1 | P a g e
PENDAHULUAN
Hortikultur ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan
landskap. Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu cabang pertanian dengan tumpuan
lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai makanan, tujuan perubatan,
dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definasi ini yang membezakan antara
tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih kepada" dan "diusahakan oleh
manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah berbeza daripada tanaman lain
dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan kegunaan selepasnya.
Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh dimakan, iaitu yang
digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang digunakan untuk hiasan atau
tujuan estetik.
Perkataan hortikultur dimodelkan selepas pertanian, dan datang dari perkataan Latin
hortus, iaitu kebun dan cultra, iaitu penanaman, dari cultus, partisipel pasif lengkap untuk
kata kerja col, iaitu "Saya tanam". Hortus ialah kata seasal dengan perkataan bahasa
Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan bangunan) dan kata
pinjaman garden (taman/kebun).
Hortikultur boleh dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan. Istilah
digunakan untuk menerangkan pengkhususan ini terbit dari dahulu lagi berdasarkan
penggunaan umum dan kadang-kala janggal dengan tatanama botani. Contohnya, sayuran
dikelaskan sebagai tumbuhan herba dengan bahagian daripadanya dimakan mentah atau
masak ketika hidangan. Buahan, untuk tujuan hortikultur, diterangkan sebagai tumbuhan
yang lebih kurang seperti buahan sukulen atau ada kaitan dengan struktur botani selalunya
dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan definasi ini, tumbuhan seperti tomato, timun, dan
labu dianggap sebagai sayur walaupun secara struktur botani ia dikelaskan sebagai buah.
Sejak 60 tahun kebelakangan ini, pertanian, termasuklah hortikultur, banyak
bergantung kepada sains dan teknologi untuk mengekalkan keuntungan pengeluaran. Bidang
kajian saintifik hortikultur terbahagi kepada pelbagai sub-disiplin. (i) Pomologi didefinasikan
sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan buahan dan pokok. Pengeluaran buah
termasuklah pokok buah; seperti epal, mangga, betik, dan oren, serta buah kecil; seperti
strawberi, beri biru dan raspberi. (ii) Olerikultur didefinasikan sebagai cabang hortikultur
berkaitan dengan penghasilan sayur dan herba. (iii) Florikultur pula ialah cabang hortikultur
2 | P a g e
berkaitan dengan penghasilan tumbuhan di ladang atau rumah hijau untuk kegunaan bunga
atau daunnya yang menarik. (iv) Hortikultur persekitaran ialah cabang hortikultur berkaitan
dengan penghasilan tumbuhan hiasan digunakan untuk persekitaran, sama ada dalam
bangunan (indoor) atau luar bangunan (outdoor). Terdapat banyak ceraian untuk hortikultur
persekitaran. Produksi nurseri melibatkan penanaman tumbuhan dengan pengurusan intensif
untuk kegunaan di kawasan lain. (v) Hortikultur landskap melibatkan rekaan, pemasangan,
dan penyelenggaraan persekitaran dalam dan luar bangunan. Hortikultur awam melibatkan
rekaan dan penyelenggaraan arboretum, taman awam dan taman botani. (vi) Hortikultur
terapi melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur bagi meningkatkan keadaan kesihatan
manusia sama ada fizikal, intelektual mahupun emosi. Ia juga melibatkan penggunaan
tumbuhan di hospital dan tempat-tempat perubatan bagi mengurangkan kesakitan pesakit.
(vii) Hortikultur rumah melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur sebagai aktiviti
rekreasi, secara umumnya oleh golongan bukan profesional seperti suri rumah.
Walau bagaimanapun, kertas cadangan ini hanya akan memfokuskan panduan
penanaman sayur di kediaman moden. Kertas cadangan ini menyediakan dengan terperinci
tentang jenis-jenis sayuran yang sesuai ditanam, bekas penanaman, medium penanaman,
langkah-langkah semaian dan langkah-langkah penjagaan.
3 | P a g e
GARIS PANDUAN PENANAMAN
Laporan ini menyediakan dua jenis prosedur tanaman iaitu jagung sayur dan cili merah.
Pemilihan jenis sayur ini adalah kerana ia mudah untuk dikendalikan dan kos pengurusan
adalah rendah.
JAGUNG SAYUR
1.0 Pengenalan
Zea mays L.
Famili: Graminae
Dikenali sebagai putik jagung, ketiak jagung, jagung muda ataupun jagung sodek. Rasanya
manis, ranggup dan sedap dimakan secara segar. Ia merupakan sejenis sayuran yang agak
selamat untuk dimakan kerana tiada penggunaan racun kimia di dalam pengeluaran jagung
sayur.
Kultivar yang sesuai untuk pengeluaran jagung sayur mestilah memenuhi dua ciri
penting iaitu hasil yang tinggi dan rasa yang manis. Ia boleh dihasilkan dari jagung jenis
bijirin, pulut atau manis. Kultivar yang sesuai dan senang diperolehi ialah Suwan 1, Suwan 2,
Suwan 3, Manis Madu, Thai Supersweet dan Mas Madu. Bagi pengeluaran sampingan
dengan jagung tongkol, kultivar jagung manis seperti Manis Madu, Mas Madu dan Thai
Supersweet digunakan. Bagi pengeluaran komersil atau bersepadu dengan perusahaan
ternakan, varieti Suwan 1 dan Suwan 3 digunakan kerana bahan sisanya tinggi, tahan
penyakit dan harga benihnya lebih murah.
2.0 Kesesuaian Tanah Dan Iklim
Mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong . pH tanah 5.5 - 6.5, suhu 22-33oC, taburan
hujan 500-800 mm/semusim dan kelembapan 40-80%.
4 | P a g e
3.0 Penjagaan Tanaman Jagung Secara Umum:
Penyediaan benih
Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman jagung sayur dimana
percambahannya hendaklah melebihi 70%. Biji benih yang rosak, dijangkiti penyakit, kecil
atau nipis hendaklah dibuang. Sebelum menanam, biji benih perlulah dirawat untuk
mengawal penyakit dan serangga perosak. Racun kulat seperti thiram atau captan pada kadar
3 g/kg. biji benih dan racun serangga seperti carbaryl pada kadar 2.5g/kg. biji benih
digunakan. Untuk mendapatkan kesaan rawatan yang lebih baik, rawatan bancuhan pekat
hendaklah digunakan. Sebagai contoh, untuk rawatan 10 kg. biji benih jagung, bancuh 30 gm
thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 140 ml. air. Bancuhan pekat yang diperolehi ini
digaulkan dengan 10 kg. biji benih tersebut sehingga semua biji benih disaluti dengan
bancuhan racun. Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh 2 hari.
Menanam
Lubang penanaman sedalam 2-3 cm boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera.
Sejumlah 15-17 biji benih digunakan bagi semeter penanaman menggunakan jentera iaitu
berjarak 6 cm di dalam barisan manakala 7 cm antara barisan penanaman. Kadar
percambahan 70-80% akan memberikan kepadatan 160,000 pokok/ha seperti yang disyorkan.
Keperluan biji benih adalah 65 kg/ha. bagi Suwan I dan Suwan II manakala 36 kg./ha bagi
jagung Thai Super Sweet dan Manis Madu.
Bagi penanaman menggunakan batas bersaiz 1.5 m (batas dan alur), 2 baris penanaman
sesuai digunakan. Jarak penanaman antara baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di
dalam baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris penanaman.
Mengawal Rumpai
Dilakukan dua kali dengan cara biasa atau menggunakan racun rumput rampai. Merumput
yang pertama dilakukan 3 minggu selepas menanam manakala yang kedua 3-4 minggu
selepas merumput kali pertama.
Membaja
Nitorgen (N) yang paling penting. Pastikan bekalan mencukupi terutamanya pada peringkat
pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga. Nitrogen digunakan dalam proses
fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil. Fosforus (P) menggalakkan
pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan mempercepatkan kematangan manakala
kekurangan kalium memperlahankan tumbesaran pokok dan akar. Kadar penggunaan baja
5 | P a g e
NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah 120:60:60 hingga 120:60:120 kg/ha.
Penentuan kadar yang paling sesuai harus mengambilkira faktor-faktor seperti keadaan tanah,
iklim, varieti jagung, densiti penanaman, jenis baja yang digunakan dan peringkat tumbuhan.
Penggunaan baja sebatian digalakkan kerana menyenangkan proses pembajaan, terutamanya
jikalau pembajaan dilakukan dengan jentera.
Pengairan dan Saliran
Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk menjamin pengeluaran yang
tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah diberi keutamaan dari masa menanam hingga 20
hari lepas tanam dan selepas 45 hari pembentukan bunga jantan. Sistem perenjis hendaklah
digunakan bagi menampung kekurangan air di ladang. Pengairan dijalankan 2-3 hari sekali
pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras field capacity. Tanda-tanda
kekurangan air pada jagung sayur di peringkat tumbesaran ialah daun kelihatan bergulung
walaupun pada awal pagi. Daun akan kelihatan layu sekiranya kekurangan air selepas
peringkat jagung berbunga. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah
saliran. Parit ladang boleh dibina untuk menyalirkan air yang bertakung ke parit utama.
Kesan kekurangan air
Peringkat percambahan: melambatkan percambahan, menyebabkan percambahan tidak
seragam dan kadangkala kematian biji benih.
Peringkat tumbesaran tampang: mengakibatkan kebantutan pokok, pengeluaran bunga
jantan yang lambat dan seterusnya melambatkan kematangan bijiiran.
Peringkat pembungaan: peringkat yang paling kritikal. Menyebabkan pertumbuhan bunga
terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.
Peringat tumbesaran bijiran: mengurangkan isi dan keberatan tongkol. Hasil terjejas.
Kesan ketakungan air
Pada amnya, mengakibatkan pokok kelihatan kuning dan terbantut. Hasil terjejas. Kalau
berlaku pada peringkat tampang, ketiadaan hasil langsung.
4.0 Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung
Bintik perang (dreschslera maydis)
Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang. Musnah sisa-sisa
tanaman. Guna biji benih dari pokok yang sihat. Sembur racun serangga seperti Maneb atau
6 | P a g e
Zineb seminggu sekali jika perlu. Rawatan basah (wet-seed treatment) bagi biji benih
menggunakan Captan/Zineb.
Bintik daun (Curvularia lunata)
Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan pinggir berwarna coklat
dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik. Penyakit ini kurang serius.
Karat daun (Puccinia polysora)
Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun mengakibatkan daun
kering. Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau Copper oxychloride pada kafar
0.1% bahan aktif.
Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae)
Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok, tanda-tanda reput dan
keperangan. Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok berpenyakit.
Hawa upeh (Rhizoctonia solani)
Bintik kelabu bujur memanjang. Bintik dikelilingi selapis jalur berwarna coklat keperangan.
Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit.
Reput batang (Erwinia caratovora)
Pokok reput dan basah. Musnah pokok yang diserang dan dapatkan saliran yang baik.
Semut (Ustilago maydis)
Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan. Spora berwarna coklat kehitaman dan
disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas mengambil hasil. Musnahkan dengan membakar
buah yang berpenyakit. Ianya beracun pada ternakan jika dimakan.
5.0 Kematangan, Kutipan Dan Pengendalian Hasil
Jagung sayur mula dipungut kira-kira 50 hari selepas tanam. Ianya boleh dipungut sebelum
rerambut bunga betina melebihi 6 cm panjang. Sekiranya telah melebihi 6 cm panjang,
jagung perlulah dipungut setiap hari kerana tongkol jagung akan membesar melebihi 10 cm
panjang dan menjejaskan kualitinya di pasaran. Jagung sayur digredkan mengikut kualitinya
dengan mengambil kira kriteria-kiriteria berikut:-
jagung hendaklah berwarna kuning
barisan biji tersusun elok di sepanjang sodek
panjang sodek diantara 5-8 cm dan diameter 1-1.5 cm
7 | P a g e
tiada kecacatan pada sodek disebabkan perosak atau mekanikal.
berbentuk seragam dan berkeadaan segar.
Kos
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman jagung sayur di rumah:
1. Benih-Benih jagung sayur harganya dari RM 5.00 sekilo, bergantung pada kawasan dan
jenis. Ada sesetengah projek, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih
kerana benih-benih terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses.
2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari (bergantung pada kawasan)
3. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga di sesetengah
tempat.
4. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.
8 | P a g e
PANANAMAN CILI MERAH
1.0 Pengenalan
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu
mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-
serangan serangga.
Varieti MC 11
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga
musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik
setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan. Varieti ini
sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan
jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
Varieti MC 12
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya
mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap. sifatnya yang
cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari. Ini
membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan
penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat
mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang
panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
9 | P a g e
2.0 Penanaman
Penyediaan Tanah
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah
campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
3.0 Menyediakan Anak Benih
Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm
(4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak
semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm
(2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai
semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari
dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas
disemai. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).
Tinggalkan hanya sepokok.
4.0 Mendapatkan Pokok Cili Yang Rimbun
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi
perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah
satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili
mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan
pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya
juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
5.0 Penjagaan
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue
Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.
10 | P a g e
Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi
tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
6.0 Kawalan Serangga dan Penyakit
Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga
perosak dan penyakit. Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang
tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.
7.0 Penyakit Dan Penyebab Bagi Tanaman Cili
Bintik daun (Cercospora capsici)
Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman giliran. Sembur
dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan racun
kulat.
Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk.
Rawat biji benih dengan racun kulat.
Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)
Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih dengan racun
kulat.
Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)
Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuh. Anak benih layu, rebah dan mati.
Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)
Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau batang dipotong atau
direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok
yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Perlu saliran yang baik.
Antraknos Buah
Sembur racun kulat seperti Mancozeb
8.0 Perosak
Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid
Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke
bawah. Sembur racun seperti dicofol atau malathion
11 | P a g e
Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili. Serangan
menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut. Selain itu,
afid ialah pembawa penyakit virus.
Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga. Akibatnya
daun menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas. Kutu trip juga boleh
menyebar virus.
Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.
Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.
Ulat Ratus: Makan daun dan buah.
Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Larva merosakkan bahagian dalam buah
mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair.
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di
dalam rumah jaring kalis serangga. Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga
perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang
boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah
ke ladang mestilah sihat. Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan
semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian
sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.
Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan
sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:-
Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput;
Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;
Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.
Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti
stomata dan fotosintesis.
Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh
rimbunan pokok cili. Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang
hinggapan afid bersayap dan kutu trip. Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun
serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja. Seelok-
eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.
12 | P a g e
Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan
oleh perosak buah dan lalat buah. Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan
mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak
tersebut. Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah
ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.
Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang, kura-
kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan. Serangga-serangga ini gemar
makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-
serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.
Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan, sistem tanaman
berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan. Sistem ini berupaya
mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus
sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. Sistem ini menggalakkan kehadiran
kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. Secara tidak langsung, kumbang kura-
kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili. Bagi petani yang ingin
mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili, perlu diingat
bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili
diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana
terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.
Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili harus sedar bahawa aspek
pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan
pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.
Kos
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman lada di rumah:
Benih-Benih lada harganya dari RM 3.00 sekilo, bergantung pada kawasan dan jenis.
pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih-benih terpilih sahaja
yang disediakan oleh pemproses.
JCB/Backhoe - RM300-350/ hari (bergantung pada kawasan)
Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga di sesetengah
tempat.
Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.
13 | P a g e
KESIMPULAN
Berkebun di rumah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila di rumah yang baru sahaja
dibeli. Hampir semua tanaman hendak ditanam. Kalau dahulu, ramai yang suka tanam pokok
mempelam di hadapan rumah. Kerana itu kita boleh lihat hampir semua rumah lama
(tradisional) mempunyai pokok mempelam di hadapan rumah. Mempunyai kebun tidak mesti
memiliki tempat kosong yang luas. Dengan memanfaatkan laman rumah, Anda telah dapat
berkebun serta letakkan beragam jenis tanaman untuk membuat cantik tempat itu.
Berkebun adalah satu diantara kesibukan yang mengasyikkan dan juga menyihatkan. Jika ada
waktu senggang dirumah, anda dapat memafaatkannya untuk berkebun dengan kosep
berkebun di rumah sendiri. Tetapi, sayangnya cuma sedikit orang yang menyisihkan
waktunya untuk mengerjakan hal seperti ini. Berkebun tidak harus dilakukan di tempat yang
luas. Untuk itu, anda boleh menciptakan kebun vertikal di rumah. Caranya, menanam
tanaman di dalam pot, lalu menggantungnya. Selain itu, Anda juga bisa menanam beberapa
tanaman yang bisa merambat sehingga boleh dikembangbiakkan secara vertikal.
Diharap dengan adanya panduan dan cadangan dalam laporan ini dapat membantu kepada
sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Berkebun dirumah ini bukan sahaja
noleh dijadikan riadah malahan dapat membantu dari segi pendapatan ekonomi.
14 | P a g e
BIBLIOGRAFI
1. http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cili.html
2. http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-tomato.html
3. http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cendawan.html
4. Hortikultur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Definasi tanaman khusus. Institut Nasional Pertanian dan Makanan. Jabatan Pertanian
Amerika.
6. hortus. Charlton T. L. dan S. Charles. en:A Latin Dictionary di en:Perseus Project.
7. Douglas Harper. "horticulture". Online Etymology Dictionary.
8. Entry for yard Dictionary.com (presenting information supposedly from Random House
Dictionary)
9. Mendefinasikan Hortikultur, Produk Hortikultur dan Sains Hortikultur. Persatuan
Antarabangsa untuk Sains Hortikultur. Dicapai 1 Februari 2012.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cili.htmlhttp://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-tomato.htmlhttp://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cendawan.html