Pendekatan Pengajaran Bahasa Hj. Md. Rahim Hj. AB. Majid
Oct 22, 2015
Pendekatan Pengajaran Bahasa
Hj. Md. Rahim Hj. AB. Majid
Definisi Pendekatan
• Kaedah, teknik atau cara bagaimana sesuatu itu dilaksanakan
• Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sesuatu teori yang beraksiomatik bagi mencapai sesuatu objektif dalam kurikulum.
Definisi Pendekatan
• ‘….describe how people acquire their knowledge of a language and makes statements about the conditions which will promote successful language learning.’ (Harmer 2001:78)
• ‘… according to Edward Anthony (1963),approach was a set of assumptions dealing with nature of language, learning and teaching (H.Douglas Brown, 2001)
Kesimpulan
• Pendekatan merupakan kaedah dan teknik yang dipilih oleh guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa berasaskan teori bahasa yang berkaitan
Pendekatan
• Deduktif
• Induktif
• Eklektif
• Komunikatif
Pendekatan Deduktif
• Berasaskan teori traditional yang tergolong dalam teori huraian bahasa
• Pada asasnya pendekatan deduktif dalam p&p bahasa memberi penekanan kepada pembinaan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep, hukum, rumus, teori atau peraturan sebelum mereka diberikan contoh-contoh yang berkaitan
• Pendekatan deduktif selaras dengan konsep taakulan deduktif (deductive reasoning)
Kaitan Deduktif dengan kognitif
• Berdasarkan teori kognitif pelajar dikatakan boleh menerima sesuatu konsep yang umum sebelum mereka memahami sesuatu yang lebih mendalam
• Sekiranya pelajar memahami konsep asas dengan mudah, pembelajaran tersebut akan menjadi lebih berkesan
(Anderson, 1990)
Definisi Pendekatan deduktif
• Herman (1969), Cronbach & Snow (1977) mendefinisikan pengajaran deduktif sebagai satu bentuk pengajaran yang bermula dengan sesuatu konsep yang umum dan seterusnya berkembang kepada sesuatu yang lebih khusus tentang konsep tersebut
sambungan
• Guru menjelaskan sesuatu prinsip umum dan seterusnya mengarah murid kepada sesuatu aplikasi yang khusus
• Dalam kata lain guru mengajar murid tentang sesuatu prinsip atau peraturan, selanjutnya diikuti oleh murid menggunakan prinsip atau peraturan tersebut
Kerangka konseptual Pendekatan Deduktif
• Berdasarkan pendekatan “atas ke bawah”• Bermula dengan seseorang memikirkan
sesuatu teori kemudian ia membentuk sesuatu hipotesis yang khusus, yang boleh diuji dan dibuat pemerhatian berdasarkan kutipan data untuk menentukan hipotesis itu boleh diterima atau tidak dan seterusnya mengesahkan teori tersebut.
Teori
Hipotesis
Pemerhatian
Pengesahan
Pendekatan Induktif
• Pendekatan ini berasaskan teori Struktural dan teori behavioris
• Murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebelum mereka membina rumusan berdasarkan pengalaman tersebut
Definisi Induktif
• Pengajaran induktif sebagai satu bentuk pengajaran pembelajaran yang memberi penekanan kepada struktur yang dipelajari di kalangan murid, mereka kemudiannya membentuk rumusan berdasarkan corak-corak yang diperhatikan.
• Murid membina generalisasi berdasarkan contoh-contoh yang dialami dalam proses pengajaran pembelajaran
Hermann (1969) defined
• “ inductive instruction as a form of teaching which proceeds from the particular to the general. Teachers offer appropriate questions and examples to model an idea or principle before a rule is stated”.
Kerangka konseptual Pendekatan Induktif
• Taakulan induktif bermula daripada pemerhatian yang khusus kepada generalisasi yang umum atau teori.
• Berasaskan pendekatan binaan/sintisis iaitu ‘bawah ke atas”
• Pendekatan ini bermula dengan pemerhatian yang khusus dan mendapatkan corak yang ada
Teori
Corak
Pemerhatian
Hipotesis
Pendekatan Eklektif
• Pendekatan yang menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif
Generalisasi Contoh Generalisasi
Contoh Generalisasi contoh
MODEL EKLEKTIF
Pendekatan Komunikatif
• Berasaskan teori interactionalist dan functionalist
• Berkembang sekitar tahun hujung tujuh puluhan dan awal lapan puluhan (H. Douglas Brown,2000)
• Bermatlamat meningkatkan ‘keupayaan berkomunikasi’ di kalangan pelajar
Perkembangan awal
• Pada tahun 60an Chomsky mengemukakan cognitif code dalam pengajaran bahasa
• Inovasi terhadap pendapat tersebut melahirkan pendekatan komunikatif (H. Douglas Brown,2000)
• Pengajaran bahasa bercirikan situasi sebenar kehidupan dan berasaskan tugasan yang bermakna
Prinsip Pendekatan Komunikatif
• Pelajar memahami dan mengetahui tujuan pembelajaran
• Matlamat pembelajaran adalah membina kecekapan berkomunikasi
• Prinsip penting komunikasi perlu diberi perhatian: jurang maklumat, pilihan dan maklum balas
• Mewujudkan situasi yang sebenar dalam bilik darjah
Ciri-Ciri Pendekatan Komunikatif
• Objektif pengajaran pembelajaran bahasa berfokuskan semua komponen komunikasi (tatabahasa, wacana, fungsi , sosiolinguistik dan strategi)
• Teknik pengajaran direka bentuk untuk melibatkan pelajar secara pragmatik, autentik dan bermakna dalam proses p&p
• Tatabahasa tidak dijadikan fokus utama, apa yang penting pelajar menggunakan aspek-aspek bahasa bagi melengkapkan komunikasi mereka
sambungan
• Kepetahan dan ketepatan merupakan prinsip pelengkap dalam teknik komunikasi. Malah kepetahan berbahasa ada masanya melebihi aspek ketepatan dalam menggalakkan pelajar terlibat secara bermakna dalam penggunaan bahasa
sambungan
• Dalam bilik darjah yang menggunakan pendekatan komunikatif pelajar bukan sahaja perlu menggunakan bahasa, malah produktif dan bersedia menerima bentuk komunikasi seperti yang berlaku di luar bilik darjah.
• Oleh itu tugasan dalam bilik darjah perlu melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran komunikasi yang penting dalam konteks yang pelbagai
Sambungan
• Pelajar diberi peluang - fokus kepada proses pembelajaran mereka sendiri dengan memahami cara mereka belajar serta melalui perkembangan strategi pembelajaran kendiri yang sesuai
• Guru lebih berperanan sebagai pemudahcara. Pelajar digalakkan terlibat dalam membina makna (bahasa) melalui interaksi linguistik dengan pihak lain.
Kesimpulan Pendekatan Komunikatif
• Makna sangat dipentingkan
• Dialog jika digunakan berfungsi untuk komunikasi bukan untuk hafalan
• Pembelajaran bahasa adalah untuk belajar berkomunikasi secara berkesan