PKP3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
TAJUK 1Kemahiran Menulis
1.1Sipnosis Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai
saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran
menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan
membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman,
(1991), tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untuk
menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang
lebih tinggi .
Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk
berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis
dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan
berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk
menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin
disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang
lain.
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas
Pemulihan Khas tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan
mekanis ataupun tulisan mentalis.
Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat
perkembangan menulis, masalah tulisan, dan strategi mengajar
menulis.
.
1.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda seharusnya
dapat:1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis,
2. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan,
3. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.
1.3Definisi menulis dan tulisan
Juriah Long (1990) Menulis merupakan satu proses bagi
menyampaikan buah fikiran atau pendapatdengan tepat dan berkesan
kepada orang ramai
Henry Guntur Tarigan (1986: 15)
Menulis dapat diartikan sebagai kegiatan menuangkan ide/gagasan
dengan menggunakan bahasa tulis sebagai media penyampai.
Djago Tarigan dalam Elina Syarif, Zulkarnaini, Sumarno (2009:
5)Menulis berarti mengekpresikan secara tertulis gagasan, ide,
pendapat, atau pikiran dan perasaan. Lado dalam Elina Syarif,
Zulkarnaini, Sumarno (2009: 5) juga mengungkapkan pendapatnya
mengenai menulis iaitu: meletakkan simbol grafik yang mewakili
bahasa yang difahami oleh orang lain.Menulis dapat dianggap sebagai
suatu proses maupun suatu hasil. Menulis merupakan kegiatan yang
dilakukan oleh seseorang untuk menghasilkan sebuah tulisan. M. Atar
Semi (2007: 14) dalam bukunya mengungkapkan pengertian menulis
adalah suatu proses kreatif memindahkan gagasan ke dalam
lambang-lambang tulisan.
Menulis adalah penggunaan huruf-huruf ataugabungan huruf yang
berkaitan dengan lambang bunyiyang kita buat semasa kita
bercakap.(Don Bryne : 1979)Menulis merupakan proses penghasilan
simbol-simbolgrafik yang disusun berdasarkan pertuturan
yangmembentuk perkataan-perkataan dan seterusnyamenjadi
ayat.(Kamaruddin Hj. Hussin, Siti Hajar Abdul Aziz : 1997)
Tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untukmenunjukkan
pengetahuan mereka dalam matapelajaran akademik yang lebih
tinggi.(Hughes, Mercer, Lenz, Hoffman : 1991)
Tulisan adalah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah
dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran
dan idea.Manakala menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang
bunyi bahasa yang tersusun dan teratur bagi melahirkan bunyi-bunyi
yang bermakna serta dijadikan alat berkomunikasi.Oleh itu kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang
jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur
pengetahuan dan imaginatif. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran
bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku1.4 Faktor-faktor yang
mempengaruhi kemahiran menulis
1.4.1 Kematangan Kognitif
1.4.2Kematangan fizikal / kemahiran motor
Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran
menulis. Terutama sekali perkembangan motor halus.Perkembangan
motor halus ialah pertumbuhan atau perkembangan otot-ototkecil pada
bahagian jari seorang kanak-kanak yang membolehkan mereka memegang
objek-objek kecil seperti pensil, guli dan sebagainya dengan cekap.
Perkembangan motor halus yang sempurnamembolehkan seseorang
kanak-kanak menulis dengan tulisan yang cantik dan cekap.Selain
itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik beratkan kerana dalam
aspek perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan tangan
akan menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia
untuk menulis atau tidak.
1.4.3Persekitaran
Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan
anak-anak mereka dapat menulis dengan baik.Ibu bapa harus
menyediakan barang-barang mainan yang dapat menggalakan
perkembangan motor halus yang dapat membentuk otot-otot halus
dijari. Guru juga harus menyediakan bahan-bahan latihan yang sesuai
kepada kanak-kanak seperti huruf huruf.
KEMAHIRAN MENULIS
Peringkat Masalah Tulisan Strategi Mengajar
Perkembangan Tulisan
Menulis 1.5Peringkat Perkembangan Menulis
Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling
melengkapi.Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil
tulisan seseorangpula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu
juga apabila seseorangmenulis, dia juga sedang membaca apa yang
ditulisnya. Tulisan adalahlambang-lambang bunyi yang diwakili oleh
perkataan-perkataan yang ditulis.Apabila lambang-lambang yang
ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, makabarulah wujudnya
bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia
melahirkanperasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui
tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui
penulisan yang indah dan penulisanyang banyak memberi maklumat.
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara
berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka.
Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu
memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis.
Kanak-kanak perlu bersedia dari segikemahiran motor halus iaitu
kemahiran mengawal otot-otot jari dan jugapergerakan jari. Oleh itu
kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman
menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek,mencubit,
menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran inidiajar
secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan
permainan.Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan
pengamatan visual melaluilatihandan permainan tertentu. Selain itu
kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti
boleh menggunakan pelbagai jenis pola danstruktur ayat
mudah.Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah
dibahagikan kepadatiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):
i.peringkat pra menulis
ii.peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis)
1.5.1Peringkat Pra menulis
Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya
ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot
tangan dan jarijemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual
iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Pada
peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas
dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan
betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan
tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru
bentuk-bentuk yang dilihat. Pada peringkat pra menulis,
aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan
tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata
melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan
oleh kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991)
kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara
berikut sebelum mereka diajar menulis.i.Melakukan pergerakan tangan
atas ke bawah, kiri ke kanan, dandepan ke belakang.ii.Menekap atau
menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii.Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
iv.Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak
dari atas kebawah, dan bawah ke atas.
v.Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan
arahjarum jam.
vi.Melukis garis condong.
vii.Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan
viii.Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan
danperbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.
Aktiviti 2Bincangkan kepentingan latihan pra menulis kepada
kanak-kanak bagi menguasai kemahiran tulisan mekanis.1.5.2Peringkat
Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis)Apabila kanak-kanak sudah boleh
menguasai kemahiran pra menulis dan dapatmelaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan baik, maka guru sudah bolehmemperkenalkan
pengajaran kemahiran menulis kepada mereka. Aktiviti awaladalah
tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas
kosong,kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru
menekankan caramemegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan
bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah
menggunakan berbagai-bagai kaedahdan teknik untuk mengajar
kanak-kanak menulis.
1.5.3Peringkat Menulis Untuk Pelahiran ( Mentalis )
Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan
dengan betul dan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk
menyatakan perasaan,idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang
berlaku. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk melatih
kanak-kanak menulis untuk pelahiran sepertimelengkapkan ayat,
menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan gambar, membina
ayat daripada perkataan yang diberi, dan juga menulis karangan.
1.6
Masalah dalam tulisan dan penulisan
Sebelum kanak-kanak diajar kemahiran menulis untuk pelahiran,
guru lebih menumpukan kepada pengajaran kemahiran tulisan tangan
atau tulisan mekanis. Pada peringkat ini terdapat beberapa masalah
yang perlu diberiperhatian oleh guru. Kaminsky dan Powers (1981)
telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
dalam tulisan tangan.
i.Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan
mengingatbagaimana huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan
semulahuruf-huruf tersebut.
ii.Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan
pergerakanmotor tangan atau jari yang sesuai
iii.Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman
tanganmenjadikan sukar untuk menulis.
iv.Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan
penyimpananmaklumat-maklumat motor di dalam otak.v.Kesukaran untuk
memahami atau melihat keperluan ruang (spatial)tulisan
tersebut.Seorang guru yang peka akan dapat mengesan muridnya yang
menghadapimasalah dalam tulisan berdasarkan tingkah laku-tingkah
laku yang ditunjukkan.
Antara tingkah laku pelajar yang boleh dijadikan petunjuk oleh
guru adalah:
i.menggenggam pensel;
ii.cara memegang pensel yang salah;
iii.kedudukan badan yang canggung semasa menulis;
iv.mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik
melengah-lengah;
v.hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca,
dan keupayaan bertutur;
vi.terlalu kerap memadam;
vii.kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk
huruf;
viii.keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis
terbalik, dan
ix.lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau
perkataanterlalu rapat atau berjauhan
Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak, masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh
kanak-kanak semasa menulis seperti berikut:i.Bentuk huruf
-menulis dari kanan ke kiri-menulis abjad dan ayat terbalik
-menulis dengan tiada ketetapan kecondongan
-menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah-menulis perkataan
terbalik ( ba p a ---- baqa )
ii.Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai
iii.Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;
iv.Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam
perkataantidak seragam;
v.Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.Apabila guru
dapat mengesan masalah tulisan yang dihadapi murid makatindakan
pemulihan perlu dilakukan segera supaya masalah itu tidak
berlarutandan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan dalam
pelajaran.
6.2. Kategori Jenis Kesalahan dalam TulisanKanak-kanak
menunjukkan berbagai-bagai jenis kesalahan dalam tulisanmekanis
terutamanya pada peringkat awal menulis. Namun bagi
kanak-kanakbermasalah pembelajaran, kesalahan-kesalahan tulisan ini
sukar untuk dipulihkan disebabkan faktor-faktor sampingan lain
terutamanya yang mengalamimasalah khusus dalam tulisan. Terdapat
dua masalah khusus dalam tulisanyang dikenali sebagai Agraphia
danDysgraphia(Cherry K.H., 1984).
i.AgraphiaAgraphia merujuk kepada masalah tulisan yang dihadapi
olehseseorang dan terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
a.Perolehan (acquired) iaitu kehilangan keupayaan menulis
yangtelah dikuasai sebelumnya disebabkan oleh kecederaan otak
ataupenyakit otak;
b.Perkembangan atau ( congenital )iaitu kesukaran yang luarbiasa
untuk mempelajari kemahiran menulis yang tidak selarasdengan
pencapaian intelektual dan kemahiran-kemahiran lain seseorang
individu.
ii. Dysgraphia adalah masalah tulisan yang sangat teruk
atauketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang
diperlukanuntuk menulis.Berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap
hasil tulisan kanak-kanak,kebanyakan
penulis telah mengkategorikan jenis kesalahan tulisan kepada
enam kategori berikut:
a. bentuk hurufb. jarakc. kecondongand. kualiti garisane. saiz
huruf dan keselarasanf. kepantasan
1.7
Strategi pemulihan masalah tulisan /pratulis
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar
permulaan kemahiran tulisan mekanis dan juga untuk pengajaran
pemulihan masalah tulisan. Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan
bahawa suatu program pengajaran kemahiran tulisan mekanis hendaklah
mengandungi perkara-perkara berikut:
i. mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas
kepada ruang yang lebih kecil
ii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;
iii. menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan
pelajar menyurih (tracing) model huruf;
iv. sediakan banyak sesi latihan menulis;v. melibatkan pelajar
dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan mereka mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan mereka; danvi. menerima bahawa tulisan bagi
sesetengah pelajar adalah satu proses yang sukar dan memerlukan
galakan dan sokongan.
Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah
dilakukan secara terkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut
urutan (stroke-by-stroke sequence) dengan bantuan guru. Cara ini
akan dapat menghalang pelajar daripada melakukan kesalahan seperti
menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulis huruf yang
salah.Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana
pelajar yang mengalami masalah tulisan adalah disebabkan oleh
masalah-masalah lain seperti ingatan jangka pendek, pengamatan
penglihatan, pengamatan pendengaran, koordinasi mata-tangan, dan
lemah otot-otot tangan. Oleh itu aktiviti pengajaran hendaklah
mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan
peringkat demi peringkat.
Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran
pemulihan tulisan pelajar.
i. Latihan memegang pensel dengan betul.
ii. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa
menulis.
iii. Membuat garis-garis lakaran.
iv. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.
v. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai
dengan
huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak
langsung.
vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi
mata-tangan seperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian
jarak, menyambung titik, memadankan, mencari jalan keluar, dan
sebagainya.Terapi dapat membantu seseorang menguasai kemahiran
motor halus dengan lebih baik . Kemampuan sesaorang untuk melakukan
sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada akan lebih berjaya. Malah
terapi dapat meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah
ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah
mental dan fizikal pada semua peringkat umur.Keperluan terapi
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :
Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif
terhadap sesuatu kemahiran
Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal,
emosi dan sosialisasi
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan
psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran
Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
Membina konsep kendiri
Merangsang pengaliran darah dan oksigen
Kepentingan terapiTerapi berkepentingan untuk :
Meningkatkan kemahiran pengamatan
Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan
kesihatan
Jenis-jenis terapiTerdapat beberapa jenis terapi yang boleh
diaplikasi di sekolah, antaranya :
Terapi fisio
Terapi cara kerja
Terapi pertuturan
Terapi muzik dan nyanyian
Terapi seni visual
Terapi hidro atau terapi air
Terapi pergerakan kreatif
Terapi main
Terapi alternative
- Terapi aroma
- Terapi herba
- Terapi ozon
- Tetapi floortime
- Terapi pasir
- Terapi haiwan
- Terapi snoozeland
Terapi Pasir
Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan
teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek
kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina dunia pasir
mengikut dimensi dunia realitinya. Ini akan meningkatkan latihan
koordinasi mata-tangan Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu
membuatkan kanak-kanak lebih releks.Pergerakan otot yang
diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir
menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar
masalah atau ketegangan dapat dikeluarkan
Terapi cara kerja
Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal,
perancangan, intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar
dan motor halus kanak-kanak. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti
seperti:
Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang
mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus . Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam
pembelajaran kanak-kanak seperti memegang pensel, menggunting,
aktiviti seni lukis, memanik dan aktiviti koordinasi mata dan
tangan.
Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor
halus dan aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan.
Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan
kemahiran pergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa
melakukan aktiviti kemahiran motor kasar ketika bermain bersama
rakan.
Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak
masalah fizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru
atau pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut. Terapi
Seni Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art
or Expressive Therapist within a school setting is to help student
express and contain their internal conflicts, while facililitating
their ability to implement change.
Terapi seni adalah sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah
pelajar. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada
dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya
dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai
masalah yang dihadapi menjadi bertambah serius. Terapi seni yang
sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang
mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja
seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.
Terapi main
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan
sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Dari aspek psikologi, terapi main memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang
dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti
sebenarKonsep terapi bermain melalui bermain kanak-kanak lebih
mengenali dunia
ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masingTujuan
terapi bermain mengurangkan masalah tingkah laku
meningkatkan komunikasi
mempu menilai diri sendiri
meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas
boleh ditambah lagi mengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa
menjalankan aktiviti pemulihan guru perlu memberi perhatian
terhadap beberapa perkara penting supaya pengajarannya akan lebih
berkesan lagi. Antaranya adalah:
i. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih
dahulu;
ii. latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;
iii. suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi
meja yang sesuai dengan pelajar;
iv. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai
;
v. langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah
ditunjukkan kepada pelajar;
vi. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;
vii. buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar
membuat latihan menulis di rumah.
Setelah pelajar sudah boleh menulis, guru sudah boleh
memperkenalkan tulisan sambung kepada pelajarnya. Tulisan sambung
boleh membantu pelajar daripada melakukan kesalahan menulis kerana
tulisan sambung mempunyai urutan garisannya yang tersendiri ketika
menulis.
1.8 Latihan Tulisan Mekanis
i.
Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaanyang
terkawal.ii.
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua /
tiga.iii.
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.iv.
Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul.v.
Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad
a-z.vi.
Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad
z-a.vii. Membina satu suku kata KV dan KVKviii. Menggabungkan suku
kata menjadi perkataan.ix.
Membina ayat tunggal.1.9 Latihan Penulisan Mentalis Kemahiran
Menulis MentalisKemahiran menulis mentalis berfokus kepada
penyataan fikiran dan perasaan. Mungkin agak janggal bagi
sesetengah pihak dengan istilah kemahiran menulis mentalis kerana
timbulnya persoalan bagaimana mental dapat dikaitkan dengan
kemahiran menulis. Dari segi konsepnya, kemahiran menulis mentalis
adalah operasi yang melibatkan pemprosesan mental bagi menghasilkan
sesuatu yang dapat dibaca dan difahami oleh individu lain. Secara
amnya, asas kemahiran menulis bermula daripada mental seperti
menulis karangan,menulis sajak, surat dan
sebagainya1.9.1Aktiviti-aktiviti Kemahiran Menulis MentalisSeperti
kemahiran menulis mekanis, kemahiran menulis mentalis juga
memerlukan latihan bagi meningkatkan lagi penguasaan dalam
kemahiran ini. Antara latihan yang boleh diaplikasikan untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mentalis adalah menulis
dan menyusun perkataan bagi membina ayat, menulis ayat-ayat mudah,
menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru, membuat
latihan transformasi ayat menggunakan senarai perkataan yang
diberikan, serta menulis frasa atau ayat yang bermakna menggunakan
perkataan yang diberikan.
RujukanCherry K.H. (1984).Learning Disabilities: Understanding
Concepts,Characteristics, and Issues. New Jersey:
Prentice-Hall.Hughes, Mercer, Lenze, dan Hoffman (1991).Students
With LearningDisabilities. 4thed, New York: Macmillan Publishing
Company.Kamarudin Hj.Husin,(1988).Pedagogi Bahasa.Petaling Jaya:
LongmanMalaysia Sdn. Bhd..
Aktiviti 1
Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tulisan kanak-kanak.
Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan dan dibentangkan di
hadapan kelas.
iv
iii
ii
i
i
Aktiviti 4
Pilih satu masalah tulisan yang dihadapi pelajar dan bincangkan
tindakan pemulihan yang boleh dilaksanakan untuk membantu pelajar
berkenaan.
1