1 1.0 Pengenalan Kebolehan menyelesaikan soalan dan masalah aritmetik Matematik merujuk kepada kemampuan murid menyelesaikan soalan operasi tambah, tolak, darab, bahagi serta operasi bercampur dalam Matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan aritmetik yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas Matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum Matematik sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah bersimbol tambah, tolak, darab dan bahagi serta masalah berayat bagi operasi bercampur yang melibatkan dua atau lebih operasi aritmetik tersebut (Ong & Yoong, 2003). Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik. Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan aplikasi perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah diperkenalkan sebagai satu strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Penggunaan aplikasi perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dipercayai akan meningkatkan kemahiran mengira dan kebolehan menyelesaikan masalah aritmetik Matematik dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah lagi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Perkembangan pesat teknologi maklumat dewasa ini telah memberikan lebih banyakalternatif kepada guru-guru Matematik dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara menarik serta efektif. Sehubungan itu, satu aplikasi perisian yang bernama µReken Test¶ telah dijalankan dan dibuat bagi menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Ia merupakan perisian tentang aritmetik Matematik untuk pelajar peringkat sekolah rendah (Tahun 3 sehingga Tahun 6) dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran secara maya yang interaktif dan menyeronokkan berbanding cara tradisional yang biasanya melibatkan buku dan pensil sahaja. Perisian ini menawarkan pembelajaran secara kontekstual dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com
Kebolehan menyelesaikan soalan dan masalah aritmetik Matematik merujuk kepada kemampuan
murid menyelesaikan soalan operasi tambah, tolak, darab, bahagi serta operasi bercampur dalam
Matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002),
sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan aritmetik yang telah dipelajari, maka ia
disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara
mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas Matematik untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum
Matematik sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah
bersimbol tambah, tolak, darab dan bahagi serta masalah berayat bagi operasi bercampur yang
melibatkan dua atau lebih operasi aritmetik tersebut (Ong & Yoong, 2003).
Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di
Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka
hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai
pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan
masalah Matematik. Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan aplikasi perisian pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) telah diperkenalkan sebagai satu strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Penggunaan aplikasi perisian
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dipercayai akan meningkatkan kemahiran mengira
dan kebolehan menyelesaikan masalah aritmetik Matematik dalam kalangan murid di peringkat
sekolah rendah lagi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Perkembangan pesat teknologi maklumat dewasa ini telah memberikan lebih banyak
alternatif kepada guru-guru Matematik dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
secara menarik serta efektif. Sehubungan itu, satu aplikasi perisian yang bernama µReken Test¶
telah dijalankan dan dibuat bagi menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK). Ia merupakan perisian tentang aritmetik Matematik untuk pelajar peringkat sekolah
rendah (Tahun 3 sehingga Tahun 6) dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran secara
maya yang interaktif dan menyeronokkan berbanding cara tradisional yang biasanya melibatkan
buku dan pensil sahaja. Perisian ini menawarkan pembelajaran secara kontekstual dan
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com
Reken Test menyokong asas operasi aritmetik dalam Matematik bagi peringkat sekolah
rendah seperti penambahan dan penolakan, darab dan bahagi serta operasi bercampur. Di
samping itu, perisian ini juga melibatkan operasi yang melibatkan aras kemahiran lebih tinggi
seperti operasi aritmetik perpuluhan, wang, peratusan dan pecahan. Reken Test juga adalah
perisian untuk tutorial, latih tubi, permainan, simulasi dan ujian dalam menganalisis serta
menguji kemampuan menghitung nombor dalam opeasi tambah, tolak, darab, bahagi dan opeasi
bercampur. Aplikasi perisian ini turut boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di
kelas (sekolah) atau sebagai aktiviti penggayaan dan pengukuhan latihan di rumah bagi
mengulang kaji dan bermain sambil belajar di rumah. Dengan pelbagai pilihan penyesuaian,
Reken Test boleh digunakan untuk menangani aras-aras kelemahan pelajar untuk kemahiran
aritmetik Matematik yang berbeza-beza kerana setiap pelajar mempunyai aras pembelajaran
yang juga berbeza-beza.
Perisian µReken Test ini telah direka untuk soalan aritmetik yang melibatkan nilai digit 0
sehingga 100. Ia merupakan sebuah perisian pembelajaran Matematik yang sesuai untuk melatih
operasi darab disamping nilai perpuluhan yang disokong dalam pelbagai format seperti wang,
peratusan dan pecahan. Aplikasi perisian yang mesra pengguna ini dapat disesuaikan kepada
semua kategori pengguna amnya dan pelajar sekolah rendah dari Tahun 3 sehingga Tahun 6
khususnya. Ia sebenarnya bergantung kepada aras kemahiran dan penerimaan kognitif serta
prestasi pelajar tersebut. Soalan-soalannya adalah bermula dari aras kemahiran yang mudahkepada yang sukar, pendek kepada yang panjang, umum kepada yang spesifik dan tidak terlalu
mudah atau tidak terlalu susah. Tapi anda juga boleh membiarkan perisian tersebut
menggunakan masalah disesuaikan. Aplikasi perisian µReken Test¶ ini juga akan menawarkan
latihan tambahan dengan soalan serta masalah yang diikuti pembetulan. Jika seseorang pelajar
memerlukan latihan tambahan pada suatu soalan atau masalah tertentu, program perisian ini akan
memberikannya secara automatik. Setelah setiap sesi ujian atau latih tubi dan tutorial ini dibuat,
laporan menyeluruh akan dipaparkan.
Aplikasi perisian ini mempunyai antara muka yang mesra pengguna (user friendly) dan
diorganisasikan dengan baik. Ia mempunyai reka bentuk elegan walaupun ringkas. Ia juga
didokumentasikan dengan baik bagi atas talian (online) dalam laman web aplikasi perisian
µReken Test¶ di internet. Oleh itu, perisian ini dapat digunakan dalam rangkaian internet dengan
mudah dan cepat untuk dimuat turun, digunakan sebagai salah satu cara pembelajaran atau dibuat
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com
Perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) µReken Test¶ telah diperkenalkan dalam
sistem pendidikan negara kita. Perisian ini sebenarnya merupakan pendekatan yang
menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan perisian adalah
sebagai satu alternatif yang dapat mempelbagaikan lagi stategi untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah sebagai suatu sesi yang menarik dan
menyeronokkan. Perisian ini mempunyai lima klasifikasi kategori iaitu tutorial, latih tubi,
permainan, simulasi dan penilaian atau ujian.
3.1 Tutorial
Penggunaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dapat meningkatkan prestasi
pencapaian akademik pelajar. Penggunaan µReken Test¶ dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat memberi implikasi yang jauh lebih baik daripada penggunaan kaedah
pengajaran yang tradisional. Ini kerana, tutorial dalam PPBK dapat membantu pelajar memahami
sesuatu pelajaran dengan lebih baik.
Tutor dalam perisian µReken Test¶ ini sama ada melibatkan individu, komputer atau
bahan bercetak yang mempersembahkan isi kandungan pelajaran, mengemukakan soalan,
meminta maklum balas pelajar, analisa jawapan, menyediakan maklumbalas yang sepatutnya dan
membekalkan latihan sehingga pelajar menunjukkan tahap kecekapan yang telahditetapkan. Susunan dalam tutorial termasuk pengajar dan pelajar (dialog interaktif), pelajar
dengan pelajar, komputer dengan pelajar, dan bahan bercetak dengan pelajar.
Tutorial dalam perisian µReken Test¶ ini melibatkan komputer untuk memperkenalkan
bahan-bahan pembelajaran disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan
soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas.
Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan
pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang
berpencapaian tinggi dalam Matematik di sekolah rendah dari Tahun 3 sehingga Tahun 6.
Dalam aplikasi tutorial perisian ini, ia dianggap peranan pengajaran awal bagi guru atau tutor. Ia
mempersembahkan isi kandungan baru dan menaksir pembelajaran. Tutorial secara khususnya
mengandungi pengetahuan utama yang terurus. Satu atau lebih laluan dibuat menerusi
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com
pengetahuan tersebut, objektif pembelajaran yang khusus dan ujian dalaman pembelajaran
pelajar. Tutorial berasaskan komputer mempunyai kelebihan dari segi :
y S oalan pelengkap. Sebagaimana komputer latihtubi, tutorial melalui komputer juga
mempunyai kelebihan interaktiviti. Pelajar mesti memainkan peranan aktif dengan
menjawab soalan pelengkap. Maklumbalas segera juga diberikan.
y C abangan. Tutorial berkomputer juga bercabang secara automatik, yang mana
menyesuaikan aturan persembahan kandungan, berpandukan jawapan pelajar terhadap
soalan pelengkap. Pemulihan atau pengayaan boleh dibina secara dalaman bagi
menemukan keperluan setiap individu pelajar.
y P ersembahan dinamik. Komputer dapat mempersembahkan maklumat secara dinamik,
seperti menyerlahkan teks penting pada skrin bagi menarik perhatian pelajar, atau melalui
proses gambaran menggunakan animasi grafik. Komputer multimedia mungkin juga
melibatkan audio dan video.
y P enyimpanan rekod. Tutorial berkomputer dapat menjaga rekod pelajar secara
automatik, yang boleh digunakan untuk memaklumkan mereka kemajuannya.
3.2 Latih tubi
Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh perisian µReken Test¶ untuk meningkatkan
pengalaman pembelajaran. Perisian ini akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya ia dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini
akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus
mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.
Semasa latihtubi, pelajar dibimbing menerusi satu siri latihan praktis yang direkabentuk
untuk meningkatkan kefasihan dalam kemahiran belajar pelajaran baru atau membuat ulangkaji
bagi topik aritmetik Matematik. Penggunaan kaedah ini adalah dengan anggapan pelajar telah
pun menerima pengajaran tentang konsep, prinsip atau prosedur dalam soalan tambah, tolak,
darab, bahagi dan operasi bercampur. Untuk menjadikan kaedah ini lebih berkesan, latih tubi
memasukkan maklum balas penyemakan dalam perisian µReken Test¶ untuk memulihkan
kesalahan yang pelajar mungkin buat sepanjang proses itu.
Jika dibandingkan dengan latihtubi tanpa komputer, dalam perisian µReken Test¶
menawarkan kelebihan dari segi :
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com
y I nteraktiviti. Komputer dapat mempersembahkan banyak masalah dan memerlukan
pelajar memberi jawapan.
y M aklum balas cepat . Komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segera sekiranya
sesuatu jawapan itu betul atau salah. Dalam program yang direkabentuk dengan
sempurna, komputer boleh memberitahu pelajar sebabnya. Banyak program latih tubi
mengulang item-item yang tertinggal secara automatik sehingga pelajar mahir.
y K esabaran tanpa had . Komputer bagi program latih tubi dapat boleh digunakan dalam
jangkamasa panjang tanpa merasa letih atau marah.
y P elbagai tahap kesukaran. Komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Ia mungkin
ditetapkan oleh guru atau pelajar, atau program tersebut mungkin mengubahsuai secara
automatik berdasarkan pencapaian pelajar.
y M otivasi. Menerusi penggunaan elemen cabaran dan permainan, atau hanya disebabkan
oleh penggunaan komputer itu sendiri, komputer dengan program latih tubi mungkin
lebih memberi motivasi kepada pelajar berbanding dengan latihan yang sama
menggunakan kertas dan pensil.
3.3 Permainan
Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana
pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dankeseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam
aritmetik. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan
penyelesaian masalah dalam perisian µReken Test¶. Pengajaran secara permainan menyediakan
satu persekitaran yang dipertimbangkan pelajar mengikut arahan peraturan dalam perjuangan
untuk memenangi satu matlamat yang mencabar. Ia merupakan pendekatan yang sangat
bermotivasi terutamanya bagi isi kandungan buku teks yang membosankan dan berulang-ulang.
Pengajaran secara permainan dalam perisian µReken Test¶ memasukkan elemen
menyeronokkan kepada pelajar. Dalam banyak kes, permainan adalah semata-mata diubah versi
daripada jenis PPBK yang lain, seperti latihtubi atau simulasi, tetapi istimewanya dengan
mempunyai kriteria berikut:
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com
y M otivasi. Kebaikan utama bagi permainan dalam perisian µReken Test¶ ialah
kepelbagaian elemen motivasi yang ditawarkan, termasuk pertandingan, kerjasama,
cabaran, fantasi, pengiktirafan dan penghargaan.
y S truktur permainan. Struktur permainan bermaksud peraturan permainan dan matlamat
akhir.
y P ertimbangan pancaindera. Permainan pada perisian µReken Test¶ selalunya
dipertimbangkan melalui penggunaan grafik, animasi, bunyi dan
penambahan pancaindera lain.
3.4 Simulasi
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan dalam perisian µReken Test¶dengan memberikan
gambaran sebenar terhadap sesuatu penyelesaian soalan aritmetik yang berkaitan perpuluhan,
peratus, wang dan pecahan. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan perisian berdasarkan
topik masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan
membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran konsep yang
kompleks terutama dalam mata pelajaran Matematik yang memerlukan buku atau modul yang
mahal.
Melalui simulasi dalam perisian ini, pelajar berhadapan dengan situasi hampir sebenar
dengan realiti kehidupan sebenar. Simulasi membenarkan latihan sebenar dijalankan tanpamelibatkan perbelanjaan dan risiko sebagaimana dalam situasi sebenar. Ia mungkin melibatkan
peserta berdialog, manipulasi bahan dan alatan atau interaksi dengan komputer. Kaedah ini
memperkenalkan kemahiran kognitif, afektif dan interpersonal yang mengutamakan maklum
balas yang tepat, cepat, kadar kendiri dan keupayaan memusatkan persoalan. Pelajar boleh
berlatih bekerjasama dalam kumpulan kerja, serta mendidik diri dengan kemahiran
memimpin. Contohnya, dalam pembelajaran aritmetik Matematik, pelajar memanipulasikan
rumus aritmetik Matematik untuk menentukan kesan daripada mengubah pembolehubah tertentu.
Simulasi menjadikan penggunaan keupayaan komputer secara terbaik secara:
y M engawal pelbagai pembolehubah. Dalam perisian µReken Test¶ boleh mengurus
pelbagai pembolehubah serentak. Hasilnya, ia dapat menggambarkan secara realistik
fenomena yang kompleks, seperti pembangunan dan perubahan sesuatu bandaraya atau
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com
Daripada Jadual 3 tersebut, didapati bahawa hampir keseluruhan sampel seramai 50
orang responden yang terdiri daripada pelajar menyatakan bahawa perisian µReken Test¶ ini
mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahan dari segi dokmentasi. Peratusan yang
diberikan oleh responden adalah di antara 50-100% yang mengatakan bahawa perisian ini
mempunyai ciri-ciri kelebihan seperti yang dinyatakan dalam C29 sehingga C42 kecuali C34,
C35 dan C40. Terdapat tiga kelemahan utama perisian ini iaitu perisian µReken Test¶ tidak
mempunyai audio yang jelas untuk penerangan maklumat dalam C34, tidak ada mencadangkan
sumber lain untuk maklumat yang berkaitan dalam C35, dan tidak mempunyai elemen audio dan
video yang boleh berfungsi seiring untuk penyampaian maklumat dalam C40. Bagi ketiga-tiga
item iaitu C34, C35 dan C40 dalam soal selidik ini telah menunjukkan bahawa setiapnya hanya
0% sahaja responden yang bersetuju dan sebaliknya 100% responden yang tidak bersetuju
tentang penggunaan audio, video dan sumber lain dalam perisian µReken Test¶ ini.
5.0 Kesimpulan
Menurut Cockroft (1982), perisian pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam
Matematik yang baik lagi efektif haruslah mengandungi penyampaian isi kandungan yang
berkaitan sukatan pelajaran serta mudah difahami, jelas dan tepat. Ia mewujudkan interaksi
dalam kalangan guru, pembelajaran antara pelajar dan guru serta perbincangan antara pelajar
dengan pelajar itu sendiri. Di samping itu, pembelajaran juga harus mempunyai kerja praktisyang sesuai dan latih tubi bagi kemahiran asas serta aktiviti penyelesaian masalah.
Dalam kajian Lee dan Messner (2000) juga telah menunjukkan bahawa operasi aritmetik
Matematik seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian amat penting. Ia perlu
dikuasai dengan baik oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi supaya tidak
menghadapi masalah apabila belajar tajuk Matematik yang lebih lanjut lagi dalam Tingkatan
Satu di sekolah menengah seperti aljabar. Pelajar yang gagal menguasai kemahiran dan konsep
ini menyebabkan mereka berasa keliru apabila belajar topik baru seperti aljabar dan kalkulus.
Oleh itu, aplikasi perisian komputer seperti µReken Test¶ ini yang mempunyai elemen-
elemen multimedia yang interaktif adalah sangat berkesan kerana dalam hasil dapatan penilaian
yang dibuat melalui soal selidik tersebut, ia ternyata mempunyai kriteria isi kandungan, aspek
teknikal dan dokumentasi yang baik untuk diaplikasikan dalam kalangan pelajar sekolah rendah
bagi topik aritmetik Matematik.
5/8/2018 Contoh Penulisan Teknologi - slidepdf.com