigmen klorofil yang dominan telah didominasi oleh pigmen yang lain. Setelah
eksperimen dilakukan, tompok biru hanya kelihatan pada bahagian warna daun
berwarna hijau dan bukannya bahagian berwarna selain hijau. Hal ini
disebabkan kehadiran klorofil pada bahagian berwarna hijau yang membantu
proses fotosintesis bagi daun tersebut.
6. Kesimpulan:
Proses fotosintesis berlaku apabila terdapat klorofil pada daun. Klorofil bertindak menyerap
tenaga cahaya. Tenaga ini mengaktifkan air di dalam kloroplas dan memudahkan
penguraiannya kepada ion hidorgen dan ion hidroksida. Ion hidrogen kemudian menerima
elektron daripada klorofil lalu menjadi atom hidrogen. Ion hidroksida membebskan
elektronnya kepada klorofil.
Soalan:
1. Apa yang anda boleh katakan berkaitan warna biru tua pada daun?
Jawapan: Bahagian yang bertukar kepada warna biru gelap hanyalah
bahagian yang bertompok hijau iaitu bahagian yang
mempunyai
klorofil.
2. Bolehkah dikatakan hanya bahagian daun yang berwarna hijau sahaja yang menghasilkan kanji di bawah cahaya matahari?
Jawapan:
Ya, kerana bahagian hijau mempunyai klorofil sebagai tapakberlakunya proses
fotosintesis yang seterusnya menghasilkan kanji.Dan sebaliknya berlaku apabila
tiada klorofil pada daun yang seterusnya menghalang pembentukan kanji.
3. Adakah fotosintesis berlaku hanya apabila klorofil hadir?
Ya. Semasa fotosintesis, tenaga cahaya diserap oleh klorofil untuk
menghasilkan glukosa daripada karbon dioksida dan air.
Eksperimen d:
1. Objektif: Mengkaji kepentingan karbon dioksida bagi proses fotosintesis.
2. Hipotesis: Karbon dioksida diperlukan untuk proses fotosintesis.
3. Radas dan bahan:
a. Hydrilla
b. Kapur soda
c. Tabung uji dan bikar 250 ml
d. Corong turas
e. Larutan etanol
f. Larutan iodin
4. Prosedur:
a. Letakkan dua pasu tumbuhan di dalam gelap semalaman untuk mengurangkan kehadiran kanji.
b. Tutup pasu tersebut dengan bag politine. Kenapa?.
c. Letakkan tumbuhan di dalam balang kaca dan labelkan A dan B setiap satunya.
d. Dalam baIang A letakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida . Udara di dalam balang A bebas dari karbon
dioksida.
e. Balang B mempunyai satu bukaan yang membenarkan udara atmosfera memasukinya.
f. Letakkan kedua-dua balang ini dibawah cahaya matahari selama beberapa hari.
g. Uji kehadiran kanji bagi daun dan ulang langkah 2 hingga 6 seperti kaedah a).
h. Rekodkan pemerhatian anda.
5. Keputusan:
Keadaan daun Ujian Kanji Inferens
Tumbuhan A
(kalium hidroksida
berbentuk cecair)
Warna kuning perang larutan
iodin kekal pada permukaan
daun
Proses fotosintesis tidak
berlaku.
Tiada kanji terhasil
Tumbuhan B
(kalium hidroksida
berbentuk pepejal)
Warna kuning perang larutan
iodin kekal pada permukaan
daun
Proses fotosintesis tidak
berlaku
Tiada kanji terhasil..
Tumbuhan C
(terdedah pada udara)
Tompok-tompok biru tua
kelihatan pada permukaan
daun
Proses fotosintesis
berlaku. Menghasilkan
kanji.
hydrilla
Hasil Pemerhatian
6. Perbincangan
Karbon dioksida amat penting untuk proses fotosintesis berlaku. Ketiadaan
bekalan karbon dioksida menyebabkan tumbuhan tidak dapat melakukan proses
fotosintesis. Kalium hidroksida digunakan untuk menyerap karbon dioksida di
dalam balang kaca. Dengan ini, eksperimen lebih mudah dilakukan untuk
membandingkan kehadiran karbon dioksida mempengaruhi proses
fotosintesis. Antara langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memastikan
agar metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti
apidaripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar.
Sentiasaberhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas.
7. Kesimpulan:
Tumbuhan hanya boleh menjalankan proses fotosintesis dengan kehadiran
karbon dioksida.
Eksperimen e : Mengkaji penghasilan oksigen ketika fotosintesis.
1. Objektif: Untuk membuktikan bahawa oksigen adalah dihasilkan semasa
fotosintesis.
2. Hipotesis : Proses fotosintesis adalah melibatkan cahaya matahari untuk
menukarkankarbondioksida kepada gula,oksigen dan bahan-
bahan organik lain.Jadi, oksigenadalah dihasilkan semasa
fotosintesis
3. Prosedur:
a. Letakkan Hydrilla sp. (Tumbuhan air tawar) dibawah corong turas yang
diterbalikkan . Gunakan air kolam bagi tujuan merendamkan tumbuhan ini.
Corong turas ditinggikan sedikit dari bahagian bawah bikar untuk membolehkan
pergerakan air yang bebas.
b. Terbalikkan tabung uji yang dipenuhi dengan air pada bahagian corong turas.
Pastikan tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam tabung uji. Label
set ini sebagai A.
c. Letakkan radas ini di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.
d. Sediakan satu lagi set radas seperti di atas tetapi letakkan di tempat gelap.
Radas ini bertindak sebagai kawalan dan dilabelkan dengan B.
e. Uji gas yang terkumpul dengan kayu uji bernyala bagi kedua-dua set A dan set
B. Apa yang dapat diperhatikan. Namakan gas yang terkumpul.
4. Keputusan:
Set Pemerhatian Inferens
A Semasa pendedahan kepada cahaya
matahari tumbuhan mengeluarkan gas
yang dikumpulkan di tabung uji terbalik
Kayu uji berbara nyala untuk beberapa
saat
Terdapat kehadiran gas
oksigen.
B Tiada apa-apa yang berlaku semasa
tumbuhan tersebut diletakkan ditempat
gelap.
Tiada oksigen yang terhasil
Tiada kehadiran gas
oksigen dikesan
5. Perbincangan
Semasa fotosintesis, gas oksigen dibebaskan oleh tumbuhan hijau. Jadi
fotosintesis menigkatkan aras oksigen di atmosfera. Ketiadaan bekalan oksigen
menyebabkan tumbuhan tidak dapat melakukan proses respirasi. Pembebasan
gas oksigen semsa proses fotosintesis dapat dilihat apabila terdapat gelembong
gas dibebaskan.
6. Kesimpulan :
Proses fotosintesis adalah melibatkan cahaya matahari untuk menukarkan karbon dioksida kepadaglukosa,oksigen dan bahan-bahan organik lain.Jadi, oksigen adalah dihasilkan semasa fotosintesis .
Rujukan
Abdullah, H. D. (2009). College Matriculation Biology Semester I & II. Shah Alam: IPTA Publications.Wai, M. C. (2007).
TOTAL PROSPM Biology Form 4&5.Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd.