TERHAD
BAB 1
PENGENALAN
AM
101.Ilmu Medan Perang (IMP) adalah segala kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang soldadu di medan
pertempuran. IMP berkait rapat dengan latihan senjata. Seseorang
soldadu yang telah menguasai pelajaran senjata dan mahir dengan IMP
boleh dikatakan telah menjadi seorang soldadu yang baik. Pelajaran
ini wajib diajar kepada semua soldadu supaya mereka boleh bertempur
dengan baik dan penuh semangat untuk mencapai kejayaan di dalam
sesuatu pertempuran ataupun operasi.
TUJUAN ILMU MEDAN PERANG
102.Tujuan IMP diajar kepada semua soldadu adalah seperti
berikut:
a.Bergerak dan melakukan ikhtiar hidup dengan pantas di medan
perang.
b.Memerhati dan mengelak diri dari diperhatikan.
c.Menggunakan tanah dan perlindungan.
d.Boleh mengagak jarak.
e.Boleh menunjuk sasaran, tahu lengkok tembakan dan Perintah
Kawalan Tembakan (PKT).
f.Tugas sentri.
g.Pergerakan menggunakan senjata dan peralatan dengan
senyap.
h.Sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang
keadaan.
i.Perapungan merentasi halangan sungai.
103.IMP meliputi keperluan-keperluan berikut:
a.Pakaian dan Peralatan Perseorangan.
b.Penyamaran dan Perlindungan.
c.Pemerhatian Awalan.
d.Isyarat Senyap Medan.
e.Pergerakan Perseorangan dan Berpasangan Dengan Senjata.
f.Melintas Halangan.
g.Mengagak Jarak.
h.Bantuan Mengagak Jarak.
i.Menunjuk Sasaran.
j.Mengenal Sasaran Melalui Bunyi.
k.Perintah Kawalan Tembakan (PKT).
l.Kad Jarak.
m.Simpulan Tali dan Ikat Mengikat.
n.Mendirikan Khemah Medan.
o.Perapungan Rekaan.
p.Pengenalan Kerja Waktu Malam.
q.Pergerakan Perseorangan Waktu Malam.
r.Mengesan dan Mengenal Bunyi Waktu Malam.
s.Tugas-Tugas Sentri.
t.Menghendap Musuh.
BAB 2
PAKAIAN DAN PERALATAN PERSEORANGAN
AM201.Sebelum melaksanakan sesuatu operasi ataupun latihan,
seseorang soldadu mestilah memastikan bahawa semua kelengkapan
persendirian mencukupi mengikut seperti mana yang ditetapkan. Ini
bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seseorang soldadu
untuk melaksanakan sesuatu operasi ataupun latihan.
202.Pakaian dan peralatan perseorangan ini boleh dibahagikan
kepada 5 bahagian iaitu:
a.Alat kelengkapan pada tubuh.
b.Alat kelengkapan di tali pinggang.
c.Alat kelengkapan di Pack Galas.
d.Peralatan ikhtiar hidup.
e.Peralatan melepaskan diri jika ditawan.
KELENGKAPAN PADA TUBUH
203.Alat kelengkapan pada tubuh yang lazim bagi seseorang askar
tempur adalah seperti berikut:
a.Topi Hutan. Topi Celoreng yang diperuntukkan oleh ATM.b.Baju
Celoreng. Lengan baju mestilah dilepaskan dan butang dikancing
dengan kemas.
c.Seluar Celoreng. Seluar mestilah tidak terlalu longgar atau
sempit dan selesa untuk bergerak. Kaki seluar mestilah dipasang
gutters.
d.Spike Boot. Spike boot yang diperuntukkan oleh ATM dan tali
kasut mestilah diikat dengan kemas supaya tidak terbuka.
e.Disc Pengenalan Diri. Tanda pengenalan yang mengandungi
butiran peribadi seperti nama, nombor tentera, agama dan kumpulan
darah.KELENGKAPAN DI TALI PINGGANG (WEBBING) 204.Peralatan berikut
mestilah dipasang pada tali pinggang:
a.Pouches kiri dan kanan.
b.Kelopak dan Peluru.
c.Parang tajam.
d.Patrol Pack dan rangsum kecemasan.
e.Alat pencuci dan minyak senjata.
f.Field Dressing.
g.Botol air.
205.Peralatan yang dinyatakan di atas mestilah dipasang dengan
kemas supaya tali pinggang boleh dipakai dengan keadaan yang
selesa.
PACK GALAS
206.Kelengkapan yang mesti dipastikan di dalam pack galas adalah
seperti berikut:
a.Rangsum dan alat memasak.
b.Pakaian Celoreng.
c.Hammock.
d.Pisau cukur.
e.Beg air.
f.Alat jahitan.
g.Tuala mandi.
h.Ubat air dan bedak kaki.
i.Ponco.
j.Berus gigi, ubat gigi dan sabun.k.Bateri lampu dan lampu
suluh.l.Entrenching Tool.
PERALATAN IKHTIAR HIDUP
207.Peralatan tambahan untuk ikhtiar hidup yang perlu
dipertimbangkan untuk dibawa semasa melaksanakan sesuatu operasi
adalah seperti berikut:
a.Pisau serba guna.
b.Alat menyalakan api.
c.Alat membuat pancing dan jerat.
d.Tali.
e.Garam.
f.Alat bantuan cahaya (cermin atau asap)
g.Kelengkapan pencuci senjata.
h.Peralatan-peralatan yang difikirkan perlu.
PERALATAN MELEPASKAN DIRI JIKA DITAWAN
208.Jika ditawan oleh musuh, peralatan berikut boleh digunakan
untuk melepaskan diri:
a.Peta dicetak di atas kain.
b.Kompas kecil.
c.Pisau kecil.
d.Dawai lembut/kepingan besi keras.
e.Tali sepanjang tali kasut.
209.Peralatan ini boleh diselitkan/disembunyikan di dalam
lipatan atau jahitan seluar/baju.
BAB 3
PENYAMARAN DAN PERLINDUNGANAM301.Penyamaran dan Perlindungan
adalah salah satu aspek yang amat penting dalam melaksanakan
sesuatu operasi. Oleh itu, semua soldadu perlu dilatih supaya bijak
dan mahir menyamarkan diri dan peralatan.
PENYAMARAN
302.Penyamaran boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
a.Sumber Semulajadi. Contohnya daun, tanah, arang dan
sebagainya.b.Sumber Buatan Manusia. Contohnya krim penyamaran,
jaring penyamaran dan sebagainya.303.Perkara-perkara yang perlu
disamarkan adalah seperti berikut:
a.Penyamaran pada tubuh.
b.Penyamaran pada peralatan.
304.Cara-cara penyamaran:a.Tubuh. Bahagian yang terdedah dan
bercahaya perlu disamarkan dengan krim atau arang mengikut keadaan
sekeliling. Pakaian yang dipakai juga mestilah bersesuaian dengan
keadaan sekeliling.
b.Peralatan. Peralatan mestilah disamarkan dengan daun-daun atau
jaring penyamaran yang dicipta mengikut keadaan sekeliling.
PERLINDUNGAN
305.Perlindungan boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a.Perlindungan yang kukuh dan kalis tembakan.
b.Perlindungan yang tidak kukuh dan tidak kalis tembakan.
306.Perlindungan boleh diperolehi sama ada daripada sumber
semulajadi ataupun sumber buatan manusia.307.Penyamaran dan
perlindungan yang baik boleh diperolehi dengan cara:
a.Samarkan diri dengan tumbuhan, pastikan dapat melihat keadaan
sekeliling dari tempat perlindungan.
b.Jika terpaksa memerhati dari kedudukan perlindungan, elakkan
bayang-bayang dapat dilihat oleh musuh.
c.Elakkan mengambil perlindungan yang berlatarbelakangkan
persekitaran yang cerah/terang.
d.Menggunakan perlindungan dan penyamaran yang sama dengan
persekitaran.
e.Menggunakan perlindungan yang dilindungi oleh bayang-bayang
pokok.
f.Menggunakan perlindungan yang tidak dapat dikesan semasa
bergerak.
g.Mengelak daripada mengambil perlindungan yang ganjil.
h.Bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati supaya keselamatan
lebih terjamin.
BAB 4
PEMERHATIAN AWALAN
AM401.Pemerhatian Awalan bertujuan menentukan keadaan muka bumi
dan tumbuhan yang penting di kawasan tanggungjawab. Pemerhatian
yang teliti memerlukan penumpuan penglihatan yang baik. Keselamatan
akan terancam jika pemerhatian tidak dilakukan dengan teliti.
PERKARA-PERKARA TERSEMBUNYI YANG DAPAT DIKESAN402.Sebab
perkara-perkara yang tersembunyi dapat dikesan adalah seperti
berikut:
a.Pergerakan.
b.Bentuk yang berlainan.
c.Penyamaran yang kurang dan tidak sesuai.
d.Habuk, debu ataupun asap.
e.Benda-benda yang bercahaya.
f.Bunyi.
403.Terdapat beberapa faktor yang membolehkan kita membuat
penglihatan iaitu:
a.Bentuk. Sesuatu yang membayangkan bentuk.
b.Bayang. Bayang yang terhasil akibat cahaya matahari.
c.Bayangan. Keganjilan dari keadaan sekeliling.
d.Permukaan. Kaki langit dan permukaan air.
e.Jarak. Jarak penglihatan atau jarak dari sesuatu benda.
f.Gerak-geri. Gerak-geri yang dibuat dengan tiba-tiba.
CARA-CARA PEMERHATIAN
404.Cara-cara pemerhatian yang boleh digunakan untuk memerhati
benda-benda di atas muka bumi adalah seperti berikut:
a.Membahagikan permukaan bumi kepada petak-petak kecil.
b.Memerhati dari satu petak ke satu petak.
c.Pandang dari kiri ke kanan berbentuk Z.
d.Penglihatan mestilah dibuat dengan teliti.
e.Cari benda-benda yang berlainan.
f.Fikir dan buat perbezaan apakah benda itu.
BAB 5
ISYARAT SENYAP MEDAN
AM501.Isyarat Senyap Medan yang diterangkan di bawah ini adalah
untuk kegunaan semua soldadu ATM. Tujuan utama untuk mengelakkan
daripada membuat bising semasa menjalankan operasi. Semua Isyarat
Senyap Medan hendaklah diberi dengan menggunakan tangan.
CARA-CARA ISYARAT SENYAP MEDAN
502.Cara-cara Isyarat Senyap Medan adalah seperti berikut:
a.Isyarat disampaikan dengan tangan.
b.Senjata sedia ditangan.
c.Isyarat yang diberi mestilah disampaikan melalui seorang demi
seorang.
d.Pastikan isyarat yang diberi jelas dan dapat diperhatikan.
e.Pastikan isyarat itu difahami oleh semua.
ISYARAT-ISYARAT SENYAP MEDAN
503.Isyarat Senyap Medan yang biasa digunakan adalah seperti
berikut:
a.Tangan Genggam, Ibu Jari Ke Atas. Bagi Kumpulan Tinjau
bermakna jejak telah disahkan atau semuanya baik (okay sign).
b.Tangan Genggam, Ibu Jari Ke Bawah. Kehadiran musuh telah
dipastikan.
c.Tangan Terbuka Dan Dibengkokkan, Menunjukkan Ke Atas, Ibu Jari
Disebelah Luar. Menunjukkan jerangkap samar.
d.Tangan Lurus, Kedua-Dua Jari Telunjuk Dan Jari Tengah
Disilangkan. Menunjukkan terdapat halangan dihadapan.
e.Tangan Terbuka, Jari Lurus Dan Rapat, Menunjukkan Ke Bawah,
Tapak Tangan Menghala Ke Dalam. Bermakna betulkan kedudukan.
f.Tangan Genggam Paras Bahu. Bermakna, Kumpulan Senjata Bantuan
yang dikehendaki.
g.Kedudukan Tangan Dihayunkan Dari Belakang Ke Hadapan. Bermakna
Mara.
h.Tangan Genggam, Dua Jari Dilekapkan Di Lengan. Bermakna Ketua
Seksyen dikehendaki ke hadapan.
i.Tangan Genggam, Jari Telunjuk Diluruskan Paras Bahu. Bermakna
Kumpulan Tinjau dikehendaki.
j.Tangan Genggam, Tiga Jari Diluruskan Dilekapkan Ke Lengan.
Bermakna Platun Sarjan dikehendaki.
k.Tangan Genggam Dua Jari Diluruskan Dan Diletakkan Di Atas
Bahu. Bermakna pegawai dikehendaki.
l.Tapak Tangan Dirapatkan Di Telinga. Bermakna berhenti untuk
mendengar.
m.Tangan Genggam, Diletakkan Berhampiran Telinga. Bermakna
berhenti untuk berhubung dengan alat radio.
n.Tangan Diluruskan, Diletakkan Diparas Hidung. Bermakna bersiap
untuk serang hendap.
o.Tangan Genggam, Dua Jari Berupa V Ke Mata. Bermakna Kumpulan
Penjejak dikehendaki.
p.Tangan Genggam, Jari Telunjuk Dilurus Ke Hidung. Bermakna
bersiap untuk serang hendap, anjing pengesan dikehendaki.
q.Tangan Berupa Teropong, Diletakkan Ke Mata. Bermakna Kumpulan
Tinjau akan menjalankan tugas.
r.Tangan Genggam, Dua Jari Diluruskan, Diletakkan Ke Bibir.
Bermakna berhenti untuk menghisap rokok (masa akan diberi melalui
isyarat jari tangan dibuka tutupkan).
s.Kelima-Lima Jari Dikuncupkan Dan Diletakkan Ke Mulut. Bermakna
berhenti untuk makan.
t.Tangan Ditepuk Di Atas Kepala, Semua Jari Dirapatkan. Bermakna
orang yang memberi isyarat berkehendakkan perlindungan. u.Tangan
Terbuka Dipusing-Pusingkan Mengikut Muka Jam Paras Pinggang.
Bermakna Pusing Belakang.
v.Lengan Diluruskan Daripada Bawah Paras Bahu Dan Dihayunkan Ke
Hadapan Dan Ke Belakang, Semua Jari Dikembangkan. Bermakna Deploy
(Mengambil Kedudukan). w.Tangan Genggam, Jari Telunjuk Dan Jari
Kelingking Diluruskan Menghala Ke Langit (Seperti Telinga Arnab) Di
Paras Bahu. Bermakna Grened.x.Tapak Tangan Dikenakan Pada Senjata
Dan Dinaikkan Perlahan-Lahan Buat Beberapa Kali. Bermakna Menjaga
Jarak. y.Kedua-Dua Belah Tangan Diluruskan Ke Belakang Berupa Huruf
V. Bermakna Formasi Anak Panah. z.Kedua-Dua Belah Tangan Diluruskan
Ke Paras Bahu. Bermakna Barisan Melintang.
504.Untuk mencapai keberkesanan penggunaan Isyarat Senyap Medan,
semua soldadu di dalam sesuatu kumpulan tersebut mestilah memahami
secara keseluruhan Isyarat Senyap Medan yang digunakan.
BAB 6
PERGERAKAN PERSEORANGAN DENGAN SENJATA
AM601.Pergerakan di medan pertempuran dilakukan dalam beberapa
cara untuk mengelakkan daripada tembakan dan pandangan musuh.
Cara-cara pergerakan ini digunakan mengikut kesesuaian keadaan
tanah dan perlindungan. Sungguh pun, pergerakan-pergerakan ini
dilihat mudah tetapi memerlukan latihan dan kepintaran.
CARA MENGAMBIL PERLINDUNGAN
602.Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan ketika
mengambil perlindungan ataupun persembunyian:
a.Sebelum bergerak pilih satu tempat perlindungan supaya apabila
bergerak tidak dapat dilihat musuh.
b.Semasa bergerak berhati-hati dan mengawasi kawasan serang
hendap kiri dan kanan.
c.Fikirkan cara pergerakan yang sesuai untuk bergerak ke
perlindungan.
d.Pistol grip sentiasa dipegang supaya mudah bertindak.
e.Gunakan kesempatan dari bunyi angin, hujan dan bunyi-bunyi
binatang supaya pergerakan tidak dapat dikesan.
JENIS-JENIS PERGERAKAN
603.Jenis-jenis pergerakan perseorangan dengan rifel adalah
seperti berikut:
a.Lari Kera. Pergerakan ini perlu menggunakan tangan dan lutut.
Sesuai digunakan di sebalik perlindungan yang tingginya lebih
kurang 2 kaki.
b.Merangkak Harimau Bintang. Pergerakan cara ini adalah
menggunakan siku dan lutut. Sesuai digunakan di sebalik
perlindungan yang rendah.
c.Mengguling/Berguling. Paling sesuai digunakan dari kawasan
yang tinggi ke kawasan yang rendah.
d.Berjalan/Jalan Hantu. Berjalan dengan keadaan siap sedia dan
sentiasa berwaspada.
604.Pergerakan berpasangan dengan Mesin Gun Ringan (MGR) boleh
dilakukan dengan cara berikut:
a.Merangkak Harimau Bintang Cara 1. Serupa dengan pergerakan
menggunakan rifel.
b.Merangkak Harimau Bintang Cara 2. Serupa dengan cara 1 tetapi
berpasangan.
c.Merangkak Sebelah Badan. Baring mengiring disebelah kiri atau
kanan.
d.Merangkak Dengan Lutut. Bergerak dengan menggunakan lutut.
BAB 7
MERENTAS HALANGAN
AM701.Semasa melaksanakan sesuatu operasi kita pasti akan
menemui halangan. Halangan-halangan ini biasanya dalam bentuk jalan
raya, parit besar, tanah paya, batang kayu besar dan seumpamanya.
Apabila merentas halangan kita perlulah berhati-hati kerana
biasanya halangan-halangan ini merupakan tempat yang sesuai untuk
musuh membuat serang hendap. Elakkan halangan seberapa yang boleh
dan sekiranya terpaksa juga merentasinya, maka haruslah dilakukan
dengan pantas dan selamat untuk mengurangkan kecederaan.
JENIS-JENIS HALANGAN
702.Jenis-jenis halangan yang biasa ditemui adalah seperti
berikut:
a.Dawai Concertina/Kawat Berduri.
b.Pintu Pagar Berduri.
c.Tembok.
d.Jalan Raya dan Lorong.
e.Parit dan Anak Sungai.
f.Kawasan Terbuka.
g.Pokok Mati Yang Besar.
CARA-CARA MERENTAS HALANGAN
703.Berikut merupakan cara-cara merentas halangan:
a.Kawat Berduri.
(1)Hantar Kumpulan Pelindung. (2)Potong kawat yang di bahagian
bawah.
(3)Merangkak di celah kawat berduri.(4)Merentas seorang demi
seorang.b.Pagar dan Pintu Pagar.
(1)Hantar Kumpulan Pelindung.
(2)Potong kawat yang di bahagian bawah.
(3)Merangkak di celah kawat berduri.
(4)Merentas seorang demi seorang.
c.Tembok.
(1)Hantar Kumpulan Pelindung.
(2)Panjat tembok, badan rapat dengan tembok.
(3)Jika tembok tinggi cara bantu-membantu perlu dilakukan.
d.Jalan Raya Dan Lorong.
(1)Hantar Kumpulan Pelindung.
(2)Gunakan selekoh jalan/lorong.
(3)Rentas dengan pantas seorang demi seorang.
e.Parit dan Anak Sungai.
(1)Hantar Kumpulan Pelindung.(2)Gunakan selekoh.
(3)Rentas dengan pantas seorang demi seorang.
f.Pokok Tumbang.
(1)Hantar Kumpulan Pelindung.(2)Awasi Jerangkap Samar.
(3)Cari jalan lain jika ada.
(4)Jika tiada jalan lain, merentasinya dengan berhati-hati.
g.Kawasan Terbuka (kawasan yang terdedah kepada musuh dan tiada
perlindungan).
(1)Hantar Kumpulan Pelindung.
(2)Cari kawasan yang sesuai.
(3)Bergerak berhati-hati seorang demi seorang.
(4)Bergerak pada waktu malam sekiranya perlu.
704.Tiap-tiap halangan mestilah dianggap merbahaya. Soldadu
perlu berhati-hati dan mengambil tindakan yang betul dan pantas
apabila merentas halangan.
BAB 8
MENGAGAK JARAK
AM801.Seseorang soldadu perlulah mengetahui cara-cara mengagak
jarak dengan betul. Jarak yang betul dan tepat boleh membantu
soldadu menggunakan senjatanya dengan lebih efektif untuk
memusnahkan musuh.
CARA-CARA MENGAGAK JARAK
802.Terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan untuk mengagak jarak
iaitu:
a.Unit Ukur (Unit of Measure).
b.Cara Mengenal Rupa (Appearance Method).
803.Untuk mengagak jarak Unit Ukur adalah seperti berikut:
a.Bayangkan jarak 100m di atas tanah. Anggarkan berapa unit 100m
boleh dimasukkan di antara anda dengan objek tersebut mengikut arah
pandangan. Sekiranya objek itu 3 unit, bermakna jaraknya ialah 3
kali 100m bersamaan 300m.
b.Cara ini tidak berkesan sekiranya:
(1)Kita dapat melihat keseluruhan tanah di antara pemerhati
dengan objek itu.
(2)Jaraknya tidak boleh melebihi 400m.
804.Mengagak jarak cara mengenal rupa adalah seperti
berikut:
a.Lihat bentuk rupa sesuatu benda itu.
b.Melihat jarak sesuatu benda itu melalui keadaan
sekeliling.
805.Keadaan yang melibatkan bentuk benda adalah seperti
berikut:
a.Sebab-sebab benda jauh kelihatan dekat:
(1)Cahaya terang atau matahari memancar dari hadapan
pemerhati.
(2)Benda itu lebih besar dari keadaan sekeliling.(3)Terdapat
tanah rendah atau tanah mati di antara kita dengan benda itu.
(4)Pemerhati memerhati dari bawah ke atas bukit atau tanah
tinggi.
b.Sebab-sebab benda dekat kelihatan jauh:
(1)Cahaya tidak baik atau matahari memancar dari belakang
pemerhati.
(2)Benda-benda itu lebih kecil daripada keadaan sekeliling.
(3)Pemerhati memerhati dengan cara mengiring.
(4)Memerhati benda di celah-celah lorong pokok atau lurah.
BAB 9
MENUNJUK SASARAN
AM901.Sesuatu keadaan tanah, jika telah dibentuk dengan
susuncara Lengkok Tembakan, ianya akan memudahkan seseorang
ketua/penembak menunjuk sasaran. Hasil kajian, cara ini mudah
difahami dan dapat diketahui dengan cepat oleh si penembak.
TUJUAN
902.Bab ini akan memberi garis panduan untuk membolehkan
tiap-tiap sasaran dapat ditunjukkan mengikut peraturan dengan cara
yang betul dan tepat.
MENGATUR LENGKOK TEMBAKAN
903.Lengkok Tembakan (Arc of Fire) mestilah diberi dengan
membahagikan tanah seperti berikut:
a.Paksi, sempadan kiri dan kanan.
b.Pembahagian tanah:
(1)Tanah dekat.
(2)Tanah tengah.
(3)Tanah jauh.
c.Tanda panduan.
904.Menunjuk paksi, sempadan kiri dan kanan:
a.Contoh perintah menunjuk paksi: SEKSYEN PANDANG HADAPAN POKOK
RIMBUN TERUS KEHADAPAN ITU ADALAH PAKSI.
b.Contoh perintah menunjuk sempadan kiri atau kanan: SEKSYEN
PANDANG KIRI/KANAN POKOK MATI TERUS KEHADAPAN ITU ADALAH SEMPADAN
KIRI/KANAN.
905.Menunjuk pembahagian tanah:
a.Contoh perintah tanah dekat: SEKSYEN - PANDANG KIRI - JARAK
200 M - POKOK PINANG - MELINTANG KEKANAN ITU IALAH TANAH DEKAT.
b.Contoh perintah tanah tengah: SEKSYEN - PANDANG KIRI - JARAK
400 M - RUMAH BERATAP BIRU MELINTANG KEKANAN ITU IALAH TANAH
TENGAH.
c.Contoh perintah tanah jauh: SEKSYEN - PANDANG KIRI - RUMAH
BERATAP BIRU - MELINTANG KEKANAN - TERUS KEHADAPAN ITU IALAH TANAH
JAUH.906.Menunjuk Tanda Panduan. Tanda panduan merupakan
benda-benda yang statik, dipilih di kawasan lengkok tembakan untuk
memudahkan panduan bagi menunjukkan sasaran. Untuk memudahkan
menunjuk sasaran, ganti nama boleh diberi kepada tanda panduan.
a.Contoh perintah menunjuk tanda panduan:(1) SEKSYEN - PANDANG
SEPARUH KANAN - JARAK 200M - RUMAH - TIANG YANG DISEBELAH KIRI -
DIKENALI SEBAGAI TIANG.(2) SEKSYEN - PANDANG SUKU KIRI - JARAK 300M
- POKOK RIMBUN - PANGKAL YANG DISEBELAH KANAN - DIKENALI SEBAGAI
MERAH.CARA MENUNJUK SASARAN
907.Terdapat 3 cara menunjuk sasaran:
a. Menunjuk sasaran cara terus.
b. Menunjuk sasaran cara menggunakan tanda panduan.
cMenunjuk sasaran menggunakan muka jam.908.Cara Terus.a. Sasaran
ditunjuk dengan ringkas, nyata, jelas dan boleh ditunjuk dengan
pantas.
b. Dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai masa yang
cukup.
Contoh:
(1)SEKSYEN - PANDANG SETENGAH KIRI - 300M - POKOK MATI, DI SITU
ADA MUSUH.(2)SEKSYEN - PANDANG HADAPAN - 100M - DI SITU ADA
MUSUH.909.Cara Tanda Panduan. Pilih benda atau tumbuhan semulajadi
yang tidak bergerak diberi nama bagi memudahkan menunjuk sesuatu
sasaran dengan jarak yang diketahui.
Contoh:
a. SEKSYEN - PANDANG SETENGAH KIRI - 200M - POKOK MATI SEDIKIT
KANAN - RUMPUN HIJAU - DI SITU ADA MUSUH.910.Cara Muka Jam.
a.Letakkan muka jam di tengah-tengah tanda panduan.
b.Sasaran yang sukar ditunjuk dengan cara terus atau tanda
panduan.
Contoh:
(1)SEKSYEN - PANDANG SEPARUH KANAN - 300M - PONDOK BURUK - PUKUL
TIGA - DERETAN POKOK MATI - POKOK YANG DI SEBELAH KANAN SEKALI -
DISITU ADA MUSUH.SASARAN YANG SUKAR DIKENALI
911.Menunjuk dengan Tembakan. Peluru Pengesan boleh digunakan
untuk menunjuk sasaran yang sukar dikenali tetapi harus mendapat
kebenaran daripada ketua. Contoh perintah menunjuk sasaran dengan
tembakan adalah seperti berikut:
a. SEKSYEN PANDANG HADAPAN/KANAN/KIRI - 400M - LIHAT PENGESAN
INI - DI MANA KENA DI SITU ADA MUSUH.912.Kawad Kegagalan Mengenal
Sasaran yang Ditunjuk. Sekiranya sasaran yang ditunjuk gagal
dikenali oleh soldadu, perkara berikut perlu dilakukan:
a.Jika sasaran yang ditunjuk tidak nampak hendaklah menjerit
`TIDAK NAMPAK, sasaran akan ditunjuk sekali lagi.
b.Jika menunjuk sasaran cara pertama gagal atau sasaran tak
nampak, tukar kepada cara yang lain.
913.Prosedur atau perintah Menunjuk Sasaran itu hendaklah
digunakan sebagai satu kawad supaya soldadu yang menerima dapat
mengenali sasaran dengan mudah dan tidak membuang masa.
BAB 10
MENGENAL SASARAN MELALUI BUNYI
AM1001.Selalunya dalam situasi Peperangan Melawan Insurgensi
(PMI), musuh menembak dari tempat persembunyian dan sukar untuk
mengagak kedudukan mereka. Disebabkan masalah ini, latihan mengenal
dan mengagak sasaran melalui bunyi amatlah penting kepada semua
soldadu. Cara mengesan dan mengagak kedudukan musuh adalah dengan
menggunakan kesemua pancaindera:
a.Mata.
b.Telinga.
c.Hidung.
d.Lidah.
e.Tangan.1002.Cara mengesan bunyi yang paling berkesan adalah
dengan menggunakan penglihatan (cahaya tembakan, asap, pergerakan,
debu dan lain-lain). Jika tidak kelihatan maka pendengaran adalah
lebih berkesan.
MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARI BUNYI CRACK DAN TUMP1003.Apakah
yang dikatakan Crack dan Tump. Crack dan Tump adalah bunyi letupan
berpunca dari ketukan pin peletup dan anak peluru meninggalkan
laras.
1004.Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bunyi Crack dan
Tump adalah:
a.Bunyi Crack dikesan sebelum letupan. Bunyi desingan perjalanan
anak peluru dapat dikesan dari mana arah datangnya peluru.b. Bunyi
Tump dapat dikesan sebelum anak peluru meninggalkan laras.c.Lanjut
atau singkat bunyi Tump menunjukkan jauh atau dekat dengan sasaran
itu dan jenis senjata.d.Lebih jauh jarak tembakan lebih panjang
atau bunyi Tump.1005.Cara-cara mengesan sasaran melalui bunyi:
a.Dengan lama masa bunyi Crack dan Tump, cuba anggarkan jarak
letupan senjata itu.
b.Dengar bunyi Tump, anggarkan jarak dan arah datang bunyi
Tump.
c.Lihat arah bunyi Tump tadi, cari kesan-kesan asap, habuk,
cahaya atau pergerakan daun-daun.
d.Cari kedudukan yang dijangka musuh berlindung atau bersembunyi
dengan cara pemerhatian awalan.
BAB 11
PERINTAH KAWALAN TEMBAKAN
AM1102.Sebagai seorang soldadu, tidak kira apa jua pangkat, anda
boleh menjadi ketua sesuatu kumpulan tembakan. Oleh yang demikian
semua soldadu mestilah tahu dan memahami Perintah Kawalan Tembakan
(PKT).
1102.PKT mestilah diberi dengan cara-cara tertentu dan mengikut
peraturan. Perintah mestilah diberi dengan kuat dan terang untuk
mudah didengar dan difahami oleh semua soldadu yang terlibat.
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIFIKIRKAN SEBELUM MEMBERI PKT
1103.Orang yang memberikan PKT perlu membuat kajian terhadap
perkara-perkara berikut:
a.Adakah jarak sasaran boleh/sesuai ditembak dengan senjata yang
ada.
b.Adakah lebih baik menunggu sehingga sasaran sesuai
ditembak.
c.Jenis tembakan (Tubi-tubi/biasa).
d.Apakah senjata terbaik yang perlu digunakan.
e.Adakah tembakan sesuai menggunakan senjata rifel atau Mesingan
Ringan (MGR).f.Apakah jenis tembakan yang sesuai
(sebutir-butir/semburan).
g.Apakah tembakan yang sesuai untuk perlindungan bagi pasukan
mara menyerang atau memusnah musuh.
PERATURAN-PERATURAN MEMBERI PKT
1104.Peraturan-peraturan memberi PKT adalah seperti berikut:
a.Kumpulan. Sebagai contoh PLATUN / SEKSYEN / KUMPULAN RAIFAL /
KUMPULAN BANTUAN / KUMPULAN TINJAU atau lain-lain lagi.
b.Jarak. Bertujuan menetapkan pejera dan sejauh mana keperluan
mencari sasaran. Contoh DUA RATUS / EMPAT RATUS / ENAM RATUS atau
lain-lain lagi.
c. Menunjuk Sasaran. Supaya mengetahui arah dan sasaran yang
ditunjukkan. Contohnya POKOK MATI / RUMAH BERATAP BIRU SEDIKIT
KANAN / PUKUL SEMBILAN POHON RIMBUN atau lain-lain lagi.
d. Jenis Tembakan. Samada sasaran ditembak cara semburan atau
sebutir-sebutir. Contohnya TEMBAK / TUBI-TUBI TEMBAK / APABILA
MUSUH KELUAR TEMBAK / PERHATI DAN TEMBAK atau lain-lain lagi.
1105.Contoh PKT yang lengkap dan mengikut peraturan adalah
seperti berikut:
NO. 1 SEKSYENPAKSI TIGA RATUS RUMAH BERATAP BIRU PUKUL TIGA
POKOK RIMBUN DIBAWAH ADA MUSUHTUBI-TUBI TEMBAK.JENIS TEMBAKAN DAN
KEDERASANNYA
1106.Contoh jenis tembakan dan kederasannya adalah seperti
berikut:
a.TEMBAK. Tembak dengan serta merta dengan kederasan biasa.
b.TUBI-TUBI TEMBAK. Tembak dengan serta merta dengan kederasan
tembakan bertubi-tubi.
c.PERHATI DAN TEMBAK. Tembak dengan sendiri bila nampak musuh di
tempat yang telah ditunjukkan.
d.TUNGGU PERINTAH SAYA. Bersedia untuk menembak tetapi jangan
memulakan tembakan sehingga arahan diberi.
e.TERUSKAN. Teruskan tembakan dengan kederasan biasa melainkan
perintah TUBI-TUBI TEMBAK, TERUSKAN diberi.
1107.Perintah-perintah tambahan atau susulan yang harus diberi
semasa menembak adalah seperti berikut:
a.BERHENTI. Berhenti menembak tetapi terus memerhati.
b.BUAT SELAMAT. Keluarkan peluru dan isikan semula dengan
kelopak penuh. Biasanya perintah diberi bila bersedia untuk
mara.
c.TERUSKAN TEMBAKAN. Tembak semula dengan kederasan PKT
sebelumnya. Pada masa yang sama ketua akan memberi perintah lain
untuk mengawal tembakan bagi mengelakan pembaziran peluru.
Contohnya:
(1) KUMPULAN BANTUAN HENTI, KUMPULAN RIFEL TEMBAK / KUMPULAN
TINJAU HENTI, KUMPULAN BANTUAN TEMBAK / NO. 1 SEKSYEN HENTI, NO. 2
SEKSYEN TEMBAK atau lain-lain lagi.
(2) KUMPULAN RIFEL DAN TINJAU TEMBAK, KUMPULAN BANTUAN HENTI -
KUMPULAN BANTUAN TEMBAK, KUMPULAN RIFEL DAN TINJAU HENTI.(3)NO. 1
SEKSYEN TEMBAK, NO. 2 SEKSYEN HENTI NO. 2 SEKSYEN TEMBAK, NO 1
SEKSYEN HENTI.(4)NO. 1 PLATUN TEMBAK, NO. 2 PLATUN HENTI NO. 2
PLATUN TEMBAK, NO. 1 PLATUN HENTI.UNDANG-UNDANG PKT
1108.Undang-undang PKT adalah seperti berikut:
a.Terang dan jelas.
b. Kuat.
c. Sebagai Perintah.
d. Perenggan atau berhenti.
JENIS-JENIS PKT 1109.Jenis-jenis PKT adalah seperti berikut:
a. PKT Penuh. Diberi apabila mempunyai masa yang mencukupi dan
keadaan sasaran yang tidak begitu jelas. Contohnya:
KUMPULAN RIFEL PANDANG SEPARUH KANAN ENAM RATUS POKOK MATI
DIBAWAHNYA ADA MUSUH SIAPA NAMPAK TUBI-TUBI TEMBAK.b. PKT Ringkas.
Diberi apabila sasaran di jarak yang dekat atau jelas dan mempunyai
masa yang singkat. Contohnya:
MUSUH KIRI TEMBAK.c. PKT Bertangguh. Digunakan apabila tindakan
musuh dapat dijangka. Contohnya:
SEKSYEN PANDANG SETENGAH KANAN DUA RATUS RUMAH PUTIH DIHADAPAN
ADA JALAN RAYA MUSUH AKAN MUNCUL DARI KIRI KE KANAN APABILA MUSUH
MUNCUL TUBI-TUBI TEMBAK.d. PKT Perseorangan. Diberi bila musuh
kelihatan dalam masa yang singkat dan memberi peluang kepada orang
perseorangan menembak dengan cepat. Contohnya:
SEKSYEN PANDANG SETENGAH KIRI DUA RATUS DERETAN RUMAH MUSUH
BERADA DIKAWASAN ITU SIAPA NAMPAK TUBI-TUBI TEMBAK.e. PKT Peluru
Pengesan. Digunakan bila sasaran tidak dapat ditunjukkan melalui
PKT. Contohnya:
SEKSYEN PANDANG SUKU KIRI EMPAT RATUS DERETAN POKOK RIMBUN
DISITU ADA MUSUH IKUT PELURU PENGESAN SAYA DI MANA JATUHTUBI-TUBI
TEMBAK.BAB 12MEMBUAT KAD JARAK
AM1201.Kad Jarak adalah satu cara untuk mendapatkan penyatuan
antara anggota-anggota seksyen dan platun dalam lengkok tembakan
tanggungjawab kawasan pertahanan masing-masing. Dalam latihan
ataupun operasi, kad jarak mesti disediakan apabila menduduki
satu-satu kawasan dalam tempoh masa yang lama untuk memudahkan
menunjuk sasaran dan memberi PKT.
KEPERLUAN-KEPERLUAN YANG PERLU ADA DI DALAM KAD JARAK
1202.Keperluan atau data-data yang perlu ada di dalam kad jarak
adalah seperti berikut:
a.Keadaan tanah serta bentuk muka bumi atau tumbuh-tumbuhan yang
dijadikan tanda panduan serta jarak yang telah diketahui.
b.Arah atau kawasan yang dijangka musuh akan datang.
c.Menyukat dan mencatat jarak ke setiap tanda panduan yang
diambil.
d.Tanda panduan yang diubah nama dicatatkan.
e.Tanda-tanda panduan untuk paksi, sempadan kanan dan kiri tidak
boleh berubah di atas tanah.CARA-CARA MEMBUAT KAD JARAK
1203.Cara-cara membuat kad jarak adalah seperti berikut:
a.Lukiskan 6 garisan setengah bulatan di atas kertas dan dibalut
dengan plastik.
b.Adakah sedikit ruang dibahagian bawah untuk rujukan.
(1)Rujukan Grid.
(2)Cara-cara menyukat jarak.
(3)Siapa yang membuat.
(4)Tarikh dibuat.
c.Pembuat mestilah boleh menghuraikan/menerangkan dengan tepat
apa jua yang tercatat dalam Kad Jarak.
d.Letakkan jarak pada tiap-tiap bulatan seperti terdapat atas
tanah yang sebenar.
e.Lukiskan tanda panduan pada tiap-tiap jarak.
f.Tuliskan nama-nama pada tanda panduan yang betul.
TUJUAN MEMBUAT KAD JARAK
1204.Kad Jarak dibuat untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:
a.Menentukan sempadan kawasan tembakan perseorangan dan
seksyen.
b.Mengawasi kawasan hadapan yang dipertanggungjawabkan.
c.Memudahkan mencari sasaran dan mengubah pejera bagi mendapat
ketetapan menembak.
d.Memusnahkan sasaran mengikut jarak-jarak membunuh senjata yang
ada.
(1)Paksi. Garisan bayangan dari hadapan pemerhati kepada tanda
panduan yang membahagikan sempadan kanan dan kiri lengkok
tembakan.
(2)Panduan Kanan Dan Kiri. Satu garisan bayangan disebelah kanan
dan kiri lengkok tembakan pemerhati bagi had melepas tembakan.
(3)Lengkok Tembakan. Kawasan bahagian hadapan yang
dipertanggungjawab kepada perseorangan, seksyen dan platun bagi
mengawasi dan memusnahkan musuh yang muncul serta boleh menunjukkan
sasaran.
(4)Tanda Panduan. Tanda panduan adalah benda-benda yang tidak
bergerak yang terdapat di atas tanah bagi memudahkan menunjukkan
sasaran dan panduan jarak.
BAB 13PENGENALAN KERJA WAKTU MALAM/PEMERHATIAN WAKTU
MALAMAM1301.Sesuatu penugasan yang dilakukan di dalam operasi,
bukanlah terhad kepada waktu siang tetapi dilakukan pada waktu
malam. Walaupun Night Vision Goggle (NVG), boleh digunakan tetapi
peralatan ini bukanlah sentiasa diperolehi. Oleh kerana itu setiap
soldadu perlu dilatih supaya dapat menggunakan pancaindera dengan
efektif pada waktu malam.
FUNGSI MATA
1302.Mata berfungsi seperti kamera. Setiap manusia mempunyai 2
sel cahaya yang sensitif untuk melihat iaitu:
a.Sel mata untuk melihat waktu siang hari dipanggil Sel Kon.
Ianya boleh melihat warna, boleh membezakan dengan jelas dan boleh
melihat bentuk.
b.Sel mata untuk malam dipanggil Sel Rod yang terletak di
sekeliling kawasan kon. Sel ini boleh melihat warna putih, hitam
dan bayang kelabu. Untuk penglihatan yang berkesan pada waktu malam
Sel Rod akan berfungsi.
1303.Sel Kon memerlukan cahaya terang seperti lampu, cahaya
bulan dan lain-lain, manakala Sel Rod bekerja apabila tidak
mempunyai cahaya terang seperti cahaya lampu, bulan atau
matahari.
1304.Waktu malam pandangan tidak boleh tepat pada sesuatu benda
yang dilihat oleh kerana sel mata malam berada di sekeliling mata
hitam. Lama masa yang diambil bagi menyesuaikan mata dalam gelap
bergantung kepada jasmani seseorang biasanya dalam masa 30
saat.
PRINSIP-PRINSIP MELIHAT WAKTU GELAP
1305.Prinsip-prinsip melihat dan melakukan kerja pada waktu
malam adalah seperti berikut:
a.Penyesuaian malam dalam gelap.
b.Penglihatan serong.
c.Melihat dengan cara meninjau.
d.Yakin.1306.Penyesuaian Mata Dalam Gelap.a.Sebelum gelap,
sesuaikan penglihatan mengikut keadaan yang terdapat pada
tanah.
b.Jika terjaga dari tidur, jangan terus bergerak, sesuaikan
penglihatan mata selama 30 saat.
c.Jika terkena pancaran cahaya lampu atau suaran penglihatan
akan menjadi rabun. Jangan bergerak sesuaikan penglihatan selama 30
saat.
d.Untuk mengelak rabun daripada terkena pancaran lampu dan
suaran pejamkan sebelah mata.
e. Seseorang mesti berada di dalam gelap terlebih dahulu untuk
membuat penyesuaian mata. 1307.Penglihatan Secara Serong.
a.Memandang sesuatu 100 ke 180 mils dari benda yang dilihat.
b. Untuk membolehkan Sel Rod berfungsi.
c. Sesuatu benda waktu gelap dilihat dengan tepat beberapa saat
penglihatan tidak jelas. (Tidak boleh dilihat dengan tepat).
d. Untuk membolehkan Sel Rod menyimpan penglihatan yang jelas
adalah dengan mengerakkan mata ke atas dan ke bawah serta ke kiri
dan ke kanan.
1308.Meninjau.
a.Penglihatan mata yang pantas di sekitar kawasan yang
dilihat.
b. Alihkan penglihatan mata antara 4 - 10 saat dari benda yang
dilihat.
c.Meninjau dengan penglihatan mata yang serong.
d.Sel Rod akan melihat perbezaan keadaan benda yang dilihat.
e.Menggunakan penglihatan yang maksima.
1309.Yakin.a.Mestilah yakin dengan apa yang dilihat pada waktu
malam.
b.Penglihatan waktu malam terhad jaraknya dan perlu
berhati-hati.
c.Benda yang dilihat waktu malam adalah samar-samar, pemerhatian
yang fokus akan memberi keyakinan diri.d.Kemahiran mengenal
benda-benda pada waktu malam perlu dipelajari. e.Mengetahui
sepenuhnya prinsip-prinsip melihat waktu malam.
1310.Cara-cara mengelak dari dikesan ketika melakukan kerja pada
waktu malam adalah seperti berikut:
a.Sentiasa berhati-hati dan elakkan dari bunyi bising yang boleh
dikesan.
b.Gunakan gergaji lipat jika memotong kayu.
c.Jika memotong kayu dengan parang jangan takuk berturut-turut
dan jauh dari tempat duduk sebenar.
d.Jika batuk atau bersin, tutup mulut dengan topi hutan atau
lain-lain kain.
e.Jangan berjalan terlalu pantas dan menghentak kaki ke
tanah.
f.Cahaya api atau lain-lain ditutup dengan topi hutan atau
benda-benda lain supaya cahaya tidak keluar jauh.
g.Lampu suluh yang digunakan dibalut dengan daun-daun kayu dan
tebuk lubang kecil untuk cahaya keluar.
h.Bergerak perlahan-lahan, jangan memijak ranting atau kayu yang
mati.
BAB 14PERGERAKAN DAN PENGENALAN BUNYI WAKTU MALAM
AM1401.Pergerakan perseorangan pada waktu malam memerlukan
pengawasan yang lebih teliti kerana tiap-tiap pergerakan akan
memberikan cahaya atau bunyi yang mana dapat dikesan oleh musuh
dari jarak jauh. Walaupun kegelapan malam boleh memberi
perlindungan daripada pandangan tetapi ia juga mudah memdedahkan
kehadiran kita kepada musuh jika tidak diawasi.
PERSIAPAN SEBELUM BERGERAK MALAM
1402.Perkara-perkara berikut perlu dilakukan sebelum bergerak
pada waktu malam adalah:
a.Samarkan semua peralatan yang dibawa yang boleh mengeluarkan
cahaya.b.Samarkan semua kulit muka dan badan yang
bercahaya.c.Gunakan luminous dikaki atau di pack/topi untuk
panduan. CARA-CARA MENGURANGKAN BUNYI BISING
1403.Cara-cara mengurangkan bunyi bising semasa bergerak pada
waktu malam adalah:
a.Ikatkan tali di sekeliling pergelangan kaki seluar bagi
mengelak kaki seluar dari bergesel.
b.Jika ada botol minyak senjata dalam udi tentukan tidak
bergoncang.
c.Peralatan di pack dan tali pinggang diikat dengan
kemas.d.Kelopak dan peralatan di dalam pouches pastikan tidak
mengeluarkan bunyi.
e.Jika memakai helmet balistik, penyamaran hendaklah dibuat.
PERATURAN BERGERAK PADA WAKTU MALAM
1404.Peraturan am yang perlu diikuti untuk mengurangkan bunyi
bising adalah:
a.Pergerakan hendaklah berhati-hati kerana waktu malam musuh
akan lebih mendengar dari melihat.
b. Gunakan kasut spike bagi mengurangkan bunyi semasa
berjalan.c.Bergerak, berhenti, dengar dan bergerak semula.
d.Setiap kali berhenti dan mendengar, mestilah di sebalik
perlindungan atau di sebalik pancaran cahaya.
e.Meniarap di atas tanah apabila terkena suluhan lampu.
f.Apabila terdengar bunyi-bunyi yang disyaki, diamkan diri
sebentar kemudian bergerak mencari perlindungan.
g.Meniarap dan letak telinga di atas tanah bagi mengesan bunyi
berjalan atau berlari.
h.Hendaklah bergerak di kawasan yang tidak ada ranting kayu bagi
mengelakkan bunyi dan dapat sepenuhnya membuat pemerhatian ke
hadapan.
i.Ambil kesempatan untuk bergerak daripada bunyi seperti bedilan
artileri, kapal terbang, angin, hujan dan lain-lain yang
bergerak.
j.Elakkan daripada berlari, kecuali perlu.
CARA-CARA BERGERAK
1405.Pergerakan pada waktu malam mestilah mengikut cara-cara
yang betul untuk mengurangkan bunyi bising. Terdapat dua cara yang
efektif untuk bergerak pada waktu malam iaitu:
a.Berjalan.(1)Berjalan dengan cara menimbang berat badan
menggunakan tapak kaki belakang (tumit) diangkat tinggi bagi
mengelak terpijak ranting-ranting.(2)Letak hujung kaki hadapan
perlahan-lahan ke tanah.
(3)Tukarkan berat badan dengan cermat di kaki yang sebelah
hadapan.
b.Merangkak.(1)Merangkak menggunakan tangan dan lutut sama
seperti pergerakan siang. Di waktu malam tangan menyapu dan
membuang ranting-ranting kayu.
(2)Jangan merangkak badan atas tanah kerana akan mengeluarkan
bunyi.
(3)Merangkak dengan menggunakan perut kaki ke bawah, senjata
dipegang jauh ke hadapan.
(4)Pegang senjata dengan tangan kiri, tangan kanan membuang
ranting-ranting kayu.
(5)Gerak badan ke hadapan dengan hujung kaki, angkat badan dari
tanah dan gerakan badan ke hadapan dengan perlahan-lahan letak atas
tanah.
TINDAKAN APABILA TERKENA CAHAYA
1406.Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila terkena suaran
atau lampu daripada musuh adalah:
a.Jika ada perlindungan bergerak ke belakang perlindungan dengan
pantas dan senyap.
b.Jika tanah lapang, diam dan rebahkan diri ke tanah dan matikan
diri.
c.Jika kawasan belukar seeloknya-eloknya berdiri dan diamkan
diri di sebalik perlindungan kerana mungkin musuh berada
berdekatan.
d.Biarkan satu mata tertutup untuk mengelakkan diri menjadi
rabun selepas suluhan cahaya bagi penyesuaian mata pada waktu
malam.
e.Bunyi letupan suaran selalunya akan memberikan amaran beberapa
saat sebelum cahaya menjadi terang. Kesempatan ini digunakan untuk
merebahkan badan, berhenti dari berjalan, ambil perlindungan dan
pejam sebelah mata.
MATLAMAT MENGESAN BUNYI1407.Mengesan bunyi dapat membantu
perkara-perkara berikut:
a.Menentukan samada bunyi itu dibuat oleh binatang, pasukan
sahabat atau musuh.
b.Menentukan arah datangnya bunyi.
c.Menentukan jarak.
d.Menentukan jenis senjata apabila berlaku letupan.
CARA-CARA MENGENAL BUNYI
1408.Dalam situasi ini, telinga akan mengambil peranan mata
sebagai alat untuk menentukan tempat dan arah terutamanya di
kawasan hutan belantara. Untuk memperolehi pendengaran yang baik,
perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:
a.Berdiam diri dan condongkan sedikit badan ke hadapan serta
mulut separuh terbuka.
b.Halakan sebelah telinga ke arah bunyi dan letak tapak tangan
di belakang telinga dengan cara dicorong.
c. Baringkan badan ke tanah dan sebelah telinga dilekapkan di
atas tanah untuk mendapatkan pendengaran yang lebih jelas.
d.Semasa mengenal dan mengesan bunyi jangan memakai topi.
BUNYI-BUNYI YANG SERING BERLAKU
1409.Bunyi yang sering berlaku dan senang dikesan adalah:
a.Berbual atau berbisik-bisik.
b.Mematah ranting pokok.
c.Memotong atau menebang.
d.Menggali lubang.
e.Mengetuk pokok.
f.Menukar kelopak peluru.
f. Mencekah senjata.
h.Senjata jatuh.
i.Bunyi siulan atau bunyi binatang.
j.Bunyi letupan atau tembakan.
k.Lain-lain bunyi yang dibuat oleh manusia.
KESIMPULAN DARI BUNYI
1410.Kesimpulan yang boleh dibuat hasil dari pendengaran adalah
seperti berikut:
a.Memotong Kayu. Musuh atau pasukan sahabat membuat
pengkalan.
b.Bunyi Senjata Dicekah. Mencuci senjata atau mengeluarkan
peluru.
c.Siulan. Sebagai isyarat.
d.Mengetuk Pokok. Sebagai isyarat.
e.Bercakap/Batuk. Pangkalan sementara.
f.Ranting Patah. Menandakan musuh menghampiri.
g.Cahaya Bergerak. Musuh bergerak taktikal waktu malam.
1411.Tindakan apabila terdengar bunyi-bunyi seperti di atas
adalah:
a.Berhenti dan ambil perlindungan, perhati dan dengar dengan
teliti.
b.Halakan senjata ke arahnya, pastikan bunyi dengan teliti.
c.Tumpukan perhatian ke arah bunyi dari sebalik
perlindungan.
d.Anggarkan jarak dan arah bunyi datang, cuba bergerak ke
perlindungan lain untuk mencari bunyi tersebut.
e.Sebelum bertindak, pastikan benar-benar musuh atau pasukan
sahabat.
f.Jika benar-benar musuh, bertenang dan terus ambil
tindakan.
39TERHAD