JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
BIL PELAN FIZIKAL PENERANGAN
1. Susunan meja Meja berbentuk U digunakan dalam bilik darjah prasekolah bertujuan untuk
mengelakkan kanak-kanak daripada tercedera kerana kanak-kanak pada tahap
ini iaitu tahap operasi konkrit sangat aktif. Jika menggunakan meja yang
mempunyai bucu kemungkinan akan mendatangkan bahaya. Meja ini disusun
secara kelompok untuk memudahkan kanak-kanak berinteraksi semasa sesi
pembincangan.
Bilik darjah yang direka bersesuaian dengan bilangan murid Prasekolah
seramai 25 orang. Meja dan kerusi disusun dalam bentuk kumpulan. Terdapat
5 buah meja dan 25 buah kerusi yang disediakan untuk kelas ini. Meja dan
kerusi yang disediakan bagi murid juga bersesuaian dengan ketinggian
semasa murid ketika ini. Murid akan duduk mengikut tahap pencapaian dan
kemahiran yang mereka telah sedia ada peroleh seperti kemahiran membaca,
menulis dan mengira.
2. Meja guru Di dalam pelan ini meja guru diletakkan di dua tempat yang berbeza kerana
ingin memudahkan guru untuk mengawal kelas prasekolah. Meja guru
diletakkan di depan sudut kerusi dan meja kanak-kanak prasekolah kerana ini
memudahkan guru untuk memantau perlakuan dan kerja murid di samping
guru mudah melihat aktiviti murid ketika di dalam kelas.
Meja yang kedua pula diletakkan di bersebelahan morning circle. Meja ini
merupakan meja kerja guru dan di sini juga terdapat fail-fail rekod
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
perkembangan murid. Meja ini diletakkan di sini kerana ini dapat memudahkan
guru untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan guru untuk menyemak fail-
fail murid.
3. Skrin LCD dan
Televisyen
LCD diletakkan di bahagian sudut dan bersebelahan dengan pintu utama, ini
bagi memudahkan murid untuk melihat tanpa gangguan perabot lain. Projektor
pula digantung di siling bagi mengelakkan penglihatan murid terganggu.
Skrin LCD juga disediakan dalam bilik darjah supaya pembelajaran menjadi
lebih afektif dan menarik. Peggunaan LCD dapat mengelakkan kanak-kanak
daripada berasa mengantuk kerana mempunyai gambar dan animasi yang
lebih menarik. Televisyen diletakkan bersebelahan dengan skrin LCD di
hadapan ruangan perbualan pagi. Murid-murid dibenarkan menonton TV pada
waktu pagi selepas perbualan pagi dan juga waktu pulang sementara
menunggu kedatangan ibu bapa mereka.
4. Meja komputer Sebanyak tiga buah komputer disediakan dan diletakkan berhampiran dengan
rak buku dibahagian belakang. Komputer disediakan dalam bilik darjah
prasekolah supaya kanak-kanak dapat belajar sendiri dan
memperkembangkan motor halus mereka melalui pergerakan jari pada papan
kekunci serta untuk melahirkan kanak-kanak yang celik IT pada masa akan
datang. Malah, kanak-kanak dapat meneroka dan berdikari dalam
pembelajaran.
Menayangkan gambar yang jelas, animasi yang menarik, memainkan video
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
dan sebagainya.
Mudah digunakan kerana pengendalian komputer ini adalah secara manual.
5. Kabinet fail dan buku
murid
Kabinet fail dan buku murid diletakkan dibelakang meja guru dipenjuru sebelah
kiri bilik darjah. Kabinet ini diletakkan di belakang meja guru bagi memudahkan
guru untuk menyimpan hasil kerja murid dalam fail, menyimpan maklumat
peribadi murid dan boleh mencapai fail tersebut pada bila-bila masa yang
diinginkan.
Terdapat dua rak buku di dalam kelas ini iaitu sebuah di ruang rehat. Buku di
ruang ini terdiri daripada buku-buku cerita, “bigbook”, buku kerja dan buku
aktiviti murid. Rak buku ini dibina bersesuaian dengan tahap ketinggian murid
dan senang untuk mereka mencapainya. Susunan rak buku dibuat sedemikian
rupa adalah untuk memudahkan murid mencapai buku yang ingin dibaca.
6. Rak buku dan
perpustakaan mini
Rak buku diletakkan di bahagian belakang bilik darjah. Kawasan rak buku
merupakan ruang santai kerana pada ruangan tersebut juga disediakan
sebuah meja untuk murid menjalinkan hubungan sosial serta membaca buku-
buku yang telah disediakan. Rak buku ini diletakkan berhampiran dengan
tingkap bertujuan untuk mendapatkan pencahayaan yang baik ketika murid-
murid membaca.
900mm
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
7. Pintu masuk dan pintu
keluar
Terdapat tiga pintu di dalam pelan bilik darjah kelas ini. Pintu utama diletakkan
di hadapan kelas iaitu berhampiran dengan morning circle dan bilik ketrampilan
diri. Pintu kedua dan ketiga diletakkan berhampiran dapur kerana pintu ini
merupakan pintu keluar masuk murid ketika hendak mencuci tangan apabila
selesai melakukan aktiviti seperti menanam. Pintu yang ketiga diletakkan
berdekatan dengan bilik sakit kerana ini akan menyenangkan keluarga untuk
melawat anak mereka. Pintu diletakkan di kawasan ini kerana ianya sesuai
dengan tempat dan fungsinya. Pintu juga dapat memberikan cahaya dan
siatem pengudaraan yang baik kepada murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
8. Peti sejuk Setiap bilik darjah prasekolah akan dilengkapi dengan sebuah peti sejuk. Peti
sejuk ini ditempatkan di bahagian dapur bersebelahan dengan rak menyimpan
pinggan mangkuk.
9. Katil Katil merupakan salah satu keperluan yang perlu ada di dalam bilik darjah
prasekolah. Oleh itu, katil juga turut disediakan di prasekolah dan diletakkan
berdekatan dengan perpustakaan mini kerana sesuai dengan suasana pesakit
yang memerlukan suasana yang tenang.
Katil yang selesa dan sesuai untuk kanak-kanak berehat atau berasa kurang
sihat sementara menunggu masa untuk pulang.
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
10. Dapur dan gas Bilik darjah dilengkapi sebuah dapur dan gas supaya PPM dapat memasak
untuk menyediakan makanan kepada murid-muridnya. Dapur ini diletakkan
berdekatan dengan singki .
11. Kabinet Untuk menjadikan bahagian dapur lebih kemas, bilik darjah ini memasang
kabinet pada bahagian atas. Ini bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak
daripada membuka kabinet tersebut dan mencapai peralatan yang
kemungkinannya boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti pisau,
barangan yang diperbuat daripada kaca dan sebagainya.
12. Meja makan kanak-kanak Meja makan kanak-kanak diletakkan diruang makan bersebelahan dengan
ruang dapur. Meja makan tidak diletakkan diruang dapur kerana ruang dapur
agak padat dan mengelakkan kanak-kanak berhimpit ketika makan. Saiz meja
makanan kanak-kanak adalah kecil dan bersesuaian dengan umur mereka.
Ini bagi memudahkan pergerakan murid ke sinki di dapur untuk membasuh
tangan sebelum dan selepas makan. Di samping itu, dapat memudahkan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) semasa penyediaan makanan
13. Sudut permainan Sudut permainan diletakkan di bilik ketrampilan diri. Ia bagi memudahkan murid
untuk melakukan aktiviti seperti bercerita.
900
mm
3000
mm
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
14. Peti kecemasan Peti kecemasan merupakan satu keperluan yang sangat penting di dalam bilik
darjah. Peti kecemasan diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak dapat
dicapai oleh murid tetapi mudah di capai oleh guru
Diletakkan di bilik sakit supaya guru senang untuk merawat kanak-kanak
15. Sinki Bilik darjah ini mempunyai lima sinki. Empat sinki tersebut berada di dapur. 1
lagi berada di dapur khas untuk pembantu.
Sinki yang berada di dalam tandas adalah untuk kegunaan kanak-kanak. Sinki
ini bersaiz kecil dan rendah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.
16. Alat pemadam api Setiap prasekolah dibekalkan lebih kurang dua alat pemadam api bagi
keselamatan kanak-kanak. Alat ini diletakkan di ruang dapur dan di hadapan
pintu utama bagi memudahkan guru untuk bertindak jika mempunyai
kecemasan
17. Tandas Terdapat empat tandas di dalam kelas prasekolah ini. Tandas ini mengikut
standard kelas prasekolah iaitu nisbah 1 tandas 10 orang (1:10). Tandas ini
diletakkan berhampiran dengan ruang dapur untuk memberi kesenangan
kepada murid ketika mereka hendak ke tandas atau mencuci tangan selepas
mereka makan. Tandas ini juga di bina bersesuaian dengan saiz kanak-kanak
dan mengambil kira aspek keselamatan. Tandas ini juga berdekatan dengan
bilik sakit untuk memberi kesenangan kepada kanak-kanak ketika mereka tidak
sihat.
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
18. Tingkap Cemin tingkap bersifat lutsinar dan membolehkan kanak-kanak melihat
pemandangan di luar kelas.
Tingkap juga memberi pencahayaan pada ruang di dalam kelas prasekolah.
guru tidak perlu membuka lampu pada waktu siang hari.
Bilik darjah prasekolah mempunyai lapan buah tingkap. Tingkap yang
digunakan adalah tingkap jenis gelap atau dikenali dengan frosted tinted.
Tingkap ini mengurangkan mengurangkan haba masuk dengan berlebihan dan
keadaan bilik darjah tidak akan terlalu panas jika tidak menggunakan pendingin
hawa.
19. Cermin Cermin berbingkai selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.
Cermin ini dilekatkan di dinding supaya murid tidak terlanggar cermin ini
semasa bermain.
20. Tong sampah Bersifat mudah digunakan oleh kanak-kanak untuk membuang sampah. Ianya
mempunyai penutup yang mudah ditutup dengan sendirinya.
Tong sampah ini juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Namun, tong
sampah ini dapat memuatkan sampah yang banyak dalam satu-satu masa
tertentu.
21. Penghawa dingin Merupakan alat untuk memberi kedinginan kepada penghuni yang berada di
dalam kelas tersebut.
Penghawa dingin merupakan alat yang tidak merbahaya jika dibandingkan
dengan penggunaan kipas siling. Penghawa dingin dipasang pada ruang
utama yang mana ianya merupakan ruang yang biasa dikunjungi oleh kanak-
1000.0 mm x1000.0 mm
900mm
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
kanak. Ruang yang terdapat penghawa dingin adalah ruang belajar yang mana
disitu merupakan ruang yang mempunyai ruangan sampingan iaitu ruang ICT,
ruang menonton televisyen, ruang kerja guru dan banyak lagi.
22. Morning circle Permaidani diletakkan di ruang ini bagi keselesaan murid dan guru. Ruang ini
biasa digunakan pada awal pagi dan murid akan duduk bersila secara teratur.
Aktiviti riadah dan pembelajaran secara santai boleh dijalankan di ruang
morning circle ini.
23. Ruang Istirehat Sofa diletakkan bersebelahan dengan bilik ketrampilan diri. Ia bagi
memudahkan ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru atau membuat
perbincangan, bolehlah menggunakan sofa yang meja yang disediakan.
Selain itu, sofa ini juga digunakan oleh murid-murid semasa waktu istirehat. Ini
akan memberikan keselesaan kepada murid dan membuatkan murid berasa
seperti berada di rumah mereka sendiri.
24. Papan putih Papan putih diletakkan di sudut hadapan ruang pembelajaran iaitu di tengah-
tengah dinding untuk memudahkan semua murid melihat apa yang guru tulis.
Selain itu, papan putih ini juga mudah dicapai oleh murid untuk mereka menulis
di atas papan putih apabila diminta berbuat demikian oleh guru.
Papan putih ini boleh digerakkan dan berberbentuk fleksibel.
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH
25. Time out Meja time out diletakkan bersebelahan dengan meja guru. Hal ini bagi
memudahkan guru mengawasi kanak-kanak yang nakal serta memberi
bimbingan kepada pelajar yang lemah.
26. Ruang muzik Ruang muzik diletakkan bersebelahan dengan bilik tetamu .
Ruang muzik ini diadakan supaya kanak-kanak dapat menghiburkan diri serta
cara pengajaran guru juga boleh berdarkan kepada nyanyian.