Top Banner

of 31

KKBI PKP 3108

Jul 10, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

1

1.0 PROFIL MURID

2

Nama: Mohd Faris Bin Mohamad Nashari Umur: 9 tahun 8 bulan Tarikh Lahir: 13 Jun 2002 Tempat Lahir: Hospital Taiping Jantina: Lelaki Agama: Islam Tarikh Masuk Sekolah: 5 Januari 2009 Alamat Rumah: PT 1050, Kampung Bukit Jana, 34600 Kamunting, Perak Pekerjaan Bapa: Bekerja sendiri Latar Belakang Pendidikan Bapa: Menengah Tinggal Dengan Siapa: Ibu bapa Bilangan Kanak-kanak Di Rumah: 2 Kedudukan Dalam Kelaurga: Bongsu

3

2.0 CIRI-CIRI MURID

4

2.1

Analisis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Faris merupakan salah seorang murid kelas Pemulihan Khas yang berpencapaian sederhana. Ketika sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah memberikan Faris untuk menjalani Ujian Diagnostik Bahasa Melayu secara lisan, praktik dan menulis. Ujian Diagnostik Bahasa Melayu tersebut dianalisis untuk memberi panduan pada saya merancang

Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Individu yang bersesuaian dengannya. Murid bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam

pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Faris seringkali hilang tumpuan apabila dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan guru. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek di mana dia tidak dapat mengingati perkataan-perkataan yang baru sahaja

dipelajarinya. Bagi Faris, murid ini sukar dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dan sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Keadaan ini dapat dilihat apabila Faris tidak

5

dapat mengaplikasikan kemahiran mengeja KVK kepada kemahiran mengeja KVK + KV. Dia tetap perlu diberi bimbingan oleh guru. Bagi kemahiran membaca, Faris tidak mempunyai masalah pada mulanya tetapi Faris mula menghadapi masalah apabila dia disuruh membaca perkataan KVK dan seterusnya. Faris tidak boleh membezakan bunyi huruf-huruf vokal seperti huruf [a] dengan [e] dan huruf [e] dengan [i]. Faris mengeja perkataan [ibu] sebagai [ebu] dan [emak] sebagai [imak]. Selain itu, masalah kemahiran menulis juga dihadapi oleh murid ini di mana dia menghadapi kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz dan kelemahan dalam mengeja. Seperti dalam kemahiran membaca, Faris juga menghadapi kesukaran dalam membezakan bunyi huruf-huruf vokal seperti huruf [a] dengan [e] dan huruf [e] dengan [i]. Bidang terakhir yang Faris bermasalah pembelajaran iaitu menghadapi kesukaran untuk belajar ialah Matematik. Bagi masalah ini, Faris tidak cekap dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, Faris juga bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

2.2

Ciri Sosial dan Emosi Faris tidak menghadapi masalah sosial yang serius. Murid ini merupakan seorang murid yang pemalu dan tidak banyak berinterksi dengan guru. Murid ini lebih banyak menurut arahan daripada guru dan Faris tidak mahu mengambil peluang untuk bertanya kepada guru. Faris tidak menunjukkan sebarang emosi dan saya tidak dapat mengenalpasti apakah emosinya bersedia untuk belajar perkara-perkara yang baru.

6

2.3

Kemahiran Sosial yang Lemah Murid ini turut mempunyai kemahiran sosial yang lemah. Menurut guru kelasnya, dia didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Faris kurang mempunyai teman-teman sebaya dan tidak mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya Faris juga tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

2.4 Tingkah Laku Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Faris merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi

kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanakkanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.

7

3.0 PEMERHATIAN GURU SEWAKTU PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8

Puan Rasmuna

Puan Rasmuna merupakan seorang guru Pemulihan Khas yang berkelulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang pada tahun 2002. Sebelum beliau ditawarkan dengan kursus KPLI, beliau merupakan bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berada di sekolah ini selama 8 tahun dari tahun 2002 hinggalah sekarang. Sekolah Kebangsaan Taman Jana merupakan salah satu sekolah yang cemerlang di negeri Perak. Menurut Puan Rasmuna, beliau telah berjaya memulihkan ramai murid-murid Pemulihan Khas hingga mereka tidak lagi memerlukan bimbingan daripadanya. Ini terbukti apabila jumlah murid Pemulihan Khas keseluruhannya adalah seramai 15 orang. Puan Rasmuna merupakan seorang seorang isteri kepada guru di Sekolah Menengah Agama Kerian. Beliau memiliki dua orang anak hasil daripada perkahwinannya. Puan Rasmuna memiliki personaliti yang mampu menarik perhatian orang ramai di mana beliau merupakan seorang guru yang bersopan-santun, peramah dan komited dengan tugasnya. Disebabkan itu, beliau disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya dan murid-murid didikannya. Sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran, Puan Rasmuna lebih menggunakan pendekatan secara individu kerana jumlah murid dalam satu-satu sesi hanyalah lima orang sahaja. Beliau amat menitikberatkan penggunaan latih tubi secara berulang-ulang kerana murid-murid

9

Pemulihan Khas kebanyakannya mempunyai ingatan yang kurang kuat atau pun pelupa. Puan Rasmuna juga banyak menggunakan alat bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat murid-muridnya untuk belajar. Antaranya ialah:

Kad gantung

Bacaan bergred

Papan bacaan

Papan A Z

Selain itu, Puan Rasmuna juga menggunakan kaedah abjad dalam pengajarannya. Kaedah abjad menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf a, b, c.... hingga z. Selepas beberapa minggu, huruf-huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u

10

dibunyikan. Selepas itu, murid-murid diperkenalkan dengan suku-suku kata dan bagaimana mengeja perkataan. Kemudian barulah mereka diberi latihan membaca ayat-ayat pendek. Kaedah pandang sebut juga digunakan oleh Puan Rasmuna dalam pengajarannya. Kaedah pandang dan sebut kebiasaanya dari kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad dengan betul. Kaedah pandang dan sebut ini juga meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang menggunakan dalam bahasa Malaysia. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membaca ejaan satu persatu Kanakkanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan serta menggabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ), ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) dan bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf). Keseluruhannya, Puan Rasmuna merupakan guru yang sangat memberi komitment kepada tugas-tugasnya sebagai seorang guru Pemulihan Khas dan sebagai seorang rakan sekerja dan pekerja yang baik.

Kelas Pemulihan Khas SK Taman Jana

11

4.0 CARA-CARA MENANGANI MASALAH PEMBELAJARAN

12

Masalah-masalah yang dihadapi oleh Faris merupakan masalah pembelajaran yang biasa ditemui oleh murid-murid Pemulihan Khas. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh kita jalankan untuk membantu murid-murid seperti Faris. Antara caracara yang boleh digunakan untuk mendorong Faris mencapai pencapaian yang optimum ialah kaedah permainan bahasa. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid-murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid-murid

antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainanpermainan bahasa yang seringkali dimainkan ialah permainan kad dan dam. Antara kebaikan menggunakan kaedah permainan bahasa ialah: i. Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan ii. Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain iii. Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid iv. Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. v. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah terus di mana ia terbentuk pada abad ke 20 sebagai reaksi terhadap kaedah nahu terjemahan. Kaedah ini menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan melalui penggunaan bahasa sasaran semata-mata. Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini. Kaedah ini beranggap bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Asas pengajaran ini adalah selari dengan cara kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka seperti tanggapan ahli-ahli behavioris. Kaedah ini berpendapat, kanak-kanak belajar

13

bahasa ibunda mereka dengan cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa. Melalui peneguhan juga, Faris dapat digalakkan untuk berusaha lebih gigih untuk mendapatkan ganjaran yang ditetapkan oleh guru. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachin (1991), peneguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu dan untuk mengurangkan tekanan serta meransangkan otak. Peneguhan terbahagi kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri positif yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong murid-murid menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja sekolah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (leteran bapa).

14

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

15

Kelas: 3 Handal Tarikh: 21 September 2011 Masa: 8.00 9.00 a.m. Matapelajaran: Bahasa Melayu Tajuk/kemahiran: Huruf-huruf vokal Penggabungjalinan mata pelajaran: Muzik Objektif: Pada akhir pembelajaran murid dapat: i. ii. Mengenal huruf vokal dengan betul Membunyikan vokal dengan sebutan bunyi yang betul

Hasil pembelajaran: i. ii. iii. Murid dapat mengenal huruf vokal Murid dapat membunyikan sebutan huruf vokal Murid boleh memadankan huruf vokal dengan gambar yang bersesuaian.

BBM: LCD, kad imbas, lukisan, lembaran kerja KBKK: Menganalisis, mengenalpasti Unsur-unsur terapi: Terapi Muzik, Terapi Sentuhan Penggabungjalinan mata pelajaran: Pengetahuan sedia ada: Murid mengenali huruf A Z Nilai: Kerjasama dan berdikari Langkah/masa Isi Pelajaran Pengajaran pembelajaran Set induksi (5 minit) Mengingat kembali huruf Menyanyikan lagu ABC AZ BBM: LCD dan Catatan

Langkah 1

Memperkenalkan huruf- i. Guru menayangkan

BBM:

16

(10 minit)

huruf vokal iaitu a, e, i, o, dan u.

tayangan slaid yang mengandungi hurufhuruf vokal.

i. Tayangan slaid ii. Kad imbas

a i u

e o

ii. Guru meminta muridmurid melihat dan mendengar bunyibunyi huruf vokal yang dibunyikan.

iii. Murid-murid diminta menyebut kembali huruf-huruf apabila apabila guru menunjukkan kad imbas yang mengandungi hurufhuruf vokal.

Langkah 2 (20 minit)

Membaca suku kata KV

i. Guru menunjukkan suku kata KV dan meminta murid mengejanya. ii. Guru menunjukkan gambar yang

+ sut

terdapat perkataan yang tidak lengkap. iii. Murid dikehendaki memilih kad suku kata tersebut dan cuba melengkapkan perkataan tersebut.

17

Langkah 3 (20 minit)

Diskriminasi penglihatan

i. Guru

menayangkan BBM: i. Lukisan

Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt

sebuah lukisan yang

mengandungi huruf- ii. Kad huruf vokal yang yang gambar

tersembunyi

boleh dikeluarkan.

ii. Murid

diminta

memadankan hurufhuruf vokal yang

dikeluarkan daripada lukisan dengan gambar bersesuaian. tersebut gambaryang

Penutup (5 minit)

Nyanyian lagu a itu bunyinya, a itu hurufnya, a, a, a, a, a.

Murid menyanyikan lagu BBM: bersama-sama guru. LCD

18

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

19

20

21

22

23

7.0 RUMUSAN

24

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai seorang guru Pemulihan Khas, kita perlulah lebih peka dalam mengesan murid-murid yang masih mengalami masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu menggunakan ujian-ujian seperti Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Kaedah pengajaran Bahasa Melayu perlulah bersesuaian dengan keperluan murid-murid. Selain itu, minat murid-murid juga perlu dititikberatkan supaya pengajaran guru akan lebih bermakna dan murid-murid akan lebih memahami serta mengingatinya dengan jangka masa yang lebih lama.

25

8.0 REFLEKSI

26

Melalui aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, saya dapat mempelajari pelbagai perkara yang berguna dan bermaklumat untuk digunakan pada masa akan datang. Pada mulanya, perjalanan PBS saya agak membosankan kerana saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan murid-murid Pemulihan Khas disebabkan oleh bilik Pemulihan Khas yang ditutup buat sementara waktu. Guru Pemulihan Khas diarah untuk menggantikan kelas-kelas yang tidak mempunyai guru ganti disebabkan kekurangan guru. Tugasan yang saya perlu laksanakan di sekolah tersebut agak tergendala disebabkan oleh masalah ini. Walaupun begitu, masalah ini dapat diatasi apabila saya meminta jasa baik guru Pemulihan Khas tersebut iaitu Puan Rasmuna untuk mengadakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas dan untuk menjalankan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu kepada seorang muridnya. Saya amat kagum dengan semangat Puan Rasmuna kerana walaupun beliau mempunyai

tanggungjawab sebagai guru Pemulihan Khas, beliau tetap menurut arahan Guru Besar untuk melakukan tugasan-tugasan yang lain. Beliau juga mempunyai semngat yang kental dalam menghadapi murid-murid yang mempunyai pelbagai masalah. Ketika saya menjalankan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu kepada seorang murid tahun 3, saya amat terkejut dengan prestasi murid itu kerana dia tidak dapat membezakan bunyi huruf-huruf vokal dengan baik. Sebagai contoh, dia mengeja perkataan [ibu] sebagai [ebu] dan [isi] sebagai [ese]. Menurut Puan Rasmuna, Faris tidak dapat mengingati pengajaran dengan jangka masa yang lama dan dia juga tidak berusaha untuk lebih memahaminya. Sikapnya yang malas turut menyumbang kepada masalah pembelajaran yang dihadapinya. Bagi menangani masalah seperti Faris, guru perlulah menggunakan Teori Behaviorisme sebagai panduan bersama. Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.

27

Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan muridmurid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan bola kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid-murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan. Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan. Manakala, teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan kepada peneguhan diberikan selepas responden berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya peningkatan positif. Melalui kajian yang dijalankan beliau terhadap tikus, dapatlah disimpulkan bahawa tingkahlaku yang disertai dengan pengukuhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa akan datang. Manakala peneguhan negatif yang diberi akan membawa kesan tidak menyeronokkan dan responden akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.

28

Antara implikasi teori tersebut dalam proses dan pengajaran ialah, sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Selain daripada itu, prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Malah, guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Teori yang dikemukakan oleh Edward Thorndike ini terdapat pertindahan untuk dikelaskan. Dalam sesetengah sumber, ia dikategorikan dalam teori pelaziman, dan sesetengahnya pula pengklasifikasikan sebagai Hukum Kesan. Thorndike menjalankan kajian ke atas kucing yang sedang lapar dibiarkan di dalam sangkar yang mempunyai penyendal untuk membuka pintu sangkar tersebut dan kucing tersebut boleh mendapatkan makanan yang berada di luarnya. Dalam teorinya, terdapat tiga jenis hukum iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan. Implikasi teori Thorndike dalam P&P ialah untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam

menggunakan motivasi yang sesuai. Selain daripada itu, ia mampu mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social dan material. Malah, teori ini juga menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka. Dari aspek pengurusan kelas pula, Puan Rasmuna menguruskan kelas dengan baik. Bilik Pemulihan Khas dihias indah dan kemas sekali. Walaupun bilik Pemulihan Khas baru sahaja dipindahkan ke bilik yang lain, namun Puan Rasmuna tetap berusaha menghias kembali bilik Pemulihan Khas dengan lengkap walaupun memerlukan masa yang agak lama.

29

Saya berharap agar saya dapat menjadi seperti Puan Rasmuna dan saya berharap agar murid-murid Pemulihan Khas dapat dipulihkan dengan lebih baik. Kaedah pengajaran yang baru perlulah dicipta untuk memudahkan guru-guru Pemulihan Khas membantu anak-anak didikannya.

30

LAMPIRAN

31

BORANG KOLABORASI