Top Banner
Definisi . Bilik Darjah dan Pengurusan Bilik Darjah. Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu.Apabila kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan sistem pendidikan negara,pada zaman dahulu terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British,surau atau pondok dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru, tidak kira di mana sekalipun asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di negara-negara luar seperti Iraq dan Afghanistan. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit 6
24

Pengurusan bilik darjah (betul)

Jan 27, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pengurusan bilik darjah (betul)

Definisi .

Bilik Darjah dan Pengurusan Bilik Darjah.

Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses

pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh

didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat

yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu

pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami

perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut

zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam

tempoh masa tertentu.Apabila kita kembali menyingkap sejarah

silam perkembangan sistem pendidikan negara,pada zaman dahulu

terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah

sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari seorang

mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik

darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British,surau atau

pondok dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji

ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga boleh

dianggap sebagai bilik darjah. Justeru, tidak kira di mana

sekalipun asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses

memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan ia boleh

disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah sekalipun ia

berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di

negara-negara luar seperti Iraq dan Afghanistan.

Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah

yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam

lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan

yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit

6

Page 2: Pengurusan bilik darjah (betul)

sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi

semakin kompleks. Kebanyakannya melibatkan beberapa orang

tertentu seperti pengetua,ibu bapa dan pengurusan sekolah yang

berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian

seperti menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan mengarah

tujuan.

Manakala pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set

tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru

akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti

diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik

darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang

memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan

sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang pentingnya

penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan

keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta

tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-

masalah yang mungkin akan timbul. Menurut Levin dan Nolan

(2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan antara dimensi

arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan

kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik

darjah itu sendiri.Menurut kedua-dua pakar ini, mereka

berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan

merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan

sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin

dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan

pembelajaran.

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BILIK DARJAH

7

Page 3: Pengurusan bilik darjah (betul)

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana

interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh

diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal,

faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial

dan emosi, dan faktor teknikal .(Mak Soon Sang,2008).

Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan

peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif

mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan

kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru

dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan

bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan

serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja

dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan

kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran

berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah

berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.

Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan

40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap

yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang

secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual

waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan,

sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata

motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer

dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah

yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria,

dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama

8

Page 4: Pengurusan bilik darjah (betul)

kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,

wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan

semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan

kumpulan secara kolektif.

Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak

interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik

darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya

terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.

Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu

tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu

guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan

sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil

semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008).

Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di

antara guru kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi

sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai

komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid

dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai

komunikasi pelbagai hala. Selain itu faktor sosial juga dapat

dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam

bilik darjah dimana guru perlu menetapkan perkara atau rutin

pergerakkan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan

sistematik, seperti; Cara murid memasuki kelas dan keluar

kelas contohnya keluar ke tandas. cara murid bergerak untuk

melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti

berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau

dalam kelas. cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan

9

Page 5: Pengurusan bilik darjah (betul)

pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran

kertas kerja dari guru.

Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap

guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis

tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya

mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang

kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-

sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu,

serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil,

mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon

Sang, 2008).

Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis

kepimpinan guru ialah; Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu

mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga

mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta

tidak kondusif. Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi

tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya

dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan. Gaya

kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa

jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah

tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan

murid menjadi tidak akrab dan mesra.. Selain itu guru juga

perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid

berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan

kognitif di kalangan murid-murid (Dr Ragbir Kaur, 2008).

10

Page 6: Pengurusan bilik darjah (betul)

Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid

dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam

penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan

kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu

mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta

hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru

dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelesaian

masalah yang dihadapi oleh murid-murid .( Haji Samsudin bin Md

Noor ).

Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk

teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan

kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru,

kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan

masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti

pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak,

kuiz, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat

merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan

lebih giat lagi (Mok Soon Sang, 2008). Di samping itu

persediaan guru merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk

kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada

pengurusan bilik darjah dinamik. Ada kalanya murid tidak

memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-

nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca

daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran

disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan,

pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap (Haji Samsudin

Bin Md Noor). Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru

11

Page 7: Pengurusan bilik darjah (betul)

bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang

menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan,

inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk

membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti

kelas, dan pengurusan masa yang berkesan. (Haji Samsudin bin

Md Noor).

Kesimpulan

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak

semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik

pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti

peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-

murid. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid

guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus

dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang

kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial,

emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke

peringkat optimum. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah

bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam

masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor

yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan

perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda

Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila

seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat

Baihaqi).

12

Page 8: Pengurusan bilik darjah (betul)

Masalah-Masalah Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya

menyimpan matlamat yang tersendiri selain daripada objektif

yang tertulis dalam buku rancangan pengajaran. Sebagai

contoh,seorang guru yang bersifat pendidik mesti mempunyai

azam mendidik pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang

berguna,boleh memberi sumbangan kepada masyarakat

sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang

lain. Matlamat-matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam

buku rancangan pengajaran. Tetapi adakalanya proses pengajaran

dan pembelajaran yang merupakan salah satu wasilah untuk

merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya

sebagaimana yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari

beberapa masalah yang timbul sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Pengalaman saya selama beberapa bulan berada di sekolah,

terdapat beberapa masalah sewaktu saya mengajar yang berkaitan

dengan pengurusan disiplin bilik darjah.

i) Pelajar yang suka membuat bising semasa pengajaran dan

pembelajaran. Walaupun guru telah mengingatkan pelajar

tersebut hanya mendiamkan diri seketika dan meneruskan

perbualannya selepas itu.

ii) Murid-murid yang tidak membawa buku semasa pembelajaran.

Murid-murid di beri nasihat dan peringatan seandainya

13

Page 9: Pengurusan bilik darjah (betul)

murid-murid tersebut masih melakukan kesalahan yang sama

murid-murid tersebut diberi kaunseling oleh guru

kaunseling.

iii) Tidak menepati masa. Pelajar-pelajar datang sekolah

lambat.

iv) Selalu ke tandas.

v) Tidak menyiapkan kerja sekolah yang di beri oleh guru.

vi) Keadaan kelas yang tidak teratur.Lantai yang berlubang.

vii) Fasiliti yang kurang memuaskan seperti tiada LCD yang

disediakan, papan putih yang telah rosak.

viii) Masalah pelajar yang terlalu pendiam atau pemalu.

Pelajar tersebut tidak mahu bekerjasama semasa sesi

perbincangan diadakan.Terdapat juga pelajar yang tidak

mahu bertanya apabila mereka tidak faham.

ix) Terdapat juga pelajar yang tidur semasa sesi pembelajaran

dan pengajaran berlangsung. Akibat daripada pelajar yang

tidak bijak menguruskan masa. Pelajar yang tidur pada masa

yang tidak sepatutnya kerana menonton telivisyen, bermain

permainan video , atau terpaksa membantu ibu bapa membuat

kerja rumah atau membantu ibu bapa berniaga.

14

Page 10: Pengurusan bilik darjah (betul)

x) Tahap kepandaian murid-murid yang tidak sama dalam

sesebuah kelas. Guru memerlukan masa untuk memahami tahap

kefahaman setiap pelajar di dalam sesebuah kelas.

Contoh-contoh dan cadangan yang sesuai dalam menangani

masalah-masalah tersebut bagi mewujudkan keberkesanan proses

pengajaran yang sesuai.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas

ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan

suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka

juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru

perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan

minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan

keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan

pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini

memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran

dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan

pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik

tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan

pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi

merangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus

mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya

menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran

yang bermakna.

15

Page 11: Pengurusan bilik darjah (betul)

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu

pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang

menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan

isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara

jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan

minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti

yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu

diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.

Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang

mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya

meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan

kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan

bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan

terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.

Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan

serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru

ialah :

i) Kaedah sumbang saran

ii) Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

iii) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan

iv) Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah

16

Page 12: Pengurusan bilik darjah (betul)

v) Kaedah oudioligual

vi) Kaedah kodkognetif

vii) Kaedah projek

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan

menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi

ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan

bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah

dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang

demikian pemilihan kaedah dan teknik perlulah dilakukan

secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru

melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan

berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney

misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui

pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok

menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi

sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang

kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk

membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan

apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik

menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik

bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh

adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana

ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.

Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek

kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi

17

Page 13: Pengurusan bilik darjah (betul)

contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep

yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru

menggunakan contoh-contoh dengan ilustrasi yang mudah dan

konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan

mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan

sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam

bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang

individu yang lain biasanya tidak setara. Ini kerana tahap

atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama

dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang

sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi

dan sosial mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti

inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada

pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat

melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan

belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari

segi kematangan ;

a. Kematangan fizikal.

Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan

kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar

antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan

yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan

belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan

fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang

apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan

perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas

18

Page 14: Pengurusan bilik darjah (betul)

pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan

penggunaan alat bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan

terhadap ciri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus

mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja

penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada

guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi

pelajar.

b. Kematangan intelek (mental).

Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria

(persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada

deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang

telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan

tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun

yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya.

Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada

kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses

mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu

dapat ditentukan pada tahap sejauh manakah kemajuan itu

berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-

perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini

patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu

merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat

dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua

pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam

kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi

kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian,

mereka yang bertanggungjawab dengan pembelajaran dan

pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan19

Page 15: Pengurusan bilik darjah (betul)

memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan

seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

c. Kematangan Emosi.

Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-

dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan

dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau

berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan. Ahli-ahli

psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan

perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi.Gerak hati

atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis perlakuan

mungkin terjadi dalam pelbagai gabungan dan peringkat, secara

umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang

penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am

dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri

individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah

laku yang nyata.

Terdapat juga beberapa kemahiran yang perlu ada pada seseorang

guru untuk menjadikan guru sebagai pengurus yang baik

terutamanya dalam kemahiran berinteraksi.

Kemahiran membina kepercayaan dan hubungan erat.

Interaksi dalam bilik darjah tidak wujud begitu sahaja.Suasana

percaya mempercayai di kalangan pelajar adalah amat diperlukan

bagi meningkatkan interaksi antara individu. Hubungan antara

pelajar seharusnya erat. Dengan adanya kedua-dua syarat itu,

barulah interaksi antara pelajar dengan guru akan bertambah

erat. Marilah kita meneliti bagaimana hendak membina

20

Page 16: Pengurusan bilik darjah (betul)

kepercayaan dan hubungan erat antara pelajar. Antara langkah

itu ialah :

1. Renung kembali sejarah hidup anda semasa kecil dan

terimalah kekuatan – kekuatan dan kelemahan diri anda.

2. Tunjukkan minat yang mendalam terhadap orang lain.

3. Tunjukkan senyuman terhadap individu-individu di

sekeliling.

4. Ingat nama individu-individu yang diperkenalkan.

5. Jadikan diri anda seorang pendengar yang baik.Galakkan

orang lain bercakap tentang dirinya.

6. Bercakaplah tentang perkara yang diminati oleh orang yang

berinteraksi dengan kita.

7. Layani individu itu supaya dia berasa dia seorang yang

penting.

8. Jangan menaruh buruk sangka terhadap orang lain.

9. Jangan bersikap bongkak dan sombong.

10.Jangan tunjukkan perasaan marah dan kecewa di khalayak

ramai.

11.Berikan kata-kata perangsang dan ucapan tahniah kepada

seseorang yang mencapai kejayaan.

12.Pelihara kerahsiaan rakan-rakan.

13.Elakkan daripada mengkritik di khalayak orang ramai.

14.Puji rakan-rakan di khalayak ramai.

21

Page 17: Pengurusan bilik darjah (betul)

Cara-cara membentuk interaksi dalam bilik darjah.

Setelah dikaji beberapa situasi yang berlainan tentang

interaksi guru dengan pelajar, guru perlulah memikirkan cara-

cara untuk membentuk interaksi yang objektif di dalam

sesebuah bilik darjah. Antara cara yang boleh diamalkan adalah

seperti berikut :

1. Praktikkan gaya kepimpinan demokratik

Gaya kepimpinan guru akan mempengaruhi corak interaksi

antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan

pelajar. Seorang guru yang autokratik dan dominan akan

menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

dipenuhi ketegangan dan tekanan. Suasana emosi seperti ini,

menyebabkan pelajar-pelajar menarik diri serta menjadi

pasif. Mereka jarang menyertai pengajaran guru dengan giat.

Pelajar juga cenderung berbincang sesama sendiri.

2. Galakan penglibatan dan mengelolakan aktiviti.

Sesuatu pelajaran boleh dirancang supaya dapat menampung

aktiviti pelajar. Aktiviti di dalam bilik darjah, jelas akan

menunjukkan interaksi antara pelajar dengan pelajar dan

antara guru dengan pelajar.

3. Gunakan kaedah kumpulan sekiranya keadaan mengizinkan.

KBSR memang menekankan penggunaan kaedah kumpulan.Kaedah

kumpulan membenarkan perbincangan antara ahli kumpulan.

22

Page 18: Pengurusan bilik darjah (betul)

Dengan cara ini,interaksi antara pelajar dengan pelajar dan

antara guru dengan pelajar dapat dikembangkan.

4. Banyakkan penggunaan teknik main peranan, lakonan dan

sesi buzz.

Teknik-teknik tersebut jelas akan diwujudkan peluang untuk

membolehkan pelajar-pelajar mengambil bahagian yang aktif

dalam pengajaran guru. Dengan itu, interaksi yang berkesan

nyata akan berlaku.

5. Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran.

Sesi soal jawab bukan sahaja dapat menolong pelajar

mengingat kembali bahan yang telah dipelajari, bahkan juga

membentuk pelajar yang sentiasa memberi perhatian.Lebih

penting lagi, sesi seperti ini dapat menggalakkan interaksi

lisan antara guru dengan pelajar.

6. Gunakan alat bantu mengajar.

Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, slaid , carta yang

berwarna warni , kad imbasan yang digunakan dengan berkesan

bukan sahaja mempercepatkan penanggapan konsep oleh pelajar,

malahan akan mencungkil minat dan naluri ingin tahu pelajar-

pelajar.Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk bertanya dan

mengambil bahagian dengan aktif dan menggalakkan proses

interaksi antara guru dan murid.

7. Adakan sesi kaunseling dengan pelajar bermasalah.

Pelajar-pelajar yang pendiam atau pemalu, yang tersingkir

dan terasing akan menjejaskan interaksi di dalam bilik

23

Page 19: Pengurusan bilik darjah (betul)

darjah. Guru seharusnya berikhtiar untuk menolong pelajar-

pelajar ini dengan merujukkan mereka kepada kaunselor

sekolah supaya dapat mengurangkan atau mengatasi masalah

mereka.

8. Guru hendaklah memberi sokongan kepada pelajar yang

mengemukakan pendapat.

9. Pelajar-pelajar hendaklah digalakkan memberi pujian

kepada rakan-rakan mereka kerana berani memberi jawapan

walaupun jawapan mereka kurang tepat. Dengan cara ini ,

pelajar-pelajar tidak malu untuk memberi pendapat setiap

kali sesi perbincangan diadakan.

Refleksi.

Alhamdulillah….syukur kepada Allah atas kurnia dan

rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugasan ini . Saya

juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap guru-guru

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara terutamanya guru

pembimbing saya Puan Rosiahyati binti Abdullah kerana banyak

memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses menyiapkan

tugasan ini. Tidak lupa juga kepada suami, Ismazaini bin

24

Page 20: Pengurusan bilik darjah (betul)

Ismail dan anak-anak Nurliyana , Faiz Husaini dan Nur Arissa

Aina yang banyak berkorban untuk saya dalam perjuangan saya

mencari ilmu.

Pada kuliah bulan Mei yang lalu , saya telah diberi

tugasan dalam subjek pendidikan untuk menyiapkan satu tugasan

mengenai pengurusan bilik darjah dan pengurusan disiplin bilik

darjah. Saya telah mengambil langkah dengan memperbanyakkan

perbincangan bersama guru pembimbing Puan Rosiahyati binti

Abdullah untuk mengenal pasti masalah pelajar di dalam kelas.

Hasil perbincangan saya telah merumuskan bahawa disiplin murid

semasa pembelajaran dan pengajaran sangat penting bagi

memastikan keadaan kelas terkawal dan objektif pembelajaran

dan pengajaran tercapai. Saya telah menguatkuasakan arahan di

dalam kelas dan mengubah tempat duduk murid terutamanya murid

yang lemah dan bermasalah . Murid yang lemah dan bermasalah

saya letakkan mereka di bahagian hadapan kelas untuk

memudahkan saya membuat pemantauan semasa pembelajaran dan

pengajaran dijalankan. Terdapat beberapa orang guru j.QAF yang

sentiasa memberi tunjuk ajar. AlhamduliIlah kerjasama daripada

mereka sangat saya hargai.

Bagi saya pembelajaran dan pengajaran akan lebih berkesan

jika bahan bantu mengajar yang disediakan sangat menarik.

Langkah awal saya ialah dengan menyediakan lembaran kerja yang

bersesuaian dengan tajuk setiap hari. Alhamdulillah bahan

bantu mengajar yang saya hasilkan dapat menarik perhatian

murid dan memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran .

25

Page 21: Pengurusan bilik darjah (betul)

Pengawalan disiplin di dalam kelas masih kurang memuaskan hati

saya. Saya belum lagi menemui ‘rentak’ yang sesuai dengan

kelas 5 Ikhlas. Insyaallah saya akan cuba pelbagaikan kaedah

pada pembelajaran dan pengajaran yang akan datang.

Saya mempelajari sesuatu nilai sepanjang tugasan ini

disiapkan di mana cara melaksanakan pembelajaran dan

pengajaran bukan semudah yang disangka. Dalam masa sejam hanya

maksimum tiga objektif yang dapat disampaikan. Jadi pengagihan

masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Saya akan cuba

menggunakan ruang masa dengan efektif supaya setiap minggu

pembelajaran dan pengajaran mengikut rancangan yang

disediakan. Kadang kala saya ingin mencuba sesuatu yang baru

dengan mengalihkan tumpuan hanya pada buku teks, tetapi

setakat ini saya masih belum dapat idea yang boleh

diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran. Insyaallah

saya akan cuba sesuatu yang baru.

Selain daripada itu kekurangan alat bantu mengajar

membantutkan juga usaha saya ke arah mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya kekurangan LCD

menyebabkan guru-guru terpaksa bergilir-gilir menggunakannya ,

kadang-kadang pengajaran dan pembelajaran tidak dapat

dijalankan seperti yang dirancang.Keadaan lantai dan papan

tanda di dalam kelas juga yang berlubang-lubang menyebabkan

keadaan kelas tidak seperti yang dikehendaki.

Walaubagaimanapun, mengenai lantai dan papan tanda yang

berlubang, pihak pentadbir telah mengambil tindakan yang

26

Page 22: Pengurusan bilik darjah (betul)

proaktif, dengan memohon kepada pihak kementerian pembaikan

semula segala kerosakan yang berlaku di sekolah tersebut yang

mana telah pun mencapai usia 16 tahun. Bangunan sekolah juga

telah dicat baru , ini bermakna 2013 suasana dan keadaan

sekolah akan lebih ceria dan Insyaallah akan memberikan

semangat yang baru kepada guru dalam mendidik anak bangsa.

Pada pelajaran akan datang, saya akan mengajar dengan

mengambil tindakan-tindakan seperti berikut;

a. Memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid.

b. Memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan.

c. Memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang

saran oleh murid.

d. Pengawalan masa setiap aktiviti.

e. Memberi nasihat dan dorongan kepada murid

f. Memperbanyakkan kemahiran interpersonal iaitu bercakap

di hadapan

kelas.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pembelajaran dan

pengajaran akan lebih berkesan dan mencapai objektif yang

dirancang. Sekian.

Lampiran

Gambar Sekolah Kebangsaan

Seksyen 7 Kota Damansara.

27

Page 23: Pengurusan bilik darjah (betul)

Gambar murid-muridSekolah

Kebangsaan Seksyen7,Kota

Damansara .

Barisan Pentadbir dan Guru-guru

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7,

Kota Damansara.

Bibliografi

Dr. Ee Ah Meng.2003.Ilmu pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan IKhtisas

( Sem 1).Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

28

Page 24: Pengurusan bilik darjah (betul)

Noriati A.Rashid,Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed

Ahmad.2009. Murid dan Alam Belajar.Selangor : Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

Ee Ah Meng.2000.Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan

Sekolah(edisi kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Leonard M.S Yong, Karen L .1996. Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal &

Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.

Sharifah Alwiyah Alsagof .1983. Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala

Lumpur: Helnemann Asia.

Mok Soon Sang. 2008. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sek. Rendah:Komponen 1

& 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,

Subang Jaya.

Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh. 2007.Panduan Ulangkaji Pendidikan

Untuk KPLI Sek. Men. Dan Sek. Ren. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang

Jaya.

http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-

by-khairi-hj.html

Haji Samsudin bin Md Noor, http://www.google.com.my

29