AMALI 4TAJUK: Matahari terbitOBJEKTIF: Untuk mengkaji dan
melihat:1) Altitud dan azimut Matahari terbit selama 14
hari.HIPOTESIS: 1) Matahari terbit pada masa yang sama setiap
hari.2) Altitud dan alzimut Matahari terbit adalah berbeza setiap
hari.3) Azimut Matahari adalah semakin menurun.4) Semakin cepat
masa Matahari terbit, semakin kurang nilai azimut.
PENGENALAN: Laporan ini adalah mengenai kedudukan Matahari
terbit yang diperhatikan selama 2 minggu bermula 5 Februari 2014
sehingga 18 Februari 2014. Lokasi pemerhatian adalah di perumahan
di kawasan Taman Puteri ,Seremban. Data diambil sekitar jam 7.20 -
7.30 pagi iaitu mengikut masa Matahari terbit di kawasan Seremban.
Data masa bagi Matahari terbit diambil daripada laman web Jabatan
Metereologi bagi Negeri Sembilan. Bagi mengukur kedudukan Matahari
terbit, dua perkara yang perlu diukur iaitu azimut dan altitud.
Bagi mengukur altitud dan azimut, salah satu cara yang terbaik dan
paling mudah ialah dengan menggunakan tangan. Sebelum mengukur
azimut dan altitud, saiz tangan perlu dicari terlebih dahulu.
Caranya ialah berdiri dan meluruskan tangan kehadapan. Kemudian
buka jari selebarnya. Kemudian sebelah mata ditutup. Bahagian luar
ibu jari diletakkan sebaris dengan objek yang jauh. Kemudian lihat
dimanakah bahagian luar anak jari kelilingking kita berada, dan
gerakkan ibu jari ke kedudukan anak jari kelingking tadi. Ia
dianggap sebagai satu hand span. Teruskan langkah ini sambil
mengira bilangan hand span yang diperlukan bagi satu kitaran
lengkap 360o. Kemudian bilangan hand span akan dibahagikan kepada
360o. Dengan itu kita akan dapat saiz bagi tangan hand span
Contoh: Bilangan hand span yang diperlukan bagi satu kitaran
lengkap = 20Oleh itu satu hand span = 360o/ 20 = 18o bagi setiap
hand spanDengan mengetahui darjah bagi setiap hand span, kita dapat
mengukur azimut dan altutud bagi Matahari terbit setiap hari.
Kedua-dua sudut ini, dapat menggambarkan kedudukan yang jelas
sesuatu objek seperti Matahari pada masa dan tarikh yang
tertentu.RADAS: Kamera Nikon Coolpix 14.0 Megapixel, tangan,
laptop. PROSEDUR: 1) Tempat yang sesuai dipilih bagi memerhati dan
mengambil gambar landskap Matahari terbit selama 2 minggu.2)
Landskap yang diperhatikan akan di lakarkan.3) Pemerhatian akan
direkod dalam jadual.4) Data yang direkod dianalisis.5) Satu
laporan lengkap ditulis.
Keputusan :Tarikh: 5.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O23
Alzimuth: 106O02
Tarikh: 6.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O22
Alzimuth: 105O44
Tarikh: 7.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O23
Alzimuth: 105O25
Tarikh: 8.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O23
Alzimuth: 105O06
Tarikh: 9.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O23
Alzimuth: 104O47
Tarikh: 10.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.56pagi
Altitud: +00O24
Alzimuth: 104O28
Tarikh: 11.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.56pagi
Altitud: +00O25
Alzimuth: 104O08
Tarikh: 12.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.56pagi
Altitud: +00O26
Alzimuth: 103O49
Tarikh: 13.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O27
Alzimuth: 103O29
Tarikh: 14.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O29
Alzimuth: 103O08
Tarikh: 15.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.56pagi
Altitud: +00O31
Alzimuth: 102O48
Tarikh: 16.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.56pagi
Altitud: +00O33
Alzimuth: 102O07
Tarikh: 17.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.56pagi
Altitud: +00O34
Alzimuth: 102O07
Tarikh: 18.02.2014Gambar
Masa terbit: 07.57pagi
Altitud: +00O36
Alzimuth: 101O46
Keputusan 3 : Lakaran Matahari terbit sepanjang 2 minggu.
Tarikh: MATAHARI TERBITGambar: Lakaran:
5.02.201407 : 56
9.02.201407 : 56
10.02.201407 : 56
10.02.201407 : 57
11.02.201407 : 57
12.02.201407 : 56
13.02.201407 : 56
14.02.201407 : 56
15.02.201407 : 56
15.02.201407 : 56
16.02.201407 : 56
17.02.201407 : 56
18.02.201407 : 56
PERBINCANGAN: Kedudukan sesuatu objek seperti Matahari
ditakrifkan oleh dua koordinat iaitu azimut dan altitud. Kedua-dua
ini dikur dalam darjah. Azimut berasal dari perkataan Arab As-samt
yng bermaksud arah. Azimut merupakan sudut mendatar dan diukur
mengikut arah jam dari titik Utara. 0o darjah sepadan dengan utara,
dan meningkat mengikut arah jam iaitu 90 darjah timur, 180 darjah
selatan dan 270 darjah barat. Altitud merupakan ketinggian sesuatu
objek dilangit yang diukur dari ufuk objek. Darjah altitud 0o
bermakna objek tersebut berada betul-betul di ufuk tempatan
pemerhati dan 90o pula menunjukkan objek tersebut berada tegak.
Daripada graf altitud melawan hari, saya dapati, altitud Matahari
terbit juga, berbeza setiap hari. Namun perbezaan ini adalah tidak
terlalu besar. Altitud Matahari terbit berada berada diantara
+06o27 sehingga +06o48. Julat altitud Matahari terbit bagi 2 minggu
tersebut ialah 0o21. Puratanya altitud Matahari terbit selama 14
hari ialah +06o37.Daripada graf azimut melawan hari, saya dapati
koordinat darjah azimut bagi Matahari terbit adalah semakin menurun
daripada hari pertama hingga ke hari 14. Hari pertama bertarikh 5
februari 2015 darjah azimut ialah 106o. Diikuti, 105o44 pada hari
kedua, 105o25 pada hari ketiga, 105o06 hari keempat, 104o47 hari
kelima dan darjah azimut ini semakin berkurangan sehingga hari ke
14 iaitu 17 feb 2014 iaitu 102o07. Oleh itu, daripada gambar yang
dirakamkan, dapati Matahari terbit timbul kekiri sedikit daripada
hari sebelumnya. Julat bagi azimut Matahari terbit ialah 04o91.
Secara puratanya darjah azimut selama 14 hari ialah 99o43. Begitu
juga dengan masa Matahari terbit. Daripada awal permerhatian
sehinggalah ke hari ke 14, masa Matahari terbit semakin cepat. Masa
Matahari terbit sepanjang 14 hari adalah tidak tetap. Namun
perubahan masa terbit tidaklah terlalu banyak. Daripada data yang
diambil, bermula 5 februari 2014 sehingga 18 februari 2014, masa
Matahari terbit ialah pada jam 07.56 pagi. 10 feb 2014 sehingga 66
feb 2014, Matahari terbit pada jam 7.57pagi.. Disini boleh
disimpulkan bahawa, apabila Matahari terbit semakin cepat maka
azimut Matahari semakin kurang.
Azimut kedudukan Matahari terbit berubah sepanjang tahun adalah
disebabkan kecondongan paksi putaran Bumi dengan satah orbitnya.
Kecondongan paksi putaran Bumi ialah 23.5o dengan satah di masa
semua planet mengelilingi Matahari. Akibatnya, di beberapa tempat
di Bumi, kutub utara condong ke arah Matahari (Matahari utara
khatulistiwa) dan di tempat-tempat lain condong menjauhi Matahari
(Matahari selatan khatulistiwa). Jika Matahari berada di atas
khatulistiwa, maka ia akan terbit tepat di sebelah timur. Apabila
Matahari terletak di utara khatulistiwa, maka ia akan meningkat 1
azimut utara dari timur manakala jika Matahari terletak di selatan
khatulistiwa, maka azimut Matahari terbit akan meningkat 1 azimut
selatan dari timur. Memandangkan Bumi beredar mengelilingi
Matahari, maka Matahari akan kelihatan seperti dalam satu kitaran
iaitu daripada khatulistiwa ke utara khatulistiwa kemudia kembali
semula ke khatlistiwa dan kemudiannya ke selatan khatulistiwa dan
kemudiaannya kembali semua di garisan khatulistiwa. Maka, azimut
Matahari terbit akan berbah sedikit demi sedikit daripada timur ke
utara timur dan kembali ke timur dan ke selatan timur dan akan
kembali terbit semula ke arah timur. Disebabkan itu juga berlakunya
perubahan 4 musim di Bumi.Perubahan azimut adalah tidak seragam.
Jika orbit Bumi betul-betul berbentuk bulat maka perubahan azimut
pasti akan sinusaidal. Ia akan berubah dengan perlahan semasa
soltis dan pantas semasa ekuinok. Walaubagaimanapun, orbit Bumi
adalah bukan berbentk bulatan tetapi berbentuk elip dengan
perihelion berlaku berhampiran soltis musim sejuk pada januari.
Oleh itu,perubahan dalam kedudukan Matahari terbit tidak akan
menjadi sinusoidal tepat dan akan berubah sedikit cepat di sekitar
soltis musim sejk berbanding soltis musim panas. Tetapi kesan ini
sangatlah kecil.Koordinat tempatan adalah unik bagi setiap
pemerhati. Apabila, Bumi berputar di atas paksinya, objek seperti
Matahari akan berubah kedudukan di langit relatif kepada pemerhati.
Ini bermaksud azimut dan altitud sesuatu objek khususnya Matahari
sentiasa berubah-ubah. Ia bergantung kepada lokasi pemerhati di
atas muka Bumi, masa pada hari tertentu dan tarikh. Ringkasnya,
setiap hari kedudukan dan masa Matahari terbit adalah berbeza.
Perbezaan masa Matahari terbit adalah disebabkan pergerakan
Matahari di langit juga berubah sepanjang tahun walaupun di
Khatulistiwa. Ini kerana Bumi beredar mengelilingi Matahari. Oleh
itu, waktu Matahari terbit akan berubah beberapa minit ke depan dan
ke belakang. Matahari terbit boleh ditakrifkan sebagai masa apabila
pusat Matahari di ufuk semasa ia sedang bergerak di atas ufuk.
Secara ringkasnya Matahari mula kelihatan di ufuk timur. Cahaya
Matahari mengambil masa kira-kira 8 minit untuk sampai ke Bumi.
Warna kemerahan dan keorengan semasa Matahari terbit di langit
adalah disebabkan serakan cahaya Matahari oleh zarah habuk, jelaga,
aerosol pepejal dan aerosol cecair yang terdapat dalam atmosfera
Bumi. Sepanjang tahun, pergerakan Matahari di langit juga berubah
walaupun di khatulistiwa. Ini kerana Bumi beredar mengelilingi
Matahari. Oleh itu, waktu Matahari terbit akan berubah beberapa
minit ke depan dan ke belakang. Memandangkan Bumi berputar dengan
lengkap pada paksinya dalam masa 24 jam dengan kadar 1000 batu per
jam. Tempoh masa yang diambil olehBumi untuk melengkapkan putaran
dipanggil satu hari. Paksiadalah garisan imaginasi yang menembusi
bahagian tengah sesuatu objek, di mana objek itu berputar. Paksi
Bumi ialah garisan di antara kutub Utara dan kutub Selatan. Paksi
Bumi sedikit condong iaitu bersudut 23.5dari paksi menegak. Bumi
berputar pada paksinya dari arah barat ke timur. Di sekolah rendah
kita diajar bahawa Matahari terbit disebelah Timur. Namun
hakikatnya dalam setahun hanya 2 kali sahaja Matahari terbit
betul-betul di sebelah Timur. Selebihnya Matahari terbit di antara
timur laut dan tenggara. Di khatulistiwa, kedudukan Matahari terbit
setiap hari adalah tambah tolak 23o5 dari timur, manakala di
Minneapolis yang terletak 45oU garis lintang, kedudukan Matahari
terbit adalah tambah tolak 35o dari timur. Bagi kawasan artik pula
perubahannya di antara tambah tolak 90o jumlah yang maksimum. Kita
tidak boleh merasai putaran Bumi kerana Bumi adalah berkali ganda
lebih besar berbanding kita manusia. Putaran Bumi pada paksinya
menyebabkan kejadian siang dan malam, Matahari terbit di sebelah
timur dan terbenam di sebelah barat serta perubahan kedudukan dan
saiz bayang-bayang.Pada ketika Bumi berputar pada paksinya, ia juga
beredar mengelilingi Matahari. Bumi beredar mengelilingi Matahari
pada orbitnya. Orbit adalah laluan yang diikuti oleh planet atau
Bulan mengelilingi sesuatu jasad seperti Bumi mengorbit Matahari.
Bumi beredar mengelilingi Matahari dari barat ke timur. Sama
seperti lain-lain planet dalam sistem suria. Orbit Bumi berbentuk
elips atau bujur. Orbit Bumi adalah permukaan mendatar dua dimensi
yang dipanggil elips. Ia mengambil masa 365 hari untuk Bumi
melengkapkan peredarannya mengelilingi mathari. Tempoh masa untuk
Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari dikenali
sebagai satu tahun. Ini bermaksud, Bumi beredar mengelilingi
Matahari pada kadar kelajuan 67000 batu per jam. Mengikut
perkiraan, tahun lompat yang mana mempunyai 366 hari berlaku empat
tahun sekali. Ini adalah sebab mengapa dalam tahun lompat terdapat
29 hari dalam Bulan Februari. Kesan daripada peredaran Bumi pada
orbitnya mengelilingi Matahari dan putaran Bumi pada paksinya
mengakibatkan perubahan musim pada negara yang mengalami4
musim.Pada 21 Mac, sinaran Matahari akan memancar tepat ke arah
Khatulistiwa. Pada hari ini, waktu siang dan malam adalah sama
panjang di mana-mana kawasan sahaja dan musim bunga akan bermula di
hemisfera utara. Pada 21 Jun, Matahari akan berada tegak di Garisan
Sartan iaitu satu garisan khayalan sepanjang kira-kira sesuku
perjalanan dari Khatulistiwa ke Kutub Utara. Pada hari ini,
hemisfera utara mengalami waktu siang yang paling panjang dan pada
hari inilah bermulanya musim panas. Dan pada 21 September, Matahari
akan berada di garisan Khatulistiwa bermula dan musim luruh akan
bermula di hemisfera utara. Kira-kira 21 Disember, Matahri akan
berada tegak di atas Garisan Jadi kira-kira sesuku perjalanan dari
Khatulistiwa ke Kutub Selatan. Hemisfera utara mengalami waktu
siang yang paling pendek dan pada hari inilah bermulanya musim
sejuk. Di hemisfera selatan, musim-musimnya menjadi sebaliknya
KESIMPULAN:Kesimpulan daripada eksperimen ini ialah waktu
Matahari terbit adalah tidak tetap setiap hari tetapi akan berubah
beberapa minit ke depan dan ke belakang. Oleh itu hipotesis pertama
adalah ditolak. Azimut dan altitud matahari terbit adalah berbeza
setiap hari. Hipotesis kedua diterima. Masa matahari terbit adalah
semakin awal malah azimut semakin menurun. Altitud Matahari terbit
pula menaik dan menurun. Namun begitu, perbezaan azltitud adalah
tidak terlalu besar. Hipotesi ketiga dan keempat diterima.