TANAMAN TANAMAN SAYURANSAYURAN
Jenis Sayuran
Penyediaan Tapak
Penanaman
Penjagaan
Pungutan Hasil
Giliran Tanaman
■ Sayuran jenis buah ialah sejenis sayuran di mana bahagian buahnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan.
■ Contoh sayuran jenis buah ialah seperti labu, terung, bendi, peria dan timun.
Jenis SayuranBuah
■ Sayuran jenis akar ialah sejenis sayuran di mana bahagian akarnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan.
■ Contoh sayuran jenis akar ialah seperti lobak merah, keledek, keladi, kentang dan sengkuang.
Jenis SayuranAkar
■ Sayuran jenis daun ialah sejenis sayuran di mana bahagian daunnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan.
■ Contoh sayuran jenis daun ialah seperti kangkung, sawi, kobis, sawi putih dan kailan.
Jenis SayuranDaun
■ Sayuran jenis kekacang ialah sejenis sayuran di mana bahagian kekacangnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan.
■ Contoh sayuran jenis kekacang ialah seperti kacang panjang, kacang pis, kacang botol dan kacang buncis .
Jenis SayuranKekacang
■ Sayur-sayuran adalah salah satu sajian penting dalam pemakanan seimbang.
■ Sayuran membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat.
■ Antara nutrien yang dibekalkan oleh sayur-sayuran ialah protein, karbohidrat, vitamin dan garam mineral.
■ Kita perlu makan pelbagai jenis sayur untuk mendapatkan vitamin yang mencukupi. Ini kerana sayuran yang berlainan jenis mengandungi vitamin yang berlainan.
Fungsi Sayuran Dalam Diet
Nutrien Fungsi Sayuran
Protein▪ Membaiki pertumbuhan
badan dan membaiki tisu yang rosak
Kacang panjang, kacang soya, kacang tanah
Karbohidrat
▪ Membekalkan haba dan tenaga
▪ Membantu kesihatan dan mencegah penyakit
Ubi kentang, ubi keledek
Vitamin▪ Memelihara kesihatan
dan mencegah penyakit
Sawi, bayam, lobak merah, tomato dan kangkung
Garam Mineral
▪ Memelihara kesihatan tubuh
Kekacang
Nutrien Dalam Sayuran Dan Fungsinya
■ Jenis tanah daripada tanah loam yang subur yang mengandungi bahan organik yang tinggi.
■ Tapak tanaman hendaklah rata supaya masalah hakisan tanah dapat dikurangkan dan tanaman mudah diusahakan
■ Tapak tanaman berdekatan dengan sumber air seperti perigi, sungai, parit dan paip air.
■ Tapak tanaman terletak di kawasan lapang dan jauh daripada lindungan pokok-pokok besar dan bangunan tinggi kerana cahaya matahari yang banyak sangat diperlukan oleh sayuran untuk hidup subur.
■ Tapak tanaman mestilah berdekatan dengan jalan raya dan bandar untuk memudahkan pengangkutan hasil-hasil tanaman.
Kenalpasti TapakCiri-ciri Tapak Yang Sesuai
■ Skala pH digunakan untuk menguji dan menyukat kandungan asid dalam tanah.
■ Julat 0 -14 digunakan untuk mengukur nilai pH bagi tanah.
■ Skala pH berfungsi untuk menentukan kandungan asid tanah sama ada:▪ Berasid - nilai pH kurang daripada 7▪ Neutral - nilai pH tepat pada 7▪ Beralkali - nilai pH lebih daripada 7
Menguji pH Tanah
Asid AlkaliNeutral
Menguji pH Tanah■ Alat yang digunakan untuk mengukur
pH tanah ialah meter pH.■ Kebanyakan tanah di negara kita
adalah jenis berasid kerana nilai pHnya kurang daripada 7 (antara pH4 hingga pH5).
■ Tanah berasid tidak sesuai untuk sayuran kerana kekurangan nutrien.
■ Nilai pH yang sesuai untuk tanaman sayuran ialah pH5.5 hingga pH6.5
Meter pH
Langkah-langkah:■ Kenal pasti tapak penanaman sayuran.■ Masukkan 10 g sampel tanah ke dalam bikar.■ Tambahkan 10 ml air suling ke dalam bikar dan
kacau.■ Biarkan campuran itu selama 10 minit.
Menguji pH Tanah
Bikar
TanahAir SulingBikar berisi
10 g tanah
Langkah-langkah:■ Kacau campuran itu dengan rod kaca sehingga
rata. ■ Tentu ukuran bacaan meter pH dengan air suling.■ Masukkan kepala meter pH ke dalam campuran
tersebut. ■ Biarkan bacaan meter pH stabil, kemudian
catatkan bacaan meter.
Menguji pH Tanah
Meter pH
Elektrod
Rod Kaca
Campuran Air Suling dan
Tanah
Membersih Tapak■ Kerja membersihkan
tapak dilakukan setelah mengenalpasti tapak penanaman
■ Pokok kecil dan belukar hendaklah ditebas, dikumpulkan, dan dibakar.
■ Tunggul-tunggul kayu dan akar hendaklah dikeluarkan.
■ Tumbuhan daun hijau seperti rumpai yang dipotong, dikumpulkan untuk dijadikan kompos.
Menggembur Tanah
■ Kerja menggemburkan tanah dimulakan setelah selesai kerja membersihkan tapak Menggembur bermaksud menghancurkan tanah supaya menjadi ketulan kecil dan sesuai untuk percambahan biji benih
■ Kerja menggembur tanah dapat dilakukan dengan menggunakan cangkul atau jentera bergantung kepada saiz tapak tanaman.
■ Tanah biasanya digembur sedalam 30cm
■ Penggemburan tanah membantu membunuh mikroorganisma yang berbahaya pada tanaman sayur-sayuran. Tanah dibiarkan selama seminggu supaya kapur yang telah ditabur dapat bertindak balas.
■ Tujuan utama kerja menggemburkan tanah ialah untuk memperbaiki pengudaraan tanah, saliran, dan membuang akar-akar rumpai.
Menggembur Tanah
Membina Batas■ Kerja membina batas dilakukan setelah kerja
menggembur■ Batas dibina dengan menggunakan cangkul
dan jentera kecil■ Batas dibina bertujuan untuk mengelakkan
tanah daripada ditakungi air, memudahkan kerja-kerja penjagaan dan untuk mengelakkan tapak tanaman daripada dipijak.
■ Membaja asas dilakukan setelah batas siap dibina■ Baja yang digunakan ialah baja organik atau baja
kompos■ Baja organik ditabur dipermukaan batas dan
diratakan dengan pencakar■ Kerja-kerja membaja pada peringkat ini dipanggil
pembajaan asas■ Baja organik yang telah mereput digunakan kerana
bajanya tidak mengandungi biji benih rumpai
Membaja Asas
■ Batas yang siap dibina perlu disungkup dengan pelepah kelapa, rumput kering atau plastik politena.
■ Tujuan sungkupan ialah untuk mengelakkan hakisan, merendahkan suhu tanah, melembapkan tanah dan menghalang tumbesaran rumpai.
Meletak Sungkupan
■ Batas dibiarkan selama seminggu sebelum aktiviti menanam dijalankan.
■ Varieti – pilih sayuran yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu.
■ Daya tahan (resistans) – pilih sayuran yang mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit.
■ Kesesuaian iklim – pilih sayuran yang sesuai dengan iklim setempat.
■ Nilai pasaran – sayuran yang dipilih mesti mempunyai nilai pasaran yang baik.
Memilih Jenis Sayuran
Sifat-sifat benih yang baik ialah:
■ Bernas■ Cukup matang■ Bebas daripada perosak dan penyakit■ Bebas daripada biji benih rumpai■ Bersaiz normal
Memilih Biji Benih
■ Biji benih sayur-sayuran yang telah dipilih dapat diuji peratus atau kadar percambahannya.
■ Biji benih yang telah dipilih seharusnya mempunyai percambahan yang tinggi
■ Peratus percambahan biji benih dapat ditentukan dengan membuat ujian sebelum menyemainya
Menguji Peratusan Percambahan
■ Letakkan 20 biji benih di atas piring petri beralaskan kapas.
■ Lembapkan kapas dengan air suling.■ Tutup piring petri dan biarkan biji benih beberapa
hari sehingga bercambah.■ Lembapkan kapas dari masa ke semasa.■ Catatkan bilangan biji benih bercambah selepas
lima hari.■ Kira peratus percambahan dengan formula.
Langkah-Langkah Menguji Peratus Percambahan
Biji BenihBercambah
Biji Benih
Piring Petri
■ Kira peratus percambahan dengan formula:
Langkah-Langkah Menguji Peratus Percambahan
Bilangan yang bercambahJumlah biji benih yang disemai
% Percambahan = x 100
Biji BenihBercambah
Biji Benih
Piring Petri
Kapas Lembap
1. Sediakan tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1
2. Tapis ketiga-tiga bahan medium untuk mengasingkan bahan yang tidak dikehendaki.
3. Sukat medium dengan baldi kecil4. Longgokkan ketiga-tiga bahan tersebut.5. Gaulkan semua bahan itu dengan skop6. Isikan medium ke dalam bekas semaian
Pasir sungai
Bahan organik
Tanah loam
Menyedia Medium Semaian
Menyedia Medium Semaian
Kotak semaian yang berisi medium semaian
Terdapat Tiga Kaedah Menyemai Biji Benih iaitu:1. Menyemai terus ke batas bagi biji benih besar saperti
kacang panjang,labu dan peria.2. Menyemai di dalam kotak semaian, kemudian diubah
ke batas penanaman bagi biji benih kecil seperti terung, tomato dan cili.
3. Menyemai biji benih halus di batas, campurkan dengan pasir halus (untuk taburan yang sekata) sebelum ditabur. Contohnya ialah benih sawi.
Menyemai Biji Benih
Menyemai biji benih secara terus di semaian:
1. Bersihkan bekas semaian
2. Tutup lubang saliran denan serpihan batu kecil atau pasu. Perhatikan Rajah A.
3. Isikan medium semaian sehingga 2 cm dari
permukaan kotak semaian .
4. Ratakan permukaan medium semaian
5. Tabur biji benih dengan di atas permukaan medium.
Menyemai Biji Benih
A B C
6. Tutup biji benih dengan selapisan nipis medium.Perhatikan Rajah B.
7. Siram medium semaian dan tutup permukaan kotak semaian dengan plastik politena yang lutsinar.Perhatikan Rajah C.
8. Letakkan kotak semaian di tempat teduh
Menyemai Biji Benih
A B C
Menyemai Biji Benih
Anak benih yang tumbuh dalam kotak semaian
■ Mengubah bermaksud memindahkan anak benih dari kotak semaian ke batas tetap.
■ Mengubah anak benih sayuran boleh dilakukan setelah mengeluarkan 4-5 helai daun. Anak benih perlu menjalani proses pengerasan untuk menyesuaikan anak benih dengan persekitaran luar dan mengurangkan renjatan perubahan.
■ Pengerasan dilakukan dengan mengurangkan siraman dan naungan secara beransur-ansur.
■ Proses penjarangan dan mengubah boleh dilakukan serentak iaitu mengurangkan anak benih yang tumbuh lebih dari satu kepada lubang penanaman yang tidak tumbuh.
Mengubah Anak Benih
1. Siram kotak semaian sehingga medium di dalamnya lembab.
2. Tandakan lubang penanaman dengan jarak yang sesuai di atas batas.
3. Gali lubang sedalam 8-10 cm.4. Gunakan sudip tangan untuk
mengeluarkan anak benih bersama segumpal tanah. Lihat gambar A dan B.
5. Tanam anak benih di dalam lubang penanaman dan padatkan . Lihat gambar C.
6. Siram dan beri teduhan pada anak benih yang baru diubah.
Mengubah Anak Benih
Tekan
A
B
C
Mengubah Anak Benih
■ Sayuran memerlukan air yang cukup untuk tumbesaran. Air diperlukan untuk melarutkan nutrien supaya mudah diserap oleh akar sayuran.
■ Sayuran perlu disiram dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang.
■ Sistem pemercik air digunakan dikebun sayuran yang luas. Bekas penyiraman yang berlubang halus boleh digunakan di kebun sayuran yang kecil
Menyiram
■ Merumput ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh di batas sayuran.
■ Merumput dapat mengelakkan persaingan antara sayur-sayuran dengan rumpai dalam mendapatkan air, nutrien, cahaya matahari dan ruang.
Merumput
■ Merumput dapat memusnahkan habitat perosak dan agen penyakit.
■ Merumput dilakukan dengan tangan, serampang tangan dan tajak.
■ Menggembur ialah kerja menghancurkan tanah kepada ketulan kecil bagi memudahkan air meresap ke dalam tanah.
■ Menggembur dapat membaiki saliran dan pengudaraan tanah.
■ Menggembur tanah dilakukan menggunakan serampang tangan atau tajak.
Menggembur Tanah
■ Membaja dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sayuran.
■ Baja yang biasa digunakan ialah baja kimia dan baja organik.
■ Baja organik dihasilkan daripada sisa tumbuhan dan haiwan yang reput seperti kompos, najis haiwan dan sebagainya.
■ Baja dapat membaiki struktur tanah serta membekalkan nutrien.
■ Kerja membaja dilakukan 2 – 3minggu sekali mengikut kadar yang disyorkan.
Membaja
Membaja■ Baja kimia membekalkan nutrien dengan cepat. Baja
tunggal membekalkan satu atau dua nutrien, seperti baja urea dan potasy minurat. Baja sebatian pula mengandungi tiga jenis nutrien yang lengkap seperti baja NPK.
■ Membolehkan pokok mendapatkan cahaya matahari.
■ Mengelakkan pokok daripada menjalar ke merata tempat.
■ Memudahkan kerja-kerja penjagaan dan memungut hasil.
■ Mengelakkan daripada tumbang.
Memberi Sokongan
Sokongan diperlukan oleh sayuran memanjat, melilit atau yang berbatang lemah seperti timun, peria, kacang panjang dan tomato. Tujuannya adalah untuk:
Jenis sokongan Jenis sayuran
JunjunganKacang panjang, kacang buncis
Para
Timun, peria, petola
Berpagar
Tomato
Memberi Sokongan
Memberi Sokongan
Junjung Para
Pagar
Contoh Jenis Sokongan
■ Mengamalkan tanaman giliran.■ Mengamalkan sanitasi ladang dengan
memusnahkan tempat tinggal dan tempat membiak haiwan perosak.
■ Memungut haiwan perosak seperti siput dengan tangan dan menghapuskannya.
■ Mengamalkan kawalan biologi iaitu penggunaan pemangsa semulajadi haiwan perosak.
■ Menggunakan baka resistans. ■ Mengelakkan kecederaan pada pokok yang akan
menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria.
Mengawal Perosak dan Penyakit
Haiwan perosak
Bahagian yang diserang
Cara mengawal
Ulat beluncas Daun dan putik buah Sembur racun serangga
Siput babi Makan batang lembut dan pucuk muda
Guna umpan beracun
Belalang Makan daun, bunga dan anak benih
Sembur racun serangga
Kumbang Makan daun muda dan anak benih
Sembur racun serangga
Kutu daun Menghisap air daun Sembur racun serangga
Mengawal Perosak Secara Kimia
KumbangBelalangSiput babiKutu daun
Ulat beluncas
Penyakit Punca Tanda-tanda Kawalan
Melecuh anak benih
Kulat Anak benih layu dan mati
- Sembur racun serangga
- Kurangkan siraman
Bintik daun Kulat Daun berbintik perang
- Sembur racun serangga- Tanaman giliran
Layu bakteria
Bakteria Salur xilem mereput, urat daun hitam, pokok layu dan mati
- Tanam baka tahan
penyakit
Karat batang
Kulat Tompok kuning keperangan, daun gugur.
- Sembur racun kulat
Mengawal PenyakitSecara Kimia
■ Kualiti sayuran rendah jika dipungut terlalu awal manakala pungutan yang lewat menyebabkan nilainya turun kerana wujud serat kasar pada daun.
■ Sayuran yang dimakan segar perlu dipungut semasa muda dan jika hendak dijadikan benih ia perlu dipungut apabila cukup matang.
■ Masa memungut paling sesuai ialah pada awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkannya layu.
Jenis Sayuran
Tomato Cili SengkuangKacang panjang
Tempoh Memungut
12 minggu
16-18 minggu
20-24 minggu
6-8 minggu
Cara Memungut
Memetik Memetik Menggali Memetik
Tempoh Menuai
■ Memungut hasil harus dilakukan dengan teliti dan cermat untuk mengelakkan sayuran tercedera atau rosak.
■ Cara memungut hasil ialah memotong, memetik, mencabut atau menggali.
Memungut Hasil
■ Untuk mengurangkan kemerosotan kualiti dan kerosakan sayuran selepas dipungut, kerja pengendalian lepas tuai perlu dilakukan.
■ Kerja pengendalian ialah pembersihan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan sementara.
■ Sayuran jenis ubi dan daun hendaklah dibasuh untuk membuang tanah dan pasir manakala bahagian rosak dan akar perlu dibuang.
■ Sayur perlu digred untuk menentukan harga jualan. Sayuran digredkan mengikut saiz, rupa, kualiti, warna, kematangan dan jenisnya.
■ Sayuran dibungkus untuk mengekalkan kesegaran dan mencegah kerosakan semasa proses penghantaran.
■ Penyimpanan sementara penting untuk mengelakkan sayuran menjadi layu sebelum di pasaran.
Mengendalikan Hasil
Mengendalikan Hasil
Pembersihan Penggredan
Penyimpanan Sementara
Pembungkusan
Giliran tanaman bermaksud menanam tanaman secara bergilir-gilir dalam satu kawasan yang sama selepas sesuatu musim penanaman.
Maksud Giliran Tanaman
AkarBuah
Kekacang
Daun
■ Amalan giliran tanaman di tapak yang sama mengikut jenis sayuran lebih menguntungkan.
■ Sayuran memerlukan nutrien dan kedalaman penembusan akar yang berbeza.
■ Membantu penyerapan nutrien yang sekata.■ Sayuran kekacang berupaya mengikat nitrogen dari
udara yang dibantu oleh bakteria ‘Rhizobium’ yang terdapat pada nodul akar. Ini menjimatkan pembajaan nitrogen di kawasan penanaman.
■ Giliran tanaman dapat mengawal haiwan perosak dan penyakit.
■ Tanaman yang sama jenis setiap masa akan membantu pembiakan populasi perosak.
Kebaikan Giliran Tanaman
SEKIANSEKIANSEKIANSEKIAN