KERTAS KERJA MALAYSIAN STREET FOOD TOUR FIESTA SINERGI INTELEK KOLEJ TUN SYED NASIR TARIKH 3 MEI 2014 TEMPAT PADANG BOLA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA TEMA ‘Learn and Love’
16
Embed
KERTAS KERJA MALAYSIAN STREET FOOD TOUR FIESTA … · memasak yang berbeza daripada aktiviti harian mereka di dewan kuliah di samping membina keyakinan diri dalam menonjolkan bakat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
FIESTA SINERGI INTELEK
KOLEJ TUN SYED NASIR
TARIKH
3 MEI 2014
TEMPAT
PADANG BOLA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ TUN SYED NASIR,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
TEMA
‘Learn and Love’
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
KERTAS KERJA
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan
subprogram dalam Fiesta Sinergi Intelek (FSI) iaitu Malaysian Street Food Tour.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Subprogram di bawah FSI ini merupakan salah satu aktiviti mega yang dianjurkan
oleh Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir. Subprogram ini terbahagi
kepada dua aktiviti iaitu pertandingan masakan dan pembukaan gerai jualan.
Program tersebut terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya
pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat ke Malaysia, mahasiswa/i dari
Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia dan pelajar-pelajar
IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kepada orang awam di
sekitar Kuala Lumpur. Subprogram ini akan berkolaborasi dengan Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan juga Agensi Pelancongan yang
menguruskan lawatan pelancong-pelancong dari luar ke Malaysia. Idea program
ini terhasil daripada gabungan pelbagai idea mahasiswa/i Universiti Kebangsaan
Malaysia. Diharap program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
orang awam khususnya pelancong-pelancong dari luar Malaysia dan juga
masyarakat setempat. Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak diharap dapat
membantu dalam menjayakan program ini.
3.0 MISI
Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
iaitu kaum Melayu, Cina dan India kepada pelancong-pelancong yang melawat ke
Malaysia sempena ’Tahun Melawat Malaysia 2014’. Dalam pada itu, program ini
juga turut mengenengahkan masakan utama negeri-negeri yang terdapat di
Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai ’signiture dish’ yang unik
berdasarkan kepelbagaian penduduk, budaya serta geografi. Keunikan dan
keistimewaan makanan masyarakat pelbagai kaum dan negeri di Malaysia ini
mampu menjadi salah satu tarikan kepada pelancong-pelancong luar untuk
melawat negara ini.
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
4.0 MATLAMAT
4.1 Memperkenalkan beberapa jenis makanan masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri kepada pelancong-pelancong dari
luar Malaysia.
4.2 Mendedahkan kepada pelancong-pelancong dari luar Malaysia tentang cara
masakan makanan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
4.3 Menonjolkan budaya masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang kaya
dengan menu masakan yang pelbagai dan tersendiri.
4.4 Mendidik masyarakat setempat supaya menghargai keistimewaan menu
masakan masyarakat Malaysia yang berbeza mengikut kaum.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menerapkan minat dan rasa kagum pelancong-pelancong dari luar negara
bukan sahaja terhadap budaya masakan masyarakat Malaysia, tetapi juga
merangkumi masakan utama negeri-negeri di negara ini yang pelbagai dan
mempunyai identiti tersendiri.
5.2 Menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri tentang
kepentingan, menghargai kepelbagaian dan keunikan menu masakan yang negara
kita miliki.
5.3 Menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
memasak yang berbeza daripada aktiviti harian mereka di dewan kuliah di samping
membina keyakinan diri dalam menonjolkan bakat dan kemahiran.
5.4 Menggalakkan mahasiswa untuk lebih aktif dalam berorganisasi dengan
menyampaikan dan menerima pendapat sekali gus membentuk kemahiran
komunikasi yang berkesan dalam kalangan mereka.
6.0 TEMA
‘Learn and Love’
7.0 ANJURAN
Anjuran subprogram Malaysian Street Food Tour, Fiesta Sinergi Intelek, Kolej Tun
Syed Nasir (KTSN) sesi 2013/2014 di bawah seliaan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi
2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh/Hari : 3 Mei 2014 (Sabtu).
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
9.0 TEMPAT PROGRAM
Cadangan tempat program:
Padang Bola,
Taman Tasik Titiwangsa,
Jalan Temerloh,
53200 Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
10.0 PUBLISITI
Subprogram ini akan diiklankan dan dipromosikan melalui:
10.1 Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan instagram. (fanpage juri
jemputan, blog rasmi Agensi Perlancongan yang dijemput)
10.2 Banner, risalah dan bunting.
10.3 Mewarwarkan promosi di papan-papan kenyataan secara menyeluruh di
peringkat kolej, fakulti, dan pentadbiran UKM (Kampus Bangi, Kampus KL, dan
Kampus Perubatan, Cheras).
10.4 Mewarwarkan di laman sesawang UKM dan papan iklan digital di seluruh
kampus di UKM.
10.5 Menggunakan kemudahan media elektronik seperti pengiklanan di stesen
radio komersial dan media cetak seperti hebahan di akhbar tempatan.
10.6 Menghantar surat jemputan kepada pelajar-pelajar dari IPTA/IPTS sekitar
Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan masakan di bawah program
Malaysian Street Food Tour ini.
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian Penutup
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
1) Y. Brs. En. Rashidi Bin Hasbullah
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
(Bahagian industri pelancongan).
2) En. Zain Azrai Bin Rashid
Pengarah,
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.
3) Prof. Dr. Ruzita Bt. Abd. Talib
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
Universiti Kebangsaan Malaysia.
4) Dr. Mohd Sham Bin Othman
Timbalan Pengetua I,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Subprogram ini akan melibatkan kerjasama seramai 18 orang exco dan 18 orang
ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kaum, bertanggungjawab dalam
menjalankan aktiviti dalam program ini. Para peserta program ini disasarkan
kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur
dan juga orang awam di sekitar Kuala Lumpur iaitu dianggarkan seramai 150
orang. Pelancong-pelancong dari luar negara yang di bawah kelolaan Agensi
Perlancongan Malaysia pula dianggarkan seramai 40 orang. Selain itu, program ini
terbuka kepada pengunjung-pengunjung yang ingin mengambil tahu tentang
keunikan cara masakan masyarakat yang berbilang kaum dan dari pelbagai negeri
di Malaysia.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
MALAYSIAN STREET FOOD TOUR
3 MEI 2014
LEARN AND LOVE
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran D
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat