MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV TAJUK 2 TEKNIK VOKAL DAN REPERTOIR 2 2.0 SINOPSIS Kursus ini memberi fokus kepada teknik vokal sebutan. Di samping itu juga, pelajar diberikan pendedahan mengenai teknik persembahan dan latihan nyanyian dalam pelbagai rentak Di sini, pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran dan teknik dalam pelbagai repertoire lagu. 2.1 HASIL PEMBELAJARAN 1. Mempraktikkan teknik-teknik vokal dengan berkesan; 2. Menguasai kemahiran vokal dalam pelbagai repertoire dan genre; dan 3. Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam persembahan nyanyian. 2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK 12
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
TAJUK 2 TEKNIK VOKAL DAN REPERTOIR 2
2.0 SINOPSIS
Kursus ini memberi fokus kepada teknik vokal sebutan. Di samping itu
juga, pelajar diberikan pendedahan mengenai teknik persembahan
dan latihan nyanyian dalam pelbagai rentak Di sini, pelajar juga dapat
mempraktikkan kemahiran dan teknik dalam pelbagai repertoire lagu.
2.1 HASIL PEMBELAJARAN
1. Mempraktikkan teknik-teknik vokal dengan berkesan;
2. Menguasai kemahiran vokal dalam pelbagai repertoire dan
genre; dan
3. Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam
persembahan nyanyian.
2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
12
SEBUTAN
SEBUTAN DIFTONGSEBUTAN TRIFTONG
REPERTOIR 1
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
2.3.1 Sebutan diftong
Diftong terdiri daripada dua vokal dan dibunyikan secara
satu unit. Dua vokal atau lebih berlaku secara berentetan dan
setiap vokal mempunyai ciri suku kata. Huruf diftong dieja dengan
gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi
geluncuran. Terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan
gabungan huruf vokal seperti [ ai ], [ au ] dan [ oi ].
Dalam perkataan asli bahasa Melayu, diftong terdapat pada
suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suka kata terbuka.
Kedudukan diftong [ ai ], [ oi ] boleh berlaku di awal, tengah dan
akhir perkataan manakala diftong [ oi] hanya terhad pada suku kata
terbuka akhir perkataan.
13
2.3 SEBUTAN
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
Maka, untuk membunyikan diftong [ai], lidah perlulah berada
pada kedudukan yang membunyikan vokal hadapan luas [a], dan
secara cepatnya menggeluncurkan lidah ke arah cara
membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hujung lidah perlu
dinaikkan tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan vokal [i].
hujung lidah adalah terkena pada gigi bawah dan pita suara adalah
digetarkan. Contohnya, dalam lirik lagu ‘Tanjong Puteri’ terdapat
perkataan yang mengandungi diftong [ai] iaitu mengail. Selain itu,
dalam lagu kanak-kanak iaitu lagu ‘Padiku’ juga terdapat perkataan
yang mengandungi diftong [ai] iaitu wahai dan juga dalam lirik lagu
‘Ikan Kekek’ mempunyai perkataan yang mengandungi diftong [ai]
iaitu ilai. Penyanyi perlulah menyanyi perkataan dengan jelas dan
betul yang mengandungi diftong [ai] supaya pendengar boleh
mendapat makna yang betul.
Untuk membunyikan diftong [au], kedudukan hadapan lidah
adalah pada keadaan sebagaimana membunyikan vokal hadapan
luas [a] dan kemudian menggeluncurkan lidah ke arah cara
membunyikan vokal belakang sempit [u] tetapi keadaan lidah
adalah melengkung ke arah lelangit keras. Hujung lidah adalah
hampir kena pada gigi bawah. Contohnya, dalam lirik lagu ‘Tanjong
Puteri’ terdapat perkataan yang mengandungi diftong [au] iaitu
teberau. Selain itu, dalam lagu kanak-kanak iaitu lagu ‘Padiku’ juga
terdapat perkataan yang mengandungi diftong [au] iaitu engkau
dan juga dalam lirik lagu ‘Ikan Kekek’ mempunyai perkataan yang
mengandungi diftong [au] iaitu kalau. Penyanyi perlulah menyanyi
perkataan dengan jelas dan betul yang mengandungi diftong [au]
supaya pendengar boleh mendapat makna yang betul.
14
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
Manakala, untuk membunyikan diftong [oi] pula, lidah perlulah
diletakkan sebagaimana menghasilkan bunyi vokal belakang separuh
sempit [o] dan dengan cepatnya menggeluncurkan lidah ke arah cara
membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hadapan lidah akan dinaikkan
ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan
vokal [i]. Contohnya, dalam lagu kanak-kanak iaitu lagu ‘Padiku’ juga
terdapat perkataan yang mengandungi diftong [oi] iaitu hoi dan juga
dalam lirik lagu ‘Ikan Kekek’ mempunyai perkataan yang mengandungi
diftong [oi] iaitu iloi. Sebutan yang mengandungi diftong [oi] perlulah
jelas dan betul oleh penyanyi semasa menyanyi supaya pendengar
boleh mendapat makna yang betul.
Biasanya, vokal pertama akan diberi tekanan semasa
menyanyi. Rajah berikut menunjukkan pergerakan lidah semasa
membunyikan diftong bahasa Melayu dan cara membunyikan
setiap diftong. Anak panah menunjukkan arah geluncuran
pergerakan lidah dari satu kedudukan vokal ke arah kedudukan
vokal yang lain.
15
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
1) Diftong [ ai ]:
2) Diftong [ au ]:
16
1) Bibir agak hampar.2) Hujung lidah terkena gigi
bawah3) Depan lidah seperti
kedudukan membunyikan vokal depan rendah [ a ].
4) Lidah digeluncurkan ke arah membunyikan vokal depan tinggi [ I ] dengan cepat.
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
3) Diftong [ oi ]:
17
1) Bibir berada di antara hampar ke bundar.
2) Hujung lidah kena gigi bawah
3) Depan lidah seperti kedudukan membunyikan vokal depan rendah [ a ].
4) Lidah digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [ u ] dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras secara cepat.
1) Bibir berada di antara hampar ke bundar.
2) Depan lidah seperti kedudukan membunyikan vokal separuh tinggi [ o ].
3) Lidah digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [ i ] dengan lidah dinaikkan ke lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [ i ].
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
Berikut adalah diftong dalam piawaian bahasa Inggeris
No. Diphthongs Symbol (IPA) Examples
1. ai /aɪ̯7 / light, tiger, eye, I, life,
my, sky
2. au /aʊ̯7 / loud, amount,
mountain, cow
3. oi /ɔɪ̯7 / noise, oyster, boy, boil
4. ia /ɪ̯ə̯7 / ear, deer, really, here
5. ou /oʊ̯7 / low, go, motion, own,
boat,zero,veto,ego
6. ei /eɪ̯7 / make, take, weight,
say, eight,
7. ii /ɪ̯i7 / lean, dean, mean,
seen,
8. uu /ʊ̯u7 / loon, school
9. ua /ʊ̯ə̯7 / poor, tour
10. iu /iu/ fume, cute, new,
queue, you
Akan tetapi sesetengah penyanyi cenderung memberi tekanan
kepada vokal kedua diftong semasa menyanyi. Vokal pertama diftong
seharusnya diberikan tekanan dan dipanjangkan manakala vokal kedua
dipendekkan. Sebagai contoh, ‘good – by---- e’ harus dinyanyikan dengan
betul seperti berikut:
18
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
Berdasarkan kepada perbezaan kenyaringan, kepanjangan dan
tekanan yang dimiliki salah satu vokal daripada diftong, maka diftong
boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu diftong naik dan diftong turun.
Diftong naik iaitu bunyi vokal keduanya disebut lebih nyaring, panjang dan
lebih tekanan daripada vokal pertama. Contoh perkataan seperti
Sebutan diftong yang jelas penting dalam nyanyian untuk
menunjukkan tekanan vokal pertama atau vokal kedua diftong. Arah
geluncuran pergerakan lidah dari satu vokal ke vokal yang lain hendak
dilakukan dengan cepat dan ketara didengar. Sesetengah penyanyi
menghadapi masalah dalam menyebut diftong secara bergeluncuran dan
cepat dan menyebabkan sebutan perkataan kabur dan tidak jelas.
Sebelum menjalankan latihan diftong, penyanyi seharusnya banyak
berlatih dengan alat artikulasi agar alat tersebut tidak asing untuk
bergerak ke posisi yang berlainan dalam rongga mulut dan menghasilkan
bunyi dalam masa yang singkat.
19
MZP3118 Alat Muzik Utama – Vokal IV
2.3.2 Sebutan Triftong
Triftong merupakan suku kata yang terdiri daripada tiga huruf vokal
yang disebut secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Triftong
juga terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Sebagai
contoh, ‘oui’ dan ‘iau’ adalah suku kata yang terdiri daripada tiga huruf
vokal. Tiga huruf vokal itu melahirkan satu bunyi dan ini adalah trfitong.
Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja
dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Triftong terdiri daripada tiga vokal dalam satu suku kata dan
dibunyikan secara satu unit. Triftong disebutkan secara cepat oleh alat
artikulasi dari satu vokal ke vokal lain. Contohnya, [ ai + a ]
disebutkan dengan cepat dalam perkataan ‘niagara’.
Contoh yang kedua adalah [ ai + c ] disebutkan secara cepat dan