UNIT 7
TAJUK 1Pengenalan dan Konsep Gimnastik Artistik
1.0 Sinopsis
Dalam tajuk ini anda diberi penerangan tentang pengenalan dan konsep gimnastik artistik . apakah aktiviti utama dalam gimnastik ini. Pola-pola yang menjadi asas perkembangan kemahiran gimnastik artistik. Seterusnya bagaimana konsep kognitif diterapkan di samping beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan supaya gimnastik artistik ini lebih realistik.1.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :i. Menerangkan pola-pola pergerakan yang terdapat dalam gimnastik artistik.ii. Membiasakan diri dengan pola-pola gimnastik pada pelbagai peringkat asas dan lanjutan.
iii. Melakukan gimnastik artistik menurut kebolehan dan potensi individu masing-masing.
iv. Menerangkan butiran mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran gimnastik artistik.
1.2 Gimnastik Artistik 1.2.1 Apakah yang anda faham mengenai gimnastik artistik ?
Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empat aktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan. Keempat-empat aktiviti utama tersebut dibahagikan kepada enam pola pergerakan yang dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar, putaran, hamburan dan hayunan.1.2.2Pola-pola pergerakan
Pola-pola pergerakan ini menjadi asas untuk perkembangan kemahiran gimnastik artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola pergerakan adalah sebagai asas persediaan pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran yang lebih sukar dalam gimnastik artistik.
Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan iaitu :
Ambil nota dan berbincang dengan pensyarah anda !
i.Pendaratan
Ianya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan daya akan lebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan pusat graviti di mana lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan.
ii.Statik / kestabilanKestabilan boleh diperolehi apabila seseorang itu berakhir dalam keadaan statik bermaksud keupayaan badan untuk kembali ke posisi yang seimbang selepas ianya dipindahkan / digerakkan. Kestabilan tertakluk pada kedudukan pusat graviti :
Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebih stabil. Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapak adalah lebih stabil.
Semakin luas tapak adalah lebih stabil.
iii.Gerak edar
Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat disertai dengan pemindahan pusat graviti akan mengakhibatkan pergerakan. Bagi setiap pergerakan badan akan dipengaruhi oleh masa, daya, aliran dan ruang.
iv.PutaranSetiap putaran tertakluk kepada jejari. Semakin kecil jejari akan mengakhibatkan semakin pantas putaran sedangkan semakin besar jejari akan menyebabkan semakin perlahan putarannya.
v.HamburanUntuk menggerakkan sesuatu objek daya diperlukan. Dengan mengaplikasikan daya objek tersebut akan bergerak mengikut arah daya itu bertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga penting dalam menghasilkan hamburan di mana setiap aksi mempunyai reaksi yang sama dan bertentangan dengannya. Contohnya Hambur Arab.
vi.Hayunan
Daya pergerakan dalam sesuatu pergerakan boleh dipercepatkan lagi dengan menambah unsur-unsur hayunan seperti menghayun hujung kaki. Contohnya hayunan pada palang.1.2.3.Kriteria-Kriteria penting dalam pengajaran dan pembelajaran
gimnastik artistik
Sewaktu melakukan kemahiran-kemahiran gimnastik beberapa kriteria perlu diberikan pertimbangan yang utama antaranya :i.Pergerakan
Pergerakan yang sempurna adalah hasil dari teknik yang betul. Sesuatu pergerakan yang kompleks mestilah dilakukan yang asas dahulu melalui proses ansur majunya.ii.RangkaianRangkaian merupakan gabungan dari kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran imbangan, ketangkasan dan lombol. Satu rangkaian pergerakan yang sempurna adalah apabila ianya terlaksana dengan licin dan berterusan.iii.KecergasanKecergasan amat penting untuk membantu pelaku menghasilkan gerakan-gerakan dalam gimnastik artistik. Aktiviti regangan, kelenturan, kekuatan serta daya tahan seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan kemahiran.iv.Nilai Kinestetik dan EstetikPenghayatan keindahan dan kecantikan postur sesuatu pergerakan dapat ditonjolkan dengan kefahaman gerakan-gerakan otot dan anggota badan dalam usaha menerapkan nilai kinestetik dan estetik.v.Postur dan keyakinan diriPostur yang betul perlu ditegaskan dari awal, sewaktu memulakan, semasa melakukan dan sewaktu mengakhiri aktiviti ketika mendarat. Dengan menerapkan prinsip ansur maju sewaktu pelaksanaan secara tidak langsung akan memupuk keyakinan diri pelaku.
vi.AlatanSegala alatan yang digunakan haruslah dipastikan kesempurnaannya dan ketinggiannya bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Alat reka ganti boleh digunakan sebagai menggantikan alat sebenardengan syarat dipastikan dari segi kesesuaian dan keselamatan.
Sila fikirkan dan berbincang dengan rakan kriteria-kriteria lain yang sesuai !!!
Dan buat latihan amali
TAJUK 2Aktiviti gulingan, imbangan dan lombol
2.0 SinopsisTajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti gulingan, imbangan dan lombol. Fokus dalam modul ini bertumpu kepada gulingan depan, dirian kepala dan lombol kangkang. Dengan maklumat yang dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda dalam aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.
2.1 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. melakukan ansur maju dalam aktiviti gulingan, imbangan dan melombol dengan teknik yang betul.
ii. Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan gulingan, imbangan dan melombol dengan jelas.
2.2 GulinganAktiviti gulingan adalah kemahiran-kemahiran mengguling yang merangkumi aktiviti seperti guling depan, guling belakang, guling sisi dan guling bahu.2.2.1Guling Depan
1. Teknik Lakuan
Berdiri tegak
Mencangkung dan dan dari kedudukan dakap, letak kedua belah tangan di atas lantai
Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak dan naik dan tinggikan bahagian punggung Bengkokkan tangan, bulatkan badan dan guling ke depan dengan bahagian atas bahu mencecah lantai dahulu.
Selepas gulingan, berdiri tegak.2.Butiran Mengajar
Mencangkung di hujung kaki Tangan lurus seluas bahu dan jari mengarah ke hadapan.
Melonjak dengan kedua kaki, peha rapatkan ke dada untuk membulatkan badan Pastikan paras bahagian punggung lebih tinggi daripada bahagian kepala
Mendarat atas kaki dan postur tegak lurus ditegaskan
Rajah 1 : Gulingan depan3.Pengajaran ansurmaju ( cadangan )i. Lakuan membuaikan badan
Duduk dengan kedua tangan memaut lutut
Kedua peha dirapatkan ke dada.
Bulatkan badan
Membuai badan
ii. Berguling dari atas peti lombol
Gunakan peti lombol pada aras dua tingkat
Meniarap di atas peti lombol dengan kedua tangan mencecah lantai
Mengensot ke depan dengan membulatkan badan
Mengguling
iii. Mengguling dengan bantuan rakan
Pelaku dalam posisi kereta sorong Rakan memegang kedua-dua pergelangan kaki pelaku
Rakan mengangkat dan menolak pelaku ke depan
Pelaku mengguling
iv. Mengguling dengan bantuan sudut
Gunakan papan anjal untuk mencipta sudut
Lonjak, bulatkan badan
Mengguling bersudut
v. Mengguling dari atas bangku
Ketinggian bangku lebih kurang 0.5 meter
Mencangkung di atas bangku
Naik dan luruskan kaki sedikit, tangan mencecah lantai Bulatkan badan dan mengguling
2.3Imbangan
Terdapat berbagai jenis aktiviti yang boleh dikelaskan sebagai imbangan. Ianya adalah lakuan dimana pelaku dapat mengimbangkan keseluruhan badannya dengan menggunakan tangan atau kepala sebagai tapak / paksi. Konsep stabiliti penting dalam mengimbangkan diri, di mana unsur keluasan tapak dan kedudukan pusat graviti memainkan peranan yang utama.
Jenis-jenis aktiviti imbangan adalah seperti imbangan skala ( skala depan, skala sisi ), imbangan Y, imbangan dekam, imbangan bangau, dirian kepala, dirian tangan dan dirian harimau,
2.3.1Imbangan Skala Depan1. Teknik Lakuan Berdiri tegak
Kaki rapat dan kedua tangan lurus di sisi badan. Bengkokkan badan ke depan di paras pinggang perlahan-lahan. Serentak sebelah kaki diangkat lurus ke belakang dan sebelah tangan lurus ke depan. Tangan dan kaki lurus bersama badan selari dengan lantai.2. Butiran Mengajar
Berdiri tegak dan pandang ke depan. Badan dibengkokkan ke depada serentak dengan sebelah tangan dan kaki diluruskan. Tangan, badan dan kaki lurus dan sedikit melengkung di bahagian pinggang. Imbangi badan di atas sebelah kaki Muka pandang ke depan.
3. Pengajaran Ansur maju : Imbangan skala depan berdua.
Rajah 2 : Imbangan Skala Depan2.3.2Dirian kepala
1. Teknik Lakuan
Duduk melutut, lakuan imbangan dekam Jari tangan dibuka luas, menapak di lantai
Sujud, kedudukan tangan dan dahi berbentuk segi tiga sama
Lurus dan rapatkan kedua kaki, naikkan punggung ke atas.
Gerak ke lakuan ulat bulu sehingga kaki terangkat dengan sendiri.
Apabila kaki terangkat, imbangkan sehingga ianya lurus menegak ke atas. Kedua hujung kaki lentik dan dirapatkan
2. Butiran Mengajar
Kekuatan tangan harus seimbang
Tapak harus luas berpaksi di bahagian depan dahi Kedua kaki sentiasa lurus dan rapat
Rajah 3 : Dirian Kepala3. Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan ) Dirian kepala berpenyokong
Berpasangan : Lakuan dirian kepala 90 darjah
Berpasangan : Lakuan dirian kepala 180 darjah
Rajah 3 : Dirian Kepala Berpenyokong2.4.MelombolLombolan adalah merupakan aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti peti lombol, buck dan horse. Teknik perlakuannya melibatkan lima fasa iaitu fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan, fasa pendaratan dan fasa pemulihan. Setiap fasa tersebut mempunyai perkaitan di antara satu sama lain dan teknik lakuan setiap fasa harus betul bagi menjamin hasil lakuan yang sempurna.i. Fasa Larian
Ianya adalah jarak larian di antara tempat permulaan larian ke peti lombol.
Jarak larian tertakluk kepada keupayaan dan keperluan pelaku.
Arah larian lurus.
ii. Fasa Lonjakan
Lakuan melonjak sebaik sahaja sampai ke peti lombol.
Melonjak di atas papan anjal / papan lonjakan.iii. Fasa Layangan
Fasa ini adalah merupakan fasa di udara selepas pelepasan dari papan anjal dan sebelum mendarat.
iv. Fasa Mendarat
Pendaratan ke atas lantai.
Mendarat dengan kedua kaki.
Penyerapan daya sewaktu mendarat penting bertujuan mengelakkan kecederaan.
v. Fasa Pemulihan
Berkedudukan ke posisi asal / posisi mula.
Mengimbangkan badan penting dalam fasa ini. Berakhir dengan berdiri tegak lurus jengketkan bahagian hujung kaki, mendada. Mendepakan tangan dan menapak sebelum beredar.
Jenis-jenis aktiviti yang dikelompokkan dalam kumpulan ini adalah lombol lalu, lombol kangkang, lombol pencuri dan lombol sisi.2.4.1 Lombol Kangkang
1. Teknik Lakuan
Berdiri tegak di tempat mula.
Angkat tangan kanan lurus ke atas menandakan bersedia untuk memulakan aktiviti.
Lari ke arah papan anjal / papan lonjak.
Melonjak ke atas papan anjal dengan kedua belah kaki. Kedua-dua tangan menapak di atas peti lombol.
Melombol dengan kedua-dua kaki di buka / kangkang luas dan lurus ke sisi sewaktu layangan.
Kedua-dua tangan tolak dengan kuat dari peti lombol supaya laluan layangan licin dan sempurna.
Mendarat dengan merapatkan kedua kaki.
2. Butiran Mengajar Berlari pantas dan lurus Kaki kangkang dan lurus.
Kepala mendongak pandang ke depan atas, hujung kaki lurus (point-toe).
Kedua tangan menguis sewaktu kaki melayang di atas peti.
Mendarat tegak, mendada dan kaki dijengketkan.
Rajah 4 : Lombol Kangkang3. Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan )i. Melonjak
Lonjak 1 : Lakuan melonjak-lonjak tegak lurus ke atas di atas papan anjal / papan lonjakan.
Lonjak 2 : Jarak beberapa langkah dari papan anjal / papan lonjakan, berlari perlahan ke papan lonjakan, melonjak dan mendarat. Lonjak 3 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan menapak di atas peti, melompat, kangkangkan kedua kaki lurus ke sisi ( Peti melintang ). Mendarat ditempat yang sama dengan kedua belah kaki ditutup rapat.
Lonjak 4 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan menapak di atas peti, menggunakan papan anjal; melonjak, kangkangkan kedua kaki lurus ke sisi dan mengangkang / mendarat di atas peti ( Peti melintang ).ii. Mendarat
Mendarat 1 : Lari, lompat dan mendarat.
Mendarat 2 : Berdiri di atas bangku panjang, lompat dan mendarat. Mendarat 3 : Lari, melonjak di atas papan anjal dan
mendarat
TAJUK 3Aktiviti Senaman Lantai, Palang Sejajar dan Alang Imbang
3.0 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti senam lantai (floor exercise), palang sejajar (parallel bars) dan alang imbang (balance beam). Fokus dalam modul ini bertumpu kepada aktiviti-aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak. Dengan maklumat yang dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda dalam aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.
3.1 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. melakukan ansur maju dalam aktiviti-aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang dengan teknik yang betul.
ii. Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan aktiviti-aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang dengan jelas.
3.2Senaman Lantai
3.2.1Pengenalan
Aktiviti dalam senaman lantai ini sebenarnya merupakan aktiviti yang biasa dan selalu dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti senaman lantai dengan mudah dapat dikuasai oleh kanak-kanak sekiranya latihan pergerakan yang betul diperkenalkan secara beransur maju. Sekiranya kanak-kanak dapat berguling di atas belakang dengan bulat, dengan mudah mereka boleh menguasai atau mempelajari kemahiran guling hadapan atau guling belakang. Jika mereka dapat menghayunkan tangan dengan baik untuk membuat dirian tangan, dengan mudah mereka dapat belajar untuk melakuklaan hambur tangan dan lentang lenting (flic flac). Begitu juga dengan aktiviti senaman lantai yang lain.
Bagi melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran, organisasi kumpulan atau kelas perlulah ditetapkan agar pelajar dapat melakukan aktiviti serentak dan sentiasa dalam pemerhatian jurulatih.
Rajah 5 : Contoh beberapa bentuk organisasi
3.2.2Aktiviti-aktiviti yang berkaitan 1. Berguling atas belakang dengan tangan memegang kaki
Baring dan bulatkan badan
Dagu dan lutut ke dada, tangan memegang kaki
Berguling ke hadapan dan ke belakang
2. Tekan bola
Duduk mencangkung
Belon diletakkan di antara peha dan perut
Guling ke belakang sambil mengekalkan kedudukan belon
3. Mengawal bola
Berpasangan dengan 1 biji bola
Pelajar A dalam kedudukan dekam di mana bola diletakkan di dalam kawalannya cuba mengawal bola tersebut dari direbut oleh pelajar B
4. Kereta sorong
Berpasangan
Penyokong pegang bahagian peha pelaku
Berjalan ke depan
Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan senaman lantai !!!
Dan buat latihan amali
3.2.3Keselamatan
Dalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik, aspek keselamatan hendaklah diutamakan. Keselamatan dari aspek keupayaan pelajar, pakaian, alatan yang digunakan dan ruang atau persekitaran perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti dimulakan. Tidak lupa disiplin pelajar perlu ditegaskan sepanjang masa.
3.3Palang Sejajar3.3.1Pengenalan
Aktiviti palang sejajar adalah merupakan aktiviti yang bergantung kepada kekuatan tangan, hayunan badan dan lungsuran kaki serta grip. Sewaktu lakuan, daya lungsuran biasanya dibantu dengan kedudukan badan yang menegak lurus ke atas. Hayunan yang diaplikasikan adalah dari jenis hayunan hadapan, belakang dan menegak ke atas.
Perhatian
Untuk memastikan berat tidak membebankan cengkaman pergelangan tangan. Kedua-dua tangan sentiasa lurus dan membentuk seolah-olah satu garisan lurus ekstensi pada bahagian bawah lengan
Jarak antara palang sejajar haruslah melebihi dari ukuran lengan bawah gimnas
Bagi pemula (gimnas awal) palang haruslah ditinggikan untuk membolehkan gimnas menghayun dengan sempurna. Dalam situasi tertentu adalah lebih baik meletakkan tilam di atas lantai di antara palang (aspek keselamatan)
3.3.1Permainan berkaitan
1. Berjalan ulat bulu (caterpillar)
2. Balancing stunt
3. Long hexapede
Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan palang sejajar !!!
Dan buat latihan amali
3.4Alang Imbang
Sila layari internet untuk maklumat lanjut!
3.4.1 Pengenalan
Imbangan bermaksud mengekalkan keadaan equilibrium terhadap tarikan graviti sama ada secara statik atau semasa melakukan sesuatu pergerakan (contoh memutar badan atas alang imbang di atas satu kaki) atau ia juga bermaksud mengekalkan kestabilan selepas melakukan sesuatu pergerakan (mendarat). Keadaan ini akan bertambah sukar jika tapak sokongannya lebih kecil atau kurang stabil. Imbangan menekan koordinasi dan equilibrium. Darin aspek kecergasan, secara khususnya penggunaan otot kaki adalah menjadi tumpuan. Akhirnya, tonus badan yang baik bertambah penting apabila latihan-latihan bertambah sukar.
Berdasarkan prinsip metodologi umum yang bermula dari mudah ke sukar, prosedur yang dihuraikan di bawah hendaklah diikuti semasa melatih di atas permukaan yang stabil atau tidak stabil. Mulakan dengan memeriksa sama ada pelajar sudah biasa dengan elemen gimnastik / akrobatik tersebut di atas lantai. Kemudian, elemen-elemen ini dilatih di atas garisan, dalam mana context technical berkaitan ciri-ciri beam gymnastics diberikan Untuk permulaan, gunakan permukaan yang lebar (kotak, bangku, alang yang lebar) dan kemudian lebar permukaan dikurangkan (bangku gimnastik yang diterbalikkan, alang) atau permukaan yang lebih kecil (alang selari, tali)
Pada peringkat awal, alatan hendaklah pada paras rendah berhampiran lantai (alang latihan, bangku) dan kemudian ditinggikan ke paras pinggang (bangku diletakkan di atas permukaan kotak yang rendah, alang pada ketinggian 80cm) dan akhirnya berlatih pada ketinggian yang standard (bangku di atas kotak yang tinggi, alang pada ketinggian 1.20 cm) Akhirnya, deria equilibrium boleh dilatih dengan mengimbang di atas satah yang cerun (inclined plane)
Sebahagian daripada peralatan imbangan
Beberapa contoh teknik untuk meningkatkan deria equilibrium
Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan alang imbang !!!
Dan buat latihan amali
3.5RumusanGimnastik artistik adalah satu daripada kemahiran yang penting dalam aktiviti pendidikan pergerakan. Pelbagai cara dan pendekatan yang telah dicadangkan adalah merupakan pengetahuan penting untuk melakukan dalam bentuk amali. Anda perlu peka dengan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gimnastik kerana kelalaian boleh mengakibatkan kemalangan. Pertimbangan kriteria kognitif sangat penting dalam setiap aktiviti seperti aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang agar aktiviti gimnastik artistik menjadi lebih menarik, sesuai dan berkesan. Moga-moga anda memperolehi sesuatu yang baru dan berguna selepas mengikut latihan dan unit ini.
`TAJUK 4Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Gimnastik
4.0 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran gimnastik. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dalam melaksanakan aktiviti gimnastik Dengan maklumat yang dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda dalam aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.
Sila berbincang dengan pensyarah anda dalam
penyediaan rancangan pengajaran gimnastik4.1 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. Melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran gimnastik dengan lebih berkesan. ii. Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan aktiviti-aktiviti gimnastik dengan jelas.iii. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti secara individu dan berpasukan dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai
4.2Pengenalan
Kejayaan sesuatu pengajaran dalam Gimnastik bergantung kepada keupayaan guru menyesuaikan rancangan pengajarannya terhadap kemahiran dan minat pelajarnya. Untuk itu beberapa persoalan perlu dijawab oleh guru sebelum merancang pengajarannya.
Apakah objektif dan motif sya bila melatih gimnastik?
Apakah gaya pengajaran yang bakal saya gunakan untuk mencapai objektif pengajaran saya?
Untuk mencapai objektif pengajaran guru perlukan pengetahuan tentang
1. Pengetahuan teori dan praktikal dalam gimnastik2. Tahap kebolehan motor, perkembangan social, kognitif, emosi dan fasa-fasa pertumbuhan dan perkembangan individu termasuklah latar belakang, norma dan nilai individu tersebut
3. Bagaimana menentukan dan melaksanakan objektif pengajaran.
4. Interaksi social (dalam kumpulan yang dinamik)
5. Motivasi (bagaimana mencipta dan mengekalkan motivasi)
6. Kepimpinan
4.2.1 Merancang pengajaran
Beberapa persoalan perlu dijawab oleh para guru bagi membolehkan mereka mendapat maklumat untuk merancang program atau rancangan pengajaran. Sebagai contoh
1. Bilangan kemahiran atau latih tubi semasa sesi latihan
2. Jumlah pelajar
3. Jarak umur, tahap kemahiran dan pengalaman pelajar
4. Peralatan yang ada serta sesuai untuk melaksanakan latihan
5. Sumber-sumber pengajaran
6. Bantuan daripada guru lain
7. Faktor-faktor yang mungkin menghalang serta menjejaskan pengajaran
4.2.2 Prinsip ansur maju
Guru yang melaksanakan pengajaran gimnastik perlulah menekan prinsip latihan. Ansur maju adalah amat penting dalam meningkatkan kemahiran pelajar mempelajari gimnastik.
Strategi pengajaran perlulah1. Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus
2. Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks
3. Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah
4.2.3 Penilaian Penilaian merupakan factor penting dalam usaha untuk mengekalkan tahap kualiti pengajaran yang tinggi. Guru dapat menilai tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran pelajarnya.
4.2.4 Keselamatan
Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dijalankan dalam suasana persekitaran yang selamat. Langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran perlu diberi perhatian. Antara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah
1. Penyeliaan, penggunaan dan penyimpanan peralatan dan kemudahan
2. Tahap kesukaran aktiviti
3. Penyokong
4. Aktiviti memanaskan badan, aktiviti regangan dan aktiviti pulihan.
5. Kawalan kelas dan organisasi kelas
6. Faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan keselamatan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Contoh Format Penyediaan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Nama ahli :
Tajuk kemahiran:
Objektif
:
GERAK KERJA
AKTIVITIPENGELOLAAN
Memanaskan badan
(5 minit)
Gerak kerja kelas
(14 minit)
Permainan Kecil
(8 minit)
Penutup
(3 minit)
Sila berbincang dengan pensyarah anda dalam penyediaan rancangan P&P gimnastik ini !!!
PAGE 20