-
1
(A)
PENDAHULUAN
Hortikultur ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran,
buah-buahan, bunga hiasan dan
landskap. Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu
cabang pertanian dengan tumpuan
lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai
makanan, tujuan perubatan,
dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definasi
ini yang membezakan antara
tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih
kepada" dan "diusahakan oleh
manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah
berbeza daripada tanaman lain
dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan
kegunaan selepasnya.
Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh
dimakan, iaitu yang
digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang
digunakan untuk hiasan atau
tujuan estetik.
Perkataan hortikultur dimodelkan selepas pertanian, dan datang
dari perkataan Latin
hortus, iaitu kebun dan cultra, iaitu penanaman, dari cultus,
partisipel pasif lengkap untuk
kata kerja col, iaitu "Saya tanam". Hortus ialah kata seasal
dengan perkataan bahasa
Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan
bangunan) dan kata
pinjaman garden (taman/kebun).
Hortikultur boleh dibahagikan kepada beberapa bidang
pengkhususan. Istilah
digunakan untuk menerangkan pengkhususan ini terbit dari dahulu
lagi berdasarkan
penggunaan umum dan kadang-kala janggal dengan tatanama botani.
Contohnya, sayuran
dikelaskan sebagai tumbuhan herba dengan bahagian daripadanya
dimakan mentah atau
masak ketika hidangan. Buahan, untuk tujuan hortikultur,
diterangkan sebagai tumbuhan
yang lebih kurang seperti buahan sukulen atau ada kaitan dengan
struktur botani selalunya
dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan definasi ini, tumbuhan
seperti tomato, timun, dan
labu dianggap sebagai sayur walaupun secara struktur botani ia
dikelaskan sebagai buah.
Sejak 60 tahun kebelakangan ini, pertanian, termasuklah
hortikultur, banyak
bergantung kepada sains dan teknologi untuk mengekalkan
keuntungan pengeluaran. Bidang
kajian saintifik hortikultur terbahagi kepada pelbagai
sub-disiplin. (i) Pomologi didefinasikan
-
2
sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan buahan dan pokok.
Pengeluaran buah
termasuklah pokok buah; seperti epal, mangga, betik, dan oren,
serta buah kecil; seperti
strawberi, beri biru dan raspberi. (ii) Olerikultur
didefinasikan sebagai cabang hortikultur
berkaitan dengan penghasilan sayur dan herba. (iii) Florikultur
pula ialah cabang hortikultur
berkaitan dengan penghasilan tumbuhan di ladang atau rumah hijau
untuk kegunaan bunga
atau daunnya yang menarik. (iv) Hortikultur persekitaran ialah
cabang hortikultur berkaitan
dengan penghasilan tumbuhan hiasan digunakan untuk persekitaran,
sama ada dalam
bangunan (indoor) atau luar bangunan (outdoor). Terdapat banyak
ceraian untuk hortikultur
persekitaran. Produksi nurseri melibatkan penanaman tumbuhan
dengan pengurusan intensif
untuk kegunaan di kawasan lain. (v) Hortikultur landskap
melibatkan rekaan, pemasangan,
dan penyelenggaraan persekitaran dalam dan luar bangunan.
Hortikultur awam melibatkan
rekaan dan penyelenggaraan arboretum, taman awam dan taman
botani. (vi) Hortikultur
terapi melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur bagi
meningkatkan keadaan kesihatan
manusia sama ada fizikal, intelektual mahupun emosi. Ia juga
melibatkan penggunaan
tumbuhan di hospital dan tempat-tempat perubatan bagi
mengurangkan kesakitan pesakit.
(vii) Hortikultur rumah melibatkan penggunaan tumbuhan
hortikultur sebagai aktiviti
rekreasi, secara umumnya oleh golongan bukan profesional seperti
suri rumah.
Walau bagaimanapun, kertas cadangan ini hanya akan memfokuskan
panduan
penanaman sayur di kediaman moden. Kertas cadangan ini
menyediakan dengan terperinci
tentang jenis-jenis sayuran yang sesuai ditanam, bekas
penanaman, medium penanaman,
langkah-langkah semaian dan langkah-langkah penjagaan.
-
3
(B)
GARIS PANDUAN PENANAMAN
Laporan ini menyediakan tiga jenis prosedur tanaman iaitu
tomato, cili merah dan bawang.
Pemilihan tiga jenis sayur ini adalah kerana ia mudah untuk
dikendalikan dan kos pengurusan
adalah rendah.
1.0 PENANAMAN TOMATO
1.1 Pengenalan
Nama saintifik : Lycopersicon cycopersicum (L)
Keluarga : Sonanaceae
Buah tomato segar banyak digunakan dalam masakan samada dalam
bentuk mentah ataupun
dimasak. Buah-buah tomato juga diproses untuk pengetinan, dibuat
jus, puri dan sos.
Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada tomato ialah
kalsium, karbohidrat dan
protin. Lain-lain komposisi zat makanan yang terdapat padanya
ialah lemak, serat, zat besi,
fosforus, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, niacin dan
vitamin C. Pokok tomato
dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak
dan yang tumbuh
menjalar.
1.2 Ciri-Ciri Pokok
Akar : Akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut
Batang : Warna hijau, bercabang dan berbuku
Daun : Berbulu dan terdapat banyak berbezaan bentuk
-
4
Bunga : Berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm
Buah : Banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
Benih : Berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/100 biji
Cara pendebungaan : Sendiri
1.3 Keperluan Asas
Iklim
Sesuai ditanam di tanah tinggi (lebih 1000 m). Terdapat juga
kultivar-kultivar tomato yang
boleh ditanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai untuk tanaman
tomato ialah 18o-32oC,
jumlah hujan 460 mm semusim adalah perlu untuk pertumbuhan yang
baik.
Persediaan Tanah
Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir
(BRIS dan bekas lombong) dan
tanah gambut. Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang
sempurna dan pengudaraan
yang baik.
Kultivar Yang Disyorkan
Kultivar yang disyorkan di tanah tinggi ialah L 24 iaitu tomato
baka tempatan Cameron
Highlands. Untuk tanaman di tanah rendah lima kultivar disyorkan
iatu MT 1, MT 11, L 24,
Serdang 2 dan King Kong (F1).
1.4 Amalan Kultur
Penyediaan Anak Benih
Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih
digunakan adalah 300 g/ha. Biji
benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram
dengan kadar 3 g/1000 g biji
benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum
menanam dan sediakan
10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman, jika perlu. Anak benih
ditanam di bawah jaring
kalis serangga.
1.5 Semaian
Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan iaitu: Semaian
Batas
Campuran tanah 7:3:2 (tanah:bahan organik:pasir) digunakan bagi
batas semaian berukuran
1000 cm lebar, 15 cm tinggi dan mengikut panjang yang
dikehendaki. Semai biji benih
-
5
sedalam 0.5 cm dalam jalur berjarak 5 cm. Kemudian tabur tanah
kering yang halus
sepanjang jalur untuk menutup biji benih. Siram batas selepas
itu dan dirikan teduhan yang
dibuat dari plastik lutsinar. Jarangkan anak benih (5 cm antara
pokok) 10-14 hari selepas
menyemai.
Semaian Polibeg
Isi polibeg berukuran 12 cm panjang, 20 cm lebar dan 0.1 mm
tebal dengan tanah campuran
7:3:2. Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.5 cm. Hanya tinggalkan
satu pokok apabila
mempunyai 2-3 helai daun. Letakkan polibeg di bawah teduhan yang
didirikan daripada
plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.
Semaian Kotak
Kotak dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60 cm lebar x
60 cm panjang diisi dengan
media semaian. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai
lubang di bahagian
bawahnya supaya air tidak bertakung. Biji benih disemai pada
jarak 5 cm x 5 cm dan
ditimbus dengan tanah. Semaian yang terlalu rapat perlu
dijarangkan untuk mengurangkan
persaingan antara anak benih dan menggalakkan pertumbuhan yang
sempurna.
Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan
di dalam bangsal
semaian. Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik
sebagai atap untuk
melindungi benih dari hujan lebat. Dinding bangsal semaian boleh
ditutup dengan jaring
untuk menghindar kemasukan serangga. Pengairan boleh dilakukan
dengan menyiram atau
menggunakan sistem pengairan renjis.
Semasa di peringkat semaian, anak-anak benih bolehlah disembur
dengan baja daun
(foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga. Sembur
racun serangga seperti
chlorpyrifos jika terdapat tanda-tanda serangan perosak.
1.6 Penyediaan Kawasan
Merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan
pembinaan batas. Tanah
dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm. Batas dibentuk selebar
1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH
tanah kurang daripada
5. Pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah
dijalankan dan sebaik-
baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam. Bahan kapur
yang selalu digunakan
ialah Ground Magnesium Limestone (GML); biasanya tanah-tanah
mineral, gambur dan
-
6
tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) masing-masing memerlukan
pengapuran sebanyak 3-
5, 3-7.5 dan 1-3 t/ha.
1.7 Pembajaan
Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah. Tanah pasir yang
kurang subur atau
sederhana sesuai untuk tanaman ini memerlukan kadar baja yang
lebih tinggi berbanding
dengan tanah mineral.
Kadar Pembajaan Mengikut Jenis Tanah
Jenis Tanah
Baja
Jenis Kadar (tan/ha/musim
Masa (MLT) (minggu lepas
tanam) Cara
BRIS 1. Rudua
Tahi ayam NPK
12:12:17:2
10 2
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
BRIS 2. Baging
Tahi ayam NPK
12:12:17:2
25 3
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
Bekas lombong (Pasir)
Tahi ayam NPK
12:12:17:2
25 2
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
Gambut NPK 12:12:17:2 2 2, 4 & 8 Keliling pokok
Mineral Tahi ayam
NPK 12:12:17:2
25 2
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
* 1 minggu sebelum tanam
1.8 Pemangkasan
Pangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun.
Tunas-tunas sisi dan
daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan
pengudaraan yang baik.
1.9 Pengurusan Air
Siram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sstem pengairan
renjis mempunyai
kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang
rendah. Kos bahan bagi
sistem ini adalah diantara RM5000-8000 sehektar. Jenis perenjis
yang sesuai digunakan
mempunyai julat tekanan operasi yang rendah 1.5-2.5 kg/cm2
dengan kadar alir perenjis 0.3-
1.0 liter / saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m.
Perparitan diperlukan bagi kawasan
-
7
yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk
menyalirkan air berlebihan ke
parit utama.
1.10 Pengurusan Perosak Tanaman
Kawalan Serangga
(i) Ulat pengorek buah (chloridea obsoleta F)
Menyerang buah, daun, tunas dan bunga ketika pokok di peringkat
berbunga dan buah. Buah
akan berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat.
Sembur keseluruhan pokok
dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang
14 hari sekali jika perlu.
Kutip buah yang diserang dan musnahkan.
(ii) Lalat buah (backtrocera sp)
Menyerang buah ketika pokok sedang berbuah. Buah berlubang dan
menjadi reput. Buah-
buah gugur atau busuk sebelum matang. Kutip buah-buah yang
diserang dan musnahkan
secara menanam atau membakar. Gunakan racun attractant seperti
methyleugenol.
(ii) Hama Merah (thtranychus truncatus)
Menyerang daun dan bunga. Daun yang diserang berkerekot dan
terdapat tompok-tompok
kuning. Pertumbuhan pokok terbantut dan bunga tidak terbentuk.
Jika perlu, sembur dengan
racun serangga seperti dicofol atau propagite.
Penyakit Tanaman Tomato:
(i) Hawar Phytophthora
Kulat Phytophthora infestans menyerang daun dan buah. Merebak
melalui tanah dan air.
Daun bertompok-tompok perang kehitaman dan berair selalunya di
hujung dan di tepi daun
tua. Kemudian terdapat tompok-tompok putih di belakang daun,
akhirnya pokok akan mati.
Pada buah muda yang masih hijau, terdapat bintik lecuh berwarna
kelabu yang membesar
kepada saiz dan bentuk yang tidak menentu. Lama kelamaan
bahagian diserang menjadi
kering, berkedut dan mempunyai sempadan yang nyata.
Kawalan: Sembur racun kulat seperti maneb, mancozeb, captafol
atau cuprous oxide. Bakar
bahagian yang berpenyakit. Pastikan kawasan tanaman bersaliran
baik dan jaga kebersihan
kawasan tanaman.
(ii) Antraknos buah
-
8
Disebabkan oleh kulat Colletotrichum sp. menyerang buah. Merebak
melalui biji benih dan
angin. Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar
menjadi tompok-tompok
perang kehitaman. Serangan menyebabkan buah reput. Selalu
gunakan biji benih yang sihat,
bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah. Jika
terdapat serangan,
musnahkan buah-buah yang berpenyakit, sembur buah dengan racun
kulat seperti mancozeb
jika perlu.
(iii) Hawa Aleternaria
Merebak melalui angin. Kulat Alternaria solani menyerang batang,
daun dan buah. Terdapat
bintik-bintik perang pada batang dan daun tua. Bintik-bintik
kemudiannya membesar
menjadi tompok yang berpusat hitam. Tisu daun di keliling tompok
selalunya bertukar
menjadi kuning. Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan
dipenuhi dengan spora-
spora hitam. Serangan selalunya bermula di bahagian hujung
tangkai buah. Sembur dengan
racun kulat seperti copper oxychloride, mancozeb atau
chlorothalonil jika perlu. Bakar
bahagian yang berpenyakit.
(iv) Reput Pangkal
Merebak melalui tanah. Kulat Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia
sp. menyerang pangkal
pokok. Daun-daun kelihatan layu. Terdapat maisilia putih pada
pangkal pokok. Akhirnya
pangkal dan akar menjadi hitam dan reput. Pastikan kawasan
tanaman bersaliran baik dan
musnahkan pokok yang diserang.
(v) Layu Fusarium
Kulat Fusarium sp. menyerang akar. Tersebar melalui tanah dan
air. Daun-daun menjadi
kuning, kemudian kering bermula dari bahagian bawah pokok. Pokok
menjadi bantut dan
layu. Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik. Sembur dengan
racun kulat seperti
benomyl atau carbendazim jika perlu dan cabur / bakar pokok yang
berpenyakit.
(vi) Layu Bakteria
Pseudormonas solanacearum menyerang batang dan akar. Merebak
melalui air, tanah dan
sentuhan akar. Daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Empulur
berwarna perang
kehitaman dan berair. Jika akar atau batang dipotong dan
direndam dalam air, ia
mengeluarkan cecair jaluran putih. Gilirkan tanaman yang
berlainan dari keluarga
Solanaceae. Tentukan saliran air baik di kawasan kebun. Cabut
dan bakar pokok yang
-
9
berpenyakit.
(vii) Virus Mozek
Kutu daun sebagai pembawa penyakit. Virus berkenaan menyerang
seluruh pokok. Daun
berbintik-bintik serta berkerekot. Serangan yang teruk
menyebabkan pokok menjadi bantut,
buah menjadi kecil dan berubah rupa. Jaga kebersihan kawasan
tanaman. Kawal kutu daun
dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan musnahkan
pokok yang
berpenyakit.
(x) Reput Hujung Buah
Kekurangan zat kalsium. Terdapat tompok kecil berwarna perang
atau kehitaman dan
berkeadaan basah di bahagian hujung buah. Tompok kemudiannya
membesar menjadi lekuk
dan berwarna hitam. Pastikan pembajaan dan pengapuran
membekalkan kalsium yang
mencukupi.
1.11 Kawalan Rumpai
Cabut rumpai yang tumbuh di atas batas. Bagi rumpai yang
dijumpai diantara batas boleh
dikawal dengan menggunakan racun rumpai sebelum peringkat
berbuah. Ketika menyembur,
gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan
dari terkena tanaman.
Penggunaan sungkupan plastik di permukaan batas juga dapat
menyekatkan pertumbuhan
rumpai.
1.12 Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum
mengutip hasil. Hasil boleh
dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buahnya akan
masak 30 hari selepas
berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas
kutipan pertama. Buah
boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi telah cukup
matang. Pungutan buah yang
masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah
dri pecah.
-
10
2.0 PANANAMAN CILI MERAH
2.1 Pengenalan
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah.
Varieti yang baik perlu
mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap
penyakit dan serangan-
serangan serangga.
Varieti MC 11
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke
ladang dan berterusan sehingga
musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan
buah-buah cili dipetik
setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30
pemetikan dilakukan. Varieti ini
sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di
pelbagai persekitaran dengan
jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
Varieti MC 12
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran
dan berupaya
mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang
cekap. sifatnya yang
cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil
dilakukan selang 5-6 hari. Ini
membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit.
Dalam tempoh 2 bulan
penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya
yang rendah dapat
mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak
diperlukan. Buahnya yang
panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan
pemprosesan.
-
11
1.2 Penanaman
Penyediaan Tanah
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran
mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Isikan pasu dengan tanah
campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
pasu.
1.3 Menyediakan Anak Benih
Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm
(9 inci) lebar dan 10 cm
(4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran
mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji
benih ke dalam kotak
semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis
tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm
(2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram
dengan penyiram yang mempunyai
semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi
daripada cahaya matahari
dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3
hingga 4 minggu selepas
disemai. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2
hingga 5 cm (1 inci).
Tinggalkan hanya sepokok.
1.4 Mendapatkan Pokok Cili Yang Rimbun
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara
menanamnya perlu diberi
perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan
melenturkannya adalah salah
satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak
ranting. Bila pokok cili
mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan
bertambah berbanding dengan
pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan
menggetu (memetik) pucuknya
juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
1.5 Penjagaan
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali
hari hujan.
Membaja
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5
gm baja NPK Blue
Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput
kering.
-
12
Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah,
cangkul atau tajak. Bagi
tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
1.6 Kawalan Serangga dan Penyakit
Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting
ialah masalah serangga
perosak dan penyakit. Berbagai-bagai jenis serangga perosak
telah dikenalpasti menyerang
tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.
1.7 Penyakit Dan Penyebab Bagi Tanaman Cili
Bintik daun (Cercospora capsici)
Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman
giliran. Sembur dengan racun
kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan
racun kulat.
Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora
hitam pada pucuk. Rawat biji
benih dengan racun kulat.
Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)
Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih
dengan racun kulat.
Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)
Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuh. Anak benih layu,
rebah dan mati.
Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)
Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau
batang dipotong atau
direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut
dan bakar pokok yang
berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Perlu saliran yang
baik.
Antraknos Buah
Sembur racun kulat seperti Mancozeb
-
13
1.8 Perosak
Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau
imidachloprid
Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan
melengkung ke
bawah. Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga
cili. Serangan
menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda
terbantut. Selain itu,
afid ialah pembawa penyakit virus.
Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan
bunga. Akibatnya
daun menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas. Kutu trip
juga boleh
menyebar virus.
Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung
ke bawah.
Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang
diserang.
Ulat Ratus: Makan daun dan buah.
Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Larva merosakkan bahagian
dalam buah
mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair.
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih
cili hendaklah disemai di
dalam rumah jaring kalis serangga. Tujuannya ialah untuk
menghalang serangan serangga
perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga
serangga-serangga lain yang
boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak
benih cili yang hendak diubah
ke ladang mestilah sihat. Anak-anak benih yang dijangkiti virus
tidak boleh dipulihkan
semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus
pada peringkat semaian
sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada
pokok dewasa.
Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit
virus, penggunaan
sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan
seperti:-
Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos
merumput;
Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;
Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.
Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh
meningkatkan aktiviti
stomata dan fotosintesis.
Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan
plastik akan dilindungi oleh
rimbunan pokok cili. Oleh itu, pantulan cahaya semakin
berkurangan untuk menghalang
hinggapan afid bersayap dan kutu trip. Selepas tempoh ini,
dicadangkan supaya racun
-
14
serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila
perlu sahaja. Seelok-
eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah
perosak dapat diatasi.
Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti
buah-buah cili boleh dirosakkan
oleh perosak buah dan lalat buah. Racun perosak terpilih yang
berkesan boleh digunakan
mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan
oleh perosak-perosak
tersebut. Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan
semasa peringkat berbuah
ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan
dilakukan.
Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili
seperti kumbang, kura-
kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan.
Serangga-serangga ini gemar
makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan
untuk mengawal serangga-
serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.
Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara
kecil-kecilan, sistem tanaman
berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh
diamalkan. Sistem ini berupaya
mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan
kejadian penyakit virus
sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. Sistem ini
menggalakkan kehadiran
kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. Secara tidak
langsung, kumbang kura-
kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili.
Bagi petani yang ingin
mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung
dengan cili, perlu diingat
bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih
awal sebelum anak benih cili
diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk
penanaman secara komersial kerana
terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.
Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili
harus sedar bahawa aspek
pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting
bagi menentukan
pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.
-
15
3.0 PENANAMAN BAWANG
3.1 Pengenalan
Nama Saintifik : Allium cepa L.
Nama Famili : Alliaceae
Di Malaysia terdapat beberapa jenis bawang merah yang ditanam
iaitu jenis Siam, Indonesia
dan India.
3.2 Kesesuaian Tanah
Tanah yang sesuai bagi bawang merah ialah tanah yang pengaliran
airnya sempurna seperti
tanah gembur berpasir atau tanah pasir peroi yang kaya dengan
bahan reputan. Tanah
gambut juga didapati sesuai dan keasidan tanah ialah antara
6.5-7.8. Sekiranya tanah kurang
subur, penambahan baja organan seperti tahi ayam dan sebagainya
adalah disyorkan.
Pengairan yang mencukupi dalam lima minggu selepas menanam dan
kering setelah pokok
berumur 8 minggu adalah penting. Penggunaan sungkupan seperti
jerami padi/daun lalang
dapat mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu tanah. Kawalan
rumpai dibuat pada
peringkat awal pertumbuhan dan semasa penyediaan tanah.
3.3 Penanaman
Penyediaan Batas
Di tanah gambut dan gambut halus (muck) yang tidak menakung air;
bawang ditanam di
tanah rata tanpa batas. Bagi tanah-tanah lain dan di
kawasan-kawasan air senang bertakung,
batas disediakan setinggi 20-30 cm (8-12 inci) dan 91-122 cm
(36-48 inci) lebar. Jarak antara
-
16
batas selalunya 66-91 cm (26-36 inci) dan panjang batas
bergantung kepada petani sendiri.
Penyediaan Benih
Bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain
(Thailand, Filipina dan Cina) dari
segi pertumbuhan, ketahanan terhadap gejala 'White Tip' (iaitu
kekeringan bahagian hujung
daun) dan penghasilan bawang. Saiz bebawang yang digunakan
semasa menanam tidak
memberikan kesan yang bererti ke atas jumlah hasil. Bagi jenis
berlabu panjang rencong
memerlukan sebanyak 1,210 kg untuk sehektar manaka jenis bulat
pendek, kadar benih yang
diperlukan untuk sehektar ialah sebanyak 1,512. Untuk
mendapatkan hasil yang baik, benih
hendaklah dipilih dari labu yang matang, tidak berpenyakit dan
telah dikeringkan sekurang-
kurangnya 6 minggu selepas dituai.
Penanaman
Labu-labu bawang untuk dijadikan benih didebu atau dicelup di
dalam racun kulat sebelum
menanam. Benih ditanam dengan menimbus 1/3 bahagian dari labu
benih dengan tanah dan
meninggalkan 2/3 bahagian lagi di permukaan tanah. Jarak tanaman
yang diguna ialah 12 x
12 cm (6 x 6 inci).
Amalan memotong di bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam
tidak menunjukkan
kesan dalam mempercepatkan percambahan, sebaliknya cara ini akan
menggalakkan
jangkitan penyakit seperti jangkitan Fusarium. Dengan itu amalan
memotong bahagian atas
hujung bebawang sebelum menanam adalah tidak digalakkan.
Bekalan air yang secukupnya di peringkat awal pertumbuhan bawang
mungkin dapat
mengurangkan kejadian penyakit mati pucuk dan reput bebawang.
Penggunaan sungkupan
adalah digalakkan di mana kandungan air dan suhu tanah dapat
dikawal. Bagi mengurangkan
masalah, penanaman bawang hendaklah dijadualkan mengikut keadaan
cuaca. Kerja-kerja
menanam dan peringkat awal pertumbuhan hendaklah jatuh pada
musim hujan dan
memungut hasil pada musim kering.
3.4 Penjagaan
Pengawalan Rumpai
Penggunaan racun pra-cambah (Lasso) selepas menanam adalah
digalakkan. Cara mencabut
dengan tangan perlulah dilakukan dari peringkat awal lagi agar
pertumbuhan akar bebawang
tidak terjejas.
-
17
Pembajaan
Nisbah dan waktu membaja bawang merah adalah seperti
berikut:-
Waktu Membaja Baja campuran terus Jumlah Baja Digunakan
(kg/ha) (lb/ekar) (Ka/ha) (lb/ekar) (lb/ekar)
Semasa menanam
N
P2O5
K2O
90
112
135
80
100
120
664 591
atau I.C.I. Compound 88 989 800
Sebulan selepas
menanam
N
P2O5
K2O
67
56
67
60
50
60
381 339
atau I.C.I. Compound 55 483 430
3.5 Mengawal Musuh Dan Penyakit
Musuh
Bagi tanaman bawang merah (Alliaceae) tidak terdapat musuh yang
merbahaya tapi untuk
langkah berjaga-jaga, sembur 2 minggu sekali dengan Dipterex
kekuatan 0.1% bahan aktif.
Ulat ratus (spodoptera litura) memakan daun secara berkelompok.
Buat giliran tanaman.
Penyakit dan cara kawalannya
(i) Hawar daun / Tumpuk mungu dan cumut
Sembur dengan Maneb (Manzate D) sebanyak 280-560 gm / 898 liter
air sehektar.(4-8 oz / 80
gelen air/ekar).
(ii) Reput bebawang
Pastikan saliran air sempurna. Rendam benih dalam racun kulat
sebelum menanam. Jangan
lukakan bebawang sebelum dan selepas menuai dan amalkan tanaman
giliran.
(iii) Tompok ungu (Alternaria porri)
Bintik-bintik pada mulanya berwarna kelabu. Bintik akan membesar
dan merekah berwarna
ungu. Akhirnya daun menjadi kering dan layu. Rawat benih dengan
racun kulat sebelum
menanam. Semburkan dengan thiram, ziram atau maneb.
-
18
Pucuk putih (fisiologi)
Hujung daun menjadi putih dan kering. Hasil akan
berkurangan.
3.6 Memungut Hasil
Hasil mula dipungut 80-90 hari selepas menanam. Hasil yang
didapati sebanyak 10-13
mt/ha.
3.7 Mengering Dan Menyimpan
Selain dari cara menjemur di bawah matahari, bebawang boleh
dikeringkan dengan
menggantungkan ikatan bebawang ke atas ampaian tali di dalam
bilik yang mempunyai
pengudaraan yang baik. Cara ini didapati lebih berkesan dan
memerlukan tenaga buruh yang
kurang serta kadar pereputan bebawang rendah jika dibandingkan
dengan cara menjemur di
bawah matahari.
3.8 Halangan Pengeluaran
Bawang merah boleh ditanam dengan jayanya di kebanyakan tempat
di Malaysia. Walau
bagaimanapun, masih terdapat banyak masalah yang perlu
diselesaikan sebelum sebarang
projek berekonomi berskala besar dapat dilaksanakan. Antara
masalah utama adalah seperti
berikut:-
Kos yang tinggi dan ketiadaan biji bebawang yang bermutu untuk
digunakan sebagai
bahan tanaman.
Jika benih (true seeds) murah digunakan, amalan-amalan agronomi
yang diwujudkan
untuk biji bebawang perlu diubahsuai.
Kejadian 'keputihan-hujung' daun bawang adalah masalah biasa
yang tidak menentu dan
boleh timbul bila-bila masa di sepanjang pengeluaran bawang
merah tempatan.
Bergantung pada peringkat pembesaran pokok bawang, apabila
simptom pertama
kelihatan, boleh menyebabkan sedikit atau kesemua tanaman musnah
(tiada hasil
langsung).
Hujan yang sukar diramal boleh menyebabkan kehilangan hasil
ketika dan selepas
penuaian bebawang.
Kurangnya maklumat tentang keperluan penyimpanan bebawang
kultivar benih tulen
(true seeds).
-
19
Penanaman bawang merah di Malaysia mempunyai potensi yang baik.
Kejatuhan nilai
ringgit Malaysia menjadikan bawah merah import mahal dan bawang
merah tempatan
menjadi lebih kos kompetitif. Penanaman secara kecil-kecilan
perlu dijalankan oleh petani-
petani kecil kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kos
disamping memberi pulangan
yang lebih baik berdasarkan penjimatan kos oleh sebab
penggantian kos tenaga upah kepada
kos tenaga keluarga.
KESIMPULAN
Berkebun di rumah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila di
rumah yang baru sahaja
dibeli. Hampir semua tanaman hendak ditanam. Kalau dahulu, ramai
yang suka tanam pokok
mempelam di hadapan rumah. Kerana itu kita boleh lihat hampir
semua rumah lama
(tradisional) mempunyai pokok mempelam di hadapan rumah.
Mempunyai kebun tidak mesti
memiliki tempat kosong yang luas. Dengan memanfaatkan laman
rumah, Anda telah dapat
berkebun serta letakkan beragam jenis tanaman untuk membuat
cantik tempat itu.
Berkebun adalah satu diantara kesibukan yang mengasyikkan dan
juga menyihatkan. Jika ada
waktu senggang dirumah, anda dapat memafaatkannya untuk berkebun
dengan kosep
berkebun di rumah sendiri. Tetapi, sayangnya cuma sedikit orang
yang menyisihkan
waktunya untuk mengerjakan hal seperti ini. Berkebun tidak harus
dilakukan di tempat yang
luas. Untuk itu, anda boleh menciptakan kebun vertikal di rumah.
Caranya, menanam
tanaman di dalam pot, lalu menggantungnya. Selain itu, Anda juga
bisa menanam beberapa
tanaman yang bisa merambat sehingga boleh dikembangbiakkan
secara vertikal.
Diharap dengan adanya panduan dan cadangan dalam laporan ini
dapat membantu kepada
sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Berkebun
dirumah ini bukan sahaja
noleh dijadikan riadah malahan dapat membantu dari segi
pendapatan ekonomi.
-
20
BIBLIOGRAFI
1.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cili.html
2.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-tomato.html
3.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cendawan.html
4. Hortikultur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
5. Definasi tanaman khusus. Institut Nasional Pertanian dan
Makanan. Jabatan Pertanian
Amerika.
6. hortus. Charlton T. L. dan S. Charles. en:A Latin Dictionary
di en:Perseus Project.
7. Douglas Harper. "horticulture". Online Etymology
Dictionary.
8. Entry for yard Dictionary.com (presenting information
supposedly from Random House
Dictionary)
9. Mendefinasikan Hortikultur, Produk Hortikultur dan Sains
Hortikultur. Persatuan
Antarabangsa untuk Sains Hortikultur. Dicapai 1 Februari
2012.