APLIKASI PENDEKATAN KOMUNIKATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA
Darina bt KulabidNoor Faizah bt Mohd Razali
Nurizyan bt AsliSiti Khadijah bt Ismail
Ciri-ciri penting pendekatan
• Makna sangat dipentingkan• Dialog yang digunakan terarah kepada proses
komunikatif• Konteks dan situasi komunikatif sangat diberi keutamaan• Pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami
sahaja• Murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan
( bertutur)
Aplikasi pendekatan
- pengajaran bahasa pelajar menggunakan pendekatan ini mestilah menglibatkan aktiviti :
i. penyelesaian masalah,
ii. perbincangan,
iii. dialog,
iv. sumbang saran
v. wawancara dan lain-lain
- supaya pelajar dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
- kesilapan ketika berkomunikasi berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu.
- kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa, tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks.
Contoh: simulasi
• Guru memberikan peranan yang tertentu kepada pelajar untuk dilakukan dalam pelbagai situasi.
• Pelajar berbincang bersama-sama rakan tentang peranan masing-masing.
• Pelajar juga meramal sesuatu peristiwa yang bakal berlaku dalam pelbagai situasi.
• Pelajar memainkan peranan tertentu dengan membayangkan seolah-olah mereka merupakan watak utama dalam sesuatu peranan.
• Guru berperanan sebagai penasihat semasa aktiviti dijalankan dan menjawab persoalan yang dikemukakan pelajar.
Contoh : wawancara
• Guru memberikan situasi dan soalan tugasan kepada pelajar.
• Pelajar berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang diberi.
• Pelajar bertanya dan berbincang dengan guru.• Pelajar menjalankan wawancara di hadapan
kelas.• Guru memberikan pandangan dan saranan
untuk penambahbaikkan.
SEKIAN TERIMA KASIH