1.1 Sipnosis Tajuk ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan baku. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; ii. membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; iii. menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; iv. menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. 1.3 Definisi Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Apakah yang dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia maklum pertuturan ialah bunyi- bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Cuba anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem. Adakah bunyi ini bermakna? Boleh ya, boleh tidak. TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.1 Sipnosis
Tajuk ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu konsep
fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan baku. Fonologi
ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia.
Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat
fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi
sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem
tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan
kita.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;
ii. membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;
iii. menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;
iv. menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.
1.3 Definisi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Apakah yang
dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia maklum pertuturan ialah bunyi-
bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami
perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.
Cuba anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada
pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem. Adakah bunyi ini
bermakna? Boleh ya, boleh tidak.
TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna adalah yang dihasilkan oleh alat
artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya adalah merumuskan,
menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan
teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Fonetik pula ialah
kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.
Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan alat-alat yang menghasilkan bunyi
atau fonetik artikulasi, pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik
auditori dan sifat bunyi atau fonetik akustik. Seterusnya, fonemik pula ialah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur
bunyi bahasa itu.
1.3.1 Fonetik Artikulasi
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian
(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan
pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur
(artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan
sebagainya.
1.3.2 Fonetik Akustik
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat
diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang
diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
1.3.3 Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang
Aktiviti 1 Catatkan perbezaan definisi fonologi dan fonetik yang telah anda pelajari.
paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat
mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi
tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu
fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya
peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
1.4 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan
oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Anda boleh membaca perbezaan antara
kedua-dua bidang kajian ini dengan merujuk buku Siti Hajar Abd. Aziz (2008).
Aktiviti 1
1. Secara berkumpulan, anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat
msklumat tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.
2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda.
1.5 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna
dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai
keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan
(2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah
sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut
dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah
berjalan serentak dengan KBSM (1988).
1.6 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
Sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau
sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike
dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan
diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.
Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut
:
Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah
dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa
Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Huruf dan fonem vokal ‘a’
Sebutan Baku
Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,
tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja
dan dieja seperti mana dilafazkan.
Contoh:
Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan
a [a] saya
berapa
apa
[sa ya]
[be ra pa]
[a pa]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.
Berdasarkan sebutan baku, fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’
perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku
kata tertutup dibunyikan dengan [e].
Contoh:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau
Alih
Mukim
Hasil
[a lih]
[mu kim]
[ha sil]
[ a leh]
[mu kem]
[ha sil]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak
pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu
dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata
tertutup dibunyikan dengan [o].
Contohnya:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Betul
Lanun
tutup
[be tul]
[la nun]
[tu tup]
[ be tol]
[la non]
[tu top)
Penyebutan Kata Terbitan
Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa
Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.
Kata terbitan dengan imbuhan awalan
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Pengajar
Pengedar
Terasa
Berlari
terangkat
[pe nga jar]
[pe nge dar]
[te ra sa]
[ber la ri]
[ter ang kat]
[pe nga ja]
[pe nge da]
[te ra sé]
[ber la ri]
[ter ang kat]
Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris
Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa
Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.
Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
i) Bahasa Indonesia
Sama bunyi
Anda
Merdeka
Berbeza bunyi
Bangsa
ii) Bahasa Arab
Sama bunyi
Fatwa
Takwa
Beza bunyi
Makna
iii) Bahasa Inggeris
Frasa
drama
[an da]
[mer de ka]
[bang sa]
[fat wa]
[tak wa]
[mak na]
[fra sa]
[dra ma]
[an da]
[mer de ka]
[bang sé]
[fat wa]
[tak wa]
[mak né]
[fra sa]
[dra ma]
1.7 Intonasi dalam Bahasa Melayu
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama
ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat
pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan
empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai
nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2
memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu
mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan
bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan
frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.
Sebutan bagi Nama Khas
Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang
empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]
James Bond [jéms bÕnd]
Nelson Mandela [nẼl.sen man.dé.la]
Lim Keng Yaik [lim kéng yék]
Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]
Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan
setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul éh.san]
Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang [pyong.yang]
New Zealand [niu zi.lẼnd]
Sunway Lagoon [sun.wéi le.gun]
Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau
nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Bank Bumiputera [baângk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]
Universiti Teknologi
Malaysia
[u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]
Agensi Pengiklanan
Multimedia
[a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau
[a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]
Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan
bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara
pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.
Contohnya:
Ejaan Sebutan
Felda [fél.da] atau (Federal Land Development Authority)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO [yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organization)
UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization)
(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)
Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi
dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi,
atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan Sebutan
DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung)
RTM [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO [pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)
2.1 Sipnosis
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk
menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang
digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Perbincangan turut merangkumi artikulasi
diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.
Selain itu, perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta
konsonan dalam Bahasa Melayu.
2.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Mengenal pasti definisi artikulasi, artikulator, diftong dan konsonan
ii. Mengenal pasti alat-alat artikulasi, artikulasi vokal, diftong dan konsonan
iii. Menghuraikan jenis-jenis alat artikulasi, artikulasi vokal, artikulasi diftong dan
konsonan Bahasa Melayu
2.3 Definisi Artikulasi dan Artikulator
Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang
terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya
mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus
nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa.
Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi
termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan
ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat
didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
TAJUK 2 DAN 3
ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
2.4 Alat-Alat Artikulasi
Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah
artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah
bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan
hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan
bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,
1998:16-17).
2.5 Alat-Alat Artikulasi Vokal
Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan
enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u.
Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.
Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut
tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan
berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang
berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat
peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan
kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu
sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula
terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang
ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:
ui
Depan
hampar
Tengah
neutral
e
o
ε
a
Belakang
bundar
Tinggi (sempit)
Separuh tinggi
(separuh sempit)
Rendah (luas)
Separuh rendah
(separuh luas)
Rajah 2.1: Bahagian Lidah
Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan
bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat
dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε]
dan []. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan
yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk
melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu.
2.6 Diftong dan Konsonan
Menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63),
diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku
kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au]
dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan
Aktiviti 2
Labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi