-
1 | P a g e
PENDAHULUAN
Hortikultur ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran,
buah-buahan, bunga hiasan dan
landskap. Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu
cabang pertanian dengan tumpuan
lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai
makanan, tujuan perubatan,
dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definasi
ini yang membezakan antara
tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih
kepada" dan "diusahakan oleh
manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah
berbeza daripada tanaman lain
dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan
kegunaan selepasnya.
Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh
dimakan, iaitu yang
digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang
digunakan untuk hiasan atau
tujuan estetik.
Perkataan hortikultur dimodelkan selepas pertanian, dan datang
dari perkataan Latin
hortus, iaitu kebun dan cultra, iaitu penanaman, dari cultus,
partisipel pasif lengkap untuk
kata kerja col, iaitu "Saya tanam". Hortus ialah kata seasal
dengan perkataan bahasa
Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan
bangunan) dan kata
pinjaman garden (taman/kebun).
Hortikultur boleh dibahagikan kepada beberapa bidang
pengkhususan. Istilah
digunakan untuk menerangkan pengkhususan ini terbit dari dahulu
lagi berdasarkan
penggunaan umum dan kadang-kala janggal dengan tatanama botani.
Contohnya, sayuran
dikelaskan sebagai tumbuhan herba dengan bahagian daripadanya
dimakan mentah atau
masak ketika hidangan. Buahan, untuk tujuan hortikultur,
diterangkan sebagai tumbuhan
yang lebih kurang seperti buahan sukulen atau ada kaitan dengan
struktur botani selalunya
dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan definasi ini, tumbuhan
seperti tomato, timun, dan
labu dianggap sebagai sayur walaupun secara struktur botani ia
dikelaskan sebagai buah.
Sejak 60 tahun kebelakangan ini, pertanian, termasuklah
hortikultur, banyak
bergantung kepada sains dan teknologi untuk mengekalkan
keuntungan pengeluaran. Bidang
kajian saintifik hortikultur terbahagi kepada pelbagai
sub-disiplin. (i) Pomologi didefinasikan
sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan buahan dan pokok.
Pengeluaran buah
termasuklah pokok buah; seperti epal, mangga, betik, dan oren,
serta buah kecil; seperti
strawberi, beri biru dan raspberi. (ii) Olerikultur
didefinasikan sebagai cabang hortikultur
berkaitan dengan penghasilan sayur dan herba. (iii) Florikultur
pula ialah cabang hortikultur
-
2 | P a g e
berkaitan dengan penghasilan tumbuhan di ladang atau rumah hijau
untuk kegunaan bunga
atau daunnya yang menarik. (iv) Hortikultur persekitaran ialah
cabang hortikultur berkaitan
dengan penghasilan tumbuhan hiasan digunakan untuk persekitaran,
sama ada dalam
bangunan (indoor) atau luar bangunan (outdoor). Terdapat banyak
ceraian untuk hortikultur
persekitaran. Produksi nurseri melibatkan penanaman tumbuhan
dengan pengurusan intensif
untuk kegunaan di kawasan lain. (v) Hortikultur landskap
melibatkan rekaan, pemasangan,
dan penyelenggaraan persekitaran dalam dan luar bangunan.
Hortikultur awam melibatkan
rekaan dan penyelenggaraan arboretum, taman awam dan taman
botani. (vi) Hortikultur
terapi melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur bagi
meningkatkan keadaan kesihatan
manusia sama ada fizikal, intelektual mahupun emosi. Ia juga
melibatkan penggunaan
tumbuhan di hospital dan tempat-tempat perubatan bagi
mengurangkan kesakitan pesakit.
(vii) Hortikultur rumah melibatkan penggunaan tumbuhan
hortikultur sebagai aktiviti
rekreasi, secara umumnya oleh golongan bukan profesional seperti
suri rumah.
Walau bagaimanapun, kertas cadangan ini hanya akan memfokuskan
panduan
penanaman sayur di kediaman moden. Kertas cadangan ini
menyediakan dengan terperinci
tentang jenis-jenis sayuran yang sesuai ditanam, bekas
penanaman, medium penanaman,
langkah-langkah semaian dan langkah-langkah penjagaan.
-
3 | P a g e
GARIS PANDUAN PENANAMAN
Laporan ini menyediakan dua jenis prosedur tanaman iaitu jagung
sayur dan cili merah.
Pemilihan jenis sayur ini adalah kerana ia mudah untuk
dikendalikan dan kos pengurusan
adalah rendah.
JAGUNG SAYUR
1.0 Pengenalan
Zea mays L.
Famili: Graminae
Dikenali sebagai putik jagung, ketiak jagung, jagung muda
ataupun jagung sodek. Rasanya
manis, ranggup dan sedap dimakan secara segar. Ia merupakan
sejenis sayuran yang agak
selamat untuk dimakan kerana tiada penggunaan racun kimia di
dalam pengeluaran jagung
sayur.
Kultivar yang sesuai untuk pengeluaran jagung sayur mestilah
memenuhi dua ciri
penting iaitu hasil yang tinggi dan rasa yang manis. Ia boleh
dihasilkan dari jagung jenis
bijirin, pulut atau manis. Kultivar yang sesuai dan senang
diperolehi ialah Suwan 1, Suwan 2,
Suwan 3, Manis Madu, Thai Supersweet dan Mas Madu. Bagi
pengeluaran sampingan
dengan jagung tongkol, kultivar jagung manis seperti Manis Madu,
Mas Madu dan Thai
Supersweet digunakan. Bagi pengeluaran komersil atau bersepadu
dengan perusahaan
ternakan, varieti Suwan 1 dan Suwan 3 digunakan kerana bahan
sisanya tinggi, tahan
penyakit dan harga benihnya lebih murah.
2.0 Kesesuaian Tanah Dan Iklim
Mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong . pH tanah 5.5 -
6.5, suhu 22-33oC, taburan
hujan 500-800 mm/semusim dan kelembapan 40-80%.
-
4 | P a g e
3.0 Penjagaan Tanaman Jagung Secara Umum:
Penyediaan benih
Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman
jagung sayur dimana
percambahannya hendaklah melebihi 70%. Biji benih yang rosak,
dijangkiti penyakit, kecil
atau nipis hendaklah dibuang. Sebelum menanam, biji benih
perlulah dirawat untuk
mengawal penyakit dan serangga perosak. Racun kulat seperti
thiram atau captan pada kadar
3 g/kg. biji benih dan racun serangga seperti carbaryl pada
kadar 2.5g/kg. biji benih
digunakan. Untuk mendapatkan kesaan rawatan yang lebih baik,
rawatan bancuhan pekat
hendaklah digunakan. Sebagai contoh, untuk rawatan 10 kg. biji
benih jagung, bancuh 30 gm
thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 140 ml. air. Bancuhan pekat
yang diperolehi ini
digaulkan dengan 10 kg. biji benih tersebut sehingga semua biji
benih disaluti dengan
bancuhan racun. Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam
dalam tempoh 2 hari.
Menanam
Lubang penanaman sedalam 2-3 cm boleh dibuat dengan menggunakan
cangkul atau jentera.
Sejumlah 15-17 biji benih digunakan bagi semeter penanaman
menggunakan jentera iaitu
berjarak 6 cm di dalam barisan manakala 7 cm antara barisan
penanaman. Kadar
percambahan 70-80% akan memberikan kepadatan 160,000 pokok/ha
seperti yang disyorkan.
Keperluan biji benih adalah 65 kg/ha. bagi Suwan I dan Suwan II
manakala 36 kg./ha bagi
jagung Thai Super Sweet dan Manis Madu.
Bagi penanaman menggunakan batas bersaiz 1.5 m (batas dan alur),
2 baris penanaman
sesuai digunakan. Jarak penanaman antara baris di atas batas
adalah 30 cm dan 11 cm di
dalam baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris
penanaman.
Mengawal Rumpai
Dilakukan dua kali dengan cara biasa atau menggunakan racun
rumput rampai. Merumput
yang pertama dilakukan 3 minggu selepas menanam manakala yang
kedua 3-4 minggu
selepas merumput kali pertama.
Membaja
Nitorgen (N) yang paling penting. Pastikan bekalan mencukupi
terutamanya pada peringkat
pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga. Nitrogen digunakan
dalam proses
fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil.
Fosforus (P) menggalakkan
pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan mempercepatkan
kematangan manakala
kekurangan kalium memperlahankan tumbesaran pokok dan akar.
Kadar penggunaan baja
-
5 | P a g e
NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah 120:60:60 hingga
120:60:120 kg/ha.
Penentuan kadar yang paling sesuai harus mengambilkira
faktor-faktor seperti keadaan tanah,
iklim, varieti jagung, densiti penanaman, jenis baja yang
digunakan dan peringkat tumbuhan.
Penggunaan baja sebatian digalakkan kerana menyenangkan proses
pembajaan, terutamanya
jikalau pembajaan dilakukan dengan jentera.
Pengairan dan Saliran
Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk
menjamin pengeluaran yang
tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah diberi keutamaan dari
masa menanam hingga 20
hari lepas tanam dan selepas 45 hari pembentukan bunga jantan.
Sistem perenjis hendaklah
digunakan bagi menampung kekurangan air di ladang. Pengairan
dijalankan 2-3 hari sekali
pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras field
capacity. Tanda-tanda
kekurangan air pada jagung sayur di peringkat tumbesaran ialah
daun kelihatan bergulung
walaupun pada awal pagi. Daun akan kelihatan layu sekiranya
kekurangan air selepas
peringkat jagung berbunga. Perparitan diperlukan bagi kawasan
yang menghadapi masalah
saliran. Parit ladang boleh dibina untuk menyalirkan air yang
bertakung ke parit utama.
Kesan kekurangan air
Peringkat percambahan: melambatkan percambahan, menyebabkan
percambahan tidak
seragam dan kadangkala kematian biji benih.
Peringkat tumbesaran tampang: mengakibatkan kebantutan pokok,
pengeluaran bunga
jantan yang lambat dan seterusnya melambatkan kematangan
bijiiran.
Peringkat pembungaan: peringkat yang paling kritikal.
Menyebabkan pertumbuhan bunga
terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.
Peringat tumbesaran bijiran: mengurangkan isi dan keberatan
tongkol. Hasil terjejas.
Kesan ketakungan air
Pada amnya, mengakibatkan pokok kelihatan kuning dan terbantut.
Hasil terjejas. Kalau
berlaku pada peringkat tampang, ketiadaan hasil langsung.
4.0 Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung
Bintik perang (dreschslera maydis)
Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang.
Musnah sisa-sisa
tanaman. Guna biji benih dari pokok yang sihat. Sembur racun
serangga seperti Maneb atau
-
6 | P a g e
Zineb seminggu sekali jika perlu. Rawatan basah (wet-seed
treatment) bagi biji benih
menggunakan Captan/Zineb.
Bintik daun (Curvularia lunata)
Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan
pinggir berwarna coklat
dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik.
Penyakit ini kurang serius.
Karat daun (Puccinia polysora)
Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun
mengakibatkan daun
kering. Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau
Copper oxychloride pada kafar
0.1% bahan aktif.
Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae)
Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok,
tanda-tanda reput dan
keperangan. Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok
berpenyakit.
Hawa upeh (Rhizoctonia solani)
Bintik kelabu bujur memanjang. Bintik dikelilingi selapis jalur
berwarna coklat keperangan.
Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit.
Reput batang (Erwinia caratovora)
Pokok reput dan basah. Musnah pokok yang diserang dan dapatkan
saliran yang baik.
Semut (Ustilago maydis)
Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan. Spora
berwarna coklat kehitaman dan
disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas mengambil hasil.
Musnahkan dengan membakar
buah yang berpenyakit. Ianya beracun pada ternakan jika
dimakan.
5.0 Kematangan, Kutipan Dan Pengendalian Hasil
Jagung sayur mula dipungut kira-kira 50 hari selepas tanam.
Ianya boleh dipungut sebelum
rerambut bunga betina melebihi 6 cm panjang. Sekiranya telah
melebihi 6 cm panjang,
jagung perlulah dipungut setiap hari kerana tongkol jagung akan
membesar melebihi 10 cm
panjang dan menjejaskan kualitinya di pasaran. Jagung sayur
digredkan mengikut kualitinya
dengan mengambil kira kriteria-kiriteria berikut:-
jagung hendaklah berwarna kuning
barisan biji tersusun elok di sepanjang sodek
panjang sodek diantara 5-8 cm dan diameter 1-1.5 cm
-
7 | P a g e
tiada kecacatan pada sodek disebabkan perosak atau
mekanikal.
berbentuk seragam dan berkeadaan segar.
Kos
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman jagung
sayur di rumah:
1. Benih-Benih jagung sayur harganya dari RM 5.00 sekilo,
bergantung pada kawasan dan
jenis. Ada sesetengah projek, pengusaha harus membayar lebih
sedikit untuk benih
kerana benih-benih terpilih sahaja yang disediakan oleh
pemproses.
2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari (bergantung pada kawasan)
3. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada
jenis dan harga di sesetengah
tempat.
4. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.
-
8 | P a g e
PANANAMAN CILI MERAH
1.0 Pengenalan
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah.
Varieti yang baik perlu
mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap
penyakit dan serangan-
serangan serangga.
Varieti MC 11
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke
ladang dan berterusan sehingga
musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan
buah-buah cili dipetik
setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30
pemetikan dilakukan. Varieti ini
sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di
pelbagai persekitaran dengan
jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
Varieti MC 12
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran
dan berupaya
mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang
cekap. sifatnya yang
cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil
dilakukan selang 5-6 hari. Ini
membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit.
Dalam tempoh 2 bulan
penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya
yang rendah dapat
mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak
diperlukan. Buahnya yang
panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan
pemprosesan.
-
9 | P a g e
2.0 Penanaman
Penyediaan Tanah
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran
mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Isikan pasu dengan tanah
campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
pasu.
3.0 Menyediakan Anak Benih
Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm
(9 inci) lebar dan 10 cm
(4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran
mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji
benih ke dalam kotak
semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis
tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm
(2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram
dengan penyiram yang mempunyai
semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi
daripada cahaya matahari
dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3
hingga 4 minggu selepas
disemai. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2
hingga 5 cm (1 inci).
Tinggalkan hanya sepokok.
4.0 Mendapatkan Pokok Cili Yang Rimbun
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara
menanamnya perlu diberi
perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan
melenturkannya adalah salah
satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak
ranting. Bila pokok cili
mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan
bertambah berbanding dengan
pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan
menggetu (memetik) pucuknya
juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
5.0 Penjagaan
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali
hari hujan.
Membaja
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5
gm baja NPK Blue
Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput
kering.
-
10 | P a g e
Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah,
cangkul atau tajak. Bagi
tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
6.0 Kawalan Serangga dan Penyakit
Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting
ialah masalah serangga
perosak dan penyakit. Berbagai-bagai jenis serangga perosak
telah dikenalpasti menyerang
tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.
7.0 Penyakit Dan Penyebab Bagi Tanaman Cili
Bintik daun (Cercospora capsici)
Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman
giliran. Sembur
dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji
benih dengan racun
kulat.
Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora
hitam pada pucuk.
Rawat biji benih dengan racun kulat.
Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)
Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih
dengan racun
kulat.
Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)
Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuh. Anak benih layu,
rebah dan mati.
Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)
Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau
batang dipotong atau
direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut
dan bakar pokok
yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Perlu saliran yang
baik.
Antraknos Buah
Sembur racun kulat seperti Mancozeb
8.0 Perosak
Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau
imidachloprid
Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan
melengkung ke
bawah. Sembur racun seperti dicofol atau malathion
-
11 | P a g e
Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga
cili. Serangan
menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda
terbantut. Selain itu,
afid ialah pembawa penyakit virus.
Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan
bunga. Akibatnya
daun menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas. Kutu trip
juga boleh
menyebar virus.
Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung
ke bawah.
Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang
diserang.
Ulat Ratus: Makan daun dan buah.
Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Larva merosakkan bahagian
dalam buah
mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair.
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih
cili hendaklah disemai di
dalam rumah jaring kalis serangga. Tujuannya ialah untuk
menghalang serangan serangga
perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga
serangga-serangga lain yang
boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak
benih cili yang hendak diubah
ke ladang mestilah sihat. Anak-anak benih yang dijangkiti virus
tidak boleh dipulihkan
semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus
pada peringkat semaian
sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada
pokok dewasa.
Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit
virus, penggunaan
sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan
seperti:-
Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos
merumput;
Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;
Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.
Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh
meningkatkan aktiviti
stomata dan fotosintesis.
Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan
plastik akan dilindungi oleh
rimbunan pokok cili. Oleh itu, pantulan cahaya semakin
berkurangan untuk menghalang
hinggapan afid bersayap dan kutu trip. Selepas tempoh ini,
dicadangkan supaya racun
serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila
perlu sahaja. Seelok-
eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah
perosak dapat diatasi.
-
12 | P a g e
Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti
buah-buah cili boleh dirosakkan
oleh perosak buah dan lalat buah. Racun perosak terpilih yang
berkesan boleh digunakan
mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan
oleh perosak-perosak
tersebut. Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan
semasa peringkat berbuah
ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan
dilakukan.
Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili
seperti kumbang, kura-
kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan.
Serangga-serangga ini gemar
makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan
untuk mengawal serangga-
serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.
Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara
kecil-kecilan, sistem tanaman
berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh
diamalkan. Sistem ini berupaya
mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan
kejadian penyakit virus
sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. Sistem ini
menggalakkan kehadiran
kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. Secara tidak
langsung, kumbang kura-
kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili.
Bagi petani yang ingin
mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung
dengan cili, perlu diingat
bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih
awal sebelum anak benih cili
diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk
penanaman secara komersial kerana
terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.
Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili
harus sedar bahawa aspek
pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting
bagi menentukan
pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.
Kos
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman lada
di rumah:
Benih-Benih lada harganya dari RM 3.00 sekilo, bergantung pada
kawasan dan jenis.
pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana
benih-benih terpilih sahaja
yang disediakan oleh pemproses.
JCB/Backhoe - RM300-350/ hari (bergantung pada kawasan)
Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis
dan harga di sesetengah
tempat.
Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.
-
13 | P a g e
KESIMPULAN
Berkebun di rumah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila di
rumah yang baru sahaja
dibeli. Hampir semua tanaman hendak ditanam. Kalau dahulu, ramai
yang suka tanam pokok
mempelam di hadapan rumah. Kerana itu kita boleh lihat hampir
semua rumah lama
(tradisional) mempunyai pokok mempelam di hadapan rumah.
Mempunyai kebun tidak mesti
memiliki tempat kosong yang luas. Dengan memanfaatkan laman
rumah, Anda telah dapat
berkebun serta letakkan beragam jenis tanaman untuk membuat
cantik tempat itu.
Berkebun adalah satu diantara kesibukan yang mengasyikkan dan
juga menyihatkan. Jika ada
waktu senggang dirumah, anda dapat memafaatkannya untuk berkebun
dengan kosep
berkebun di rumah sendiri. Tetapi, sayangnya cuma sedikit orang
yang menyisihkan
waktunya untuk mengerjakan hal seperti ini. Berkebun tidak harus
dilakukan di tempat yang
luas. Untuk itu, anda boleh menciptakan kebun vertikal di rumah.
Caranya, menanam
tanaman di dalam pot, lalu menggantungnya. Selain itu, Anda juga
bisa menanam beberapa
tanaman yang bisa merambat sehingga boleh dikembangbiakkan
secara vertikal.
Diharap dengan adanya panduan dan cadangan dalam laporan ini
dapat membantu kepada
sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Berkebun
dirumah ini bukan sahaja
noleh dijadikan riadah malahan dapat membantu dari segi
pendapatan ekonomi.
-
14 | P a g e
BIBLIOGRAFI
1.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cili.html
2.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-tomato.html
3.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cendawan.html
4. Hortikultur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
5. Definasi tanaman khusus. Institut Nasional Pertanian dan
Makanan. Jabatan Pertanian
Amerika.
6. hortus. Charlton T. L. dan S. Charles. en:A Latin Dictionary
di en:Perseus Project.
7. Douglas Harper. "horticulture". Online Etymology
Dictionary.
8. Entry for yard Dictionary.com (presenting information
supposedly from Random House
Dictionary)
9. Mendefinasikan Hortikultur, Produk Hortikultur dan Sains
Hortikultur. Persatuan
Antarabangsa untuk Sains Hortikultur. Dicapai 1 Februari
2012.
http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cili.htmlhttp://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-tomato.htmlhttp://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cendawan.html