Top Banner
JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH BIL PELAN FIZIKAL PENERANGAN 1. Susunan meja Meja berbentuk U digunakan dalam bilik darjah prasekolah bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada tercedera kerana kanak-kanak pada tahap ini iaitu tahap operasi konkrit sangat aktif. Jika menggunakan meja yang mempunyai bucu kemungkinan akan mendatangkan bahaya. Meja ini disusun secara kelompok untuk memudahkan kanak-kanak berinteraksi semasa sesi pembincangan. Bilik darjah yang direka bersesuaian dengan bilangan murid Prasekolah seramai 25 orang. Meja dan kerusi disusun dalam bentuk kumpulan. Terdapat 5 buah meja dan 25 buah kerusi yang disediakan untuk kelas ini. Meja dan kerusi yang disediakan bagi murid juga bersesuaian dengan ketinggian semasa murid ketika ini. Murid akan duduk mengikut tahap pencapaian dan kemahiran yang mereka telah sedia ada peroleh seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira. 2. Meja guru Di dalam pelan ini meja guru diletakkan di dua tempat yang berbeza kerana ingin memudahkan guru untuk mengawal
13

Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

Dec 05, 2014

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

BIL PELAN FIZIKAL PENERANGAN

1. Susunan meja Meja berbentuk U digunakan dalam bilik darjah prasekolah bertujuan untuk

mengelakkan kanak-kanak daripada tercedera kerana kanak-kanak pada tahap

ini iaitu tahap operasi konkrit sangat aktif. Jika menggunakan meja yang

mempunyai bucu kemungkinan akan mendatangkan bahaya. Meja ini disusun

secara kelompok untuk memudahkan kanak-kanak berinteraksi semasa sesi

pembincangan.

Bilik darjah yang direka bersesuaian dengan bilangan murid Prasekolah

seramai 25 orang. Meja dan kerusi disusun dalam bentuk kumpulan. Terdapat

5 buah meja dan 25 buah kerusi yang disediakan untuk kelas ini. Meja dan

kerusi yang disediakan bagi murid juga bersesuaian dengan ketinggian

semasa murid ketika ini. Murid akan duduk mengikut tahap pencapaian dan

kemahiran yang mereka telah sedia ada peroleh seperti kemahiran membaca,

menulis dan mengira.

2. Meja guru Di dalam pelan ini meja guru diletakkan di dua tempat yang berbeza kerana

ingin memudahkan guru untuk mengawal kelas prasekolah. Meja guru

diletakkan di depan sudut kerusi dan meja kanak-kanak prasekolah kerana ini

memudahkan guru untuk memantau perlakuan dan kerja murid di samping

guru mudah melihat aktiviti murid ketika di dalam kelas.

Meja yang kedua pula diletakkan di bersebelahan morning circle. Meja ini

merupakan meja kerja guru dan di sini juga terdapat fail-fail rekod

Page 2: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

perkembangan murid. Meja ini diletakkan di sini kerana ini dapat memudahkan

guru untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan guru untuk menyemak fail-

fail murid.

3. Skrin LCD dan

Televisyen

LCD diletakkan di bahagian sudut dan bersebelahan dengan pintu utama, ini

bagi memudahkan murid untuk melihat tanpa gangguan perabot lain. Projektor

pula digantung di siling bagi mengelakkan penglihatan murid terganggu.

Skrin LCD juga disediakan dalam bilik darjah supaya pembelajaran menjadi

lebih afektif dan menarik. Peggunaan LCD dapat mengelakkan kanak-kanak

daripada berasa mengantuk kerana mempunyai gambar dan animasi yang

lebih menarik. Televisyen diletakkan bersebelahan dengan skrin LCD di

hadapan ruangan perbualan pagi. Murid-murid dibenarkan menonton TV pada

waktu pagi selepas perbualan pagi dan juga waktu pulang sementara

menunggu kedatangan ibu bapa mereka.

4. Meja komputer Sebanyak tiga buah komputer disediakan dan diletakkan berhampiran dengan

rak buku dibahagian belakang. Komputer disediakan dalam bilik darjah

prasekolah supaya kanak-kanak dapat belajar sendiri dan

memperkembangkan motor halus mereka melalui pergerakan jari pada papan

kekunci serta untuk melahirkan kanak-kanak yang celik IT pada masa akan

datang. Malah, kanak-kanak dapat meneroka dan berdikari dalam

pembelajaran.

Menayangkan gambar yang jelas, animasi yang menarik, memainkan video

Page 3: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

dan sebagainya.

Mudah digunakan kerana pengendalian komputer ini adalah secara manual.

5. Kabinet fail dan buku

murid

Kabinet fail dan buku murid diletakkan dibelakang meja guru dipenjuru sebelah

kiri bilik darjah. Kabinet ini diletakkan di belakang meja guru bagi memudahkan

guru untuk menyimpan hasil kerja murid dalam fail, menyimpan maklumat

peribadi murid dan boleh mencapai fail tersebut pada bila-bila masa yang

diinginkan.

Terdapat dua rak buku di dalam kelas ini iaitu sebuah di ruang rehat. Buku di

ruang ini terdiri daripada buku-buku cerita, “bigbook”, buku kerja dan buku

aktiviti murid. Rak buku ini dibina bersesuaian dengan tahap ketinggian murid

dan senang untuk mereka mencapainya. Susunan rak buku dibuat sedemikian

rupa adalah untuk memudahkan murid mencapai buku yang ingin dibaca.

6. Rak buku dan

perpustakaan mini

Rak buku diletakkan di bahagian belakang bilik darjah. Kawasan rak buku

merupakan ruang santai kerana pada ruangan tersebut juga disediakan

sebuah meja untuk murid menjalinkan hubungan sosial serta membaca buku-

buku yang telah disediakan. Rak buku ini diletakkan berhampiran dengan

tingkap bertujuan untuk mendapatkan pencahayaan yang baik ketika murid-

murid membaca.

Page 4: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

900mm

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

7. Pintu masuk dan pintu

keluar

Terdapat tiga pintu di dalam pelan bilik darjah kelas ini. Pintu utama diletakkan

di hadapan kelas iaitu berhampiran dengan morning circle dan bilik ketrampilan

diri. Pintu kedua dan ketiga diletakkan berhampiran dapur kerana pintu ini

merupakan pintu keluar masuk murid ketika hendak mencuci tangan apabila

selesai melakukan aktiviti seperti menanam. Pintu yang ketiga diletakkan

berdekatan dengan bilik sakit kerana ini akan menyenangkan keluarga untuk

melawat anak mereka. Pintu diletakkan di kawasan ini kerana ianya sesuai

dengan tempat dan fungsinya. Pintu juga dapat memberikan cahaya dan

siatem pengudaraan yang baik kepada murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

8. Peti sejuk Setiap bilik darjah prasekolah akan dilengkapi dengan sebuah peti sejuk. Peti

sejuk ini ditempatkan di bahagian dapur bersebelahan dengan rak menyimpan

pinggan mangkuk.

9. Katil Katil merupakan salah satu keperluan yang perlu ada di dalam bilik darjah

prasekolah. Oleh itu, katil juga turut disediakan di prasekolah dan diletakkan

berdekatan dengan perpustakaan mini kerana sesuai dengan suasana pesakit

yang memerlukan suasana yang tenang.

Katil yang selesa dan sesuai untuk kanak-kanak berehat atau berasa kurang

sihat sementara menunggu masa untuk pulang.

Page 5: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

10. Dapur dan gas Bilik darjah dilengkapi sebuah dapur dan gas supaya PPM dapat memasak

untuk menyediakan makanan kepada murid-muridnya. Dapur ini diletakkan

berdekatan dengan singki .

11. Kabinet Untuk menjadikan bahagian dapur lebih kemas, bilik darjah ini memasang

kabinet pada bahagian atas. Ini bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak

daripada membuka kabinet tersebut dan mencapai peralatan yang

kemungkinannya boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti pisau,

barangan yang diperbuat daripada kaca dan sebagainya.

12. Meja makan kanak-kanak Meja makan kanak-kanak diletakkan diruang makan bersebelahan dengan

ruang dapur. Meja makan tidak diletakkan diruang dapur kerana ruang dapur

agak padat dan mengelakkan kanak-kanak berhimpit ketika makan. Saiz meja

makanan kanak-kanak adalah kecil dan bersesuaian dengan umur mereka.

Ini bagi memudahkan pergerakan murid ke sinki di dapur untuk membasuh

tangan sebelum dan selepas makan. Di samping itu, dapat memudahkan

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) semasa penyediaan makanan

13. Sudut permainan Sudut permainan diletakkan di bilik ketrampilan diri. Ia bagi memudahkan murid

untuk melakukan aktiviti seperti bercerita.

Page 6: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

900

mm

3000

mm

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

14. Peti kecemasan Peti kecemasan merupakan satu keperluan yang sangat penting di dalam bilik

darjah. Peti kecemasan diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak dapat

dicapai oleh murid tetapi mudah di capai oleh guru

Diletakkan di bilik sakit supaya guru senang untuk merawat kanak-kanak

15. Sinki Bilik darjah ini mempunyai lima sinki. Empat sinki tersebut berada di dapur. 1

lagi berada di dapur khas untuk pembantu.

Sinki yang berada di dalam tandas adalah untuk kegunaan kanak-kanak. Sinki

ini bersaiz kecil dan rendah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.

16. Alat pemadam api Setiap prasekolah dibekalkan lebih kurang dua alat pemadam api bagi

keselamatan kanak-kanak. Alat ini diletakkan di ruang dapur dan di hadapan

pintu utama bagi memudahkan guru untuk bertindak jika mempunyai

kecemasan

17. Tandas Terdapat empat tandas di dalam kelas prasekolah ini. Tandas ini mengikut

standard kelas prasekolah iaitu nisbah 1 tandas 10 orang (1:10). Tandas ini

diletakkan berhampiran dengan ruang dapur untuk memberi kesenangan

kepada murid ketika mereka hendak ke tandas atau mencuci tangan selepas

mereka makan. Tandas ini juga di bina bersesuaian dengan saiz kanak-kanak

dan mengambil kira aspek keselamatan. Tandas ini juga berdekatan dengan

bilik sakit untuk memberi kesenangan kepada kanak-kanak ketika mereka tidak

sihat.

Page 7: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

18. Tingkap Cemin tingkap bersifat lutsinar dan membolehkan kanak-kanak melihat

pemandangan di luar kelas.

Tingkap juga memberi pencahayaan pada ruang di dalam kelas prasekolah.

guru tidak perlu membuka lampu pada waktu siang hari.

Bilik darjah prasekolah mempunyai lapan buah tingkap. Tingkap yang

digunakan adalah tingkap jenis gelap atau dikenali dengan frosted tinted.

Tingkap ini mengurangkan mengurangkan haba masuk dengan berlebihan dan

keadaan bilik darjah tidak akan terlalu panas jika tidak menggunakan pendingin

hawa.

19. Cermin Cermin berbingkai selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Cermin ini dilekatkan di dinding supaya murid tidak terlanggar cermin ini

semasa bermain.

20. Tong sampah Bersifat mudah digunakan oleh kanak-kanak untuk membuang sampah. Ianya

mempunyai penutup yang mudah ditutup dengan sendirinya.

Tong sampah ini juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Namun, tong

sampah ini dapat memuatkan sampah yang banyak dalam satu-satu masa

tertentu.

21. Penghawa dingin Merupakan alat untuk memberi kedinginan kepada penghuni yang berada di

dalam kelas tersebut.

Penghawa dingin merupakan alat yang tidak merbahaya jika dibandingkan

dengan penggunaan kipas siling. Penghawa dingin dipasang pada ruang

utama yang mana ianya merupakan ruang yang biasa dikunjungi oleh kanak-

Page 8: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

1000.0 mm x1000.0 mm

900mm

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

kanak. Ruang yang terdapat penghawa dingin adalah ruang belajar yang mana

disitu merupakan ruang yang mempunyai ruangan sampingan iaitu ruang ICT,

ruang menonton televisyen, ruang kerja guru dan banyak lagi.

22. Morning circle Permaidani diletakkan di ruang ini bagi keselesaan murid dan guru. Ruang ini

biasa digunakan pada awal pagi dan murid akan duduk bersila secara teratur.

Aktiviti riadah dan pembelajaran secara santai boleh dijalankan di ruang

morning circle ini.

23. Ruang Istirehat Sofa diletakkan bersebelahan dengan bilik ketrampilan diri. Ia bagi

memudahkan ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru atau membuat

perbincangan, bolehlah menggunakan sofa yang meja yang disediakan.

Selain itu, sofa ini juga digunakan oleh murid-murid semasa waktu istirehat. Ini

akan memberikan keselesaan kepada murid dan membuatkan murid berasa

seperti berada di rumah mereka sendiri.

24. Papan putih Papan putih diletakkan di sudut hadapan ruang pembelajaran iaitu di tengah-

tengah dinding untuk memudahkan semua murid melihat apa yang guru tulis.

Selain itu, papan putih ini juga mudah dicapai oleh murid untuk mereka menulis

di atas papan putih apabila diminta berbuat demikian oleh guru.

Papan putih ini boleh digerakkan dan berberbentuk fleksibel.

Page 9: Justifikasi Pelan Dalam Bilik Darjah

JUSTIFIKASI PELAN DALAM BILIK DARJAH

25. Time out Meja time out diletakkan bersebelahan dengan meja guru. Hal ini bagi

memudahkan guru mengawasi kanak-kanak yang nakal serta memberi

bimbingan kepada pelajar yang lemah.

26. Ruang muzik Ruang muzik diletakkan bersebelahan dengan bilik tetamu .

Ruang muzik ini diadakan supaya kanak-kanak dapat menghiburkan diri serta

cara pengajaran guru juga boleh berdarkan kepada nyanyian.