Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan
(BMM3123) / Fairos Azmi bin Marzah
28
BAHAGIAN 11.0 PENDAHULUAN(PERIBAHASA)
Orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan
kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak
dinyatakan secara terus terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan
secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi
sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan
kelunakan pengucapan.Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa
ini dipertahankan generasi demi generasi melalui apa yang dianggap
sebagai kelompok kata atau ayat yang mempunyai susunan dan bentuk
yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula.Jenis yang lazim
terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan,
perumpamaan, kiasan dan simpulan.Pada hari ini, dalam dunia tanpa
sempadan peribahasa masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa
Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana kekayaan bahasa Melayu yang
digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya.
Bentuk-bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan
sehari-harian. Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang
mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang
tertentu, sama ada secara tersurat atau tersirat. Simpulan Bahasa
ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga
perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada
makna asal perkataan-perkataan tersebut. Pepatah ialah
ungkapan-ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam.
Makna ungkapan itu tidak akan berubah-ubah. Bidalan ialah
peribahasa yang berfungsi sebagai penasihat yang didalamnya
terkandung unsur nasihat. Perumpamaan ialah perbandingan makna yang
sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah,
ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.
PENDAHULUAN (BAHASA MELAYU)Bagi mengetahui asal usul Bahasa
Melayu, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai penutur
aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. Beberapa sarjana Eropah
seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria
telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari kelompok Austronesia. Kelompok manusia dari Yunan,
China ini kemudiannya berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa
wilayah di Asia Tenggara. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan
perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula
dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu Klasik dn
akhirnya bahasa Melayu Moden. Kedatangan agama Hindu, Islam dan
penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya
perbezaan yang ketara terhadap ketiga-tiga bahasa tersebut. Bahasa
Melayu Kuno dipercayai dipengaruhi oleh bahasa Sankrit dan agama
Hindu yang kuat, manakala bahasa Melayu Klasik Dipengaruhi oleh
bahasa Arab dan agama Islam dan bahasa MelayuModen pula banyak
menerima pengaruh bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris. Namun
begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan terhadap bahasa
Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden serta meninjau perbezaan
antara kedua-dua bahasa tersebut daripada sudut perkataan
(morfologi) dan ayat (sintaksis).
Definisi Bahasa Melayu KlasikSebelum huraian yang lebih mendalam
diberikan terhadap bahasa Melayu Klasik, takrifan mengenai bahasa
tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus Dewan (1986 :
590) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau
kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi
terpakai iaitu yang tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan
tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu Klasik telah
diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi
disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi
wahana kepada para ilmuan
Definisi Bahasa Melayu ModenBahasa Melayu Moden merujuk kepada
bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang. Bahasa ini
berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara.
Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa
Portugis, diikuti dengan bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa
Inggeris telah bertapak di nusantara dan seterusnya telah
mempengaruhi bahasa Melayu.
2.0 JENIS-JENIS PERIBAHASA 2.1 Simpulan Bahasa
Contoh-contoh simpulan bahasa ialah:2.1.1 Hari jadi bermaksud
hari ulang tahun atau tarikh lahir2.1.2 Langkah kanan bermaksud
nasib baik2.1.3 Buka mulut bermaksud bercakap2.1.4 Lampu hijau
bermaksud keizinan melakukan sesuatu
Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan apabila diberi
perkataan-perkataan laksana,bak,umpama,bagai,ibarat dan seperti di
hadapannya.
2.2 Pepatah
Pepatah mempunyai ciri-ciri puisi tradisional Melayu. Pepatah
juga berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang
mengamalkan sesuatu adat resam.Contoh-contoh pepatah ialah:
2.2.1 Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati
bermaksud apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka
kerja-kerja tergendala.2.2.2 Pada sangka pohon beringin,kiranya
tersandar dipunggur lapuk bermaksud menyangka dapat berkahwin
dengan orang kaya, rupa-rupanya miskin.2.2.3 Nak kaya
berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai bermaksud jimat cermat
ialah tangga kejayaan,murah hati ialah tangga tuah.2.2.4 Zaman
beralih, musim bertukar bermaksud segala sesuatu, baik
perasaan,peraturan,rekaan atau ilmu pengetahuan akan berubah
mengikut perkembangan masa.
2.3 Bidalan
Contoh-contoh bidalan ialah:2.3.1 Jika pandai menggunting,
hendaklah pandai menjahitnya bermaksud kerja yang sudah dimulakan
hendaklah diselesaikan.2.3.2 Sabar penghilang penat, tekun pembawa
dekat bermaksud kunci kejayaan ialah pada sifat sabar dan
tekun.2.3.3 Tujuh kali pindah jadi papa bermaksud perbuatansuka
berpindah randah dan bertukar-tukar kerja tidak mendatangkan
sebarang keuntungan.2.3.4 Ukur baju di badan sendiri bermaksud
lakukan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri.
2.4 Perumpamaan
Istilah pinjaman bahasa Inggeris bagi perumpamaan ialah
simili.Contoh-contoh perumpamaan ialah:
2.4.1 Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku
bermaksud sesuatu yang tidak mendatang sebarang faedah.2.4.2 Umpama
membungkus api bermaksud menyimpan rahsia yang lambat laun akan
diketahui orang juga.2.4.3 Laksana perempuan mandul baru beranak
bermaksud kegembiraan dan kesyukuran yang amat sangat kerana
mendapat sesuatu yang hampir-hampir putus asa.2.4.4 Bak mentimun
bengkok bermaksud tidak dianggap penting dan diketepikan orang.
3.0 HURAIAN PERIBAHASA DALAM PELBAGAI SITUASIPeribahasa lahir
daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang diteliti
oleh masyarakat Melayu lama. Peribahasa Melayu ini dapat
mencerminkan kehidupan masyarakat di kala itu. Sikap dan tingkah
laku seseorang sering sahaja diteliti oleh ahli masyarakat Jika
seseorang ahli masyarakat itu melakukan perkara-perkara yang kurang
menyenangkan maka teguran akan diberikan secara tidak langsung.
Kadang-kadang sindiran ditujukan secara maksud tersirat yakni
melalui peribahasa. Contohnya gambaran pada sikap negatif seseorang
iaitu sikap jahat. Seseorang manusia itu dibandingkan dengan
manusia-manusia yang jahat dalam sejarah manusia yang lalu iaitu
Abu Dajal , Abu Jahal , Jin Afrit , jahat bagaikan syaitan atau
pelesit. Sikap kedekut pula diberikan peribahasa yang berbunyi air
digenggam tiada tiris, tangkai jering dan ketam batu. Mengikut
kaedah ini sesuatu benda itu dibandingkan dengan benda yang lain
yang serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berlainan. Dalam
peribahasa ini, sikap kedekut seseorang itu dibandingkan dengan air
yang digenggam rapat. Adalah sesuatu yang tidak logik menggenggam
air. Kenapa pula tangkai jering digunakan pula untuk menunjukkan
sikap kedekut? Buah jering sememangnya sukar untuk dipisahkan dari
batangnya. Untuk memisahkannya dari batangnya memerlukan sedikit
tenaga kerana ia liat. Keliatannya ini menjadikan orang-orang tua
membuat perbandingan dengan sikap manusia. Sikap negatif manusia
yang malas pula digambarkan sebagai curi tulang ataupun bagaikan
ular sawa kekenyangan. Gambaran ular sawa yang tidak dapat berjalan
selepas membaham mangsanya dibandingkan dengan manusia yang malas
terutama selepas makan. Di samping itu, sikap malas seseorang itu
juga dikaitkan sebagai peluk tubuh, berat tangan, berat hati dan
berat tulang. Sikap malas ini banyak dikaitkan dengan berat anggota
fizikal seseorang. Sebaliknya sikap suka mencuri pula dikaitkan
dengan tangan. Ini kerana tangan manusialah yang mengambil
barang-barang. Contoh peribahasa yang digunakan ialah panjang
tangan, cepat tangan dan pantas seperti tangan beruk. Seseorang
yang panjang tangannya ataupun cepat tangannya akan dapat mengambil
barangan orang lain dengan pantas dan cekap. Sikap negatif yang
lain pula ialah sikap pentingkan diri sendiri. Sikap ini dikaitkan
dengan enau. Tumbuh-tumbuhan enau memang banyak terdapat di negara
ini. Enau ini memang cepat tumbuh untuk mencari cahaya matahari.
Jadilah peribahasa yang berbunyi seperti enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Manusia bagaikan enau ini memang
banyak terdapat dalam masyarakat kita .Di bandar-bandar, corak
kehidupan masyarakat tidak ubah seperti enau. Masing-masing sibuk
mencari rezeki tanpa memperdulikan orang lain. Keduniaan merubah
sikap baik manusia. Sebaliknya di kampung-kampung tradisional yang
belum banyak diserapi arus pembangunan, sifat bergotong-royong
masih diamalkan. Sekiranya kenduri diadakan, semuanya bekerjasama
tanpa mengira upah. Peribahasa yang bertepatan dengan sikap ini
ialah hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah. Segala
masalah dikongsi bersama seperti peribahasa yang berat sama dipikul
yang ringan sama dijinjing. Sikap kerjasama ini akan mewujudkan
pemuafakatan sesama sendiri. Ini dikaitkan dengan peribahasa yang
berbunyi bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Selain itu, sifat negatif yang lain ialah sikap pembohong. Cakap
sedikit akan dipanjangkan menjadi banyak. Contoh peribahasa di sini
ialah cakap sejengkal dibawa sehasta. Seseorang yang suka
mendedahkan keburukan diri sendiri pula dikaitkan dengan membuka
pekung di dada sendiri atau campak baju nampak kurap, atau ludah ke
langit, menimpa batang hidung sendiri dan tepuk air di dulang
terpercik ke muka sendiri Peribahasa Melayu memang banyak
menyatakan sikap positif seseorang. Seseorang yang inginkan sesuatu
mestilah perlu berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Sikap ini
dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya, dan dimana ada kemahuan di situ ada
jalan, siapa gatal dialah yang menggaru dan siapa menjala,
sebaliknya yang mengena. Setiap kejayaan yang diharapkan bukan
dengan mudah boleh diperolehi. Ini semuanya memerlukan ketekunan
dan kesungguhan SERTA kesabaran. Ini bertepatan dengan pepatah yang
mengatakan yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak
akan datang bergolek. Dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan
seseorang amat mementingkan masa. Masa, sesuatu yang amat berharga
sehingga disamakan nilainya dengan emas. Terbitlah peribahasa yang
berbunyi masa itu emas, masa itu lebih mahal dari permata. Ajaran
Islam juga menuntut kita menghargai masa. Ini sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya manusia menghargai masa
seperti yang terkandung dalam surah al Asr. Hubungan kekeluargaan
dalam masyarakat Melayu amatlah dititik beratkan. Hubungan keluarga
yang jauh cuba dieratkan. Walaupun hubungan itu bau-bau bacang,
ianya cuba dipereratkan melalui ziarah-menziarahi. Hubungan
silaturahim sentiasa terjalin walaupun berjauhan. Andainya berlaku
pergaduhan atau perkelahian sesama anggota keluarga, ianya pastilah
tidak akan berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus SERTA
carik-carik bulu ayam, lama-lama akan bertaut kembali. Pergaduhan
sesama adik beradik tidak melarat sehingga berpatah arang. Di dalam
kamus am, peribahasa disenaraikan di bawah kata masukan. Dalam
Kamus Dewan, di bawah kata masukan ibu terdapat peribahasa bahasa
ibu, rumah ibu, ibu afrit, ibu angkat, ibu ayam, ibu haruan, ibu
pembohong, ibu pertiwi, ibu tangga dan seperti anak ayam kehilangan
ibu.Kata anak diungkapkan dalam peribahasa sebagai anak bapa yang
bermaksud anak yang disayangi oleh bapanya ataupun anak yang bernai
dan sanggup bertanggungjawab. Anak emas memberi erti seseorang yang
disayangi oleh keluarganya ataupun oleh ketua dan majikannya. Anak
angkat, anak tut dan , anak ambil memberi maksud yang sama iaitu
anak orang lain yang diambil dan dipelihara seperti anak sendiri.
Selain daripada itu terdapat juga peribahasa lain seperti anak
tiri,anak kandung,anak tekak, anak dapat,anak ayam,anak bulan, anak
tunggal,anak yatim,anak manja,anak gampang,anak haram,anak sumbang
dan anak buah. Kata rumah dalam peribahasa dikaitkan sebagai rumah
haram, bermakna rumah yang dibina di atas tanah kerajaan dan tidak
mendapat kebenaran daripada pihak pemerintah. Rumah kilat maksudnya
rumah haram yang dibuat dalam tempoh satu malam sahaja. Rumah
pasung pula bererti balai polis. Rumah ibu menunjukkan bahagian
rumah yang menjadi asas pada bangunan rumah itu manakala rumah
dapur ialah bahagian dapur sesebuah rumah. Seterusnya rumah sorong
dinamakan pada bahagian tambahan sesebuah bangunan ataupun rumah.
Untuk membandingkan rupa bentuk seseorang pula, sesuatu yang hendak
diceritakan itu dibandingkan dengan benda-benda yang lain yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya seseorang yang tinggi dan
kurus, umpamanya seperti tiang telefon. Oleh itu terciptalah
peribahasa perempuan itu bagai tiang telefon. Contohnya seseorang
tua yang tidak boleh bekerja lagi dibandingkan dengan Quran buruk
sedangkan kedua-dua benda ciptaan Allah ini sangat berlainan rupa
bentuknya; yang satu manusia dan yang satu lagi kitab suci.
Seseorang yang menjadi orang harapan majikan dikatakan sebagai
harimau tambatan kerana antara kedua-duanya mempunyai sifat yang
serupa. Peribahasa Melayu banyak membandingkan manusia dengan
benda-benda lain dalam masyarakat tempatan. Misalnya gambaran
kecantikan dan ketampanan pasangan pengantin, seperti cincin dengan
permata, bagai pinang dibelah dua dan bagai tanduk bersendi gading.
Seseorang yang mendapat keuntungan secara tiba-tiba dikaitkan
dengan mendapat durian runtuh, bulan jatuh ke riba, dapat harta
karun dan dapat harta timbul. Walaunpun usahanya sedikit namun
keuntungan yang diperolehi ialah secara tidak disangka-sangka. Ini
bergantung pada nasib seseorang. Seseorang yang bernasib baik atau
lucky ia langkah kanan. Peribahasa yang diungkapkan oleh
orang-orang tua dahulu amatlah indah dan puitis bahasanya. Ianya
sering digunakan dalam perbualan seharian secara tidak langsung.
Misalan yang dibuat sebahagian besarnya adalah merujuk kepada alam
ciptaan Tuhan seperti tumbuhan dan haiwan. Ayam adalah haiwan
ternakan yang dicipta dalam peribahasa, bagai anak ayam kehilangan
ibu,ayam tambatan dan ajak-ajak ayam. Perlakuan ayam diperhatikan
dan dibandingkan dengan manusia yang berkelakuan hampir sama dengan
ayam tersebut. Seperti ayam, kais pagi makan pagi dan kais petang
makan petang yang membawa maksud keadaan hidup seseorang yang
sangat susah. Bekerja hari ini untuk mendapat makanan hari ini
sahaja. Rabun ayam menunjukkan seseorang yang kurang jelas
penglihatannya pada waktu senja. Gajah dan harimau adalah binatang
liar yang diumpamakan dalam peribahasa seperti gajah mati kerana
gadingnya yang bermaksud mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama menunjukkan orang yang baik
meninggalkan nama yang baik, sebaliknya orang yang jahat
meninggalkan nama yang jahat pula. Gajah terdorong kerana gadingnya
dan harimau terlompat kerana belangnya bermakna berbuat sesuatu
yang kurang baik kerana kelebihannya. Harimau ialah binatang liar
yang amat ditakuti. Untuk memberi perlambangan sifat garang pada
seseorang, harimau dikaitkan dalam peribahasa. Contohnya harimau
beranak muda yang bermaksud keadaan seseorang yang sangat bengis
atau garang. Amat ditakuti dan digeruni oleh orang lain. Harimau
menyembunyikan kuku memberi erti seseorang yang bijaksana tetapi
menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya seerti juga dengan
orang yang berpura-pura bodoh atau pun orang yang berani tetapi
berpura-pura takut. Harimau juga lambang kekuasaan dan kekuatan.
Peribahasa yang berbunyi harimau takut sebab giginya memberi maksud
orang besar ditakuti sebab kekuasaannya. Manusia berani bila
memegang tampuk kekuasaan. Manusia juga akan jadi sombong, bongkak,
takbur SERTA hilang perikemanusiaan bila memegang kuasa. Pipit
merupakan seekor burung yang menjadi contoh dalam peribahasa
Melayu. Pipit hendak menjadi enggang diibaratkan kepada seseorang
yang ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan diri
sendiri. Manakala peribahasa yang berbunyi pipit itu, pipit jugalah
lawannya menunjukkan setiap sesuatu itu menurut taraf
masing-masing. Pipit pekak makan berhujan bermaksud orang yang
sangat rajin. Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendung pula
memberi makna orang lain yang mendapat kesenangan, orang lain pula
yang menanggung akibatnya. Manakala anjing sebagai binatang jinak
dikaitkan dalam peribahasa sebagai haiwan yang dilambangkan dengan
sifat jahat, seperti anjing makan muntahnya bererti orang yang
tamak itu tidak dapat membezakan di antara yang baik dengan yang
jahat. Anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh dan anjing
menyalak di ekor gajah membawa maksud walau bagaimanapun celaan dan
cemuhan yang dibuat oleh orang yang lemah atau jahat ke atas
seseorang yang kuat ataupun baik, celaan dan cemuhan itu tidak akan
memberikan apa-apa kesan. Anjing kalau biasa makan tahi, tidak
makan pun dihidu ada juga yang ditujukan kepada orang yang biasa
melakukan kejahatan itu walau bagaimanapun dia akan teringat juga
akan perbuatan jahatnya dan akan membuatnya jika mempunyai
kesempatan. Manakala peribahasa yang berbunyi ekor anjing,
betapapun dilurut, tiada betul juga memberi maksud seseorang yang
jahat itu tidak dapat diajar kerana sekali-sekala dia akan berbuat
jahat juga. Binatang lain yang dikaitkan dalam peribahasa ialah
itik di air mati kehausan; ayam di kepuk mati kelaparan menunjukkan
maksud keadaan kesusahan seseorang meskipun mempunyai wang yang
banyak ataupun berpangkat tinggi. Ikan tergantung kucing tunggu
bererti mengharapkan sesuatu barang yang sangat diingini. Kucing
kurap ditujukan kepada orang yang sangat miskin atau pun hina. Kutu
embun pula bermaksud seseorang atau pun orang yang suka berjalan
sehingga jauh malam tanpa tujuan tertentu.Kutu adalah sejenis
binatang yang hidupnya merayap. Embun pula menunjukkan waktu
dinihari. Seperti kerbau dicucuk hidungnya diibaratkan kepada orang
yang bodoh dan sentiasa mengikut sahaja kehendak orang lain,
samalah seperti pak turut. Peribahasa kumbang putus tali dan belut
digetil ekor membawa maksud keadaan orang yang lari dengan pantas
apabila terlepas dari tahanan. Peluang yang ditunggu tidak akan
dilepaskan. Seperti kucing dengan panggang peribahasa yang
menunjukkan sesorang yang berjumpa dengan benda yang sangat
dikehendakinya, kalau kurang diawasi tentulah barang berkenaan akan
dapat diambilnya (biasanya dikaitkan kepada lelaki dan perempuan
yang selalu berdekatan atau pun tidak pernah berenggang). Sesuatu
perkara yang mustahil berlaku jangan berangan akan terjadi, umpama
mengharapkan benda yang sia-sia seperti mengharapkan kucing
bertanduk; puntung berasap; masak buah rumbia; menanti Kuaran
bertelur; bakar air ambil abunya. Sesuatu yang pasti tidak akan
terjadi, kucing telah dijadikan oleh Allah tidak bertanduk masakan
manusia boleh mengubahnya. Begitu juga air sudah pasti anugerah
Allah ini tidak akan dapat dibakar sampai bila-bila , jangan
diharap untuk mendapatkan abunya.Tumbuhan yang terdapat di
persekitaran manusia dijadikan bahan perumpamaan terhadap kelakuan
dan sikap manusia dalam kehiduapan seharian. Contohnya daun nipah
disangka daun labu yakni menunjukkan seseorang yang segan bertanya
tentulah timbul salah faham. Sedangkan daun nipah dan daun labu
amat berbeza dari segi rupa bentuknya. Darah setampuk pinang yang
bermaksud belum berpengalaman. Seseorang yang cetek pengalamannya
digambarkan dengan darah dalam bekas tampuk pinang yang kecil
sahaja. Tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah? Ubi gadung
sejenis tanaman, jika diratah dengan banyak ia akan memabukkan.
Sikap ini sudah tentu akan menimbulkan banyak masalah dan membawa
penyesalan. Ini bertepatanlah dengan maksud peribahasa ini iaitu
sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesali diri sendiri.
Selain itu, peribahasa lain yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan
ialah seperti gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga,
orang berbuah dia tidak. . Ia membawa maksud orang yang meniru-niru
perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan tetapi
perbuatan itu sia-sia belaka. Sesuatu perbuatan yang
berlebih-lebihan itu, biasanya akan menjadi sia-sia. Ini ada kaitan
dengan peribahasa yang berbunyi gulai terlampau serai, maung
rasanya. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling masyarakat
Melayu, mudah sahaja dikaitkan dengan peribahasa. Contohnya tebu
dan asam. Bertanam tebu di tepi bibir bermaksud orang manis
percakapannya tetapi hati di dalam lain jadinya. Gigi telah gugur,
tebu menjadi-jadi juga merupakan peribahasa yang dikaitkan dengan
tebu. Ia bermaksud sesuatu keinginan yang datang sesudah tidak ada
kesempatan lagi untuk melakukannya. Orang Melayu, sememangnya
beragama Islam. Islam percaya rezeki, maut dan jodoh pertemuan di
tangan Tuhan. Ini dikaitkan dengan peribahasa yang ada kaitan
dengan pokok asam misalnya peribahasa yang berbunyi garam di laut,
asam di darat, di dalam periuk bertemu juga. Ia membawa maksud
seseorang perempuan atau lelaki itu kalau sudah jodoh, mereka akan
bertemu (berkahwin) juga pada akhirnya. Kaduk ialah sejenis
tumbuhan liar yang banyak khasiatnya. Seperti kaduk naik ke junjung
adalah satu peribahasa yang bermaksud keadaan seseorang yang hina
tetapi berkelakuan mengada-ngada apabila dia mendapat sesuatu
kesenangan seperti dinaikkan pangkat dan sebagainya. Dalam hubungan
kekeluargaan juga setiap anak buah selalu diingatkan supaya tidak
bersikap sombong sebaliknya eloklah bersikap peramah dan baik
hati.
Berbudi dan berjasa
Kehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi
bicara dan adat tradisi. Sesuatu budi yang telah diberikan secara
jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan dan kasih
sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa
dikenang dari hidup hingga ke akhir hayat. Lantaran, timbul
peribahasa:
i. Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga.ii.
Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa matiiii. Muka
berpandangan Budi kedapatanKasih bak lama juga
Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi
antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak
mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak
berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu
olehnya kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun
setelah dia meninggal dunia.
i. Hidup kayu berubah Hidup manusia biar berjasa.ii. Kayu mati
berpunggur Manusia mati biar bernama.iii. Harimau mati tinggal
belangnya Gajah mati tinggal tulangnya Manusia mati tinggalkan
nama.
Merendah diri
Merendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi.
Orang yang memiliki ketinggian budi bahasa, maka kata-katanya itu
tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji.
i. Bawa resmi padi; Makin berisi makin merunduk Jangan bawa
resmi lalang Makin berisi makin jegang.ii. Berfikir sebelum berkata
Berunding sebelum dibuat.
Menuntut pelajaran
Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu
pengetahuan. Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut
ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih
boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun
melalui khabar-khabar yang disebarluaskan. Orang yang berpelajaran
akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup
sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap
sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa
contoh peribahasa yang tercipta.
i. Kurang wang ringgit boleh dicari Kurang akal fikiran habis
bicara.ii. Arang habis besi binasa Tukang bekerja penat sahaja.iii.
Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi
Bekerja kuat dan berjimat-cermat
Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan
daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas
tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan
berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang
bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:
i. Sehari selembar benang Lama-lama menjadi kain.ii. Ditangkap
buaya nampak riaknya Ditangkap malas tak bertanda.iii. Berhemat
sebelum habis Sediakan payung sebelum hujan.
iv. Besar pasak dari tiang Besar sendal dari gelegar.v. Sekali
merengkuh dayung Dua tiga pulau terlangsung Sekali mengorak pura
Dua tiga hutang langsai
Taat setia dan menghormati undang-undang
Sikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada
negera dan raja yang memerintah jelas terakam dalam banyak
peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atau
seorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu waad dengan yang
diperintahnya. Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan
baik dengan yang diperintah. Sesebuah kerajaan juga harus
mengetepikan kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undang
yang dipertanggungjawabkan kepadanya, seperti dalam contoh
berikut:
i. Raja adil raja disembah Raja zalim raja disanggah.ii. Biar
mati anak Jangan mati adat.iii. Hidup dikandung adat Mati dikandung
tanah.iv. Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung.v. Bagai
pucuk ru: Ke mana angin keras Ke sana ia berpihak.vi. Hujan emas di
negeri orang Hujan keris lembing di negeri sendiri Baik juga di
negeri sendiri.vii. Penohok kawan seiring Penggunting dalam
lipatan.
Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan
nilai masyarakat Melayu yang tinggi. Sikap dan nilai masyarakat
terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak semata-mata sebagai
pengucapan tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam
kehidupan sehari-hari, menjadikannya sebagai sesuatu yang sakral.
Menurut Pak Haji Tenas Effendy, seorang budayan Riau, peribahasa
berfungsi sebagai alat untuk menasihati dan memberi arahan yang
bertepatan serta bersesuaian dengan peri hidup setiap lapisan
masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala
macam tuntutan dan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi
bicara masyarakat Melayu yang sejak azali lagi sesungguhnya
terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan.
Peribahasa ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai
kedamaian sekaligus mengajak semua untuk hidup rukun dan saling
hormat-menghormati agar tidak membawa kepada kerosakan kepada diri
sendiri mahupun orang lain dan alam sekitarnya.Peribahasa juga
digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang
sesuai akan menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan
memperlihatkan keberkesanannya terutama di dalam penghasilan
genre-genre penulisan. Genre-genre penulisan yang mengandungi
peribahasa dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agar
menjadi lebih kritis dan kreatif. Memang pada umumnya semua
peribahasa mengandungi tema didaktik iaitu dengan maksud mengajar
dan mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai aspek
kehidupan. Bagaimanapun terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang
khusus merujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam
mengingatkan pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan
dan bertindak, berhutang, meminjam dan memberi pinjam dan
sebagainya. Contoh berikut menjelaskan:
i. Ingat-ingat yang di atas Kelak di bawah akan menimpa.ii.
Hutang kajang belum langsai Hutang samir sudah tiba pulaiii. Ibarat
kain tengah empat Elak ke atas bawah terbuka Elak ke bawah atas
terbuka.
Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman
hidup. Kehidupan telah mengajar manusia supaya berwaspada dan
berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal pada kemudian
hari. Pengajaran in terakam dalam peribahasa seperti di bawah:
i. Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada berguna.ii.
Lepas di tangan jangan diharap Orang pulang jangan dinanti Mulut
manis jangan didengar.
Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus
lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan
pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak
peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan
anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan
menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak.
Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oral constitution atau
undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu,
peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa
depan sebagai pegangan dan panduan hidup.
BAHAGIAN 24.0 PERBANDINGAN DAN HURAIAN TEKS KLASIK SULALATUS
SALATIN DAN NOVEL MELAYU MODEN
4.1SINOPSIS SULALATUS SALATINSulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan
kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa
orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa
apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah
dibawa ke Goa.Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama
semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511.
Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera
pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang
disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula
pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. Portugis
merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang
Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang
Kaya Suguh.Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat
pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India, manakala
pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang
terletak di Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang
kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil
salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya Sejarah
Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan.Sejarah
Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat
istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu
dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di mana
pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya
akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.
4.2 SINOPSIS SUTERA DALAM LUKISANNovel ini memaparkan kisah
seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya
yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah
menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah
menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina,
dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa
tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil
peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah
ibunya. Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk
menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah
segala-galanya dan Bujei mula merasai erti sebuah kehidupan. Namun
banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan
hubungan persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan
perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan
Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk
memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai
Adila akan mengahwini Alias. Malah Adila turut difitnah menghidap
AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian
membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk
mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada
kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi
sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati
serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima
dirinya.Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat
daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang
kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi
manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih
tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi
hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya
untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya
terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai
seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.
4.3 LATAR BELAKANG KARYA
SULALATUS SALATINSejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang.
Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun Muhammad. Tun Sri Lanang
dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah
pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu
Melaka dan Johor Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara
tahun 1580 dan 1615. Menurut Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh
Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada tahun 1615.
Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor
dan ibunya, Tun Ganggang. Tun Sri Lanang merupakan cucu kepada
Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu
Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan cicit kepada Tun
Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat
dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan
tahun 1606. Beliau juga menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi
serangan Portugis dan Acheh. Sebagai contoh, beliau telah mengatur
perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk
mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.
SUTERA DALAM LUKISANNovel yang saya pilih ialah novel Sutera
Dalam Lukisan karya Abdul Talib Mohd Hassan. Beliau telah
dilahirkan pada 1947. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Umum Laki-Laki Teluk Intan pada tahun 1954 hingga 1957. Beliau
kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Rendah Anglo-Chinese,
Teluk Intan pada 1958 hingga 1960, sebelum meneruskan pengajiannya
di Sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan pada tahun 1960
hingga 1965. Selepas mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan
Harian, Teluk Intan, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah
Kebangsaan Spang Loi, Johor. Antara karya yang pernah dihasilkan
oleh beliau ialah Di Rahang Sumpah (1992), Sutera Dalam Lukisan
(1993), Jerebu (1994), Khailee (1997) dan Diari Hati (2005). Selain
itu, banyak kejayaan yang diperoleh beliau dalam penulisan karya
sastera seperti memenangi tempat pertama Sayembara Novel GAPENA
pada tahun 1976 menerusi novel Saga serta hadiah tempat kedua
Sayembara Novel Hari Guru pada tahun 1977 menerusi novel Pelarian.
Beliau juga memenangi tempat kedua Sayembara Novel GAPENA dan
Yayasan Sabah pada tahun 1979 menerusi novel Warisan.
5.0 PERBANDINGAN DAN HURAIAN DARI ASPEK MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN
SEMANTIK
TEKS SULALATUS SALTINMorfologiNik Safiah Karim dan rakan
rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43
berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut
menjadi unit bahasa yang bermakna.Personafikasi adalah memberi
watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang
disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul
dan sebagainya. Lalu ditulis sebagai daun nyiur melambai-lambai,
daun kelapa menggamit manja dan sebagainya. Contoh personafikasi
yang ada dalam novel adalah seperti berikut:1) Rupa tunggul
panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja dan
catria.
Maksud: awan berarak: Awan adalah unsur alam yang diberi
perlakuan manusia iaitu berarak yang bererti berjalan beramai-ramai
dan beriring-iring.
2) Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai dengan kenaikan
baginda.
Maksud: perahu bercerai: perahu adalah benda yang diberi
perlakuan manusia iaitu bercerai yang bererti berpecah atau
berpisah.
NOVEL SUTERA DALAM LUKISANMorfologiPenggunaan Bahasa asing
seperti Bahasa inggeris, Bahasa arab dan Bahasa Indonesia juga
menjadian struktur ayat lebih menarik dan memberikan gambaran yang
berbeza dalam setiap ayat.
a) Penggunaan kata bahasa inggeris. Contoh: good morning; excuse
me.b) Penggunaan kata bahasa arab. Contoh: Insya-Allah,
Alhamdulillah; bertawakallah.c) Penggunaan kata bahasa Indonesia.
Contoh: mikirkan;dong
Di tepi sungai kecil, pada waktu petang, Hafiz/Bujei
menampar-nampar agas yang hinggap di muka dan hidungnya.
Maksudnya pengarang menggambarkan sungai sebagai latar tempat
dan masa dalam cerita
TEKS SULALATUS SALTINSintaksisCabang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ia menghubungkan
klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.
Contoh kata komplemen yang selalu digunakan ialah bahawa.
Contoh ayat:Ya tuanku,jangan apalah hati patik sekalian duli
tuanku perbinasakan dengan titah yang demikian itu;bahawa patik
sekalian ini adalah berkaul
Penggunaan ayat aktif dan pasifKedua-dua ayat ini berlainan
bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud yang sama. Ayat
Aktif ialah ayat yang menekankan objek dan kata kerjanya berawalan
men-. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengutamakan objek asal
(iaitu objek dalam ayat aktif) sebagai perkara atau unsur yang
diterangkan, manakala subjek asalnya tidak diutamakan.
Contoh ayat 1:Ayat aktif: Temenggunglah yang memasung dan
menangkap dia. Ayat pasif: Dialah yang dipasung dan ditangkap oleh
Temenggung.
Contoh ayat 2:Ayat aktif : baginda memberi anugerah persalin
akan kedua utusan Pahang itu. Ayat pasif : Kedua utusan Pahang itu
telah diberi anugerah persalin oleh baginda.
Penggunaan kata pinjaman,kiasan dan ungkapan:
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab
iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam
menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada
teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka
menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara
ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat
kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut
melalui syair Arab;
Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada
i-laiya al-taffa musytaqu,
yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia,
hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam
juga, adanya.
Selain itu,novel sulalatus salatin juga banyak menyelitkan
rangkap-rangkap lagu yang dinyanyikan oleh rakyat jelata
berdasarkan sesuatu perkara yang menarik perhatian. Contohnya Tun
Hassan Temenggung anak Bendahara yang mempunyai rupa paras yang
baik dan sering diperkatakan rakyat jelata.contoh rangkap lagu
tersebut ialah:
Apa di jeruk dengan belimbing,Geranggang mudik muara,Apa
ditengok di balik dinding?Tun hassan temenggung anak bendahara.
Penggunaan ungkapan tertentu yang digunakan untuk menggantikan
atau menukarkan dengan idea yang telah diungkap sebelum itu. Contoh
ungkapan daripada novel Sulalatus Salatin ialah mengenai Sultan
Mahmud yang amat mengagumi Tun Teja. Anak Seri Wak Raja itu
digambarkan begitu baik paras dan akalnya. Baginda mengungkapkan
perihal tersebut melalui pantun iaitu:
Tuan Teja Ratna Menggala,Pandai membelah lada sulah;Jikalau tuan
tidak percaya,Mari bersumpah kalam Allah.
Selain itu, penggunaan seloka juga kerap digunakan dalam novel
sulalatus salatin berdasarkan peristiwa-peristiwa tertentu.
Contohnya kejadian Singapura dilanggar todak dimana seekor todak
telah melompat ke atas gajah Paduka Seri Maharaja dan terkena
bajunya. Kemudian peristiwa ini telah dibuat seloka seperti
berikut:
Carek baju dilompati todak,Baharu menurut kata budak.
NOVEL SUTERA DALAM LUKISANSintaksis
Dalam Novel yang menggambarkan latar masyarakat
i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang
kurang bernasib baik.
Contoh:Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan
mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.
ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemahusiaan.
Contoh:Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan
membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun.
iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang
lain.
Contoh:Baharu sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah
memujuk Fatimah untuk membeli kereta.
iv. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh:Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis
perkahwinan Sameah.
Dalam novel ini juga struktur ayat yang menggambarkan
nilai-nilai murni adalah seperti berikut:
i. Nilai kasih sayang
Contoh:Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya.
Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.
ii. Nilai hormat menghormati
Contoh:Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya
Hafiz.
iii. Nilai baik hati
Contoh:Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk
mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.
iv. Nilai keadilan
Contoh:Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas
kerosakan radio Bujei.
v. Nilai keberanian
Contoh:Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas
oleh Alias.
vi. Nilai keadilan
Contoh:Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas
kerosakan radio Bujei.
vii. Nilai keberanian
Contoh:Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas
oleh Alias.
Struktur ayat yang menggambarkan pengajaran juga digunakan dalam
novel melayu moden untuk memberikan pengajaran kepada pembaca.
i. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan
Contoh:Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat
perbuatan bapa tirinya.
ii. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:Alias telah memfitnah Adila setelah pinangannya
ditolak.
iii. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib
baik
Contoh:Adila optimis dia boleh membatu Bujei memulihkan
keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.
iv. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah
dibuat.
Contoh:Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan
Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.
v. Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan Adila
menghidapi penyakit AIDS untuk menjauhkan perhubungan mereka.
vi. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu
pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.
TEKS SULALATUS SALTINSemantikBudaya perkahwinan merupakan salah
satu aspek yang terkandung dalam novel Sulalatus Salatin. Adat
memberi mas kahwin kepada gadis yang ingin dikahwini merupakan adat
yang dilakukan sehingga ke hari ini. Hal ini dibuktikan melalui
akad nikah antara Puteri Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar
dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus dinar emas.
dan berkata ia kepada Raja Iskandar bahawa sudahlah hamba
kahwinkan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah
dengan Raja Iskandar.Adapun isi masnya tiga ratus ribu dinar
emas,redakah tuan hamba? Maka sahut Raja Iskandar, Redalah
hamba.
Antara aspek budaya yang dapat dikesan dalam karya ini adalah
budaya dalam mematuhi peraturan kerabat diraja. Pada zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka terdapat beberapa peraturan
diraja yang diperkenalkan untuk dipraktikkan oleh seluruh isi
masyarakat Melaka, agar kedudukan masyarakat kerabat terpelihara.
Sebagai contoh, larangan kepada rakyat biasa untuk mengamalkan cara
hidup masyarakat istana dalam segala aspek kehidupan seperti
pakaian kekuningan, emas, keris, rumah dan berperahu.Oleh
itu,amalan budaya tersebut pada ketika itu telah diaplikasikan
dalam kehidupan seharian bagi menghormati taraf atau kedudukan kaum
kerabat diraja. Contohnya dalam ayat berikut:tiada dapat diambil
akan perhiasan rumah; dan lain daripada lain itu pun tiada juga
dapat, melainkan kain, baju dan destar tiga perkara itu jua yang
dapat dipakai.
Seterusnya, amalan taat setia kepada Raja dan Negara juga
merupakan salah satu budaya yang ditunjukkan dalam novel Sulalatus
Salatin ini. Budaya taat setia kepada raja dan negara amatlah
dititikberatkan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka,
sehingga konsep waad diperkenalkan. Contohnya, Tun Biajid yang
menunjukkan taat setianya kepada Sultan Mahmud Syah walaupun dia
tahu bahawa baginda telah berzina dengan isterinya. Namun, oleh
sebab nilai taat setia yang sudah terpupuk beliau tetap menghormati
Sultan Mahmud Syah sebagai tuannya.Tegasnya, budaya taat setia
kepada raja dan negara ini diamalkan dalam kehidupan seharian oleh
seluruh lapisan masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
sehingga pada hari ini,seperti yang termaktub dalam prinsip rukun
negara.
Contoh ayat yang menunjukkan taat setia kepada raja dalam novel
Sulalatus Salatin adalah seperti berikut:
maka titah Sultan Mahmud Shah, jangan kamu semua marah, kerana
katanya itu benar, kita sedia salah kepadanya; pada hukumnya patut
kita dibunuhnya, daripada ia hamba melayu, tiada ia mahu derhaka,
maka demikian lakunya
NOVEL SUTERA DALAM LUKISANSemantik
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan supaya jiwa menjadi
tenang boleh digambarkan dalam huraian ayat dibawah :
Hafiz tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering
mempermain-mainkannya dan jika Hafiz enggan menurut perintahnya,
Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan.
Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias,diatidak pernah serik.
Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu
tidak diendahkannya
Kita hendaklah bertanggungjawab membantu anak yatim kerana beban
mereka dapat diringankan. Huraian penyataan ini seperti ayat di
bawah:
MakSommengajak Hafiz bersarapan di rumahnya setelah Hafiz
selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit
kepada Hafiz apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz.Mak Som
menasihati Hafiz supaya tidak menurut arahan Alias.
Kita hendaklah bersimpati dengan masalah orang lain supaya beban
mereka dapat diringankan dan huraian ayat adalah seperti berikut
:
Adila memberitahu Sameah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan
sebegitu. Adila sering memberitahu Sameah bahawa Hafiz menjadi
mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.
6.0 REFLEKSIAlhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana
dengan izin dan inayahnya saya telah dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan tepat pada masanya. Tugasan ini memberikan peluang kepada
saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan
kerja kursus mata pelajaran BMM 3123 iaitu Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan. Semoga apa yang saya
kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman
yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.Pada pendapat saya sejarah perkembangan
Bahasa Melayu , perkamusan dan terjemahan adalah penting bagi
seorang guru kerana BMM 3123 ini akan menyedarkan guru tentang
perkembangan Bahasa Melayu sama ada dari segi sejarah, perkamusan
dan terjemahan. Melalui BMM 3123 ini kita akan memahami
perkembangan bahasa Melayu dari Bahasa Melayu kuno hingga Bahasa
Melayu moden. Kita juga akan memahami perkembangan perkamusan dan
kepentingan kamus dalam meyelesai masalah Bahasa. Selain itu tidak
ketinggalan juga kita akan mengetahui prinsip-prinsip terjemahan.
Sejarah mengajar kita erti lebih dewasa kata-kata ini memang sesuai
bagi guru Bahasa Melayu. Melalui sejarah perkembangan bahasa Melayu
ini, para guru akan lebih berkeyakinan serta lebih berpengetahuan
di dalam pengajaran Bahasa Melayu. Apabila saya mendalami ilmu
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan
berdasarkan modul BMM 3123 serta mendapat bahan dengan merujuk
kepada bahan bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan
tugasan ini, kefahaman saya semakin meningkat , oleh itu
pengetahuan yang lebih mendalam ini akan dapat membantu saya untuk
mengajar murid-murid dengan lebih baik. Tugasan ini memberikan saya
peluang bagaimana peribahasa boleh menggambarkan kebudayaan atau
falsafah masyarakat melayu. I juga boleh menggambarkan sistem
ekonomi, sosial dan politik masyarakat melayu kita. Di samping itu
juga saya dapat membanding dan menghuraikan teks klasik salalatu
salatin dan novel melayu dari segi morfologi, sintaksis dan juga
semantik. Ini memberikans saya peluang memahami semua struktur
tersebut.Apabila saya memikir tentang pengalaman ini, maka saya
benar-benar menginsafi bahawa murid-murid perlu memahami mengenai
peribahasa yang melibatkan kebudayaan dalam masyarakat melayu
sendiri. Justeru dengan itu, pengetahuan baru yang saya perolehi
ini amat berguna dan akan digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran di sekolah kerana sebagai seorang guru yang mengajar
Bahasa Melayu melihat bahawa guru perlu melengkapi ilmu bahasanya
serta kreatif dalam pengajarannya supaya mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Jika kita buat yang terbaik , murid
juga akan dapat yang terbaik.Sekian, terima kasih.FAIROS AZMI BIN
MARZAH810809145533PPG 6.07
7.0 RUMUSANKesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan
peradaban sekaligus lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa
dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang
kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak
bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia
untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan
yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oral
constitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu
tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh
generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan
hidup.Di samping itu juga kesimpulan bagi teks Sulalatus Salatin
dikatakan telah ditulis sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan
ditulis semula serta disemak oleh Tun Sri Lanang di Johor pada awal
abad ke-17 (1621).Pelbagai versi Sulalatus Salatin telah diwujudkan
dan diselenggarakan oleh pengkaji-pengkaji seperti Raffles,
Shellabear, Munshi Abdullah dan A. Samad Ahmad. Namun, buku
Sulalatus Salatin- Sejarah Melayu (edisi pelajar) yang
diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad, terbitan Dewan Bahasa Dan
Pustaka (1979) telah digunakan oleh Ismail Embong sebagai rujukan
untuk melahirkan karya lukisannya.Sulalatus Salatin ini telah
banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa khususnya dari aspek
kesusasteraan. Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah
satu cabang penting kebudayaan, bahkan ada ahli falsafah yang
menganggap sebagai cabang yang terpenting daripada semua cabang
kebudayaan itu. Hal Ini boleh dilihat pada pengiktirafan dunia
terhadap keagungan kesusasteraan sesuatu bangsa sebagai pengakuan
keagungan kebudaayan bangsa itu.Teks sastera tradisional ini
amatlah penting dalam memartabatkan bangsa Melayu kita. Banyak
panduan dan kisah-kisah dlm pentadbiran raja Melayu dahulu yang
wajar dijadikan pedoman masa ini.Bukan saja kepada golongan
raja-raja malah untuk kepentingan masyarakat juga.
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang
Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hasbullah Ibrahim,
1993. Ulasan dan contoh jawapan Hikayat Hang Tuah. Selangor: Pan
Asia Publications Sdn Bhd.Ibrahim Hamzah, 1983. Kesasteraan Melayu
Moden STPM. Kota Bharu: Penerbitan Seri Kota.Kassim Ahmad, 2008.
Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik
Safiah karim, etc, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah
sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka AntaraZainon S. Ahmad,
1987. Sastera Melayu moden untuk STPM. Kuala Lumpur: Penerbitan
Elman.Laman web:
www.google.com/ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_SalatinLaman web:
www.google.com/sejarahmelayu.wordpress.com
LAMPIRAN