i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL KOKURIKULUM MPUD2081 KOKURIKULUM PERSATUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
33
Embed
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA · 2018-11-22 · ARAS 1-3, BLOK 2250 ... 18 JAM MODUL 40% 7 JAM (KULIAH/ TUTORIAL/AMALI) 40% 7 JAM DALAM TALIAN 20% 4 JAM 1. ... JUMLAH 18 JAM 7 JAM
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
i
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL KOKURIKULUM
MPUD2081
KOKURIKULUM PERSATUAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang
ii
Kandungan iii Panduan Pelajar iv Pengenalan vi Agihan Tajuk dan Unit vii
UNIT 1 PENUBUHAN PERSATUAN STRUKTUR JAWATANKUASA
1
UNIT 2 JENIS-JENIS PERSATUAN / KELAB MENGENAL PASTI CIRI-CIRI AKTIVITI BERPERSATUAN
7
UNIT 3 PENGURUSAN PERSATUAN (PENGURUSAN KEWANGAN) 13 UNIT 4 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAN 14 UNIT 5 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN 15
UNIT 6 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN
17
Bibliografi 22 Panel 23 Simbol 24
KANDUNGAN MUKA SURAT
iv
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar
lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan
secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka
dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara
bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan
20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran
pelajar melalui modul pembelajaran.
PANDUAN PELAJAR
v
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut
kursus dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media
yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PENTAKSIRAN
Pentcapaian pelajar di dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus 100%.
vi
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pengurusan dan pelaksanaaan kokurikulum persatuan untuk diaplikasikan di sekolah. Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan definisi, konsep, identiti dan pengurusan sesuatu persatuan.
2. Menghasilkan kertas cadangan penubuhan persatuan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
JAM
KREDIT
ASAL
100%
18 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
18 JAM MODUL
40%
7 JAM
(KULIAH/
TUTORIAL/AMALI)
40%
7 JAM
DALAM
TALIAN
20%
4 JAM
1. Pengenalan, Definisi dan Kepentingan Persatuan
Definisi Persatuan (B)
Ciri-ciri Persatuan (B)
Konsep / Teori (B)
1 1
2. Pengurusan Persatuan
Pengurusan Mesyuarat (B)
Sistem Fail dan Surat menyurat (B)
Pengurusan Kewangan (DT)
Pengurusan Risiko (B)
6 4 2
3. Tatacara dan Kaedah Penubuhan Persatuan
Penubuhan Persatuan (M)
Struktur Jawatankuasa (M)
Jenis persatuan/kelab (M)
Mengenalpasti ciri-ciri berpersatuan (M)
Peraturan penubuhan persatuan (B)
9
1
3
viii
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
JAM
KREDIT
ASAL
100%
18 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
18 JAM MODUL
40%
7 JAM
(KULIAH/
TUTORIAL/AMALI)
40%
7 JAM
DALAM
TALIAN
20%
4 JAM
Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan (DT)
Kaedah penubuhan persatuan (M)
Langkah-langkah penubuhan persatuan (M)
Carta alir penubuhan persatuan (M)
Perlembagaan dan peraturan persatuan (Artikel 1hingga16) (B)
1
4
4. Identiti Persatuan
Prinsip-prinsip membentuk identiti persatuan (B)
Mereka cipta identiti persatuan seperti logo, moto dan lagu persatuan (DT)
2 1
1
JUMLAH 18 JAM 7 JAM 4 JAM 7 JAM
Nota: Bersemuka (B), Modul (M) dan Dalam Talian (DT)
1
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan persatuan.
ii Menjelaskan faktor yang mempengaruhi penubuhan persatuan.
iii Menghuraikan struktur jawatankuasa dalam sesuatu persatuan berserta spesifikasi
tugas setiap jawatankuasa.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai penubuhan persatuan
dan struktur jawatankuasa yang sesuai mengikut keperluan persatuan yang ditubuhkan.
KERANGKA TAJUK
1.1 Matlamat dan tujuan penubuhan persatuan
1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan persatuan
1.3 Senarai Jawatankuasa Induk
1.4 Spesifikasi Tugas Jawatankuasa
UNIT 1 Penubuhan Persatuan
Struktur Jawatankuasa
2
1.1 Matlamat dan tujuan penubuhan Persatuan
Inisiatif dan usaha menubuhkan persatuan yang dipimpin, diangotai dan
digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan hasrat menggiatkan lagi
pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.
Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah )
1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan Malaysia Perundangan (A):
P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau
Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan
persatuan sekolah dari kategori yang berikut:-
1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
1.1.2 Hobi dan rekreasi;
1.1.3 Sukan dan permainan;
1.1.4 Badan beruniform; atau
1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan
yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan
kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka
menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan
murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan
yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah
menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar
kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada
program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan
kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan
yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.
Matlamat utama kokurikulum Persatuan di sekolah ialah untuk melahirkan
murid-murid yang berkeyakinan tinggi; kreatif; yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan;
dan yang dapat menghayati nilai-nilai murni. Murid-murid yang mempunyai kesemua
sifat yang tersebut akan menjadi warganegara yang berguna dan produktif. Untuk
3
mencapai matlamat setiap aktiviti yang dirancang dan dikelolakan haruslah
mempunyai objektif khusus yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat
utama. Sehubungan itu, semua aktiviti persatuan yang dirancang mestilah
mempunyai arah tuju yang spesifik yang menuju kepada pencapaian matlamat pada
akhirnya.
Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:
a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan
b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dminati dan
digemari.
c. Berkongsi sumber dan peralatan.
d. Ada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke
peringkat yang lebih tinggi.
1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Penubuhan Persatuan
Penubuhan sesuatu persatuan perlu mengambil kira beberapa faktor. Antaranya adalah
seperti berikut:
1.2.1 Faedah yang diperolehi oleh murid
‘Sekolah-sekolah digalakkan menubuh persatuan atau kelab yang boleh
mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan atau kelab
yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan
yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta
keperluan tempatan.’
(Laporan JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979)
1.2.2 Perlu mengambil kira keperluan setempat
[ (Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”) ]
1.2.3 Kemudahan Infrasturktur
4
Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-
kerja amal untyk masayarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah;
gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan
sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
Setiap persatuan/kelab yang ditubuhkan perlu digerakkan oleh sekumpulan
jawatankuasa pengurusan induk yang dilantik oleh ahli-ahli persatuan. Pelantikan
jawatankuasa ini dibuat semasa berlangsungnya mesyuarat agung tahunan ataupun
mesyuarat agung dwitahunan. Senarai jawatankuasa induk terdiri daripada :
1.2.1 Pengerusi
1.2.2 Naib Pengerusi
1.2.3 Setiausaha
1.2.4 Bendahari
1.2.5 Ahli Jawatankuasa
1.3 Spesifikasi tugas Jawatankuasa
1.3.1 Pengerusi
o Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan.
o Melaksanakan keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa
kecil.
o Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
o Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputusan diambil tindakan sewajarnya.
o Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.
o Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.
1.3.2 Naib Pengerusi
o Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
5
diberi dan boleh membuat keputusan jika perlu.
o Memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
o Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.
o Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
1.3.3 Setiausaha
o Menguruskan hal-hal surat menyurat dengan ahlipersatuan, pentadbir sekolah
dan badan luar.
o Menjemput dan mengedar surat panggilan semua jenis mesyuarat.
o Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan.
o Menyimpan pendaftaran keahlian.
o Mencatat kehadiran ahli.
o Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
o Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus persatuan.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
1.3.4 Bendahari
o Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
o Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
o Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
o Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa
o Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
o Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
1.3.5 Ahli Jawatankuasa
o Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
6
o Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
o Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa
ke semasa.
1. Huraikan faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada penubuhan sesuatu persatuan. 2. Bincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Pengerusi untuk mengaktifkan sesebuah persatuan demi manfaat semua ahli.
TUGASAN
7
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Mengenal pasti jenis-jenis persatuan / kelab yang boleh ditubuhkan di sekolah.
ii Menghuraikan ciri-ciri aktiviti berpersatuan.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai jenis-jenis persatuan dan
mengenalpasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan.
KERANGKA TAJUK
1.1 Jenis-jenis Persatuan / Kelab
1.2 Ciri-ciri aktiviti berpersatuan
1.1 Jenis-jenis Persatuan / Kelab
Persatuan yang dikendalikan di sekolah boleh dipecahkan kepada dua kategori utama seperti
berikut:
1.1.1 Persatuan Akademik
a. Persatuan Agama Islam b. Persatuan Bahasa
c. Persatuan Drama dan Kesusasteraan d. Persatuan Ekonomi Rumahtangga e. Persatuan Geografi / Sejarah f. Persatuan Kebudayaan g. Persatuan Kemahiran Hidup h. Persatuan Perdagangan i. Persatuan Persuratan & Bahas j. Persatuan Sains & Matematik k. Persatuan Sains Kemasyarakatan l. Persatuan Tingkatan Enam dan lain-lain.
UNIT 2 Jenis-jenis Persatuan / Kelab
Mengenalpasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan
8
1.1.2 Kelab Hobi dan Rekreasi
a. Kelab Alat Pandang Dengar b. Kelab Astronomi c. Kelab Bina Badan d. Kelab Binaan / Bangunan e. Kelab Elektronik f. Kelab Equestrian g. Kelab Kebajikan h. Kelab Keceriaan Sekolah i. Kelab Kembara j. Kelab Koir Sekolah k. Kelab Komputer l. Kelab Koperasi m.Kelab Memancing n. Kelab Menaip o. Kelab Motor Mekanik p. Kelab Muzik dan Seni Suara q. Kelab Pelancongan r. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya s. Kelab Pencinta Alam t. Kelab Pengguna u. Kelab Permainan Tradisional v. Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber w. Kelab Rekreasi x. Kelab Seni Foto y. Kelab Seni Tampak/Halus z. Kelab Seni Tari aa. Kelab Pandu Arah bb. Kelab Wayang Gambar. cc. Kelab Pencegahan Jenayah dd. Kelab Rukun Negara ee. Kelab Pelancongan dan lain-lain.
1.2 Ciri-ciri aktiviti berpersatuan
1.2.1 Pemilihan aktiviti
Aktiviti kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Pemilihan aktiviti yang
dibuat haruslah selari dengan keperluan memenuhi fungsi-fungsi tersebut secara
umumnya. Antara fungsi-fungsinya ialah:
a. Pengukuhan dan Pengayaan
Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat
diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat
memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam bidang
tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih
bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga dapat memberi pengalaman
yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah.
9
Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya
selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh
membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi
pengukuhan dan pengayaan:
Kuiz:
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid
menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Bahas dan Pidato:
Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid
menggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan
hujah dengan menggunakan fakta.
Projek Membuat Kincir Air:
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid
menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi,
di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.
b. Khidmat Masyarakat
Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada
masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan
dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat:
Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber
bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang
diperolehi kepada masyarakat. Terdapat banyak aktiviti khidmat masyarakat yang
dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong royong,
membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu
kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.
Sumbangan Masyarakat Kepada Sekolah
Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu sekolah
dalam bentuk material , tenaga, usaha , buah fikiran dan kepakaran.
Antaranya ialah :
10
a. Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu bagi
melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti peralatan sukan, pakaian,
komputer dan lain-lain;
b. Memberi ceramah, tunjuk ajar tentang perkara-perkara seperti dalam bidang
kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran tertentu, seperti menganyam,
membuat tembikar, menjahit, menekat, silat, mengukir, membuat alat-alat permainan
tradisi dan sebagainya;
c. Memberi bantuan kepada murid;
d. Mengadakan projek anak angkat;
e. Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaan khusus untuk murid-murid
daripada pelbagai kaum;
f. Membantu sekolah dalam pengelolaan sukan, bergotong-royong,
membersih dan mengindahkan sekolah.
c. Hobi dan Rekreasi
Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperolehi
pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan
berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental.
Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh
aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga,
menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/
1.1.9 Surat pelantikan Penasihat Perstauan daripada Guru Besar
1.1.10 Mengoperasikan persatuan.
19
1.2 Carta Alir Penubuhan Kelab dan Persatuan di Sekolah
GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA
T
TT
TL
L
1. Mula 2. Tubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja 3. Adakan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja 4. Sediakan surat permohonan penibihan dan kemukakan kepada Guru Besar berserta semua dokumen sokongan 5. Terima surat permohonan dan pertimbangkan 6A. Sediakan surat Kelulusan penubuhan dan kembalikan kepada pemohon. 6B. Sediakan surat Pelantikan Guru Penasihat dan kemukakan kepada guru berkenaan. 7A. Terima dan kaji surat kelulusan 7B. Terima surat pelantikan dan pertimbangkan. 8A. Adakan Mesyuarat Agung Penubuhan. 8B. Sediakan Surat Penerimaan Lantikan dan kemukakan kepada Guru Besar.
2
3
4
5
6A
1
6B
7A
8A
1
8B
1
7B
20
GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA
TL
L TL : Tidak Lengkap L : Lengkap
TL
L TL : Tidak lulus L : Lulus
9A. Sediakan dokumen-dokumen penubuhan 9B. Terima Surat Penerimaan Lantikan dari guru. 10A. Sediakan Surat Permohonan Pengesahan penubuhan dan Pendaftaran Persatuan/ Kelab dan kemukakan kepada Guru Penasihat. 10B. Dokumetasikan surat penerimaan perlantikan daripada guru 11. Terima dan semak Surat Permohonan Pengesahan Penubuhan dan pendaftaran Persatuan/Kelab 12. Panjangkan surat permohonan kepada Guru Besar. 13. Terima surat permohonan dan pertimbangkan permohonan. 14. Sedia Surat Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan/Kelab dan kemukakan kepada Guru Penasihat. 15. Terima surat, semak dan kaji.
1
9B
10B
13
14
1
10A
12
15
1
9A
11
21
1. Anda dikehendaki menyediakan satu dokumen penubuhan persatuan.
GURU/MURID GURU PENASIHAT GURU BESAR NOTA
16. Minitkan tindakan-tindakan susulan berasakan Surat Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan atau Kelab daripada Guru Besar dan kemukakan bersama-sama surat berkaitan kepada Setiausaha Persatua/Kelab. 17. Terima Surat Pengesahan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan 18. Adakan Mesyuarat Jawatankuasa untuk memulakan kegiatan, program atau aktivit persatuan/kelab. 19. Dokumentasikan semua keputusan, tindakan, dan maklumat penubuhan persatuan/kelab.
1
16
17
18
19
TUGASAN
22
BIBLIOGRAFI
Amir Hamzah Aman.( 2014). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Puchong: Multimedia Sdn Bhd. Zafir Mohd Makhbul. (2014). Pengurusan Organisasi Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Cengage Learning.
Shaharudin Ahmad, Khaidzir Hj Ismail. (2013). Mengurus Persatuan Proses Dan Kemahiran.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Fazli Yusof, Amrizal Anuar. (2005). Resepi Kejayaan Untuk Setiausaha Persatuan. Kuala Lumpur: PTS. Litera Utama. Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Garis Panduan Penulisan Program Akademik. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Buku Panduan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlan Abdul Wahab(2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah. Banter Sdn Bhd
23
PANEL PENGGUBAL
MPUD2081 KOKURIKULUM PERSATUAN
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Nazri bin Bedin
Sarjana Pendidikan sains Sukan, UPSI Sarjanan Muda Pendidikan Sains Sukan, UPSI
2 Mariani binti Ali
Sarjana Pengurusan Pendidikan, UPSI Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian), USM
3
Noryati bt Ismail
Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling Bacelor Pendidikan Bimbingan Kaunseling Sijil Perguruan Asas Bahasa Inggeris
24
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
25
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.