UNIT 7
TAJUK 1Pengenalan dan Konsep Gimnastik Artistik
1.0 Sinopsis
Dalam tajuk ini anda diberi penerangan tentang pengenalan dan
konsep gimnastik artistik . apakah aktiviti utama dalam gimnastik
ini. Pola-pola yang menjadi asas perkembangan kemahiran gimnastik
artistik. Seterusnya bagaimana konsep kognitif diterapkan di
samping beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan supaya
gimnastik artistik ini lebih realistik.1.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :i. Menerangkan pola-pola
pergerakan yang terdapat dalam gimnastik artistik.ii. Membiasakan
diri dengan pola-pola gimnastik pada pelbagai peringkat asas dan
lanjutan.
iii. Melakukan gimnastik artistik menurut kebolehan dan potensi
individu masing-masing.
iv. Menerangkan butiran mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran gimnastik artistik.
1.2 Gimnastik Artistik 1.2.1 Apakah yang anda faham mengenai
gimnastik artistik ?
Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empat
aktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan.
Keempat-empat aktiviti utama tersebut dibahagikan kepada enam pola
pergerakan yang dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar,
putaran, hamburan dan hayunan.1.2.2Pola-pola pergerakan
Pola-pola pergerakan ini menjadi asas untuk perkembangan
kemahiran gimnastik artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola
pergerakan adalah sebagai asas persediaan pelajar mempelajari
kemahiran-kemahiran yang lebih sukar dalam gimnastik artistik.
Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan
iaitu :
Ambil nota dan berbincang dengan pensyarah anda !
i.Pendaratan
Ianya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan daya
akan lebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan pusat
graviti di mana lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan.
ii.Statik / kestabilanKestabilan boleh diperolehi apabila
seseorang itu berakhir dalam keadaan statik bermaksud keupayaan
badan untuk kembali ke posisi yang seimbang selepas ianya
dipindahkan / digerakkan. Kestabilan tertakluk pada kedudukan pusat
graviti :
Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebih stabil.
Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapak adalah
lebih stabil.
Semakin luas tapak adalah lebih stabil.
iii.Gerak edar
Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat disertai dengan
pemindahan pusat graviti akan mengakhibatkan pergerakan. Bagi
setiap pergerakan badan akan dipengaruhi oleh masa, daya, aliran
dan ruang.
iv.PutaranSetiap putaran tertakluk kepada jejari. Semakin kecil
jejari akan mengakhibatkan semakin pantas putaran sedangkan semakin
besar jejari akan menyebabkan semakin perlahan putarannya.
v.HamburanUntuk menggerakkan sesuatu objek daya diperlukan.
Dengan mengaplikasikan daya objek tersebut akan bergerak mengikut
arah daya itu bertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga penting dalam
menghasilkan hamburan di mana setiap aksi mempunyai reaksi yang
sama dan bertentangan dengannya. Contohnya Hambur Arab.
vi.Hayunan
Daya pergerakan dalam sesuatu pergerakan boleh dipercepatkan
lagi dengan menambah unsur-unsur hayunan seperti menghayun hujung
kaki. Contohnya hayunan pada palang.1.2.3.Kriteria-Kriteria penting
dalam pengajaran dan pembelajaran
gimnastik artistik
Sewaktu melakukan kemahiran-kemahiran gimnastik beberapa
kriteria perlu diberikan pertimbangan yang utama antaranya
:i.Pergerakan
Pergerakan yang sempurna adalah hasil dari teknik yang betul.
Sesuatu pergerakan yang kompleks mestilah dilakukan yang asas
dahulu melalui proses ansur majunya.ii.RangkaianRangkaian merupakan
gabungan dari kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran imbangan,
ketangkasan dan lombol. Satu rangkaian pergerakan yang sempurna
adalah apabila ianya terlaksana dengan licin dan
berterusan.iii.KecergasanKecergasan amat penting untuk membantu
pelaku menghasilkan gerakan-gerakan dalam gimnastik artistik.
Aktiviti regangan, kelenturan, kekuatan serta daya tahan seharusnya
dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan kemahiran.iv.Nilai
Kinestetik dan EstetikPenghayatan keindahan dan kecantikan postur
sesuatu pergerakan dapat ditonjolkan dengan kefahaman
gerakan-gerakan otot dan anggota badan dalam usaha menerapkan nilai
kinestetik dan estetik.v.Postur dan keyakinan diriPostur yang betul
perlu ditegaskan dari awal, sewaktu memulakan, semasa melakukan dan
sewaktu mengakhiri aktiviti ketika mendarat. Dengan menerapkan
prinsip ansur maju sewaktu pelaksanaan secara tidak langsung akan
memupuk keyakinan diri pelaku.
vi.AlatanSegala alatan yang digunakan haruslah dipastikan
kesempurnaannya dan ketinggiannya bersesuaian dengan kebolehan dan
keupayaan pelajar. Alat reka ganti boleh digunakan sebagai
menggantikan alat sebenardengan syarat dipastikan dari segi
kesesuaian dan keselamatan.
Sila fikirkan dan berbincang dengan rakan kriteria-kriteria lain
yang sesuai !!!
Dan buat latihan amali
TAJUK 2Aktiviti gulingan, imbangan dan lombol
2.0 SinopsisTajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti
gulingan, imbangan dan lombol. Fokus dalam modul ini bertumpu
kepada gulingan depan, dirian kepala dan lombol kangkang. Dengan
maklumat yang dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda
dalam aktiviti tersebut dengan lebih sistematik.
2.1 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. melakukan ansur maju dalam aktiviti gulingan, imbangan dan
melombol dengan teknik yang betul.
ii. Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan gulingan,
imbangan dan melombol dengan jelas.
2.2 GulinganAktiviti gulingan adalah kemahiran-kemahiran
mengguling yang merangkumi aktiviti seperti guling depan, guling
belakang, guling sisi dan guling bahu.2.2.1Guling Depan
1. Teknik Lakuan
Berdiri tegak
Mencangkung dan dan dari kedudukan dakap, letak kedua belah
tangan di atas lantai
Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak dan naik dan tinggikan bahagian
punggung Bengkokkan tangan, bulatkan badan dan guling ke depan
dengan bahagian atas bahu mencecah lantai dahulu.
Selepas gulingan, berdiri tegak.2.Butiran Mengajar
Mencangkung di hujung kaki Tangan lurus seluas bahu dan jari
mengarah ke hadapan.
Melonjak dengan kedua kaki, peha rapatkan ke dada untuk
membulatkan badan Pastikan paras bahagian punggung lebih tinggi
daripada bahagian kepala
Mendarat atas kaki dan postur tegak lurus ditegaskan
Rajah 1 : Gulingan depan3.Pengajaran ansurmaju ( cadangan )i.
Lakuan membuaikan badan
Duduk dengan kedua tangan memaut lutut
Kedua peha dirapatkan ke dada.
Bulatkan badan
Membuai badan
ii. Berguling dari atas peti lombol
Gunakan peti lombol pada aras dua tingkat
Meniarap di atas peti lombol dengan kedua tangan mencecah
lantai
Mengensot ke depan dengan membulatkan badan
Mengguling
iii. Mengguling dengan bantuan rakan
Pelaku dalam posisi kereta sorong Rakan memegang kedua-dua
pergelangan kaki pelaku
Rakan mengangkat dan menolak pelaku ke depan
Pelaku mengguling
iv. Mengguling dengan bantuan sudut
Gunakan papan anjal untuk mencipta sudut
Lonjak, bulatkan badan
Mengguling bersudut
v. Mengguling dari atas bangku
Ketinggian bangku lebih kurang 0.5 meter
Mencangkung di atas bangku
Naik dan luruskan kaki sedikit, tangan mencecah lantai Bulatkan
badan dan mengguling
2.3Imbangan
Terdapat berbagai jenis aktiviti yang boleh dikelaskan sebagai
imbangan. Ianya adalah lakuan dimana pelaku dapat mengimbangkan
keseluruhan badannya dengan menggunakan tangan atau kepala sebagai
tapak / paksi. Konsep stabiliti penting dalam mengimbangkan diri,
di mana unsur keluasan tapak dan kedudukan pusat graviti memainkan
peranan yang utama.
Jenis-jenis aktiviti imbangan adalah seperti imbangan skala (
skala depan, skala sisi ), imbangan Y, imbangan dekam, imbangan
bangau, dirian kepala, dirian tangan dan dirian harimau,
2.3.1Imbangan Skala Depan1. Teknik Lakuan Berdiri tegak
Kaki rapat dan kedua tangan lurus di sisi badan. Bengkokkan
badan ke depan di paras pinggang perlahan-lahan. Serentak sebelah
kaki diangkat lurus ke belakang dan sebelah tangan lurus ke depan.
Tangan dan kaki lurus bersama badan selari dengan lantai.2. Butiran
Mengajar
Berdiri tegak dan pandang ke depan. Badan dibengkokkan ke depada
serentak dengan sebelah tangan dan kaki diluruskan. Tangan, badan
dan kaki lurus dan sedikit melengkung di bahagian pinggang. Imbangi
badan di atas sebelah kaki Muka pandang ke depan.
3. Pengajaran Ansur maju : Imbangan skala depan berdua.
Rajah 2 : Imbangan Skala Depan2.3.2Dirian kepala
1. Teknik Lakuan
Duduk melutut, lakuan imbangan dekam Jari tangan dibuka luas,
menapak di lantai
Sujud, kedudukan tangan dan dahi berbentuk segi tiga sama
Lurus dan rapatkan kedua kaki, naikkan punggung ke atas.
Gerak ke lakuan ulat bulu sehingga kaki terangkat dengan
sendiri.
Apabila kaki terangkat, imbangkan sehingga ianya lurus menegak
ke atas. Kedua hujung kaki lentik dan dirapatkan
2. Butiran Mengajar
Kekuatan tangan harus seimbang
Tapak harus luas berpaksi di bahagian depan dahi Kedua kaki
sentiasa lurus dan rapat
Rajah 3 : Dirian Kepala3. Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan )
Dirian kepala berpenyokong
Berpasangan : Lakuan dirian kepala 90 darjah
Berpasangan : Lakuan dirian kepala 180 darjah
Rajah 3 : Dirian Kepala Berpenyokong2.4.MelombolLombolan adalah
merupakan aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan peralatan
seperti peti lombol, buck dan horse. Teknik perlakuannya melibatkan
lima fasa iaitu fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan, fasa
pendaratan dan fasa pemulihan. Setiap fasa tersebut mempunyai
perkaitan di antara satu sama lain dan teknik lakuan setiap fasa
harus betul bagi menjamin hasil lakuan yang sempurna.i. Fasa
Larian
Ianya adalah jarak larian di antara tempat permulaan larian ke
peti lombol.
Jarak larian tertakluk kepada keupayaan dan keperluan
pelaku.
Arah larian lurus.
ii. Fasa Lonjakan
Lakuan melonjak sebaik sahaja sampai ke peti lombol.
Melonjak di atas papan anjal / papan lonjakan.iii. Fasa
Layangan
Fasa ini adalah merupakan fasa di udara selepas pelepasan dari
papan anjal dan sebelum mendarat.
iv. Fasa Mendarat
Pendaratan ke atas lantai.
Mendarat dengan kedua kaki.
Penyerapan daya sewaktu mendarat penting bertujuan mengelakkan
kecederaan.
v. Fasa Pemulihan
Berkedudukan ke posisi asal / posisi mula.
Mengimbangkan badan penting dalam fasa ini. Berakhir dengan
berdiri tegak lurus jengketkan bahagian hujung kaki, mendada.
Mendepakan tangan dan menapak sebelum beredar.
Jenis-jenis aktiviti yang dikelompokkan dalam kumpulan ini
adalah lombol lalu, lombol kangkang, lombol pencuri dan lombol
sisi.2.4.1 Lombol Kangkang
1. Teknik Lakuan
Berdiri tegak di tempat mula.
Angkat tangan kanan lurus ke atas menandakan bersedia untuk
memulakan aktiviti.
Lari ke arah papan anjal / papan lonjak.
Melonjak ke atas papan anjal dengan kedua belah kaki. Kedua-dua
tangan menapak di atas peti lombol.
Melombol dengan kedua-dua kaki di buka / kangkang luas dan lurus
ke sisi sewaktu layangan.
Kedua-dua tangan tolak dengan kuat dari peti lombol supaya
laluan layangan licin dan sempurna.
Mendarat dengan merapatkan kedua kaki.
2. Butiran Mengajar Berlari pantas dan lurus Kaki kangkang dan
lurus.
Kepala mendongak pandang ke depan atas, hujung kaki lurus
(point-toe).
Kedua tangan menguis sewaktu kaki melayang di atas peti.
Mendarat tegak, mendada dan kaki dijengketkan.
Rajah 4 : Lombol Kangkang3. Pengajaran Ansurmaju ( Cadangan )i.
Melonjak
Lonjak 1 : Lakuan melonjak-lonjak tegak lurus ke atas di atas
papan anjal / papan lonjakan.
Lonjak 2 : Jarak beberapa langkah dari papan anjal / papan
lonjakan, berlari perlahan ke papan lonjakan, melonjak dan
mendarat. Lonjak 3 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan
menapak di atas peti, melompat, kangkangkan kedua kaki lurus ke
sisi ( Peti melintang ). Mendarat ditempat yang sama dengan kedua
belah kaki ditutup rapat.
Lonjak 4 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan menapak
di atas peti, menggunakan papan anjal; melonjak, kangkangkan kedua
kaki lurus ke sisi dan mengangkang / mendarat di atas peti ( Peti
melintang ).ii. Mendarat
Mendarat 1 : Lari, lompat dan mendarat.
Mendarat 2 : Berdiri di atas bangku panjang, lompat dan
mendarat. Mendarat 3 : Lari, melonjak di atas papan anjal dan
mendarat
TAJUK 3Aktiviti Senaman Lantai, Palang Sejajar dan Alang
Imbang
3.0 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan ansur maju dalam aktiviti senam lantai
(floor exercise), palang sejajar (parallel bars) dan alang imbang
(balance beam). Fokus dalam modul ini bertumpu kepada
aktiviti-aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang
yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak. Dengan maklumat yang
dibekalkan akan dapat membantu anda dan pelajar anda dalam aktiviti
tersebut dengan lebih sistematik.
3.1 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. melakukan ansur maju dalam aktiviti-aktiviti senaman lantai,
palang sejajar dan alang imbang dengan teknik yang betul.
ii. Menerangkan teknik, butiran mengajar lakuan
aktiviti-aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang
dengan jelas.
3.2Senaman Lantai
3.2.1Pengenalan
Aktiviti dalam senaman lantai ini sebenarnya merupakan aktiviti
yang biasa dan selalu dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti
senaman lantai dengan mudah dapat dikuasai oleh kanak-kanak
sekiranya latihan pergerakan yang betul diperkenalkan secara
beransur maju. Sekiranya kanak-kanak dapat berguling di atas
belakang dengan bulat, dengan mudah mereka boleh menguasai atau
mempelajari kemahiran guling hadapan atau guling belakang. Jika
mereka dapat menghayunkan tangan dengan baik untuk membuat dirian
tangan, dengan mudah mereka dapat belajar untuk melakuklaan hambur
tangan dan lentang lenting (flic flac). Begitu juga dengan aktiviti
senaman lantai yang lain.
Bagi melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran, organisasi
kumpulan atau kelas perlulah ditetapkan agar pelajar dapat
melakukan aktiviti serentak dan sentiasa dalam pemerhatian
jurulatih.
Rajah 5 : Contoh beberapa bentuk organisasi
3.2.2Aktiviti-aktiviti yang berkaitan 1. Berguling atas belakang
dengan tangan memegang kaki
Baring dan bulatkan badan
Dagu dan lutut ke dada, tangan memegang kaki
Berguling ke hadapan dan ke belakang
2. Tekan bola
Duduk mencangkung
Belon diletakkan di antara peha dan perut
Guling ke belakang sambil mengekalkan kedudukan belon
3. Mengawal bola
Berpasangan dengan 1 biji bola
Pelajar A dalam kedudukan dekam di mana bola diletakkan di dalam
kawalannya cuba mengawal bola tersebut dari direbut oleh pelajar
B
4. Kereta sorong
Berpasangan
Penyokong pegang bahagian peha pelaku
Berjalan ke depan
Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
senaman lantai !!!
Dan buat latihan amali
3.2.3Keselamatan
Dalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik, aspek keselamatan
hendaklah diutamakan. Keselamatan dari aspek keupayaan pelajar,
pakaian, alatan yang digunakan dan ruang atau persekitaran perlu
ditentukan terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti dimulakan.
Tidak lupa disiplin pelajar perlu ditegaskan sepanjang masa.
3.3Palang Sejajar3.3.1Pengenalan
Aktiviti palang sejajar adalah merupakan aktiviti yang
bergantung kepada kekuatan tangan, hayunan badan dan lungsuran kaki
serta grip. Sewaktu lakuan, daya lungsuran biasanya dibantu dengan
kedudukan badan yang menegak lurus ke atas. Hayunan yang
diaplikasikan adalah dari jenis hayunan hadapan, belakang dan
menegak ke atas.
Perhatian
Untuk memastikan berat tidak membebankan cengkaman pergelangan
tangan. Kedua-dua tangan sentiasa lurus dan membentuk seolah-olah
satu garisan lurus ekstensi pada bahagian bawah lengan
Jarak antara palang sejajar haruslah melebihi dari ukuran lengan
bawah gimnas
Bagi pemula (gimnas awal) palang haruslah ditinggikan untuk
membolehkan gimnas menghayun dengan sempurna. Dalam situasi
tertentu adalah lebih baik meletakkan tilam di atas lantai di
antara palang (aspek keselamatan)
3.3.1Permainan berkaitan
1. Berjalan ulat bulu (caterpillar)
2. Balancing stunt
3. Long hexapede
Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
palang sejajar !!!
Dan buat latihan amali
3.4Alang Imbang
Sila layari internet untuk maklumat lanjut!
3.4.1 Pengenalan
Imbangan bermaksud mengekalkan keadaan equilibrium terhadap
tarikan graviti sama ada secara statik atau semasa melakukan
sesuatu pergerakan (contoh memutar badan atas alang imbang di atas
satu kaki) atau ia juga bermaksud mengekalkan kestabilan selepas
melakukan sesuatu pergerakan (mendarat). Keadaan ini akan bertambah
sukar jika tapak sokongannya lebih kecil atau kurang stabil.
Imbangan menekan koordinasi dan equilibrium. Darin aspek
kecergasan, secara khususnya penggunaan otot kaki adalah menjadi
tumpuan. Akhirnya, tonus badan yang baik bertambah penting apabila
latihan-latihan bertambah sukar.
Berdasarkan prinsip metodologi umum yang bermula dari mudah ke
sukar, prosedur yang dihuraikan di bawah hendaklah diikuti semasa
melatih di atas permukaan yang stabil atau tidak stabil. Mulakan
dengan memeriksa sama ada pelajar sudah biasa dengan elemen
gimnastik / akrobatik tersebut di atas lantai. Kemudian,
elemen-elemen ini dilatih di atas garisan, dalam mana context
technical berkaitan ciri-ciri beam gymnastics diberikan Untuk
permulaan, gunakan permukaan yang lebar (kotak, bangku, alang yang
lebar) dan kemudian lebar permukaan dikurangkan (bangku gimnastik
yang diterbalikkan, alang) atau permukaan yang lebih kecil (alang
selari, tali)
Pada peringkat awal, alatan hendaklah pada paras rendah
berhampiran lantai (alang latihan, bangku) dan kemudian ditinggikan
ke paras pinggang (bangku diletakkan di atas permukaan kotak yang
rendah, alang pada ketinggian 80cm) dan akhirnya berlatih pada
ketinggian yang standard (bangku di atas kotak yang tinggi, alang
pada ketinggian 1.20 cm) Akhirnya, deria equilibrium boleh dilatih
dengan mengimbang di atas satah yang cerun (inclined plane)
Sebahagian daripada peralatan imbangan
Beberapa contoh teknik untuk meningkatkan deria equilibrium
Sila fikirkan lagi aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan
alang imbang !!!
Dan buat latihan amali
3.5RumusanGimnastik artistik adalah satu daripada kemahiran yang
penting dalam aktiviti pendidikan pergerakan. Pelbagai cara dan
pendekatan yang telah dicadangkan adalah merupakan pengetahuan
penting untuk melakukan dalam bentuk amali. Anda perlu peka dengan
langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gimnastik
kerana kelalaian boleh mengakibatkan kemalangan. Pertimbangan
kriteria kognitif sangat penting dalam setiap aktiviti seperti
aktiviti senaman lantai, palang sejajar dan alang imbang agar
aktiviti gimnastik artistik menjadi lebih menarik, sesuai dan
berkesan. Moga-moga anda memperolehi sesuatu yang baru dan berguna
selepas mengikut latihan dan unit ini.
`TAJUK 4Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Gimnastik
4.0 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran
gimnastik. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dalam melaksanakan
aktiviti gimnastik Dengan maklumat yang dibekalkan akan dapat
membantu anda dan pelajar anda dalam aktiviti tersebut dengan lebih
sistematik.
Sila berbincang dengan pensyarah anda dalam
penyediaan rancangan pengajaran gimnastik4.1 Hasil
pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat :
i. Melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran gimnastik
dengan lebih berkesan. ii. Menerangkan teknik, butiran mengajar
lakuan aktiviti-aktiviti gimnastik dengan jelas.iii. Merancang,
mengurus dan melaksanakan aktiviti secara individu dan berpasukan
dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai
4.2Pengenalan
Kejayaan sesuatu pengajaran dalam Gimnastik bergantung kepada
keupayaan guru menyesuaikan rancangan pengajarannya terhadap
kemahiran dan minat pelajarnya. Untuk itu beberapa persoalan perlu
dijawab oleh guru sebelum merancang pengajarannya.
Apakah objektif dan motif sya bila melatih gimnastik?
Apakah gaya pengajaran yang bakal saya gunakan untuk mencapai
objektif pengajaran saya?
Untuk mencapai objektif pengajaran guru perlukan pengetahuan
tentang
1. Pengetahuan teori dan praktikal dalam gimnastik2. Tahap
kebolehan motor, perkembangan social, kognitif, emosi dan fasa-fasa
pertumbuhan dan perkembangan individu termasuklah latar belakang,
norma dan nilai individu tersebut
3. Bagaimana menentukan dan melaksanakan objektif
pengajaran.
4. Interaksi social (dalam kumpulan yang dinamik)
5. Motivasi (bagaimana mencipta dan mengekalkan motivasi)
6. Kepimpinan
4.2.1 Merancang pengajaran
Beberapa persoalan perlu dijawab oleh para guru bagi membolehkan
mereka mendapat maklumat untuk merancang program atau rancangan
pengajaran. Sebagai contoh
1. Bilangan kemahiran atau latih tubi semasa sesi latihan
2. Jumlah pelajar
3. Jarak umur, tahap kemahiran dan pengalaman pelajar
4. Peralatan yang ada serta sesuai untuk melaksanakan
latihan
5. Sumber-sumber pengajaran
6. Bantuan daripada guru lain
7. Faktor-faktor yang mungkin menghalang serta menjejaskan
pengajaran
4.2.2 Prinsip ansur maju
Guru yang melaksanakan pengajaran gimnastik perlulah menekan
prinsip latihan. Ansur maju adalah amat penting dalam meningkatkan
kemahiran pelajar mempelajari gimnastik.
Strategi pengajaran perlulah1. Daripada pergerakan kasar kepada
pergerakan halus
2. Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks
3. Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah
4.2.3 Penilaian Penilaian merupakan factor penting dalam usaha
untuk mengekalkan tahap kualiti pengajaran yang tinggi. Guru dapat
menilai tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
pelajarnya.
4.2.4 Keselamatan
Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dijalankan dalam
suasana persekitaran yang selamat. Langkah-langkah keselamatan
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran perlu diberi
perhatian. Antara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi
perhatian ialah
1. Penyeliaan, penggunaan dan penyimpanan peralatan dan
kemudahan
2. Tahap kesukaran aktiviti
3. Penyokong
4. Aktiviti memanaskan badan, aktiviti regangan dan aktiviti
pulihan.
5. Kawalan kelas dan organisasi kelas
6. Faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan keselamatan
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Contoh Format Penyediaan Rancangan Pengajaran dan
Pembelajaran
Nama ahli :
Tajuk kemahiran:
Objektif
:
GERAK KERJA
AKTIVITIPENGELOLAAN
Memanaskan badan
(5 minit)
Gerak kerja kelas
(14 minit)
Permainan Kecil
(8 minit)
Penutup
(3 minit)
Sila berbincang dengan pensyarah anda dalam penyediaan rancangan
P&P gimnastik ini !!!
PAGE 20