1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mentafsirkan perkataan global sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Manakala, globalisasi pula bermaksud suatu fenomena yang menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat. 1 Dasawarsa ini, dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi telah banyak memberi kesan kepada makhluk yang digelar manusia yang dicipta oleh Tuhan. Zaman sekarang yang digelar sebagai zaman globalisasi telah menyebabkan tidak wujudnya sempadan antara negara-negara dunia. Kini, kebejatan moral antara manusia telah menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun. Manusia pada masa ini semakin tidak berperikemanusiaan disebabkan oleh ketamakan yang lahir dalam diri mereka. Disebabkan oleh ketamakan mereka inilah, saudara-saudara mereka yang lain yang tidak berdosa turut menjadi mangsa korban. 1 Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mentafsirkan
perkataan global sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya. Manakala, globalisasi pula bermaksud suatu fenomena yang
menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.1
Dasawarsa ini, dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan
teknologi telah banyak memberi kesan kepada makhluk yang digelar manusia
yang dicipta oleh Tuhan. Zaman sekarang yang digelar sebagai zaman
globalisasi telah menyebabkan tidak wujudnya sempadan antara negara-negara
dunia. Kini, kebejatan moral antara manusia telah menyebabkan keruntuhan
sesebuah tamadun. Manusia pada masa ini semakin tidak berperikemanusiaan
disebabkan oleh ketamakan yang lahir dalam diri mereka. Disebabkan oleh
ketamakan mereka inilah, saudara-saudara mereka yang lain yang tidak berdosa
turut menjadi mangsa korban.
Sebagai contoh, isu peperangan yang berlaku pada masa sekarang
bukan lagi suatu isu yang baharu kepada penduduk dunia. Nama negara-negara
yang terlibat dalam peperangan seperti Palestin, Israel, Mesir, dan Syria adalah
tidak asing lagi sehingga ke hari ini, malah ianya menjadi lebih teruk dan kritikal
dari hari ke hari dan jumlah mangsa yang tidak berdosa yang terkorban juga
meningkat saban hari.
1 Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1
Walaupun wujud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
dianggap sebagai satu pertubuhan yang boleh membela nasib dan hak serta
kedaulatan sesebuah negara dunia, tetapi nampaknya peranan pertubuhan
tersebut adalah tidak berkesan kerana sesetengah negara masih
bermaharajarela pada masa ini. Sebagai contoh, apabila kuasa-kuasa Veto
dunia bersuara dan bertindak kejam, PBB juga tidak mampu untuk menyekat
kemaraan kuasa-kuasa tersebut. Oleh itu, esei ini akan membincang tentang
konflik dunia yang berlaku pada masa sekarang iaitu konflik Israel-Palestin serta
kesannya terhadap semua negara termasuk Malaysia dan kesan isu tersebut
terhadap pendidikan negara Malaysia.
2
2.0 LATAR BELAKANG ISU ISRAEL-PALESTIN
Peta 1: Peta Kawasan Palestin
Palestin terletak di bahagian barat benua Asia yang membentang antara
garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang
meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bahagian tenggara
dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut
sebagai negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri daripada Lubnan,
Syria dan Jordan.
Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain
kerana merupakan sebahagian daripada tempat tinggal manusia pertama,
tempat diturunkan semua agama samawi, tempat dimana peradaban kuno
muncul, menjadi jambatan aktiviti kormesial, dan tempat penyusupan ekspedisi
3
ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang
dinikmati Palestin memungkinkannya untuk menjadi faktor penghubung antara
pelbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah.
Manakala Israel merupakan sebuah negara di Asia barat yang terletak di
pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Palestin di
sebelah timur dan barat daya, Lebanon di utara, Syria serta Jordan di Timur, dan
Mesir di barat daya. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang
pada ketika itu diduduki oleh orang Arab dan mengamalkan demokrasi
berpalimen merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini
mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan
mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan
Manusia PBB pada tahun 2005.
Gambar 1: Bendera Israel
4
Konflik Israel-Palestin kini bukanlah suatu peristiwa yang hanya berlaku
selama beberapa bulan mahupun beberapa tahun, ianya merupakan suatu
pertikaian yang telah berlangsung selama lebih daripada 60 tahun antara orang
Israel dan orang Arab Palestin yang tidak selesai sehingga ke hari ini. Secara
umumnya konflik yang berlaku ini merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial dan
juga melibatkan isu agama yang ternyata memberi kesan yang berterusan
terhadap negara Palestin dan negara-negara lain. Konflik yang berlaku antara
dua pihak ini tidak pernah surut dari rundingan dan seolah-olah rundingan yang
dilakukan sebelum ini tidak membawa kesan yang positif atau menemui jalan
penyelesaian.
Pada tahun 1914 sehingga 1920, setelah tamat Perang Dunia Pertama,
orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat
di kawasan Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman.2 Oleh itu,
Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong
penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasannya, mereka
menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan
British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain menjanjikan bahawa
orang Arab akan diberikan kemerdekaan sekiranya mereka bangun menentang
orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu,
Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa
orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian