2. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS
2.4. CARA PENTAKSIRAN
Pembelajaran asas merujuk kepada kebolehan murid dalam menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam proses menguasai
pembelajaran asas, aspek pengamatan memainkan peranan utama bagi
membantu murid-murid menerima, memahami, mengingat dan menguasai
setiap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Terdapat beberapa cara untuk mentaksir pembelajaran asas iaitu
;
i. Pemerhatianii. Temu bual/ Soal Selidikiii. Sampel kerjaiv.
Pengujian
2.5. PENUTUP
Kesimpulannya, topik ini telah menjelaskan tentang kebolehan
pembelajaran asas dalam kalangan murid dipengaruhi oleh faktor
pengamatan, konsepsualisasi dan konsep serta kepantasan pemprosesan
maklumat. Bagi melihat kemampuan murid dalam menguasai pembelajaran
awalnya, ialah dengan mentaksir secara pemerhatian, temu bual,
sampel kerja dan pengujian. Pentaksiran bagi mengenal pasti tahap
pembelajaran asas murid-murid sangat penting bagi merancang
pengajaran yang sesuai dan seterusnya membuat tindakan susulan
untuk membantu murid-murid yang lemah dalam pembelajaran
asasnya
LATIHAN 1
Berdasarkan cara-cara pentaksiran dalam bab terdahulu, dan
dengan sokongan pengurusan grafik, terangkan setiap cara
mentaksirkan pembelajaran bagi kanak-kanak yang bermasalah
pengamatan penglihatan, pendengaran dan kinestetik. Bagi setiap
ciri tersebut cadangkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk
mengatasi masalah pembelajaran asas yang dihadapi oleh
murid-murid.
3. MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL Dan TINGKAH LAKU
3.0SINOPSISTajuk ini memberi pengetahuan kepada anda tentang
pentaksiran dalam kemahiran sosial dan tingkah laku dalam
pendidikan pemulihan. Dalam bahagian ini juga, akan menjelaskan
tentang pentaksiran dan matlamat pengajaran setelah membuat
taksiran terhadap kemahiran sosial dan tingkah laku
murid-murid.
3.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dapat ;1. Mengetahui maksud
pembelajaran asas.2. Mengetahui cara cara pentaksiran bagi
murid-murid yang menghadapai masalah pembelajaran asas.
3.2 PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam kelas
bergantung kepada kawalan kelas yang baik oleh guru. Guru-guru
sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tingkah laku pelajar
dalam aktiviti seharian mereka. Tingkah laku-tingkah laku tersebut
bolah dibahagikan kepada tingkah laku positif dan negatif.
Sehubungan itu dalam hal ini, tingkah laku murid sangat perlu
dikawal oleh guru supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Bagi murid-murid pemulihan, tingkah laku mereka sangat
ketara. Oleh itu, guru perlu mahir tentang pengurusan tingkah laku
supaya masalah yang dihadapi oleh murid dengan berkesan.
3.3 KEMAHIRAN SOSIAL
Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang
bersesuaian untuk membolehkan seseorang berinteraksi di rumah,
sekolah dan bersama-sama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk
kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu
mencapai kejayaan tanpa mengganggu orang lain. Selain itu,
kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah
laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan
persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu
kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul,
kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan
pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenal pasti murid yang
mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran
sosial yang biasa digunakan di luar negara ialah (a) pengukuran
sosiometrik, (b) penilaian oleh guru, (c) ujian role play dan (d)
pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat
penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan
seharian mereka.
Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga
hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut
golongan. Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan
diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain.
Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi
dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka
dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran
ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri,
mengasingkan diri daripada orang lain dan menyebabkan
kemurungan.
Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara
seseorang itumembawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas
benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai
perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi tingkah
laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan
dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan
baik serta bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu
dibesatkan dalam suasana berpecah belah seperti peperangan,
kemungkinan besar dia akan menjadi seorang yang kasar dan panas
baran. Walau bagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi
pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah apabila mereka
menjadi semakin terpelajar.
Dalam ilmu psikologi sosial pula, konsep pengaruh sosial
sebagaimana menurut Banduran dan Byrne (1981), merujuk kepada
sebarang tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan
orang untuk mengubah sikap, tingkah laku atau perasaan orang lain.
Tedeschi et. al (1985) menyatakan pengaruh sosial merujuk kepada
perubahan dalam tingkah laku, niat, kepercayaan dan nilai seseorang
akibat daripada campur tangan orang lain. Gordon Allport
menjelaskan psikologi sosial merupakan satu bidang ilmu yang cuba
memahami dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah
laku seseorang individu dipengaruhi dengan kehadiran
individu-individu lain, sama ada kehadiran itu secara benar
(individu-individu itu hadir bersama), dikhayalkan, diingati atau
hanya dijangkakan. Secara ringkasnya, psikologi sosial merupakan
ilmu yang menekankan kajian secara saintifik pada proses mental dan
tingkah laku individu-individu dalam hubungannya dengan
individu-individu lain, kelompok-kelompok dan kebudayaan.
Sehubungan itu, kemahiran sosial merujuk kepada kemampuan
seseorang individu menguruskan mental, fizikal dan aktivitinya
semasa berada dalam kelompok atau dengan individu yang lain. Selain
itu, dengan memiliki pengetahuan yang tepat mengenai emosi dan
perasaan orang lain sangat penting dan berguna khasnya memudahkan
kita untuk berinteraksi dengan mereka secara berkesan. Namun
demikian, dengan mengetahui perasaan seseorang sekarang ini dapat
menolong menerangkan tingkah lakunya sekarang sahaja, dan kurang
berguna untuk meramal bagaimana orang tersebut akan bertindak esok
hari atau selepas satu jam dari sekarang. Emosi dan mod berubah
sehinggakan agak sukar untuk dijadikan asas yang tekal bagi
memahami dan meramal tingkah laku orang lain. Atas alas an ini
dalam percubaan kita untuk mengetahui siapa dia di sekeliling kita,
kita perlu memahami penyebab tindakan mereka yang tekal, seperti
tret-tret dan motif-motif stabil mereka. Usaha seperti ini ada
kaitan dengan apa yang dinamakan sebagai atribusi sosial. Dua sebab
penting mengapa ianya demikian iaitu ;i. Atribusi sosial memainkan
peranan utama dalam persepsi sosial. Persepsi seseorang terhadap
orang lain dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang orang-orang
tersebut yang diperoleh melalui proses atribusi sosial.ii. Terdapat
kesedaran yang semakin bertambah tentang hakikat bahawa atribusi
sosial member kesan yang banyak kepada bentuk tingkah laku sosial
seperti tingkah laku langsang, cinta, dan tarikan antara
perseorangan.
Kemampuan menguruskan diri dapat dilihat kepada tingkah laku,
pembentukan imej, pemikiran, tindakan dan keperibadiannya.
Sehubungan itu, kita cuba mengetahui dan memahami orang lain yang
berada di sekitar kita melalui beberapa sumber maklumat. Misalnya,
kita akan member perhatian terhadap wajah fizikal iaitu dengan
mengenal pasti latar belakang mereka seperti umur, gaya pakaian dan
daya tarikan yang boleh dijadikan petunjuk-petunjuk penting kepada
tret-tret utama mereka. Begitu juga, kadangkala kita cuba
memperoleh pengetahuan dan pemahaman tersebut secara terus iaitu
dengan menyuruh mereka menyatakan fikiran dan motif-motif mereka
kepada kita. Walau bagaimanapun, sumber paling penting bagi
membantu untuk membuat kesimpulan tentang seseorang itu adalah
tingkah laku orang itu sendiri. Atas dasar itu, kita dapat mendapat
maklumat mengenai seseorang itu dengan cara memerhatikan tingkah
laku mereka yang ketara dan menggunakan hasil-hasil pemerhatian
bagi menyimpulkan tret-tret, motif-motif atau niat-niat tertentu
mereka.
3.4 DEFINISI dan KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal
iaitu abnormal behavior dan terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat yang diamalkan, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan
orang dalam masyarakat. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan
tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku
yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah laku bermasalah
yang diwujudkan berbentuk negatif seperti agresif, suka merosakkan
harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang lebih positif
jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti
iaitu lebih sesuai dan sistematik (Bear, Wolf & Risley,
1968).Tingkah laku bermasalah pelajar ini, diklafikasikan kepada
dua kategori iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku
bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi
tingkah laku yang menghalang (bergantung), tingkah laku mengganggu
(diskruptif) dan tingkah laku anti sosial (distruktif). Manakala
tingkah laku bermasalah positif pula melibatkan tingkah laku
seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.
Konsep asas dalam pengurusan tingkah laku melibatkan beberapa
aspek iaitu ;i. Perancangan yang rapiii. Tentukan individu atau
kumpulaniii. Teknik intervensi yang berkesaniv. Penilaian secara
objektif
Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid
pemulihan sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan
iaitu ;i. Setiap pelajar adalah unikii. Tiada satu cara yang
berkesan dalam semua keadaan bagi semua muridiii. Proses intervensi
akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak
murid (aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling
berkait)
Pengurusan tingkah laku merupakan santu pendekatan intervensi
aktif di mana pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting
sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan.
Ziproli & Melloy (1993), menyatakan terdapat empat perkara yang
perlu dilakukan oleh pelaksana iaitu ;i. Memerhati, mengukur dan
menilai corak perlakuan semasaii. Kenal pasti atecendent da
consequences persekitaraniii. Bentuk pembelajaran tingkah laku baru
atau baiki tingkah laku semasa manipulasi antecedent dan
consequences yang telah dikenal pasti.
Latihan 1
Berdasarkan pemerhatian dalam kalangan muid-murid di sekolah
anda, kenal pasti contoh-contoh pemasalahan yang berkaitan dengan
masalah kemahiran sosial dan tingkah laku.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
3.5 PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL dan TINGKAH LAKU
Pelajar bermasalah tingkah laku adalah sebaagi semua tingkah
laku di sekolah dapat diperhatikan dalam pelbagai aspek dan ciri.
Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan
keadaan-keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan ini lazimnya akan
menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka belajar dan berhubung
dengan orang lain. Pelajar-pelajar yang bermasalah tingkah laku
tidak normal itu biasanya dapat dilihat daripada aspek intelek,
pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan perlakuan social.
Pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini boleh dibahagikan kepada
empat kategori iaitu penarikan diri iaitu mengelakkan diri daripada
orang lain, neurotik iaitu menderita daripada gangguan
psikoanalisis seperti fobia dan lain-lain, autism dan skizofrenia
iaitu personality atau pemikiran yang berbelah bagi.
Terdapat beberapa ciri yang tertentu atau criteria tertentu pada
pelajar-pelajar yang mengalami atau bermasalah emosi antara kurang
selera makan, masalah tidur, suka bercakap bohong, terlalu merendah
diri dan sebagainya. Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh
murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program
intervensi yang sesuai. Proses perubahan tingkah laku perlu
dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan iaitu
;
i. Memilih Tingkah Laku SasaranTingkah laku sasaran merujuk
kepada tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam
proses perubahan tingkah laku.
Berikut panduan dalam memilih tingkah laku sasaran iaitu ;i.
Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa iaitu
tingkah laku melibatkan yang ;a. membahayakan diri dan orang
lain.b. boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lainc. tidak
sesuai dengan umurnyad. terlalu kerap berlakue. terjadi akibat
kurang mahir dalam bidang-bidang tertentug. menyebabkan murid lain
menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya(Zirploi &
Mellow, 2001).
ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :a. Jenis tingkah
lakub. Kekerapan berlakuc. Jangka masa berlakud. Tahap keterukan
(intensity)e. Jumlah keseluruhan tingkah laku
iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah
laku itu meningkat atau mengurang.
iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.v. Pastikan
tingkah laku dapat diukur perlakuannya. Misalnya murid A bangun
dari kerusi dan berjalan-jalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam
tempoh setengah jam.
vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama
ada secara lisan atau bertulis.
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu
mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah.
Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai baseline data.
Tujuan mengumpul data ialah ;i. mengetahui jumlah tingkah laku
tersebut dalam sehariii. mengetahui waktu tingkah laku paling
banyak berlakuiii. mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai
corak/ pola tertentuiv. mengetahui sebab-sebab mengapa berlaku
keadaan tersebut.
Dalam proses pengumpulan data ini, terdapat beberapa kaedah
digunakan iaitu ;i. Rekod lamaii. Sampel kerjaiii. Pengujianiv.
Pemerhatian
i. Rekod Lama
Bailey (1978) membahagikan dokumen untuk kajian dalam dua
kategori iaitu dokumen utama dan dokumen sekunder. Dokumen utama
merangkumi maklumat berkaitan dengan autobiografi pelajar, anekdot
dan kad kumulatif. Manakala dokumen sekunder merupakan laporan
ditulis berdasarkan temu bual, pemerhatian ataupun rujukan
dokumen-dokumen utama. Contoh dokumen sekunder ialah biografi
pelajar, laporan guru dan senarai semak.
iii. PengujianJenis-jenis ujian yang dapat digunakan untuk
mengumpulkan maklumat pelajar ialah ;
a. Ujian Pencapaian Akademik pelajar seperti ujian sumatif dan
ujian pencapaian formatif sekolah melibatkan UPSR, PMR, SPM dan
STPM.
b. Ujian Kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan pelajar
(IQ) yang disarankan oleh Terman dan Binet.
c. Ujian Kecenderungan Bakat seperti Ujian Aptitud Differential
(DAT)
d. Ujian Minat untuk menilai minat pelajar terhadap sesuatu
aktiviti atau kerjaya seperti Career Assesment Inventory (CAI) yang
mengandungi tiga bidang, merangkumi 6 tema am, 22 asas minat dan
skala 89 kerjaya.
e. Ujian Personaliti digunakan untuk mengkaji aspek buka
kognitif seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang
pelajar seperti The Survey of Personal Values (SPV) dan The Mooney
Problem Check List (MPCL). Kedua-dua ujian personality adakah
digunakan untuk mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan
sikap pelajar.
f. Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan pelajar-pelajar
yang cerdas dengan yang kurang cerdas.
g. Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan
atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran pelajar. Keputusan
ujian ini adalah penting bagi guru merancang aktiviti
pemulihan.
h. Ujian Aptitud Khas seperti Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian
Aptitud Perkeranian, Ujian Aptitud Seni dan Ujian Aptitud Muzik
adalah digunakan untuk mengukur potensi pelajar dalam bidang
tertentu.v. PemerhatianTeknik ini digunakan bagi mengenal pasti
ciri-ciri perkembangan pelajar daripada bidang afektif dan
psikomotor khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan
Moral, Muzik dan Pendidikan Jasmani. Bagi aktiviti pemerhatian
terhadap tingkah laku pelajar pula, harus diadakan ke atas
perlakuan mereka semasa dalam dan di luar bilik darjah. Jenis alat
pemerhatian yang sering digunakan untuk merekod prestasi pelajar
melalui aktiviti pemerhatian ialah senarai semak dan skala
kadar.
Senarai semak digunakan bagi mengenal pasti ciri-ciri tingkah
laku pelajar yang negatif atau positif. Di dalam senarai semak,
ciri-ciri tingkah laku pelajar hendaklah dinyatakan dengan mudah
dan jelas serta disusun mengikut tertib. Skala kadar pula bertujuan
untuk menunjukkan tahap atau darjah tingkah laku yang ditunjukkan
oleh pelajar. Darjah pencapaian ini lazimnya dinyatakan dengan 5
mata iaitu (1) sangat buruk, (2) buruk (3) sederhana (4) baik dan
(5) terbaik.
Di samping itu darjah pencapaian 5 mata tersebut, alat skala
kadar hendaklaj mengandungi ciri-ciri tngkah laku yang utama serta
disusun mengikut tertib. Darjah pencapaian 5-mata lazimnya,
dinyatakan di sebelah setiap ciri tingkah laku yang hendak
dinilai.
v. Soal SelidikProses ini melalui temu bual untuk mendapat
maklumat pelajar seperti butir-butir diri, keluarga, kediaman,
kesihatan, masa belajar, minat, hobi, rancangan masa depan,
aktiviti-aktiviti kokurikulum, aktiviti kuar sekolah, pencapaian
istimewa dan aktiviti serta cara mengisi masa lapang, termasuk
semasa cuti sekolah.
Dalam melaksanakan temu bual beberapa proses perlu dilakukan
iaitu ;a. Tentukan tujuan dan objektif temu bualb. Tentukan bidang
maklumat yang hendak diperolehc. Tentukan soalan-soalan yang hendak
dikemukakan dalam masa temu bual, dan sediakannya secara bertulis
serta bersistematik dengan mengikut turutan yang sesuai.
3.6 Cara-cara Pentaksiran
Secara khususnya terdapat beberapa cara untuk mentaksir masalah
sosial dan tingkah laku murid-murid iaitu ;a. Pemerhatianb.
Penilaian orang lainc. Penilaian kendirid. Pentaksiran ekologi
3.7 KESIMPULAN
Kemahiran sosial merupakan satu kemahiran asas yang berkait erat
dengan kebolehan seseorang untuk menerima dan menyesuaikan dirinya
dengan persekitarannya. Sementara tingkah laku pula merujuk kepada
perlakuan yang diserlahkan semasa bersama dengan individu atau
dalam kumpulannya. Tingkah laku ini pula akan mempengaruhi kepada
prestasi akademik, penglibatannya dalam kumpulan, sikap, minat dan
motivasi terhadap pembelajarannya. Sehubungan itu, guru perlu
memainkan peranan utama bagi mengambil pencegahan awal terhadap
tingkah laku muridnya sebelum menjadi lebih serius.
Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan tajuk di atas
di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Latihan 2
Bincangkan tiga cara cara untuk mendapatkan maklumat erkaitan
masalah kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid
pemulihan.
Latihan 3
Berdasarkan pembacaan dan pengalaman anda, jelaskan
faktor-faktor mempengaruhi pembentukan masalah sosial dan tingkah
laku dalam bilik darjah.
4. MENTAKSIR BAHASA LISAN
4.0SINOPSISTajuk ini memberi pengetahuan kepada anda bahasa
lisan dan proses pentaksiran dalam bahasa lisan kanak-kanak kelas
pemulihan. Dalam bahagian ini juga, pelbagai jenis pentaksiran
bahasa serta perkara-perkara yang perlu diambil berat dalam
pelaksanaan pentaksiran turut dibincangkan.
4.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dapat ;3. Mengetahui komponen-komponen
penting dalam bahasa lisan.4. Mengenal pasti bahasa reseptif dan
bahasa ekspresif dalam penggunaan bahasa lisan.5. Menghuraikan
pelbagai kaedah dalam pentaksiran bahasa lisan kanak-kanak
pemulihan.
4.3 PENDAHULUAN
Mengapakah kita perlu menjalankan pentaksiran atau penilaian
bahasa lisan ? Bolehkah kita terus mengajar bahasa kepada
kanak-kanak tanpa mengetahui tahap bahasa yang sedia ada ?. Jika
kita menilai pola perkembangan setiap bahasa kanak-kanak, memang
diakui bahawa pembelajaran bahasa berlaku secara berperingkat
daripada peringkat tunggal kef rasa ke ayat ringkas sehingga mampu
membentuk bahasa lisan yang lebih kompleks.
Lisan adalah pertuturan atau percakapan iaitu satu aktiviti
melahirkan bahasa melalui suara dan sebutan (Kamarudin Hj. Husin,
1987). Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan
kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran
penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran
lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua
kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes
masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak
dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu. Kemahiran
lisan ini memerlukan beberapa kemahiran iaitu ;
1.1.1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Dalam topik sebelum ini, anda telah dapat memahami maksud bahasa
dengan lebih jelas berdasarkan beberapa definisi bahasa yang
dibincangkan. Dalam definisi bahasa tersebut jelas dinyatakan
bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk
lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu
sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.
Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula
daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru
atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap.
Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak
sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik (
Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek
penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi
menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua
aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dlam
bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan
baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain
dalam apa jua situasi.1.1.2. Kemahiran Mendengar
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak
dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah
mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi
makna kepada bahasa pertuturan.
Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan
bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;
i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang
merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan
persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi,
mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,
ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku
persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih
petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,
iii. Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada
pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna
daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah
diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang
didengar.
1.1.3. Kepentingan Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana
kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi
dua hala akan terganggu berlaku apabila salah seorang gagal
mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa
yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ
pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu
mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak
balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka
akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika
dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas
kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan
menulis.
Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap
digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut
untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita
mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan
sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan
kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.
Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran
yang diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat
kurang menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada
mengajar kemahiran membaca dan menulis.
1.1.4. Keperluan Mendengar
Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar
berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau
formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di
rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan
sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar
sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami
percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga
apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio,
atau menonton televisyen.
Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu
bahan-bahan yang didengar adalah bercorak akademik. Selain itu,
aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya
menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi. Di samping itu,
dengan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat
dilihat dari segi tujuan kita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000)
memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu:
i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan
bermesyuarat, ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti
mendengar radio,menonton televisyen, atau filem, daniii. mendengar
untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas,
mendengar ceramah dan sebagainya.
1.2.1. Kemahiran Bertutur
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin,
1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada
meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya.
Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat
menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran
bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan
orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu
menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.
4.4 KOMPONEN-KOMPONEN BAHASA LISAN
Kemahiran-kemahiran bahasa memang sukar diuji dengan tepat.
Walau bagaimanapun, guru dapat menguji dan menilai pertuturan
pelajar secara pemerhatian terhad. Ada beberapa aspek penting dalam
pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi
lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan
aspek pertuturan seperti berikut:
Sebutan Tekanan Mora ( panjang pendek) Jeda ( persendian)
Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras Bahasa
ASPEK PERTUTURAN
Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat
dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan
betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan keoada orang yang
mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan
mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.
Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika
sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting
kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat
sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.
Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa
tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah
gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius.
Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja
lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur
dialek atau telor bahasa asing.
Di samping itu, fokus yang penting untuk ditaksirkan dalam
bahasa lisan ialah ;
i. Fonologiii. Semantikiii. Sintaksisiv. Morfologiv.
Pragmatik
i. Fonologi
Dalam hal ini, guru seharusnya menggunakan sebutan bahasa Melayu
baku sebagai asas ujian dan penilaian. Pelajar perlu menyebut sama
seperti yang dieja (tulis). Namun kalangan guru bahasa Melayu yang
bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pertama akan
membunyikan perkataan tersebut bukan seperti yang dieja tetapi
seperti yang dituturkan dalam masyarakat harian secara tidak
formal. Hakikat ini agak ketara apabila situasi berkenaan
melibatkan dua orang individu (guru dan pelajar) yang datang dari
dua suku, daerah atau negeri yang berbeza. Selain terdapatnya
sebutan-sebutan yang salah, terdapat juga loghat - oghat yang
pelbagai dalam pertuturan.Intonasi dan nada suara merupakan aspek
yang tidak kurang penting dalam kemahiran bertutur. Alunan dan
tekanan nada suara seharusnya selari dengan apa yang dituturkan.
Intonasi dan nada suara yang mendatar tidak dapat menarik perhatian
pendengar yang mendengarnya. Aspek ini agak jelas dalam pengucapan
dialog lakonan, penyampaian puisi, pantun dan sebagainya.
Selain itu, kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan
menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat
kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk
mama, blink untuk drink.
ii. Morfologi
Dalam pertuturan murid-murid mengucapkan kata-kata yang tidak
dibina mengikut hukum tatabahasa yang sebenarnya. Bagaimanapun,
untuk tujuan pengesanan guru seharusnya menilai tentang penggunaan
kata yang sesuai dengan konteksnya. Misalnya dalam sistem sapaan
bagi masyarakat Melayu terdapat ganti nama yang khusus apabila
wujud dua pihak yang berbeza.
iii. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula, melibatkan
kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan
menyampaikan pendapat yang kompleks. Malahan kesilapan ini
merupakan satu fenomena yang biasa berlaku dalam kalangan pelajar.
Kesilapan yang dilakukan semasa bertutur jarang dapat dikesan,
disebabkab penutur dan pendengar tidak menyedari kesilapan yang
berlaku.
Kesilapan ayat merupakan lanjutan daripada kegagalan pengguna
mematuhi peraturan susunan kata dan frasa, kesilapan menggunakan
tanda baca, menggunakan perkataan, istilah, imbuhan dan sebagainya.
Kesilapan ayat dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti kesilapan
ayat inti, ayat tanya, ayat pasif, ayat berklausa, kesilapan kerana
ayat kabur dan kesilapan kerana pemilihan perkataan atau imbuhan
yang tidak tepat. Semasa guru menggunakan satu teknik pengajaran
yang melibatkan aspek lisan seperti teknik perbincangan reflektif,
inkuiri, panel, sumbang saran dan sebagainya, sebenarnya guru itu
telah mendedahkan pelajar kepada suasana membentuk ayat secara
lisan.
iv. Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan
perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang
tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. Malahan
kesalahan makna merupakan kesalahan yang sangat serius kerana
maknalah yang akan menentukan maksud sesuatu ayat atau perkataan
tetapi kesalahan ini dianggap serius oleh sesetengah pihak khasnya
pihak-pihak media cetak dan media elektronik. Media elektronik
umpamany seringkali tidak dapat membezakan antara perkataan dari
dan daripada, manakala media cetak pula sering melakukan
kesilapan-kesilapan perkataan antara dan di antara, atas dan di
atas.
v. Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan
kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau
perbualan dalam situasi yang berbeza.
4.5. Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif
LATIHAN 1
Dengan merujuk bahan multimedia, dapatkan maklumat berkaitan
dengan komponen-komponen bahasa dan bahasa reseptif dan bahasa
ekspresif . Catatkan dapatan anda tersebut dalam bentuk grafik dan
bentangkan.
LATIHAN 2
Berdasarkan pemerhatian anda, jalankan aktiviti untuk mengesan
kemahiran lisan bagi murid-murid dalam kelas anda.
Berdasarkan pentaksiran dan pengalaman anda, bincangkan hasil
pentaskiran dalam mencapai matlamat pengajaran dan perancangan
intervensi terhadap murid-murid anda.
LATIHAN 3
Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan
masalah pembelajaran asas murid-murid adalah melalui pengujian dan
sampel kerja, Secara berkumpulan anda dikehendaki menjelaskan cara
pentaksiran tersebut.
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.