TEKNOLOGI DALAM PTV
ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN ICT
DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
• DEFINISI TEKNOLOGI
- aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian
PENGENALAN
• MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
- menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dalam
pengajaran dan pembelajaran
Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran.
Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
MANFAAT PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan.
meningkatkan motivasi murid.
membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning).
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi.
• Penerimaan ICT oleh warga pendidik
- masih terdapat golongan warga pendidik yang
belum bersedia menerima perubahan.
- guru perlu dilatih dan dibekalkan dengan kemahiran
ICT supaya dapat melakukan inovasi dalam P&P
CABARAN DAN MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
• Pembangunan Kurikulum
- Kurangnya bahan P&P yang efektif
- Moduk dan kandungan bahan yang ada kurang menarik,
informatif dan statik
- Isu logistik dan maklumat tidak terkini
- Tiada ‘knowledge repository’ menyebabkan kandungan
pendidikan tidak terkumpul dan bertindan.
- Kos pembangunan perisian yang tinggi.
- Ketidakselarasan maklumat antara bahagian KPM menyebabkan kekeliruan perangkaan pendidikan
- Sistem pentakisaran berasaskan ICT perlu ditambahbaikan.
- Tiada pangkalan data bersepadu bagi perkongsian maklumat
• Penyediaan prasarana ICT dalam pendidikan.
- Kos yang terlibat dalam penyediaan prasarana ICT.
- Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar.
- Peralatan ICT yang mempunyai jangka hayat yang tidak panjang (EOL) dan usang masih digunakan.
- Bahan habis guna dan peralatan yang rosak tidak dapat diganti kerana isu peruntukan.
- Tiada yang kompetensi dalam pengurusan pengeoperasian peralatan ICT di sekolah.
- Sistem rangkaian (LAN) dan jalur lebar tidak meluas di semua sekolah dan tidak menepati piawaian,
menyukarkan capaian kepada internet.
- Rangkaian jalur lebar yang tidak stabil dan tidak pada kelajuan minimum piawai.
- Kos penyeleggaraan bagi alatan ICT yang rosak.
- Tiada penyediaan pangkalan data dan maklumat berpusat dan pengurusan maklumat.
• Nilai dan etika dalam penggunaan ICT
- Menghayati etika siber
- Menghargai hak harta intelek
- Meningkatkan profesionalisme
- Menghindari penyalah gunaan maklumat
- Menghindarkan diri dari melayari laman web berunsur negatif dan bertentangan dengan nilai
moral dan agama.
• Keselamatan ICT
- Terdapat pelbagai ancaman dan serangan siber yang
dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab
yang dikenali sebagai penggodam.
- Ancaman terdiri daripada beberapa jenis:
. Virus komputer
. Phishing
. Penipuan internet
. Malware
. Cyberstalking
• Proses perlaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
• Tonggak utama penyampaian Dasar ICT dalam Pendidikan ialah modal insan, sumber pembelajaran digital, infrastruktur dan belanjawan. Keempat-empat tonggak utama dasar ini perlu menampakkan hasil nyata iaitu keputusan yang boleh diukur yang menyumbang kepada penigkatan pencapaian murid serta matlamat lain pada peringkat kebangsaan
KESIMPULAN