7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP 3108 http://slidepdf.com/reader/full/isi-pelajaran-interaksi-1-pkp-3108 1/21 PKP 3108 :Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II 1.1 Sipnosis Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991), tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi . Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pemulihan Khas tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis. Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembangan menulis, masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis. . 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis, 2. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan, 3. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis. 1 TAJUK 1 Kemahiran Menulis
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkanperasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor,dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, danHoffman, (1991), tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkanpengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi .
Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi,ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulahia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu
menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingindisampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pemulihan Khas tidakmenguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis.
Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembangan menulis,masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis.
.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis,
Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbolgrafik yang disusun berdasarkan
pertuturan yangmembentuk perkataan-perkataan dan seterusnyamenjadi ayat.
(Kamaruddin Hj. Hussin, Siti Hajar Abdul Aziz : 1997)
Tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untukmenunjukkan pengetahuan mereka dalammatapelajaran akademik yang lebih tinggi.(Hughes, Mercer, Lenz, Hoffman : 1991)
Tulisan adalah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea.Manakala menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi bahasa yang tersusun dan teratur bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat berkomunikasi.
Oleh itu kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu
diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta
tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan imaginatif.
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran
menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku
1.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis
didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti
menggenggam, meramas, melorek,mencubit, menggentel, memegang, dan
sebagainya. Kesemua kemahiran inidiajar secara tidak langsung menggunakan
berbagai alat dan permainan.Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan
pengamatan visual melaluilatihandan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak
juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan
pelbagai jenis pola danstruktur ayat mudah.Pengajaran kemahiran menulis di
sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepadatiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin,
1988):
i. peringkat pra menulis
ii. peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis)
1.5.1 Peringkat Pra menulis
Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah
mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari
serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan danmengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya
lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan
betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan
dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat. Pada
peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih
pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata
melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-
kanak.
Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya
sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.
Pilih satu masalah tulisan yang dihadapi pelajar dan bincangkan tindakan
pemulihan yang boleh dilaksanakan untuk membantu pelajar berkenaan.
PKP 3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II
d. kualiti garisan
e. saiz huruf dan keselarasan
f. kepantasan
1.7 Strategi pemulihan masalah tulisan /pratulis
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaan kemahirantulisan mekanis dan juga untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan. Kaminsky danPowers (1981) mencadangkan bahawa suatu program pengajaran kemahiran tulisanmekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
i. mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada ruangyang lebih kecil
ii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;
iii. menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar menyurih(tracing) model huruf;
iv. sediakan banyak sesi latihan menulis;
v. melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan merekamengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; dan
vi. menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses yangsukar dan memerlukan galakan dan sokongan.
Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secaraterkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence)dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat menghalang pelajar daripada melakukankesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulis huruf yang salah.Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yang mengalamimasalah tulisan adalah disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti ingatan jangkapendek, pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, koordinasi mata-tangan,
dan lemah otot-otot tangan. Oleh itu aktiviti pengajaran hendaklah mengambil kiramasalah-masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan peringkat demi peringkat.
Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran pemulihantulisan pelajar.
i. Latihan memegang pensel dengan betul.
ii. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis.
iii. Membuat garis-garis lakaran.
iv. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.
v. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan
huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.
vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi mata-tanganseperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak, menyambungtitik, memadankan, mencari jalan keluar, dan sebagainya.
Terapi dapat membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih
baik . Kemampuan sesaorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang
ada akan lebih berjaya. Malah terapi dapat meningkatkan tahap kefungsian seharian
dan mencegah ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah
mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
Keperluan terapi
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :·
• Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap
sesuatu kemahiran
• Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan
Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan, intervensi danpenilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Perkhidmatan inimelibatkan aktiviti seperti:
• Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai
masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus .• Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-
kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik danaktiviti koordinasi mata dan tangan.
• Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan
aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan.
• Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiranpergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktivitikemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan.
• Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalahfizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihaksekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut.
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.
Terapi seni adalah sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar. Pelajar datangdari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa,persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluandemi merungkai masalah yang dihadapi menjadi bertambah serius. Terapi seni yangsistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyaimasalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilaisecara tersurat dan tersirat.
Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah lagimengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti pemulihan guruperlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting supaya pengajarannyaakan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:
i. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu;
ii. latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;
iii. suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang sesuaidengan pelajar;
iv. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ;
v. langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkan kepada
pelajar;
vi. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;
vii. buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihanmenulis di rumah.
Setelah pelajar sudah boleh menulis, guru sudah boleh memperkenalkan tulisansambung kepada pelajarnya. Tulisan sambung boleh membantu pelajar daripadamelakukan kesalahan menulis kerana tulisan sambung mempunyai urutan garisannya