<FAKULTI > FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA. <SEMESTER / TAHUN > KEENAM / MEI 2014. <KOD KURSUS> HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN. <TAJUK KURSUS> Pemilihan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Menggunakan Aplikasi Android Jenis Youtube. NAMA : SHARIPAH MAIZATUL AKMA BT. SYED MAHAMUD NO. MATRIKULASI : 660129065424001 NO. KAD PENGNEALAN : 660129- 06-5424 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
<FAKULTI >
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA.
<SEMESTER / TAHUN >
KEENAM / MEI 2014.
<KOD KURSUS>
HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN.
<TAJUK KURSUS>
Pemilihan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Menggunakan Aplikasi
Sebagai kesimpulan dari kajian ilmiah ini, didapati PPBK menggunakan perisian YouTube di
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab ini memang
telah biasa digunakan kerana memudahkan guru dan pelajarnya dalam mencapai objektif
pengajaran. Namun penggunaan smart phone oleh pelajar tidak dapat diaplikasikan tetapi guru-
gurunya dapat memilih bahan yang sesuai darinya dan diaplikasikan ke komputer utuk kegunaan
pelajar.
2.6 Pendidikan Perantaraan Gadget Smartphone,Tablet PC Peranti Mudah Alih Teknologi
di dalam bilik darjah.
Telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk
berkomunikasi dan telah berjaya menarik minat golongan muda (Hamdan, Din & Abdul Manaf,
2012). Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit 2007 yang dikeluarkan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, lebih separuh daripada 21 juta pengguna telefon
bimbit di negara ini gemar menggunakan khidmat SMS atau khidmat MMS sebagai medium
berkomunikasi. Teknologi telekomunikasi juga terus mengalami perkembangan yang mendadak
di seluruh dunia terutamanya dalam peralatan mudah alih seperti telefon bimbit dan PDA
(Landell, 1997).
Di samping itu juga, beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada
pelantar Android, iOS dan BlackBerry Os yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah Wikipedia,
Youtube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search dan whiteboard (Hamdan et al.,
2012).
Secara keseluruhannya M-Learning boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia
kerana ia adalah satu perkhidmatan dan kemudahan yang membekalkan pengguna dengan
maklumat elektronik secara am dan kandungan pendidikan yang membantu pencarian tanpa
mengira masa dan tempat. Melalui penggunaan pembelajaran mudah alih secara tidak langsung
boleh dijadikan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Yaakub (1996), pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan yang
baru mahupun yang mengalami perubahan, kemahiran dan penyusunan semula pengetahuan
yang sedia ada. Dalam konteks kajian ini, pembelajaran membawa maksud proses memperolehi
11
ilmu pengetahuan atau kemahiran menggunakan sebarang peranti mudah alih yang direka bentuk
untuk membolehkan maklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan pada setiap masa.
Perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya
kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi,
termasuk institusi pendidikan. Seperti di negara-negara maju, negara-negara membangun di Asia
Tenggara semakin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pendidikan dalam
meningkatkan sumber manusia (modal insan). Kemajuan dan penularan penggunaan ICT dalam
masyarakat membawa maksud bahawa sistem pendidikan di rantau ini semakin memanfaatkan
ICT dalam mengendalikan banyak cabaran yang timbul yang dihadapi oleh sistem pendidikan di
Asia Tenggara.
Sebagai contoh, para pelajar di Singapura menggunakan iPad ketika mengikuti Kelas Seni
Bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang. Transformasi ini menyebabkan kehidupan lebih
ribuan pelajar di Asia menjadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa muatan yang berat ke
sekolah. Pada masa akan datang, pelajar hanya membaca melalui komputer tablet. Hasil revolusi
digital yang dibawakan ke dalam pendidikan juga membolehkan ribuan pelajar mendapat
pembelajaran daripada pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru terbaik dunia melalui
internet.
Hal ini turut sama dikongsi oleh Korea Selatan yang merencanakan digitalisasi buku-buku teks
untuk dasar pada tahun 2015 nanti. Buku yang tebal dan membebankan pelajar akan ditukarkan
ke dalam versi digital dengan perantaraan Smartphone dan Tablet PC. Semua pelajar sekolah
dari segenap usia dapat menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa
gadget tersebut.
Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada
menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998)
menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di
kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga
kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam
persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak
12
dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang
agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global.
3.0 METODOLOGI.
Metodologi adalah kaedah yang digunakan untuk membuat penyelidikan. Bagi membuat kajian
ini, pengkaji telah memilih aplikasi Android dari YouTube, sukatan pelajaran pendidikan Islam
pendidikan khas tahun 4 sebagaimana akan dijelaskan berikutnya. Analisa merupakan langkah
pertama yang paling penting dalam pembangunan perisian kursus PPBK. Dalam langkah ini, kita
perlu menentukan dengan jelas:
1. Tujuan perisian kursus dibangunkan;
2. Untuk siapa ia dibangunkan;
3. Matlamat dan objektif pengajaran;
4. Kandungan pelajaran yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut;
5. Pengetahuan sedia ada pelajar; dan
6. Strategi pengajaran.
3.1 Objektif Kajian.
Objektif kajian adalah untuk menilai bahan app YouTube bertajuk wuduk yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dari segi isi kandungan dan aspek teknikal
dapat mencapai objektif pengajaran. Lihat lampiran A, Rancangan Pengajaran Harian.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, hasil dari video ini akan :
Aras i : Murid dapat menyatakan cara berwuduk yang sempurna meliputi perkara sunat dan
rukun wuduk.
Aras ii : Murid dapat menyusun gambar cara berwuduk secara print screen dan crop dengan
turutan yang betul dengan bimbingan guru.
Selain itu objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap:
13
a) pengetahuan guru terhadap penggunaan PPBK dari aplikasi telefon pintar mudah alih.
b) sikap guru terhadap penggunaan aplikasi dari android.
c) motivasi guru terhadap penggunaan PPBK android.
Kepentingan kajian adalah untuk membiasakan guru-guru meneroka dan memilih aplikasi apps
dari telefon mudah alih yang dapat membantu sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK).
3.2 Prosedur kajian
Pengkaji telah meneliti setiap app dari android yang digunakan untuk mencari bahan sesuai
berkaitan tugasan yang diperlukan disamping berbincang melalui Forum myVLE OUM dan
Group face book OUMmac2012 (guru-guru yang mengikuti kursus PJJ OUM ) yang sama dari
seluruh negeri di Malaysia.Lihat contoh rajah 1.4 ini.
Rajah 1.4, Group forum myVLE OUM dan Group Facebook OUMmac2012.
Selain itu pengkaji juga menilai kesesuaian bahan berpandukan sukatan pelajaran, membaca bahan-bahan bacaan, jurnal secara on-line dan bahan bercetak lain yang bersesuaian dengan penyelidikan.
Rasionalnya, pengkaji memilih guru-guru dari aliran Pendidikan Khas untuk menilai aplikasi ini kerana mereka lebih arif tentang tahap kemampuan pelajarnya.
3.3 Instrumen Kajian.
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) menggunakan aplikasi YouTube
telah biasa digunakan oleh guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam
memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab,
14
Pahang. Contohnya dalam Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Kemahiran Manipulatif, Kem
Bestari Solat Program Pendidikan Khas Integrasi, Bahasa Melayu, Tingkahlaku dan lain-lain
pelajaran.
Seramai 10 orang guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) terlibat dalam
menilai aplikasi ini. Lima orang darinya adalah guru Pendidikan Islam dari Pendidikan Khas
Bandar Temerloh dan lima orang lagi guru yang sama dengan pengkaji di sekolah ini. Seramai 3
orang pelajar terlibat dalam pelajaran Pendidikan Islam sukatan Tahun empat (PKBP) bertajuk
Wuduk ini. Berikut adalah rajah menunjukkan App YouTube yang menjadi pilihan penilai.
Rajah 1.5, Contoh App YouTube pilihan kajian.
Kaedah analisis kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal
selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian pemilihan perisian
kursus dari App YouTube tersebut. Dua jenis video digunakan:
1. Disampaikan secara tutorial diikuti dengan tunjuk cara berwuduk. Lihat,
https://www.youtube.com/watch?
v=qL7XrgV92aw&index=4&list=FLrNEaypRl5uw2Tja2oPjL-w Rakaman ini
Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI) Pendidikan Khas.
Samsung Galaxy Note II.
Yow Tube (i) Wuduk dan (ii) Lagu cara-cara berwuduk lihat link berikut :https://www.youtube.com/watch?v=qL7XrgV92aw&index=4&list=FLrNEaypRl5uw2Tja2oPjL-w
Pendidikan Islam Pendidikan Khas Tahun 4, Asas Ulum Syariah (Ibadah).
Tahun 4 Intelek.
3 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran.
Makmal Komputer.
8.40 pagi hingga 9.40 pagi (1 jam).
5.2 : Memahami konsep bersuci.
5.2.2 : Cara berwuduk yang sempurna meliputi perkara sunat dan rukun wuduk.
Pelajar telah mengetahui maksud bersuci anggota badan, pakaian dan tempat daripada najis, dan kotoran.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, Aras i : Murid dapat menyatakan cara berwuduk yang sempurna meliputi perkara sunat dan rukun wuduk.Aras ii : Murid dapat menyusun gambar cara berwuduk dengan turutan yang betul dengan bimbingan guru.
Murid dapat memahami maksud wuduk, Lafaz Niat wuduk, anggota wuduk yang wajib dan sunat serta menyatakan perlakuan wuduk dengan betul.
Jagalah kebersihan tubuh badan,pakaian dan tempat tinggal. Badan bersih, otak sihat dan minda cerdas. Kekotoran mendatangkan penyakit. Kebersihan sebahagian daripada iman.
Buku Teks dan Buku Aktiviti Pendidikan Islam Masalah Pembelajaran Tahun 4, Komputer, Telefon Samsung Galaxy Note II, LCD, printer, kertas A4 dan capaian internet.
Lampiran B.
Borang Soal selidik dalam bentuk jawapan terbuka dan skala Likert.
BORANG SOAL SELIDIK GURU (Latar belakang Guru Penilai).
Tujuan servey ringkas ini, adalah untuk menilai kesesuaian aplikasi Android Yow Tube dari segi
isi kandungan dan teknikal dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK),
pelajaran pendidikan islam mengenai cara-cara berwuduk. Segala maklum balas yang diberikan
akan dirahsiakan. Kerjasama anda dalam melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.
Bahagian A.
Sila jawab semua soalan.
Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
1. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]
2. Pengalaman mengajar selama _________________
Kurang daripada 5 tahun [ ]
5 hingga 10 tahun. [ ]
Lebih daripada 10 tahun. [ ]
Lain-lain______ tahun.
3. Semasa pengajaran dan pembelajaran saya____________ menggunakan komputer.
31
Tidak pernah [ ] Sekali sekala atau jarang [ ] Kerap (setiap minggu) [ ]
4. Saya mempunyai : (Boleh pilih lebih daripada satu jawapan).
2. Adakah anda menggunakan internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran.
Ya. [ ] Tidak [ ]
32
BORANG SOAL SELIDIK PERISIAN KURSUS (Apps Video bertajuk Wuduk).
Soal selidik skala likert.
Sila lengkapkan borang kaji selidik ini. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas guru bagi meningkatkan mutu pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Pendidikan Islam dengan menggunakan aplikasi Android Yow Tube bertajuk Wuduk .
Sila Bulatkan Jawapan Anda berpandukan skala berikut.
Skala Skor
Sangat Tidak Setuju. 1
Kurang Setuju. 2
Sederhana Setuju. 3
Setuju 4
Sangat Setuju. 5
KRITERIA ISI KANDUNGAN (A)
KetepatanNo.
Soalan Skor
1 Perisian yang dipilih bebas daripada kesilapan. 1 2 3 4 5
2 Maklumat terkini. 1 2 3 4 5
3 Pendapat nilai murni yang sangat relevan dengan perlakuan yang ditunjukkan.
1 2 3 4 5
4 Sesuai dan menepati dengan tuntutan islamiah. 1 2 3 4 5
5 Penggunaan bahasa Arab dan Melayu yang betul dari segi nahu, ejaan dan struktur ayat.
1 2 3 4 5
(B)Kesesuaian
1 Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar. 1 2 3 4 5
2 Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak disampaikan.
1 2 3 4 5
3 Interaksi komputer-pelajar sesuai dengan tahap pelajar.
1 2 3 4 5
(C) 1 Kandungan disampaikan berada dalam skop topik 1 2 3 4 5
33
Skop cara berwuduk yang hendak diajar.2 Kandungan disampaikan mengikut turutan susunan
yang sesuai.1 2 3 4 5
3 Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.
1 2 3 4 5
KRITERIA ASPEK TEKNIKAL (D) Navigasi
1 Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat. 1 2 3 4 5
2 Penggunaan menu, ikon dan arahan yang intuitif. 1 2 3 4 5
3 Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian, berhenti atau keluar.
1 2 3 4 5
4 Sistem bunyi yang boleh dikawal. 1 2 3 4 5
(E)Ciri-ciri penyimpanan rekod
1 Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu perisian.
1 2 3 4 5
2 Mengambil dan menyimpan nota apabila perlu. 1 2 3 4 5
(F)Persembahan
1 Isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran pelajar.
1 2 3 4 5
2 Maklum balas yang membina. 1 2 3 4 5
3 Susun atur paparan yang baik. 1 2 3 4 5
4 Penerangan yang mencakupi bagi visual. 1 2 3 4 5
5 Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz yang sesuai dengan kumpulan sasaran.
1 2 3 4 5
(G) Kualiti
1 Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran. 1 2 3 4 5
2 Audio yang jelas dan mudah difahami dan dikawal. 1 2 3 4 5
3 Suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual.
1 2 3 4 5
Lampiran C. Model Pengajaran Gagne Dalam Pembangunan Perisian Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).
Tahap Pembelajaran Keterangan
Mendapatkan perhatian Pengajaran mestilah dimulakan dengan sesuatu yang dapat menarikminat atau perhatian pelajar. Sesetengah perisian kursus menggunakan video atau audio yang digabungkan dengan animasi atau grafik yang menarik.
34
Memaklumkan objektif kepada pelajar
Tujuan pengajaran mestilah dijelaskan kepada pelajar agar merekalebih bersedia menerima apa yang akan diajar.
Mengingat kembalipengetahuan sedia ada
Pelajar hendaklah digalakkan mengingat kembali pengetahuan sediaada. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan meminta pelajarmenjawab beberapa soalan ringkas atau dengan menyatakanmaklumat penting yang diperlukan.
Menyampaikan maklumat Maklumat mestilah disampaikan dengan tepat dan ringkas. Ia hendaklah disampaikan dengan menarik dengan menggunakan grafik yang sesuai, animasi, audio dan video. Untuk membantu pelajar memahami pelajaran, bilangan isi atau fakta di dalam satu skrin yang disampaikan hendaklah dihadkan supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah.
Membantu pembelajaran Isi dan fakta hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang sesuai bagi membantu pemahaman pelajar. Seringkali kaedah EGRUL(contoh-rumusan) atau RULEG (rumusan-contoh) digunakan.
Memberi latihan Latihan yang dijalankan hendaklah sesuai dengan kandungan pelajaran yang disampaikan. Latihan boleh dilakukan sama ada melalui soalan-soalan yang dibekalkan bersama dengan perisian kursus atau soalan-soalan yang disediakan oleh guru. Pencapaian atau respons pelajar kepada soalan-soalan menentukan sama ada mereka telah memahami kandungan pelajaran yang disampaikan.
Memberi maklumbalas
Satu kelebihan penggunaan perisian kursus PPBK ialah ia mampu memberi maklum balas semerta kepada pelajar. Bergantung pada pencapaian pelajar dalam latihan, mereka diberikan pengukuhan atau pemulihan. Bagi perisian kursus yang komprehensif, aktiviti pengukuhan dan pemilihan mungkin disediakan. Walau bagaimanapun, guru juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ini di dalam kelas jika ia tidak disediakan atau jika guru berpendapatbahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan tidak mencukupi atau tidak sesuai.
Menilai pencapaian Di akhir suatu pengajaran, pelajar biasanya diberikan ujian untuk menilai pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari.
Mengingat kembali Adalah penting bagi pelajar untuk mengingati kembali apa yang telah dipelajari dan seterusnya menggunakan pengetahuan ini dalam situasi yang berbeza. Perisian kursus PPBK perlu menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan bagi membolehkan ini berlaku.