ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108 a) Bagaimanakah guru dapat menambahkan nilai profesionalisme bagi menghadapi dunia pendidikan yang penuh mencabar PENGENALAN Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang profesional. Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk kenaikan gaji serta cara bagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan kemuliannya di mata masyarakat seperti di zaman datuk nenek kita dahulu. Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang telah menyempurnakan latihan samada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar. Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal, informal atau nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar profesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad Sani Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002). Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guru terutama 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
a) Bagaimanakah guru dapat menambahkan nilai profesionalisme bagi menghadapi dunia pendidikan yang penuh mencabar
PENGENALAN
Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang
profesional. Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik
berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan
mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan
dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion
perguruan termasuk kenaikan gaji serta cara bagaimana profesion perguruan dapat
ditingkatkan kemuliannya di mata masyarakat seperti di zaman datuk nenek kita dahulu.
Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai
tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah
untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang
telah menyempurnakan latihan samada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat
pendidikan guru tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran mereka telah sempurna.
Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar. Kejayaan seseorang guru dalam
kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan
profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal, informal atau
nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar
profesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba
pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping
menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru
(Mohamad Sani Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002).
Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan
pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan
kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun mengajar di
sekolah masih mengguna cara lama dalam mengajar, misalnya. Borko (1998) menyatakan
bahawa guru-guru yang telah lama mengajar lebih menumpukan kepada penguasaan konsep
1
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
sebagai fokus utama dan kurang memberi fokus kepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana
dari penyelesaian masalah dalam subjek tersebut. Fokus kedua ini sebenarnya dapat diperolehi
dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam membina,
mengguna dan menilai pemikiran mereka. Sebagai contoh, untuk pengajaran matematik
misalnya, perlulah memasukkan lebih penyelesaian masalah dalam matematik, lebih
komunikasi antara guru matematik dengan pelajar dan mencari hubungkait antara idea
matematik dan aplikasi. Dengan ini satu perubahan perlu dilakukan di mana guru -guru di
sekolah perlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti pendidikan mesti menitikberatkan
kepentingan ilmu dan kerajaan negeri mestilah berusaha keras dalam menjalankan satu usaha
yang sistematik untuk mengembangkan pembangunan profesional para guru (Wu, 1999).
Hasil membangunkan profesional guru, kelak kita akan dapat membina kemahiran,
pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran, ketrampilan serta kemampuan untuk
berurusan dengan masyarakat sekolah dengan lebih baik. Mungkinkah profesional guru boleh
terbangun? Sekiranya pembangunan profesional guru tidak menjadi pelan utama bagi
Kementerian Pendidikan, sehingga itulah kita tidak akan memenuhi keperluan pendidikan bagi
semua pelajar (NJCLD, 2000). Untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan sahaja para guru
yang terlibat tetapi juga sepatutnya melibatkan banyak pihak termasuk pentadbir di jabatan
pendidikan, para-para pentadbir sekolah, staf sokongan dan penjaga atau ibu bapa. Ia mestilah
dianggap tanggungjawab bersama dalam mendidik anak bangsa kita.
Diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah sebagaimana yang
disarankan oleh Anna Cratt (1996) ialah ia dapat membaiki kemahiran prestasi kerja guru,
membaiki ketrampilan, menambah pengalaman untuk perkembangan kerjaya atau untuk naik
pangkat, membina pengetahuan profesional dan pemahaman seorang guru, meningkatkan
peribadinya, menghargai sumbangan guru, memberi kepuasan dari segi ikhtisas, meningkatkan
kefahaman guru, membolehkan guru menjangka dan bersedia untuk berubah dan
memperjelaskan polisi sekolah dan jabatan guru. Untuk membangunkan profesional guru perlu
dibuat dengan usaha yang teliti dan berhati-hati. Ini kerana, kita tidak mahu usaha kerajaan
yang mengguna dana yang banyak tidak mendapat hasil yang sepatutnya.
2
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
1.0 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Seorang guru yang profesional seharusnya seorang guru yang berilmu (content knowledge),
mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge), mempunyai sahsiah yang boleh
menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Diantara ciri sahsiah yang
perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi
untuk menjayakan apa sahaja program (Md Sani et al., 2008) seperti yang ditunjukkan didalam
Rajah 1 dibawah.
RAJAH 1: MODEL GURU
YANG PROFESIONAL
Bahkan guru yang
profesional juga seharusnya
mempunyai enam konsep
berikut iaitu berkemampuan
terhadap amalan
profesionalisme di dalam
bilik darjah, melaksanakan
amalan profesional di
sekolah, bertingkahlaku
secara profesional di dalam bilik darjah dan sekolah, bertanggungjawab untuk meningkatkan
profesion, menerima latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional dan
bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002).
IlmuIsi kandungan Mata pelajaranPedagogical Content KnowledgeBahanKaedah Teknologi
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
2.0 CABARAN YANG MEMPENGARUHI GURU DALAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru membuat
anjakan paradigma yang menyeluruh. Pergolakan dalam bidang pendidikan memerlukan guru
meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang
dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah
institusi pendidikan. Mengikut Sufean Husin (2008) cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
profesion keguruan dikategorikan kepada cabaran daripada pihak sekolah, cabaran daripada
murid, cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan ibu bapa, cabaran untuk memenuhi
harapan dan jangkaan negara, cabaran untuk memenuhi tuntutan perubahan masa dan
cabaran dalam diri guru itu sendiri terhadap profesion keguruan.
Cabaran Daripada Pihak Sekolah
Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi
peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Fenomena ini mencetuskan persaingan akademik
dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum dengan
mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam
masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi
untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Hal ini memberikan tekanan kepada
guru serta menambahkan lagi beban tugas mereka. Sekiranya peratusan kelulusan yang
disasarkan tidak dicapai, maka guru akan dianggap sebagai guru yang tidak komited dan
kurang berjaya. Selain daripada itu, masalah kekurangan guru, kekurangan prasarana dan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah sekolah turut
memberikan tekanan kepada guru. Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada
terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan
opsyennya. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat
4
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan
opsyennya. Bilangan murid yang ramai, keadaan bilik darjah yang sesak memburukkan
keadaan.
Cabaran Daripada Murid
Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru.
Pelbagai kerenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang, tahap
pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. Kewujudan
keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang
menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi
kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan
yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran
pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan
murid. Disamping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak minat untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan masalah yang perlu ditangani
oleh guru secara berkesan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, implikasi
terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius. Dalam hal ini, sokongan
daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang
timbul. Masyarakat dan ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan aktiviti anak-anak
mereka di rumah. Kolaborasi di antara pihak sekolah, masyarakat dan ibu bapa sudah tentu
akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan
pendidikan yang berkualiti.
Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa.
Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Tanggungjawab mendidik
seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. Kehendak ibu bapa yang
mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta
kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat
bagi guru. Ibu bapa juga cepat menyalahkan dan mempertikaikan tindakan guru terutama
5
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak
mereka. Suatu perkara yang amat penting bagi guru ialah mesti mengetahui latar belakang
murid dan keluarga, matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan
guru menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. Selain dari itu,
perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa dan sekolah perlu
dimantapkan supaya proses pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kurang
memberikan tekanan kepada guru.
Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara
Guru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan modal insan
demi kemajuan negara di masa hadapan. Peranan guru dalam merealisasikan misi dan visi
negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara.
Dalam konteks ini, guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan negara terhadap golongan
guru. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk
Pembangunan Negara merupakan antara dokumen yang perlu difahami dan dihayati oleh guru
dalam usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan.
Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi yang
menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi cabaran yang
perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Cabaran yang dihadapi oleh guru
melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa menuntut
guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui perubahan
kurikulum akan dapat dicapai. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan kepada
guru.
Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa
Cabaran utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam
menghadapi era globalisasi dan k-ekonomi. Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran
utama guru dalam era k-ekonomi iaitu: 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat
berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya;
2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi;
dan 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi
pendidikan dengan menggunakan kos yang minima. Dalam hal ini, bidang pendidikan dan guru
6
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
adalah diharapkan berfungsi sebagai penyelamat masyarakat. Masyarakat yang
berpengetahuan merujuk kepada sistem ekonomi yang dijana melalui aspek kreativiti dan
keaslian. Hal ini menyebabkan masa hadapan dan kemakmuran negara bergantung kepada
kemahiran tenaga kerjanya (k-worker) yang meliputi aspek menterjemahkan idea yang
kompleks, mengambil peluang daripada perkembangan sains dan teknologi serta
menyelesaikan masalah yang belum pernah dihadapi. Tambahan pula, golongan k-worker ini
diharapkan akan dapat memberikan nilai tambah kepada sebarang bentuk produk dan
perkhidmatan yang dihasilkan. Sehubungan itu, sekolah dan guru adalah diharapkan dapat
memainkan peranan penting dengan sebaiknya dalam menyediakan murid dengan kualiti
tersebut dan memperkembangkan pengajaran tentang kreativiti dan keaslian. Justeru, guru dan
sekolah adalah diharapkan akan dapat melahirkan modal insan yang berfungsi untuk
kesejahteraan diri dan menyumbang ke arah pembangunan negara.
Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik
selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara. Tekanan beban kerja,
penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan
pendapatan yang tidak setanding dengan golongan profesional lain boleh dikaitkan dengan
tahap motivasi dalaman guru. Faktor bebanan tugas yang boleh menimbulkan fenomena ‘burn
out’ dalam kalangan guru, imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang
kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang
mulia ini.
3.0 CADANGAN MEMBANGUNKAN PROFESIONALISME GURU
Perkembangan profesional guru sepatutnya mampu membawa perubahan kepada organisasi
sekolah dan meningkatkan sistem perguruan. Dalam menghadapi zaman yang teknologinya
berkembang dengan begitu pesat dewasa ini, guru harus mempersiapkan diri mereka dengan
profesionalisme diri supaya seiring dengan perkembangan zaman.
Secara amnya, usaha-usaha kearah membangunkan modal insan seorang guru dapat
dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam 10 Prinsip Islam Hadhari
(Abdullah Md. Zain, 2007). Diantaranya ialah dengan memperbetulkan dan memperkasakan
pengetahuan umat Islam tentang Tasawwur Islam, memperkasakan ketakwaan dan keimanan
7
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
umat Islam, mempertingkatkan usaha penguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan
besepadu antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, melahirkan lebih ramai pakar dalam
pelbagai bidang dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam membangunkan negara,
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam semua bidang,
memperbanyakkan hasil kajian baru yang boleh dimanfaatkan semua manusia dan
menonjolkan peranan ilmuan dan sumbangan mereka kepada pembangunan ummah serta
berusaha menjadikan mereka sebagai role model dalam masyarakat yang bertamadun.
Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru
dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri
dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan
tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan
dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.
Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem
pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru
yang lebih berpengalaman bertindak sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing
kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan
profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih
sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran
melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina
persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya
bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya,
malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada
kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor
untuk membimbingnya.
Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan
membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat
meningkatkan profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat
menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002).
Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir
alam ini. Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang.
Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan
dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan,
8
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat.
Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan
penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher Education
Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.
Mengadakan program perkembangan staf. Diantara peranan yang dimainkan oleh
perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu,
ketrampilan dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan
kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah
mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau menggerakkan
profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Malah, banyak kajian tentang
perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama
dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan memberikan perspektif baru yang
penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).
Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik
mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya
menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara
berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus.
Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek,
mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan
trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang
ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah
masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains dalam
Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.
Aktiviti-aktiviti dalam ‘Lesson Study’ melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam
pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan
pembinaan silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik
dengan kegiatan pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, ‘Lesson
Study’ dibuat dengan guru membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari
9
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
perspektif pelajar matematik. Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru
dikatakan boleh membina soalan matematik yang lebih bagus. Ia ternyata dapat
meningkatkan profesional guru dari segi pengajaran dan pelbagai metod pengajaran.
Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih
jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh
guru-guru dan pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan bertambahnya pelbagai
bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.
Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di
sekolah. Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai ‘guru tahu
apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang
dilakukan’. Selain itu guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan
penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan,
dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan
reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa
menambah nilai baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan
amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.
Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia
adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah
melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan,
perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai
satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya
satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan
dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah
berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat
baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat
mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et
al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan
peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan dalam proses
10
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan
akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.
Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-
masing. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk
merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar
yang sama. Guru dalam satu kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang
diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran. Ini akan memberi kekuatan pada
kumpulan dan perkembangan setiap ahli. Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan
prestasi pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran.
Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh
membina kefahaman yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini
boleh membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan. Kajian mendapati bahawa
pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan dalam
pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).
Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru
dalam meningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru
dari luar negara yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat
kita. Contoh yang ada sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Didalam
model ini terdapat 3 bengkel yang saling berkaitan untuk guru matematik menyelesaikan
masalah matematik. Proses penyelesaian ini akan memberi peluang guru matematik
untuk berkongsi pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar. Disini guru
juga akan memikirkan secara mendalam tentang isi kandungan matematik dan arahan
dalam matematik. Guru dan fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat
untuk bengkel pembangunan profesional termasuk matlamat untuk silibus matematik
dan meninjau latihan pedagogi yang baru (Jacob, 2005). Model ini dianggap sangat
penting dalam membina profesional guru. Ini adalah kerana dalam membina masyarakat
yang produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar sangat
memerlukan penerapan ilmu matematik yang berkesan. Ilmu tentang matematik sangat
besar peranannya dalam pembentukan diri pelajar dimasa akan datang.
11
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme
guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru
yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada
matlamat dan nilai organisasi masing-masing.
b) Bincangkan sejauh mana guru yang mengamalkan budaya ilmu dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Analisis jawapan anda dengan merujuk kepada model peringkat perkembangan guru dan kepimpinan sekolah.
1.0 PENGENALAN
Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru menyempurnakan
latihan di Institut Perguruan, universiti atau institusi pendidikan yang berkaitan. Guru terlatih
yang berjaya dengan cemerlang menamatkan latihan keguruan tidak seharusnya menganggap
proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Pendidikan praperkhidmatan
keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi
prasyarat profesion keguruan.
Pendidikan keguruan adalah satu titik permulaan dalam kerjaya seorang guru. Guru
permulaan yang baru melangkahkan kaki ke perkhidmatan keguruan sebenarnya memasuki
satu alam pengembaraan profesional yang jauh serta penuh dengan pelbagai ranjau dan liku di
samping menikmati keseronokan profesionalisme yang dijanjikan oleh profesion tersebut.
Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung
kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan profesionalisme melali
pelbagai aktiviti dan program pendidikan sama ada secara formal, informal mahupun nonformal.
Guru akan berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar
profesionnya. Antara tuntuntan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik,
kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi
perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baharu.
12
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Perubahan ini memerlukan guru sentiasa untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan
dengan profesion dan subjek yang diajar. Perkembangan semasa dalam sistem pendidikan
negara menyediakan pelbagai peluang kepada guru untuk meningkatkan profesionalisme
perkhidmatan mereka.
2.0 PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI KALANGAN GURU
Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier
seseorang. Ia melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek
deskriptif, perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru
mengambil tempat atau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif
menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita
inginkan (Kelchtermans, 1993). Day (1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari
suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses
ini melibatkan penyemakan semula, pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka
sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat
sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dan sistematik untuk meningkatkan pengajaran,
pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner, 1985). Pembangunan profesional
juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yang membawa kepada pemikiran
yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).
Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta
latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam
pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan
denagn cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya
nanti pada tahap yang membanggakan (AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga
boleh dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi
mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat
13
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
(Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesional guru
dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek
penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran,
mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas
apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu
di dalam bilik darjah (Perry, 1980). Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional
ialah suatu proses yang intensif, berterusan dan bersistematik yang bertujuan untuk
meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah. Tambahan lagi, beliau
berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu
dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini diharap dapat
meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.
3.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang mampu
menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara
(Khalijah Mohd Salleh, 2007). Bahkan, menurut Al-Na’miy (1994), manusia sebagai insan yang
disempurnakan sifatnya dengan akal, potensi diri dan kemahiran bertujuan untuk memahami,
menguasai ilmu dan menonjolkan keupayaan seseorang serta mampu untuk meneroka
kehidupannya dan menjauhkan mara bahaya dari menimpanya. Mendapatkan modal insan
yang berkualiti sangat diperlukan oleh negara dalam mencapai matlamat negara maju
sebagaimana yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006
sempena Perutusan Hari Pekerja yang menegaskan:
“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu
kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan
juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak
industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana
persaingan antarabangsa yang kian meningkat.”
14
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Kalau dilihat sejarah, bagaimana pembangunan modal insan ini pernah berjaya direalisasikan
oleh baginda Nabi s.a.w dalam membentuk ummah dan negara. Pembangunan ini telah
dimulakan dengan revolusi ilmu yang mencorakkan cara berfikir, tingkah-laku, akhlak, hukum
agama, undang-undang dan aturan hidup. Secara kesimpulannya bolehlah dinyatakan bahawa
modal insan yang berdaya maju dan mempunyai semangat juang yang tinggi memerlukan
kekuatan rohani dan jasmani yang dilandasi kepintaran akal.
4.0 ULASAN GURU BERILMU TERAS PEMBANGUNAN NEGARA
Artikel Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi telah diambil daripada petikan akhbar Utusan
Malaysia bertarikh 16 Mac 2011. Secara keseluruhannya artikel ini memperkatakan tentang
keperluan guru menjadi seorang yang berkualiti dari sudut teknik pengajaran dan pembelajaran
serta pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
merangkap Menteri Pelajaran berkata bahawa, “Guru mesti melengkapkan diri dari sudut
keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek”. Hal ini berkait dengan etika
keguruan iaitu penampilan atau personaliti guru.
Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian
seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan
sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam
perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain. Personaliti guru
memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti
guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu,
akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan
kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.
Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat
khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan
idola pada masyarakat.
15
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini
segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada
dalam lingkungan masyarakat.
Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana
guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan
tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”. Dalam
konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia
yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada
personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya
dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi.
Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh
anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja
pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu
institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah
lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan
oleh tingkah lakunya.
Berbalik kepada artikel yang dipetik di awal tadi, Tan Sri Muhyidin juga menegaskan
bahawa konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang guru amat penting untuk
mereka mencari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan
ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu
ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga
merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education
Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) pada 1965.
Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya
terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang
hayatnya. Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang
bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya
16
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang
tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan
kehidupan setiap ahlinya.
Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan
semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil
bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. Menurut
Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat
dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu
employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan)
Di samping itu, setiap guru harus cekap merangka pelan pembelajaran peribadi mereka.
Antara yang terbaik boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi adalah
dengan berusaha untuk meningkatkan kelulusan akademik dan sentiasa mengambil peluang
untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid
Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan
profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka
dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disedakan oleh KPM untuk
meningkatkan tahap profesionalisme seperti Program Diploma Perguruan Khas, Program
Pensiswazahan Guru, Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti dan sebagainya.
Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Penyelidikan Tindakan boleh
dijadikan disiplin yang penting untuk menambah baik pengajaran di bilik darjah dan ia
seharusnya dijadikan wadah untuk guru memperbaiki strategi, pendekatan, kaedah serta teknik
pengajaran dan pembelajaran. Apabila disebut penyelidikan, kebanyakan guru atau pensyarah
berpendapat ia adalah sesuatu yang agak tinggi dan sukar dilaksanakan. Bagi mereka
penyelidikan adalah aktiviti yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah universiti dan penyelidik-
penyelidik sepenuh masa. Berbeza dengan situasi di sekolah, sebagai guru terlatih dan
professional kita boleh menjalankan penyelidikan mengikut konteks di sekolah. Penyelidikan di
sekolah boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mengikut situasi semasa. Penyelidikan
tindakan bertujuan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan bukan untuk membuat
generalisasi. Setiap guru perlu membudayakan amalan penyelidikan di sekolah supaya segala
masalah yang berbangkit dapat di atasi secara professional.
17
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Tan Sri Muhyidin juga menyatakan bahawa, guru yang lulus pengajian dari IPG seharusnya
tidak berasakan mereka sudah mempunyai ilmu yang mencukupi kerana sebagai ia perlu digali
manakala pengalaman perlu diterokai.'Ia bagi memastikan setiap guru sentiasa berusaha
meningkatkan kemahiran diri dengan teknik terkini dalam menyampaikan ilmu," katanya. Guru
mempunyai kurang kesedaran tentang pentingnya membuat reflektif tentang pengajaran
pembelajaran mereka. Sebarang masalah yang timbul dalam pengajaran pembelajaran tidak
cuba diselesaikan dan jika ada cubaan untuk menyelesaikan sebarang masalah, tidak
dijalankan dengan teratur dan kemas. Tidak terdapat sebarang pendokumentasian yang dibuat
untuk membolehkan pihak pendidik lain berkongsi pendapat dan pengalaman yang diperoleh.
Satu uasaha mempromosi dan menggalakkan persepsi positif dalam kalangan
pengamal pendidikan di bilik darjah terhadap penyelidikan perlu dilakukan. Untuk menjayakan
proses penyelidikan, beberapa aspek berikut perlu diberi perhatian iaitu satu kefahaman yang
jelas dan betul tentang penyelidikan perlu diberikan kepada semua pihak yang terlibat dengan
pendidikan terutamanya guru. Mereka perlu mendapat satu kefahaman yang jelas tentan
maksud dan tafsiran penyelidikan. Selain itu, mereka juga tahu apakah kegunaan dan apa yang
diharapkan daripada penyelidikan tersebut.
Aspek yang kedua pula ialah memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang
releven dengan guru seperti situasi bilik darjah termasuklah masalah pengurusan bilik darjah,
pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah termasuk masalah disiplin dan
kebajikan murid. Proses penyediaan penyelidikan tidak akan sempurna tanpa adanya
bimbingan daripada individu yang lebih berpengalaman. Guru-guru digalakkan menghadiri
kursus penyediaan kajian. Amalan ini perlu diteruskan setiap tahun supaya budaya penyelidikan
ini akan menjadi medan perkongsian ilmu dalam kalangan guru di sekolah.
5.0 CADANGAN KE ARAH MENJADI GURU BERKUALITI
Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus
pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan
kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula
mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu
barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi
18
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran,
kepakaran dan pengurusan.
Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur
(2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat
amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan
mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-
muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap
konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu
kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.
Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu
berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek
JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa.
Ciri yang kedua ialah guru bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai
merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007)
guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai
murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan
instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial
yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh
teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak
langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam
akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan
dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik
darjah.
Ciri yang ketiga ialah guru bertindak sebagai pengamal budaya ilmu. Menurut Mok Soon
Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang
bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini
19
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru
sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir,
memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru
(Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab
murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.
Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk
dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan
guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan
seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
Ciri yang keempat ialah mengamalkan kemahiran professional. Guru merupakan tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di
seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang
tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang
bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007).
Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk
melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga
terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).
Ciri yang kelima ialah bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan
pendidikan. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional,
seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.
20
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian
lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon
Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran
menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan
pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet
sebagai p&p.
Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah
melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan
guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database,
Ciri yang keenam ialah guru mengamalkan pengajaran efektif. Mok Soon Sang (2007)
mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian
pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan
pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan
objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri
kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya
menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk
menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran.
Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai
kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam
penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang
berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin
keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.
Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam
pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti
menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti
melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran,
merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti
21
Rajah 1 : Teori Keprihatinan Fuller, 1969
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan
membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr.
Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti
untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif
p&p.
6.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
6.1 Prihatin diri
22
Peringkat Keprihatinan Diri
Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
Peringkat Impak
Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
Rajah 2 : Peringkat Keprihatinan Diri
Rajah 3 : Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
6.2 Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
23
Peringkat Keprihatinan Diri
Apakah pelajar suka
saya?
Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
Apakah yang dikatakan
oleh guru lain tentang saya.
Apakah BBM saya sesuai
dengan murid?
Teori 5 Peringkat Perkembangan GuruPeringkat novisPeringkat novis lanjutanPeringkat cekapPeringkat mahirPeringkat pakar
Rajah 5 : Ciri-ciri guru
Rajah 4 : Cabaran guru permulaan
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
6.3 Cabaran Guru Permulaan
6.4 Ciri-ciri guru
24
Cabaran Guru Permulaan
Dikatakan pasif, tak
kreatif dan imaginative
Belum mencapai tahap yang dikehendaki
pihak sekolah
Masalah penyesuaian diri dengan reality
sekolah dan bilik darjah
Mula mengaplikasik
an kaedah mengajar
Memahami fakta, konsep dan perkara
asas pengajaran
Membentuk kerangka
kognitif tugas-tugas guru
Kurang berupaya
menangani tugas harian
guru
Guru Cekap
Ada kecekapan pada tahap minimum
Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep
dan elemen dengan merujuk situasi khusus
Guru memiliki kemampuan
menyelesaikan masalah PNP
Guru Mahir
Terbaik dalam bidang
Menjadi teladan profesionalisme
Terlibat sepenuhnya
dalam kokurikulum
Guru pakar
Menyerlahkan diri secara
profesionalisme
Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi
polisi pengendalian bilik darjah
Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap
dalam bidang profesionalnya
Definisi Guru Pakar
Guru pakar ialah guru
yang mempunyai kemahiran,
pengetahuan, dan kepakaran
tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam PNP
Sahsiah guru pakar
‘role model’ kepada warga
pendidikan
Peka dan prihatin kepada
keperluan pelajar
Berpegang teguh kepada
etika perguruan dan
etika perkhidmatan
awam
Berketrampilan
Pengetahuan guru pakar
Menguasai dan
menghayati kandungan
mata pelajaran
Menjadi pakar rujuk PNP
Bijak mengurus
masa, bahan dan sumber
Mampu mengenalpasti keperluan dan
masalah pelajar
Potensi
Berwawasan, proaktif,
responsive, inovatif dalam
rangka menjalankan
tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan
pendidikan negara
Berupaya menjana idea baru
dalam mata pelajaran atau
bidang pengkhususan dan berkongsi
idea tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan Negara
Menjadi guru cekap
Kecekapan profesionalisme
Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
Keutuhan peribadi
Kecekapan menggunakan
teknologi maklumat
Ciri-ciri guru cekap
Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif,
yakin dan sabar
Ciri mengajar – gaya tersendiri,
kepakaran, bermotivasi
Ciri intelektual – suka membaca,
mempunyai mental-life yang
segar, mempunyai
kesungguhan kendiri dan
minda sihat dan terbuka
Prinsip Guru Cekap
Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan
kurang silap
Penambahbaikan berterusan
Mencegah masalah lebih
utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif
Ciri guru berkesan
Berupaya melahirkan
‘persekolahan berwatak’ supaya
pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti
sihat dan serba boleh
Professional dengan PNP di
sekolah
Menunjukkan kesetiaan kepada
kerajaan, bebas berpendirian
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
25
Rajah 6: Guru pakar
Rajah 7: Guru cekap
Ciri-ciri
Guru yang baru memulakan
perkhidmatan selepas tamat
kursus perguruan di
IPG atau university
Sosialisasi didefinisikan
sebagai proses saling
mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah
selepas penempatan baru
Guru baru sering berhadapan
dengan masalah sosialisasi
Fokus isu :Guru baru sering
menghadapi masalah
guru besar dan guru
mempelajari peranan sebagai
guru di luar bidang tugas mengajar
masalah pembelajaran dan
disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru
permulaan
Tidak cukup kemahiran guna
pusat sumber
Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
Kurang mahir urus aktiviti sukan
Kurang kemahiran sosial
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
7.0 Cara – cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guru
Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986). 7.1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)Pada peringkat ini guru mula mempelajari cara mengajar. Selain itu juga guru mempelajari
fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Guru telah dapat menangani tugas - tugas harian
seorang guru contohnya mengambil kehadiran kelas dan menjadi guru kelas. Guru juga telah
dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui
kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.
26
Rajah 8: Guru permulaan
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
7.2 Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)Guru telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
Hasil daripada pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan
diri. Walaubagaimanapun bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan momentum
mengajar di sekolah dan motivasi guru novis lanjutan. Contohnya memberi teguran dan
penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki pengajaran guru oleh mentornya.
7.3 Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)Guru telah memiliki kelayakan ikhtisas. Guru akan lebih memberikan fokus kepada
pembelajaran murid. Guru juga memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai
situasi dan juga situasi yang khusus. Guru telah berjaya memiliki pelbagai strategi pengajaran
dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza. Contohnya berjaya
membuat satu teknik pengajaran yang boleh difahami bagi murid kelas pertama dengan murid
kelas terakhir.
7.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)Guru mahir dalam bidangnya. Merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas
pelajar. Memiliki gaya pengajaran lancar dan spontan yang membolehkannya membuat
keputusan berdasarkan intuisi. Guru telah kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis
serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara
kreatif dan unik. Contohnya mempunyai teknik dan cara tersendiri dalam mengajar sesuatu
topik tanpa menggunakan buku teks.
7.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)Merupakan guru yang gemilang dan terbilang. Guru telah dapat memahami dan
menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang
lancar. Merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. idea dan kemahiran boleh
mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. Contohnya menguasai
setiap topik dan boleh membantu setiap peringkat murid yang berbeza-beza tahap
pengatahuannya serta serba boleh untuk menjawab setiap persoalan murid yang pintar.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui
masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
27
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas .
( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada
pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980 ). Nilai tara sesuatu profesion
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan
mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Nilaitara ini menjadi
garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya
supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru
haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa
bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan
yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu
termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori
penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-
peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti
ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi
kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok
dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. Sebagai seorang
pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah
yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu
kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari
semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru
28
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru
boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk
mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar
dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha
kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada
budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion
keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh
membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil
sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga
memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini
bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam
pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.
Teori kepemimpinan pada umumnya untuk memberikan penjelasan dan interpretasi
mengenai pemimpin dan kepemimpinan dengan mengemukakan beberapa pendapa antaranya
adalah latar belakang sejarah pemimpin dan kepemimpinan. Kepemimpinan muncul selaras
dengan peradaban manusia. Pemimpin dan kepemimpinan selalu diperlukan dalam setiap
masa. Antara sebab-sebab pemimpin ada ialah :
29
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
A) Seseorang ditakdirkan lahir untuk menjadi pemimpin. Seseorang menjadi pemimpin
melalui usaha penyiapan dan pendidikan serta didorong oleh kemauan sendiri.
B) Seseorang menjadi pemimpin kerana memiliki bakat kepemimpinan kemudian
dikembangkan melalui pendidikan dan pengalaman serta sesuai dengan tuntutan
lingkungan.
Dengan sebab berkenaan, teori-teori kepimpinan muncul. Antara teori tersebut ialah :
Teori-teori Penerangan
Teori Keturunan a. Leaders are born not made.
b. Seorang pemimpin menjadi pemimpin
karena bakat – bakat yang dimiliki.
c. Seorang pemimpin lahir kerana
ditakdirkan. Dalam situasi apapun tetap
menjadi pemimpin kerana bakatnya.
Teori Kejiwaan a. Leaders are made and not born.
b. berlawanan dengan teori keturunan.
c. Setiap orang menjadi pemimpin melalui
proses pendidikan dan pengalaman yang
cukup.
Teori Ekologis a. Timbul sebagai reaksi terhadap teori
genetik dan teori sosial.
b. Seseorang hanya akan berhasil menjadi
seorang pemimpin, apabila pada waktu lahir
telah memiliki bakat, dan bakat tersebut
kemudian dikembangkan melalui proses
pendidikan yang teratur dan pengalaman.
Teori SifatTeori sifat ini bermaksud mempunyai kemampuan dan kualiti dengan berbagai sifat,
perangai atau ciri-ciri di dalamnya. Ciri-ciri ideal yang perlu dimiliki pemimpin menurut Sondang
P Siagian (1994) adalah pengetahuan umum yang luas, daya ingat yang kuat, rasional,
fleksible, adaptasi, orientasi masa depan, sifat inkuiri, tepat waktu, keteladanan, ketegasan,
keberanian, aktif, kesediaan menjadi pendengar yang baik, kemampuan untuk bertumbuh dan
berkembang, analitik, keterampilan mendidik, dan berkomunikasi secara efektif.
30
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Teori PerlakuanDasar pemikiran teori ini adalah kepemimpinan merupakan perilaku seorang individu
ketika melakukan kegiatan pengarahan suatu kelompok ke arah pencapaian tujuan. Ciri-ciri
pemimpin ini adalah pemimpin yang cenderung mementingkan ornag bawahan, memiliki ciri
ramah tamah, mendukung, membela, mendengarkan, menerima usul dan memikirkan
kesejahteraan orang bawahan. Di samping itu terdapat pula kecenderungan perilaku pemimpin
yang lebih mementingkan tugas organisasi.
Teori Kepimpinan Mengikut SituasiKeberhasilan seorang pemimpin menurut teori situasional ditentukan oleh ciri
kepimpinan dengan perilaku tertentu yang disesuaikan dengan tuntutan situasi kepimpinan dan
situasi organisasi yang dihadapi dengan menghitung faktor waktu dan ruang. Dalam model ini
juga terdapat tiga dimensi yang dicadangkan iaitu :
Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan
hormat menghormati.
Darjah struktur tugas, iaitu sejauh mana tugas itu didefinasikan dengan jelas atau
kabur.
Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada
pemimpin/individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan,
menilai atau menaikan pangkat.
Secara umumnya, teori ini mengatakan bahawa:
Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-
orang bawahan.
Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza.
Tidak ada hanya satu cara sahaja memimpin yang paling baik.
Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada
orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.
Teori X dan Y
31
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Diasaskan oleh Douglas McGregor (1960). Teori X mengandaikan bahawa pekerja
semula jadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, tidak mempunyai
cita-cita dan tidak mahu memikul akauntabiliti, tidak bermotivasi, dan hanya bekerja kerana
dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka.
Teori Y lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa
kerja sebagai satu perkara yang semulajadi iaitu suatu perkara yang biasa sama seperti
bermain, bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan menganggap
bahawa kerja tersebut adalah bebanan jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak
menyenangkan. Selain itu juga, pekerja sememangnya mencaru dan mahukan akauntabiliti
kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.
Teori Perhubungan ManusiaManusia boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan
pemimpin terutamanya, boleh memberikan kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam
melakasanakan tugas.
Terdapat dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan
iaitu:
Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi.
Perhatian dan penekanan terhadap hubungan baik antara pemimpin dengan orang-
orang bahawan.
Secara kesimpulanya terhadap teori ini, pemimpin perlu memberikan perhatian yang berat
terhadap orang bawahan dan juga tugas supaya dapat membawa kejayaan kepada
organisasinya. jadi teori dicipta bertujuan menjadi rujukan kepada pemimpin dan juga bakal
pemimpin supaya dapat membawa hala tuju organisasi dan juga orang bawahan ke arah yang
pemimpin kehendaki.
Corak kepimpinan demokratik
32
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Menurut Ibrahim Mamat (1993), pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin
yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai.
Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai
lambang ‘kebaikan’. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu
hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari komitmen bersama, buka hasil dari usahanya
bersendirian kerana dia sedar bahawa dia buka ‘superman’.
Jenks (1990) mengaitkan gaya kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan
mengatakan bahawa kepimpinan turut serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan
manusia atau struktur tugas dan timbangrasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah
semangat kerja berpasukan.
Sebagai contoh guru besar telah mengamalkan corak kepimpinan demokratik dalam
mengurus sekolah. Sebagai contoh dalam pengurusan akedemik, guru besar telah
membahagikan tugas beliau kepada penolong kanan dan juga guru yang terlibat. Perkara yang
hendak diputuskan berkenaan dengan hal akedemik, guru besar memutuskan bersama di
dalam mesyuarat dan bukan daripada beliau sendiri. Pendapat guru-guru lain diambil kira
bertujuan untuk menaikan nama sekolah dalam bidang akedemik. Antara contoh lain dalam
mencerminkan corak kepimpinan demokratik adalah dalam hal kecerian sekolah. Staf sokongan
dan guru termasuk guru besar berkerjasama dalam segi tenaga dan juga idea untuk
menceriakan sekolah.
Corak kepimpinan instruksional
Menurut Blase (2000) menyatakan bahawa kepimpinan instruktional adalah penyeliaan
pembangunan staf untuk perkembangan kurikulum. Fokus kepimpinan ini instruksional adalah
kepada kualiti kepimpinan yang boleh menggerkan guru ke arah pemikirin yang lebih kreatif dan
kritis dan sentiasa mengamalkan sikap positif dan berinovatif. Guru besar sekolah tersebut telah
mengamalkan corak kepimpinan tersebut terutamanya dalam pencapaian akedemik para
pelajar. Terlebih dahulu guru besar berkenaan telah menetapkan standart yang harus dicapai
oleh pelajar. Sebagai contoh untuk kelas pertama tahun 6, guru besar telah menetapkan
bahawa kesemua pelajar mesti mendapat 5A dalam UPSR. Jadi guru besar memberi
penekanan terhadap guru-guru dan juga pelajar demi mencapai target tersebut dicapai. Jadi
untuk memastikan perlaksanaan berlangsung, guru besar sekolah tersebut sentiasa memantau
33
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
dan juga menyelia setiap guru yang mengajar target tersebut. Contoh yang saya berikan ini
adalah selaras dengan Blase (2000).
Corak kepimpinan Islamik
Gaya kepimpinan Islamik adalah kepimpinan yang berasaskan kepada Al Quran, Al
Sunnah dan Syura’. Di sekolah berkenaan, guru besar telah menetapkan bahawa tiap-tiap pagi
bacaan doa dilakukan di luar kelas. Para pelajar perlu mengaminkan doa berkenaan. Tujuan
doa tersebut dibacakan supaya para pelajar mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Seterusnya
adalah seminggu sekali para pelajar tahun 6 diwajibkan untuk membaca surah yasin iaitu pada
hari khamis. Ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan para pelajar untuk menghadapi
UPSR.
Langkah yang diambil oleh guru besar adalah bertepatan dengan kehendak Allah S.W.T
yang menghendaki umatnya menggunakan Al Quran sebagi panduan dalam hidup serta
mengamalkan ayat-ayat yang terdapat di dalam AlQuran dalam kehidupan seharian supaya
diberkati olehNya. Ini adalah salah satu bentuk corak kepimpinan yan gtelah diamalkan oleh
guru besar di sekolah tersebut.
Perkaitan antara corak kepimpinan dengan teori kepimpinan
34
Corak kepimpinan demokratik
Corak kepimpinan instruktional
Teori kepimpinan
mengikut situasi
Corak kepimpinan
islamik.
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Berdasarkan kepada corak-corak kepimpinan yang telah ditunjukan oleh guru besar di
sekolah tersebut, dapat saya katakan di sini perkaitan dengan teori adalah teori kepimpinan
mengikut situasi. Kenapa saya kaitkan teori ini dengan corak kepimpinan kerana guru besar ini
mengikut situasi untuk mengaplikasikan corak kepimpinan beliau. Jika situasi yang memerlukan
beliau bertindak mengikut corak autokratik, maka guru besar tersebut melaksanankan tindakan
beliau dengan corak tersebut. Jadi situasi yang dihadapi oleh guru besar ini menentukan corak
kepimpinan beliau. Jadi saya dapat mengatakan bahawa teori ini masih releven pada hari ini
kerana walaupun zaman berubah tetapi teori ini mampu dipraktikan lagi kerana mengikut
situasi. Teori ini menceritakan bahawa jika keberkesanan ingin diwujudkan, memerlukan cara
memimpin yang berbeza mengikut keadaan.
Dalam teori mengikut situasi ini juga, Paul Hersay dan Ken Blanchard pada tahun 1969
telah menghuraikan lebih lanjut lagi mengenai teori perlakuan ini. Mereka telah membahagikan
kepada 4 jenis dalam stail kepimpinan mengikut teori ini.
Berikut adalah 4 jenis stail kepimpinan mengikut teori situasi ini. Yang pertama adalah :
S1: Directing/Telling. Pemimpin menggariskan peranan dan tugas pengikutnya serta
menyelia, memberi arahan dengan kerap. Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin
dan perhubungan adalah secara satu hala. Pengikut mempunyai kemahuan untuk
melakukan sesuatu tugas atau bekerja tetapi mereka kurang pengetahuan dan
kemahiran. Pengikut perlu banyak bimbingan daripada pemimpin, perlu banyak
membuat latihan dan pembelajaran.
S2: Coaching/Selling. Pemimpin membimbing dan menentukan peranan dan tugas dan
dalam masa yang sama menerima idea dan buah fikiran pengikutnya Segala keputusan
masih ditentukan oleh pemimpin dalam hubungan secara dua-hala. Tahap
perkembangan pengikut adalah kritikal, kurang bermotivasi, tidak mempunyai
pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi bagi melaksanakan tugas. Mereka perlu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran disamping perlu banyak dorongan dan
bimbingan.
S3: Supporting/Participating. Pemimpin perlu banyak memberikan dorongan dan
galakan kepada pengikut. Berkongsi idea dengan membuat keputusan bersama-sama,
memberikan jawatan atau ganjaran berdasarkan penghasilan tugas pengikutya.
35
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
S4: Delegating. Pemimpin yang liberal dan autonomi, mendelegasikan tugas dan
tanggungjawab kepada pengikut. Pengikut proaktif, banyak pengetahuan dan
berkemahiran kreatif serta inovatif, hanya perlu perhatian dan bimbingan minimum
daripada pemimpin. Pemimpin tidak lepas tangan.
Tambahan lagi, teori ini juga dikembangkan oleh Blanchard dan Hersay. Mereka
mengatakan bahawa, gaya kepimpinan seseorang pemimpin sangat bergantung kepada tahap perkembangan pengikutnya, iaitu tahap kompentensi dan komitmen subordinate yang juga
dikategorikan kepada empat (4) bahagian:
D4 – Kompetensi dan komitmen yang tinggi – Sangat berpengalaman dalam bidangnya
dan selesa dengan kebolehan sehingga boleh jadi lebih mahir daripada pemimpinnya.
D3 - Kompetensi yang tinggi tetapi komitmen yang sederhana – perlu kepada motivasi
kerana tidak mempunyai keyakinan untuk menguruskan kerja berseorangan.
D2 - Kompetensi sederhana dengan komitmen yang rendah – mempunyai kemahiran
yang berkaitan tetapi tidak dapat melaksanakan tugas tanpa bantuan, berkemungkinan
tugasan yang diberikan kepadanya adalah sesuatu yang baru bagi mereka.
D1 – kompetensi dan komitmen yang rendah – tidak mempunyai kemahiran dalam
tugasan yang diberi di samping tidak bermotivasi dan berkeyakinan .
Secara kesimpulanya dapat diilustrasikan dalam rajah berkenaan.
Rajah
36
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Seterusnya adalah kesan teori tersebut terhadap orang bahawan. Dengan
menggunakan teori ini, yang paling penting sekali adalah orang bahawan akan berubah sikap
nya daripada kurang produktif kepada yang lebih produktif. Ini kerana mengikut teori ini,
pemimpin kerap menyelia para orang bawahan mereka jika mereka kurang produktif. Selain itu
juga, para pemimpin dapat mencuba pelbagai corak kepimpinan yang berteraskan teori yang
sama. Justeru itu variasi dalam kepimpinan berlaku untuk mengelakan para pemimpin mudah
merasa bosan dengan kaedah yang biasa. Tambahan pula dengan teori ini, hasilnya dapat
kelihatan kerana pemimpin dapat mengetahui permasalahan yang timbul dapat diselesaikan
dan dipantau dengan rapi. Pekerja yang mempunyai tahap kematangan yang tinggi boleh
menyesuaikan diri dengan gaya kepimpinan pemimpin. Lantaran daripada itu akan melahirkan
pemimpin yang bijak dalam menyesuaikan diri dengan situasi akan menguruskan organisasi
dengan baik. Persekitaran yang baik membantu gaya kepimpinan yang sesuai namun jika
persekitaran yang kurang baik, pemimpin dapat mengubah kepada persekitaran yang lebih
baik.
37
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
Namun begitu, setiap teori ada kelemahanya, antara kelemahan yang dapat dianalisa
oleh saya berkenaan dengan teori tersebut adalah yang pertama adalah pemimpin perlu
mengkaji terlebih dahulu situasi terlebih dahulu sebelum menetapkan sesuatu gaya kepimpinan.
Jadi masa yang diperlukan adalah lama jika seseorang itu baru menjadi pemimpin dalam
sesuatu organisasi. Seterusnya adalah berkenaan dengan orang bawahan. Jika orang bawahan
tidak matang dalam melaksanakan sesuatu tugas, maka ini menjadi salah satu kelemahan
untuk teori berkenaan. Kepimpinan seseorang tidak berkesan jika orang bawahanya tidak
matang. Seterusnya adalah jika seseorang bawahan itu tidak mempunyai matlamat yang jelas
tentang hala tuju tentang kerjanya. Ini membuatkan para pekerja berasa tidak bersemangat
untuk belajar dan seterusnya mempunyai produktiviti yang rendah. Para pekerja akan mudah
stress akibat daripada perbuatan mereka yang kurang produktif kerana ditekan oleh majikanya
kerana semua majikan meninginkan para pekerja mereka sentiasa berdaya usaha dan maju.
Tambahan pula, penggunaan teori ini tidak mengambil berat soal pekerja dan hanya
mementingkan hasil semata-mata. Dalam dunia pekerjaan, hubungan majikan dengan pekerja
perlu disemai bagi mendapatkan kerjasama yang erat dan segala tugas berjalan dengan lancar.
38
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
9.0 REFLEKSIPada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan yang
melibatkan mata pelajaran Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional (EDU 3108).
Tugasan ini mengenai definisi profesion perguruan dan juga perkembangan guru serta
kepimpinan yang telah dikemukan oleh tokoh-tokoh yang terlibat dalam kepimpinan. Setelah
meninjau teori-teori yang sedia ada dan juga yang baharu, dengan menggunakan pengalaman
semasa semasa bertugas, kami semua diminta untuk mengkaji sejauh mana guru yang
mengamalkan budaya ilmu menjadi pencetus terhadap pembangunan negara dan
pembentukan modal insan.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini terdapat juga halangan yang perlu saya lalui
sepanjang menjayakan tugasan ini. Yang pertama adalah masalah dalam mencari bahan-
bahan dalam menjalankan tugasan tersebut. Apabila merujuk buku atau jurnal, terdapat sedikit
perbezaan antara penulis. Jadi ini membuat saya sedikit keliru terutama dalam segi pendapat.
Dalam segi teori tiada masalah. Jadi saya mengambil keputusan dengan menyemak atau
membandingkan dengan buku-buku. Jika ianya mempunyai maksud yang hampir serupa,
bermakna maksud yang di sampaikan oleh setiap penulis adalah hampir sama. Tambahan pula,
ada teori yang tidak berapa jelas tentang status pemerolehanya. Ini menyebabkan saya keliru
untuk mengambil teori yang selain daripada buku untuk di masukan ke dalam tugasan ini.
Namun setelah melakukan perbincangan bersama-sama dengan rakan-rakan, alhamdullilah
saya dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
Dalam melaksanakan tugasan ini apa yang penting adalah dengan mengetahui definisi
umum tentang profesion keguruan dan juga kepimpinan. Dalam profesion keguruan membawa
maksud kepakaran tinggi dalam pekerjaan seseorang tersebut. Jika profesionya adalah guru,
guru tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang perguruan dan juga mahir untuk mencorak
anak didiknya. Tambahan pula apabila mengatakan bahawa seorang ini pakar dalam bidang
pekerjaanya, guru berkenaan dapat mengendalikan cabaran yang terdapat dalam bidangnya
iaitu perguruan. Kepimpinan pula membawa maksud satu proses interaksi sosial yang dialami
oleh semua individu pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap
orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang
dipimpin. Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang
berbeza-beza. Misalnya, Bernard Urwick berpendapat bahawa kepimpinan adalah kualiti
tingkah laku individu ketika dia memandu (mengetuai) aktiviti kumpulan untuk mencapai objektif
39
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN GURU EDU 3108
organisasi. Robert J. House dan Mary L. Baetz (1979), berpendapat bahawa kepimpinan boleh
berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua orang atau lebih dan selalunya melibatkan
pengaruh kepada ahli kumpulan dalam mancapai sesuatu matlamat kumpulan.
Secara keseluruhanya kaedah kepimpinan situasi menegaskan bahawa pemimpin mesti
menggunakan gaya yang berbeza pada situasi yang berbeza. Model ini membenarkan kita
sebagai pemimpin menganalisis situasi tertentu dan seterusnya menggunakan gaya yang
terbaik bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Bergantung kepada kompetensi seseorang
pengikut disamping tahap komitmen terhadap tugasnya gaya kepimpinan yang diaplikasikan
berbeza dari seorang pengikut kepada pengikut yang lain. Gaya kepimpinan mestilah
disesuaikan dengan tahap kompetensi dan komitmen pengikut. Empat gaya kepimpinan
mengarah, memimpin, menyokong dan mendelegasi ada andaian asas model kepimpinan
situasi ini ialah pemimpin mampu dan sanggup memilih orientasi berasaskan aras kesediaan
orientasi pengikut dan dimensi kerja serta hubungan dengan pengikut. Peroses pemilihan gaya
dalam kepimpinan situasi dimulai dengan pemimpin membuat penilaian yang menyeluruh
terhadap subordinatnya. Melihat aras komitmen dan kompetensi terhadap tugasan yang diberi.
Pemimpin akan menentukan aras arahan "directive" yang bersesuaian dengan subordinat.
Berbincang tentang situasi yang ada dengan subordinat, menetapkan matlamat bersama,
memberi sokongan dan seterusnya memantau dan menyelaras pembetulan yang perlu.
Dalam era pasca moden masa kini, pelbagai cabaran yang wujud dalam organisasi
memerlukan para pemimpin yang berorientasikan corak kepimpinan masa kini. Teori
Kepimpinan tranformasi adalah merupakan alternatif terbaik yang menjadi pilihan kebanyakan
pemimpin dalam organisasi-organisasi gergasi. Pemimpin-pemimpin yang berkarisma amat
diperlukan untuk melakukan transformasi atau perubahan-perubahan dalam struktur organisasi
yang pernah melalui zaman kemelesetan dan juga transformasi dalam pemikiran individu dan
petugas-petugas dalam organisasi berkenaan. Kepimpinan transformasi, berpusatkan
perubahan adalah merupakan corak kepimpinan yang berupaya untuk melakukan perubahan-
perubahan adalah satu keperluan kepada kehendak corak pendidikan kini.
Akhir kata saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana berjaya menyiapkan kerja kursus ini
dengan sedaya upaya saya. Terima kasih juga kepada pensyarah bagi subjek Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional iaitu Tn. Haji Mansor bin Mohamad atas segala
tunjuk ajar, teguran dan juga bimbingan kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak
dilupakan rakan-rakan daripada PPG Unit Rbt 1 yang telah memberi sumbangan idea dan juga
sumbangan yang lain. Harapan saya adalah agar tugasan ini dapat menjadi contoh terbaik