Top Banner
PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TOPIK 3 Tajuk 5: Rancangan Makanan Tambahan Tajuk 6 : Amalan Kebersihan Sekolah Sinopsis Dalam tajuk ini meliputi Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan di sekolah. Program Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan di sekolah kerana murid sekolah terutamanya di sekolah rendah tidak mengutamakan soal kebersihan dan keselamatan semasa memilih dan mengambil makanan. Mereka sering terdedah kepada penyakit daripada makanan dan air tersebut mengakibatkan keracunan makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah yang perlu ditingkatkan. Oleh itu, ciri ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diterapkan di sekolah sekolah, HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang Rancangan Makanan Tambahan; 2. Mengenal pasti objektif Rancangan Makanan Tambahan; 3. Membincangkan konsep dan matlamat Rancangan Makanan Tambahan; dan 4. Mengenal pasti pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan. Kerangka Konsep Rancangan Makanan Tambahan 24
28

08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

Dec 24, 2015

Download

Documents

Khuzairi Atan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TOPIK 3 Tajuk 5: Rancangan Makanan Tambahan

Tajuk 6 : Amalan Kebersihan Sekolah

Sinopsis

Dalam tajuk ini meliputi Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang

dilaksanakan di sekolah. Program Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan di

sekolah kerana murid sekolah terutamanya di sekolah rendah tidak mengutamakan soal

kebersihan dan keselamatan semasa memilih dan mengambil makanan. Mereka sering

terdedah kepada penyakit daripada makanan dan air tersebut mengakibatkan keracunan

makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan

sekolah yang perlu ditingkatkan. Oleh itu, ciri ciri kebersihan dan keselamatan makanan

hendaklah diterapkan di sekolah sekolah,

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan tentang Rancangan Makanan Tambahan;

2. Mengenal pasti objektif Rancangan Makanan Tambahan;

3. Membincangkan konsep dan matlamat Rancangan Makanan Tambahan; dan

4.  Mengenal pasti pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan.

Kerangka Konsep Rancangan Makanan Tambahan

24

RANCANGAN MAKANAN

TAMBAHAN

Kriteria Pemilihan Murid untuk Menerima

RMT

Pelaksanaan dan Penilaian Peranan Guru Besar

atau Guru

Page 2: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

5.0 RANCANGAN MAKANAN SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan dan

kesihatan kanak-kanak sekolah rendah telah memperkenalkan Rancangan Makanan

Tambahan (RMT). Kini RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh

Malaysia dan merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid

sekolah di negara kita. Rancangan ini adalah bertujuan memberi makanan percuma

kepada murid-murid sekolah rendah terutama luar bandar dan golongan berpendapatan

rendah. Dasar Pembangunan Negara telah memperbaiki taraf pemakanan dan selaras

dengan arus perkembangan kesihatan semasa. RMT banyak membekalkan 25 peratus

hingga 33 peratus daripada keperluan kalori harian kanak-kanak. RMT merupakan satu

lagi usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan

murid murid. Rancangan ini adalah bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada

murid murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan

rendah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.

Rancangan ini diusahakan kerana daripada kajian kajian yang telah dijalankan,

didapati 15 peratus hingga 20 peratus murid murid datang ke sekolah tanpa sarapan pagi

atau makan tengah hari. Di samping itu, kajian juga menunjukkan lebih kurang 35 peratus

daripada murid murid sekolah rendah ada menunjukkan tanda tanda pemakanan yang

salah. Mulai tahun 1989, semua sekolah rendah telah dilibatkan dalam RMT. Pemilihan

sekolah-sekolah adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria pemberian makanan

tambahan kepada murid murid. Kementerian Pelajaran sedang menilai semula menu dan

perlaksanaan program bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian matlamat

program tersebut.

5.1 Objektif

Program RMT adalah berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu:

a. Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya

dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan

sementara waktu untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha

selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

b. Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang (lihat Rajah 8.2 untuk

piramid makanan) kepada murid-murid yang terlibat untuk membantu mereka

mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

25

Page 3: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

c. Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.

d. Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha

sekolah mengelolakan RMT.

e. Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta

amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan

makanan dan kebersihan alam sekitar.

5.2 Rasional

Pelaksanaan RMT ini diteruskan adalah berdasarkan kepada beberapa laporan dan

kajian oleh Kementerian Pelajaran yang menunjukkan bahawa:

a. Sejumlah 15 peratus hingga 20 peratus daripada jumlah keseluruhan murid

datang ke sekolah tanpa sarapan atau makan tengah hari di rumah dan ramai

antara mereka mengalami masalah kelaparan.

b. Pemakanan yang salah dan serangan penyakit menimbulkan masalah-masalah

dari segi pembesaran, pencapaian dalam pembelajaran.

c. 35 peratus murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan.

5.3 Sejarah Pelaksanaan RMT

Senarai di bawah membincangkan sejarah pelaksanaan RMT.

a. RMT telah mula diadakan sejak selepas Perang Dunia Kedua oleh Pemerintah

Tentera British sebagai satu usaha kecemasan.

b. Beberapa pertubuhan kebajikan dan agensi kerajaan seperti Persatuan Kebajikan

Kanak-Kanak Malaysia, Majlis Pusat Kebajikan dan Felda telah menjalankan RMT

kepada beberapa buah sekolah yang terpilih terutama di luar bandar.

c. Pada tahun 1974 Kerajaan Selangor telah memulakan projek perintis RMT di

bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di Kuala Langat.

Kerajaan Selangor telah memperluaskan AMP ke kawasan-kawasan lain dalam

negeri itu.

26

Page 4: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

d. Pada tahun 1976, Jawatankuasa AMP di peringkat kebangsaan anjuran Jabatan

Perdana Menteri telah mengekalkan makanan tambahan sebagai satu usaha

dalam AMP. Peruntukan wang telah disediakan oleh Bahagian Penyelarasan.

e. Perlaksanaan ICU Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh

Kementerian Pelajaran di kawasan-kawasan Rancangan AMP semenjak tahun

1979.

f. RMT telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan untuk

mengelola, menyelia dan melaksanakannya.

g. Rancangan Makanan Tambahan telah diperluaskan ke kawasan-kawasan di luar

daerah Rancangan AMP dan ia adalah sejajar dengan pengumuman Menteri

Pendidikan pada tahun 1978 dan perakuan laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

h. Sehingga tahun 1982, pelaksanaan RMT telah diperluaskan sehingga ke semua

sekolah rendah.

i. Kaedah pelaksanaan RMT telah dikaji semula pada akhir tahun 1982. Dari tahun

1983 hingga 1988, pelaksanaan rancangan RMT dihadkan kepada sekolah-

sekolah.

j. Pelancaran Program Pembangunan Rakyat Termiskin, pengurusan RMT

keseluruhannya telah dikaji semula dan mulai tahun 1989, rancangan RMT ini

telah meliputi semula semua sekolah dengan mengutamakan murid-murid

daripada golongan termiskin.

5.4. Kriteria Pemilihan Murid untuk Menerima RMT

Kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan program pemakanan RMT adalah

seperti berikut (lihat Rajah 8.3 untuk contoh borang RMT):

a. Taraf sosioekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan kepada

murid-murid daripada golongan miskin iaitu:

i. Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang

mempunyai pendapatan bulanan RM150.

ii. Pendapatan perkapita bagi murid yang datang daripada keluarga yang

mempunyai pendapatan perkapita setakat RM35.00 dan ke bawah adalah

layak dipertimbangkan dalam program ini.

27

Page 5: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

iii. Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah

rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah.

b. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM400.00 dan ke

bawah.

c. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu

dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan.

d. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan

tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

5.5 MAKANAN TAMBAHAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang

bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah

rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri yang

memperluaskan pelaksanaan mengikut syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Program makanan dan

pemakanan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan

Mengenai Pemakanan yang mengutamakan keselamatan pengeluaran makanan dari

peringkat sumber hingga ke pemasaran, penggunaan dan akses yang saksama kepada

makanan berkhasiat telah diberi penekanan. Pelan tindakan tersebut juga menekankan

tabiat makan yang betul terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan orang dewasa.

Di samping itu, mulai tahun 1997, program perkhidmatan kesihatan sekolah terus

diperkukuhkan lagi dengan menyatukan peranan Kementerian Pelajaran dan

Kementerian Kesihatan dalam menggalakkan aktiviti kesihatan alam sekitar serta

pemakanan seimbang dan senaman untuk mengelakkan kegemukan. Menjelang tahun

2000, seramai 1,960 pekerja kesihatan dan guru telah dilatih untuk menggalas dan

melaksanakan perkhidmatan kesihatan sekolah secara bersepadu. Kurikulum pendidikan

kesihatan telah dikaji semula untuk memberi penekanan dan menyemai amalan gaya

hidup sihat dari peringkat kanak-kanak. Di samping itu, program pemakanan khas untuk

kanak-kanak di kawasan luar bandar juga telah dilaksanakan untuk membekalkan

makanan tambahan yang berkhasiat, garam dan khasiat mikro yang mencukupi.

5.5.1 Pelaksanaan dan Penilaian

Pelaksanaan dan penilaian program RMT boleh dilihat seperti di bawah.

28

Page 6: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

a. Seramai 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan miskin (keluarga yang

berpendapatan kurang RM400 sebulan atau RM80 per kapita) menerima bantuan

ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari

pertama persekolahan pada setiap tahun.

b. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di

Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi setiap murid di Sabah dan Sarawak.

c. Peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar

tersebut adalah RM123,647,250 setahun. Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah

dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak

pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program

RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan.

d. Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan peruntukan

RMT di sekolah sehingga 31 Januari tahun berkenaan kepada pihak Sekolah.

e. Pihak sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri

kepada Bahagian Kewangan kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah

penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan

menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30

November untuk bayaran secara berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada

akaun kerajaan sekolah-sekolah yang terlibat.

f. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara waran

mengikut peruntukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Negeri masing-masing.

5.5.2 Menu Makanan RMT

RMT menekankan kualiti makanan yang menyihatkan untuk para murid sekolah.

a. Bermula dari tahun 1995, Kementerian Pelajaran telah menaikkan kadar

peruntukan harian RMT untuk seorang murid dari 45 sen kepada 80 sen di

Semenanjung dan dari 50 sen kepada 90 sen di Sabah dan Sarawak.

b. Menu makanan yang dihidangkan dalam RMT adalah merupakan makanan

seimbang berdasarkan menu pihak Institut Penyelidikan Perubatan dan

Kementerian Kesihatan Malaysia.

29

Page 7: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

c. 10 pilihan menu makanan telah disediakan iaitu lima menu disediakan pada tahun

1976 dan lima menu berikutnya telah disediakan pada tahun 1983 dengan

peruntukan sebanyak 45 sen di Semenanjung dan 50 sen di Sabah dan Sarawak.

d. Peningkatan peruntukan kewangan ini telah membawa kepada perubahan

kepada menu makanan RMT baharu yang lebih baik. Pembabitan pihak-pihak

tertentu seperti berikut memberi lebih banyak faedah:

e. Institut Penyelidikan Perubatan;

f. Institut Kesihatan Umum;

g. Universiti Kebangsaan Malaysia.

h. Penyediaan 20 jenis menu masakan baharu makanan RMT dihasilkan dan telah

mula diberikan kepada penerima RMT semenjak awal tahun 1995 sehingga

sekarang.

5.5.3 Peranan Guru Besar atau Guru

Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan RMT, guru besar dan guru harus memainkan

peranan mereka. Antara peranan mereka termasuklah:

a. Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut

kriteria -kriteria yang ditetapkan oleh KPM.

b. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari-hari berkenaan.

c. Mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar budaya

makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan

secara tidak formal.

d. Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka

sekurang-kurangnya pada awal dan akhir tahun.

e. Mengawasi hidangan makanan.

f. Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan dan

dikemas kini oleh pihak sekolah.

Tajuk 6 Amalan Kebersihan Sekolah

30

Page 8: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Sinopsisi

Dalam tajuk ini Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS), tujuan utamanya untuk

melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Rancangan ini

meliputi semua kegiatan untuk menggalakkan kehidupan sihat di sekolah dan untuk

membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan kesihatan yang diingini. Ciri-ciri promosi

kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek

fizikal, mental, sosioemosi dan kerohanian merupakan ciri-ciri yang perlu diberikan

penekanan yang teliti bagi membangunkan dan membentuk sekolah sebagai model dan

amalan gaya hidup sihat

Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan Program Amalan Kebersihan Sekolah (PAKS);

2. Mengenal pasti objektif PAKS;

3. Menjelaskan konsep dan matlamat PAKS; dan

4. Mengenal pasti pelaksanaan PAKS.

Kerangka Konsep Amalan Kebersihan Sekolah

6.0 AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

31

Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan suai

Tanggung jawab

Pengusaha Premis

Ciri-ciri Kebersihan

Bahan Mentah

Ciri-ciri Kebersihan

Diri Yang Baik

Amalan Kebersihan Sekolah

Tanggung jawab Pekerja Premis

Pemeriksaan Kantin dan Dapur

Page 9: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun

1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan

dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 bertemakan penyakit-

penyakit kardiovaskular. Objektif jangka pendek kempen ini adalah:

a. Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang

penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat; dan

b. Bagi menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang

mempromosikan kesihatan.

6.1. Objektif

Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuh

serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat. PAKS

mempunyai lima objektif utama, iaitu:

1. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup berterusan dalam

menjalani kehidupan seharian.

2. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,

keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.

3. Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu

pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

4. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.

5. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah

dan ceria.

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu

bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Sekolah yang bersih ialah sekolah yang ceria,

indah dan wangi, tanpa contengan, sampah, sawang, berbau busuk, berhabuk dan

berlumut. Pada waktu yang sama, kemudahan sekolah perlu dijaga dan diselenggarakan

dengan baik agar terus berfungsi. Sekolah juga perlu selamat dan tidak menjadi tempat

pembiakan serangga atau haiwan perosak. Bagi memastikan sekolah membudayakan

amalan kebersihan, KPM telah melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan

keceriaan dan juga gotong-royong. KPM turut mengeluarkan Buku Panduan Aktiviti

Amalan Kebersihan Sekolah yang memperincikan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh

32

Page 10: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

pihak sekolah bagi memastikan kebersihan di bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas

seperti pusat sumber, makmal, bilik sakit, stor, parit, taman dan padang sekolah.

Sepanjang tempoh RMKe-9, KPM memantapkan lagi PAKS melalui penyelarasan yang

dilakukan di bawah Jawatankuasa Kabinet Kebersihan dan Kesihatan Nasional. Cabaran

KPM adalah untuk memastikan amalan kebersihan, disiplin diri, cara hidup sihat dan

kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk sejak di peringkat awal

persekolahan lagi.

6.2 Konsep dan Rasional

PAKS dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. Program ini bertujuan

untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam

sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses

pengajaran dan pembelajaran. Satu pertandingan telah diadakan di peringkat daerah,

negeri dan kebangsaan. Program ini telah menunjukkan impak yang menggalakkan

kerana berjaya menimbulkan 'sense of belonging' dan rasa sayang kepada sekolah.

Dengan secara tidak langsung, beberapa masalah disiplin sekolah seperti merosakkan

harta benda sekolah (vandalisme) dapat diatasi.

Rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana morbiditi tinggi dalam kalangan murid-

murid sekolah seperti malnutrisi, karies gigi, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis

dan sebagainya, walaupun mereka merupakan golongan yang paling sihat dengan kadar

kematian yang rendah. Lebih kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk negara

adalah terdiri daripada mereka yang masih di bangku sekolah. Oleh itu, peningkatan

kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat. Dari sudut

pembangunan, murid merupakan agen perubahan yang penting kerana mereka lebih

mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan. Mereka juga boleh

mempengaruhi ahli keluarga mereka.

Pada tahun 1995, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan konsep

"Health Promoting School". Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi

memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu:

a. Polisi Kesihatan Sekolah.

b. Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat.

c. Penglibatan Keluarga dan Komuniti.

d. Kemahiran Kesihatan Diri.

33

Page 11: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

e. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

6.3 Piawaian yang Dikehendaki

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu

bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Suasana persekolahan yang sihat dan

selamat adalah salah satu daripada nilai-nilai kesihatan yang perlu diterapkan seperti

kebersihan dan keselamatan makanan. Terdapat murid-murid sekolah terutamanya di

sekolah rendah tidak mengutamakan soal kebersihan dan keselamatan semasa memilih

dan mengambil makanan, mereka terdedah kepada penyakit bawaan makanan dan air

dan keracunan makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali

makanan dan sekolah perlu dipertingkatkan. Oleh itu, ciri-ciri kebersihan dan

keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di kantin dan

dapur asrama sekolah. Kegagalan menjaga kebersihan akan menjurus kepada beberapa

keadaan yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera,

tifoid, hepatitis A, keracunan makanan dan lain-lain. Kegagalan mengamalkan kebersihan

dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan

benda asing dalam makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan

selamat ialah :

Kebersihan bahan mentah.

Pengendalian makanan yang bersih.

Kebersihan diri pengendali makanan.

Keperluan kemudahan asas yang mencukupi.

Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.

Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.

Penyediaan makanan yang betul.

6.3.1 Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah 

34

Page 12: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui,

bersih, segar dan tidak rosak. Bahan mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum

dimasak. Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih. Bagi makanan di

dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat. Bilik penyimpanan bahan

mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan-

bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu

disimpan di dalam peti sejuk.

Pengambilan makanan dengan tangan perlulah dielakkan bagi menjamin mutu

kebersihan makanan yang disediakan. Sebaliknya gunakan penyepit, sudu atau garpu

untuk mengambil makanan. Lindungi makanan daripada lalat, tikus, habuk dan bahan-

bahan beracun. Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan

ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut.

Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan di atas pinggan

mangkuk. Pastikan penggunaan bekas yang tidak retak atau sumbing untuk menghidang

makanan dielakkan. Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang

mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah disimpan di tempat yang

sama untuk menghindarkan pencemaran silang. Pinggan mangkuk dan peralatan lain

mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan-bahan bukan makanan

hendaklah disimpan berasingan daripada makanan.

6.3.2. Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik

Amalkan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan

tandas dan setiap kali sebelum menyediakan atau menghidang makanan.

Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali

sehari.

Pastikan diri pengendali bersih dan kemas.

Berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan

betul.

Jangan meludah di kawasan penyediaan makanan.

Jangan bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan.

Jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan.

Jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.

35

Page 13: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur.

Tong sampah bertudung dan bersih dan sampah dibuang setiap hari atau

mengikut jadual.

Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai dan tidak bertakung

untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.

Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis

makanan.

Kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun,

berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan

pekerja.

6.3.3. Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai

Premis makanan mestilah mempunyai ruang yang mencukupi dan

berasingan bagi penyediaan makanan, mempamer makanan, menyimpan

makanan dan ruang untuk pelanggan hendaklah selesa.

Almari atau rak menyimpan makanan mestilah ditutup rapi supaya lalat dan

lipas tidak dapat masuk.

Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air.

Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang.

Tempat membasuh peralatan mestilah sesuai dan mencukupi.

Tempat penyediaan makanan mestilah daripada jenis yang mudah dicuci

dan kalis air.

Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak

dan berfungsi.

Pencahayaan dan pengudaraan di dalam premis makanan hendaklah

mencukupi.

Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya.

Peralatan serta keseluruhan premis sentiasa dibersihkan.

Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerja.

36

Page 14: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Kerjasama yang rapat antara pekerja dan pengurus penting untuk

memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.

Kerosakan perlu diperbaiki secepat mungkin.

6.3.4. Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan

Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi.

Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan

pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.

Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja

sehingga disahkan sihat.

Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke

semasa.

6.3.5. Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Melaporkan kepada majikan apabila sakit dan dapatkan rawatan segera.

Elakkan diri daripada perbuatan seperti mengorek hidung, menyentuh

makanan masak dengan tangan yang kotor dan sebagainya.

Mempelajari dan mengamalkan tabiat yang baik bagi meninggikan taraf

kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan

kawasan-kawasan tempat kerja.

Kes keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah sering menjadi bahan berita dan

dilaporkan dalam akhbar tempatan. Dalam tempoh bulan Januari hingga Ogos tahun

2007, tidak kurang daripada 800 orang murid sekolah rendah dilaporkan mengalami

keracunan makanan. Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah sama ada

melibatkan kantin, dapur asrama atau RMT, menyumbang kepada peratusan yang paling

tinggi daripada jumlah kes-kes keracunan makanan yang berlaku setiap tahun di negara

kita. Kebanyakan kes-kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah adalah berpunca

daripada makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama sekolah. Makanan yang

dijual di kantin sekolah kebanyakannya adalah makanan sedia untuk dimakan dan ia

telah melebihi 4 hingga 6 jam di mana risiko dicemari oleh mikroorganisma adalah tinggi.

Begitu juga dengan makanan yang disajikan di dapur asrama. Antara faktor penyumbang

37

Page 15: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

yang dikenal pasti penyebab kepada keracunan makanan dalam kalangan murid-murid

sekolah adalah seperti berikut:

i. Kebersihan diri yang rendah.

ii. Peralatan, perkakas dan ruang tempat kerja dicemari.

iii. Bekalan makanan dari sumber yang tidak selamat.

Semua Guru Besar hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang terdapat dalam

'Garis Panduan Kantin Sekolah'. Persatuan PIBG perlu memberikan kerjasama dalam

menentukan kebersihan dan keselamatan makanan di sekolah. Berpandukan kepada

kurikulum yang sedia ada, didapati bahawa penekanan kepada aspek-aspek kebersihan

dan keselamatan makanan tidak mencukupi dan perlu dipertingkatkan. Pengusaha

kantin, pengendali makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi

pendedahan yang lebih dari aspek:

i. Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat.

ii. Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca keracunan makanan,

gejala keracunan makanan dan cara pencegahannya.

iii. Konsep melabel makanan.

iv. Penyediaan makanan yang selamat.

v. Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat.

vi. Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan.

6.3.6. Pemeriksaan Kantin dan Dapur Asrama 

Pemeriksaan kantin sekolah disyorkan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan

pemeriksaan perlu meliputi dapur asrama. Pemeriksaan secara fizikal seperti pengukuran

suhu masa memasak, suhu penyimpanan dan suhu penyajian hendaklah diberi

keutamaan pemeriksaan secara visual yang dilakukan sekarang. Garis Panduan Kantin

Sekolah ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1983. Garis panduan ini telah dikaji

dan ditulis semula pada tahun 1989 oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah.

Kajian hendaklah dilakukan setiap lima tahun sekali.

6.4. PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

38

Page 16: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Keadaan sekolah perlu mempunyai kemudahan asas fizikal yang sentiasa bersih, ceria,

selamat dan sihat. Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas fizikal di

sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama,

parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi

bagi kegunaan murid-murid sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah juga seharusnya

bebas daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

Persekitaran sekolah boleh membentuk sikap dan amalan membina sahsiah warga

sekolah yang murni yang dapat mengatasi cabaran. Usaha pihak sekolah untuk

menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi perkembangan mental yang sihat

dan mengurangkan tekanan dalam kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial

yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

serta intelek mereka. Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan

dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga

sekolah adalah sangat penting. Terdapat berbagai cara untuk membolehkan penglibatan

masyarakat seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran ataupun bahan-

bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah sebagai dorongan dan sokongan moral

kepada murid serta menjadi ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.

Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang

datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti

kemasyarakatan di sekitar sekolah.

6.4.1. Tugas dan Tanggungjawab

a. Polisi Kesihatan Sekolah 

Polisi ini adalah satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan

sumber bagi mempromosikan kesihatan. Ia bertindak sebagai ‘piagam pelanggan’

bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Polisi yang

dipilih oleh sesebuah sekolah boleh diadaptasikan daripada kementerian ataupun

dibentuk sendiri mengikut keperluan sekolah. Antara contoh polisi daripada

kementerian ialah polisi Bebas Asap Rokok dan polisi Bebas Denggi. Manakala

polisi yang dibentuk sendiri ialah seperti ‘Murid-murid diwajibkan bersarapan

sebelum memulakan pembelajaran di sekolah’, polisi yang berkaitan pertolongan

cemas, keselamatan di sekolah dan sebagainya.

Terdapat sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa PBSS peringkat

sekolah yang bertanggungjawab terhadap pemilihan serta pelaksanaan polisi.

39

Page 17: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta

pelawat tahu tentangnya.

Selain daripada mempamerkannya, pihak sekolah juga hendaklah menjalankan

aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan polisi yang dipilih. Setiap polisi yang

dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran keberkesanannya.

Sebagai contoh, indikator bagi polisi Bebas Asap Rokok yang boleh digunakan

adalah jumlah warga sekolah yang merokok dalam kawasan dan bilangan poster

larangan merokok dalam kawasan sekolah. Sekolah boleh memilih satu atau lebih

polisi untuk dilaksanakan menurut kemampuan mereka. Polisi-polisi ini juga boleh

bertukar ganti mengikut tahap pencapaiannya.

b. Persekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan Selamat 

Keadaan sekolah perlu mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa

bersih, ceria, selamat dan sihat. Pihak sekolah seharusnya memastikan

kemudahan asas atau fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba,

dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa

dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah.

Selain itu, persekitaran sekolah juga seharusnya bebas daripada risiko jangkitan

penyakit berjangkit seperti penyakit denggi dan lain-lain.

c. Persekitaran Sosial Sekolah yang Sihat dan Selamat 

Persekitaran sekolah boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina

sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran. Pihak sekolah

seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk

perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan dalam kalangan

warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek mereka. Antaranya

termasuklah menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan program-

program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan

tekanan seperti Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, punching bag, sudut

pidato, papan conteng, mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus

kepimpinan, kem ibadat dan lain-lain.

d. Penglibatan Komuniti 

40

Page 18: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Ini merupakan satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-

agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan

tahap kesihatan warga sekolah. Penglibatan masyarakat adalah dalam pelbagai

bentuk sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran

ataupun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah. Mereka juga

boleh memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-

model atau ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan

komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang

ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti

kemasyarakatan di sekitar sekolah.

e. Kemahiran Kesihatan Diri

Ini merupakan suatu usaha bagi membentuk sikap yang positif dalam kalangan

warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup yang sihat. Ia dijalankan dalam

bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal. Penekanan

kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran

penjagaan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Murid diajar mengenai

kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab terhadap kebersihan diri.

Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut

diajar dan diamalkan di sekolah. Penekanan juga diberikan kepada aspek

senaman dan kecergasan, makan secara sihat, pertolongan cemas,

perkembangan mental sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan. Dengan

tertanamnya kesedaran penjagaan kesihatan diharapkan agar amalan kesihatan

yang baik ini akan disalurkan oleh murid kepada keluarga masing-masing.

f. Peranan Pengetua, Guru Besar dan Pentadbir Sekolah

Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan

kebersihan di sekolah.

Menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan yang dianggotai guru-guru, agensi-

agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-

badan bukan kerajaan.

Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah

bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang

selamat.

41

Page 19: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk

menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.

Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab

terhadap masyarakat.

Kesedaran murid-murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta

mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.

g. Peranan Guru

Guru merupakan sumber yang penting untuk memastikan program ini berjaya.

Penjelasan mengenai konsep amalan kebersihan dan faktor lain mengenai kesihatan

murid mesti diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan

program tersebut dijalankan dengan berkesan. Antara peranan guru ialah:

Memahami komponen-komponen kesihatan.

Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti Health Promoting

School (HPS) yang dirancang oleh jawatankuasa.

Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada

jawatankuasa.

Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan cara hidup

sihat.

Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan

aktif.

Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

h. Peranan Murid atau Pelajar

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti atau program BPS yang dirancang oleh

pihak sekolah.

Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.

Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai

aktiviti-aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah.

i. Peranan Ibu Bapa

42

Page 20: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti atau program HPS yang dirancang

oleh pihak sekolah. Memberi bantuan dari segi kepakaran, kewangan, barangan serta

sokongan moral kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program HPS.

Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti atau program HPS.

Memberi cadangan aktiviti atau program HPS yang boleh dilaksanakan kepada

Jawatankuasa BPS. Akhir sekali, ibu bapa boleh menjadi contoh kepada anak-anak

dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

RUJUKAN

43

Page 21: 08 (a) Isi Pelajaran - interaksi 3.doc

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

44