MUKA HADAPAN.
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
TAJUK
PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS:
SATU INOVASI
PENSYARAH
DR AHMAD BASRI BIN YUSOFF
DISEDIAKAN OLEH:
DAUT BIN YUSUP (P 29647)
PENGHARGAAN.
i
2
KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN i
ISI KANDUNGAN ii
1.0 PENDAHULUAN. 1
2.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN. 1
3.0 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN. 3
4.0 SEJARAH PEMULIHAN KHAS DALAM 4
ASPEK PENGURUSAN.
5.0 STATUS PELAKSANAAN PEMULIHAN 6
SEMASA BERPANDUKAN PEKELILING
KEMENTERIAN.
6.0 IMPLIKASI DASAR PELAKSANAAN 9
PEMULIHAN KHAS YANG SEDIA ADA.
7.0 TEORI-TEORI YANG BERKAITAN 11
DENGAN PROGRAM INI.
8.0 PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEPENUH 12
MASA (PERKASA).
8.1 Permasalahan
8.2 Rasional Pelaksanaan Program Perkasa 14
ii
3
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN PERKASA 17
9.1 Carta Aliran Proses Pelaksanaan Program 20
Perkasa.
9.2 Jangkaan Pelaksanaan Program Perkasa 22
10.0 PENUTUP 22
RUJUKAN 24
iii
4
CONTOH.
PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SATU INOVASI
1.0 PENDAHULUAN
Asas dalam pendidikan ialah menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Dengan tiadanya kemahiran ini dengan baik diandaikan bahawa penguasaan disiplin lain
akan mengalami kesukaran malah terbantut terus. Justeru itu dalam banyak Negara
penguasaan 3M ini dijadikan asas pengukuran taraf celik huruf. Malah salah satu kayu
pengukur meletakkan sesuatu Negara atau negeri itu pada tahap negara maju ialah
peratus bilangan penduduknya yang celik huruf.
Penguasaan 3M perlu bermula di sekolah rendah atau lebih tepat lagi tahap satu
(Darjah 1 – 3) di sekolah rendah. Justeru ianya perlu diselesaikan secepat mungkin. Jika
tidak ianya akan mendapat kesukaran untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Dalam
konteks negara kita terdapat andaian mengatakan peratus keputusan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) sering dikaitkan dengan penguasaan 3M. Dalam Sistem
Pendidikan Negara kita penguasaan 3M diuruskan di sekolah rendah dalam program
khusus yang dinamakan Program Pemulihan Khas.
2.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pendidikan Pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. (Mok Song Sang,
1994). Di Bawah KBSR dan KBSM, masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-
5
murid ialah kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan Pemulihan merupakan satu rancangan Khas untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran-kemahiran asas itu. Di dalam usaha guru-guru membantu murid-
murid yang menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan
pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah
pembelajaran yang dihadapi haruslah digunakan.
Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa, iaitu
selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian.
Aktiviti pemulihan ini biasanya dilakukan selepas sesuatu kemahiran yang telah
diajarkan. Semasa murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran itu
diajarkan dengan aktiviti pemulihan, murid-murid yang telah berjaya menguasai
kemahiran itu akan di berikan aktiviti pengayaan.
Sekiranya murid-murid berkenaan masih gagal dalam program pemulihan yang
dijalankan dalam kelas biasa, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan. Dalam
peringkat ini, murid-murid itu akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan
menjalani aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan (Mok Soon Sang,
1994).
Penulis berpendapat bahawa apa yang dianjurkan oleh Mok Song Sang,
pemulihan khas hanya sesuai diberi apabila murid-murid telah diberi peluang dalam
pendidikan biasa, apabila dikesan, disaring dan didiagnos maka murid tersebut
ditempatkan di kelas pemulihan khas dan diajarkan oleh guru-guru pemulihan khas. Ini
bermaksud murid yang masuk ke sekolah rendah perlu mengikuti pembelajaran biasa
paling kurang enam bulan dalam darjah satu. Jangka waktu itu dianggap munasabah
untuk mengesan keupayaan murid dalam penguasaan 3M. Ini selari dengan apa yang
diamalkan sekarang dalam Sistem Pendidikan kita.
6
3.0 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
Murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi,
pengalaman, minat, bakat dan seumpamanya. Dua faktor utama yang selalu dikaitkan dengan
perbezaan ini iaitu faktor keturunan dan faktor sosialisasi. Oleh yang demikian kadar
keupayaan belajar mereka berbeza. Di dalam sebuah kelas adalah sukar untuk guru melayani
setiap individu mengikut keupayaan masing-masing. Walaupun program KBSR dan KBSM
sama-sama menitikberatkan strategi pengajaran secara berkumpulan, namun rencam dan
bilangan pelajar yang ramai di dalam sesuatu kelas membuatkan pendekatan dalam KBSR dan
KBSM tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Tambahan pula, untuk menghabiskan
Sukatan Pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan Kaedah seluruh kelas dalam
aktiviti pengajaran mereka. Dalam kaedah ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan
belajar yang rendah adalah sukar menerima apa yang diajar oleh guru.
Kesannya murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai
kemahiran-kemahiran asas. Kementerian Pelajaran sedar akan perkara ini. Jika ianya tidak
ditangani, kita bimbang margin murid-murid yang buta huruf dan tercicir dalam arus
pendidikan perdana akan bertambah besar. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah
disediakan untuk pelajar yang seumpama ini serta-merta supaya masalah pembelajaran tidak
berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Ini selari dengan pekeliling
kementerian Pelajaran Bil. KP(BS) 8595/Jld. 11/32 bertarikh 22 Januari 1985. Di antara isi
kandungan pekeliling ini menyebut;
“… jawatan guru khas pemulihan telah diwujudkan semula bagi tahun 1985. Pihak
Y.B./Datuk/Tuan telah pun diberitahu oleh Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan
Kementerian Pelajaran mengenai bilangan jawatan guru khas pemulihan yang telah
diluluskan bagi tiap-tiap negeri…”
(Pekeliling Kementerian Pelajaran, 1985)
7
4.0 SEJARAH PEMULIHAN KHAS DALAM ASPEK PENGURUSAN
Program pemulihan ini sangat menarik dibincangkan. Peringkat pengurusan atasan di
Kementerian Pelajaran dilihat sebagai keliru dan tidak jelas dengan program ini perlu
diuruseliakan oleh Jabatan atau bahagian yang difikirkan sesuai. Pada peringkat awal
penubuhannya program ini diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat Perkembangan
Kokurikulum (PPK). Apabila dilihat keberkesanannya tidak mencapai tahap yang diperlukan,
pihak pengurusan atas memutuskan program ini perlu diletakkan di bawah Urusetia Bahagian
Sekolah khususnya Unit Sekolah Randah. Dari segi pelaksanaannya di peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri ianya adalah tanggungjawab Unit Kurikulum.
Tanggungjawab Unit Kurikulum menguruseliakan program ini jelas berdasarkan
Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. KP(BS) 8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28 Januari 1986;
“2. Unit Kurikulum di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah hendaklah bertanggungjawab terhadap program penyeliaan
dan pengawasan program pemulihan di sekolah-sekolah rendah…”
(Pekeliling Kementerian Pelajaran, 1986)
Lebih tepat lagi di Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, tanggungjawab ini dikelolakan
di bawah personel KBSR. Justeru diwujudkan seorang pegawai pemulihan pada tahap kategori
penyelia. Semua sekolah rendah kecuali sekolah kurang murid diarah melaksanakan program
ini secara berasingan. Setiap negeri mengandungi lebih daripada 100 sekolah yang
dimaksudkan kecuali Labuan. Ini suatu perkara yang menarik diperincikan, sejauh mana
keupayaan seorang personel untuk menyelia, mengawas dan membimbing program ini.
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Kementerian Pelajaran menjelang Tahun 2000 semua
pelajar telah menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira). Hasil kajian Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (EPRD), 1993,
mendapati 80,000 murid sekolah rendah di Malaysia mengalami masalah pembelajaran yang
meliputi masalah membaca, menulis dan mengira. Tidak ramai orang yang sedar tentang
8
masalah murid-murid ini tetapi hakikatnya mereka merupakan sebahagian daripada populasi
murid Sekolah Rendah. Murid-murid ini mempunyai potensi untuk belajar dan mendapat
manfaat daripada Sistem Pendidikan tetapi populasi ini tidak akan ke mana sekiranya pihak
berkuasa di sekolah tidak mengenal pasti masalah mereka dan membantu mereka dengan
sewajarnya. Perkara ini penting kerana kegagalan sekolah akan membawa kepada risiko tinggi
terhadap pendidikan, psikologi, kesihatan dan juga pembaziran tenaga kerja dalam jangka
masa panjang (EPRD, 1993).
Sehubungan dengan ini, pihak pengurusan Kementerian Pelajaran telah memutuskan
bahawa program pemulihan Khas ini diletakkan di bawah Urusetia Jabatan Pendidikan Khas
bermula pada tahun 1996. Pihak JPK diminta mengadakan tindakan serta-merta supaya SKT
Kementerian di mana masalah penguasaan 3M dapat dihapuskan. Justeru, JPK telah
melancarkan satu program ‘adhoc’ iaitu program intervensi 3M. Pendekatan drastik ini
mengambil pendekatan program pemulihan sedia ada berjalan seperti biasa dan ditambah
dengan pemulihan pada pelajar-pelajar tahun empat dan tingkatan satu dengan pendekatan
baru dan bersesuaian hingga tahun 2002. Data bilangan murid pemulihan di sekolah-sekolah
yang ‘dipulihkan’ selepas mengikuti program intervensi 3M (JPK, 1999) menunjukkan
bahawa program ini masih belum berupaya memulihkan semua murid yang mengikutinya.
Daripada 53544 orang murid sekolah rendah yang mengikuti program intervensi 3M, Cuma
28,801 orang murid atau 53.8% telah berjaya dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira.
9
Jadual 1: Bilangan murid yang mengikuti pemulihan khas dan bilangan dipulihkan bagi Tahun
1999-2000.
Tahap
Tahun
Bilangan
Purata
Bilangan mengikuti pemulihan
Bahasa Melayu Matematik
Bilangan dipulihkan
Bahasa Melayu Matematik
Tahap I
Tahun 1999
Bilangan
Purata per sekolah
48614 36557
22 19
18512 14817
9 8
Tahap II
Tahun 1999
Bilangan
Purata per sekolah
29881 22 484
13 11
14375 11612
7 7
Tahap
Tahun 2000
Bilangan
Purata per sekolah
56957 41946
23 20
18625 14728
9 8
Tahap II
Tahun 2000
Bilangan
Purata per sekolah
29895 21022
12 10
12719 9774
6 6
Pada tahun 2000, seramai lebih 86,000 murid mengikuti Pelajaran Pemulihan Bahasa
Melayu dan lebih 62,000 bagi mata pelajaran Matematik. Daripada jumlah itu secara purata
hanya lebih kurang separuh daripada murid-murid yang mengikuti pengajaran pemulihan
Bahasa Melayu dan Matematik boleh menguasai kemahiran asas 3M. (rujuk Jadual 1).
Masalah yang dihadapi oleh guru-guru pemulihan khas adalah diantara faktor yang
mempengaruhi kegagalan sekolah melaksanakan satu program pemulihan khas yang sempurna
dan berkesan. Di antara kekurangan yang dihadapi ialah Guru Pemulihan Khas (GPK) yang
tidak terlatih atau tiada pengalaman mengajar murid-murid pemulihan khas, GPK kurang
memahami tuntutan tugas dan tanggungjawab mereka, tidak cukup sumber rujukan untuk
dijadikan panduan, kurang kerjasama daripada Guru Besar, guru-guru lain dan ibu bapa tidak
memberi sokongan pelajaran kepada anak-anak. Laporan kajian-kajian lepas juga
menunjukkan bahawa kekurangan peruntukan kewangan merupakan satu masalah besar yang
terpaksa dihadapi oleh kebanyakan sekolah yang rata-rata memerlukan dana tambahan untuk
membeli peralatan bilik pemulihan Khas, peralatan mengajar, memastikan keceriaan bilik,
membuat bahan bantu mengajar, mengadakan aktiviti-aktiviti nasihat dan kaunseling,
menganjur aktiviti kerjasama dan membina hubungan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
(EPRD, 2000).
10
5.0 STATUS PELAKSANAAN PEMULIHAN SEMASA BERPANDUKAN
PEKELILING KEMENTERIAN
Pelaksanaan program pemulihan kelas perlu dilaksanakan di semua sekolah rendah gred A dan
gred B kecuali sekolah kurang murid. Seorang guru kelas pemulihan ditugaskan melaksanakan
program ini. Status guru ini ialah pada kadar plus one iaitu tidak termasuk kiraan normal guru
1.5 x n. Guru pemulihan khas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan
khas sebagaimana yang ditetapkan di dalam surat-surat pekeliling kementerian pelajaran .
Justeru, amalan melantik guru pemulihan khas sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan.
“3.4 Guru khas pemulihan hendaklah ditugaskan mengajar Kelas Khas pemulihan
sepenuh masa”
(Pekeliling Kementerian Pelajaran, 30 Jun 1989)
Jawatan yang diwujudkan adalah jawatan hakiki yang tidak boleh ditukar atau dipindah
dengan tiada sebab yang munasabah. Malah kelas pemulihan yang ada di sekolah tidak boleh
ditutup oleh guru besar sesuka hati.
“3.6 Kelas khas pemulihan tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah tanpa mendapat
kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran.”
(Pekeliling Kementerian Pelajaran, 30 Jun 1989)
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas sekarang adalah berpandukan punca dan bidang
kuasa surat-surat pekeliling Kementerian Pelajaran.
i. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
(Bil. KP(BS) 869/Jld.11/32 bertarikh 22 Januari 1985.
‘guru khas pendidikan pemulihan’
11
ii. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil. KP(BS)
8502/5/PK/ Jld.V26 bertarikh 18 Januari 1986.
‘Kelas Khas Pemulihan di sekolah rendah 1986’
iii. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil KP(BS)
8502/5/PK/Jld. S34 bertarikh 30 Jun 1989.
‘Guru Kelas pemulihan dan penubuhan kelas pemulihan di sekolah-sekolah
rendah’.
Dalam melaksanakan program ini Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan adalah
gunasama peruntukan di bawah ‘Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling’
(Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17Jld. 8(78) bertarikh 11 Februari 1991) dan di
bawah Bantuan Pelajaran Tahunan bagi mata pelajaran Sains Sosial.
Bagi menjamin program ini dilaksanakan dengan sempurna di peringkat sekolah
diwujudkan satu jawatankuasa pemulihan khas yang dipengerusikan oleh Guru Besar dan
dianggotai oleh guru pemulihan khas, guru kelas, guru mata pelajaran dan penyelaras pusat
sumber sekolah serta guru-guru lain yang berkaitan bagi memastikan program pemulihan khas
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Dari segi kemudahan fizikal, sebuah bilik khas perlu disediakan. Murid yang akan
mengikuti program pemulihan khas perlu dibawa ke kelas pemulihan khas untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan bilik darjah untuk Kelas Pemulihan Khas adalah
berdasarkan pendekatan berikut.
i. Sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan kemudahan sebuah bilik darjah dengan
keluasan tiga ‘bay’ khusus untuk Kelas Pemulihan Khas sebagaimana dalam pelan
asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai “Kelas Pemulihan
Khas”
ii. Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti di atas hendaklah mengusahakan
ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan dua ‘bay’ atau dengan keluasan dua
pertiga keluasan bilik darjah biasa.
12
Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas bermula seperti dalam carta aliran berikut:
JADUAL 2: Carta Aliran Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
Belum menguasai kemahiran 3M
Belum menguasai
Meneruskan pengajaran
pemulihan
6.0 IMPLIKASI DASAR PELAKSANAAN PEMULIHAN KHAS YANG SEDIA
ADA
13
Kelas Biasa(Kerja Susulan)
Pencalonan pengumpulan
maklumat
Ujian Saringan
Ujian Diagnostik&
Ujian Pengamatan
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Pengajaran Dan
Pembelajaran
Penilaian
Dengan tidak mengambil kira pada bahagian mana program ini diuruseliakan, sama ada di
bawah PPK, Bahagian Sekolah atau JPK sehingga kini program ini dilihat tidak mencapai
matlamatnya. Jika dilihat arahan dan bidang kuasa yang diturunkan oleh Kementerian amat
jelas. Ianya meliputi personel , fizikal dan kewangan dan ditumpukan melalui pekeliling-
pekeliling yang jelas maksudnya. Malah pihak JPK telah menghasilkan satu Buku Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas yang mengandungi semua aspek pelaksanaannya. Ini
termasuklah punca dan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab guru pemulihan khas , faktor-
faktor penting dalam pengurusan, Jadual waktu, strategi pelaksanaan, penguasaan. Selain
daripada itu Buku Panduan Pemulihan juga memberi bimbingan kepada guru pemulihan khas
bahasa melayu yang mengandungi set kemahiran, huraian set kemahiran, ujian saringan, ujian
diagnostik dan ujuan pencapaian. Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Matematik
mengandungi set kemahiran, huraian set kemahiran, ujian saringan, ujian diagnostik.
Pada keseluruhannya tidak ada satu pun objektif program pemulihan khas tercapai
sepenuhnya. Antara objektif sebahagian besarnya tercapai ialah murid-murid pemulihan khas
boleh menguasai kemahiran mmbaca, menulis dan mengira, murid menunjukkan sikap positif
terhadap pelajaran dan sebahagian kecil sahaja muid pemulihan khas yang dimasukkan semula
ke kelas pemulihan khas kerana tidak dapat mrngikut pelajaran di kelas biasa. Walau
bagaimanapun, malamat membina keyakinan diri murid kurang tercapai kerana sebahagian
kecil sahaja murid pemulihan khas yang telah menunjukkan keyakinan diri ( EPRD, 2002).
Kajian EPRD juga menunjukkan di sesetengah sekolah matlamat dan objektif pelakanaan
program pemulihan khas sebahagian kecil atau tidak mencapai langung objektif
pelaksanaannya.
Berdasarkan hasil kajian EPRD penulis merumuskan di antara faktur utama yang
menyebabkan kegagalan program ini ialah faktor guru, pentadbiran, kewangan , fizikal bilik
darjah,kejasama ibu bapa dan factor murid itu sendiri. Tetapi apa yang mendukacitakan tindak
balas dari kajian ini tidak dijadikan asas untuk bertindak khususnya JPK agensi yang
mengurusetiakan program ini. Pada pandangan penulis oleh kerana program ini melibatkan
agensi-agensi lain dalam kementerian pelajaran maka adalah baik mereka duduk semeja
bagaimana mengatasi permasalahan yang diperolehi kajian EPRD ini. Sehingga kini tidak ada
14
saranan yang diturunkan ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengatasi masalah ini.
Pekeliling yang sudah hampir dua puluh tahun tidak pernah dinilai dan diperbaharui. Apa yang
berlaku berantung kepada JPN masing-masing khususnya Unit Pendikan Khas melaksanakan
mengikut inisiatif masing-masing. Sebagai rumusannya pendekatan yang sedia ada tidak
mencapai objektif dan matlamatnya seperti yang diperolehi daripada kajian EPRD. Jesteru itu,
satu pendekatan harus difikirkan supaya program ini tidak terus-terusan terabai.
7.0 TEORI-TEORI YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM INI
Ada banyak teori yang boleh dikaitkan dengan pelaksanaan program ini sama ada teori-teori
yang mendasari tradisional teori-teori peralihan dan atau teori-teori sistem. Jika dilihat dalam
perlaksanaan program yang sedia ada, maka, pendekatan teori-teori tradisional boleh diserap
dengan melihat semula faktor organisasi, struktur organisasi seperti model birokratik oleh
Maxweber di mana ianya menyentuh bukan saja pelaksana (guru) tetapi juga fungsi seseorang
pentadbir. Hal ini dapat dilihat tentang kedudukan organisasi program pendidikan khas di
sekolah tidak mantap dan begitu juga peranan organisasi di peringkat kementerian tidak jelas.
Ini ditambah lagi tentang kelemahan pentadbir sekolah dalam memantau dan menyelia
program ini. Faktor-faktor yang diutarakan di atas selari dengan pendapatan kajian EPRD pada
tahun 2000.
Teori peralihan pula tertumpu kepada huraian tentang tingkah laku pekerja dan
pertalian antara individu dengan individu lain atau antara kelompok pekerja dengan kelompok
lain. Kaitannya di sini ialah motivasi guru itu sendiri tidak pada tahap yang memuaskan dan
diabaikan. Lebih menarik lagi kalau ditinjau dari teori sistem kerana ianya berasaskan kepada
analisis dan statistik rangka konsep. Ini termasuklah ‘planning, programming and budgeting
system (PPDS)’ dan pengurusan strategik serta pengurusan mengikut objektif (MBO). Dalam
hal ini, penulis menumpukan satu inovasi dalam program pemulihan khas berdasarkan teori
pengurusan saintifik Taylor. Salah satu prinsip Taylor ialah prisnsip kaji masa atau ‘time study
principle’. Prinsip ini menyatakan bahawa semua tugas patut diukur dengan kajian masa yang
tepat dan satu masa yang standard harus ditetapkan bagi semua pekerjaan. Jika dikaitkan
dengan pelaksanaan program pendidikan khas yang sedia ada terdapat kelemahan yang ketara
15
dalam peruntukan masa bagi melaksanakan program ini. Di samping itu ianya juga tidak
menampakkan satu penetapan masa yang standard bagi pencapaian penguasaan murid-murid
di dalam 3M. Oleh itu, dalam banyak faktor yang diutarakan oleh EPRD terhadap kelemahan
perlaksanaan program ini, penulis merangka satu inovasi yang berkait dengan masa dan
standard. Penulis menamakan inovasi ini Program Pendidikan Khas Sepenuh Masa
(PERKASA).
8.0 PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEPENUH MASA (PERKASA)
8.1 Permasalahan
Walaupun program pendidikan khas ini telah lama dilaksanakan namun peratus
murid yang tidak menguasai 3M masih tinggi. Mengikut kaedah yang sedia ada,
perlaksanaan program pendidikan khas inimenggunakan “siytem withdrawal”.
Ini bermaksud murid-murid yang berada dalam sistem ini hanya berada dalam
kelas pemulihan secara berkala. Jika dilihat peruntukkan masa murid untuk
mengikuti program pemulihan adalah terhad. Masa yang diperuntukkan oleh
Tahun1, Tahun 2 dan Tahun 3 ialah 330 minit (11 waktu) seminggu. Jumlah
minit yang ada pula perlu diagihkan kepada matapelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik. Secara purata, setiap murid pemulihan hanya dapat mengikuti
program tersebut 2 waktu (60 minit sahaja) seminggu bagi setiap mata pelajaran
iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Ini adalah sukar untuk murid tersebut
dipulihkan dalam tempoh masa yang singkat tanpa ada bimbingan berterusan.
JADUAL 3:
16
JUMLAH MASA BELAJAR KELAS PEMULIHAN KHAS
Tahun Masa Seminggu Mata Pelajaran
Tahun 1 330 minit Bahasa Melayu
Matematik
Tahun 2 330 minit Bahasa Melayu
Matematik
Tahun 3 330 minit Bahasa Melayu
Matematik
Sistem withdrawal menyebabkan pergerakan murid-murid dari kelas biasa ke
kelas pemulihan khas mengambil masa lima hingga sepuluh minit. Ini
menjadikan sesi pemulihan tidak dapat dijalankan seperti dirancangkan.
Adakalanya murid-murid ini tidak sampai ke kelas pemulihan pada waktu yang
ditetapkan. Ini menyebabkan wujudnya “ponteng kelas” dikalangan murid-
murid pemulihan. Terdapat segelintir guru kelas yang tidak memantau
pergerakkan murid dari kelas biasa ke kelas pemulihan. Adakalanya pula guru
kelas lambat melepaskan murid-murid pemulihan ke kelas pemulihan. Jika
dilihat dari susunan jadual waktu kadang kala terdapat pertindihan waktu yang
menyebabkan murid-murid pemulihan tidak dapat berada di dalam kelas
pemulihan. Ini disebabkan masa pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan
khas bergantung kepada jadual waktu induk sekolah.
Berdasarkan kajian penulis, ramai guru-guru pemulihan yang tidak
relevan dengan tugasnya. Ini termasuklah tidak berminat mengajar kelas
pemulihan, tidak ada latihan khusus, tidak terlatih di dalam bidang pemulihan
khas. Motivasi guru pemulihan khas bertambah luntur apabila tidak terdapat
kerjasama dari guru-guru mata pelajaran. Keadaan fizikal kelas pemulihan juga
menyumbang ke arah mewujudkan iklim yang kondusif untuk murid-murid
17
belajar. Terdapat kelas pemulihan hanya satu bay atau berada dalam kelas yang
selalu berpindah randah.
Dalam organisasi sekolah, program pemulihan khas adalah dikawal selia
secara langsung oleh Guru Besar dan juga Guru Penolong Kanan Satu. Kajian
penulis menunjukkan wujudnya pemikiran pihak pentadbir sekolah bahawa
program pemulihan khas ini tidak penting. Maka dengan itu tidak hairan
terdapat Guru Besar yang tidak mewujudkan perjawatan guru pemulihan. Ini
bermakna pentadbir sekolah telah mengingkari arahan pekeliling Kementerian
Pelajaran seperti yang disebutkan sebelum ini. Ekoran daripada
ketidakperihatinan pentadbir sekolah terhadap program pemulihan ini maka
tidak hairan terdapat pentadbir yang tidak mengambil berat dan mengawalselia
program ini malah terdapat guru-guru “yang bermasalah ” dijadikan guru
pemulihan khas.
8.2 Rasional Pelaksanaan Program Perkasa
Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004 terdapat 114,994 murid-
murid Tahap Satu tidak menguasai 3M dan secara terperincinya pecahan tidak
menguasai 3M ini bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia seperti yang tertera di
dalam jadual berikut.
JADUAL 4:
BILANGAN MURID-MURID YANG TIDAK MENGUASAI 3M DI MALAYSIA
JPN PERLIS KED PP PER SEL WP N9 MEL JOH PAH TRG KEL SABAH S’WAK LAB
18
Bil murid
tahap 113, 797 101,071 70, 538 137,826 254,708 80, 554 57, 028 44, 359 187,542 67, 053 74, 567 112,666 145,322 141,282 4, 280
Bil murid BM
3M
1419
(10.3%)
8307
(9.2%)
4937
(7.0%)
12, 131
(8.8%)
13, 003
(5.1%)
2534
(3.1%)
3612
(6.3%)
2926
(6.6%)
18, 158
(9.7%)
5083
(7.6%)
6888
(9.2%)
8699
(7.7%)
9960
(6.9%)
15, 978
(11.3%)
359
(8.4%)
JUMLAH 114,994 (7.7%)
KEDUDUKAN
PERINGKAT
NASIONAL
TEMPAT KE-4
Hasil kajian penulis terhadap keberkesanan program pemulihan khas di negeri
Melaka, sehingga Jun 2004 terdapat 3200 murid yang berada di dalam kelas
pemulihan khas dari jumlah itu hanya 2926 murid masih belum dapat
dipulihkan. Statistik terperincinya adalah seperti jadual di bawah.
JADUAL 5:
STATISTIK MURID PROGRAM PEMULIHAN KHAS NEGERI MELAKA
Sehingga Jun 2004
(Pemulihan Khas Tahap 1)
Tahun
Bil
Keseluruha
n Murid
Bil Murid
Mengikuti
Program
Pemulihan
Khas (Jan)
Bil Murid Yang
Telah Dipulihkan
Bil Murid Yang Masih
Dalam Pemulihan
Khas
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
Tahun 1 15,053 - - - - 1,546 10.27
Tahun 2 15,077 1,756 11.65 922 52.51 834 5.53
Tahun 3 14,229 1,444 10.15 898 62.19 546 3.84
Jumlah 44.359 3,200 7.21 1,820 56.88 2,926 6.59
JADUAL 6:
STATISTIK MURID PROGRAM PEMULIHAN KHAS NEGERI MELAKA
19
Sehingga Jun 2004
(Pemulihan Khas Tahap 2)
Tahun
Bil
Keseluruhan
Murid
Bil Murid Mengikuti
Program Pemulihan
Khas (Jan)
Bil Murid Yang Telah
Dipulihkan
Bil Murid Yang Masih
Dalam Pemulihan Khas
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
Tahun 4 14,451 616 4.26 365 59.25 251 1.73
Tahun 5 14,442 363 2.51 156 42.97 207 1.43
Tahun 6 14,219 265 1.86 117 51.69 148 1.04
Jumlah 43,112 1,244 2.88 845 55.37 606 1.40
KESELURUHA
N87,471 4,444 5.08 2,665 59.96 3,532 4.03
JADUAL 7:
STATISTIK MURID PEMULIHAN YANG DIKEMBALIKAN SEMULA KE
PROGRAM
PEMULIHAN KHAS (Sehingga Jun 2004)
Tahun Bilangan Muird Kembali Semula Ke
Program Pemulihan Khas
Bil Peratus
Tahun 1 - -
Tahun 2 508 28.92
Tahun 3 586 40.58
Tahun 4 233 37.82
Tahun 5 154 42.42
Tahun 6 57 21.50
KESELURUH
AN
1538 34.60
20
BeBerdasarkan statistik di atas jelas menunjukan program pemulihan khas
yang sedia ada belum memperlihatkan keberkesanan yang tinggi. Oleh itu
satu program khas perlu diadakan sebagai penambahbaikan dan
menyelesaikan beberapa masalah khusunya dari sudut peruntukan masa dan
keberkesanan guru.
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PERKASA
Program ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa 1 melibatkan murid yang telah
dikenalpasti mengikuti program pemulihan khas Tahun 2 dari Januari hingga
Jun. Fasa 2 pula melibatkan murid-murid Tahun 1 yang dikenalpasti
mengikut program pemulihan khas sepenuh masa dari Julai hingga
November. Murid-murid ini akan menjalani pemulihan khas dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik semasa waktu mata pelajaran
Bahasa Melayu, Matematik dan mata pelajaran elektif yang terpilih
berdasarkan jadual waktu satu kelas sahaja. Bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris, Agama Islam atau Moral dan Sains, murid-murid ini akan mengikuti
kelas aliran perdana. Berdasarkan kaedah ini, jumlah waktu murid-murid
berada di dalam kelas pemulihan lebih lama. Ini dapat ditunjukkan seperti
dalam jadual berikut.
JADUAL 8:
CADANGAN MASA BELAJAR PROGRAM PERKASA
Mata PelajaranPeruntukan Masa
Seminggu
Bahasa Melayu 12 X 30 = 360 minit
Pendidikan Jasmani 3 X 30 = 90 minit
21
Pendidikan Seni 2 X 30 = 60 minit
Pendidikan Muzik 2 X 30 = 60 minit
Matematik 7 X 30 = 210 minit
JUMLAH 26 X 30 = 780 minit
Ini bermakna waktu pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Komunikasi, Pendidikan
Seni, Pendidikan Muzik digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu, manakala
P&P Matematik di dalam kelas pemulihan khas akan dikendalikan dalam
Bahasa Inggeris pada waktu Matematik.
Murid PERKASA yang akan diambil ialah murid yang telah disaring
dengan menggunakan ujian saringan (Instrument saringan disediakan).
Manakala bilangan maksima bagi kelas PERKASA tidak melebihi 15 orang.
Untuk tidak mengabaikan pelajar-pelajar pemulihan khas yang berada pada
tahun 3 dan 4 mereka diperuntukkan waktu belajar sebanyak 210 minit dan 4
waktu persediaan. Bagi menjamin program PERKASA ini berkesan, guru-guru
pemulihan khas akan diberi pendedahan dan latihan lanjutan di peringkat
negeri.
Murid-murid yang mengikuti program PERKASA akan diuji mengikut
pencapaian mereka dari semasa ke semasa dengan menggunakan instrument
penilaian khas yang disediakan oleh jawatankuasa untuk mengenal pasti murid-
murid yang telah menguasai asas 3M dan akan diuji semula dengan
menggunakan ujian pencapaian. Satu arahan akan diberi oleh Jabatan
22
Pendidikan Negeri supaya penyeliaan dan pemantaun program ini dijalankan
sepanjang masa. Personal yang terlibat dalam tugasan ini ialah pegawai-
pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan Guru Besar. Sekiranya pelajar
PERKASA telah dapat dipulihkan sepenuhnya sebelum jangkamasa 6 bulan
maka guru pemulihan khas hendaklah bertindak sebagai guru pembimbing
membantu guru mata pelajaran di mana murid PERKASA berada.
Contoh jadual waktu kelas pemulihan khas seperti biasa adalah seperti di
bawah.
JADUAL 9:
CONTOH JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN UNTUK GURU
PEMULIHAN
YANG DICADANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PERKASA
KELAS TAHUN 1, 2, DAN 3
23
MASA/HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
7.45 – 8.15 PER M3 – ½ BM – 1/2 BM/PJ – ½
8.15 – 8.45 M3 – 1/2 M3 – ½ BM –1/2 BM/PJ – ½
8.45 – 9.15 M3 – 1/2 BM – ½ M3 – 1/2 BM/PK – ½
9.15 – 9.45 BM – ½ BM - 3 BM - 3
9.45 – 10.15 BM-3 BM-3 BM – 3
10.15 –
10.35
R E H A T
10.35 –
11.05
BM – 1/2 BM – ½
11.05 –
11.35
BM –1/2 M3 – 1/2 BM – 1/2 BM – ½
11.35 –
12.05
BM – 1/2 BM/PS –
1/2
M3 – 1/2 BM – 1/2 BM – ½
12.05 –
12.35
BM/PS –
1/2
BM/MZ –
1/2
BM/MZ –
1/2
12.35 – 1.05
Catatan: Jika murid kurang daripada 15 orang, boleh ditambah / digabungkan dengan
murid pemulihan khas tahun 3.
Kelas Tahun 3 Pemulihan Khas : Mata pelajaran Bahasa Melayu sebanyak 5 waktu.
Persediaan ditentukan oleh guru pemulihan khas.
JADUAL 10:
ANALISA MATA PELAJARAN
SUBJEK KALI MINIT SUBJEK KALI MINIT SUBJEK KALI MINIT
BM – ½ 12 360 BM/PS –
½
2 60 PER 1 30
M3 – ½ 7 210 BM/MZ –
½
2 60 PERSEDIAAN 4 120
24
Mata pelajaran dan minit yang dicadangkan.
*BM – 3 5 150 BM/PK –
½
1 30
BM/PJ –
½
2 60 JUM 38 1140
9.1 Carta Aliran Proses Pelaksanaan Program Perkasa
Bagi memudahkan melihat aliran perlaksanaannya diturunkan dalam kerangka
konsep seperti di bawah.
JADUAL 11:
CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN PROGRAM PERKASA
Sudah Menguasai 3M
Belum Menguasai 3M
25
- Kelas biasa ( Pemulihan Dalam Kelas Pencalonan
Oleh Guru BM/M3&
Pengumpulan Maklumat
Oleh Guru Pemulihan
Ujian saringan- Kelas Bermasalah Pembelajaran- Disleksia
Kelas Pemulihan Khas
Sudah Menguasai 3M Objektif
Tidak Tercapa
A ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN
9.2 Jangkaan Keberkesanan Program Perkasa
Program PERKASA ini telah dimulakan pada bulan Januari 2005 bagi Tahun 2
dan Jun 2005 bagi Tahun 1. Jangka masa Program PERKASA ini adalah
selama 6 bulan. Sebanyak 173 buah diseluruh negeri Melaka sedang
melaksanakan program ini. Penulis amat teruja untuk melihat keberkesanannya
dan berhasrat untuk menghasilkan kertas kerja yang seumpama ini apabila
kajian enam bulan pertama diperolehi. Penulis juga tidak mempuyai halangan
untuk berkongsi maklumat dengan mana – mana negeri atau individu berhasrat
melaksanakan inovasi ini.
Mengikut kaedah lama ujian saringan tidak memisahkan pelajar normal
(pemulihan khas) dengan pelajar pendidikan khas. Instrumen saringan terbaru
dapat mengenal pasti kedua –dua kategori pelajar tersebut. Tetapi yang faktor
26
Ujian Diagnostik
Analisa Ujian Diagnostik
Penyediaan Rancangan Pengajaran/Senarai Semak
Pengajaran dan Pembelajaran
Pengukuhan dan Pengayaan
Penilaian
yang dominan dalam inovasi ini ialah faktor masa. Pelajar akan berada sepenuh
masa bersama guru pemulihan selama enam bulan.
10. PENUTUP
Melalui pelaksanaan program pemulihan khas sepenuh masa, diharapkan murid-murid yang
mengikuti program ini dijangka boleh menguasai 3M selewat-lewatnya dalam tempoh enam
bulan. Kerjasama, sokongan dan usaha yang sungguh-sungguh dari pelbagai pihak merupakan
kunci utama kejayan program PERKASA. Secara tidak langsung turut membantu memastikan
guru-guru pemulihan khas tidak disalahgunakan untuk tujuan lain sehingga menjejaskan
pelaksaan program pemulihan khas. Jaafar Muhamad (2004), dalam bukunya Pengantar
Pengurusan yang menyatakan bahawa perubahan dalam organisasi memerlukan seseorang
yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk berubah. Individu yang bertindak sebagai
pencetus idea tersebut diandaikan bertanggungjawab menguruskan proses perubahan dipanggil
agen perubahan. Pengurus merupakan agen yang akan memastikan sesuatu perubahan itu akan
berjaya dilaksanakan atau tidak. Menurut Kanter (1995), pengurus masa depan adalah
pengurus adalah pengurus yang peka kepada perubahan dan melihat perubahan adalah satu
cara hidup organisasi. Penekanan yang diberi oleh Kanter adalah belajar dari pengalaman lalu
dan menggunakannya ia untuk membentuk perubahan untuk masa hadapan.
CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN
12.1
27
ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN
CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN
CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN
RUJUKAN RARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANAAN
Akta Pendidikan 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 : Warta
Kerajaan Seri Paduka Baginda, Diterbitkan Dengan Kuasa..
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengawasan dan Penyeliaan Program
Pemulihan Yang Dikendalikan oleh Guru Khas Pemulihan. Rujukan KP(BS)
8502/5/PK/Jld.V(29), bertarikh 17 Mac 1986..
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malysia. Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan
Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah. Rujukan KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34),
bertarikh 30 Jun 1989.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Waran Peruntukkan Untuk
Sekolah Pendidikan Khas. Rujukan, KP/JPK/BP/01/30 ( ).
28
Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pelakanan
Pemulihan Khas.1999.
Jaafar Muhamad.2004. Pengantar Pengurusan. Leeds Publications. Petaling Jaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Dan Perkhidmatan. Surat
Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2001. Rujukan
KP(PP)0137/40(79), bertarikh 10 Mac 2001.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Keawangan. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5
Tahun 2002. Pemberian Bantuan Perkapita Untuk Sekolah. Rujukan KP.1573/17/Jld.14 (4),
bertarikh 16 Oktober 2002.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling
Iktisas Bil.14/2002. Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003, bertarikh 27
November 2002.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Penendidikan . Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah Rendah 2002.
Gempita Maju Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2004), Pengenalan Pedagogi. Penerbitan Budiman,Subang Jaya, Selangor
Darul Ehsan.
PROSES PERLAKSANAAN
29
30