TAJUK :ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA,
AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME
1.0 PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana
dengan segala rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan yang
diamanahkan kepada saya. Terima kasih tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing di atas tugasan yang diberikan. Sekiranya
tiadanya tugasan ini, maka ceteklah ilmu saya sebagai seorang
pendidik.
Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang memahami akan
waktu kesibukan dalam menyiapkan tugasan. Dorongan dan sokongan
serta pertolongan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sesungguhnya,
segala pengorbanan yang dicurahkan tidak dapat diungkapkan dengan
kata-kata dan perbuatan.
Begitu juga rakan-rakan seperjuangan dan juga rakan sekerja.
Sesungguhnya, pertolongan dan tunjuk ajar kalian juga tidak
terbalas dengan kata-kata. Hanya tuhan yang dapat membalasnya.
Sekian, terima kasih.
2.0 PENGENALAN Pendidikan adalah perkara yang penting dan
sememangnya menjadi keutamaan dalam hidup manusia. Kualiti
pendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti
pendidikan perlu diperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan
kualiti pendidikan terpelihara guru merupakan fokus utama. Guru
adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanak yang akan
menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan
Negara pada masa depan. Guru memainkan peranan yang amat
penting.
Selain menyampaikan ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi
contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,guru mestilah
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang
baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi
berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih sempurna.
Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana
guru menjadi contoh kepada murid-murid.
2.0 ISU DARIPADA KLIP VIDEO2.1 The Inviligator-Peranan guru
pembimbing dalam memotivasikan guru pelatih.
2.2 Video Cikgu Shaari-Guru Tidur dalam kelas
ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUNTABILITI DAN
PROFESIONALISME
Merujuk kepada buku Asas Kepimpinan dan perkembangan
Profesionalisme Guru, profesion adalah merujuk kepada suatu
pekerjaan yang melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk
mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu
pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang
oleh seseorang indivdu diperlukan. Manakala menurut Kamus Dewan
(2005), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas.
Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk
kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion.
Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod
etika yang mengawal tingkah laku ahli. Manakala profesional pula
bermaksud guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus,
berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada
kod etika yang tersendiri.Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan,
profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada
segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang
telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu
mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada
akhbar.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), etika perguruan
yang diwujudkan oleh kerajaan akan memartabatkan profesion
perguruan itu sendiri. Kod etika menyediakan garis panduan
bagaimana guru harus bertingkahlaku dalam profesion perguruan. Kod
ini merupakan panduan kepada guru dan ia adalah amat sesuai untuk
dirujuk serta diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan telahpun
menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan di mana ia dapat membantu
guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
Berdasarkan klip video The Inviligator dan video cikgu Shaari
jelas menunjukkan profesion yang di lakonkan adalah profesion
perguruan. Jika dilihat kepada kedua-dua watak yang dimainkan,
cikgu Amira merupakan guru pelatih yang akan menamatkan latihan
perguruannya manakala cikgu Shaari adalah guru yang telah lama
berkhidmat sebagai guru. Namun apa yang dilihat dalam lakonan ini,
kedua-dua guru ini mempunyai masalah tersendiri yang boleh
mengakibatkan integriti seorang pendidik tercemar. Namun,
penyelesaian kepada masalah yang berlaku ini haruslah ditangani
dengan cara yang betul agar etika sebagai seorang pendidik dapat
dipupuk dalam diri seorang pendidik.
Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah
merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya
mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait
rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Secara
umumnya, seorang guru perlu memahami muridnya yang ada di dalam
kelas. Guru juga perlu menghadiri kelas pengurusan emosi dan perlu
memastikan setiap muridnya tidak berpuak-puak. Apa yang penting
sekali ialah guru tidak boleh bersikap pilih kasih dan perlu adil
kepada muridnya.
Filem The Invigator ini memaparkan bagaimana seorang guru
pratikum iaitu Cikgu Amira menghadapi kegagalan menguruskan kawalan
kelas sehingga mengakibatkan pelajar tidak menghormati beliau
selaku guru yang berada di hadapan. Kegagalan memberi tumpuan oleh
pelajarnya di dalam kelas mengakibatkan guru tersebut bertindak
atas ikutan emosinya dengan memarahi pelajarnya. Pelajar yang
dimarahinya adalah seorang pelajar yang tidak membuat bising
sebaliknya menyiapkan tugasan guru lain. Ini adalah lumrah seorang
guru, bilamana mereka memarahi kepada pelajar yang tidak
sepatutnya. Sepatutnya kemarahannya perlu dizahirkan kepada murid
lain yang membuat bising dan menggangu suasana pembelajaran dan
pengajaran atau nama baru pembelajaran dan pemudahcaraan, PdP.
"Bodoh betul la.." adalah kata-kata yang tidak sepatutnya
dilemparkan kepada seorang guru seterusnya mengakibatkan guru
tersebut beremosi dan marah kepada muridnya. Kemarahan, putus asa
dan perasaan kecewa mengakibatkan guru tersebut terasa seperti
hendak keluar dari dunia pendidikan. Cikgu Amira bertindak secara
tidak profesional dengan keluar dari kelas sedangkan masanya tidak
habis lagi. Sebagai seorang guru yang beretika, kita perlu
meletakkan kepentingan pelajar di atas berbanding kepentingan
emosi. Tetapi atas kapasiti kita sebagai manusia kadang-kadang kita
tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Pada pandangan saya, bagi mengatasi perkara ini, seharusnya
Cikgu Amira tidak boleh terus marah kepada pelajar tersebut,
sebaliknya bertanya dahulu apa masalah mereka, selami mereka,
dapatkan kepercayaan mereka kepada kita, barulah mereka akan
menghormati kita. Bagi menjadikan cikgu Amira seorang guru yang
efektif , dia perlu dihantar menghadiri kursus untuk memantapkan
lagi ilmu keguruan. Cikgu Amira juga perlu diberikan guru
pembimbing yang banyak pengalaman dalam mengajar. Cikgu Amira juga
perlu memastikan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan
ciri-ciri murid di dalam kelas.
Secara logiknya, dalam menyelesaikan masalah ini ialah
Sepatutnya Cikgu Amira bertanyakan kepada guru kelas bagi
mengetahui tentang latar belakang setiap murid yang terdapat di
dalam kelas itu sebelum mula mengajar kelas tersebut. Ini sedikit
sebanyak dapat memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran Cikgu
Amira apabila dia sudah sedia maklum akan masalah bakal murid yang
diajarnya. Rancangan Pengajaran Harian juga boleh diubahsuai
mengikut keperluan dan juga kemampuan muridnya setelah disemak oleh
guru pembimbing.Seorang pendidik perlu progresif dan saintifik
dalam setiap perkara yang berlaku. Guru juga harus memajukan dan
memperkayakan diri dengan menambah ilmu melalui pembacaan,
menghadiri kursus dan melanjutkan pelajaran serta jangan mudah
terpengaruh dengan emosi apabila melibatkan murid. Sesungguhnya
Orang yang hidup harus bersikap berani menghadapi risiko. Salah
satu jenis risiko adalah menghadapi masalah dalam kehidupan dan
pekerjaan. Masalah boleh mematangkan seseorang apabila dihadapi
dengan tabah.
Manakala video klip cikgu Shaari pula melakonkan perwatakan
seorang guru yang tertidur semasa berada di dalam kelas.Namun
begitu beliau tidak mempunyai ciri-ciri guru yang profesional.
Masuk kelas dan terus tulis di papan hitam dan murid membaca
seorang demi seorang. Tiada tajuk. Tiada objektif yang diterangkan.
Tiada set induksi untuk menarik minat murid belajar. Adakah ini
dapat kita katakan guru mengajar dan murid belajar?Keadaan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh Cikgu Shaari sangat
menyedihkan. Apa yang dapat saya lihat murid kelihatan mahu
belajar, bersedia untuk belajar tetapi persediaan untuk mengajar
tidak ada. Jika ini berlaku maka generasi akan datang memandang
bahawa seorang guru hanya datang dan masuk kelas untuk melihat
murid sahaja. Dalam etika keguruan guru haruslah mempunyai sahsiah
yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.
Guru tidak bersemangat dan tidak membangkitkan semangat murid.
Kaedah latih tubi membaca yang diberikan tetapi tiada kepelbagaian
aktiviti. Ini menunjukkan beliau tidak mengikut tatasusila
profesion keguruan iaitu tanggungjawab kepada murid. Murid hanya
membaca dan aktiviti ini bukan sahaja membosankan murid malah turut
membosankan guru yang mengajar. Kesan daripada kebosanan Cikgu
tidur dan murid bermain. Kesan daripada tingkahlaku Cikgu Shaari
akan mencemarkan sifat profesioanalisme dan akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesionnya. Adalah amat penting
bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak mencemar
kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan
masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru.Cikgu Shaari
tidak menjalankan tanggungjawab utama guru terhadap anak muridnya.
Kegagalan Cikgu Shaari dalam membuat persediaan mengajar dan
mengawal kelas dapat dilihat apabila Cikgu tertidur. Kepentingan
murid adalah mengatasi semua kepentingan lain.Sebagai seorang guru,
Cikgu Shaari haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam
usaha membentuk tingkahlaku murid ke arah matlamat yang diterima
oleh masyarakat. Ini bermaksud apabila murid melangkah masuk ke
sekolah, guru merupakan orang yang paling tua orang yang paling
diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar.Cikgu
Shaari juga haruslah tidak menanam sikap yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara. Ini bermakna sebagai
pendidik guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya
dan tidak mementingkan kehendak masyarakat.
Berdasarkan kes yang dinyatakan di atas, guru yang terbabit itu
telahpun melanggar beberapa kod etika guru yang telah ditetapkan.
Pertama, seperti mana yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan,
seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru yang
terbabit telahpun mencetuskan pergaduhan antara dua orang pendidik
di mana tingkah laku yang kurang sesuai dan kurang sopan
ditunjukkan di depan murid yang ramai. Hal ini sanggup menjejaskan
sifat profesionnya dan seterusnya mampu menyebabkan kehilangan
kepercayaan dari anak murid, ibu bapa, serta masyarakat terhadap
profesion perguruan. Kedua, seorang guru haruslah bertugas sebagai
pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku
murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh
masyarakat. Purata seorang pelajar menghabiskan masa di sekolah
setiap hari adalah selama 8 jam atau lebih.Kesemua aktiviti yang
diakan di sekolah memerluka kehadiran guru sebagai penasihat atau
pembimbing.Tidak hairanlah jika terjalin satu ikatan silaturahim
yang cukup erat antara guru dan murid. Oleh itu, guru haruslah
berusaha untuk membentuk tingkah laku murud-murid supaya ianya
dapat diterima oleh masyarakat dan bukannya menunjukkan kelakuan
yang negatif itu di depan mereka. Hal ini sanggup memesongkan
fikiran murid-murid dalam aspek membentuk tingkah laku yang
positif.Selain itu, ternyata juga dalam Kod Etika Perguruan bahawa
seorang guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi
contoh teladan yang baik terhadap murid-murid. Murid sering melihat
guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Guru yang dilihat
sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan
dijadikan idola oleh seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru
seperti ini berupaya untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya
dalam hidup lalu menjadi seorang insan yang berguna di dunia ini
sama seperti guru mereka itu. Bayangkan jika semua murid
mengjadikan guru sebagai role model, apa yang akan berlaku akibat
daripada pergaduhan antara dua orang pendidik itu? Sudah tentu
sesuatu yang tidak baik akan selalu diingat oleh murid bagi suatu
masa yang panjang.Di samping melanggar Kod Etika Perguruan, guru
yang terbabit itu juga melakukan kesalahan ataupun boleh dikatakan
tidak melaksanakan akauntabiliti dengan sempurna. Mengikut Kamus
Dwibahasa , perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab
terhadapsesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti
adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan
mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak
untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga
adalahmengenai disiplin dan keperluan untukmemberikan justifikasi
dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.Akauntabiliti keguruan pula bermaksud tanggungjawab
yang harus difahamidan dilaksanakan oleh seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan juga membawamaksud tanggungjawab guru
terhadap profesionalismekeguruan. Akauntabiliti atautanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti guru
terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakatdan
negara, danprofesion perguruan amnya.Dalam kes yang dibincangkan
itu, guru yang terbabit itu boleh dikatakan tidak melaksanakan
akauntabilitinya terhadap keempat-empat pihak iaitu akauntabiliti
terhadap murid, ibu bapa, profesion perguruannya serta masyarakat
dan negara. Pertama, dari aspek akauntabiliti terhadap murid, guru
tersebut sepatutnya mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid
daripada hal-hal yang lain. Beliau juga perlulah menunjukkan
penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang baik sepanjang masa
dan berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan
dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada murid. Hal
ini adalah disebabkan guru dianggap sebagai individu yang ideal,
berstatus dan berkelayakan, maka tingkah laku guru akan menjadi
ikutan murid seperti kata pepatah jika guru kencing berdiri maka
murid kencing berlari dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan lurus. Justeru, guru seharusnya menjaga tingkah
laku diri sendiri dan berusaha menunjukkan sesuatu yang dapat
memberi contoh yang baik kepada murid.Kedua, akauntabiliti terhadap
ibu bapa. Seseorang guru haruslah mengelakkan diri daripada
mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap guru. Kelakuan kedua-dua
pendidikan tersebut telah menjejaskan imej seorang pendidik di
depan murid dan hal ini seterusnya akan tersebar sehinggalah ke
telinga ibu bapa. Impak daripada kejadian tersebut ialah
kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap guru akan terjejas dan
ianya bukan sahaja ditujukan kepada guru yang terbabit itu, malah
guru-guru yang lain yang tidak terlibat juga tetap
terpengaruh.Seterusnya adalah akauntabiliti terhadap rakan sejawat
dan profesion perguruan. Seorang guru sepatutnya sanggup mengawal
diri demi mengelakkan diri daripada membuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru. Akan tetapi, guru yang terbabit
dalam kes tersebut bukan sahaja melakukan sesuatu yang menjatuhkan
maruah dirinya, malah juga mencemar nama baik guru yang lain. Hal
ini seterusnya akan menjejaskan profesionalisme perguruan dan
akhirnya pihak-pihak yang tidak bersalah juga tetap menerima
impaknya.Dari aspek akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara,
seseorang guru itu sepatutnya mengelakkan diri daripada menyebarkan
sesuatu ajaran yang bertentangan dengan Rukunegara dan haruslah
berusaha untuk memupuk sikap dalam diri murid dengan nilai yang
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang lain serta
berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Malangnya, guru tersebut menunjukkan tingkah laku yang kurang sopan
di depan murid, dan hal ini adalah bertentangan dengan salah satu
prinsip Rukunegara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Tingkah laku
yang tidak baik ini bukan sahaja tidak dapat memupuk sikap dalam
diri murid yang positif malah ia sanggup membina kelakuan yang
negatif di kalangan murid.Berdasarkan perkara-perkara yang
dibincang di atas, salah satu punca yang mencetuskan kes tersebut
adalah tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut. Pada abad ke-21
ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan
daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan
kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana
pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian
dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi
murid. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut paradigma
dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada
tekanan terhadap guru. Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana
guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh
pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas
utama meraka di dalam bilik darjah. Dalam proses melakasanakan
tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan
masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat
menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka
akan mengalami tekanak emosi.Mengikut Kyriacou (2000), stres guru
merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini
seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan
akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka, stres
merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara
atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan
berlaku.Secara umumnya, punca stress di kalangan guru boleh
dibahagikan kepada dua aspek, iaitu punca profesional dan punca
peribadi. Dalam aspek profesional, ia boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu persekitaran kerja, perubahan dan beban kerja. Pertama,
persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca
berlakunya stres kepada guru yang terbabit dan seterusnya menjadi
pencetus bagi kes tersebut. Misalnya ruang kerja yang sempit dan
kelas yang tidak selesa telahpun menimbulkan ketidakselesaan kepada
guru tersebut sebelum kes itu berlaku. Kedua, perubahan peningkatan
populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang
memberikan impak negatif dalam tingkah laku murid menyebabkan guru
harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan
peribadinya. Seperti mana yang berlaku dalam kes tersebut, guru
dipercayai gagal mengawal kelas. Hal ini mungkin disebabkan
perubahan tingkah laku murid tidak dapat disesuaikan oleh guru
tersebut dan akhirnya perubahan ini menyebabkan terganggunya sistem
keseimbangan dalam diri guru tersebut. Seterusnya beban kerja.
Pihak guru pula saban hari dibebani dengan pelbagai tugas yang
semakin mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru sentiasa
dituntut, komitmen guru sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya
pengorbanan guru kelihatan agak kurang ditonjolkan oleh masyarakat.
Oleh yang demikian, bebanan kerja yang semakin meningkatkan
menyumbang kepada tekanan emosi guru. Dalam aspek peribadi pula, ia
boleh dibahagikan kepada dua perkara yang paling utama, iaitu
kesihatan, kewangan. Kesihatan merupakan faktor yang amat
mempengaruhi tingkah laku seseorang. Dalam kes ini, kesihatan guru
tersebut pada hari kejadian mungkin berada dalam keadaan yang
kurang baik. Justeru, emosi guru tersebut terganggu apabila
berhadapan dengan teguran dan rakaman yang dilakukan oleh guru
besar tersebut. Selain itu, masalah kewangan juga dijadikan salah
satu perkara yang turut membangunkan tekanan seseorang guru. Gaji
guru lebih rendah berbanding dengan profesion yang lain. Oleh yang
demikian, guru tersebut mungkin menghadapi masalah kewangan pada
masa itu dan ianya merunsingkannya pada setiap masa. Maka, emosi
dan tingkah laku yang negatif daripada guru tersebut dengan
mudahnya dicetus. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan
menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah
buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan
perlu diambil. Pertama, meningkatkan kesedaran terhadap Kod etika
keguruan. Sebagai seorang guru, kita diingatkan agar tidak
bertindak melanggar etika, melampaui batas peraturan atau
undang-undang kerana ianya sesuatu yang perlu dihayati dan
dibangunkan secara dalaman dan bukan semata-mata takutkan tindakan
tatatertib apabila melanggarnya. Seseorang individu yang menghayati
etika perkhidmatan tidak akan melanggarnya bukan kerana takut
kepada tindakan yang akan dikenakan kepadanya, tetapi akan berasa
amat bersalah dari segi profesion perkhidmatannya.Kedua, memupuk
profesionalisme perguruan. Dalam usaha memupuk profesionalisme
perguruan, upacara kemasukan guru pelatih merupakan salah satu
caranya bagi pihak berkuasa meningkatkan kesedaran guru pelatih
terhadap profesion dan kod pemakaian semasa hari sambutan. Selain
itu, pertubuhan guru juga boleh mengadakan banyak aktiviti seperti
forum, seminar, kursus dalam pendidikan, konvensyen dan
penyelidikan untuk memperbanyakkan ilmu yang berhubung rapat dengan
pendidikan seperti sosiologi, kepimpinan dan isu semasa. Di samping
itu, bimbingan pengurusan atasan juga merupakan perkara yang
penting dalam memupuk profesionalisme perguruan. Pendidik guru atau
guru besar wajar adalah mental model. Mereka harus menampilkan
perkara yang baik dan berkualiti agar dapat dicontohi oleh guru
permulaan dan guru pelatih.Ketiga, kesedaran akauntabiliti
seseorang guru. Dengan memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat
memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti
haruslah dihayati sepenuhnya kerana ia akan dapat meningkatkan
tahap profesionalisme keguruan. Hal ini adalah kerana penghayatan
tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan
tugas-tugasnya denganpenuh komitmen dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan
akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itubenar-benar
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan
berkesan. Peningkatan dalam bidangtersebut melambangkan tingginya
kualiti seseorang guru yang juga akanmeningkatkan
tarafprofesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
melaksanakan tugas itu denganbersungguh-sungguh dan penuh
dedikasisekiranya guru tahutanggungjawabnya terhadap kerjayanya.
Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu
lebihbertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang dilaksanakannya.
Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru.
Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap
tugas, maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan
akan gagal melahirkan modal insan seperti yang dicita-citakan
negara. Hal ini seterusnya akan menjatuhkan martabat profesion
perguruan oleh kerana perbuatan yang tidakbertanggungjawab terhadap
amanah yang diberikan.Keempat, menangani stres yang dialami. Stres
jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik.
Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani
stres dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan
masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stres tersebut,
individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan
berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika
seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru
tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan
disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak
realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin
dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar
tidak lagi mengganggunya.Secara kesimpulannya, situasi sebegini
akan menjadi lebih buruk jika ada sejarah ketidakpuasan atau dendam
masa lampau yang terpendam di hati dan tidak diluahkan dengan cara
yang profesional. Walau bagaimanapun, sebagai pendidik bangsa,
bergaduh di depan murid merupakan suatu perbuatan yang tidak wajar
dilakukan. Hal ini demikian kerana golongan guru harus menunjukkan
contoh dan tauladan yang baik kepada anak didik. Kalau boleh di
hadapan muridkita tidak boleh menunjukkan kelemahan diri kita
sebagai guru yang sentiasa dihormati dan dipandang tinggi. Jika
beginilah yang terjadi, percayalah sehingga ke 1000 tahun lagi,
kita akan tetap diingati oleh murid-murid kita sebagai guru yang
bergaduh di hadapan mereka.Kemarahan yang disebabkan tekanan
peribadi, kerja, kewangan dan sebagainya hendaklah ditangani dengan
sebaik-baiknya. Jangan sampai kita disesatkan dan kewarasan kita
dilenyek-lenyek oleh hasutan iblis dan syaitan. Belajarlah bersabar
walaupun pedis untuk melakukannya kerana kesabaran bisa meranapkan
gunung kemarahan yang ghairah memuntahkan larvanya. Jadikanlah
peristiwa ini sebagai ikhtibar kepada pendidik lain di seluruh
negara. Tindakan ini bukan sesuatu yang baik untuk dicontohi,
bukannya sesuatu yang elok untuk diteladani. Semoga masalah ini
menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Buka buku baru dan
mulakanlah hidup baharu. Buang yang keruh dan ambilah yang jernih.
Dalam pada itu, jangan pula ada sesiapa yang cuba menangguk di air
keruh kerana tindakan itu mungkin hanya seperti tikus yang membaiki
labu. Selesaikanlah dengan kemaafan kerana kemaafan itu merupakan
dendam yang terindah. Percayalah, nafas kita akan lebih lancar
selepas mengucapkan kata-kata Maafkanlah saya, saya berjanji tidak
akan mengulanginya lagi. Ucapkanlah walaupun susah kerana inilah
ubat yang paling mujarab untuk kita membina kembali hubungan yang
rapuh itu.
3.0 PUNCA TINGKAH LAKU GURU BERKAITAN ISU TERSEBUT Guru
ditengking pelajar Guru Beremosi Guru tiada menggunakan Kaedah
pengajaran Guru gagal mengawal pelajar Kesantunan
4.0 IMPLIKASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG TERHADAP GURU,
PROFESION PERGURUAN SERTA PIHAK-PIHAK LAIN
Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik,
berkemungkinan besar masalah ini akan menular dengan lebih teruk
lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru yang
negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri guru
tersebut sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa
gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan imej
negara Malaysia.
4.1 GuruAntara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang
melakukan perbuatan terlampau tersebut ialah dari segi hubungan
dengan murid. Hubungan guru dan murid menjadi semakin renggang.
Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk menuntut
ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid berasa tidak
selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan
guru dan rakan sejawatnya juga akan musnah kerana mereka hilang
kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak langsung, beliau
akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius
akibat daripada perbuatan keji itu.
Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait
dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak,
pemakanan dan masalah keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru
yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat
kesan yang buruk. Contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan
dicemuh oleh masyarakat. Perkara tersebut menyebabkan keluarga
beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi,
kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah
kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada
perbuatannya yang tidak senonoh itu.
Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh guru tersebut
pula ialah wujudnya persepsi yang buruk daripada masyarakat
terhadap beliau. Guru tersebut tidak lagi diterima oleh masyarakat
kerana masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan
tersebut. Selain itu, guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah
yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu
juga, guru tersebut tiada tempat dalam masyarakat dan beliau bukan
lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.
Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah masyarakat tidak akan
mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka
dengan baik sehingga menyebabkan peranan guru tidak lagi dipandang
sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu,
guru-guru lain yang tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan
malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan
guru lain yang berkelakuan negatif. Manakala, kesan jangka panjang
kepada guru yang lain ialah menyebabkan mereka sendiri tidak lagi
berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Bidang perguruan
akan mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu
pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan. Selain itu, guru-guru
yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku seorang
pendidik jika masalah ini terus berleluasa.
4.2 Profesion PerguruanKesan jangka pendek dari tingkah laku
negatif yang dilakukan oleh guru terbabit menyebabkan profesion
perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi
mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak
lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan
tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi
mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk
mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula,
profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu
bapa dan murid-murid itu sendiri.
Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan akibat
daripada perbuatan negatif tersebut ialah kepada generasi muda.
Mereka pasti tidak lagi berminat untuk menjadi guru. Kesannya,
profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang
berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan
tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam
pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi
bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan
kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan
profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.
4.3 SekolahKesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah
reputasi sekolah atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan
masyarakat terutamanya ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka
ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap
sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang
berkualiti kepada murid-murid. Manakala, kesan jangka panjang yang
menimpa sekolah pula ialah dilabel sebagai tempat yang tidak
bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual berleluasa
secara tidak terkawal.
4.4 Ibu bapa dan MasyarakatKesan pendek dari kes seks oral yang
berlaku menyebabkan hubungan ibu bapa dan guru menjadi renggang
kerana sudah tidak wujud kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai
pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Di samping itu juga,
masyarakat akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah
guru dan pentadbir sekolah. Manakala kesan jangka panjang yang
menimpa ibu bapa dan masyarakat pula ialah guru dipersalahkan
secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat
yang lain. Selain itu, isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada
pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi
pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang memalukan tentang
salah laku guru seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang
di muka hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi berita sensasi
yang menjatuhkan maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat.
4.5 Mangsa Gangguan SeksualKesan jangka pendek yang dialami oleh
mangsa gangguan seksual ialah kecenderungan berdiam diri,
bersendirian, murung dan sebagainya. Perkara tersebut menyebabkan
mangsa tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa
menurun. Tambahan pula, kesan jangka panjang ialah mangsa gangguan
seksual akan menjadi trauma dengan guru terutama guru lelaki. Kesan
jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi
dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat perkara yang
tidak diingini contohnya membunuh diri dan sebagainya.
5.0 KOD ETIKA GURU YANG BERKAITAN
Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan
antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan
apa yang salah. Kod etika guru adalah peraturan untuk membantu guru
yang profesional agar mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi
menjaga imej profesion. Di samping itu juga, etika dianggap sebagai
pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan
manusia dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap
etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.
Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap
ahli dalam profesion mengenai prinsip profesionalisme yang
dirangka. Ini bermakna setiap ahli yang juga guru sedia maklum
tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.
Fungsi kod etika juga ialah merupakan kawalan sosial untuk
masyarakat atas profesion yang berkaitan. Ini bemakna bahawa etika
profesion dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat supaya
lebih memahami kepentingan suatu profesion. Akhir sekali fungsi kod
etika ialah membantu para profesional mencegah campur tangan pihak
di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam
keanggotaan profesion.
Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam
menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab membimbing
murid-murid untuk mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika
perguruan terdapat empat tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam
profesion ini seperti yang telah dinyatakan iaitu melibatkan
tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru
dalam kes gangguan seksual, kita dapati guru tersebut telah
melanggar kod etika perguruan dan beliau tidak menunjukkan sikap
bertanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kes ini, sepatutnya guru
tersebut mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Namun guru
tersebut telah melakukan perkara yang sebaliknya terhadap
pelajarnya. Kes seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana telah
mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kesannya, murid tersebut
tidak lagi berasa selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran.
Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya
bertanggungjawab dalam menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan
tingkah laku yang dapat memberi contoh. Dalam isu gangguan seksual
ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam memberi contoh yang
baik kepada murid kerana telah menunjukkan tingkah laku yang
negatif dengan membuat gangguan seksual secara terang-terangan ke
atas murid tersebut.
Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru
tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh
mencemarkan imej dan sifat profesionalnya, sekaligus akan
menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah menanamkan sikap yang baik
terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi
warganegara yang taat setia dan berguna. Perkara tersebut berbeza
dengan guru yang dengan melakukan sikap yang tidak baik terhadap
muridnya.
Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas
sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku
murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Maka, guru
tidak seharusnya menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya serta
guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara. Kod etika ini jelas
menunjukkan bahawa guru yang melakukan gangguan seksual tidak
mengikut kod etika yang digariskan sebagai seorang pendidik.
Kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada semua guru
nyata sekali tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan
tingkah laku yang negatif tersebut.
6.0 CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU GURU YANG NEGATIF
Gangguan seksual yang berlaku ke atas murid bukannya penghujung
kepada kes yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin
suatu hari nanti, kes ini menjadi semakin serius jika tidak
ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif itu boleh
dibendung jika masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah
tersebut.
Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi
tingkah laku guru yang negatif. Melalui kaedah tersebut, kita boleh
membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang
dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid. Kebanyakan negara maju
telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi
mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai
gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita,
nilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki dan wanita,
pencabulan, penderaan seksual dan sebagainya.
Justeru, kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan
peranan yang penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya
dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi
masalah tingkah laku yang negatif. Pendidikan seks bukan sahaja
sesuai kepada murid, guru-guru dan masyarakat namun kepada pesalah
gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks bertujuan untuk
memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual yang
dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping
itu juga, pendidikan seks juga dapat mengetengahkan implikasi dan
kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka
terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.
Selain itu, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi
meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan
bertanggungjawab terutamanya yang melibatkan penjawat awam
khususnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi,
semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan
bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik.
Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika,
tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua
guru dalam kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan
gangguan seksual daripada terus berlaku. Nilai hidup yang positif
dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang
bertentangan dengan norma hidup yang sewajarnya dipertahankan.
Fullan (1993) menyatakan bahawa guru melibatkan diri secara
produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang
dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif
ini (gangguan seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO)
perlu menggembleng tenaga dengan bersama-sama menyediakan kemudahan
khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami
gangguan seksual serta guru yang melakukan gangguan seksual. Di
setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling
yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual.
Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan
guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika
mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone
(1974) mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing
individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan
dan kemahiran tertentu.
Penguatkuasaan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang
boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif.
Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual
dalam kalangan pendidik ini perlulah dibanteras dengan segera
supaya kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera.
Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman
dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini
agar tidak terus berleluasa. Dengan adanya penguatkuasaan seperti
itu, tingkah laku negatif dalam kalangan guru mungkin dapat diatasi
dan dibanteras dengan segera. Di samping itu juga, guru yang
melanggar etika perguruan perlulah dilucutkan jawatannya. Ini dapat
memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya tidak
melakukan perkara yang tidak bermoral ini.
6.0 RUMUSAN
Berdasarkan kepada hujah-hujah dan huraian yang telah dikupaskan
berdasarkan artikel tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa setiap
guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik, terpuji, dihormati dan
dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah
tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya
kepimpinan yang berkesan. Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru
adalah hasil daripada latihan yang diikuti semasa menjalani kursus
di institut perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap
sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori
penyampaian pelajaran yang berkesan.
Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan
perguruan atau tidak, dia mestilah mempunyai sahsiah diri yang
bagus terutamanya terhadap murid-murid. Guru yang mengamalkan
budaya pembelajaran pasti tidak akan lari dari tugasnya untuk
mendidik murid-muridnya dengan betul. Selain tugas dalam bilik
darjah, guru perlu mengetahui peranan-peranan lain yang diharapkan
oleh masyarakat.
Di samping itu juga, guru seharusnya berjaya mempamerkan
penampilan diri sebagai pendidik yang berkesan. Guru perlulah
mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara
yang jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan
etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket
sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku,
budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang
meyakinkan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi terutamanya
dalam perbualan sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen
pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan
etiket sosial yang disenangi semua.
Guru adalah individu yang sering mendapat perhatian walau di
mana sahaja mereka berada. Segala tindak-tanduknya sentiasa
diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi kewajipan
bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan
kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion
perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka
guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan
nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua
keadaan yang dihadapinya.