HAFAZAN AL-QURAN (PQE3043E)
HAFAZAN AL-QURAN (PQE3043E)2014
1.0 PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Yang Mulia dan paling dikasihi
Tuhan, Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan
kurnianya. Dapat kami menyiapkan tugasan Hafazan al-Quran (PQE
3043E) ini. Tugasan yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam
penyiapannya dapat kami sempurnakan. Segala usaha kami adalah
banyak dibantu oleh banyak pihak lain.Pertama kali kami ingin
mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada pensyarah dan
pembimbing kami iaitu Ustaz Sood bin Chik yang banyak membantu kami
dalam proses penyiapan tugasan Hafazan al-Quran ini. Bimbingan,
nasihat, penerangan dan tunjuk ajar kepada kami sedikit sebanyak
membantu kami menyelesaiankan masalah yang dihadapi semasa
menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kami kepada rakan-rakan kami
yang banyak membantu kami. Perbincangan dan kolaborasi bersama-sama
banyak membantu kami. Walaupun jarak memisahkan kami namun kami
tetap mengadakan perbincangan untuk membaik pulihkan tugasan kami
yang banyak kekurangan ini. Rakan-rakan yang memberi kerjasama yang
kuat dan komitmen yang tinggi. Selain itu, kami juga ingin
mengucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung. Sedikit sebanyak mereka membantu kami menyiapkan tugasan
yang diberikan ini.Akhir kata kami ingin mengucapkan
setinggi-tinggi kesyukuran atas semua pihak yang membantu kami
dalam proses penyiapan tugasan sirah ini. Dengan izin Allah, kami
berjaya menyiapkannya.Sekian terima kasih.
2.0 PENDAHULUANPendidikan al-Quran bermatlamat untuk membina
masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih
sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak
ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim,
tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan
al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting
pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri
kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus
globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi
pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan
generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi
matlamat pendidikan al-Quran.Hafazan adalah proses yang digunakan
untuk menyimpan pengetahuan (Ab. Fatah Hasan:15). Menghafaz
memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya.
Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan
melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan
ingatan dan kecerdasan otak.Al-Quran yang terdiri daripada 114
surah dan 30 juzuk merupakan satu-satunya kitab suci yang boleh
dihafaz secara keseluruhan. Ini adalah suatu kelebihan kepada umat
baginda Rasulullah S.A.W. dan penghafazan al-Quran adalah rahmat
daripada Allah S.W.T. Jika dibandingkan dengan buku-buku lain yang
sama tebal dan besarnya, menghafaz satu buku, setengah buku atau
pun seperempat buku adalah sukar dan hampir-hampir mustahil. Allah
S.W.T. menyifatkan penghafaz al-Quran sebagai hamba-hamba
pilihannya. Hal ini dinyatakan menerusi firmanNya:
Terjemahannya;Dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu iaitu
al-Kitab (al-Quran) itulah yang benar, dengan membenarkan
kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha
Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hambanya. Kemudian
Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di
antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya
diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan
di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan
dengan izin Allah. Ynag demikian itu adalah kurnia yang amat besar.
(Fatir:31-32)Al-Quran adalah Manhaj al-Hayah atau pedoman hidup
bagi seluruh manusia tanpa batasan. Bertepatan dengan sifat Allah
S.W.T. yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, al-Quran yang
merupakan perkataannya sarat dengan ilmu pengetahuan. Di dalamnya
terkandung pelbagai khazanah ilmu samada ilmu ukhrawi ataupun
duniawi. Seseorang yang menghafaz dan menguasai al-Quran bermakna
ia telah memiliki pelbagai ilmu baik dari segi pendidikan, ekonomi,
politik dan sebagainya. Sebagai umat Islam, kita tiada alasan untuk
meragukan keagungannya. Menghafal ayat-ayat al-Quran memerlukan
kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah sasaran
ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. Pelajar perlu
mempersiapkan diri dalam menghadapi segala bentuk permasalahan
apabila ia mula menghafal dan mengekalkan hafalan dengan cara
melaksanakan pengulangan hafalan secara konsisten. Hafalan Al-Quran
terlalu mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang
benar-benar memastikan pemeliharaannya (Abdullah & Rahman,
2010). Terdapat pelbagai teknik dan sistem yang digunakan di
institusi menghafal Al-Quran untuk memastikan pelaksanaan proses
hafazan adalah teratur dan sistematik. Proses pengulangan dalam
ayat-ayat al-Quran menghafal dijalankan menggunakan solat lima
waktu dan zikir setiap hari untuk memastikan bahawa ayat-ayat
Al-Quran yang dihafal terpelihara. 3.0 KAEDAH HAFAZANKaedah
Hafazan" bermaksud satu sistem atau cara bersistematik dan berkesan
yang digunakan oleh para hafiz dalam proses penghafazan al-Quran.
Kaedah tersebut digunakan samaada kaedah semasa menghafaz, kaedah
mengulang-ulang hafazan dan kaedah mengekalan hafazan.Hafazan boleh
dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan
jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan serta merta boleh
kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu, hafazan jangka
pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari sementara
hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah
dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13).Menurut
Schunk D.H (1996: 163-166), hafazan mempunyai beberapa jenis iaitu
hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan jangka
pendek mempunyai ciri kapasiti terhad, masa yang singkat dan
separuh sedar. Hafazan jangka panjang adalah mempunyai kapasiti
yang tidak terhad, penyimpanan kekal dan maklumatnya akan teraktif
apabila digerakkan dan ianya terdiri daripada empat jenis.
Pertamanya, hafazan episodic iaitu mengingat semula sesuatu
kejadian yang pertama kali berlaku dan bermakna kepada diri
sendiri. Kedua, hafazan semantik melibatkan pengumpulan pengetahuan
tentang perkataan, konsep dan makna yang tersimpan secara jangka
panjang. Ketiga, hafazan prosedur iaitu mengingat semula urutan
perkara yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang dan akhir
sekali hafazan visual adalah hafazan terhadap maklumat yang
dikodkan dalam bentuk gambar, imej dan pemandangan.Menurut Rahil
Mahyuddin, Jamiah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim (2000:34) proses
hafazan mengandungi tiga peringkat. Pertama peringkat perolehan,
kedua ialah peringkat pengekalan dan ketiga peringkat perolehan
kembali. Peringkat perolehan melibatkan memberikan perhatian kepada
rangsangan dan mengekodkan ke dalam ingatan. Pengekalan merupakan
peringkat hafazan di mana maklumat disimpan dan perolehan kembali
iaitu proses mengeluar maklumat daripada simpanan apabila
diperlukan.Kaedah hafazan ini juga terdiri daripada dua bahagian
iaitu kaedah tradisional dan kaedah moden atau semasa. Kaedah
tradisional lebih cenderung kepada kaedah-kaedah hafazan yang
digunapakai sejak dari dulu lagi oleh para ulama silam. Kaedah ini
juga bertepatan dengan sirah penurunan al-Quran kepada Rasulullah
S.A.W melalui malaikat Jibril dan diteruskan oleh para sahabat
seterusnya diwarisi hingga ke hari ini. Namun, peredaran zaman yang
pesat sentiasa menemukan sesuatu yang baru dengan harapan dapat
membantu kaedah yang lama dengan lebih berkesan. Para ulama
sekarang sentiasa mencipta kaedah yang baru, lebih sistematik dan
efektif agar seiring dengan peredaran masa. Dunia Teknologi pada
hari ini memperlihatkan kaedah hafazan yang lebih teratur dan
sistematik namun kaedah tradisional itu sendiri masih utuh dan
relevan untuk digunapakai selagi mana ia mampu memberikan impak
yang efektif.3.1 KAEDAH HAFAZAN TRADISIONAL3.1.1 KAEDAH TALAQQI DAN
MUSYAFAHAHKaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari
bacaaan al-Quran yang tertua iaitu berdepan secara langsung di
antara guru dengan murid seperti mana yang dipraktikkan oleh Jibril
a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Talaqqi pada bahasa bermaksud
pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala menurut
istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
Lebih mudah ialah, guru membacakan sepotong ayat kepada sekumpulan
murid dan kemudian murid mengikut bacaan guru secara berhadapan
dengan guru beramai-ramai.Manakala, musyafahah pula bermaksud
sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua
bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima pengajaran melalui
sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya
mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong ayat
kepada seorang murid, dan kemudiannya murid itu mengikut contoh
bacaan guru secara individu.Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid
yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada
gurunya. Hal ini kerana, setiap guru al-Quran atau salasilah guru
al-Quran sanadnya adalah bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Di
sinilah terletaknya kepentingan berguru di dalam membaca al-Quran
secara talaqqi musyafahah iaitu langsung dari mulut ke mulut dengan
bersemuka secara langsung.Antara kekuatan kaedah ini ialah murid
mengetahui secara amali dengan betul bagaimana perlaksanaan semua
hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj
huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Selain itu ia
memudahkan murid menyebut dan membunyikan huruf hijaiyah yang
berbaris dengan tepat. Melalui kaedah ini, murid juga dapat
membezakan bacaan panjang atau pendek sebutan huruf dan membaca
dengan betul dan fasih sepertimana guru yang bertindak sebagai
seorang mursyid. Bahkan kaedah ini juga secara tidak langsung dapat
memupuk sifat dalam diri pelajar supaya yakin dan berani mencuba di
hadapan guru.Tidak dapat dinafikan juga bahawa kaedah talaqqi
musyafahah ini tidak sama sekali diragui akan kesahihan sumbernya.
Hal yang demikian kerana murid itu sendiri mendapat ilmu secara
langsung daripada guru. Hal yang demikian akan mengelakkan
murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah. Para guru juga
mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
Kemudian, sekiranya terdapat kesalahan, guru akan membuat
pembetulan dan penerangan dari perkataan dan ayat yang dibaca serta
boleh memperdengarkan bacaan contohnya melalui kaset atau bacaan
guru. Guru juga boleh merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman
dan memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang bagaimana
untuk membuat penambah baikkan dalam bacaan.Namun, setiap kaedah
punyai kelemahan tersendiri. Berdasarkan dapatan kajian oleh
beberapa tokoh,hasilnya menunjukkan bahawa kaedah Talaqqi dan
Musyafahah yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
tahfiz masih tidak mencukupi dan tidak mencapai tahap yang
sepatutnya. Hal yang demikian dapat dilihat kerana proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan lebih berpusatkan guru.
Guru merupakan watak utama dalam menyampaikan bacaan yang betul dan
tepat. Bacaan contoh guru yang salah memberi kesan besar kepada
murid. Hal ini kerana, murid akan mengikuti dan mencontohi bacaan
guru dalam amalannya.Selain itu, kaedah talaqqi musyafahah juga
memerlukan penglibatan murid yang aktif. Ini membuatkan murid yang
kurang aktif menjadi pasif seterusnya membuatkan mereka kurang
berpeluang dalam menonjolkan diri. Terutamanya murid yang
bermasalah dalam pembelajaran tidak akan keluar daripada zon
kepincangannya dan akan terus menerus tersadai pada takaknya
berbanding murid yang aktif akan terus mempertahankan kedudukannya
di zon selesa.3.1.2 KAEDAH TAQRIR ATAU MURAJA'AH Taqrir atau
muraja'ah bermakna mengulang-ulang. Maksud keadah Taqrir atau
mengulang-ulang ialah pengulangan yang dibuat oleh penghafaz
al-Quran untuk mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Ini
bertujuan bagi mengekalan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau
hilang dari ingatan. Kaedah Tikrar ini merupakan kaedah yang utama
di dalam menghafaz al-Quran dan jumlah takrar merupakan penentu
kepada kekuatan hafazan pelajar (Hashim ,2014).Kekuatan hafazan
seseorang pelajar berkait rapat dengan sejauh mana jumlah
perlaksanaan kaedah Takrar yang dilakukan iaitu cara mengulang
hafalan yang masih baru dan hafalan yang telah lama (Mazaayaa,
2006).Dalam satu kajiannya, Prof. W.C.F. Krueger telah menggunakan
kaedah mengulang-ulang bacaan sebelum menghafaz ke atas sekumpulan
pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa semakin banyak mereka
mengulang-ulang bacaan, semakin banyak yang mereka hafaz. Implikasi
daripada kajian tersebut, jikalau kita hendak menghafaz sesuatu
maklumat, kita mesti terus mengulang-ulangnya. Keadah
mengulang-ulang bacaan al-Quran, terdapat dua bahagian iaitu
mengulangi hafazan yang masih baru dan mengulangi hafazan yang
telah lama diperolehi.Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung
kepada kekuatan daya ingatan mereka masing-masing. Bagi seseorang
yang mempunyai ingatan yang kuat, masa yang digunakan untuk
mengulang adalah sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai
ingatan yang lemah. Walau bagaimanapun, menghafaz (Tahfiz) dan
mengulang (Taqrir) perlu seimbang dengan nisbah antara keduanya
adalah 1:10, iaitu setiap hafazan baru mesti diulang
sekurang-kurangnya sepuluh kali.Kaedah ulangan ini dapat
dilaksanakan dengan melakukan pembacaan ataupun mengingati sesuatu
perkara secara berulangkali ataupun berterusan. Kaedah ulangan ini
dapat menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar
apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini berpusatkan kepada guru dan pelajar. Guru akan
menggunakan kaedah ini apabila perlu mengulang semula topik yang
lepas sebelum memulakan pengajaran baru. Pelajar pula dapat
menggunakan kaedah ini dengan cara mengulang kaji pelajaran yang
lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.Kaedah
ulangan ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar supaya
bersedia menerima pengajaran dan menguatkan daya ingatan dan
kefahaman. Kaedah ulanagan boleh dilakukan oleh guru dalam
peringkat pengajaran yang sama ataupun guru membuat pengulangan
sesuatu perkara dalam peringkat pengajaran yang berbeza. Contohnya
membuat pengulangan pada isi pengajaran pada awal sesi pengajaran,
pada peringkat akhir pengajaran atau pun membuat pengulangan
sesuatu perkara dalam peringkat yang sama.Taqrir ini sendiri sangat
berkesan dalam hafazan kerana murid dapat menyebut huruf ataupun
kalimah dengan betul dan fasih. Ia juga memberikan dorongan kepada
murid dalam menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu
kemahiran yang tekal disamping ia juga sesuai untuk kelas pemulihan
murid yang lemah dalam hafazan. Murid juga boleh membezakan bunyi
sebutan dengan pelbagai baris. Dengan erti kata lain kaedah
pengulangan yang berterusan ini menjamin sesuatu hafazan itu bukan
sahaja dari segi lafaz ayatnya semata tetapi juga menekankan bacaan
yang betul dan tepat dalam hukum tajwidnya.Namun, harus juga
diingat bahawa kaedah pengulangan ini boleh menimbulkan rasa bosan
dan menjemukan sekiranya proses pengulangan dilakukan dengan
menggunakan teknik yang tidak sesuai. Jika terlalu banyak ulangan
dilakukan mungkin aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang
hanya membuang masa dan membosankan. Oleh itu, anda harus
berwaspada tentang kaedah ini (Salihah Siais, 1993). Waktu
pelaksanaannya perlulah diselangi masa rehat agar murid tidak
terbeban dengan proses pengulangan yang berterusan yang akan
menganggu prestasi minda mereka. Selain itu juga, kaedah
pengulangan ini tidak dapat dijalankan dengan baik sekiranya
terdapat murid yang tidak fokus dalam istiqomah dalam mengulang.
Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah
perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya
merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada
menangguh- nanggukan tugasan dari satu masa ke masa yang
berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini, usaha pengulangan
hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang
telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima
waktu.
3.2 KAEDAH HAFAZAN SEMASA/ MODEN3.2.1 KAEDAH JIBRILKaedah Jibril
ini merupakan kaedah semasa yang baru sahaja bertapak di Malaysia.
Ia dinamakan bersempena mengikut kaedah Malaikat Jibril mengajar
Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran. Kaedah ini dibentuk hasil
kajian oleh Ustaz Haji Mohd Asraff Ayob al-Hafiz, seorang Hafiz
al-Quran yang berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang hafazan
dan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang al-Quran dan
Qiraat dari Universiti Al-Azhar, Mesir serta ijazah sarjana dalam
bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kaedah
ini diasaskan khusus untuk mereka yang sentiasa sibuk setiap hari
tapi ingin menghafaz al-Quran. Melalui kaedah ini, sesiapa sahaja
dapat menghafaz al-Quran tanpa mengira usia. Hal yang demikian
kerana kaedah ini memperkenalkan kaedah terbaru dan mudah dalam
menghafaz. Dalam sehari, seseorang itu hanya memerlukan 3 baris
ayat untuk dihafaz. Hal yang demikian kerana 3 baris mampu dihafaz
dalam sehari disamping mudah untuk mendisiplinkan setiap hari. Ia
juga mengikut baris memudahkan jumlah target dalam sebulan.Kaedah
Jibril direka berdasarkan konsep ini: mudah, praktikal, dan tidak
membebankan. Ia bukan direka khas atas konsep banyak menghafaz tapi
akhirnya lupa. Konsep mudah dan praktikal lebih sesuai untuk
golongan awam kerana ia berpijak pada bumi yang nyata, berbanding
konsep banyak tapi lupa itu. Selain itu, ia hanya memperutukkan
masa hanya 30 minit dalam sehari. Tempohnya tidak terlalu lama dan
tidak terlalu singkat dan ianya sangat relevan untuk di amalkan
oleh segenap lapisan masyarakat.Selain itu juga, setelah dikuasai
hafazannya, kita hanya perlu membuat 3 kali ulangan. Iaitu
sebaiknya dalam setiap solat fardhu. Metodenya mudah sahaja iaitu
sebelum solat bermula, ambil sedikit masa untuk mengulang 3 baris
tersebut. Kemudian, cuba mengujinya ketika solat. Dan yang terakhir
cuba mengulanginya ketika selepas solat. Seseorang itu perlu
mengambil sedikit masa selepas solat terutamanya seusai wirid.Namun
kaedah Jibril ini masih lagi baru bertapak di Malaysia. Rata-rata
masyarakat masih tidak terdedah dengan kaedah ini. Antara kelemahan
yang ketara ialah sesiapa yang mahu mempraktikkan kaedah ini,
mereka perlu menghadiri seminar khas yang dianjurkan Ustaz Asraff
sendiri yang secara umumnya tidak pada semua negeri di lawatinya.
Seterusnya kaedah ini memerlukan bayaran khusus untuk mendapatkan
naskhah bukunya samada buku bercetak atau pun maya iaitu e-book.
Hal yang demikian berikutan kaedah ini masih lagi baru dalam
promosi pengenalan.3.2.2 KAEDAH MODEN MENGGUNAKAN
TEKNOLOGIPelaksanaan proses secara tradisional tidak menyelesaikan
masalah yang timbul apabila melibatkan generasi muda masakini yang
terdedah dengan penggunaan telefon pintar. Satu kajian lepas telah
membuktikan kaedah tradisional gagal untuk menarik minat dan
motivasi pelajar untuk belajar membaca surah (Purwanto, 1990).
Dengan penciptaan Teknologi Maklumat dan penggunaan teknologi
telefon pintar, pelbagai perisian dan aplikasi mudah alih telah
dibangunkan untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran
dalam bidang hafazan Al-Quran mudah dan cepat berbanding secara
tradisional. Pelbagai aspek pengetahuan tentang Al-Quran dikaji dan
dibangunkan bagi menghasilkan rekaan aplikasi dan sistem yang mampu
memberi kesan yang baik kepada pengguna. Kaedah dan teknik hafalan
Al-Quran menjadi mudah dengan kemudahan capaian Internet. Terdapat
pelbagai sistem dan aplikasi yang dibangunkan dalam membantu proses
menghafal Al-Quran. Dengan adanya pembangunan perkakasan dan
perisian dalam bentuk pendigitan (Muhammad, 2013), pelbagai
aplikasi dan perisian Al-Quran yang berkaitan telah dibangunkan
untuk memenuhi keperluan pengguna dalam talian dan luar talian.
Ramai pendidik percaya bahawa komputer dapat membantu pelajar
belajar membaca dengan betul melalui kaedah interaktif (Ismail dan
Zakaria, 2010).Menurut kajian Md Ghalib (2006), kandungan subjek
boleh dilaksanakan secara berkesan melalui aplikasi agen pedagogi
animasi (APA) kerana ia berjaya meningkatkan penglibatan dalam
proses pembelajaran. Kajian oleh Hj, Omar, & Sharif (2013),
membuktikan antara sebab utama pelajar mempunyai tahap kecekapan
yang rendah dalam membaca surah adalah kerana pelajar tidak
mempunyai minat dalam pembelajaran surah. Berdasarkan pemerhatian,
proses ajaran surah adalah bukan secara interaktif dan guru agama
mengajar secara satu arah dan jelas bahawa pelajar secara membuta
tuli mengulangi dan membaca surah selepas guru dan kaedah ini boleh
menyebabkan motivasi pelajar semakin merosot. Di samping itu,
kajian rintis yang sama, tiga agama guru telah ditemubual dan
mereka berpandangan pembelajaran dan motivasi pelajar dapat
dipertingkatkan melalui pembangunan reka bentuk pengajaran yang
interaktif dan di lengkapi teknologi moden. Melalui pembangunan
Quran Voice Memorizer selepas menghafal semua surah, pengguna boleh
ke mod semak yang membolehkan aplikasi mendengar dan memperbetulkan
hafalan. Ia membantu pengguna menghafal Al-Quran dalam tujuh cara
dikenali sebagai kaedah tujuh Al-Chatibiah (Sameh, El-Hazmi,
Zarrad, & Noreldean, n.d.).Aplikasi Quran Audio Recitation
(QAR) (Muhammad & Qayyum, 2012), membantu dalam mengesan
kesalahan bacaan atau hafalan Al-Quran tetapi ia tidak boleh
menilai ketepatan dan prestasi pengguna. Menurut Elhadj (2010),
E-Halagat direka berasaskan web dengan pendekatan menyerupai
situasi halaqah yang dibangunkan secara elektronik terdiri daripada
tutor, penyelia dan pelajar berdaftar. Sistem ini mempunyai dua
kaedah pengesahan menggantikan kaedah tasmik iaitu pengesahan
sendiri dan pengesahan automatik. Pengesahan sendiri dilaksanakan
dengan merekod dan mendengar semula suara sendiri bagi mengetahui
kesilapan dalam hafalan. Pengesahan automatik pula menggunakan
teknik pengecaman pertuturan automatik untuk mengikuti pembaca dan
untuk membetulkan bacaan atau hafalan ayat Al-Quran dengan adanya
alat pengiraan yang diperlukan untuk membetulkan kesalahan hafalan
secara elektronik.Kaedah pembelajaran Tahfiz mempunyai hubungan
yang kuat dengan pencapaian pelajar (Hashim, 2014). Oleh itu
unsur-unsur pembelajaran tahfiz perlu memberi pertimbangan khas
oleh semua pihak dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran
kurikulum tahfiz terutamanya dalam pembangunan sistem dan aplikasi
yang menggunakan teknologi maklumat. Beberapa faktor dalam
pembelajaran yang menyumbang kepada keberkesanan sesuatu aplikasi
atau sistem adalah reka bentuk sistem pembelajaran yang interaktif
(Baldwin & Sabry, 2003).Namun teknologi sememangnya memberikan
banyak kelemahan terutamanya ia akan menghalang seseorang untuk
terus fokus berikutan paparannya yang dibuka melalui computer
selalunya akan membuatkan cepat hilang minat untuk terus menghafaz
sebaliknya sibuk melayari program lain. Selain itu juga, kos yang
diperlukan sangat tinggi dan ia bersifat tidak mampu milik sekali
gus tidak memberikan peluang kepada mereka yang berpendapatan
rendah. Selain itu, alatan teknologi juga tidak tahan lama. Ia
memerlukan maintanaince yang kerap dan juga mengeluarkan kos. Di
samping itu, alatan teknologi ini tidak dapat menilai prestasi
sepenuhnya dalam hafazan seseorang itu.
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN HAFAZANPengekalan hafazan
(Murajcah/Icadah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan
yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah
amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara
hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Berikut adalah
beberapa kaedah yang boleh dipraktikan mengekalkan hafazan iaitu
yang pertama ialah bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz.
Kebiasaannya pada suatu tahap tertentu akan timbul rasa jemu dan
malas untuk mengulangkaji hafazan walaupun pada awalnya semangat
tersebut amat berkobar-kobar. Di sinilah fungsinya bergaul dengan
orang-orang yang sedang atau sudah menghafaz al-Quran. Ia dapat
membantu seseorang itu untuk konsisten dalam mengulang-ulang
ayat-ayat al-Quran kerana wujudnya semangat persaingan untuk
berlumba-lumba membacanya. Selain itu, mereka turut berperanan
sebagai pemberi motivasi kepada seseorang yang mula malas dan lesu
untuk mengulang hafazan.Selain itu, mendengar bacaan dari seorang
hafiz al-Quran juga dapat memberi semangat kepada seseorang yang
ingin mengekalkan hafazannya. Hal ini boleh dilakukan dengan
mendengar kaset-kaset rakaman, radio ataupun compact disk al-Quran.
Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak, seseorang
hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang
diperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnya,
ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya. Tidak lupa juga
untuk mengulang hafazan bersama orang lain. Cara ini merupakan cara
popular yang digunakan oleh para ulama zaman dahulu untuk
mengingati ilmu yang telah mereka pelajari. Begitu juga bagi
seorang hafiz yang melakukannya secara konsisten, hafazan al-Quran
lebih mudah dikekalkan. Malah pada masa yang sama, ketika berlaku
ketidaklancaran pada bacaan salah seorang di antara mereka,
rakannya dapat membetulkan bacaan tersebut. Di samping itu, selalu
membaca ayat yang dihafaz di dalam solat. Seringkali membaca
ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan
memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana
solat itu sendiri memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam
melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang hafiz perlulah membuat
pengulangan bacaan yang intensif dan melapangkan waktu yang agak
panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat
langsung kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat
yang hendak dibaca semasa membaca di dalam solat. Namun apabila
perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu
sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat lancar. Dan yang
terakhir ialah menyertai Musabaqah Hifz al-Quran Dengan mengikuti
pertandingan seumpama ini menyebabkan seseorang itu mendapat
motivasi untuk mengulang hafazannya secara berulangkali. Ini kerana
pertandingan tersebut dianggap satu suasana ujian yang amat
genting. Melalui pertandingan yang disertai ini, penghafaz bukan
sahaja dapat menguji kemampuannya dalam menghafaz ayat al-Quran
malah turut memperolehi pengalaman yang berharga apabila dapat
bertukar-tukar ilmu dan buah fikiran dengan peserta daripada daerah
dan negeri lain.
5.0 PENUTUPKajian ini berjaya mengenalpasti beberapa kaedah dan
teknik hafalan Al-Quran secara tradisional iaitu Talaqqi,
Musyafahah dan Takrar Murajaah. Di samping itu, kajian ini turut
mengenalpasti kaedah hafalan Al-Quran secara moden menggunakan
pengaplikasian teknologi yang dapat membantu proses pengekalan
ingatan ayat-ayat hafalan yang dihafaz. Reka bentuk pembangunan
sistem dan aplikasi yang interaktif dan bersistematik juga sangat
penting dalam memastikan keberkesanannya kepada pengguna. Ini
kerana kepelbagaian gaya dan strategi pembelajaran yang dibangunkan
akan melahirkan huffaz yang berkualiti dari segi ilmu dan
profesional.Natijahnya, menghafal ayat-ayat al-Quran memerlukan
kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah sasaran
ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. Pelajar perlu
mempersiapkan diri dalam menghadapi segala bentuk permasalahan
apabila ia mula menghafal dan mengekalkan hafalan dengan cara
melaksanakan pengulangan hafalan secara konsisten. Hafalan Al-Quran
terlalu mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang
benar-benar memastikan pemeliharaannya (Abdullah & Rahman,
2010).
6.0 REFLEKSIMUHAMAD MUIZ BIN MUHAMADPISMP PAI 2 SEMESTER
6920709-11-5289124864Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T, Tuhan
yang mentadbir sekalian alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan
kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga Baginda,
sahabat-sahabat Baginda dan seluruh manusia yang memperjuangkan
syariat-Nya sampai hari Kiamat. Alhamdulillah, dengan rasa penuh
kesyukuran ke hadrat Ilahi yang tidak terhingga berkat taufik
hidayahNya dan keizinanNya, dapat saya, menyiapkan tugasan kerja
kursus bagi subjek Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) yang telah
diberikan oleh pensyarah, Ustaz Mohd Sood bin Chik ini dengan
jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah bagi subjek Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) ini iaitu
Ustaz Mohd Sood bin Chik kerana telah memberikan panduan dan
dorongan kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini.
Seterusnya ribuan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua
Ibu Bapa saya kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan terutama seluruh
ahli kelas Pai 2, kerana telah memberikan komitmen dan tunjuk ajar
yang terbaik sepanjang pembikinan tugasan ini berlangsung.Sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus ini, pelbagai analisis dan juga
pemerhatian yang telah saya lakukan. Analisis yang telah saya
lakukan ini dapat mengajar saya pelbagai ilmu yang bermanfaat dan
juga faedah kepada saya selaku bakal Ustaz pada masa hadapan. Dalam
penulisan refleksi ini, saya akan menghuraikan beberapa perkara
mengenai hasil pemerhatian dan pengalaman sepanjang menyiapkan
tugasan kerja kursus ini. Di dalam tugasan tersebut, kami diminta
untuk 4 kaedah hafazan yang merangkumi 2 kaedah tradisi dan 2
kaedah semasa yang membincangkan kekuatan dan kelemahannya.
Seterusnya kami diminta untuk mencadangkan langkah-langkah yang
perlu diambil agar hafazan yang dibbuat kekal dalam ingatan. Dari
sudut kekuatan, saya melihat tugasan ini mampu menjentik minda kita
semua bahawa pentingnya mengetahui apakah kaedah hafazan yang perlu
dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian sebagai seorang yang
bergelar guru. Adab, prosedur dan kaedah seseorang muslim itu
mestilah kukuh dalam hafazan dan tidak mudah diganggu oleh
anasir-anasir jahat yang sentiasa membelengu diri seseorang agar
kekal hafazannya. Selain itu, tugasan ini juga telah banyak
memberikan ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Melalui tugasan
ini, saya dapat memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan
dengan kaedah hafazan. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari
banyak perkara berkenaan kaedah hafazan dan berjaya mengenalpasti
beberapa kaedah dan teknik hafalan Al-Quran secara tradisional
iaitu Talaqqi, Musyafahah, Takrar, Tadarus, Semaan, Tasmik, Tashil,
Tarkiz, Tarsikh, Tafaqqud dan Murajaah, kefahaman dan penulisan. Di
samping itu, kajian ini turut mengenalpasti kaedah hafalan Al-Quran
secara moden menggunakan pengaplikasian teknologi yang dapat
membantu proses pengekalan ingatan ayat-ayat hafalan yang dihafaz.
Reka bentuk pembangunan sistem dan aplikasi yang interaktif dan
bersistematik juga sangat penting dalam memastikan keberkesanannya
kepada pengguna. Ini kerana kepelbagaian gaya dan strategi
pembelajaran yang dibangunkan akan melahirkan huffaz yang
berkualiti dari segi ilmu dan profesional.Selain itu, saya juga
diminta untuk mencadangkan beberapa langkah dalam mengekalkan
hafazan. Ini juga merupakan ilmu dan pengalaman yang sangat
bermakna kepada saya kerana pada mulanya saya tidak begitu pandai
untuk melaksanakannya tetapi setelah mempelajarinya dengan
rakan-rakan yang lain, Alhamdulillah saya dapat melaksanakan dengan
baik. Pengekalan hafazan (Murajcah/Icadah) merupakan peringkat di
mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang
hafiz al-Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia
menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam
ingatannya. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dipraktikan
mengekalkan hafazan iaitu yang pertama ialah bergaul dengan mereka
yang telah menjadi hafiz, mengulang hafazan bersama rakan, membaca
ayat didalam solat, mendengar bacaan hafiz dan menyertai
pertandingan.
Manakala dari sudut kelemahan, saya mengalami sedikit kesukaran
untuk mencari maklumat untuk soalan temubual berkaitan dengan
subjek ini. Terutamanya dalam menghadapi beberapa masalah seperti
bahan rujukan dan talian internet yang disediakan terlalu
mengecewakan. Selain itu, saya juga ingin memohon maaf kepada pihak
ustaz kerana terlewat sedikit menghantar hasil tugasan ini kerana
ianya bukan disengajakan tetapi kerana banyak halangan yang tidak
dapat saya elakkan. Namun saya cuba dengan sedaya upaya saya untuk
menyiapkannya dengan hasil yang terbaik.Setelah meneliti beberapa
permasalahan yang timbul sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus
ini, saya dan rakan-rakan telah menggunakan beberapa cara yang
sesuai untuk mengatasinya. Antaranya ialah merujuk kepada
rakan-rakan lain mengenai kaedah hafazan supaya kami boleh saling
berkongsi maklumat yang ada supaya lebih berkembang. Selain itu,
mengenai proses pencarian maklumat yang susah, beberapa ahli kelas
turut bekerjasama bagi memastikan semua perkara dapat diuruskan
dengan membahagikan tugas kepada beberapa individu. Selain itu,
saya merangka pelan tindakan sendiri atau pun jadual kendiri supaya
perkara-perkara kecil tidak terlepas pandang. Dengan adanya pelan
ini, saya dapat menyiapkan kerja kursus saya selain melaksanakan
tugasan lain yang terdapat disekolah.Kesimpulannya, tugasan kerja
kursus pada kali ini memberikan pengalaman yang cukup bermakna
kepada saya dan rakan-rakan sebagai persediaan sebelum menempuh
suasana sebenar di sekolah suatu hari nanti. Akhir kata,
setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah,
sahabat-sahabat dan selainnya yang terlibat secara langsung ataupun
tidak dalam menjayakan tugasan kerja kursus pada kali ini. Semoga
jasa baik anda semua mendapat keredhaan Allah s.w.t.
InsyaAllahSekian, terima kasih.
7.0 RUJUKAN
Al-Quran al-KarimAbdullah al-Qari bin Haji Salleh, Bagaimana dan
Mengapa Kita Perlu Menghafal al-Quran?,Kelantan Darul Naim,
KenaliAbu Mazaayaa Al-Hafiz, A.-H.A. (2006).Panduan Menghafal
Al-Quran, Kuala Lumpur, Darul Numan.Dr. Adel M. Abdulaziz, 2006,
Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran,Kuala Lumpur, iBook
Publications Sdn Bhd.Mohd Yusof Ahmad, 2005, Sejarah dan Kaedah
Pendidikan al-Quran, Kuala Lumpur, Universiti Malaya
http://www.kaedahjibril.com/ebookkj.html di layari pada 20
September
2014https://www.academia.edu/7370196/Perbandingan_Kaedah_Hafazan_Al-Quran_Tradisional_dan_Moden_-_Satu_Kajian_Awal
di layari pada 21 September
2014http://umexpert.um.edu.my/file/publication/00010772_77945.pdf
di layari pada 21 September 2014
8.0 LAMPIRAN18