Laporan Pertandingan Pidato Piala Diraja 2015 Laporan Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sandakan 2015. Program : Pertandingan Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sandakan 2015. Hari : Khamis Tarikh : 30 Julai l 2015 Tempat : SK Tinusa, Sandakan Pertandingan ini adalah yang pertama kali diadakan di daerah Sandakan. Dalam pertandingan ini, terdapat lima buah sekolah yang turut menyertai. Setiap sekolah diwajibkan menghantar seorang peserta. Dalam pertandingan ini, SK Tinusa Sandakan telah dipilih sebagai tuan rumah. Sekolah tersebut telah menyediakan tempat dan kemudahan yang baik dan selesa bagi menjayakan pertandingan ini. Pusingan pertama dimulakan pada pukul 9.00 a.m. tema telah dipilih lebih awal dan teks pidato juga telah disediakan. Selesai sahaja pusingan pertama, pusingan kedua iaitu Pusingan Spontan, dimulakan. Peserta dikuarantin di dalam sebuah bilik khas. Mereka menyampaikan pidato mengikut giliran dan tema yang mereka pilih secara spontan. Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjalan dengan lancar jayanya. Bersama-sama dengan laporan ini saya sertakan senarai nama peserta dan gambar sepanjang pertandingan ini berlangsung. Disediakan oleh,