8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
1/23
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan teknik dan vokasional di negara kita adalah dijalankan oleh pihak kerajaan
dan swasta. Kerajaan melaksanakan program formal pendidikan teknik dan vokasional
melalui agensi-agensinya iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia,
Kementerian Belia Dan Sukan, dan MARA. Kesemua agensi-agensi tersebut masing-masing
mempunyai corak pendidikan dan latihan yang menjurus kepada melahirkan tenaga mahir
dan separa mahir di bidang teknikal dan vokasional disamping pengetahuan teknologi.Agensi latihan swasta seperti Institut Teknologi Federal, Institut Teknologi Pekerja, TAFE
(Seremban) dan juga Jayadiri Institute Of Technology yang menjalankan kursus dalam
pelbagai peringkat untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Kementerian Pendidikan
selaku agensi kerajaan yang utama dalam mengendalikan pendidikan teknik dan vokasional
telah melakukan pelbagai usaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan bidang ini,
infrastruktur, kelayakan pengajar dan sebagainya.
Pada tahun 2010, sekolah menengah teknik dan kolej vokasional telah diasingkan.
Sekolah menengah teknik bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada
bidang teknik di peringkat menegah atas bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi dalam bidang teknik. Oleh itu, aliran teknik ini mengambil pelajar yang
mempunyai latarbelakang matematik dan sains yang mantap untuk melayakkan mereka
melanjutkan pengajian dalam krusus berkaitan di institusi pengajian tinggi. Pengambilan
pelajar adalah berdasarkan pencapaian yang baik dalam keputusan PMR dan juga minat
mereka dalam bidang teknik.
Kolej vokasional pula untuk aliran vokasional iaitu bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di peringkat pendidikan menengah atas di
mana bidang kursus yang ditawarkan adalah bagi membolehkan pelajar mendapatkan
pengetahuan asas vokasional dan kemahiran untuk membolehkan mereka mendapatkan
pekerjaan sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian, perdagangan
dan pertanian. Di sekolah menegah teknik dan kolej vokasional, Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil bagi pelajar
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
2/23
2
yang memilih aliran Kejuruteran Elektrik dan Elektronik di sekolah menengah teknik dan
kolej vokasional.
Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran
menterjemah, melukis dan memateri litar di kalangan pelajar sekolah menengah teknik dalam
bidang elektronik telah dilakukan untuk mengetahui sama ada pengasingan sekolah
menengah teknik dan kolej vokasional berhasil ataupun tidak. Dalam bidang elektronik,
penguasaan pemetarian adalah asas penting dalam subjek ini. Jika hasil dapatan adalah
berbeza, maka langkah PTV untuk mengasing sekolah menegah teknik dengan kolej
vokasional adalah kurang sesuai. Tetapi jika hasil dapatan adalah sama, maka langkah PTV
untuk mengasingkan sekolah menegah teknik dan kolej vokasional adalah di anggap berjaya.
Seperti yang diketahui, asas dalam bidang elektronik ialah pematerian. Pamaterian penting pada masa kini dan masa hadapan kerana semua peralatan yang berkaitan elektronik
memerlukan pematerian. Untuk itu, tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk
mempertingkatkan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri litar di kalangan pelajar
sekolah menengah teknik dalam bidang elektronik.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
3/23
3
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Seperti yang diketahui, sekolah menengah teknik dan kolej vokasional telah
diasingkan. Menurut Shahril dan rakan-rakan (1993) aliran pendidikan teknik adalah
bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di peringkat
menegah atas bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam
bidang teknik. Antara kebaikan sekolah teknik dan kolej vokasional ini ialah ianya dapat
melahirkan tenaga kerja yang mahir dan separa mahir mengikut kesesuaian pekerjaan.
Manakala antara keburukanya ialah jika pelajar tidak dapat mencapai target yang dikehendaki
dalam sekolah teknik dan vokasional, pelajar tersebut hanya membuang masa yang
dihabiskan selama 3 tahun untuk belajar. (Shahril,1993)
Pendidikan di Malaysia masih mengamalkan 70% akademik dan 30% teknikal
vokasional. Hakikatnya dunia hari ini dan akan datang memerlukan 70% teknikal vokasional
dan 30% akademik dan perlu dilaksanakan seawal pendidikan rendah lagi.
Subjek elektrik dan elektronik merupakan salah satu subjek yang ditawarkan di
sekolah menengah teknik. Dari permulaan pelajar masuk ke sekolah menengah teknik, pelajar
telah didedahkan tentang asas elektronik dan kepentingan elektronik. Oleh kerana salah satu
asas elektronik ialah pematerian, pelajar telah didedahkan tentang pematerian dari awal
pembelajaran. Disebabkan pematerian adalah asas penting dalam elektronik, semua pelajar
harus menguasai kemahiran menterjemah, melukis dan memateri litar.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh BPTV pada tahun 2008, sebanyak 48%
pelajar lepasan sekolah menengah teknik dan vokasional yang mengambil bidang elektronikmasih banyak yang tidak tahu menterjemah, melukis dan memateri litar dengan cara yang
betul dan kemas.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
4/23
4
1.2 PENYATAAN MASALAH
Bidang elektronik merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah
teknik dan kolej vokasional. Antara pengetahuan paling asas yang pelajar harus ketahui
dalam bidang elektronik ini ialah menterjemah, melukis dan mematri litar. Kajian ini
dijalankan adalah untuk memastikan usaha Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
(BPTV) mengasingkan kolej vokasional dan sekolah teknik adalah membuahkan hasil. Ini
adalah kerana sekolah teknik lebih menekankan teori manakala kolej vokasional lebih
menekankan amali. Melalui kajian ini, jika pelajar kolej vokasional lebih lemah dalam
membuat amali, maka matlamat yang dikehendaki dalam BPTV tidak tercapai
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh BPTV pada tahun 2008, sebanyak 48%
pelajar lepasan sekolah menengah teknik dan vokasional yang mengambil bidang elektronik
masih banyak yang tidak tahu menterjemah, melukis dan memateri litar dengan cara yang
betul dan kemas. Oleh itu, kajian ini juga dibuat bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh pelajar sekolah menengah teknik dalam bidang elektronik dari segi prespektif
menterjemah, melukis dan memateri litar.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
5/23
5
1.3 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menterjemah,
melukis dan memateri litar di kalangan pelajar teknik dan vokasional dalam bidang
elektronik.
1.4 OBJEKTIF
Objektif penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk :
i. Mengetahui tahap penguasaan di kalangan pelajar sekolah menengah teknik dalam
bidang elektronik dari segi perspektif:a. Menterjemah litar
b. Melukis litar
c. Memateri litar
ii. Mengenalpasti masalah pelajar sekolah menengah teknik dalam bidang elektronik dari
segi perspektif:
a.
Menterjemah litar b. Melukis litar
c. Memateri litar
iii. Mengetahui cadangan yang diusulkan oleh para pelajar terhadap kekangan yang
dihadapi dalam bidang elektronik oleh pelajar sekolah menengah teknik.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
6/23
6
1.5 PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap penguasaan di kalangan pelajar sekolah menengah teknik dalam bidang
elektronik dari segi perspektif:
a. Menterjemah litar
b. Melukis litar
c. Memateri litar
ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah teknik dalam bidang
elektronik dari segi perspektif:
a. Menterjemah litar
b. Melukis litar
c. Memateri litar
iii. Apakah cadangan yang diusulkan oleh para pelajar terhadap kekangan yang dihadapi
dalam bidang elektronik oleh pelajar sekolah menengah teknik.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
7/23
7
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting dalam industri kerana ianya dapat melahirkan tenaga kerja yang
mahir dan separa mahir mengikut kesesuaian pekerjaan. Selain daripada itu, kajian ini juga
dapat membantu syarikat untuk membuat pemilihan pekerja yang hendak diambil bekerja.
Jika syarikat yang hendak mengambil pekerja tahu tentang kelemahan pekerja mereka,
mereka boleh membuat latihan terhadap pekerja baru. Selain itu, kajian ini dapat mengenal
pasti apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasi kemahiran yang dipelajari
di sekolah menengah teknik dan juga dapat membantu pelajar tahu apakah kelemahan mereka
dalam bidang yang diambil.. Seterusnya, kajian ini dapat membantu para guru dalam
menangani penguasaan kemahiran yang disampaikan oleh guru kepada para pelajar
1.7 HAD KAJIAN
Kajian ini hanya dilaksanakan pada satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik
Johor Bahru dan responden hanya terdiri daripada pelajar tingkatan lima yang mengambil
bidang elektronik. Kajian ini juga hanya menggunakan soal selidik bagi mencapai tujuan dan
objektif kajian ini. Dalam kajian ini, temubual tidak dilaksanakn supaya maklumat yang
dikehendaki tidak ditokok tambah.
1.8 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, penyelidikan ini penting untuk dijalankan dimana ianya dapat
mengkaji tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri litar dalam
bidang elektronik. Selain itu, kajian ini juga dapat mempertingkatkan kemahiran
menterjemah, melukis dan memateri litar di kalangan pelajar sekolah menengah teknik dalam
bidang elektronik. melahirkan tenaga kerja yang mahir dan separa mahir mengikut kesesuaian
pekerjaan. Seterusnya, kajian ini dapat membantu para guru dalam menangani penguasaan
kemahiran yang disampaikan oleh guru kepada para pelajar.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
8/23
8
BAB 2
KAJIAN LEPAS
2.0 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang kajian lepas yang berkaitan dengan keperluan tenaga
kerja pada masa akan datang. Pelbagai langkah yang diperlukan bagi menghasilkan produk
yang berkualiti,salah satu langkah yang diambil ialah memperbanyakkan sekolah ataupun
institusi yang menghasilkan tenaga kerja yang mampu disalurkan ke industri.begitu juga
dengan penambahan sekolah teknik dan vokasional
2.1 KAJIAN LEPAS
Abibullah (1994) menyatakan semakin berkembang industri pembuatan di Malaysia,
semakin tinggi tenaga mahir dan separuh mahir diperlukan. Yukio Shohtuku (2003)
menyatakan terdapat sebilangan besar juruteknik dan pekerja-pekerja kemahiran yang
dikeluarkan dari pelbagai institut latihan vokasional untuk pelbagai industri dan pekerjaan.
Ini adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih pusat Giatmara memilih bidangelektrik dan elektronik di daerah Johor Bahru.
Menurut R. Joobani (2009), memateri merupakan kursus yang penting dalam bidang
elektronik. Untuk memateri litar, pekerja mestilah tahu untuk menterjemah dan melukis litar,
barulah mereka dapat melakukan pematerian.
Oleh itu, kajian ini haruslah dijalankan bagi membolehkan tahap penguasaan
menterjemah, melukis dan memateri litar dapat di pertingkatkan dan ianya banyak
memberikan kepentingan kepada industri, guru dan sekolah.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
9/23
9
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 PENGENALAN
Bahagian ini membincangkan metodologi penyelidikan. Objektif utama kajian ini
adalah untuk mengkaji tahap penguasaan di kalangan pelajar sekolah menengah teknik
dalam bidang elektronik dari segi perspektif (menterjemah litar,melukis litar dan memateri
litar).Seterusnya adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah
menegah teknik dalam bidang elektronik.Serta untuk mengetahui cadangan yang diusulkan
oleh para pelajar tentang kekangan yang dihadapi dalam bidang elektronik di sekolah
menengah teknik.
3.1 BENTUK PENYELIDIKAN
Dengan menggunakan kajian korelasi ini boleh menentukan sejauh mana hubungan di
antara dua atau lebih pembolehubah menggunakan data statistik. Hubungan antara beberapa
fakta tersebut dikumpulkan dan ditafsirkan untuk mengenali bentuk dan corak dalam data,
tetapi ia tidak cukup sekadar melalui proses analisis ini sahaja,malahan untuk mewujudkansebab dan akibat untuk kajian ini.Data,hubungan,dan taburan pembolehubah hanya sekadar
pemerhatian sahaja. Pembolehubah tidak boleh dimanipulasi, ianya hanya dikenal pasti dan
dikaji kerana ia berlaku secara semulajadi.
Penyelidikan eksperimen, sering dipanggil eksperimen benar, kerana menggunakan kaedah
saintifik untuk mewujudkan hubungan sebab-akibat antara sekumpulan pembolehubah yang
membentuk satu kajian.Kajian eksperimen boleh berlaku apabila usaha untuk mencari
pemboleh ubah yang lain. Pembolehubah boleh dimanipulasikan untuk menentukan kesan keatas pemboleh ubah bersandar.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
10/23
10
3.2 RESPONDEN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu, Johor. Populasi
kajian terdiri daripada pelajar sekolah menengah teknik yang berumur 17 tahun.Justeru,
sampel klaster digunakan bagi memilih sekolah berkenaan.
Jumlah pelajar pengajian elektronik di sebuah Sekolah Menengah Teknik 100 hingga
150 orang, dalam kajian ini satu per empat daripada bilangan pelajar pengajian elektronik di
sebuah sekolah dipilih iaitu 50 orang pelajar bagi melaksanakan kajian ini .Jumlah saiz
pelajar kajian adalah seramai 50 orang.
3.3 INSTRUMENTASI PENYELIDIKAN
Satu set borang soal selidik digunakan untuk mengukur pembolehubah dalam kajian
penyelidikan. Borang soal selidik tersebut terbahagi kepada dua bahagian, seperti berikut:
Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden iaitu jantina, tahun pengajian dan
kelas.
Bahagian B dan C item berkenaan dengan tahap penguasaan kemahiran menterjemah,
melukis dan mematri litar dikalangan pelajar teknik dalam bidang elektronik
Bahagian D terdiri daripada cadangan yang diusulkan para pelajar terhadap kekangan yang
dihadapi dalam bidang elektronik oleh pelajar teknik
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
11/23
11
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 PENGENALAN
Bab ini, membincangkan tentang data yang telah dianalisis oleh penyelidik yang
bergantung pada jenis instrumen iaitu soal selidik. Penganalisaan data secara terperinci yang
telah diperolehi daripada kajian yang telah dilaksanakan. Setiap persoalan yang diajukan
dalam borang soal selidik ini telah dikaji dan dianalisis untuk memastikan objektif kajian
telah tercapai.
Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office
Excel 2007. Sebanyak 50 set soal selidik telah diedarkan kepada pelajar Sekolah Menengah
Teknik Johor Bharu, Johor.
4.1 PROFIL RESPONDEN
4.1.1 Taburan Responden Mengikut jantina bagi pelajar
Jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai 50 orang. Merujuk jadual didapati bahawa
pelajar perempuan lebih ramai (54%, n= 27) daripada pelajar lelaki (46%, n=23).
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Jantina Bagi keseluruhan pelajar
Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)
Lelaki 23 46
Perempuan 27 54
Jumlah 50 100
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
12/23
12
4.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa bagi keseluruhan pelajar
Berikut merupakan taburan responden mengikut bangsa. Jumlah keseluruhan responden ialah
50 pelajar.
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Bangsa Bagi pelajar
Bangsa Kekerapan (f) Peratus (%)
Melayu 38 76
India 3 6
Cina 2 4
Lain-lain 4 8
Jumlah 50 100
4.1.3 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Terdahulu
Berikut merupakan taburan respoden mengikut pencapaian terdahulu. Tiada responden
memperolehi pencapaian di dalam julat 1.00-2.00. Kebanyakkan responden memperolehi
pencapaian di dalam julat 3.01-3.50.
Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Pencapaian Terdahulu
Julat Kekerapan (f) Peratus (%)
2.01-3.00 13 26
3.01-3.50 27 54
3.51-4.00 10 20
Jumlah 50 100
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
13/23
13
4.2 TAHAP PENGUASAAN DI KALANGAN PELAJAR TEKNIK DAN
VOKASIONAL DALAM BIDANG ELEKTRONIK DARI SEGI PRESPEKTIF:
(MENTERJEMAH LITAR, MELUKIS LITAR, MEMATERI LITAR)
Jadual 4.5: Tahap penguasaan di kalangan pelajar teknik dan vokasional dalam bidang
elektronik dari segi prespektif: ( menterjemah litar, melukis litar, memateri litar)
Bil Penyataan STS TS S SS X SD
1. Saya mengenali setiap komponen elektronik dengan
baik
0 1 1
0
39 3.76 1.94
2. Saya mampu membaca kendalian (tugasan) litar
yang diberikan
2 4 4 40 3.64 1.91
3. Saya mengetahui perbezaan di antara symbol
skematik dengan komponen sebenar
1 5 1
4
30 3.46 1.86
4. Saya mengetahui fungsi setiap komponen
elektronik dengan baik
5 10 5 30 3.20 1.79
5. Saya mengetahui perbezaan setiap kaki komponen
seperti diod, transistor, kapasitor, triac, potention
meter, variable resistor, dll.
3 2 1
5
30 3.44 1.85
6. Saya mempunyai kemahiran memateri dengan baik 0 5 5 40 3.70 1.92
7. Saya boleh memateri dengan kemas dan teratur 3 18 4 25 3.02 1.74
8. Saya boleh memastikan setiap penyambungan
komponen adalah tepat
2 18 1
0
20 2.96 1.72
9. Saya boleh menggunakan setiap peralatan dengan
baik
0 7 3 40 3.66 1.91
10. Saya boleh menggunakan setiap peralatan
mengikut keadaan yang bersesusaian
3 10 7 30 3.28 1.81
Purata keseluruhan 3.41
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
14/23
14
Berdasarkan jadual 4.5 diatas, kita dapati secara keseluruhannya pelajar sekolah
menengah teknik mempunyai tahap penguasaan dalam bidang elektronik dari perspektif
menterjemah, melukis dan mematri litar yang sederhana . Ini dibuktikan dengan hasil jumlah
min keseluruhan yang didapati adalah 3.41.
Tahap penguasaan pelajar dalam mengenali setiap komponen elektronik adalah tinggi
(min : 3.76) dan mereka mampu membaca kendalian (tugasan) litar yang diberikan dengan
baik (min: 3.64). Disamping itu juga, mereka dapat membezakan di antara symbol skematik
dengan komponen sebenar (min: 3.46). Secara keseluruhannya, pelajar mengetahui setiap
fungsi komponen elektronik dengan baik (min :3.20). Hal ini kerana, mereka telah
mempelajari asas-asas elektronik semasa tingkatan 4.
Selain itu, pelajar mengetahui perbezaan setiap kaki komponen seperti diod,
transistor, kapasitor, triac, potentionmeter,variable resistor,dll(min : 3.44). setiap komponen
mempunyai fungsi dan mempunyai perbezaan dari segi bentuk dan resistance pada kaki
komponennya. Pelajar sekolah teknik juga kebanyakkannya mempunyai kemahiran
pematerian yang baik berdasarkan min yang diperolehi adalah tingi (min : 3.70) dan
pematerian yang dilakukan adalah kemas dan teratur tetapi tahap penguasaannya adalah
sederhana bagi keseluruhan pelajar (min : 3.02).
Seterusnya, pelajar sekolah teknik juga dapat pastikan setiap penyambungan
komponen adalah tepat (min: 2.96). Namun begitu, kesahihan bagi tahap ini adalah berada
dalam keadaan sederhana. Penggunaan setiap alatan adalah baik (min: 3.66) dan mereka
mampu mengenalpasti situasi yang sesuai berdasarkan fungsi alatan yang digunakan (min
(3.28)
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
15/23
15
4.3 MASALAH PELAJAR TEKNIK DAN VOKASIONAL DALAM BIDANG
ELEKTRONIK DARI SEGI PERSPEKTIF, MENTERJEMAH LITAR DAN
MEMATERI LITAR.
Jadual 4.6: Masalah pelajar teknik dan vokasional dalam bidang elektronik dari segi
perspektif, menterjemah litar dan memateri litar.
Bil Penyataan STS TS S SS X SD
1Saya mengetahui senarai alat yang digunakan dalam
pematerian.0 2 11 37 3.7 1.92
2
Dalam bengkel elektronik saya, terdapat peralatan
pematerian seperti soldering iron, timah, breadboarddan komponen-komponen elektronik
1 3 20 26 3.42 1.85
3Peralatan pematerian didalam bengkel elektronik
berkeadaan baik.2 1 22 25 3.40 1.84
4 Saya boleh membaca litar elektronik dengan betul. 1 2 30 17 3.25 1.81
5Saya boleh menerangkan dan menterjemah litar
elektronik dengan tepat.1 4 21 24 3.36 1.83
6 Saya mahir dalam menyusun komponen elektronikdengan betul.
1 5 41 3 2.92 1.71
7Saya boleh mematri setiap kaki komponen
elektronik dengan cara yang betul.2 7 40 1 2.80 1.67
8Saya memahami cara pematrian yang diajar oleh
guru semasa kelas teori elektronik.1 8 39 2 2.84 1.69
9Saya mudah memahami teori yang di ajar oleh guru
semasa didalam kelas
2 6 23 19 3.18 1.78
10Saya akan bertanya kepada guru sekiranya
menghadapi masalah semasa mematri.1 5 24 20 3.26 1.81
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
16/23
16
Berdasarkan jadual 4.6, iaitu untuk mengenalpasti masalah pelajar teknik dalam
bidang elektronik dari segi perspektif kemahiran menterjemah litar dan mematri litar.Namun
begitu tiada masalah yang ketara yang dapat dikenalpasti dalam kalangan pelajar dan status
permasalahan adalah sederhana. (min= 3.2)
Ini kerana,majoriti pelajar mengetahui setiap peralatan yang digunakan dalam amali
elektronik (min=3.7).Peralatan yang disediakan dalam bengkel elektronik adalah agak
mencukupi contohnya soldering iron,breadboard dan komponen-komponen elektronik yang
lain.(min=3.42).Peralatan yang disediakan dalam bengkel elektronik juga berkeadaan baik
dan memuaskan.(min=3.4).Para pelajar juga boleh membaca litar elektronik dengan dengan
tahap yang sederhana.(min=3.25).
Selain itu,para pelajar juga mampu menerang dan menterjemahkan litar elektronik
dengan baik(min=3.36).Kemahiran pelajar dalam menyusun kaki komponen dengan betul
adalah dalam tahap yang sederhana(min=2.92) serta pelajar juga hanya berada pada tahap
sederhana apabila hendak memateri kaki komponen dengan cara yang betul (min=2.8).Para
pelajar juga memahami secara sederhan apa yang diajar oleh guru sewaktu kelas teori iaitu
mengenai cara pematerian yang betul(min=2.84).Para pelajar lebih memahami pembelajaran
teori yang dilaksanakan diadalam kelas(min=3.18).Para pelajar sering bertanyakan kepada
guru jika terdapat ketidakfahaman ketika proses amali (min=3.26)
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
17/23
17
4.4 CADANGAN YANG DIUSULKAN OLEH PELAJAR TERHADAP
KEKANGAN YANG DIHADAPI DALAM BIDANG ELEKTRONIK.
4.4.1 Penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kelengkapan
peralatan pematerian
Penambahbaikan adalah perkara penting dalam setiap penyataan masalah yang
dihadapi oleh setiap penyelidik. Bagi penyelidikan ini penyelidik perlu mengetahui atau
mendapatkan cadangan penambahbaikan supaya data yang dikumpulkan dan diselidik
mempunyai maklumat yang terperinci bagi tujuan penambahbaikan setiap penyataan
masalah.
Hasil yang diterima daripada cadangan yang diajukan oleh responden kebanyakannya
lebih kepada memberi cadangan penambahbaikan peralatan iaitu guru perlu menyediakan
peralatan yang baru ianya terdiri daripada 55% responden.
Seterusnya antara cadangan yang diajukan bagi memenuhi kelengkapan peralatan
pematerian adalah guru perlu memeriksa setiap peralatan pada setiap bulan supaya peralatan-
peralatan pematerian dapat dijaga dan disimpan dalam keadaan yang baik dan boleh
digunakan semula tanpa mempunyai sebarang kerosakan. Cadangan tersebut telah diajukanoleh seramai 20% responden keseluruhannya.
Manakala seramai 25% responden pula mengajukan cadangan supaya pihak
kementerian teknik dan vokasional perlu kerap memantau dan memeriksa peralatan
pematerian sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu bulan pihak kementerian perlu
memantau dan memeriksa peralatan.
Ianya bertujuan bagi menyelaraskan penggunaan dan jenis-jenis peralatan pematerian
mengikut apesifikasi yang ditetapkan. Justeru itu, pelajar dapat menghasilkan kerja yang
memuaskan apabila mereka melakukan tugasan yang diberikan oleh guru.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
18/23
18
4.4.2 Cadangan bagi meningkatkan kemahiran berikut:
4.4.2.1 Membaca litar
Kemahiran adalah major bahagian yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan pelajar
teknik. Pelajar teknik perlu menduduki subjek elektronik semasa di awal pengajian bagi
mengukuhkan kemahiran mereka. Justeru itu, pelajar teknikal perlu mahir dalam bidang
membaca litar kerana kemahiran membaca litar adalah asas kepada pematerian sesebuah litar.
Seramai 45% responden mencadangkan bahawa pelajar perlu membuat banyak
latihan yang diberikan oleh guru semasa dan selepas kelas supaya pelajar dapat mahir dengan
pelbagai jenis litar.
Manakala seramai 55% responden telah memberi cadangan bahawa pelajar perlu
mengadakan pembentangan dihadapan kelas supaya pelajar itu mudah memahami dan dapat
berkongsi bagaimana cara mudah untuk membaca litar.
Kesimpulannnya, kemahiran membaca litar ini perlu dikuasai oleh pelajar kerana
kemahiran seterusnya melibatkan kemahiran menterjemah litar elektronik kepada litar
skematik.
4.4.2.2 Menterjemah litar
Kemahiran menterjemah litar juga adalah kemahiran penting selepas pelajar mahir
dalam membaca litar kerana pelajar perlu menterjemah rajah litar elektronik kepada rajah
litar skematik.
Seramai 100% responden mencadangkan bahawa pelajar teknikal perlu lebih banyak
membuat latihan semasa dan selepas sesi pengajaran kerana kemahiran membaca litar ini
memerlukan kemahiran yang tinggi.
Kesimpulannya, kemahiran menterjemah litar perlu dikuasai oleh pelajar untuk
beralih kepada kemahiran seterusnya iaitu memateri litar.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
19/23
19
4.4.2.3 Memateri litar
Memateri litar addalah bahagian terbesar dan terpenting dalam pematerian kerana jika
komponen elektronik itu tidak dapat di pateri ianya tidak dapat berfungsi.
Seramai 20% responden mencadangkan supaya pelajar perlu menguasai bagaimana
cara untuk membaca litar dan menterjemah litar dahulu jika pelajar tersebut ingin mahir
dalam memateri litar. Hal ini adalah kerana pelajar tersebut dapat meningkat ilmu kemahiran
memateri secara berperingkat-peringkat.
Seramai 80% responden mencadangkan supaya pelajar perlu memateri lebih banyak
litar tanpa skema jawapan yang diberi, bermakna pelajar perlu berdikari dalam memateri litar
dan tidak meniru hasil kerja pelajar lain. Oleh itu, pelajar tersebut dalam meningkatkankemahiran memateri
4.4.2.4 Menyusun komponen
Seramai 53% responden mencadangkan supaya pelajar perlu mahir dalam mengenali
setiap komponen yang sedia ada, seterusnya seramai 47% responden mencadangkan supaya
guru perlu menerangkan dan mendedahkan kepada penyusunan komponen rajah litar
elektronik dan rajah litar skematik.
Kesimpulannya, pelajar teknikal perlu menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi di dalam mahupun diluar bengkel elektronik dengan baik
supaya mereka dapat meningkatkan mentality mereka sebagai persediaan di alam pekerjaan.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
20/23
20
4.4.3 Cadangan bagi meningkatkan tahap penyampaian guru terhadap subjek
pematerian
Hasil cadangan bagi meningkatkan tahap penyampaian guru terhadap subjek
pematerian ini guru perlu lebih kreatif dalam menyampaikan isi pengajaran terhadap subjek
pematerian, guru juga perlu meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap
subjek ini, sementara itu guru perlu kerap menghadiri seminar keguruan bagi menambahkan
ilmu penyampai seorang guru dan dalam pada masa yang sama guru juga perlu menarik
perhatian pelajar dengan alat bantu mengajar yang menarik dan moden.
Seramai 21% responden telah mengajukan cadangan iaitu guru perlu lebih kreatifdalam penyampaian isi pengajaran terhadap subjek pematerian supaya pelajar dapat
mendalami dan menguasai subjek ini sehingga ke akhir pengajian dan pelajar dapat
mengaplikasikannya semasa di alam pekerjaan.
Seterusnya, seramai 39% responden mencadangkan guru perlu meningkatkan
pengetahuan yang lebih mendalam terhadap subjek ini, sementara itu guru perlu kerap
menghadiri seminar keguruan bagi menambahkan ilmu penyampai seorang guru. Oleh yang
demikian ianya dapat meningkatkan kenyakinan guru tersebut dalam menyampaikan
pengajaran mereka.
Selain itu, guru juga perlu menarik perhatian pelajar dengan alat bantu mengajar yang
menarik dan moden seperti alat bantu mengajar yang berbentuk relia, 3 dimensi, bergerak,
dan dapat digunakan oleh pelajar untuk tujuan demostrasi kepada rakan yang lain. Cadangan
tersebut di cadangkan seramai 27% responden.
Cadangan responden dapat membantu penyelidik untuk menyelidik danmenambahbaikan tahap penyampaian seorang guru supaya dapat meniningkatkan pencapaian
sesebuah sekolah menengah teknik.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
21/23
21
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 PENGENALAN
Bab ini akan merangkumi ringkasan kajian, dapatan kajian dan perbincangan,
kesimpulan kajian dan implikasi kajian. Pada akhir bab ini akan diberikan beberapa cadangan
bagi penyelidikan selanjutnya yang boleh diselidik oleh penyelidik-penyelidik pada masa
hadapan.
5.1 PERBINCANGAN
Menurut data yang telah di analisis,kami dapati tahap penguasaan dikalangan pelajar
sekolah teknik dalam bidang elektronik dari perspektif menterjemah,melukis,memateri litar
adalah pada tahap sederhana.Hal ini kerana responden kajian adalah dari kalangan pelajar
tingkatan 5 SM Teknik Johor Bahru dan mereka telah mempelajari asas elektronik seperti
yang disebutkan sebelum ini.
Asas elektronik ini amat penting untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggiuntuk menjadikan mereka sebahagian daripada tenaga mahir dan separa yang
diperlukan.Menurut Abibullah(1994) yang menyatakan perkembangan industri di Malaysia
semangin membangun.Oleh hal yang demikian,pelajar-pelajar dari sekolah teknik ini dapat
memenuhi peluang pekerjaan yang diperlukan.Didapati murid bersikap positif untuk
melakukan sendiri amali dan tidak berharap pada murid lain untuk melakukan tugasan
tersebut.Hal ini kerana mereka juga mahir dalam membuat amali yang diberikan
Sehubungan dengan itu,masalah pelajar teknik dalam bidang elektronik dari segi
perspektif menterjemah,melukis dan memateri litar dapat dikenalpasti.namun begitu pelajar
sekolah teknik johor bahru kurang menghadapi masalah kerana infrastruktur dan juga
peralatan yang disediakan mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan sangat membantu.
Beberapa cadangan yang diusulkan terhadap kekangan yang dihadapi dalam bidang
elektronik adalah salah satunya dari segi infrastruktur,cara pengajaran guru tentang subjek
tersebut,serta kemahiran individu pelajar itu sendiri.
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
22/23
22
5.2 PENUTUP
Setelah kajian dilaksanakan,jelas membuktikan tahap penguasaan pelajar sekolah teknik
dalam bidang elektronik dari segi perspektif menterjemah,melukis dan memateri adalah tahap
yang memuaskan dan boleh dikategorikan dalam keadaan baik.Hal ini membuktikan bahawa
walaupun hanya 30% amali yang diterapkan dalam pembelajaran namun ia tetap memberi
kesan yang positif terhadap sistem pembelajaran di sekolah tersebut.Seterusnya,bagi objektif
kedua tiada permasalahan atau kekangan yang ketara yang dihadapi oleh para pelajar SMT
Johor Bahru.Berkemungkinan,hasil dapatan ini bergantung kepada latar belakang sekolah
tersebut yang merupakan sekolah kluster yang mudah untuk mendapatkan peruntukan dan
bantuan peralatan.Terakhir sekali,beberapa cadangan penambahbaikan telah diperolehi
daripada para pelajar yang telah menjawab soal selidik ini.
5.3 CADANGAN UNTUK PENYELIDIKAN AKAN DATANG
Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, penyelidik merasakan bahawa kajian
lanjutan perlu diteruskan untuk dapatkan hasil yang lebih mendalam mengenai kemahiran
pelajar sekolah teknik dalam bidang elektronik. Dalam kajian ini, penyelidik hanya
tertumpu pada sekolah sekolah sahaja. Untuk kajian yang akan datang, penyelidik
dicadangkan agar membuka skop sekolah lebih meluas untuk mendapatkan taburan pelajar
yang lebih berkualiti. Dengan menggunakan kaedah ini, hasil kajian akan menjadi lebih
meluas dan menyeluruh serta dapatan kajian lanjutan dapat digunakan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Unit Teknikal Jabatan Pendidikan Negeri dan semua sekolah
yang menawarkan mata pelajaran asas elektronik bagi tujuan peningkatan mutu pengajaran
dan pembelajaran amali pematerian serta boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap pelajar.
Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian perlu lebih lama
supaya hasil kajian yang lebih terperinci. Hal ini kerana, kajian yang dilakukan untuk
permasalahan perlu mengambil masa bagi mengkaji masalah tersebut dan mendapatkan
progres yang berterusan. Justeru itu, kajian yang dilaksanakan dalam jangka masa sekurang-
kurangnya satu tahun dapat menghasilkan hasil kajian yang lebih baik. Seterusnya, responden
yang lebih ramai diperlukan bagi melakasanakan kajian lanjutan supaya kesahan kajian lebih
tepat dan mempunyai kesahihan yang tinggi supaya hasil kajian yang diperolehi dapat di
pastikan nilainya. Dalam pada masa yang sama, responden yang lebih ramai dapat membantu
8/10/2019 tahap penguasaan kemahiran menterjemah, melukis dan memateri dalam bidang elektronik
23/23
meningkatkan penambahbaikan kepada penyataan masalah yang dihadapi oleh penyelidik di
masa akan datang.
Akhir sekali, instrumen yang digunakan perlu diperbanyakkan lagi supaya
penyelidikan dapat di jalankan dengan lebih terperinci dan penyelidik dapat mengumpul dan
mengkaji lebih banyak persoalan apabila menjalankan kajian. Dengan membekalkan soalan
dan pelbagai jenis instrumen yang berbeza-beza, penyelidik dapat mengakhiri kajian
berdasarkan data analisis yang dikaji. Konklusinya, dapatan kajian ini disenaraikan bagi
menambahbaikan kajian ini pada masa akan datang oleh pengkaji lain. Justeru itu, harapan
penyelidik terhadap penyelidikan ini adalah supaya penyelidikan ini dapat diteruskan oleh
generasi akan datang.