Pendahuluan
Isu Dan Cabaran Pendidikan SemasaPendidikan adalah merupakan
kepentingan kepada negara dan mempunyai peranan yang sangat penting
untuk memupuk integrasi antara kaum dan dalam usaha pembangunan
negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras dengan hasrat
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem
pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategik agar
boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap
kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani
cabaran-cabaran abad ke-21.Perubahan-perubahan yang hebat dan
pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah
cabaran besar yang akan dihadapai oleh rakyat Malaysia. Walaupun
tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran
itu sudah wujud dan dibincangkan tetapi perkembangan semasa
dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang
baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut adalah seperti
melibatkan usaha untuk pembangunan rohani, akhlak, sosial, politik,
sains dan teknologi. Sistem pendidikan negara juga tidak terlepas
daripada cabaran semasa yang memerlukan tindakan secara holistic
agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara dangan
masyarakat di negara luar. Para pendidikan perlu sedar bahawa dalam
usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan
adalah bersifat futuristic, maka kta hendaklah mampu menyediakan
generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan supaya
berupaya menjadi masyarakat industeri, mampu bersaing dalam system
ekonomi yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi
dan sentiasa bertambah canggih, boleh menggunakan computer sebagai
keperluan urusan harian limpahan maklumat segajat. Kita perlu
melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global
dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini.Perkembangan semasa dari aspek
globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya masyarakat, gejala
sosial yang kian membara dan kemajuan teknologi seharusnya berjaya
ditangani dan menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang
berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan
memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai bangsa
Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah
wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi
alaf baru, iaitu pada abad ke-21.
1. Integrasi Nasional
1.1 Definisi Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas
(1993), integrasi nasional bermaksud Satu proses atau pun matlamat
di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama
selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama,
perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar
belakang, sejarah dan nilai.
1.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional Malaysia terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina
dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada
perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan
agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk
menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. kejadian tragedi 13
May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang
integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah
menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi
nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi
antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang
harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru,
Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan.
Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman
Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara
tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan
Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2005).
1.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional Dalam proses
mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita,
kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:
1.3.1 Perbezaan dalam agama dan budaya.Setiap kumpulan etnik
mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula
mempunayai adat resam, bahasa kesenian, budaya dan system nilai
yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami serta
sering kali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini
menguatkan perasaan buruk sangkayang menghalang pergaulan baik
antara pelbagai kaum.
1.3.2 Dasar penjajah British.Penjajah British mengamalkan dasar
pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi
kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja
menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang
tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap
prasangka negative yang kukuh antara rakyat tempatan yang berlainan
etnik.
1.3.3 Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang
berlainanLaporan Razak yang diadakan pada tahun 1956 telah menyebut
bahawa tidak wujud satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu.
Pada masa itu, setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum
yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berkiblatkan ke
negara nenek moyang mereka, justeru tidak terdapat bahasa
penghantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang
pergualan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan
persefahaman dan perhubungan sesame rakyat di samping mewujudkan
keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa memperdulikan
pembentukan warganegara yang beridentitikan satu negara. 1.3.4
Amalan ekonomi yang berlainanSetiap etnik menjalankan aktiviti
ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan
ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang
berlainan jenis dan rasa serta mengakibatkan perpaduan negara
terancam.
1.3.5 Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnikKewujudan
persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasar bangsa, kaum dan
etnik tertentu telah memperkuat identiti sesuatu kumpulan dan
menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya
memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja.
Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan
pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak
keistimewaan sehingga memburukkan masalah perpaduan.Melalui
pendidikan, pembinaan nagara bangsa bermatlamat untuk melahirkan
murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang
teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah
masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur,
berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Dalam PIPP,
Teras Membina Negara Bangsa memberi fokus ke pada empat perkara
utama iaitu: Memperkasa Bahasa Kebangsaan Memantapkan Perpaduan dan
Integrasi Nasional Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan
budaya bangsa. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan
Islam Hadhari.
1.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua
kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal
insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi,
intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh
Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang
bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk
menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang
dimaksudkan adalah seperti berikut: Pelaksanaan sistem pendidikan
kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di
semua sekolah. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk
semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.
Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral
dan seni dalam semua mata pelajaran. Memperkenalkan mata pelajaran
sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah
pada tahun 2003. Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.
1.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Tiga
jenis sekolah, iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) yang terlibat
dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah: i. Meningkatkan
penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah
berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas. ii. Menambahkan interaksi,
persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada
tiga jenis sekolah iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga
jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.
Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada
aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi
aspek-aspek yang disenaraikan di bawah: Modul Aktiviti untuk
kecemerlangan akademik Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan
Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum Modul Aktiviti untuk perkhidmatan
sosial Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik
1.4.2 Konsep 1 Malaysia Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah
salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana
Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan
yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak
dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia
adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi
memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang
tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan
dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea
"Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi
destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing
kita ke arah destinasi itu. Terdapat lapan nilai murni yang
diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang,
ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,
pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,
pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam
pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara
ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan
mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara
ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu
taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah
untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza.
Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara
demokratik di mana semua orang di negara ini layak diberi peluang
untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan
memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa
depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di
negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam
mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai
wawasan 2020.
1.5 Pendemokrasian Pendidikan Definisi Pendemokrasian pendidikan
merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana
melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar,
melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan
ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan
kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan
pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka
prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di
peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966)
pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk
semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan
pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan
menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
1.5.1 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan Pelbagai
cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan
pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa
pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa
mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan
ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai
hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti
di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah
luar bandar juga
1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan Banyak
langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk
memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang
pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama,
kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang
upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan
pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat
pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan
adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah
dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK
Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah
agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM)
adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari
kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang
kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat
pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian,
kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program
seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan
Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada
golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam
sistem pendidikan dan sentiasa sihat. perlu diajar oleh guru-guru
terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk mencapai
akademik yang cemerlang
1.5.3 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan Guru
memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian
pendidikan dengan memastikan peluang yang sama diberikan kepada
semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosio-ekonomi,
latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat
memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai
kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guru-guru perlu
adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan
pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.
1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO Pengenalan Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi
Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa
keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan
menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan
kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh
UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar
untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk
menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama. 1.6.1 Belajar
Untuk Mengetahui Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat
yang penting dalam proses pembelajaran. Ia adalah satu alat
kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami
kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi
kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas
yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga
mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan
interaksi yang mana akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan
dalam hidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan proses
pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran
mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang
menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk
mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru
yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan
kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan
yang baru.
1.6.2 Belajar Untuk Melakukan Belajar untuk melakukan bermaksud
pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang
penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan
mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi
seseorang akan digilap dalam proses pembelajaran sehingga seseorang
dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada masa
hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk mencipta
inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya.
Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan
kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam
menentukan belajar untuk melakukan berhasil. Peranan pendidikan
dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif
individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang
berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah
dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai
dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.
1.6.3 Belajar Untuk Menjadi Apa Belajar Untuk Menjadi Apa
menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan
seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi
dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang
membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan
menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang
terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan
mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah
diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa
semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat
pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi
untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara
hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk
memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan
sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk
memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang
bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan
melalui kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran berasaskan projek.
1.6.4 Belajar Untuk Hidup Bersama Belajar untuk hidup bersama
adalah satu lagi tonggak penting arena tiada siapa yang boleh hidup
bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu
tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi
pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip
demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya,
toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin
hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang
supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar
untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara
yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di
dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan
individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang
sama.
1.6.5 Cabaran kepada guru Dalam proses mencapai matlamat empat
tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam UNESCO,
sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka
perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang
kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan
orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal
lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan
jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan
agama.
1.6.6 Cara guru menangani cabaran Guru-guru perlu menekankan
kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi
mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di
samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara
holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan
individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.1.7
Globalisasi dalam Pendidikan Definisi Globalisasi merujuk kepada
proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk
beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah
hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi
secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time
Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi
serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu
melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan
pengangkutan. Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua
orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar
belakang untukbersaing secara adil dalam mana-mana bidang.
Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam
banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana
pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh
persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di
seluruh dunia.
1.7.1 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan Impak
globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa
antarabangsa. Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di
mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan
cawangan mereka di sini. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan
universiti telah ditubuhkan. Penekanan dalam penilaian dan
penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Internet sebagai sumber maklumat dan
komunikasi. Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah
cara. Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja
pentadbiran. Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran
buruh global. Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian
tinggi. Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang
pembelajaran yang disediakan. Perkongsian pengetahuan terutamanya
penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.
Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila
setiap orang diberi peluang pendidikan. 1.7.2 Cara-cara Menangani
Globalisasi dalam Pendidikan Kesan globalisasi kepada pendidikan
telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia
kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh
dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut: Keperluan
untuk mengamalkan pembelajaran berterusan Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi Pentadbiran pendidikan Pembangunan identiti
pelajar Kualiti Guru Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras
dengan peluang globalisasi Guru-guru tidak bersedia dengan
perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses
pengajaran Peningkatan dalam beban kerja Sikap guru dalam
pengajaran di zaman global Perubahan yang pesat dalam pendidikan
akibat globalisasi Pengaruh negatif kepada identiti pelajar Budaya
sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global
1.7.3 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan Sekolah
dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar
yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu
mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran
yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam
perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar
dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk
bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa
Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di
peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global,
pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang
yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa
kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran
kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks
dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana
pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta
menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi
ini.
1.8 Kepelbagaian Budaya Definisi Malaysia adalah merupakan
sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, ataupun
masyarakat majmuk, yang terdiri daripada bangsa utama iaitu bangsa
Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada
kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat
kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang
meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada
kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum.
Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk
kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang
memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1)
Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat
secara universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan
konflik setiap etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara
bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka).
1.8.1 Isu Pendidikan Semasa Fenomena kepelbagaian budaya dalam
situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi
kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada
Pelajar : Positif Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya
Membentuk interaksi sosial yang baik Memperkembangkan bakat
Negatif Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan Masalah
komunikasi dan bahasa Sukar mewujudkan persefahaman Wujud perasaan
rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri
1.8.2 Cabaran Kepada Guru Dalam hal ini, guru mesti memiliki
rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan
upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang
dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh
menjadi role model kepada para murid di sekolah. Antara cabaran
kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah
ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak
diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah
bagaimana : i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum. ii.
menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dancara
hidup). iii. menghargai keunikan budaya. iv. mempunyai kemahuan
untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama. v. bersekutu
memajukan bangsa. 1.8.3 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya Jika
membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting
mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman
integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan
negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000)
dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional
sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan
persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara
kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara
kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan
wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa
Malaysia.Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
mengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut : Guru
hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan Guru
hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan
sifat mereka yang berlainan. Memberi pendedahan murid-murid
terhadap kepelbagaian sosio budaya Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid
Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid Guru hendaklah
mengadakan suasana demokratik dalam kelas
1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Definisi Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah
banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam
bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran
dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi
guru. Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik
pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya
cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
1.9.1 Isu Pendidikan Semasa Andaian umum yang menyatakan bahawa
sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah,
pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik
adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau
kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh manakah guru masa
kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?
Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada
pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti
perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan.
Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan,
para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan
progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang terkini.
1.9.2 Cabaran Kepada Guru Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru
dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang
meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan
sikap.
Kemahiran Teknologi Maklumat Guru Sejajar dengan hasrat kerajaan
untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen
perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat
dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah
daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu,
langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi
maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya
dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk
memikul cabaran ini.
Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru Pengetahuan serta sikap
terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan
komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer,
tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan
teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus
teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti
kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan
masa untuk diri dan keluarga.
Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk
kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif
terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain.
Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya
perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi
maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim
& Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007).
Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon
selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih
kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.
Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat Perisian penyampaian
teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat
membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas
lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten
sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer,
berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian
pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan
statistik, pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti
bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan
untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan
teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran
ini.
Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru Pengetahuan serta sikap
terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan
komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer,
tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan
teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus
teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti
kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan
masa untuk diri dan keluarga.
Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang
merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif
terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain.
Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya
perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi
maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim
& Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007).
Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon
selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih
kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah. Perisian Penyampaian
Teknologi Maklumat Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah
dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam
pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al.
(2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai
kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan
perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan
elektronik, perisian berkaitan statistik,1.9.3 Cara Menangani Isu
Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Usaha
Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman
di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika
Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan
guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu
ialah:
sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk
berubah. prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah
lengkap dan mencukupi. tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan
memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir. peruntukan wang
mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK. hubungan
interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.
1.10 Gejala Sosial Definisi Gejala sosial merupakan fenomena
modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan
belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri
krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri.
Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami
krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja
jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial.
Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber
tenaga manusia yang boleh merugikan negara dalam jangka masa
panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para
remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan
ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Gejala
sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif
di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada
kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong
remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang
sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam
pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya
ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek
perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan
juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula
menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca
keruntuhan akhlak di kalangan remaja.1.10.1 Isu Pendidikan Semasa
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya
semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam
kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan seks bebas,
kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan
dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar
penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini
semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran,
antaranya ialah: Faktor Ekologi Keluarga Faktor Ekologi Sekolah
Rakan Sebaya
Media massa/Internet Modenisasi. Gejala sosial bukanlah suatu
penyakit yang biasa, tetapi ia sudah menjadi kudis yang semakin
bernanah dalam masyarakat. Jika tidak ditangani dengan segera,
gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk diubati. Semua
pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial ini. Guru
khusunya memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa
depan anak-anak muda supaya menjadi remaja dan belia yang
menyumbang kepada kemajuan negara.
1.10.2 Cabaran Kepada Guru Sejauh manakah para guru bersedia
menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka?
Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan
gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap
pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan
bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar
mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk
membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka. Di
samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat
antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak
sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang
bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan.
Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah
untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang
amat tinggi daripada insan yang digelar guru.
1.10.3 Cara Menangani Isu Gejala Sosial
Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat
dirumuskan seperti berikut:Peranan Ibu Bapa mendidik dan mengasuh
anak-anak mereka dengan cara yang betul meluangkan lebih masa
bersama anak-anak mereka mengamalkan nilai-nilai agama
Peranan Guru merancang pengajaran dengan mengambil kira
perbezaan individu pelajar mempelbagaikan strategi dan aktiviti
dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menarik minat murid
mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan dengan
murid yang bermasalah memupuk nilai-nilai murni
Peranan Rakan Sebaya menjadi role model memberi motivasi
medengar dan memberi sokongan
Peranan Diri Sendiri mengubah sikap negatif yakin bahawa mereka
mampu melakukan perubahan dekatkan diri dengan Tuhan
Peranan Polis penguatkuasaan undang-undang
Sering berasa cemasMudah diserang penyakitKerap sakit perut
Sentiasa keletihanTidak hadir tanpa sebabSelalu mengantukPencapaian
akademik merosotDuduk dalam keadaan tidak selesaTANDA-TANDA GANGUAN
EMOSI MURID
1. Tanda-tanda ganguan emosi muridSebagai seorang guru yang
professional, kita harus bijak untuk mengesan gangguan emosi murid
melalui tingkah laku mereka dalam aspek yang di atas. Melalui
pemerhatian yang teliti, seseorang guru akan dapat melihat
ciri-ciri gangguan emosi yang terdapat kepada murid mereka.
Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi
yang dialami menimbulkan ganggauan pada dirinya. Gangguan Gangguan
emosi dalam kalangan murid berpunca daripada banyak faktor.
Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah
selalu mengantuk di dalam kelas yang boleh mewujudkan pelajaran
yang di ajar tidak boleh difahami kerana mengantuk. Guru yang
berhadapan dengan muridnya pada setiap hari seharusnya dapat
mengenal pasti tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid
mereka. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi
murid supaya emosi setabil. Jelaslah bahawa sangat penting untuk
mengawal emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah yang kondusif. Memang tidak
dinafikan bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan masa menuntutnya
di bangku sekolah. Jadi, suasana bilik memainkan peranan terpenting
dalam memupuk dan mengawal emosi murid selain daripada suasana
keluarga di rumah.
Sebab dan akibat gangguan emosi muridPergaduhan adik
beradikFaktor guru Faktor persekitaran Masalah kewanganPerceraian
ibu bapa Faktor sekolahFaktor kekeluargaan Faktor rakan sebaya
2. Akibat gangguan emosi muridPeristiwa dalam kehidupan seperti
yang dinyatakan di atas akan memberi kesan ke atas masalah emosi
seseorang murid. Yang demikian itu akan menyebabkan emosi murid
tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas
fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid
akan berasa susah hati, murung sedih marah tidak tentu arah, resah
dan gelisah.Pengaruh keluarga juga memberi kesan kepada emosi
murid. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,
bercerai dan sebagainya akan membawa keadaan gangguan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Bagi murid yang gagal
mengawal emosi, boleh menyebabkan demam, selesma, sakit kepala dan
sebagainya. Keluarga yang mengambil berat tanggungjawab terhadap
kanak-kanak akan dapat memenuhi keperluan mereka dan akan dapat
meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut.
Tangani masalahBerbincang dengan ibu bapa penjagaProses
tindakan
Memberi perhatian dan penghargaanMerujuk kepada kaunselor
sekolahMotivasi untuk meningkatkan keyakinan diriMengenalpasti
punca gangguan emosi
3. Proses tindakan untuk menangani masalahGangguan emosi dalam
kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan oleh guru dan ibu
bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya
prihatin dan sensitif dengan perubahan diri murid yang mengalami
gangguan emosi. Seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk membantu murid bagi mengatasi gangguan emosi
tersebut.Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:
Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk
mengenalpasti punca gangguan emosi Memberi perhatian dan
penghargaan yang sesuai kepadanya Memberi motivasi, dorongan dan
sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep
kendiri Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah Berbincang
dengan ibu bapa atau penjaga Kepimpinan guru dan pentadbir yang
demokratik Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat
memenuhi kehendak dan keperluan murid Mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif
Mempelbagaikan proses pengajaran & pembelajaran Pdp lebih
aktif serta mewujudkan suasana pembejaran yan menyeronokkanPelajar
tidak mudah berasa jemu dan bosan Proses pdp dijalankan dengan
lebih mudah, ringkas dan padatMeningkatkan kecekapan &
keberkesanan hasil pembelajaranPdP menjadi lebih menarik dan
berkesanPenggunaan teknologi pendidikan sesuai untuk keberkesanan
pdp
4. Penggunaan teknologi pendidikan yang sesuai dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Penggunaan alat ICT
sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih menarik dan berkesan. Proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan
padat. Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan. Proses pengajaran
dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan. Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Membolehkan guru dan
pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih
cepat serta efisen.
KesimpulanPara pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara
menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah
bersifat futuristic, maka kta hendaklah mampu menyediakan generasi
muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan supaya berupaya
menjadi masyarakat industeri, mampu bersaing dalam system ekonomi
yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi dan
sentiasa bertambah canggih, boleh menggunakan computer sebagai
keperluan urusan harian limpahan maklumat segajat. Kita perlu
melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global
dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini.Perkembangan semasa dari aspek
globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya masyarakat, gejala
sosial yang kian membara dan kemajuan teknologi seharusnya berjaya
ditangani dan menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang
berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan
memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai bangsa
Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah
wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi
alaf baru, iaitu pada abad ke-21. Selain itu, kegunaan peta ithink
untuk mengalakkan murid di dalam kelas juga merupakan penentuan
terhadap keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap
murid. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibu
bapa menaruhkan kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang guru di
sekolah apabila anak mereka hadir ke sekolah maka murid itu akan
dapat apa yang memeka pelajari. Jadi, para guru harus memainkan
peranan penting bagi memastikan ibu bapa dan masyarakat tidak
memandang serong kepada kerjaya guru. Guru perlu sentiasa
mengamalkan ciri-ciri profesion keguruan yang baik seperti etika,
akauntabiliti, integriti dan sebagainya lagi ketika proses PdP agar
guru sentiasa dipandang mulia.Secara dasarnya, kepimpinan merupakan
tenaga yang penting disebalik kejayaan sesebuah organisasi dan
organisasi tersebut tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan
yang berkesan.RefleksiBersyukur ke hadrat Ilahi, kerana di atas
limpah dan kurnia-Nya sebuah kerja kursus berasaskan ilmu Isu dan
Cabaran Pendidikan Semasa (EDU 3093) dapat juga dilaksanakan dengan
jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing
dan rakan kuliah yang banyak membantu dan memberi pandangan yang
bernas dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.Dengan
terlaksananya tugasan ini, terdapat banyak faedah dan manfaat yang
telah saya perolehi. Antaranya ialah, hubungan silaturahim dengan
rakan-rakan sekelas menjadi lebih akrab dan rapat selain dapat
memberi dan meluahkan pendapat masing-masing. Jika kami tidak tahu
atau memahami tentang sesuatu perkara, kami akan bertanya dan
berbincang sesama kami. Hal ini kerana, kami semua sentiasa
berkongsi maklumat dan sesuatu informasi yang sedia ada atau pun
yang baru. Tugasan ini juga banyak membantu saya untuk mengetahui
isu-isu dan cabaran pendidikan masa kini. Hal ini kerana, saya cuba
memahami cabaran-cabaran yang perlu diketahui oleh seorang pendidik
untuk persiapan pembelajaran abad ke-21 yang ingin direalisasikan
kepada anak didik kita. Justeru itu tugasan ini memberikan saya
idea untuk berkolaborasi dalam usaha mencari isi agar kami dapat
menghasilkan yang terbaik untuk tugasan ini.Dalam masa saya ingin
menyiapkan tugasan ini banyak masalah-masalah yang dihadapi
memandangkan tugasan yang perlu dipikul di Pejabat Pendidikan
Daerah tidak boleh diabaikan kerana tugasan pejabat saya perlu
menjaga semua sekolah di bawah daerah saya memandangkan
persekolahan di awal hingga tengah tahun tugasan yang begitu banyak
untuk dijalankan mengikut takwin yang telah dirancang. Selain dari
itu tanggungjawab saya sebagai pelajar PPG wajib menyiapakan
tugasan yang diberikan untuk dihantar mengikut tarikh yang
ditetapkan. Untuk menempuh permasalahan di semester 8 ini iaitu
semester akhir kunci yang perlu dipegang ialah kesungguhan dan
kesabaran walaupun tugasan di pejabat begitu padat namun saya perlu
menagihkan mengikut kesesuaian masa untuk menyiapkan tugasan ini.
Contohnya saya tidak boleh menyiapkan tugasan ini di pejabat kerana
ia akan melanggari etika kerja namun apa yang saya lakukan ialah
menyiapkan sedikit demi sedikit di waktu malam sebelum tidur dan
bangun awal sebelum subuh untuk menyambung tugasan ini walaupun
mata sangat mengantuk dan badan yang sangat letih. Sebenarnya
itulah kesungguhan dan kesabaran yang perlu saya amalkan untuk
menyiapkan tugasan ini termasuk juga menyiapkan tugasan-tugasan
yang lain. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak
pengetahuan tentang cara-cara bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu
yang dihadapi apabila sesuatu masalah yang berlaku. Contohnya dalam
tugasan ini saya perlu menyediakan peta ithink untuk kegunaannya
bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau menghuraikan sesuatu fakta.
Ini adalah satu ilmu yang baru serta sangat berguna yang boleh
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap anak didik
kita. Ini juga akan menambah ilmu kita sedikit demi sedikit melalui
tugasan yang dijalankan. Kefahaman yang mendalam hasil pemerhatian,
pengkajian dan pengamalan sesuatu topik itu kita sendiri yang
mencari, membaca dan mengolah isi-isi barulah ianya akan lebih
berkesan untuk diguna pakai dalam mengharungi pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21. Untuk mengatasi masalah ini kita sebagi
pendidiklah yang boleh merubah dan mencorak anak didik kita pada
masa hadapan.Selain itu, saya juga dapat menjadikan tugasan ini
sebagai salah satu medium untuk mengutip dan memperoleh banyak
pengalaman yang amat berharga dalam hidup saya yang mungkin sukar
untuk diperoleh di tempat lain. Saya juga amat berharap agar segala
maklumat yang diperolehi dapat menjadi tunjang kepada diri saya
dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa kini. Akhir
sekali, saya juga berharap agar tugasan yang saya lakukan ini
bertepatan dengan kehendak soalan dan yang paling penting sekali,
saya dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan dapat
dijadikan sebagai panduan ketika menjalankan tugas sebagai seorang
pendidik ataupun pegawai pendidikan.Alhamdulillah akhirnya tugasan
ini dapat disiapkan dengan termampu bagi saya yang daif ini.
Sekalung terima kasih kepada pensyarah Pn. Zahara yang banyak
membimbing di dalam wasap walaupun tidak dapat berjumpa secara
hadapan namun sudah cukup untuk saya dapat berkongsi idea untuk
menyiapkan tugasan ini. Kesimpulan yang dapat saya katakan di sini
ialah semakin mendalam ilmu yang dicari maka semakin banyak ilmu
yang kita belum perolehi. Ia banyak mengajar tentang kepentingan
ilmu yang sangat dikehendaki oleh setiap insan. Diharap pengalaman
ini dapat dijadikan panduan dan terus gigih berusaha. Semoga ianya
menjadi titik tolak untuk terus berusaha serta memantapkan ilmu
keguruan.
Rujukan 1. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad subki miskon
(2013). Guru dan cabaran semasa. Kampus Ilmu Khas : penerbitan
Multimedia sdn. Bhd.
2. Mohd Salleh Lebar (1994) Asas Psikologi Perkembangan. Kuala
Lumpur:Publications and Distributors Sdn. Bhd.
3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
5. Haji Zainal Abidin Safarwan (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Borang Rekod Kolaborasi Kerja KursusNama Pelajar: Mohd
Hafilzuddin Bin ZainiNo. Matrik: 12773Kumpulan: PPG Ambilan Jun
2011Semester: 8Mata Pelajaran: EDU 3193 Guru Dan Cabaran
SemasaPensyarah Pembimbing: Pn. Zahara bt. ZulkiflyTARIKHPERKARA
YANG DIBINCANGKANCATATANT/TANGAN
7.2.15Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah
mata pelajaran Pn. Zahara.
Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 6 Mac 2015.(Pn.
Zahara)
7.2.15Memahami kehendak soalan tugasan. Memmikirkan isu budaya
yang sesuai dengan tajuk. Membuat jadual kerja...(Ahmad Sabli b.
Shaari)..(Padli b. Ismail )
8.2.15Mencari maklumat dari bahan bacaan, internet dan
perbincangan.
Nota bahan bacaan. Catatan bibliografi.
..(Ahmad Sabli b. Shaari)...(Mohd Shah b. Mustapha)
27.2.15Menyiapkan peringkat terakhir kerja kursus. Perbincangan
dengan rakan kuliah dan Pensyarah melalui wasap..(Ahmad Sabli b.
Shaari)(Mohd Maaruf b. Mohd Mindar)
5.3.15Menyiapkan dan mencetak tugasan. Menyemak bahan-bahan
tertinggal.
PENGENALAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya dapat dibahagikankepada dua jenisiaitubudaya bersifat
kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan .Budaya
kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan
makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit
Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat
dan undang-undang(ShamsulAmriBaharuddin,2007:14).
Masyarakatyangyakinkepadabudayanyaakanmenunjukkan rasa hormat
dan patuh kepadaamalandanlaranganyang terdapat dalam budaya
tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut
bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan
kekuatan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah budaya.Nak tau
lebih lanjut tentang budaya....jgn segan2... mai laklik
siniDEFINISI KEPELBAGAIAN BUDAYA
Menurutkamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat
102,kepelbagaian ialahperihal
berbagai-bagaijenis.Kepelbagaianmerangkumibanyakbendasamaadaabstrak
atau konkrit yangboleh diperoleh di sesuatu tempat ataukawasan yang
sama.Budayapula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya
dapat
berinteraksidanmenyesuaikandiridenganmasyarakatdanalamsekitar.Perkataan
budaya
berasaldaripadacantumanperkataanSanskritdanMelayu,iaitubudhidandayaPerkataanbudhiyangdipinjamdaripada
bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.Perkataan daya
pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh(Shamsul Amri
baharuddin,2007:13).MengikutKamusDewan(2005)edisikeempat
mukasurat212menyatakanbudaya membawa maksud tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran dan akal budi.Budaya merupakan antara faktor yang
melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan
diatas kejayaan dan kekuatan tamadun yangdibangunkan.Sebagai
contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling
berpengaruh danmemainkan perananpenting dalam pembangunan ekonomi
negara Malaysia. Fakta iniadalahhakikat
yangtelahmembawakepadakejayaankaum Cinasejakdari awalpenghijrahan
mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19(Sheela
Abraham,1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya
bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat
di dalam ekonomi dan politik negara ini.
MohdTaibOsman(1988)memperkatakan budaya sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak
biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling
Budayamerupakankeseluruhankompleksyangmengandungiilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian,moral,
undang-undang,adatdansebarangbentukkebiasaan(E.B. Taylor)
L.A.Whitememperlihatkanbahawa budaya merupakansatu organisasi
fenomena tindakan (pola tingkahlaku), objek (alat),idea, sentimen
(nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol.(Syed Ismail Bin
SyedMustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5)pula
menyatakanMalaysiamerupakansebuahnegarayangmempunyaipelbagaikaumyang
mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan
tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti
Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan
sosial.
CIRI-CIRI BUDAYA
1)Boleh dipelajari 2)Boleh dikongsi 3)Bersifatsejagat
4)Bolehdiwarisi 5)Sentiasaberubah 6)Simbolik 7)Pandangan
semesta
Budayaialahpencorakyangmembentukimejluarandandalaman
sesuatumasyarakat.Budaya mempunyai duaperanan iaitu yang pertama
membinaimejnegara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti
dan yang kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental(ShamsulAmri Baharuddin,2007:14).Negara yang
mempunyaikepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas
daripada perselisihan perkauman
yangmencetuskankonflikantarakaumyangmengakibatkanperistiwaberdarahdan
pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun,
peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan
negara Malaysia yang baru. KerajaanMalaysia telahmenggandakan usaha
merekabagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan
peristiwa 13Mei 1969tidak akan berulang. Sekiranya
peristiwaberdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah
pelbagai pandangan dan pendapanegatif dari luar yang menggambarkan
tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniaan dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.Denganitu,wajarlah budaya
Malaysia dikekalkan kerana budaya inimelambangkan identiti danimej
negaradi mata dunia.
Masih tak faham....cuba baca lagi katsini
ASPEK PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
1) KepercayaanAkuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang
yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai
oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.Kepercayaan dalam
konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang
berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional
attitude).Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian
daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai
akidah ataupun iman.
2) AgamaAgama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan,
atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga
amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.Agama
dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun
begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu
sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai
aspek ketuhanan.Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam
agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi
dalam agama Hindu.Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan
melalui fenomena seperti yang berikut:1. Perlakuan seperti
sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. 2. Sikap seperti
sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan
anggapan suci dan bersih terhadap agama.3. Pernyataan seperti
jampi, mantera dan kalimat suci.4. Benda-benda material yang zahir
seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal
3) AnimismeKepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk
halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang
mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba
kala.Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi
ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar),
mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut
tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan
roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini
juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh,
datuk, tuan, dan penunggu.
4) Semangat PadiKepercayaan semangat padi ini merupakan satu
kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan
bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya.Kepercayaan
ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi
secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu
sahaja.Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman
akidah Islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini,
kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya
diamalkan oleh golongan tua sahaja.
5) ManteraMentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra"
atau "manir" yang merujuk kata- kata dalam kitab suci penganut
Hindu, Veda.Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali
sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang
berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi
menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan
penuturnya.Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa
yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam
semulajadi.
6) BahasaBahasa adalah satu set simbol-simbol dan
aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna
ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole 1998).Life is
lived as a series of conversations Tannen 1990.Bahasa bersifat
dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran
masa
7) Adat ResamAndersen and Taylor 2004; Norms are the specific
cultural expectations for how to behave in a given situation.Marsh
and Keating 1996; Norms are the unwritten rules that influence
peoples behaviour.Resam membongkokkan badan apabila lalu di hadapan
orang tua sebagai tanda hormat.
8) Nilai / KepercayaanNilai dan kepercayaan saling
berkaitanKepercayaan memberi hala tuju manusia tentang
kehidupan.Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah
yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. (tanggapan)
sepertibetul atau salah, cantik atau hodoh, baik atau burukNilai
dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat
tersebut.Etnosentrik:menilai budaya masyarakat lain berpandukan
nilai, kepercayaan dan norma sendiri.Relativisme:sesuatu budaya
tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai,
kepercayaan dan norma sendiri.Xenosentrisme:anggapan bahawa budaya
masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.9)
JantinaThe term gender describes masculinity and femininity-the
thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male
or female (Butler & Manning, 1998).Walaupun ada persamaan
antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana guru
harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang
bersesuaian dengan jantina.Guru bertanggungjawab menjelaskan
tentang kepercayaan mengenai lelaki dan perempuan yang begitu
stereotaip.
ASPEK KEBUDAYAAN DALAM MATA PELAJARAN DI SEKOLAH
Tak berapa nampak i-think ni.....dekat sini ada dijelaskan dlm
bentuk jadual...m/s 6 tau.. jom la tengokkat sini...
EMPAT PERANAN GURU YANG UTAMA
PERANAN GURU DALAM KELAS KEPELBAGAIAN BUDAYA
LANGKAH-LANGKAH MENYATUPADUKAN RAKYAT MELALUI MATA PELAJARAN
IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIAL BUDAYA
Implikasi berlaku dari segi;GuruMuridSekolahKurikulum
Tersembunyi
1)Guru
PengajaranPembimbingan murid
bermasalahPentadbiran/pengurusanFasilitator
PerancanganPengelolaanInavatorPenilaianPembentuk nilaiModelDuta
Implikasinya:
Bangsa - mengajar tidak membezakan bangsa.Kelas sosial - tidak
mengajar mengikut kepentingan kelas sosial. Nilai - membantu murid
memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang
baik.Kepercayaan - tidak menyentuh sensitif agama.Bahasa - jurang
bahasa dialek Jantina - layanan berbeza & peka kepada keperluan
gender.Ketepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi
murid.Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.Bertindak
profesional dalam kerjaya.Sentiasa meningkatkan diri dalam
profesion perguruan.Sentiasa menjadi guru terkini/up to date.
2) Murid
Menghormati dan taat pada guru.Kerjasama dengan rakan &
kakitangan sekolah.Berdisiplin, bermoral & beragama.Menyokong
cita-cita sekolah.Rajin & berusaha dalam kelas.Berpakaian kemas
& bersih.Melaporkan kepada ibu bapa perkara
mustahak.Perantaraan agen sosial sekolah.Bersedia terlibat dalam
semua aktiviti sekolah.
Implikasinya: Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau
bersama kelompok lainKelas sosial- golongan atasan dan
bawahan.Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.Bahasa- bahasa
standard/dialek. Jantina- seksualiti & interaksi antara
jantina.Demografi atau lokasi murid (bandar/luar
bandar/pedalaman).Sikap/tingkah laku murid.Nilai yang
dipegang/diamalkan.Latar belakang keluarga/SES
3)Sekolah
Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk
pemikiran, intelektual, tingkah laku & sikap murid bagi
melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.
Budaya Formal SekolahAspek ilmuAspek fizikalAspek sosialAspek
pentadbiran
Implikasinya;Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India.Kelas
sosial- sekolah bandar dan luar bandar.Kepercayaaan- sekolah
agama.Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.Jantina-
sekolah lelaki dan sekolah perempuanSekolah agen perubahan.Sekolah
tempat penyuburan budaya.PerpaduanDasar-dasar kerajaan.Jenis
Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas &
agama.
4) Kurikulum Tersirat
James (1986) apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di
luar kurikulum nyata.Chafel (1997) norma, nilai & kepercayaan
yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak
langsung.
Ciri-ciri Kurikulum TersiratMerangkumi pengalaman belajar.
Bersifat relatif & sukar diukur.Merangkumi nilai.Kewujudannya
berbeza-beza.Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau
penilaian,Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap
pembelajaran dan matlamat.
Implikasinya;Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat.Kelas
sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.Kepercayaaan-
menekankan nilai keagamaan.Bahasa- menghormati bahasa rasmi,
ibunda, dialek & bahasa orang lain.
54