LAPORAN PERTANDINGAN MEMASAK BADAN BERUNIFORM TUNAS PUTERI Pada 24 September bersamaan hari Rabu, Badan Beruniform Tunas Puteri telah mengadakan Pertandingan Memasak.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar dalam bidang masakan di samping memupuk semangat setia kawan antara pelajar. Pertandingan ini telah disertai oleh kesemua pelajar dari Persatuan Badan Beruniform Tunas Puteri yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan diadili oleh juri yang hebat yang mempunyai citarasa tersendiri iaitu Puan A.Plomena. Hidangan yang disediakan turut dinilai daripada beberapa aspek seperti kerjasama antara ahli kumpulan, kreativiti dalam persembahan dan rasa. Bertempat di Padang SJK(T) Ladang Emerald, pertandingan telah berlangsung dari pukul 1.30 tengahari sehingga 3.00 petang. Kesemua pesert a telah menunjukkan bakat serta kebolehan untuk menyediakan serta menyajikan hidangan mengikut tema yang diberikan bagi kumpulan masing-masing. Pelbagai hidangan telah dipertandingan peserta-peserta pertandingan ini mendapat pujian dari dari juri. Setelah hidangan para peserta dinilai oleh jurinya, akhirnya keputusan telah diumumkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan pertandingan ini membawa banyak manfaat kepada pelajar dan dijadikan batu loncatan untuk mengasah bakat mereka dalam bidang masakan ke peringkat lebih tinggi di masa hadapan kelak. Setelah