8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
1/21
NAMA : LALITHA A/P HARIRAM
NO K.P : 911120-10-5446
KUMPULAN / UNIT : PRA-PISMP SEMESTER 3 J3.2MATA PELAJARAN : PENGANTAR PENDIDIKAN (PN3311D1)
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : EN CHIN MEI KEONG
TARIKH SERAHAN : 26 OGOS 2010
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
2/21
PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi
Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-
(a) Pendidikan Prasekolah
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
(b) Pendidikan Rendah
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam
tahun. Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.
Sekolah jenis kebangsaan terdiri daripada sekolah jenis kebangsaan tamil dan
sekolah jenis kebangsaan cina. Pendidikan rendah mempunyai 2 tahap iaitu tahap
pertama dan tahap kedua. Tahap pertama terdiri daripada tahun 1,2 dan 3
manakala tahap 2 terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6.
(c) Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah
atas.Pendidikan rendah terdiri daripada peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3 manakala
pendidikan menengah terdiri daripada tingkatan 4, 5, enam bawah dan enam atas.
Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada sekolah akademik, sekolah
teknik dan vokasional, dan sekolah kebangsaan agama.
(d) Pendidikan Lepas Menengah
Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti
pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan
tinggi. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan
pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit
Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat
persekolahan yang ditubuhkan adalah Sekolah Pendidikan Khas yang
ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas dan Sekolah Sukan yang
ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan,
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
3/21
PENGENALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Matlamat
y Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
y
M
elahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dansejahtera.
y Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
y Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
4/21
Anggota Pentadbiran
Menteri Pelajaran
Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin HajiMohd. Yassin
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
5/21
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara.
Melahirkan rakyat yang memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu.
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara.
Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
6/21
Huraian Falsafah Pendidikan Negara
1. Memperkembangkan Potensi Individu
Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak
ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan
emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu
dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan.
2. Menyeluruh dan Bersepadu
Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah
dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah
dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain.
3. Insan yang Seimbang dan Harmonis
Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya
dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia menjadi insan yangsentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta
sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang.
4. Unsur Intelek
Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut:
o hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran;
o daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;
o daya pemikiran yang logik dan analitis;
o ilmu yang bermanfaat.
5. Unsur Rohani dan Emosi
Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut :
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
7/21
o keyakinan terhadap Tuhan;
o kepercayaan beragama;
o kemantapan jiwa;
o penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;
o berbudi pekerti mulia;
o berbakti dan berkorban
6. Unsur Jasmani
Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
o kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
o dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat.
7. Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan
Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan
alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula
menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan
dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul
amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan
alam.
8. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan
Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta
cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan
ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti
berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat.
9. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia
Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan,
berdisiplin dan bersepadu. Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat.
Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
8/21
amalan.
10. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai
tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Masyarakat ini
adalah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
11. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri
Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram.
Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan
memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan
sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
12. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan
Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan
tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam.
Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan Negara.
13. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain,
bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan
adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang
sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di
dalam semua bidang kehidupan.
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
9/21
Faktor-faktor yang mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Faktor agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia
Faktor politikyang menentukan ideologi negara, dan seterusnya mempengaruhi
dasar pendidikan
Faktor ekonomiyang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa
pembangunan dan kemajuan negara
Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti
keselamatan, perkembangan dan kemajuan negara
Faktor sejagatyang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia, perkembangan
pendidikan anatarabangsa dan keupayaan warganegara member sumbangan
kearah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.
Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha
mengembang dan memajukan pendidikan
Menjadi dasardan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan
Kebangsaan
Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami system pendidikan
negara.
Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-
tugas pendidikan.
Sebagai dasardan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan
pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran
Sebagai pengawalke atas penyelewengan aktiviti daripada dasara pendidikan;
dan
Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha
melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
10/21
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap Sistem Pendidikan Negara.
Strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
PerananKementerian
Pelajaran
Peranan
guru
Merealisasikan
FPK
I. Pembangunaninsan iaitumemperkembangkan potensi individusecara
menyeluruh.II. Pembangunan
sumber pendidikaniaitu menghasilkansistem pendidikanyang berkualiti
III. Menggalakkanusahapenyelidikan danpembangunan
I. Pelaksanaankurikulum dankokurikulum yangdapatmemperkembangk
-an potensi pelajarII. Pelaksanaan
pengurusan danpentadbiran yangcekap
III. Pelaksanaanperhubungandenganmasyarakat.
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
11/21
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Matlamat Pendidikan Guru
Menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan
amalan tingkah laku.
Menguasai kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan.
Berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan
pendidikan.
Implikasi Falsafah Pendidikan Guru
Peranan guru sebagai pendidik:
Melengkapkan dirii dengan pengetahuan am.
Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru
Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni kepada pelajar
Guru yang berpekerti mulia,berpandangan progresif dansaintifik bersedia menjunjung
aspirasi negara sertamenyanjung warisankebudayaan Negara,
menjamin perkembanganindividu dan memeliharasuatu meayarakat yang
bersatu padu, demokratik,progresif dan berdisiplin.
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
12/21
Sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya
Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik untuk merangsang perkembangan
pelajar.
PERANAN PENDIDIKAN
Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama.
Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedakan
tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk
menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula
pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi
individu yang seimbang dari segi eprtumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya.
Peranan Pendidikan Terhadap Individu
I. Membentuk Ciri-Ciri Sosial Individu
Pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk kesedaran
Kekeluargaan
komuniti dan masyarakat
kebangsaan
kejiranan
organisasi
serantau dan antarabangsa
II. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu
Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk rakyat yang
sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya saing, dan daya
juang dari segi aqidah dan ilmu.
III. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang
Sistem pendidikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk
akhlak/etika berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik
mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka juga hendaklah
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
13/21
boleh menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaan
kebangsaan.
IV. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi
Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh
berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan
matematik, sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir
menyampai ilmu dan kemahiran.
Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakat
Sumber Kemahiran dan Ketrampilan
Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi untuk
sebuah masyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli
masyarakat perlu mahir dan berketrampilan dalam melaksanakan
tanggungjawab masing-masing.
Sumber Kebudayaan dan Ilmu
Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan
ilmu sesuatu bangsa kepada generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk
mewariskan serta memperluaskan budaya, sesuatu generasi baru akan
kehilangan pedoman dan arah. Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini
boleh dimainkan oleh institusi keluarga. Dalam abad ini
masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan kebanyakan ibu bapa telah
terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup
masa untuk memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.
Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai
Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas daripada
sesuatu kepercayaan dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari
jawapan bagi persoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia
tersesat dalam memberikan jawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka.
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
14/21
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
15/21
Malaysia. Era ini menunjukkan anjakan paradigma yang proaktif dalam sistem
pendidikan negara.
Era 1971-1990
Selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum di negara ini. Di
samping itu, bagi mengelakkan kecelaruan antara kaum di Malaysia, Bahasa Melayu
diperkenalkan sebagai bahasa pengantar utama dan kerajaan telah membuat semakan
terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan melaksanakan pembaharuan dalam
meningkatkan kualiti Pendidikan Negara.
Kerajaan telah melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk golongan
pelajar miskin yang tidak mampu untuk membeli buku teks dan Rancangan Makanan
Tambahan(RMT). Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan di peringkat percubaan atau lebih dikenali sebagai rintis. Agenda ini
diteruskan dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1988 apabila pelajar dalam KBSR telah melangkah masuk ke tingkatan 1
dan menggunakan empat matapelajaran sebagai rintis iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dalam era ini juga Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) diperkenalkan.
Era 1991-2000
Kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara yang mempunyai
pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan dan kesan-kesan
pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti Dasar Pembangunan
Nasional, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta Pelan Integriti Nasional.
Dasar Pembangunan Nasional adalah bertujuan menyatupadukan rakyat untuk
memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik serta pembangunan ekonomi yang
berterusan. Kerajaan turut memperkenalkan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang
berobjektifkan mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat untuk peningkatan hasil
dan mutu kerja. Selain itu, pelancaran Pelan Integriti Nasional dengan matlamat untuk
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
16/21
memantapkan nilai-nilai etika dan integriti serta membudayakan nilai-nilai tersebut
dalam diri setiap anggota masyarakat.
Pada tahun 1992 kerajaan telah memperkenalkan pendidikan umum selama 11 tahun
iaitu setiap rakyat Malaysia diwajibkan mengikuti sesi persekolahan bermula dari tahun
1 sehingga tingkatan 5.Pada era ini juga telah mempelihatkan perubahan yang pesat
dalam falsafah dan hala tuju pendidikan negara. Asas perundangan bagi melancarkan
lagi pembangunan pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan akta.
Era 2001-2010
Menghadapi cabaran globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia
harus bersaing dalam memperkasakan pembangunan pendidikan dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial. Pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21 menyebabkan
penambahbaikan dan pemantapan hala tuju dan falsafah pendidikan diperhebatkan
dalam perundangan, dasar dan program utama berikut:
1. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukan pendidikan wajib bagi
pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1
Januari 2003.
2. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukan seorang
kaunselor bagi setiap 500 orang pelajar bermula dari tahun 2003 (Keputusan Jemaah
Menteri, 2002)
3. Pada tahun 2003, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris diperkenalkan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002) dan Bayaran
Insentif Subjek Pendidikan (BISP) turut diperkenalkan.
4. Pemberian bantuan one-off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga
miskin pada tahun 2002-2003 bagi melaksanakan pendidikan wajib (Bajet 2002 dan
2003). Pada tahun 2004 bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah
PelajarMiskin (KWAPM).
5. Pada tahun 2004, Skim Baucer Tuisyen (SBT) diperkenalkan untuk memberi bantuan
tuisyen kepada murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan pencapaian
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
17/21
rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik.
6. Mata pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada
tahun 2004. (Berasaskan Program Sekolah ke Kerjaya di bawah Pembiayaan Bank
Dunia, 1998-2003)
7. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006
bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu
Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003)
8. Pada tahun 2006 aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per
kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10 untuk sekolah rendah dan RM12 untuk
sekolah menengah (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Di samping itu, aktiviti
kokurikulum dijadikan syarat kelayakan ke IPTA mulai 2006 (Keputusan Jemaah
Menteri, 2005)
9. Pada era ini juga, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP)
diperkenalkan untuk memartabatkan hala tuju dan falsafah pendidikan di negara
Malaysia.
ERA KINI
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Perkembangan sains dan teknologi dengan pesat serta canggih, khasnya penciptaan
alat media elektronik dan komputer, pelbagai jenis pendidikan telah diiktihar dan
diperkenalkan untuk kegunaan di institusi-institusi pendidikan demi menangani tuntutan-
tuntutan semasa serta cabaran-cabaran masa depan. Di antara jenis-jenis pendidikan
baru diperkenalkan ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer, Pendidikan
Terbuka, Pendidikan Radio dan Televisyen dan sebagainya.
Penggunaan komputer dalam pendidikan
Penggunaan computer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan
kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta
perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam yeknologi, teori
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
18/21
pendidikan, teori pemgajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan
serta kemahiran dan latihan guru.
Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan jarak jauh dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan
Komunikasi atau Pendidikan Melalui Sasaran. Pendidikan jarak jauh ini member
peluang kepada orang ramai untuk memperolehi ijazah akademik atau professional
dalam masa sambil bekerja. Pendidikan jenis ini merupakan salah satu cara yang
paling berkesan untuk membolehkan lebih ramai orang memperolehi pendidikan
tertiary. Melalui program pembelajaran ini ramai orang dapat mengikuti kursus pilihan
mereka dalam masa lapang mengikut kadar pembelajaran mareka tanpa menggangu
kerjayanya.
Koridor Raya Multimedia
Dengan pembukaan Multimedia Super Corridor (MSC) pada 8.7.1999, perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan dipertingkatkan, dan seterusnya
membawa perkembangan sekolah-sekolah bestari di seluruh Malaysia. MSC akan
menambahkan lebih banyak peluang bagi pelajar-pelajar mengikuti kursus multimedia.
Sekolah Wawasan
penggunaaan komputer
komputer membantupendidikan
komputer menguruspengajaran
komputer membantupengujian
komputer membantupengajaran
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
19/21
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep
ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-
way).
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai
bangsa dan latar belakang
2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman
yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah
melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di
sekolah
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi
dengan jayanya iaitu :
y Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
y Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
y Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
y Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
y Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
20/21
Sekolah Bestari
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah
Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif.
Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah
Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi
Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi
pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-
pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaranZaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan
kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka
semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap
Objektif Sekolah Bestari
Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:
y Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
y Mendemokrasikan pendidikan
y Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
y Memupuk perkembangan menyeluruh individu
8/7/2019 assignment pengantar pendidikan
21/21
y Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu